Download - Seniman Kesenian Islam
SENIMAN-SENIMAN KESENIAN ISLAM
Kaligrafer
IbnMuqlah
Tokoh kaligrafer yang mashyur ini dilahirkan pada 868 M. di Baghdad. Nama
sebenarnya ialah Abu Ali Muhammad bin Ali. Kariernya bermula sebagai pengutip
cukai tanah di Fars. Apabila Ibn al-Furat menjadi wazir pada 908 M., karier
IbnMuqlah semakin cerah. Behan dilantik sebagai setiausaha Pentadbiran Pusat.
Pengetahuannya dalam bidang geometrikbanyak membantunya dalam mengubah suai
tradisi kaligrafi.
Ahwal murid Ibrahim al-Syajari bertanggungjawab membentuk IbnMuqlah
menjadi ahli kaligrafi yang mashyur. Kemashyurannya kerana berjaya
menyumbangkan skrip kahgrafi yang istimewa al-Khat al-Mansub' yang
kemudiannya telah disempurnakan dengan jayanya oleh Ibn al-Bawwab.
Sumbangan IbnMuqlah yang bermakna ialah peraturan-peraturan menggunakan
lingkungan, garisan lurus serta titik rombik bagi melahirkan bentuk-bentuk huruf yang
betul serta gaya enam tulisan yang dikenali sebagai 'Sitta'-Thuluth, Naskh, Rihan,
Muhaqqaq, Tauqi dan Riq'ah yang berkekalan berabad-abad lamanya.1 Di tangan
IbnMuqlah khat Naskhtelah mencapai kesempurnaannya. Kedua-dua tokoh kaligrafi ini
telah mencipta kaedah dan aturan penulisan khat Naskhdengan menentukan ukuran
panjang-pendek dan jarak huruf, serta gaya dan iramanya dengan rapi sekali.2 Kaedah
penulisan khat tersebut sebenarnya menunjukkan penguasaanIbnMuqlah yang
begitu baik dalam bidang geometri dan matematik.
Kekuatan peraturan huruf-huruf yang dikemukakan oleh IbnMuqlah adalah
bersandarkan pada titik. rombik selain keseimbangan matematik. Dalam hal ini
beliau menegaskan bahawa kalam (penes) mestilah mempunyai ciri-ciri yang
membolehkan kekuatan huruf-huruf itu terjelma. Sebagaimana yang dijelaskan
oleh Drs. d. Sirajuddin:
IbnMuqlah, umpamanya memerinci cara-cara pemotongan kepada sifat,
ukuran panjang, bentuk alas pada hujung potongan, pembuangan saluran
tinta, seterusnya. Dengan segala ketelitian, setiap jenis tulisan telah
dirancangkan untuknya jenis jeniskalam yang serasi menurut sentakan messing-
masing. 3
IbnMuqlah juga telah menggariskan beberapa kriteria bagi menentukan
sesuatu tulisan itu sebagai benar. Antara kriteria itu ialah ketepatan,
keseimbangan, kesempurnaan, kepadatan serta kelancaran. Manakala dalam
mengemukakan reka letak yang baik beberapa pertimbangan harus diambil
kira. Antaranya keselarasan dan susunan. Kesemua kriteria dan peraturan
yang telah ditetapkan oleh IbnMuqlahbukan sahaja meletakkan IbnMuqlah
sebagai pengasas kepada Beni kaligrafi rasmi bahkan kaedahnya telah menjadi
ikutan kepada peminat kaligrafi yang lain bertahun-tahun lamanya.
IbnMuqlah lebih menguasai tulisan Kursif daripada tulisan Kufi. Walau
bagaimanapun tulisan kufi masih menjadi bukti kepada umum bahawa beliau
mampu menguasainya. Beberapa karyanya ditulis dalam dues jenis tulisan tersebut.
Antara karya tulisannya dengan khat Naskh dan Thuluth terdapat di Muzium
Iraq, Baghdad. Dikatakan juga sebuah mashaf al-Qur'an di Masjid Sevilla
Andalusia merupakan hasil karya beliau.
Sungguhpun kegemilangan IbnMuqlah dalam lapangan kaligrafi mencapai reputasi
yang menakjubkan, tetapi kehidupannya penuh dengan tragedi yang menyayat
hati. Jawatan Wazir (Perdana menteri) kepada tiga khalifah Abbasiyahiaitu al-
Muqtadir (908-32 M.), al-Qahir (932-4 M.) dan alRadhi (934-40 M.) tidak
menjaminnya hidup mewah dan bahagia. Dalam kegelisahan akibat krisis
kepimpinan khalifah beliau wring difitnah dan teraniaya. Beliau pernah
ditangkap dan dipenjara selama dua tahun, sebelum dibuang negeri ke Parsi.
Kemudiannya difitnah lagi sehingga jawatannya dipecat dan hartanya telah
diambil. Kemuncak dari penderitaannya ialah apabila tangan kanannya telah
dipotong. Tetapi khalifah al-Radhikemadiannya menyesal dan meminta agar
tangan Ibnu Muqlah diubati. Dengan tangannya yang cacat itulah
IbnMuqlah meneruskan sisa-sisa kehebatannya dalam lapangan penulisan
kaligrafi. Penderitaan IbnMuqlah tidak berakhir di situ, tindakan kejam ke
atasnya terns dijatuhkan oleh IbnRaiq dengan memotong lidah beliau serta
menyumbatkannya ke penjara. Sisa-sisa kehidupannya bertahun-tahun di penjara
berakhir dengan kematiannya pada tahun 940 M./328 H. Kehilangannya tidak
pula menenggelamkan seluruh kegemilangan kaligrafi yang telah dirintis.
IbnMuqlah meninggalkan murid-murid dan pengikutpengikut yang
meneruskan kegiatan kesenian kaligrafi Islam di tengah-tengah kemashyuran
gurunya. Antara murid-muridnya yang terkenal ialah Ibn al-Simsimany (m. 415
H.) dan Ibn Asad al-Ghafigi (m. 410 H.) yang melahirkan muridnya yang
terkenal Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibn al-Bawwab).
Ibn al-Bawwab
Nama sebenarnya ialah Abu'l-Hasan Ali bin Hilal yang dikenali juga
dengan nama Ibn al-Sitri, malahan kadangkadang disebut juga Ibn Abdul
Aziz. Tidak diketahui tarikh dan tempat kelahirannya, tetapi beliau mencipta
nama pada zaman Buwaih. Sebagaimana IbnMuqlah beliau hidup di
kalangan pemerintah. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan
Wazir Fakhr al-Mink Abu Ghalib Muhammad bin Khalaf di Baghdad.
Sebelumnya beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Perpustakaan
BuwaihBahaalDawlah di Shiraz.
Keagungannya bukan sahaja di bidang kaligrafi tetapi juga dalam
bidang hiasan (ilumination). Beliau adalah seorang iluminatur yang berjaya
menghias helaian al-Qur'an dengan baik. Sebagai seorang hafiz yang benar-
benar menjiwai al-Qur'an di samping kewarakannya, beliau berjaya menulis 64
naskah al-Qur'an dengan kehebatan kaligrafi yang cemerlang. Kaedah-kaedah yang
disusun oleh Ibn Muqlah merupakan panduan yang berguna kepada Ibn al-Bawwab
dalam penerokaannya kepada kaligrafi yang baharu. Sebagaimana yang dijelaskan
oleh Drs. d. Sirajuddin:
Tanpa melaprak batas rumus-rumus, Bawwab mengemudikan jiwa seni dengan membuat tatatertib yang
tersusun rapi dan elok menurut keharmonian gaya tulisan yang dirancang Ibn Muqlah. Bentuk baru yang
penuh keindahan ini kemudian dikenal dengan al-Mansub al-Faiq (Mansub yang elok rapi).'
Bentuk baru al-Mansub al-Faiq telah dihuraikan sebagai System of theoretical
measurement of the letters described in later treatises on caligraphy has given rise
to many different interpretations .5
Tulisan Naskh dan Muhaqqaq telah mencapai kegemilangannya di tangan Ibn al-
Bawwab sehingga tiada tandingannya. Beberapa karyanya yang ditemui
membayangkan ketokohan Ibn al-Bawwab sebagai warisan Islam yang tidak ternilai.
Karyanya yang unik sebuah naskhah al-Qur'an disimpan di Perpustakaan Chester
Beatty, Dublin bertarikh 391 H./1000-1 M. ditandatangani oleh al-Bawwab. Karya ini
ditulis dengan gaya Naskh dengan dekorasi yang menarik. Sebuah lagi karyanya
senaskah al-Qur'an yang ditulis dengan tulisan Rayhani disimpan di Universiti La
Lahu le di Istanbul hadiah dari Sultan Salim I.
Ibn al-Bawwab telah meninggal dunia pada 413 H./1032 M. satu tarikh yang lebih
tepat dari 423 H./1031 M. dan dikebumikan di samping makam al-Imam Ibn Hanbal
di Baghdad.
Yaqut al-Musta'sami
Beliau dipanggil juga Jamaluddin Yaqut Said yang tidak diketahui tarikh
lahirnya. Beliau berasal dari Amasya, berketurunan hamba sahaya, kemudiannya
diangkat menjadi setiausaha khalifah al-Musta'sim (1242-58) khalifah Abbasiyah di
Baghdad yang terakhir.
Beliau bergelar Imam al-Khattatin (Imam Para Ahli Khat) kerana jasanya dalam
bidang kaligrafi. Beliaulah yang menyusun dan menyempurnakan kaedah dan bentuk
huruf Yaqut merupakan ahli kaligrafi yang pertama berjaya sepenuhnya menguasai
perkara yang dipanggil Aqlam al-Sitt (Enam Pena/Goresan) dengan berbagai
variasi.' Asas-asas kaligrafinya dalam pembentukan ciri-ciri dan peraturan enam
pena/goresan telah berkembang dalam zaman kerajaan Uthmaniyah, Turki.
Kepekaannya kepada nilai-nilai estetik telah mendorong para pendokong
kaligrafi pada abad ke-13 ini menggunakan unsur-unsur tersebut dalam
menyempurnakan prinsip-prinsip geometrik Ibn Muqlah dan Ibn al-Bawwab. Cara
yang paling tepat bagi menjelmakan nilai-nilai estetik tersebut dilakukan oleh Yaqut
dengan memotong mata pena mengikut berbagai sudut demi memperolehi kehalusan
dan variasi.
Ketekunan merupakan senjata ampuh yang dimiliki oleh Yaqut. Setiap hari telah
diperuntukkan oleh Yaqut untuk menulis dua juz ayat-ayat al-Qur'an. Disiplin yang
ketat ini bukan sahaja harus dilaksanakan olehnya malahan murid-muridnya perlu
berbuat demikian. Ketekunan dan kegigihannya melampaui batas-batas yang terfikir
oleh manusia biasa apabila beliau langsung tidak menghiraukan tragedi yang berlaku
di sekelilingnya. Baghdad diserang oleh Mongol pada tahun 1258 M. sedangkan Yaqut
naik ke menara meneruskan kerja-kerja penulisannya. Selepas kejatuhan Baghdad di
tangan Hulagu Khan, Yaqut berkhidmat pula dengan penguasa-penguasa Moghul.
Beliau berjaya menyalin 1001 buah naskah al-Qur'an dan satu daripadanya kini
tersimpan di Paris. Qiblat al-Khuttab ini kemudiannya meninggal dunia pada 1298 M.
Syeikh Hamdullah
Nama penuhnya ialah Syeikh Hamdullah al-Auras, dilahirkan pada tahun 1429 M. Beliau
merupakan genius dalam bidang kaligrafi zaman Uthmaniyah Turki. Kegemilangannya
dalam bidang kaligrafi benar-benar mengagumkan Sultan Bayezid II (1481-1512 M.)
pemerintah Uthmaniyah ketika itu. Sultan Bayezid mengundang beliau ke Istanbul
dan menyediakan studio di istananya. Di situlah Syeikh Hamdullah berlatih dan
mengajar baginda kaligrafi.
Sultan menaruh minat yang tinggi dalam bidang kaligrafi, selain memerhati dan
belajar beliau sanggup memegang tinta sepanjang Syeikh Hamdullah bekerja.
Suatu ketika Sultan Bayezid II pernah mencabar Syeikh Hamdullah sama
ada beliau mampu memperbaiki Enam Pena (Aqlam al-Sitt) yang telah dibuat
oleh Yaqut al-Musta'sami. Syeikh Hamdullahmemberi tempoh 40 hari bagi
membuktikan kebolehannya. Akhirnya gaya baru yang dikenali sebagai Syeikh
Hamdullah Uslubu (gaya Syeikh Hamdullah) berjaya diperkenalkan itu bukan
semata-mata mematikan pengaruh dominan Yaqut, tetapi juga reka
coraknya telah diikuti oleh ahli kaligrafi zaman Uthmaniah sehingga abad ke-18
M.
Syeikh Hamdullah meninggal dunia pada 1520 M. dengan meninggalkan
seorang muridnya yang mashyur bernama Ahmad Qarahisari. (m. 963 H./1555
M.).
Hafiz Uthman
Beliau dilahirkan pada tahun 1642 M. di Asitanah. Sebagaimana Ibn al-Bawwab,
beliau merupakan seorang yang hafaz al-Qur'an. Beliau mendapat asuhan dari wazir
Mustafa Pasya. Dalam lapangan kaligrafi, beliau terdidik di bawah dua orang
gurunya yang terkenal iaitu Ustaz Daswisi Ali dan Ismail.
Pengaruh Syeikh Hamdullah yang berkekalan mulai menurun pada
pertengahan kedua abad ke-17 M., apabila Hafiz Uthman muncul.
Kemunculannya benar-benar mengharumi dunia kaligrafi Islam zaman
Uthmaniyah. Tokoh demi tokoh telah dilahirkan oleh Turki dalam sumbangannya
yang bermakna kepada warisan peradaban Islam.
Gaya dan kaedah yang dibentuk oleh Yaqut dan Hamdul lah menjadi inspirasi
kepada beliau bagi menambahkan kehalusan, kesederhanaan dan keaslian
karya-karya kaligrafinya. Dengan demikian, sedikit demi sedikit pengaruh
gaya Syeikh Hamdullah mulai luntur digantikan oleh gaya baru Uthman yang
menjadi ikutan generasi berikutnya.
Pada tahun 1106 H. beliau telah dilantik sebagai guru kaligrafi kepada
Sultan Mustafa Khan II dan Sultan Ahmad Khan II. Di samping itu beliau
turut menawarkan khidmat baktinya dengan memberikan pelajaran khat kepada
umum. Namanya terkenal apabila tulisan kaligrafinya pada al-Qur'an telah
dicetak dan diterbitkan pada abad ke-19 M.
Gaya Hafiz Uthman berkekalan bertahun-tahun menjadi ikutan kepada
kaligrafi di Istanbul sehinggalah munculnya dua orang adik-beradik Ismail Zuhdi
dan Mustafa Rakim pada pertengahan kedua abad ke-18 M.
Sumbangannya yang bererti ialah penyalinan 25 mashaf al-Qur'an dan
helaian-helaian kertas yang lain. Karya-karyanya tersimpan di Universiti Aya
Sofia, Perpustakaan Nur Uthmaniyah, Perpustakaan Nuruddin Bek Mustafa.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1698 M.
Ismail Zuhdi dan Mustafa Rakim
Ismail Zuhdi tidak diketahui tarikh lahirnya, tetapi saudaranya Mustafa Rakim
dilahirkan pada 1757 M. Kedua-duanya merupakan mata rantai generasi
kaligrafi yang telah dilahirkan oleh kerajaan Uthmaniyah dari asas-asas kukuh
Yaqutal-Musta'sami. Kedua-dua saudara ini menguasai sepenuhnya gaya dan
kaedah Hafiz Uthman. Kejayaan mereka yang unggul ialah penerokaan dan
percubaan reka letak yang bersifat estetik. Mereka berjaya meletakkan
susunan gubahan perkataan dan garisan pada muka Surat. Reka bentuk
Tugras(monograms) yang digunakan oleh Sultan Turki merupakan buah
tangan mereka. Ismail Zuhdi ' meninggal dunia pada tahun 1806 M. manakala
saudaranya pula pada tahun 1826 M.
Ustaz Abdullah Zuhdi bin Abdul Kadir al-Nablusi
Tidak diketahui tarikh lahirnya; beliau telah dilahirkan di Asitanah setempat dengan
Hafiz Uthman. Rashid Afandi dan Mustafa Azat adalah orang yang bertanggungjawab
mendidik Abdullah Zuhdi dalam bidang kaligrafi. Kariernya bermula apabila beliau
dilantik sebagai kaligrafer di Universiti Nur Uthmaniyah. Kegemilangan dalam bidang
kaligrafi menarik minat Sultan Abdul Majid. Beliau memberikan kepercayaan
sepenuhnya kepada tokoh kaligrafi agung ini menghiasi Masjid Nabawi di Madinah.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai guru kaligrafi di Madrasah Khadaiwiyah,
Mesir. Dari sini bermulalah pengaruh Abdullah Zuhdi dalam bidang kaligrafi
di Mesir. Karya-karya kaligrafinya mulai menghiasi masjid-masjid di Mesir. Satu
penghormatan telah diberikan oleh pemerintah ketika itu apabila beliau diberikan
amanah menghiasi Kiswah Kaabah. Tokoh kaligrafi yang ulung ini
meninggal dunia pada tahun 1296 H. dan disemadikan berhampiran makam
Imam Syafi'i R.A.
PELUKIS CATAN MINIATUR
KamaluddinBehzad
Tokoh seniman dari Parsi ini dilahirkan pada tahun 1440 M. di Herat.
Kelahirannya dalam pertengahan abad ke-15 M. semasa dengan Raphael
(1483-1520 M.) pelukis agung Italizaman Renaissance. Beliau mendapat
bimbingan dari Amir Ruhullah (MirakNakkash) dan juga Sayyid Ahmad Tabrizi.
Sebelum berlangsung peperangan di Chaldiran pada tahun 1514 M.
antara Shah Ismail dan Selim I, Shah Ismail telah menyembunyikan Behzad
dan Shah Mahmud Nisyapurike dalam gua kerana takut dimiliki oleh
lawannya. Shah Ismail amat menyayangi Behzad kerana bakatnya. Beliau
telah dibawa ke Tabriz dan dilantik sebagai Pengarah Perpustakaan Diraja.
Sebelumnya Behzad pernah berkhidmat sebagai Ketua Akademi Herat dari
tarikh 1468 hingga 1506 di bawah Mir Ali Shir sahabat kepada Sultan Husain
Baigara.
Shah Tahmasp menggantikan Shah Ismail pemerintah Dinasti Safavi. Beliau
juga mempunyai kecenderungan dalam bidang kesenian. Behzad, Aga Mirak dan
Sultan Muhammad terns berkhidmat dengannya sebagai seniman-seniman
Istana di Perpustakaan Diraja. KemashyuranBehzad terserlah dalam
kemahirannya menggunakan garisan yang lembut dan campuran warna yang
harmoni. Warna-warna yang sering digunakan ialah biru, hijau dan oren. Tema-
terra popular yang sering tertera dalam catan miniatur menggambarkan peman-
dangan sesebuah kebun, suasana berkelah dan gambaran syurga. Gaya
Behzad mempengaruhi kuat generasi-generasi berikutnya dan beliaulah yang
bertanggungjawab dalam membangunkan sekolah Tabriz.
Konsep klasik figura-figura tanpa jiwa dalam catan-catan sebelum Behzad telah
diberikan nafas baru dengan kepekaan realisme. Beliaulah tokoh naturalisme,
ekspresionisme yang di tangannya figura-figura dipenuhi dengan emosi, tenaga
dan dramatik.' Dengan mengemukakan gaga baru dalam lukisannya,
Behzad sebenarnya telah mengangkat diri sebagai sekolah baru dalam kegiatan
kesenian Safavi. Gayanya penuh emosi, dramatik dibandingkan deftgan pelukis-
pelukis sezamannya. Beliau lebih berminat dalam lukisan perwatakan individu-
individu dan kehidupan sehariannya.' Tidak sebagaimana pelukis-pelukis
catan yang lain yang begitu gemar menulis kaligrafi pada catan-catannya,
Behzad mengurangkan, bahkan mengetepikan tradisi tersebut. Behzad dikagumi
oleh sultan-sultan Parsi yang lain, malahan is terns diminati oleh maharaja
Moghul di India. Behzad pernah dibayar 40 000 oleh sultan kerana melukis Ramz
Nama. B.W. Robinson telah mengulas tentang sumbangan Behzad kepada
seni catan Parsi, katanya:
Sumbangannya yang utama (dalam seni figura) ialah bahawa beliau
berjaya memaparkan gambaran yang lembut dan harmoni. Kadang-kadang
terdapat gambaran yang terlalu kaku, lalu beliau memberikannya sebanyak
mungkin nilai kemanusiaan dan semula jadi yang selaras dengan watak
utamanya.9
Beberapa orang penulis telah memberikan ulasan terhadap hasil karya
Behzad. Masing-masing telah diberi pujian yang tinggi kepadanya, antaranya
ialah Kadi Ahmad:
Beliau mempunyai kekuatan dalaman tentang perimbangan bentuk dan beliau
menjelaskan keunggulan imej burungnya dan oleh itu dirinya bagaikan
mengalir dalam lukisan orangnya."
Manakala Khwandamir menyatakan:
Keunggulan daya seninya tampak pada ketepatan dan daya persembahan
yang bagaikan benar-benar hidup."
Sebagai tambahan Babur menjelaskan:
Hasil seninya amat indah, terutamanya lukisan beliau tentang figura-figura
yang begitu halos yang amat di kagumi, sedangkan lukisan beliau tentang
figura yang kasar tidak begitu bermutu .... "
Antara manuskrip yang ditangani oleh Behzad ialah Nizami, Sejarah
Taimur (1467), Buwtan yang ditulis oleh Saadi. Beberapa karya catan dalam
manuskrip Nizami ialah `Iskandar and the Seven Sages' (1494-95) dan 'Battle
Scene' (akhir abad ke-15). Catan-catan miniaturnya dalam manuskrip Saadi
Bustan ialah 'King Dara and the Horseherd' (1488), 'Mosque Scene' (1488) dan
Entertainment at the Court of HusaynBaykara(1488). Manakala sebuah lagi
dalam koleksi Rothschid ialah catan miniatur dalam Gulistan (1486). Catan
miniatur Laila dan Majnun berada di Perpustakaan Leningrad.
Beliau meninggal dunia pada 942/1536-1537 M. dan dikebumikan di Tabriz
bersebelahan makam penyair Syeikh Kamal dari Khudjand. Tetapi mengikut
Kadi Ahmad beliau meninggal dan dikebumikan di Kuh-iMukhtar.
Sham al-Din
Berbangsa Parsi dan dilahirkan pada 1360 M. Tokoh ini berkhidmat dengan istana
Jalayrid. Di situlah beliau menubuhkan sekolahnya sendiri yang gayanya
berkembang di Herat dan Tabriz. Beliau mendapat bimbingan dari gurunya
AmadMusa. Di kalangan pelukis-pelukis Parsi beliaulah pakar dalam lukisan
supernatural dan naga.
Pengaruh China begitu ketara dalam catan-catan landskapnya, hal yang
sama dibawa juga oleh gurunya Ahmad Musa. Coma beberapa perincian
terhadap rumput, tumbuhtumbuhan serta pokok menjadikan karyanya lebih
bermakna. Namun begitu pergerakan keseluruhan kombinasi gambarnya
merupakan sumbangannya yang penting. Berbeza daripada Abd al-Haiy
dalam pelukisan kuda, Sham al-Din melukis kuda dengan kepalanya yang
panjang dan posisi mata kuda yang agak tinggi. Di antara karya-karya catan
miniaturnyaialah: -
i. Iskandar mengalahkan tentera Fur dari Hindi.
ii. Iskandar berlawan dengan gergasi dari Habas.
iii. BahramGur membunuh gergasi.
iv. BahramGur membunuh naga.
v. Nushirwan menjamu hidangan yang dibawa oleh putera Mahbud.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1374 M.
Abd al-Haig
Tarikh lahirnya tidak diketahui, begitu juga tarikh kematiannya. Walau bagaimanapun
pelukis ini telah mencipta nama pada abad ke-14 M. Beliau telah dibimbing dalam
bidang catan di bawah asuhan Sham al-Din. Pada tahun 1393 M. beliau telah
dibawa oleh Timur ke Samarkand. Di sinilah, sekolah Timur yang awal telah
diasaskannya.
Beliau gemar melukis kuda dengan posisi mata kuda terkebawah serta dada kuda
yang tidak tepat. Walau bagaimanapun hiasan dan penjelmaan naturalistik adalah
kekuatan catan-catannya. Dalam manuskrip Khwadju beliau menggunakan warna
emas sebagai Tatar belakang serta melukis pokok-pokok yang kelihatan mendatar.
Kekuatan gayanya bergantung kepada warna-warna ros, coklat dan biru cerah
yang menjadi kesukaannya. Antara karya-karya catannya ialah:
i. Zal mengatasi Sinduklit.
ii. Rudaba dan Sinduklit.
iii. Rustam berlawan dengan Isfandiyar.
iv. Afrasiyab membunuh Nawdar.
Beliau meninggal dunia dan disemadikan di Samarkand.
Ali Riza'iAbbasi
Tidak dapat diketahui sama ada nama Ali Riza-iAbbasi dan Riza-iAbbasi dari nama
tubuh badan yang sama yang berkhidmat di istana Shah Abbas (1587-1628), tetapi
namanama ini mempunyai kebolehan dalam bidang kaligrafi dan catan. Dilahirkan
pada tahun 1575 M., beliau merupakanPelukis diraj a istana Shah Abbas I.
Sumbangannya dalam kedua-dua bidang sangatlah besar. Tulisan inskripsinya
ditemui di batu nesanKhwaja Rabi berhampiran Mashdad, Masjid Sheikh Lutf Allah,
Masjid Shah Abbas dan Bazar membuat kasut dan kain. Karyakaryanya dalam tiga
manuskrip tersimpan di State Library, Leningrad, Metropolitan Museum of Arl,
New York dan Muzium British. Tarikh karya-karya tersebut bertepatan dengan
tarikh pemerintahan Shah Abbas. Selain. itu beberapa karyanya berupa catan, kaligrafi
dalam manuskrip Jami tersimpan di Muzium TopkapiSarai, Istanbul.
Manuskrip Jami menjelmakan karya-karya catan dan kaligrafinya yang terbaik,
dihias warna emas pada kulitnya manakala di dalamnya dihias dengan gambar
burung, binatang, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan dan awan. Manakala tulisan
kaligrafinya dari gaga Naskhi.
Mir Saiyid Ali
Tidak diketahui tarikh kelahiran dan kematiannya tetapi kegiatan keseniannya dalam
lingkungan abad ke-16 M. Anak kepada Mir Musavvir ini berasal dari Tabriz. Bapanya
yang mengasuh dan membimbingnya dalam bidang kesenian. Pada mulanya beliau
berkhidmat di istana Shah Tahmasp, tetapi kemudiannya dibawa oleh Maharaja
Moghul-Humayun ke Kabul pada tahun 1544 M. Kariernya sebagai Pelukis catan
semakin memuncak apabila beliau dilantik sebagai pengarah perpustakaan diraja
Delhi pada tahun 1555 M.
Pada masa berkhidmat di istana Shah Tahmasp beliau adalah di antara seniman
yang bertanggungjawab melukis catan-catan dalam manuskrip Shahnama oleh Nizami
dalam tahun 1539-1543 M. Manakala pada zaman emperor Moghul di India Pula kerja-
kerja penerbitan manuskrip Hamzah Nama adalah di bawah pengawasannya.
Kemashyurannya dalam bidang catan mengkagumi sultan-sultan Moghul, sehingga
Mir Saiyid Ali, katanya: The line are more bold andVigorous and the potraiture more
accurate and lifelike. Tokoh catan Moghul ini juga terkenal kerana pemerbatiannya
dan kepekaan naturalistik sehinggakan landskap-landskap dalam catan-catannya
diberikan pendetailan.
SinanBey
Tidak diketahui tarikh kelahiran dan kematiannya. Kemashyurannya dalam bidang
catan tercatat dalam abad ke-15 M. Beliau merupakan seniman diraja yang
berkhidmat di istana Sultan Muhammad II (1451-81 M.) penakluk Konstantinopel.
Sultan Muhammad II dari Turki merupakan seorang pemimpin militer yang agung
serta pencinta kesenian dan kesusasteraan. Baginda telah mendirikan kilang
peleburan logam dan gelas di kota Edyrne. Seniman Turki ini belajar seni catan di
Venice di bawah bimbingan tokoh pelukis Itali, Naestreo Paoli. Dengan demikian
karya-karyanya lebih banyak dipengaruhi oleh kesenian Eropah. Potret Sultan Mu-
hammad II merupakan salah satu daripada karya-karyanya yang tersimpan lebih 500
tahun di Muzium TopkapiSarai, Istanbul.
Abdul Celli Celebi
Pelukis dari Turki ini terkenal dalam abad ke-18 M. Dia disebut juga Levni, tetapi
nama sebenarnya ialah Abdul Jalil Celebi. Beliau berasal dari Edirne Turki. Beliau
berkhidmat sebagai seorang seniman istana Mustafa II (1695-1703 M.) dan Ahmed
III (1703-1730 M.). Selain sebagai seorang pelukis catan beliau juga terkenal
sebagai iluminatur. Karyakaryacatannya sangat berbeza daripada pelukis sezamannya.
Beliaulah pengasas kepada gaga Nakishane atau catan-catan pejabat. Karya-
karyanya berbagai-bagai dari potret-potret individu hinggalah kepada album dan
illustrasi manuskrip. Sebagaimana SinanBey, Abdul Jahl tidak dapat lahir dari
pengaruh Barat khususnya Rococo. Watak-watak Eropah sebagai duta dijelmakan
dalam karya-karyanya.
Pelukis Catan Moden Islam
Ahmad Moustafa
Ahmad Moustafa seorang pensyarah Seni Halus di Universiti Alexandria di Mesir.
Pada mulanya beliau menumpukan minat dan aktivitinya dalam seni figuratif. Beliau
terpengaruh dengan pendekatan sekolah neo-klasik Euro-Itali. Akan tetapi
lama-kelamaan, beliau telah menukar seluruh kegiatan keseniannya dalam
menghasilkan karya-karya yang bersandarkan cumber tradisi al-Qur'an.
Pendidikan seninya yang diterima di Mesir lebih mengarahkan
perhatiannya ke gaya Euro-Itali. Tetapi kesedarannya melihat gaya tersebut
sudah ketinggalan zaman dan minat barn beliau ialah melihat hubungan yang
begitu mesra antara rains dan kesenian.
Seterusnya beliau menyambung pelajaran seni cetak di London iaitu di
London Central School of Art and Design. Pada masa inilah beliau tuba
mendedahkan pendekatan teknikal dalam seni kaligrafi. Penyelidikan saintifik
terhadap IbnMuqlah telah dikemukakan dalam tesis M.A.nya yang bertajuk
The Proportion script of Mohammed Ibn Ali IbnMuqlah. Dare sinilah
bermulanya perubahan yang ketara terhadap kehidupan dan arch
kecenderungan seninya. Beliau telah kembali ke akar umbi tradisi Islam, dengan
memilih terra-terra surah al-Qur'an. Sebelum beliau melukis dengan menggunakan
pena, terlebih dahulu beliau mengkaji maksud yang terkandung dalam surah-
surah al-Qur'an tersebut. Antara karyanya yang terkenal ialah:
i. Kelambu BaitulLah.
ii. Lukisan daripada Siri Catatan.
iii. Tenunan untuk Tiga Kelambu.
iv. Empat ekor Kuda Melompat.
Beliau amat gemar menggunakan gaya Kufi dan Muhaqaq. Manakala warna
yang Bering menjadi pilhan ialah hitam, kuning, emas dan biru. Karya-
karyanya penuh dengan 'dramatical approach' - kuda-kuda yang dibentuk dari
kaligrafi, tulisan-tulisan yang bertindih-tindih serta sapuan kaligrafi yang
berbagai mendatangkan lebih kejutan-kejutan dari sentuhan yang lembut.
AtteyaMoustafa
Pelukis dan seniman khat yang terkenal ini dilahirkan di Iskandariah, Mesir.
Beliau dilahirkan 51 tahun yang lampaudi kalangan keluarga yang mencintai
agama. Pendidikan al-Qur'an dan seni khat telah diperolehinya semenjak kecil dari
guru-gurunya. Apabila dewasa terdedah kepada pendidikan seni secara
formal, terutamanya ketika melanjutkan pela jaran dalam bidang seramik di
Maktab Perguruan Seni Halus pada tahun 1960. Bidang seni lukis
diterokainya dengan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Akademi
Seni Halus dan Gambar di Kaherah pada tahun 1961.
Penglibatannya secara serius dalam bidang seni tampak bermula pada tahun
1963, apabila terlibat dalam gerakan kesenian moden Mesir dengan bertujuan
menghasilkan berbagai karya seni. Tahun 1973 merupakan titik tolak kepadanya
dalam pengertian mengisi hidup sebagai seniman selain sebagai surf
rumahtangga. Tarikh tersebut merupakan period per tama bagi beliau
mempamerkan hasil karya. Sebelumnya, pada tahun 1972 beliau bekerja di
pusat kesenian rakyat.
Atteya, bererti `satu pemberian yang paling istimewa' tidak
mengecewakan keluarga dan bakatnya, apabila pengertian tersebut terus
menempa nama dalam arena seni kebangsaan dan antarabangsa. Dewan
kesatuan kebudayaan antarabangsa Mesir telah menempatkan karya-karyanya
dalam satu pameran pada tahun 1978.
Dunia kanak-kanak bukanlah merupakan alam yang asing bagi karya-karya
zaman pertengahannya, beliau mengetengahkan alam tersebut melalui geraklaku,
perasaan lewat warna-warna yang riang dan gemilang. Pameran lukisan ber-
sempena 'Hari Kanak-kanak Sedunia' pada tahun 1979 mencerminkan realiti
tersebut. Beliau terus dikenali di kalangan rakyat Mesir dan dunia luar
sebagai seorang pelukis yang berpotensi, produktif dan mempunyai identiti yang
tersendiri.
Dunia luar tidak pernah sunyi dari didatangi oleh seniman-seniman Islam sejak
pengaruh kesenian Islam menjalar di Eropah abad ke-15 dan ke-16 M.
Kesenian Islam berupa arabes, khat dan seni bina Bering memukau dunia
barat. Khazanah yang penting ini masih tersimpan di Sepanyol. Negara ini
pernah dijelajahi oleh Atteya dalam pemerannyadengan kerjasama Dewan
Kesenian Madrid. Manakala pameran-pameran yang lain ialah di Rom (1979),
Copenhagen, Rabat, Maghribi, Baghdad (1975) dan Sudan (1978).
Penglibatan penuhnya dalam penerokaan seni khat Islamlebih ketara pada tahun
1978, apabila beliau mengadakan pameran khusus seni khat berdasarkan
petikan-petikan ayatayat al-Qur'an di Dewan Kesenian Rakyat, Kaherah,
Mesir. Pada tahun 1987, Atteya turut mempamerkan karya-karyanya di
Kompleks Daya Bumi, Kuala Lumpur.
Aspek yang penting dalam karya-karya seni khat bukan sahaja melalui gaya
dan khat semata-mata, webaliknyaAtteyaterus mempersembahkan karya-karya
yang mengandungi makna di celah-celah pohon warna dan tiang-tiang kaligrafi.
Penegasan yang begitu ketara dipersembahkan dengan bantuan petikan-
petikan al-Qur'an yang dilampirkan pada setiap karya-karyanya. Kepelbagaian
warna dan warna yang gemilang turut membantu penonton menyelami makna di
sebalik kaligrafi yang dipersembahkan. Warna-warna emas yang biasa
digunakan oleh seniman iluminatur Islam terdahulu dapat dikesan pada
bingkai-bingkai catan malahan juga digunakan pada beberapa bahagian catan.
Semoga Atteya terus memberi dan menyumbangkan daya kreativitinya dalam
menerokai kesenian Islam.
WajihNahli
Pada tahun 1932, Lubnan menyaksikan kelahiran puteranya yang terkenal,
WajihNahli. Seniman ini meluaskan pemerhatian dan pengalamannya
melalui pengembaraan di beberapa buah negara Islam antaranya Turki,
Mesir dan Syria yang dikenali dengan sumber tradisi kebudayaan Islam yang
teguh.
Sungguhpun tidak menerima pendidikan formal seni Barat, tetapi
pengaruh impresionisme sempat mewarnai pendekatan yang awal. Hal yang
demikian rupa tidaklah menjadi sesuatu yang asing dan janggal kerana 'school of
Parls'mempunyai pengaruh yang kuat sehingga menjalar ke negara China.
Negara-negara timur tengah antaranya Lubnan juga diketahui umum terdedah
kepada pengaruh Peranchis.
Sebagaimana seniman-seniman Islam yang lain yang mencari akar umbi
dari tradisi Islam yang kukuh, WajihNahli juga merupakan seniman yang
peka kepada cita rasa kaligrafi di peringkat awal kegiatan keseniannya. WajihNahli
mempunyai pandangan dan keeenderungan yang samadengan seniman Mesir,
AtteyaMoustafa. Karya-karyanyamemberi ruang dan kesempatan kepada
audien menerokaidan mentafsir maksud yang tersembunyi di sebalik
calitanwarna dan sapuan berus yang ketara. Di antara karya- karyanya yang
masyhur ialah;
i. Ya Allah (1997)
ii. Rahsia Bisikan (1977)
iii. Nama Allah (1978)
iv. Allahu Akbar
Karya-karyanya mengingatkan kita kepada seorang lagiseniman Islam yang
bernama AtteyaMoustafa dalam percubaan mengemukakan kaligrafi dalam
pencetusan mesej danpergerakan. Bezanya Atteya tuba menggabungkan
kaligrafidalam penjelmaan bentuk-bentuk ke arah seni bina Islam. Percubaan-
percubaan menerokai harapan dan kemungkinan yang dibawa oleh kaligrafi
melahirkan pendekatan baru dalam bidang ini. Beliau meninggalkan
pendekatan konvensional kaligrafi dalam sistem yang berukur.
Mengikutnyaseseorang seniman haruslah lebih terkedepan dari kaligraferdalam
penerokaan dimensi baru seni kaligrafi.
Sepanjang penglibatannya sebagai seorang seniman membayangkan
penegasan period karya-karya yang berbeza. Bermula dari arabes dari tahun-
tahun 1950-an sehinggalah kepada penjelmaan kaligrafi sebagai medium
penggambarandalam tahun-tahun 1970-an. Dalam tahun-tahun ini juga pe-
nguasaannya dalam sapuan warna diselang-seli di antaracelah pohon kaligrafi
yang bertindan semakin ketara.
Beliau banyak menerima anugerah antaranya HadiahAlexandria (1965-1966),
hadiah kecemerlangan pertama(1970) manakala pameran yang pernah
disertai ialah diNational Museum of Modern Art, di Rome (1962).