Download - SEMANTIK
SEMANTIKKumpulan 3
Zainab Ali Haslina ngadimin
HAMSIAH jAMALUDDIN
DEFINISI SEMANTIK
Berasal daripada kata adjektif bahasa
Yunani semantickos yang membawa
maksud ‘penting’ atau ‘bererti’.
Suatu bidang ilmu yang mengkaji makna
perkataan dan ayat dalam bahasa.Imu tentang erti atau
perubahan sesuatu kata
Semantik dalam Bahasa Melayu adalah
kajian tentang lambang-lambang yang
menyatakan makna,hubungan
antara makna dengan makna lain dan
pengaruh makna terhadap masyarakat.
.
Kamus Dewan: semantik merupakan kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna
sesuatu kata
Semantik menurut
tokoh-tokoh bahasa.
R. H. Robbins (1952)
menegaskan bahawa kajian
makna merupakan salah satu
bahagian yang penting dalam linguistik am.
Firth (1944) menegaskan
bahawa makna menjadi inti dalam
kajian bahasa.
Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa
yang diucapkan untuk menyampaikan
makna.
Choamsky berpendapat semantik
bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila
ayat digunakan.
J.W.M. Verhar (1996), semantik
ialah cabang linguistik yang
akan membahas erti atau makna.
KONSEP SEMANTIK
MAKNA KATA• Perkataan adalah unit bahasa yang terkecil yang mengandungi
makna• Lyons(1968) berpendapat bahawa perkataan merupakan satu
‘tanda’ yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya
• Contoh: kata ‘tiga’, ada bentuknya yang terdiri, iaitu t i g a dan maknanya, ‘jumlah satu campur satu campur satu atau 1 + 1 +1’.
• Ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.
MAKNA KONTEKS
• Fungsi konteks ialah menghilangkan kekaburan dan ketidak jelasan makna serta menetapkan makna bagi perkataan
• Wittgenstein -Philosophical Investigations (1953), menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam konteks penggunaannya.
• Ullmann - makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.
• Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksamaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen.
• Contoh:Safiy! Makan!, makna yang hendak disampaikan ialah ‘Safiy, mari makan di dapur’ kerana telah sampai waktu makan dan makanan telahpun disiapkan.
MAKNA KONTEKS• Kurangnya maklumat kontekstual akan
menyebabkan banyak kebingungan terhadap makna
• Dalam homonim – Contoh- ‘Kami berasa haus setelah berjalan kaki sejauh satu kilometer’ bermakna dahagakan air manakala ‘Tayar kereta itu haus akibat geseran yang berlaku’ bermakna geseran menyebabkan tayar kehabisan bunganya.
MAKNA RUJUKAN
• Ferdinand de Saussure mengatakan bahawa perkataan dizahirkan melalui alat pengucapan manusia. Dalam fikiran penutur ada penjelmaann makna melalui bunyi bahasa yang diucapkan.
• Chomsky pula mengatakan bahawa stuktur permukaan dan konteks (persekitaran) menentukan erti sesuatu ayat apabila ayat itu digunakan.
• Bloomfield ada mengatakan bahawa makna hanya dapat difahami dan ada dalam akal fikiran manusia.
MAKNA RUJUKAN
• Perkataan atau nama lahir berdasarkan : peniruan bunyi, tanggapan khusus, sifat, nama pencipta, tempat asal, bahan, kiasan dan bahan daerah.
• Peniruan bunyi atau onomatopoeia dianggap sebagai asas yang primitive dalam menyebut perkataan. Contohnya nama Bom dari bunyi bum
PERUBAHAN MAKNA• Bahasa bersifat dinamik- sentiasa mengalami perubahan• Ullmann memberikan enam sebab utama bagi
perubahan makna – sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu.
• Perubahan dalam bidang sains dan teknologi juga menyebabakan perubahan makna. Contohnya kata ‘taman’, dahulu membawa makna kawasan yang dipenuhi bunga atau kebun bunga tetapi kini, maknanya telah diperluaskan dan mendapat makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semua jadi.
Sekian Terima Kasih
PERUBAHAN MAKNA
• Berubah akibat daripada sebab-sebab sosial.• Contohnya ungkapan budak pejabat menjadi
pelayan pejabat, dan hari buruh menjadi hari pekerja. Hal ini berlaku kerana ungkapan ini dianggap membawa konotasi negatif.
• Eufemisme, yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan. ‘Saya hendak kencing.’ satu ungkapan yang dianggap kurang sopan tetapi ungkapan ‘saya hendak ke bilik air’ dianggap lebih sopan.
Pertalian semantik
dengan disiplin ilmu lain.
Hubungan Semantik dengan Falsafah
Hubungan Semantik dengan
Psikologi
Hubungan Semantik dengan Antropologi dan
SosiologiHubungan Semantik dengan
Susastera
Hubungan Semantik
dengan Sejarah
Hubungan Semantik dengan
Komputer
Hubungan Semantik dengan
Linguistik
Hubungan Semantik dengan Falsafah
Hubungan Semantik dengan Psikologi.
• Psikologi mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa.• Beerti tingkah laku manusia mempunyai
makna.• Situasi yang berbeza tersebut melambangkan
paksaan dan permintaan penuturnya.• Ahli psikologi yang menyatakan bahawa
makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas.
Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi
• Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat yang mempunyai pelbagai ciri.
• Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial.
• Perkembangan sosial dan budaya menyebabkan perkembangan makna bahasa dalam masyarakat.
Hubungan Semantik dengan Susastera.
• Bahasa dalam karya susastera berbeza degan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah.
• Makna dalam susastera yang meliputi makna tersurat (denotatif), makna tersirat (konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi (makna yang dapat diketahui oleh pengarang).
Hubungan Semantik dengan Sejarah.
• Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa.
• Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang.
• sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.
Hubungan Semantik dengan Komputer.
• Membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan, proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat.
• Kekurangannya-komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural.
• Komputer dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat.
Hubungan Semantik dengan Linguistik.
• Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik.
• Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses : AkronimPengimbuhanPenggandaanPemajmukan.