Download - Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
1
1.0 PENDAHULUAN.
Perancangan dalam konteks perancangan bandar boleh diertikan sebagai persembahan
fizikal tentang sesuatu seperti peta lukisan dan lain-lain. Selain daripada itu ianya juga
boleh dimaksudkan kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun penyusunan yang teratur
untuk mencapai sesuatu objktif.
Perancangan bandar adalah merupakan proses menyusun atur sesuatu kawasan
berdasarkan kepada rancangan Pemajuan yang disediakan di sampig kawalan ke atas
proses pembangunan. Di sektor awam pihak yang bertanggungjawab untuk
menjalankan proses perancangan ini adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan desa Negeri dan Jabatan
Perancangan Bandar Kerajaan Tempatan Berkenaan.
Di Malaysia, sistem kerajaan yang di amalkan adalah merupakan sistem federalisme di
mana ianya mengandungi tiga peringkat. Peringkat peringkat tersebut masing-masing
memainkan peranan penting dalam pentadbiraan kerajaan di Malaysia. Peringkat-
peringkat tersebut ialah peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah ditubuhkan melalui
proses pilihanraya umum. Kerajaan Tempatan selepas Perang Dunia Kedua juga
ditubuhkan secara demokratik tetapi oleh kerana kekecohan yang berlaku pada tahun
1960an, Kerajaan Persekutuan telah mansuhkan sistem pilihanraya untuk Kerajaan
Tempatan. Kini Kerajaan Tempatan ditubuhkan melalui perlantikan Yang DiPertua dan
Ahli-Ahli Majlis oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan
1976.
Setiap peringkat kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidangkuasa masing-
masing. Kerajaan Persekutuan misalnya bertanggungjawab ke atas perkara-perkara
berkenaan dengan keselamatan negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan,
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
2
pendidikan dan lain-lain lagi. Tiga tanggungjawab utama Kerajaan Negeri pula ialah
perkara-perkara berkenaan dengan tanah, ugama dan kerajaan tempatan. Kesemua
tanggungjawab ini adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di
bawah Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Sebelum Akta Perancang Bandar dan Desa (PBD) 1976, kuasa dan perhubungan
antara pihak berkuasa-pihak berkuasa berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan
tanah tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang semasa. Khususnya
perhubungan di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan pihak berkuasa-pihak berkuasa
tempatan begitu rumit sekali pada awal tahun 1960an terutamanya di kawasan-kawasan
pihak berkuasa tempatan yang diperintah oleh parti politik yang berlainan daripada parti
politik yang menubuhkan kerajaan negeri. Bahagian II (Dasar dan Pentadbiran) Akta
PBD 1976 membetulkan kekurangan ini dengan menetapkan tugas dan kuasa setiap
pihak berkuasa yang ada urusan terhadap hal ehwal tanah.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
3
2.0 SISTEM PENTADBIRAN PERANCANGAN BANDAR
Peringkat Kerajaan Tempatan
Rajah 1.1 : Carta aliran Sistem Perancangan Bandar
Majlis Negara Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan
Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Semenanjung Malaysia.
Jawatankuasa Perancang Negeri
Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Negeri
Pihak Berkuasa Tempatan
Peringkat Kerajaan Persekutuan
- Rancangan fizikal Negara
Peringkat Kerajaan Negeri
- Rancangan Struktur
Negeri.
- Rancangan Tempatan
Daerah
- Rancangan Kawasan
Khas
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
4
2.1 Peringkat Kerajaan Persekutuan.
Dalam sistem perancangan pada peringkat Persekutuan ianya melibatkan aspek
penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Segala
penerangan berkenaan sistem perancangan pada peringkat ini, ianya akan menjelaskan
proses yang terlibat pada setiap peringkat. Proses ini juga akan menerangkan tentang
perincian aktiviti-aktiviti pada setiap peringkat dan disamping mengenalpasti agensi-
agensi yang berkaitan bagi setiap peringkat.
2.1.1 Penggubalan Dasar
Sesuatu dasar awam akan digubal oleh kerajaan di mana ianya bertujuan untuk
menyatakan tujuan dan matlamatnya mengenai sesuatu perkara. Dengan
tergubalnya sesuatu dasar maka usaha-usaha perancangan untuk mencapai
matlamatnya bolehlah diadakan.
Pembentukan dasar-dasar awam negara adalah dilakukan oleh Kabinet.
Lantaran daripada itu, salah satu daripada peranan yang penting dimainkan oleh
pegawai-pegawai tinggi awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua
Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan iaitu untuk memberi nasihat dan membatu
Kabinet menggubal dasar-dasar tersebut.
Sesuatu dasar awam negara dapat dibentuk melalui salah satu daripada tiga
proses. Pertamanya adalah melalui proses dan saluran politik sama ada
berikutan daripada arahan Kabinet atau anggota parti berkenaan. Kedua melalui
proses pentadbiran terutamanya diperingkat kementerian dan ketiga melalui
proses yang melibatkan kedua-dua saluran iaitu politik dan pentadbiran dengan
berdasarkan interaksi secara bersepadu melalui Majlis Kebangsaan dan
Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan. Dasar tersebut akan dibincang
dalam mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
5
Sesuatu dasar yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri akan
dibincangkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa
Perhubungan Persekutuan dan Negeri atau mesyuarat yang melibatkan menteri-
menteri besar atau ketua-ketua menteri atau mesyuarat di kalangan Setiausaha
Kerajaan Negeri. Biasanya dasar-dasar penting dikemukan sehingga ke
peringkat Majlis Raja-raja untuk mendapatkan pertimbangannya. Selain itu,
dasar-dasar kebangsaan mengenai tanah, kewangan, kerajaan tempatan dan
agama akan dibincangkan oleh majlis-majlis berkenaan yang ditubuhkan di
bawah Perlembagaan Persekutuan. Majlis-majlis tersebut akan dianggotai oleh
wakil-wakil dari kerajaan persekutuan dan negeri. Majlis tersebut termasuklah
Majlis Negara Kerajaan Tempatan.
a) Majlis Negara Kerajaan Tempatan
Menurut Phang Siew Nooi (1989) Majlis Negara Kerajaan Tempatan
memainkan peranan sebagai penasihat dan akan membolehkan pertukaran
fikiran antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Dasar yang
dikeluarkan oleh Majlis Negara ini dianggap perlu kepada wakil-wakilnya.
Dasar yang telah dipersetujui dan dikeluarkan mestilah diikuti dan
digunapakai. Hanya Sabah dan Sarawak, mengikut Artikel 95E
Perlembagaan Persekutuan tidak perlu mematuhi dasar Majlis Negara
Kerajaan Tempatan itu sekiranya tidak mahu.
Pada tahun 1960, telahpun berlaku dua perkara iaitu, Pertama ialah
kelulusan Parlimen terhadap Akta pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 yang
memindahkan penyeliaan pilihanraya kerajaan tempatan dari kerajaan
negeri, (kecuali di Majlis-majlis Tempatan), kepada suruhanjaya Pilihanaraya.
Perkara kedua ialah kelulusan Akta Ibu Kota Persekutaan 1960 yang
menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota persekutuan.
Sehingga tahun 1963, kegiatan kerajaan tempatan telah didapati bukan
hanya di bandar sahaja tetapi juga ianya juga terdapat di luar bandar.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
6
Berbagai-bagai penguasa tempatan telah wujud di negara ini untuk
memenuhi kehendak rakyat di merata-rata tempat. Sehigga kini pentadbiran
kerajaan tempatan telah menjadi satu tugas yang kompleks kerana telah
wujud struktur penguasa-penguasa tempatan yang berbeza-beza di antara
sesebuah kawasan.
Pada 25 November 1971, kerajaan persekutuan melalui Majlis Negara telah
menetapkan supaya kerajaan tempatan menyusun semula penguasa-
penguasa tempatan di negara ini supaya mereka boleh memberi
perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik dan mentadbir dengan cekap.
Dengan keputusan ini, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan
Sementara) 1973 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1973, digubal serta
diluluskan oleh Parlimen pada 29 Ogos 1973. Akta-akta ini merupakan
banyak erti dan kepentingan kepada perkembangan kerajaan tempatan pada
masa hadapan.
b) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian ini memainkan peranan utama dalam beberapa perkara iaitu:
• Merancang dan melaksanakan dasar dan program Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan sesuai dengan matlamat dasar
pembangunan negara.
• Menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada semua
rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah
• Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang kukuh dan mampu
menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang maju dan
persekitaran yang selesa dan indah
• Memberi perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran yang
cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
7
• Memperkukuhkan dan melaksanakan sistem perancangan fizikal, sosial,
ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa berdasarkan Akta
Perancangan Bandar dan Desa, 1976
• Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia pembangunan
landskap seluruh negara
• Merancang, mengawalselia dan menguatkuasakan semua peraturan
yang berkaitan dengan sektor pembetungan di negara ini mengikut Akta
Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508)
2.1.2 Perancangan
Perancangan sosioekonomi merupakan suatu usaha untuk mengadakan cara
bagi mencapai sesuatu matlamat yang terkandung di dalam dasar-dasar awam
dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap agensi kerajaan
bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pembangunan masing-
masing bagi kedua-dua rancangan tahunan dan Rancangan Lima Tahun.
Perancangan yang dibuat oleh agensi-agensi yang terletak di abwah sesyatu
kementerian pula akan disatukan untuk menjadi satu perancangan bagi
seluruhkementerian. Di peringkat pentadbiran negeri, setiap agensi kerajaan
negeri juga bertanggungjawab menyediakan rancangan masing-masing.
Rancangan-rancangan itu akan diteliti dan diperiksa oleh Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertanggungjawab menyediakan perancangan
negeri untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri, Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri.
Rancangan-rancangan tahunan dan lima tahun yang disediakan oleh pihak
kementerian dan negeri akan diteliti dan diperiksa oleh Bahagian Perancang
Ekonomi (BPE), Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang lain untuk
dijadikan satu rancangan pembangunan negara. Draf rancangan itu, akan
dibincang di peringkat peagawai dalam Majlis Perancangan dan Pembangunan
Negara (MPPN) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
8
sebelum dibawa ke Majlis Ekonomi Negara (MEN), Kabinet dan seterusnya ke
Parlimen.
Di bawah aktiviti perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek
perancangan yang berkesan. Bagi memastikan perancangan kegunaan,
pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat
iaitu peringkat persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut :
a) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Peringkat
Persekutuan.
• Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal
perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan
tanah,
• Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang
dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
• Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen
melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian
perancangan, piawaian dan prosedur perancangan,
• Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan
spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program
penempatan,
• Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi
kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan
Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah,
• Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan
kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
9
2.1.3 Pelaksanaan
Pada peringkat perlaksanaan ini setiap agensi kerajaan yang bertanggungjawab
menyediakan rancangan pembangunan secara automatik ditugaskan untuk
melaksanakan rancangan tersebut. Pelaksaan rancangan merupakan kegiatan
untuk menjalankan kerja-kerja bagi menyiapkan program atau projek tertentu.
Banyak usaha perancangan tertumpu pada peingkat ibu pejabat kementerian,
jabatan dan perbadanan awam. Tumpuan kegiatan pelaksanaan pula adalah di
peringkat cawangan agensi di negeri, daerah, mukim dan kampung.
Sungguhpun demikian ibu pejabat jabatan dan perbadanan awam
bertanggungjawab bagi mengawasi segala kegiatan pelaksanaan yang
dijalankan oleh cawangan masing-masing. Sekiranya cawangan menghadapi
masalah yang tidak dapat diselesaikannya masalah-masalah tersebut akan
dikemukakan kepada pihak ibu pejabat.
Pada peringkat perlaksanaan ini, antara rancangan pembangunan yang
disediakan adalah Rancangan Fizikal Negara.
a) Rancangan Fizikal Negara
Rancangan Fizikal Negara (RFN) adalah merupakan suatu pernyataan
bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju
pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia.
Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal
Negara pada 26 April 2005.
Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan
panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan
negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya:
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
10
• Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-
dasar sektoral lain yang berkaitan.
• Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di
peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi
menjadi asas pembangunan semua negeri, dan
• Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan
oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan
projek Rancangan Malaysia Lima Tahun.
Rancangan Fizikal Negara berfungsi dalam mengukuhkan perancangan negara
melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara, menyelaras agensi
sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral,
membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan
dan membentuk polisi perancangan fizikal.
Selain daripada itu antara tema Rancangan Fizikal Negara ialah :
• Pembentukan kerangka spatial negara.
• Peningkatan daya saing ekonomi negara. Pemodenan sektor pertanian.
Pengukuhan pembangunan pelancongan. Pengurusan petempatan
manusia. Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar.
Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara.
• Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian
Rancangan Fizikal Negara hendaklah dikaji semula setiap lima tahun seiring
dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara, atau jika
dan apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
11
2.1.4 Penyelarasan
Peringkat ini adalah merupakan peringkat yang penting yang dapat menentukan
kejayaan dan kegagalan sesuatu program yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Penyelerasan adalah kegiatan yang bertujuan untuk mengadakan perhubungan
dan pertalian yang licin antara pelbagai agensi yang terlibat di dalam
pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan.
Diperingkat negeri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Unit Perancang
Ekonomi Negeri dan pegawai utama negeri yang lain akan menjalankan
penyelarasan ke atas cawangan agensi-agensi persekutuan dengan
mengadakan perhubungan dan kerjasama yang rapat.
2.1.5 Penilaian
Aspek ini adalah perlu untuk mengetahui kesan pelaksaan sesuatu program atau
projek pembangunan terhadap golongan masyarakat yang menjadi sasaran.
Semua kesan ini perlu diketahui untuk membolehkan pegawai perancang
mengadakan perancangan yang lebih baik untuk menjamin kejayaan yang lebih
besar bagi projek-projek kerajaan yang akan datang.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
12
2.2 Peringkat Kerajaan Negeri
Dalam sistem perancangan di peringkat negeri ianya adalah serupa dengan sistem yang
terdapat di peringkat persekutuan di mana ianya melibatkan aspek penggubalan dasar,
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Adalah menjadi kebiasaan
bahawa pihak kerajaan negeri mengambilkira dasar-dasar yang wujud di peringkat
persekutuan sebelum sesuatu dasar negeri dibentuk. Dalam konteks ini, Dasar Ekonomi
Baru merupakan asas yang penting yang menjadi panduan utama pembentukan dasar
peringkat negeri.
Pembentukan dasar-dasar awam negeri dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri yang para anggotanya terdiri daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta
dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan, iaitu Setiausaha Kerajaan
Negeri. Namun begitu sebelum sesuatu dasar itu dibentuk, Kerajaan Negeri juga
menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji sesuatu dasar
sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Untuk rancangan lima tahun, Unit Perancang Ekonomi, di Jabatan Perdana Menteri
merupakan penggerak utama yang mengambil inisiatif mengumpulkan maklumat-
maklumat yang dikehendaki dari semua negeri. Unit ini akan menghubungi semua
Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dan memberitahu bahawa tiap-tiap
negeri supaya menyediakan kertas-kertas tertentu bagi menyatakan projek-projek
pembangunan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dimasukkan ke dalam
Rancangan Malaysia Lima Tahun itu. Di peringkat Negeri pula, setiausaha Kerajaan
Negeri akan memberi arahan kepada semua Pegawai Daerah bagi negeri itu supaya
membuat rundingan dan mengemukakan projek-projek pembangunan yang dikehendaki
dalam sesebuah daerah atau jajahan. Di peringkat Daerah pula, pegawai daerah selaku
Pegerusi Jawatankuasa Pembangunan dan tindakan Daerah dan Jawatankuasa Kerja
Perancangan Daerah akan meminta setiap ketua jabatan yang ada diperingkat daerah
supaya supaya mengemukakan projek-projek pembangunan sebagai projek jabatan itu.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
13
Pada lazimnya, sesebuah jabatan itu akan mengemukakan kertas kerja untuk
menyebutkan projek-projek yang dikehendaki, anggaran harganya dan tempat
pembinaannya. Kertas kerja yang disiapkan itu akan dibincangkan oleh ketua-ketua
jabatan dan pegawai daerah yang semuanya menjadi ahli kepada kedua-dua
jawatankuasa tersebut. Segala keputusan dan kertas kerja yang berkaitan akan
diserahkan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan kepada Pegawai Kemajuan
Negeri.
Pegawai Kemajuan Negeri seterusnya akan meneliti semula perakuan-perakuan yang
diperolehi daripada semua daerah dan akan membawanya ke dalam perbincangan yang
akan diadakan di peringkat negeri. Badan peringkat negeri yang akan membincangkan
permohonan projek-projek itu ialah, Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang
mempengerusikan oleh Menteri Besar Besar atau Ketua Menteri. Setiausaha Kerajaan
Negeri berfungsi selaku Timbalan Pengerusi dan Pegawai Kemajuan Negeri pula
menjadi setaiusaha jawatankuasa tersebut. Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri
serta beberapa orang wakil rakyat menjadi anggota jawatankuasa ini. Segala perakuan
mengenai pembangunan di peringkat negeri itu akan diserahkan kepada
Perbendaharaan dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Pendekatan perancangan yang kerap diamalkan ialah perancangan dari bawah iaitu
bahawa rakyat melalui wakil rakyat, ketua kampung dan pegawai di peringkat daerah,
diberi peluang mengemukakan kehendak pembangunan yang sesuai dengan keperluan
daerah. Perakuan menyeluruh yang menyatupadukan kehendak-kehendak itu akan
dikemukakan pula ke peringkat persekutuan iaitu kepada Bahagian Perancang
Ekonomi. Walaubagaimanapun, mengikut amalannya, kedua-dua pendekatan
perancangan dari bawah dan perancangan dari atas di amalkan di negara ini. Ini
bermakna kedua-dua peringkat kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan
penting dalam perancangan dan pembangunan sesebuah negeri itu. Di peringkat
negeri, kerajaan negeri dapat menentukan daerah atau wilayah manakah di dalam
sesuatu negeri itu yang patut diberi keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur
majunya sesebuah daerah itu. Di peringkat negeri, Kerajaan Negeri dapat menentukan
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
14
daerah atau wilayah yang patut dan sesuai menerima sesuatu projek pembangunan
tertentu dengan mengambilkira kepentingan negara sebagai asas untuk perancangan.
2.2.1 Jawatankuasa Perancang Negeri
Apabila Akta PBD 1976 diterimapakai di sesebuah negeri, suatu Jawatankuasa
Perancang Negeri (JPN) hendaklah ditubuhkan (s. 4(1)). JPN mengandungi
anggota-anggota berikut:
i. Pengerusi (Mentri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu);
ii. Timbalan Pengerusi (seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, EXCO yang
dilantik oleh PBN);
iii. Setiausaha Kerajaan Negeri;
iv. Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri (yang menjadi Setiausaha
JPN);
v. Pengarah Tanah dan Galian Negeri;
vi. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai yang
bertanggungjawab jika tiada jawatan pengarah negeri;
vii. Pengarah Kerja Raya Negeri;
viii. Penasihat Undang-Undang Negeri;
ix. Pegawai Kewangan Negeri;
x. Pegawai Kemajuan Negeri;
xi. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri;
xii. tidak lebih dari 4 ahli lain yang dilantik oleh PBN.
Ahli-ahli (ix) hingga (xi) telah ditambahkan melalui Akta Perancang Bandar dan
Desa (Pindaan) 1995. Sekurang-kurangnya 2 Ahli JPN adalah Ahli EXCO, iaitu
ahli politik yang telah bertanding dan menang dalam pilihanraya umum.
Sembilan Ahli JPN adalah pegawai kerajaan. Empat ahli lain boleh dilantik atas
budibicara Pihakberkuasa Negeri. Jelaslah bahawa keanggotaan JPN berat
sebelah kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam peringkat negeri. Akta
PBD 1976 tidak menyatakan bagaimana JPN patut bertindak atau membuat
keputusan. Andaiannya ialah setiap ahli mempunyai kuasa yang sama dan
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
15
mengikut amalan biasa JPN akan membuat keputusan melalui konsensus atau
secara mengundi. Sebagai perbandingan, Pengerusi Lembaga Rayuan yang
ditubuhkan di bawah Akta PBD 1976 mempunyai kuasa luarbiasa dan boleh
membuat keputusan yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli lain.
Bidang kuasa setiap JPN terhad kepada kawasan negeri masing-masing.
Jelaslah wujudnya suatu kuasa berasingan untuk perancangan diperingkat
negeri. Perhatikan bahawa cadangan asal dalam draf Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1972 ialah penubuhan suatu Pihak Berkuasa Perancangan Negeri
dengan Pengerusi yang tidak semestinya Menteri Besar atau Ketua Menteri..
Secara bandingan, kuasa perancangan di peringkat tempatan telah dikekalkan
dengan pihak berkuasa tempatan.
a) Tugas Jawatankuasa Perancang Negeri
Berdasarkan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (s.4(3)) tugas-tuga
JPN ini ialah :
• menggalakkan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah;
• menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara dalam (i) di atas; dan
• mengusaha, membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi
berhubung dengan perancangan bandar.
b) Kuasa Jawatankuasa Perancang Negeri
• memberi arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT)
dan arahan itu mesti dipatuhi (s. 4(5));
• mengarahkan supaya diadakan suatu penyiasatan atau pendengaran
tempatan (s. 4(7));
• tugas-tugas lain untuk melaksanakan Akta PBD 1976 (s. 4(6)).
Peruntukan ini amat luas. Misalnya, JPN nampaknya boleh peruntukan ini
untuk menjalankan suatu kajian dan seterusnya sediakan sesuatu
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
16
Rancangan Pembangunan untuk peringkat Negeri dan rancangan ini
dijadikan dokumen yang mengandungi dasar negeri untuk pemajuan
tanah. Kekurangannya ialah proses "perancangan" itu mungkin tertutup
dan tidak terbuka untuk menelitian dan penyertaan awam. Rancangan
Pembangunan Negeri ini juga mungkin diklasifikasikan sebagai SULIT
ataupun tidak dibuka untuk pemeriksaan orang ramai.
c) Rancangan Pemajuan
Untuk memastikan bahawa PBPT mematuhi dasar kerajaan negeri bagi
penggunaan tanah, JPN boleh :
• menetapkan tempoh masa untuk PBPT menyediakan draf rancangan
struktur (s. 8(1)),
• mengarahkan pemeriksaan baru dijalankan (s. 7(2)), iaitu sebagai asas
untuk mengkaji semula rancangan struktur yang telah diluluskan,
• meluluskan, menolak, atau mengubahsuaikan draf rancangan struktur (s.
10(1)) yang dikemukakan kepada JPN untuk kelulusan,
• mengarahkan perubahan kepada rancangan struktur yang telah
diluluskan dan berkuatkuasa (s. 11(1)).
• mengarahkan PBPT menyediakan rancangan tempatan (s. 12(6) & (8))
walaupun penyediaan rancangan tempatan tidak diwajibkan dan boleh
disediakan atas budibicara PBPT. Dalam hal ini, JPN perlu bincang
arahan ini dengan PBPT berkenaan terlebih dahulu.
• mengarahkan PBPT mengubah, memansuh, menggantikan rancangan
tempatan (s. 16(2)).
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
17
2.2.2 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri adalah berbeza mengikut negeri
tertentu, jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan
Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.
Antara fungsi jabatan ini adalah;
• Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua
hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah;
• Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri
yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976
(Akta 172),
• Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan
kawalan perancangan tanah dan bangunan,
• Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai
perancangan bandar dan desa, serta pemajuan dan penggunaan tanah
• Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal
selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan;
• Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan
kerajaan negeri; dan
• Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan
pembangunan tanah.
• Melaksana dan menyelaras penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di semua pihak
berkuasa perancang tempatan.
• Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu
Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan
Kawasan Khas serta kajian/projek khas sama ada yang diarahkan atau
atas inisiatif jabatan,
• Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan,
• Memberi khidmat nasihat kepada jabatan / agensi lain mengenai
perancangan bandar dan desa.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
18
i) Rancangan Struktur
Rancangan struktur merupakan sistem perancangan diperingkat negeri yang
mana ianya mengandungi suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar
dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan
penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-
langkah untuk.;
• Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
• Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
• Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi;
• Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
• Memudahkan pembangunan secara mampan.
Kaedah penyediaannya juga adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 8,
Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976(Akta 172) dan Akta Pindaan 2001
(Akta A 1129),
RS juga hendaklah mengandungi gambar rajah, gambaran-gambaran dan
lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-
cadangan yang dikemukakan.
Antara fungsi Rancangan Struktur ialah;
• Mentafsirkan dasar negara dan wilayah
• Menentukan matlamat, polisi dan cadangan umum
• Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan RT
• Menyediakan garis panduan untuk kawalan pembangunan
• Menyediakan asas untuk penyelarasan segala keputusan
• Menyediakan asas panduan dan menggalakkan pembangunan
• Membentang isu-isu dan keputusan-keputusan.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
19
Rajah 1.2 : Kaedah Penyediaan Rancangan Struktur Negeri
b) Rancangan Tempatan Daerah.
Rancangan Tempatan(RT) adalah merupakan satu dokumen penerangan yang
mana ianya mengandungi Peta cadangan dan pernyataan bertulis beserta Garis
Panduan Perlaksanaan ianya juga merupakan satu dokumen rasmi yang
mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di
dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.
Rancangan Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di
dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia merupakan pelan terperinci yang
menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung
dalam Rancangan Struktur.
Asas Rujukan
Laporan Teknikel
Laporan
Pemeriksaan
Laporan awal
Seranta dan
Perwakilan Awam
Laporan Perwakilan
Awam
Draf
Rancangan
Struktur
Negeri
Seranta Dan
Bantahan Awam
Laporan Bantahan
Awam
Rundingan
Dengan Majlis
Perancangan
Fizikal negara Kelulusan Draf
Rancangan
Struktur Negeri
Pewartaan
Rancangan
Struktur Negeri
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
20
Rancangan Tempatan ini disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga
16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan (PBPT)
Antara fungsi Rancangan Tempatan ini adalah;
• Melaksanakan serta menterjemah strategi yang telah digariskan oleh
Rancangan Struktur Negeri dengan lebih terperinci.
• Memperincikan dasar kawalan perancangan bandar sebagai panduan
pembangunan.
• Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan
tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan
mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan
tersebut.
• Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas
untuk menyelaraskan keputusan-keputusan, aturcara pembangunan,
perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh
RT.
• Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang
awam.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
21
Rajah 1.3 : Kaedah Penyediaan Rancangan Tempatan
RANCANGAN STRUKTUR
Pernyataan dasar dan cadangan am
pemajuan dan penggunaan tanah.
SERANTA AWAL RANCANGAN
TEMPATAN
Mendapatkan maklumbalas dari orang
ramai mengenai objektif, tujuan dan
perkara lain yang akan dicadangkan
dalam RT
RANCANGAN TEMPATAN
Mengandungi suatu Peta Cadangan dan
Pernyataan Bertulis yang menepati dasar/
cadangan Rancangan Struktur Negeri.
SERANTA DRAF RANCANGAN
TEMPATAN
Pameran diadakan selama sebulan
bagi membolehkan orang ramai
membuat bantahan mengenai
kandungan Rancangan Tempatan
PENYIASATAN DAN PERBICARAAN
Penyiasatan tempatan atau
perbicaraan awam
KELULUSAN DRAF RANCANGAN
TEMPATAN
Oleh Jawatankuasa Perancang Negeri
dengan mengambilkira bantahan dan
rayuan hasil siasatan Jawatankuasa
Penyiasatan dan Perbicaraan Awam.
MEWARTAKAN RT
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
diberitahu dan Pihak Berkuasa Negri
akan menyiarkannya di dalam warta
negeri.
PENGUBAHAN DAN PENGGANTIAN
Setiap lima tahun/ bila-bila masa
sekiranya perlu.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
22
c) Rancangan Kawasan Khas.
Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah merupakan satu pelan cadangan
terperinci yang mana terdahulunya ianya dikenali sebagai Pelan Tindakan RKK
mengandungi cadangan bagi memaju, memajukan semula, memperelok,
memulihara dan menguruskan keseluruhan atau sebahagian kawasan tersebut.
Penyediaan RKK adalah bertujuan untuk penyelesaian kepada masalah
setempat secara sistematik serta panduan bagi membangunkan kawasan
dengan lebih cekap
Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta
172), penyediaan RKK adalah salah satu Rancangan Pemajuan yang
memperincikan tindakan pembangunan setiap lot.
Rancangan Pemajuan pada peringkat yang lebih tinggi telah menformulasi dasar
dan garis panduan pembangunan bagi sesuatu kawasan. RKK pula berfungsi
menterjemahkan pembangunan secara terperinci dan tepat di dalam bentuk
spatial ke atas lot-lot tanah yang berkenaan.
Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 (Akta 172), kaedah penyediaan Rancangan Tempatan. RKK adalah
disediakan diperingkat Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan bagi kawasan
pentadbirannya.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
23
Mengenalpasti Kawasan Rancangan
Kawasan Khas
Asas Rujukan
Perlantikan
Jawatankuasa
Pembicaraan Awam
Menentukan
Penyerahan Rancangan
Tempatan
Seranta Awal
Draf Laporan Rancangan Kawasan
Khas
Seranta Laporan Draf
Rancangan Kawasan Khas
Penyiasatan Tempatan
Pindaan Laporan Rancangan
Kawasan Khas
Kelulusan jawatankuasa Perancangan
Negeri
Pewartaan Rancangan Kawasan Khas
(Oleh Kerajaan Negeri)
Rajah 1.4 : Kaedah Penyediaan Rancangan Kawasan Khas
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
24
2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan
Menurut Phang Siew Nooi dalam bukunya yang bertajuk, Sistem Kerajaan Tempatan Di
Malaysia, hanya Malcolm W. Norris (1980) yang dapat memberi definisi yang lebih tepat
iaitu:
“kerajaan tempatan dalam konteks Semenanjung Malaysia bermaksud kerajaan di
kawasan-kawasan Bandar, luar Bandar atau gabungan kedua-dua kawasan ini dan di
bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan tempatan mempunyai
kedudukan yang sah dan berdaulat daripada kerajaan tertinggi itu. Kerajaan tempatan
ialah peringkat ketiga dalam struktur Persekutuan Malaysia.”
Akta PBD 1976 memperuntukkan bahawa taip-taip pihak berkuasa tempatan (kerajaan
tempatan) hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) bagi
kawasan pihak berkuasa tempatan itu (s. 5(1)). Walaupun ini bermakna pihak berkuasa
tempatan secara automatik menjadi PBPT, ada dua tindakan yang perlu diambil
sebelum peruntukan ini berkuatkuasa. Pertama, Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Majlis
pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Negeri
(PBN) mengikut s. 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kedua, PBN hendaklah
menetapkan kawasan-kawasan PBPT yang akan menerima-pakai Akta PBD 1976.
Dengan tindakan-tindakan ini, Yang Di Pertua (atau Datuk Bandar) bersama Ahli-Ahli
Majlis pihak berkuasa tempatan juga akan menjadi anggota pihak berkuasa perancang
tempatan.
PBN boleh mengistiharkan mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian
daripada kawasan mana-mana PBPT sebagai suatu kawasan pihak berkuasa
perancang tempatan (s. 5(2)). Di kawasan-kawasan ini, PBN boleh melantik seorang
atau beberapa orang sebagai PBPT (s. 5(3)). Kuasa ini telah digunakan di Johor Barat
dengan perlantikan Pegawai-Pegawai Daerah berkenaan sebagai PBPT untuk kawasan
di luar kawasan Majlis-Majlis Bandaran. Kuasa ini juga telah digunakan untuk melantik
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
25
Datuk Zainuddin Mohamed merangkap Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai PBPT untuk Putrajaya (1995/96) yang masih
belum dibangunkan (pada masa itu) dan belum mempunyai pihak berkuasa tempatan.
Dari segi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan PBPT adalah dua badan atau
pertubuhan yang berasingan walaupun ia biasa berfungsi dalam suatu jentera
pentadbiran yang sama. Misalnya, pihak berkuasa tempatan apabila mengambil
tindakan perancangan (seperti mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang)
ia bertindak sebagai suatu PBPT bukan sebagai pihak berkuasa tempatan. Di
sebaliknya PBPT tidak boleh bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan (seperti
mengutip cukai, memungut sampah, mengawal kesihatan bandar, dll). Biasanya, PBPT
tidak mengambil gelaran yang berasingan tetapi mengguna nama pihak berkuasa
tempatan. Contohnya, apabila seseorang memohon kebenaran merancang daripada
PBPT Pulau Pinang ia sebenarnya berurus dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP), iaitu nama pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang. Surat kelulusan
kebenaran merancang juga disediakan di atas surat resmi MPPP (MPPP letterhead).
2.3.1 Tugas dan Kuasa PBPT
Akta PBD 1976 menetapkan dua tugas utama PBPT iaitu, perancangan dan
penyebaran maklumat berkenaan dengan perancangan. Disamping itu, PBPT
juga wajib menjalankan sebarang tugas yang diarahkan oleh PBN atau JPN.
Secara terperinci s. 6(1) Akta PBD 1976 menyatakan bahawa PBPT hendaklah :
• mengatur, mengawal, dan merancang pemajuan dan penggunaan semua
tanah dan bangunan dalam kawasannya;
• mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan,
penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan
lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa
dan metodologinya; dan
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
26
• melaksanakan apa-apa tugas lain yang ditanggungkan ke atasnya dari
masa kesemasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa
Perancang Negeri.
PBPT juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada syarat-syarat yang
dinyatakan dalam surat hakmilik tanah terutamanya apabila mempertimbangkan
permohonan kebenaran merancang. Contohnya, jika kategori hakmilik tanah
ialah pertanian, PBPT tidak akan membenarkan pembangunan walaupun
rancangan struktur menetapkan bahawa tanah berkenaan boleh dibangunan
untuk perumahan atau kegunaan lain yang bertentangan dengan kategori tanah.
Pemaju atau pemohon perlu melalui proses tukar syarat (ia itu, ubah kategori
kegunaan tanah) dahulu sebelum kebenaran merancang boleh diberi. Di
sebaliknya pula, jika PBN telah tukar syarat sesuatu tanah dari pertanian kepada
bangunan, PBPT terpaksa anggap ini sebagai penukaran dasar kerajaan negeri
yang perlu dipatuhi walaupun tanah tersebut ditunjukkan sebagai kawasan
pertanian dalam rancangan struktur yang telah diluluskan oleh JPN.
a) Rancangan Pemajuan
Akta PBD 1976 juga menyatakan beberapa tindakan yang perlu diambil
oleh PBPT berkenaan dengan rancangan pemajuan, khususnya :
• Memulakan pemeriksaan terhadap perkara-perkara yang mungkin
menyentuh pemajuan atau perancangan pemajuan (s. 7(1)).
Walaupun PBPT hanya dikehendaki menjalankan pemeriksaan di
kawasannya ia juga dibenarkan memeriksa kawasan yang
berhampiran jika perlu. Pemeriksaan ini menjadi asas untuk
perancangan kawasan PBPT.
• Menyampaikan Laporan Pemeriksaan dan draf rancangan struktur
untuk kelulusan JPN (s. 8(1)).
• Memberi perhatian kepada dasar sosial dan ekonomi negara dan
negeri semasa membentukkan dasar penggunaan tanah dalam
rancangan struktur (s. 8(4)).
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
27
• Mewartakan penerimaan draf rancangan tempatan dalam WARTA
Negeri dan 2 akhbar (s. 15(4)). Walaupun PBPT tidak perlu
mendapat kelulusan JPN bagi rancangan tempatan tetapi ia mesti
gazetkan penerimaan sesuatu rancangan tempatan.
b) Kawalan Perancangan
Kuasa PBPT berkenaan dengan kawalan perancangan diberi melalui s.
19(1) Akta PBD 1976 yang menyatakan bahawa semua orang kecuali
PBPT mesti mendapat kebenaran merancang. Permohonan untuk
kebenaran merancang hendaklah dibuat kepada PBPT (s. 21(1)).
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
28
3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya sistem pentadbiran perancangan bandar adalah dibahagikan kepada
tiga peringkat iaitu peringkat kerajaan persekutuan, peringkat kerajaan negeri dan peringkat
kerajaan tempatan.
Dalam peringkat kerajaan persekutuan ianya mempunyai pelbagai peringkat dan ianya
termasuklah peggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian.
Antara peringkat jabatan kerajaan yang terletak diperingkat ini ialah Majlis Negara Kerajaan
Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Jabatan Perancangan
bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Rancangan pemajuan yang terlibat di peringkat ini
adalah Rancangan Fizikal Negara.
Pada peringkat kerajaan negeri ianya berperanan dalam membuat rancangan pemajuan seperti
Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Jabatan-jabatan
yang terlibat dalam peringkat ini ialah Jawatankuasa Perancang Negeri dan Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
Manakala pada peringkat kerajaan tempatan ianya menerangkan kuasa pihak berkuasa
perancang tempatan. Di mana pihak berkuasa ini memainkan peranan utama dalam rancangan
pemajuan dan kawalan perancangan.
S i s t e m P e n t a d b i r a n P e r a n c a n g a n B a n d a r
29
SUMBER RUJUKAN
1. Ahmad Atory Hussain, Kerajaan Tempatan Teori dan Peranan Di Malaysia.
2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(Akta 172), International Law Book
Services.
3. Halmi b. Zainol, Pendahuluan Kepada Perancangan Fizikal, Biroteks Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam.
4. Phang Siew Nooi, Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
5. Malaysia Kita.
6. http://www.townplan.gov.my