Download - Refleksi bengkel
-
7/28/2019 Refleksi bengkel
1/2
Refleksi (bengkel)
Melalui program bengkel ini, saya mendapati banyak pengetahuan yang sangat
berguna telah saya perolehi. Hal ini kerana pelajar didedahkan dengan toppik-topik
seperti guru dan perundangan, mandate, Akta Pendidikan (1996), Surat pekeliling
ikhtisas, Pekeliling perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri dan sector-sektor
serta fungsi dan peranan pegawai Pendidikan Daerah (PPD)/Zon/Bahagian dan PKG.
Ceramah ini telah memberi pelbagai input dan mesej yang boleh diaplikasikan oleh
seseorang guru pelatih setelah menjadi guru nanti. Namun begitu, sepanjang mengikuti
bengkel ini, saya boleh melihat bahawa terdapat beberapa kelemahan dan kekuatannya.
Antara kekuatan yang diperoleh ialah sepanjang mengikuti program bengkel ini,
saya memperolehi pengetahuan yang sangat berguna mengenai undang-undang dalam
menjadi seorang guru. Perkara ini sangatlah penting kepada semua guru kerana
mematuhi undang-undang sangat penting bagi mengelakkan kesan-kesan negatif
daripada berlaku. Saya mula menyedari tugas guru merupakan tugas yang memerlukan
disiplin diri yang sangat tinggi. Di samping itu, menjadi seorang guru juga memerlukan
kesabaran yang sangat tinggi di mana emosi dan mental perlu dijaga daripada
melakukan sesuatu yang dilarang dalam perundangan yang ditetapkan. Antara yang
saya mula pelajari ialah seorang guru tidak boleh mempunyai body contact dengan
muridnya di mana guru tidak boleh menyentuh muridnya walaupun hanya mencubit
murid. Di sini dapat saya pelajari bahawa memukul murid merupakan satu kesalahan
dan guru boleh didakwa sekiranya berbuat sedemikian.
Selain itu, melalui ceramah ini saya dan rakan-rakan juga dapat mengeratkan
hubungan sesama sendiri di mana kami saling bekerjasama untuk menjayakan program
ini. Cadangan yang pelbagai memerlukan kami semua saling bersepakat untuk
mencapai kata putus bagi membuat sesuatu keputusan. Justeru itu, kami juga tolongmenolong tanpa mengira tugas AJK yang diberikan. Dengan adanya kerjasama, kerja
menjadi lebih mudah dan dapat dilaksanakan dengan baik sekali.
Melalui bengkel ini juga, sikap positif pelajar dapat dibentuk. Penglibatan pelajar
sangat memuaskan. Saya sendiri berasa sangat teruja untuk mengikuti bengkel ini.
-
7/28/2019 Refleksi bengkel
2/2
Melalui bengkel ini, para pelajar dapat meningkatkan sikap profesionalisme sebagai
seorang guru di mana semua pelajar mematuhi peraturan berpakaian secara formal
dengan kemas dan menghadiri bengkel tepat pada masa yang ditentukan.
Dalam aktiviti ini juga kami dapat menerapkan nilai-nilai murni seperi
bertanggungjawab dan jujur dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada
kami. Perkara sedemikian dapat dilihat melalui sikap semua peserta yang mengikut
peraturan dan tugas yang telah ditetapkan dengan akur dan mencuba sedaya upaya
untuk menyelesaikannya. Nilai-nilai bertanggungjawab dan jujur ini sangatlah penting
dalam diri seorang pendidik yang akan mendidik anak-anak bangsa kelak. Setiap
individu yang menyertai program ini termasuklah saya bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas masing-masing walaupun setiap individu merasakan kepenatan
bekerja. Namun pengalaman yang ditmba sangat berguna sebagai bekalan untuk
menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan.
Secara keseluruhannya dapat saya simpulkan di sini bahawa program BIG ini
banyak membina jati diri ke arah melahirkan insan guru yang berkualiti dan positif.
Pengalaman yang diperolehi sepanjang BIG berlangsung sememangnya membantu
untuk meningkatkan keyakinan diri serta pengetahuan kepada pelajar.
Program Bina Insan Guru merupakan program yang berfaedah serta membantu
dalam melahirkan insan guru yang bersedia dalam segala aspek. Menjelang dunia
globalisasi kini, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Dengan
adanya program BIG ini, nilai-nilai positif ke arah membentuk guru berkualiti dapat
diterapkan di kalangan peserta. Program BIG merupakan satu landasan awal kepada
golongan bakal pendidik untuk menyediakan diri mereka dengan tugas yang perlu
dipikul semasa berkhidmat nanti.
Komponen bengkel atau ceramah juga tidak kurang pentingnya dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar. Justeru itu, program ini juga boleh
membuat penambahbaikan untuk memastikan program BIG yang perlu disertai oleh
semua guru pelatih ini mencapai objektifnya. Dalam melahirkan insan guru yang
mampu melalui apa jua cabaran, program BIG merupakan program yang paling sesuai.