ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
1
GIS KIOSK MPHTJ
RINGKASAN EKSEKUTIF Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi negara berdaya saing dan ke arah penduduk
berpendapatan tinggi dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di
mana, kerajaan berusaha untuk mentransformasikan kerajaan ke arah
mentransformasikan Malaysia. Dalam RMK-10, kerajaan Malaysia telah merancang untuk
menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan untuk memastikan isu peningkatan
harapan dan tuntutan terhadap perkhidmatan awam yang melibatkan beberapa agensi
dapat ditangani dengan memberi tumpuan kepada rakyat.
Pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memberi tumpuan
kepada perkhidmatan pelanggan. Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan
bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan proses kerja sahaja, malah
perhatian yang sewajarnya juga perlu diberi kepada aspek meningkatkan jalinan hubungan
antara organisasi dengan pelanggan-pelanggannya. Jabatan Perancangan Bandar
MPHTJ melalui satu perlaksanaan berlandaskan inovasi telah pun membangunkan
“Geografical Information System KIOSK” atau lebih dikenali dengan nama GIS KIOSK
secara layan diri bagi menggantikan kaedah lama iaitu layanan di kaunter perkhidmatan.
Pendekatan ini memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang berteraskan
keperluan pelanggan di mana pelanggan diberi layanan sebagai individu bukannya
sebagai salah satu komponen dalam proses penyampaian perkhidmatan. Permasalahan
yang dihadapi oleh Jabatan Perancangan Bandar, MPHTJ berkaitan dengan sistem
kaunter adalah dari segi masa dan penggunaan gunatenaga dapat diatasi melalui inovasi
yang telah dihasilkan.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
2
GIS KIOSK MPHTJ
1.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
Perkhidmatan kaunter adalah salah satu perkhidmatan barisan hadapan yang
terpenting dalam sesuatu organisasi. Imej sesuatu organisasi sering dipengaruhi
oleh kualiti perkhidmatan di kaunter yang diberikan. Ketidakcekapan dalam
perkhidmatan ini boleh menimbulkan masalah rasa tidak puas hati pelanggan
terhadap organisasi seperti menunggu yang terlalu lama dan tempoh masa yang
lama bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Kaunter perkhidmatan maklumat „Geographical Information System‟ (GIS) di
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dikendalikan oleh Jabatan
Perancangan Bandar. Pelanggan utama bagi mendapatkan perkhidmatan ini
terdiri daripada pemaju, perunding, pelajar serta masyarakat awam. Kaedah
yang digunapakai iaitu melalui paparan skrin komputer dan terus kepada
pelanggan adalah kaedah yang lama di mana perkhidmatan ini memerlukan
pegawai di kaunter bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Sejajar dengan perkembangan teknologi dalam era 'Information and Communication
Technology' iaitu ICT, Jabatan Perancangan Bandar, MPHTJ telah melaksanakan
inisiatif baru bagi memudahkan perkhidmatan kaunter dengan perkhidmatan
GIS „Touch Screen‟ atau lebih dikenali dengan GIS KIOSK. GIS KIOSK yang
terdapat di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ini boleh ditakrifkan
sebagai medium penyaluran maklumat berasaskan „mapping system‟ dan
informasi “di hujung jari” bagi memudahkan urusan penyampaian data dan
perkhidmatan awam di antara kerajaan dan orang awam (pemaju / perunding /
pelajar / orang ramai).
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
3
GIS KIOSK MPHTJ
1.1 Matlamat
“Meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian
perkhidmatan melalui GIS KIOSK ke arah penyampaian perkhidmatan yang
bersepadu dan lancar”
1.2 Objektif
i. Mengurangkan kadar kebergantungan tenaga kerja di kaunter.
ii. Penyampaian secara terus kepada pelanggan berkonsepkan „layan diri‟
iii. Penyampaian maklumat secara tepat dan pantas.
iv. Meminimumkan tenaga kerja sediaada.
1.3 Fungsi Kaunter Perancangan
Jabatan Perancang Bandar telah diamanahkan sebagai Jabatan yang
bertanggungjawab untuk melayan pelangan di kaunter dari segi khidmat
nasihat perancangan di dalam berntuk geospatial. Pelanggan luaran yang terdiri
dari pemaju, perunding, pelajar serta orang awam ini datang ke kaunter bagi
mendapatkan maklumat mengenai pembangunan fizikal serta info-info berkaitan
dengan cadangan pemajuan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah
Jaya.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
4
GIS KIOSK MPHTJ
PENGARAH
RAFIDAH BINTI HAJI. JAAPAR
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J48
PENOLONG PENGARAH
MOHD AZHAR BIN SOOT
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
BAHAGIAN PENGURUSAN & PERANCANGAN
KUALITI
UNIT PENGURUSAN
PERANCANGAN DAN
KUALITI
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
DAN DESA JA 29
NURUL AKMA BT AB AZIZ
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
DAN DESA JA 29
ROSLI BIN PUASA
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
DAN DESA JA 29
NOOR HIDAYAH BINTI KARIM
PEN. PEG. SENIBINA
JA 29
MUHAMMAD SYAFIQ BIN IDRIS
UNIT KAWALAN UNIT GIS
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
DAN DESA JA 29
AISHAH BINTI ABU LATIFF
BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN DAN
PEMBANGUNAN GISBAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
DAN DESA JA 29
(KOSONG - KONTRAK)
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
DAN DESA JA 29
NUR INSYIRAH BINTI LATIB
UNIT PENTADBIRAN &
KEWANGAN
PEM. TADBIR P/O 1 (N19)
NUR‟ EMILIA BINTI AGUSMILAS
PEM. TADBIR P/O 1 (N19)
NABILAH BINTI HJ ARSAT
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
JA 29
ROSLI BIN PUASA
PEN. PEG. SENIBINA
JA 29
MUHAMMAD SYAFIQ BIN IDRIS
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
JA 29
NOOR HIDAYAH BINTI KARIM
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
JA 29
NUR INSYIRAH BINTI LATIB
PEM. TADBIR P/O (N19)
NUR‟ EMILIA BINTI AGUSMILAS
PEM. TADBIR P/O 1 (N19)
NABILAH BINTI HJ ARSAT
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
JA 29 (KONTRAK)
KOSONG
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
JA 29
NURUL AKMA BT AB AZIZ
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR
JA 29
AISHAH BINTI ABU LATIFF
Rajah 1.1 Gambaran Kaunter Perancangan
1.4 Organisasi Jabatan.
Jabatan Perancang Bandar mempunyai kekuatan anggota seramai 10 orang
dan diketuai oleh Pengarah Perancang Bandar, Puan Rafidah Binti Haji Jaapar
dari Gred J48. Jabatan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Kawalan
Perancangan dan Pembangunan GIS, Bahagian Rancangan Pembangunan serta
Bahagian Pengurusan dan Perancangan Kualiti. Ketiga tiga unit ini dibantu oleh
Penolong Pengarah iaitu Encik Mohd Azhar Bin Soot. Berikut merupakan carta
organisasi Jabatan Perancang, MPHTJ seperti di Rajah 1.2
PENGARAH J48
RAFIDAH BINTI HAJI JAAPAR
PENOLONG PENGARAH J41
MOHD AZHAR BIN SOOT
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
5
GIS KIOSK MPHTJ
Rajah 1.2 Carta Organisasi Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ.
2.0 TINDAKAN PENYELESAIAN
2.1 Kronologi Penyelesaian Masalah di Kaunter.
Penyampaian perkhidmatan di kaunter Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ ini
merupakan salah satu skop tugas yang perlu dititik beratkan bagi memberikan
perkhidmatan kelas pertama kepada orang awam. Permasalahan utama yang
dihadapi bagi Jabatan adalah kekangan gunatenaga di mana tugas-tugas hakiki
yang lain perlu diselesaikan bagi menepati piagam Jabatan. Walau bagaimanapun,
pihak Jabatan begitu komited di dalam program penambahbaikan sistem
penyampaian perkhidmatan melalui kaunter. Melalui sesi „brainstorming‟ Jabatan
Perancang Bandar MPHTJ, beberapa pendekatan telah dirancang dan pihak jabatan
sebulat suara menyatakan hasrat untuk menambahbaik sistem kaunter perancangan
ini kepada sistem kiosk. Oleh yang demikian, satu cadangan bagi mewujudkan
GIS KIOSK ini telah dirangka dan dibangunkan.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
6
GIS KIOSK MPHTJ
Rajah 2.1 Antara perbincangan awal bagi mewujudkan system GIS KIOSK
GIS KIOSK ini telah melalui fasa pembangunan lebih kurang 24 bulan di mana
perbincangan mengenainya telah diadakan sejak Tahun 2016. Walau bagaimanapun
bermula pada Tahun 2017, peruntukkan telah pun diberikan kepada Jabatan bagi
melaksanakan inisiatif ini. (Rajah 2.2) Pengisian maklumat di dalam GIS KIOSK ini
dipelbagaikan kepada informasi yang lain di mana bukan sahaja maklumat
berkenaan dengan geospatial sahaja tetapi termasuklah maklumat mengenai
struktur MPHTJ, maklumat Bandar Selamat, Pencapaian dan Anugerah MPHTJ
serta maklumat mengenai tapak perkuburan yang dikendalikan oleh MPHTJ.
Rajah 2.2 Gambarajah perlaksanaan GIS KIOSK dari Tahun 2016-2018
2.2 Sasaran Impak
Berdasarkan sesi „brainstorming‟ Jabatan, kaedah penyelesaian yang dirancang ini
bertujuan bagi menyelesaikan beberapa perkara antaranya :
i. Menyelesaikan masalah penggunaan gunatenaga di kaunter.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
7
GIS KIOSK MPHTJ
ii. Menyelesaikan masalah penyampaian perkhidmatan yang lambat.
iii. Kaedah pengemaskinian data yang lebih efisyen.
3.0 KEBERHASILAN PROJEK
3.1 Sebelum Perlaksanaan Projek (Sistem Komputer)
3.1.1 Kaedah Perlaksanaan.
Kaedah yang di gunapakai selama ini adalah layanan melalui sistem
komputer di kaunter di mana pelanggan datang bagi mendapatkan khidmat
nasihat serta perancangan melalui Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran
Hang Tuah Jaya 2025. Selain itu juga pelanggan yang hadir menyemak
Laporan rancangan tempatan secara manual melalui buku yang sediakan.
Kaunter Jabatan Perancang Bandar diletakkan di kaunter utama tetapi
petugas adalah berdasarkan permintaan iaitu sekiranya ada pelanggan yang
mahu mendapatkan perkhidmatan, petugas di Kaunter Khidmat Pelanggan,
MPHTJ akan menghubungi anggota di jabatan ini.
Rajah 3.1
Gambarajah
proses kehadiran pelanggan di Kaunter Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ.
Pelanggan hadir
ke kaunter
khidmat
pelanggan
Petugas Kaunter
Khidmat
Pelanggan akan
menghubungi
Jabatan
Perancang
Petugas kaunter
dari Jabatan
Perancang
Bandar akan
hadir mengikut
kapasiti yang ada
Anggota Jabatan
Perancang
melayan
pelanggan yang
hadir
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
8
GIS KIOSK MPHTJ
Rajah 3.1 menunjukkan gambaran bagaimana proses layanan pelanggan
yang hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat melalui laporan Rancangan
Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
3.1.2 Tempoh Masa Yang Diperlukan (Layanan Kaunter)
Pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat ini mengambil
masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir ke hadapan
dan memberikan layanan di kaunter. 5 minit ini adalah masa yang diperlukan
melalui gambaran di dalam rajah 3.1.
3.1.3 Implikasi Kewangan
Kekangan yang dihadapi oleh jabatan adalah dari segi mendapatkan
peruntukkan kewangan bagi menambah anggota untuk melengkapkan
organisasi jabatan. Sebelum perlaksanaan sistem GIS KIOSK ini, anggota di
jabatan ini menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan hakiki
kerana sering bertugas di kaunter perancangan. Bagi mengurangkan
bebanan anggota, sebelum ini pihak jabatan bercadang untuk menambah
seorang anggota berjawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dari
Gred JA29 berstatus kontrak. Implikasi kewangan dari penambahan
anggota tersebut adalah sebanyak RM 2,259.00 sebulan dan RM 54,216.00
bagi dua tahun kontrak. Walau bagaimanapun, permohonan ini tidak
diluluskan oleh kerana kekangan peruntukkan bagi bajet mengurus.
Selain itu juga, peruntukkan membeli komputer untuk tujuan diletakkan di
kaunter telah pun di lakukan dengan bajet sebanyak RM7,000.00 bagi
menggantikkan komputer yang telah lama.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
9
GIS KIOSK MPHTJ
3.2 Selepas Perlaksanaan Projek (Sistem Gis Kiosk)
3.2.1 Kaedah Perlaksanaan
GIS KIOSK ini telah memainkan peranan yang sangat penting dalam
pelbagai aspek urusan penyampaian maklumat dan perkhidmatan awam
khususnya informasi berkenaan dengan sistem geografi berasaskan
perancangan termasuklah informasi berkaitan no lot, mukim, gunatanah
semasa, gunatanah cadangan, kelas kegunaan tanah serta data
topografi semasa kawasan MPHTJ. Jika sebelum ini, maklumat yang
dipaparkan di dalam GIS KIOSK ini hanya boleh didapati melalui kaunter
khidmat pelanggan yang memerlukan khidmat gunatenaga daripada Pegawai
MPHTJ, tetapi kini perkhidmatan ini telah diluaskan dengan mudah melalui
kaedah „self-service‟ dimana orang awam boleh melayari sendiri GIS
KIOSK ini dan mendapatkan maklumat secara terus di hujung jari
dengan pantas dan berkesan. Di samping itu juga, sistem ini dapat
menjimatkan masa dan meminimumkan gunatenaga anggota yang perlu
berkhidmat di kaunter.
Rajah 3.2 Rekabentuk GIS KIOSK Rajah 3.3 Maklumat GIS di dalam KIOSK
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
10
GIS KIOSK MPHTJ
Perlaksanaan GIS KIOSK di MPHTJ merupakan salah satu inovasi Jabatan
Perancang Bandar di dalam memberi khidmat nasihat di kaunter
khidmat pelanggan di mana ia adalah inisiatif bagi memudahkan orang
awam membuat capaian secara terus tanpa perlu merujuk kepada Pegawai
di Jabatan. Idea yang dihasilkan ini adalah berdasarkan sesi
„brainstorming‟ Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar di mana kekangan
Pegawai yang terhad bagi memberi informasi mengenai perancangan di
kaunter serta bagi memudahkan urusan orang awam yang memerlukan
perkhidmatan segera.
Rajah 3.4 Gambarajah proses kehadiran pelanggan di GIS KIOSK MPHTJ
GIS KIOSK ini diletakkan di Kaunter Khidmat Pelanggan sepertimana yang
telah dirancangkan melalui rekabentuk awal (Rujuk Rajah 3.5). GIS KIOSK ini
juga mudah alih dan mudah untuk diselenggara.
Pelanggan tidak perlu berjumpa dengan
petugas dan hanya terus ke GIS KIOSK
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
11
GIS KIOSK MPHTJ
Rajah 3.5 Rekabentuk GIS KIOSK
Pengumpulan maklumat bagi tujuan pembangunan GIS KIOSK ini
memerlukan pengibatan banyak pihak, di mana data yang paling terkini di
dapati melalui lawatan tapak serta pembangunan komited yang telah
diluluskan melalui Permohonan Kebenaran Merancang.
Antara paparan yang terkandung di dalam Sistem GIS KIOSK ini adalah
seperti berikut :
i. Pengenalan dan Latar Belakang MPHTJ
ii. Info Asas MPHTJ
iii. Pautan Website MPHTJ dan Kerajaan Negeri Melaka
iv. Paparan Zoning seperti yang terkandung di dalam Rancangan
Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2025
v. Peta berkaitan No Lot, Mukim Kawasan Pentadbiran MPHTJ, Mukim
dan DUN di dalam MPHTJ
vi. „Map Viewer‟ (Carian Lot, Blok Perancangan, Kelas Kegunaan Tanah,
Zoon In/Out, Place Of Interest, Kawasan Lapang dan Kawasan
Pembangunan Komited.
vii. Layer „Google Map‟ dan Map Info
viii. Kawasan Blackspot MPHTJ
ix. Kawasan Perkuburan Bukan Islam di bawah Pentadbiran MPHTJ.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
12
GIS KIOSK MPHTJ
Rajah 3.6 Paparan Utama GIS KIOSK, MPHTJ.
Diantara pengisian yang terdapat di dalam GIS KIOSK ini adalah seperti :
i. Info Pengenalan
Terdapat 3 paparan utama di dalam Konteks Pengenalan iaitu Info
berkaitan MPHTJ, Sempadan Pentadbiran MPHTJ serta bilangan Mukim
dan DUN yang terdapat di dalam Kawasan Pentadbiran MPHTJ.
Rajah 3.7 Paparan Utama Rajah 3.8 Paparan Pengenalan
Didalam paparan Pengenalan, pengguna boleh membuat pilihan kepada
pautan peta yang akan menunjukkan Peta Sempadan Mukim dan DUN
dan juga Peta Sempadan Pentadbiran MPHTJ.
Rajah 3.9 Paparan Mukim dan DUN, MPHTJ Rajah 3.10 Paparan Sempadan
Pentadbiran MPHTJ
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
13
GIS KIOSK MPHTJ
Info pengenalan ini bertujuan memberi gambaran kepada pengguna serba
sedikit mengenai MPHTJ di samping dapat mengetahui struktur organisasi di
MPHTJ. Info penjawatan juga turut dimasukkan di dalam paparan ini.
ii. Info GIS MPHTJ
Paparan GIS ini adalah paparan utama dan ia adalah merupakan tujuan
utama GIS KIOSK ini dibangunkan. Pengguna yang datang ke GIS KIOSK ini
akan mendapat maklumat secara terus berkaitan dengan spatial data
MPHTJ. Antara paparan utama di dalam Info GIS ini adalah pencarian
maklumat Lot Tanah dan Mukim. Pengguna akan dapat maklumat
berkaitan dengan gunatanah semasa, gunatanah cadangan, peta topo
udara (google map) serta kelas kegunaan tanah yang boleh dibangunkan
seperti mana yang terdapat di dalam Rancangan Tempatan Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya 2025.
Rajah 3.11 Paparan Utama Info GIS Rajah 3.12 Carian Lot dan Mukim
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
14
GIS KIOSK MPHTJ
Rajah 3.13 Carian Lot yang dikehendaki Rajah 3.14 Info Gunatanah Semasa
Selain daripada info mengenai gunatanah semasa, pengguna juga boleh
mendapatkan maklumat mengenai pembangunan yang boleh dibangunkan
atau tidak boleh dibangunkan.
Dengan menekan pautan info, pengguna akan diberikan maklumat
pembangunan seperti di dalam rajah 3.15 dan rajah 3.16.
Rajah 3.15 Maklumat Gunatanah Cadangan RT MPHTJ 2025
Rajah 3.16 Maklumat Kelas Kegunaan Tanah RT MPHTJ 2025
Sebelum adanya pembangunan GIS KIOSK ini, pelanggan luaran akan
meminta penerangan pegawai dari Jabatan berkenaan dengan info
pembangunan yang boleh dibangunkan, tetapi dengan adanya GIS KIOSK
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
15
GIS KIOSK MPHTJ
pelanggan boleh membuat carian secara sendiri tanpa pengawalan pegawai.
Ini adalah kerana, sistem ini berbentuk „touch screen‟ dan ia sangat mudah
digunakan oleh semua lapisan pengguna,
iii. Info Program Kemampanan Bandar dan Bandar Selamat.
Pautan bagi info ini adalah bertujuan memaklumkan kepada orang awam
mengenai program atau inisiatif MPHTJ di dalam mengawal keadaan
bandar dari segi keselamatan dan kemampanan. Program yang telah di
laksanakan pada setiap tahun adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar
jenayah di dalam Kawasan MPHTJ.
Rajah 3.17 Paparan Bandar Selamat Rajah 3.18 Program yang
dilaksanakan pada setiap tahun
Bagi memperkasakan Kawasan sasaran, beberapa program yang telah
dibangunkan dimasukkan di dalam pautan ini bagi menerangkan kepada
orang awam mengenai langkah-langkah keselamatan serta petunjuk lokasi
„blackspot‟ di dalam Kawasan pentadbiran MPHTJ.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
16
GIS KIOSK MPHTJ
Rajah 3.19 Memperkasa Kawasan sasaran Rajah 3.20 Merekabentuk
persekitaran fizikal
iv. Info Berkaitan Anugerah dan Pencapaian
Pautan bagi info berkaitan dengan pencapaian dan anugerah yang
pernah diterima MPHTJ samaada di peringkat Negeri, Kebangsaan atau
pun Antarabangsa ini adalah bertujuan bagi mengumpul maklumat
berkenaan di dalam bentuk yang mudah untuk dicapai. Ini adalah kerana info
ini berguna untuk tujuan pelaporan dan pengetahuan orang awam.
Rajah 3.21 Anugerah Antarabangsa Rajah 3.22 Anugerah Peringkat
Negeri.
v. Info Berkaitan Tanah Perkuburan Bulan Islam di bawah MPHTJ
Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ telah di arahkan oleh Pihak Berkuasa
Negeri untuk menyelaras Pusat Perkuburan Berpusat Negeri Melaka iaitu
di Bukit Jelutong Sungai Putat (Perkuburan Bidadari) Pihak Jabatan
menguruskan urusan pendaftaran pengkebumian bagi 3 jenis perkuburan
iaitu Kristian, bahai dan juga hindu. Info berkaitan ini di masukkan di dalam
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
17
GIS KIOSK MPHTJ
GIS KIOSK ini bagi memudahkan pelanggan luaran mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai tatacara permohonan serta pelan tapak perkuburan tersebut.
Rajah 3.23 Paparan Perkuburan Rajah 3.24 Paparan Peta Perkuburan
3.2.2 Tempoh Masa Yang Diperlukan (GIS KIOSK)
Merujuk kepada Rajah 3.4, tempoh masa bagi seseorang pelanggan untuk
membuat capaian di GIS KIOSK ini adalah kurang dari 30 saat. Papan
tanda cara penggunaan juga ada di paparkan diatas kiosk bagi pengguna
baru yang tidak mahir untuk menggunakannya.
3.2.3 Implikasi Kewangan
Kepakaran bagi membangunkan GIS KIOSK ini memerlukan sumber
luaran, di mana idea serta perisian disumbangkan melalui anggota di
Jabatan manakala aplikasi serta unit GIS KIOSK ini dibangunkan oleh
syarikat yang telah dilantik melalui proses sebutharga. GIS KIOSK ini
telah dibangunkan oleh syarikat luar yang telah dilantik dengan jumlah
perolehan yang telah diluluskan sebanyak RM 49,926.00 Walau
bagaimanapun, setelah GIS KIOSK ini diwujudkan, maka komputer sediaada
di kaunter perancangan telah pun dialihkan ke kawasan „workspace‟ Jabatan
Perancang Bandar untuk anggota / pelajar latihan industri bagi menjimatkan
penggunaan sumber kewangan sediaada untuk membeli komputer yang
baru.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
18
GIS KIOSK MPHTJ
Rajah 3.25 Antara pengguna yang melayari GIS KIOSK
3.3 Penjimatan Masa, Gunatenaga Serta Implikasi Kewangan Sebelum Dan
Selepas Projek
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas projek ini dilakukan. Dari segi
masa, penggunaan GIS KIOSK TOUCHSCREEN ini dapat memberikan penjimatan masa
menunggu sebanyak 4 minit setengah dimana masa yang digunakan bagi melayari GIS
KIOSK kurang dari 30 saat. Penjimatan gunatenaga seramai seorang petugas di kaunter
dapat melaksanakan kerja-kerja teknikal di jabatan serta penjimatan kos sebanyak RM
11,290.00 di dalam masa dua tahun.
Jadual 3.1 Perbezaan Penjimatan Masa, Gunatenaga Dan Kos Di Dalam Masa 2
Tahun
Kaedah / Perbezaan Masa Gunatenaga Kos (RM)
Kaunter Perancangan 5 Minit Seorang 61,216.00
GIS KIOSK TOUCHSCREEN 30 Saat Tiada 49,926.00
Kadar Penjimatan 4 Minit Setengah Tidak memerlukan
gunatenaga
Jimat 11,290.00
di dalam masa 2
Tahun
4.0 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK
Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ berhasrat untuk menaiktaraf sistem GIS
KIOSK kepada satu KIOSK yang „Multi-user‟ di mana ianya boleh dijadikan kiosk
untuk menyemak serta membayar apa jua jenis perkhidmatan di dalam MPHTJ
sebagai contoh membayar cukai taksiran melalui aplikasi GIS.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
19
GIS KIOSK MPHTJ
Disamping itu juga, Jabatan Perancang Bandar Majlis mempunyai perancangan
untuk mewujudkan aplikasi “Bandaraya Pintar” seiring dengan slogan “Bandaraya
Hijau Pintar” di mana kita akan cuba berkoloborasi dengan pihak ESRI Malaysia
di dalam membangunkan aplikasi tersebut. Buat masa ini, pihak ESRI Malaysia telah
pun memberikan maklumbalas positif di mana pihaknya akan menjadikan aplikasi ini
sebagai „pilot projek‟ di dalam menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai “Bandaraya
Hijau Pintar”
5.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, GIS KIOSK yang dihasilkan ini boleh dikategorikan sebagai
satu aplikasi yang dapat membantu pengguna mendapatkan maklumat secara
cepat dan tepat. Penyelesaian permasalahan di kaunter ini diatasi dengan
pembangunan GIS KIOSK serta seiring dengan hasrat pihak kerajaan bagi
menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.
Sejajar dengan kemajuan ICT, perlaksanaan sistem GIS KIOSK ini adalah yang
terbaru berdasarkan platform aplikasi GIS dan ini telah memberikan satu
pengiktirafan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sebagai Pihak Berkuasa
Tempatan yang pertama di Negeri Melaka mempunyai Kiosk yang berteraskan
sistem “Geografical Information System”.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)
20
GIS KIOSK MPHTJ
6.0 LAMPIRAN