UNIT SWADAYA INSAN NEGERI JOHOR
(SIJ)
No. Sebut harga : SUKJ.SIJ.400-5/6/3/(01-2018)
Tajuk Sebut harga
:
Sebutharga Program Jana Pendapatan Azam Kerja Muafakat Johor
Alamat Jabatan : Unit Swadaya Insan Negeri Johor No. 2, Jalan Iskandar Putri 1/3, Taman Nusantara Prima, 79200, Iskandar Puteri, Johor
DOKUMEN SEBUTHARGA
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
1
1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang yang dinyatakan bagi
membekalkan perkhidmatan berikut:
NO.
SEBUT HARGA
TAJUK KOD BIDANG TEMPOH
PENGEDARAN SEBUTHARGA
TARIKH
TUTUP
SUKJ.SIJ.400-5/6/3/(01/2018)
SEBUTHARGA PROGRAM JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR
Berdaftar Dengan
Kementerian Kewangan Malaysia
dengan kod bidang
berkaitan serta
Kementerian Dalam Negeri
16/04/2018 (Ahad)
Hingga
22/04/2018
(Ahad)
23/04/2018 (Isnin)
2. Dokumen Sebut harga boleh didapati di
a. pejabat Kaunter Unit Swadaya Insan Negeri Johor; atau
b. emel kepada [email protected] atau [email protected]; atau
c. muat turun dokumen sebutharga di laman web www.johor.gov.my
Semua kos berkaitan ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal.
3. Syarat Wajib penyebut harga :
• Sijil akuan pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang, dan
sub bidang berkaitan yang masih sah laku semasa tarikh tutup permohonan;
- 020301/02 : Perkakas Elektrik/Elektronik dan Aksesori
- 020401 : Peralatan dan perkakas domestik (termasuk barang-barang yang
tidak lekat di badan)
- 070303 : Peralatan Dan Kelengkapan Pertanian/Ternakan/Akuatik
- 110304 : Peralatan Servis dan Selenggara
NOTIS SEBUT HARGA
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
2
• Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil
Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera Kementerian Kewangan Malaysia (sekiranya
berkaitan);
• Sijil asal perakuan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Milikan
Tunggal/Perkongsian);
• Sijil Pendaftaran GST dengan pihak Kastam Di Raja Malaysia (sekiranya berkaitan) ;
• Bebas dari tindakan tatatertib oleh mahkamah Malaysia dan Kementerian Kewangan
4. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan
bertanda dengan Tajuk dan No. Sebutharga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah
dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Di Alamat: Pengurus Besar Unit Swadaya Insan Negeri Johor (SIJ) No. 2, Jalan Iskandar Putri 1/3, Taman Nusantara Prima, Iskandar Puteri, 79200, Johor 5. SIJ tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SIJ berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran. 6. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan. SIJ tidak bertanggungjawab jika kelewatan oleh pihak ketiga seperti syarikat penghantaran atau agen penghantaran. 7. Pembekal hendaklah menyertakan sesalinan dokumen sepertimana yang dinyatakan di dalam senarai semak yang terdapat dalam Dokumen Sebut harga . 8. Dokumen yang diserahkan selepas tarikh tutup akan menjadi hak milik SIJ dan tidak akan dipulangkan
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. HAK SIJ UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
SIJ adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:-
a. Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,
b. Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
c. Senarai Kerja Dalam Tangan,
d. Jadual Kadar Harga (jika ada),
e. Butir-butir Spesifikasi Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
a. Tiap-tiap Penyebut Harga hendaklah memberi tawaran yang disediakan seperti berikut dengan lengkap :
i. Borang Tawaran Harga ii. Borang Maklumat Penyebut Harga;
b. Borang Tawaran Harga hendaklah diisi dalam sampul surat berlakri serta
dilengkapi dengan maklumat berikut.
i. Borang Tawaran Harga ii. Tajuk Sebut Harga
c. Sampul surat yang berlakri hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut harga
pada masa serta tempat yang ditetapkan seperti dalam Notis Sebut harga.
d. Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan
e. Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan tidak akan
dipertimbangkan.
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
1
2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
i) Nama : Pn. Seri Marlina Binti Mostapa ii) No. Telefon : 07 - 266 6606 iii) Email : [email protected]
i) Nama : Pn. Nur Syafiqah Binti Rahmat ii) No. Telefon : 07 - 266 6644 iii) Email : [email protected]
3. TEMPOH SIAP KERJA* Perbekalan secara berjadual dan tempoh bekalan tidak melebihi daripada 30 November 2018.
4. BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA*
Dokumen Sebut Harga diberi secara percuma dan perlu mendapatkan dari Kaunter Pertanyaan Unit Swadaya Insan Negeri Johor atau muat turun daripada laman web www.johor.gov.my atau emelkan permohonan kepada [email protected] atau [email protected].
5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.
6. TEMPOH SAH SEBUT HARGA Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
7. KESALAHAN RASUAH
Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
2
Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah dibawah Akta Pencegaran Rasuah 1997. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada perkhidmatan diberi dan mana- mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
3
BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA
1. Nama Syarikat :
2. Nombor Pendaftaran Syarikat :
3. Alamat Syarikat :
4. Alamat Cawangan (Jika Ada) :
5. No. Telefon, Faks & Emel :
6. Nama dan Nombor Akaun Bank :
7. Modal Perniagaan yang
Dibenarkan/Diluluskan
: RM
8. Modal yang Dibayar
(Paid-up Capital)
: RM
9. Modal Pusingan
(Working Capital)
: RM
10. Jumlah Overdraf
Nama Bank
Nilai Overdraf
:
:
11. Pemegang Saham (Jika Ada)
Bumiputera : _______%
Bukan Bukan Bumiputera : _______%
12. Bilangan Pekerja
Bumiputera :
Bukan Bumiputera :
13. Jenis Syarikat
Persendirian : Nama & No. K/P :
Perkongsian : Nama & No. K/P :
(1)
(2)
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
4
14. Syarikat Sdn. Bhd. : Nama & No. K/P : (1) (2) (3) (4) 15. Nombor Pendaftaran Daripada
Kementerian Kewangan Malaysia [Sila lampirkan satu (1) salinan]
:
16.
Taraf Syarikat (Tandakan X)
:
Bumiputera Bukan Bumiputera
[Sila lampirkan satu (1) salinan Sijil Kementerian Kewangan jika Bumiputera] 17. Pengalaman dalam bekalan/perkhidmatan yang dinyatakan dalam Sebut harga :
Bil.
Bekalan/Perkhidmatan
Lokasi
(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
18.
Bersama-sama ini dikembarkan satu (1) salinan yang diakui atau surat-surat akuan (certificate) salah satu daripada yang tersebut di bawah ini: 18.1 Salinan sijil pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia 18.2 Salinan Certificate of Incorporation / Registration by Registrar of Companies 18.3 Salinan Memorandum Articles of Association 18.4 Salinan Penyata KWSP terkini (majikan) 18.5 Salinan 3 Bulan Penyata Bank 18.6 Salinan Surat Kemudahan Overdraf 18.7 Salinan Sijil yang berkaitan (nilai tambah) seperti : ISO, 18.8 Salinan Sijil Badan Profesional (Jika ada) 18.9 Salinan Sijil Penghargaan (Jika ada) 19.0 Salinan Sijil Kementerian Kewangan dengan Kod Bidang Berkaitan 19.1 Salinan Sijil Pendaftaran GST Kastam Diraja Malaysia
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
5
19. Senarai Kerja Dalam Tangan
Bil. Bekalan /Perkhidmatan Harga (RM) Tempoh Bekalan/ Pekhidmatan
SAYA MENGAKUI SEMUA KETERANGAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR
......................................................................
TANDATANGAN & COP PENYEBUT HARGA
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
6
LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA
NEGERI JOHOR
SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.
Kepada (Nama Syarikat) .............................. |Pelawaan sebut harga dikeluarkan .................................................................. |oleh Kementerian/Jabatan (Alamat Lengkap) ................................................................... | Unit Swadaya Insan Negeri Johor No.Telefon:................................................. | No.2,Jln Iskandar Putri 1/3, Tmn Nusantara No. Pendaftaran dengan Kementerian | Prima, 79200, Iskandar Puteri, Johor Kewangan: ................................................... | No. Telefon: 07-266 6603/6644 | Kod bidang pendaftaran yang relevan| dengan pembelian ini .................................... | Tarikh: 16 April 2018
1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1. Syarat penyerahan/penyempurna sebagaimana arahan kepada
penyebut harga dan syarat-syarat am.
1.2. Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki 23 April 2018.
1.3 Arahan pengiriman ..............................................................................
1.4. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda nombor sebut harga 01/2018
1.5. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan
di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari 23hb April 2018.
1.6. Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
Tarikh: ......................... Tandatangan: ..................................................
Nama Pegawai: ............................................ Jawatan: ......................................................
No. Siri: 01/2018
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
7
PERIHAL BEKALAN/PERKHIDMATAN DAN SPESIFIKASI
KATEGORI I: MESIN DAN PERALATAN JAHITAN
PAKEJ A : MESIN JAHIT BIASA
Bil Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Mesin Jahit Biasa Industri
Jenama OKURMA 5.5mm / setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
2. Tool Box Kelengkapan Jahitan (merangkumi)
a.Set Gunting
1. Gunting Fabrik 2.Gunting Pengemas 3. Gunting Kertas 4. Gunting Sulam 5. Penetas 6. Gunting Pucuk Rebung
16 unit
b. Set Pembaris
6 in 1: 1. Pembaris L 12inci x 21inci (30cm x 55cm) 2. Pembaris Lurus 24 inci 3. Pembaris Lurus 18 inci 4. Pembaris Lengkuk 24 inci 5. Pembaris Big Head 3inci x 18inci (7cm X 45cm) 6. Pembaris Big Head Kecil 39cm
c. Perkakas Menanda (Penanda Kain)
Jenis Kapur
d. Pita Pengukur
e. Set Jarum
Saiz jarum dari kod 9-14
3. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan & Kos
Penghantaran ke rumah peserta
1 kali
Jumlah Pakej A
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
8
PAKEJ B: MESIN JAHIT TEPI
Bil Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Mesin Jahit Tepi Industri
Jenama OKURMA Single Needle Overlock Serger / setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
2. Tool Box Kelengkapan Jahitan (merangkumi)
a.Set Gunting
1. Gunting Fabrik 2.Gunting Pengemas
16 unit
b. Set Pembaris 4 dalam 1 : 1. Pembaris L 12inci x 21inci (30cm x 55cm) 2. Pembaris Lengkuk 24 inci 3. Pembaris Big Head 3inci x 18inci (7cm x 45cm) 4. Pembaris Big Head Kecil 39cm
c. Perkakas Menanda (Penanda Kain)
Jenis Kapur
3. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan & Kos Penghantaran ke rumah peserta
1 kali
Jumlah Pakej B
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
9
KATEGORI II: KEPERLUAN DAPUR DAN KATERING
PAKEJ C: BAKERI
Bil. Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Oven Electrical (Saiz Besar)
Jenama Butterfly , kapasiti 100L, kuasa 2800 watt/ setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
2. Mixer Stand (Saiz Kecil)
Jenama ELBA, kapasiti 3.2L, kuasa 320 watt / setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
3. Sealer Kaki Spesifikasi : 320x240x90mm 350 watt / setaraf dari segi
jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
4. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan & Kos Penghantaran ke rumah peserta
1 kali
Jumlah Pakej C
PAKEJ D: KATERING
Bil. Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Peti Ais Sejuk
Beku (Freezer) Jenama Hisense / Snow,
kapasiti 130L/ setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
2. Periuk Nasi Elektrik (Besar)
Jenama Panasonic / Butterfly , spesifikasi: kapasiti 10L anggaran 10KG beras, 2500-2800 watt/ setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
3. Blender Jenama Panasonic, spesifikasi: 3 tahap kelajuan, 1.5L / setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
4. Dulang Makanan berkaki Keluli
Tahan Karat (kecil)
6 x Stainless Steel Chafing Dish/ Serving Dish Half Size/setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
5. Tarmos Nasi (Besar)
Spesifikasi: 30L / setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
6. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan & Kos
1 kali
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
10
Penghantaran ke
rumah peserta
Jumlah Pakej D
KATEGORI III : PERALATAN BERASASKAN KEMAHIRAN
PAKEJ E: PERTUKANGAN
Bil. Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Gerudi Tangan (Impact Drill)
Jenama Bosch , spesifikasi: 3KG, 1.8V / setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
2. Set ‘tool box’ 18pcs
Jenama SATA / setaraf
dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
3. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan & Kos Penghantaran ke rumah peserta
1 kali
Jumlah Pakej E
PAKEJ F : PERCETAKAN
Bil. Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Mesin Heat Press 5 in 1 JE SUB / setaraf dari segi jenama,
spesifikasi dan kualiti
18 unit
2. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan & Kos Penghantaran ke rumah peserta
1 kali
Jumlah Pakej F
PAKEJ G : GUNTING RAMBUT
Bil. Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Kerusi Gunting Rambut C-0055
Boleh laras, kusyen PU/setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
2. Set Pisau Cukur Kualiti pembuatan Jepun/setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
3. Mesin Pengering Rambut
Jenama Philip, spesifikasi : 2100 watt /setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
4. Mesin Pemotong Rambut
Jenama Wahl, spesifikasi: 12 watt/setaraf dari segi
16 unit
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
11
jenama, spesifikasi dan kualiti
5. Set Gunting Rambut
Jenama Wahl, 3 pcs Heavy Duty/setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
6. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan & Kos Penghantaran ke rumah peserta
1 kali
Jumlah Pakej G
PAKEJ H: PERALATAN ASAS MEMBAIKI MOTORSIKAL/KERETA
Bil. Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Kompressor Kecil Jenama EZYLIF, spesifikasi: 2.5HP, 40L /setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
19 unit
2. Tool Box (Peralatan Asas Membaiki Motorsikal)
Jenama SATA/setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
19 unit
3. Jack Stand Jenama EZYLIF/setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
19 unit
4. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan & Kos Penghantaran ke rumah peserta
1 kali
Jumlah Pakej H
PAKEJ I : PERALATAN ELEKTRIK
Bil. Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Gerudi tanpa wayar (Cordless Drill)
BOSCH Professional GSR 1000 Driver = Extra Screwdriver Bits Set ( 9F4 0L1) /setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
2. Set ‘tool box’ peralatan elektrik: a. Pemutar
Skru b. Test Pen c. Tukul
Warrington
Jenama Mr. Mark / setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
12
d. Pemotong Sisi
e. Set Paku f. Set Skru g. Stapler
Gun h. Multimeter
3. Tangga (Lipat 4) Tangga Serba Guna Aluminium ‘18 Steps 6 Hinges’ /setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16 unit
4. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan & Kos Penghantaran ke rumah peserta
1 kali
Jumlah Pakej I
PAKEJ J : PERALATAN PERTANIAN
Bil. Barangan Spesifikasi Kuantiti Kadar (RM)
Harga (RM)
Syor Jenama/spesifikasi
1. Mesin Potong Rumput Jenama Ogawa spesifikasi : kuasa 4 lejang / setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16
2. Mesin Pam Racun (Air) Jenama Ogawa spesifikasi : 26L / setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16
3. Set ‘tool box’ kelengkapan landskap:
a. Set cangkul b. Sudip tangan c. Pengembur
tangan d. Secateurs e. Set Gunting
Pokok f. Set Pisau g. Kereta
Sorong h. Sabit
Setaraf dari segi jenama, spesifikasi dan kualiti
16
4. Latihan Teknikal Penggunaan Peralatan
1 kali
Jumlah Pakej J
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
13
JUMLAH KESELURUHAN
KATEGORI PAKEJ HARGA (RM)
I : MESIN DAN PERALATAN JAHITAN
A : Mesin Jahit Biasa
B : Mesin Jahit Tepi
Jumlah Kategori I
II : KEPERLUAN DAPUR DAN KATERING
C : Bakeri
D : Katering
Jumlah Kategori II
III : PERALATAN BERASASKAN KEMAHIRAN
E : Pertukangan
F : Percetakan
G : Gunting Rambut
H : Peralatan Asas Membaiki Motorsikal/ Kereta
I : Peralatan Elektrik
J : Peralatan Pertanian
Jumlah Kategori III
Jumlah Keseluruhan
GST 6%
Jumlah Akhir termasuk GST 6%
(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
(ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah sebagaimana perbekalan secara berjadual dan
tidak melebihi 30 November 2018.
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan
harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di
belakang ini.
Tandatangan Penyebut Harga : ............................................ Nama dan K/P : .......................................
Alamat Syarikat : ...............................................
Tarikh : ................................
*(LAMPIRAN DIBENARKAN JIKA RUANG TIDAK MENCUKUPI)
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang
COP PENYEBUT HARGA
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
14
SYARAT- SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini,
syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am
itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga.
1. KEADAAN BARANG
Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan (jika
berkaitan).
2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos
tambahan yang berkaitan. Harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
Risalah (brochures), katalog (catalogue) dan lain-lain dokumen hendaklah
disertakan dalam Sebut harga (jika berkaitan). Butiran yang ditawarkan hendaklah
dicatatkan dengan terang. Item yang ditawarkan mestilah ditandakan dengan jelas.
3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan
item.
4. BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-
butir penuh diberi.
5. PERSETUJUAN
a. SIJ tidak terikat untuk setuju terima Sebut harga yang terendah atau mana-
mana Sebut harga ; dan
b. Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu Sebut harga yang berasingan.
6. PEMERIKSAAN
a. SIJ sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji
bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum
penyerahan bekalan tersebut; dan
b. Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian
apabila dikehendaki.
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
15
7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
a. Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang
dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang
dinyatakan di dalam pelawaan ini.
b. SIJ tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari
perbezaan antara tafsiran pembekal dengan tafsiran Bahagian Kewangan SIJ
mengenai spesifikasi ini.
8. PENOLAKAN
a. Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah
dipersetujui Sebut harga nya boleh ditolak;
b. Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak
itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia
hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah
dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan
c. Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan
untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana Sebut harga boleh
disiarkan dalam mana-mana akhbar,majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa
kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih
dahulu.
10. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan
mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga
bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam
apa-apa pertikaian atau perselisihan juapun yang mungkin timbul mengenai sebut
harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau
dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
16
12. DENDA LEWAT
Jika Penyebut Harga yang berjaya, gagal menghantar barang-barang yang
dipesan di dalam tempoh yang dicatatkan di Borang Sebut harga, maka denda
sebanyak 1% daripada nilai barang yang belum dihantar akan dikenakan bagi tiap-
tiap minggu atau sebahagian minggu yang lewat tertakluk kepada maksimum 10%.
BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA
13. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan dan
unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan
14. PEMBUNGKUSAN
a. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja
bungkusan dan belanja pembungkusan; dan
b. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan
yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.
15. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat
asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
16. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur
cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
17. MATA WANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
18. PEMBUNGKUSAN
a. Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia
melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan
tidak membungkus;
SEBUTHARGA JANA PENDAPATAN AZAM KERJA MUAFAKAT JOHOR 2018
17
b. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan
dan belanja pembungkusan; dan
c. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang
tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.
SENARAI SEMAK
BEKALAN/ PERKHIDMATAN
Sila tandakan (/) bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil. Perkara/Dokumen
Untuk Ditanda
Oleh Syarikat
Untuk Ditanda Oleh
Jawatankuasa Pembuka
Sebut Harga
1.
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan/Kerja) beserta kod bidang berkaitan yang masih dalam tempoh sah laku
2. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)
3. Salinan Sijil Perakuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih dalam tempoh sah laku
4. Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap), Ditandatangani dan Cop Syarikat
5. Borang Maklumat Penyebut Harga
6. Pematuhan Kepada Spesifikasi
7. Pengalaman dan Senarai Kerja Dalam Tangan
8. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga(3) Bulan Terakhir
9. Profil Syarikat (termasuk projek terdahulu, organizasi syarikat & maklumat am syarikat)
10. Lain-lain sijil yang berkaitan dan diiktiraf (cth: Sijil Pendaftaran JKDM, PERKESO)
11. Senarai Semak
* Peringatan : Setiap dokumen yang dihantar perlu pengesahan cop dan tandatangan syarikat
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan Pihak Syarikat:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Cop:
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen kecuali bagi perkara bil. ………………(jika ada)
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh: