-
8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Subjek Perdagangan Tingkatan 4
1/2
Tingkatan : 4 Perdagangan.
Tarikh : 22 Januari 2010.
Masa : 8.008.40 malam.
Bilangan Murid : 54 orang.
Sub tajuk : Pemilihan Media Pengiklanan.
Objektif : Sebelum tamat pembelajaran ini, pelajar dapat
a) Mengenal pasti faktor mempengaruhi pemilihan media pengiklanan.
b) Menghuraikan faktor pemilihan media pengiklanan.
c) Membuat keputusan yang rasional untuk menentukan faktor pemilihan
media pengiklanan.
d) Membuat penilaian faktor pemilihan media yang sesuai digunakan dalam
sesuatu perniagaan.
Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah mengetahui jenis media pengiklanan.
Nilai Murni : Bekerjasama.
Langkah-langkah:
Langkah 1 : Guru menunjukkan kepada kelas gambar-gambar barang yang berkaitan denganmedia pengiklanan (BBM 1).
(5 minit) Guru menanyakan soalan kepada beberapa orang pelajar tentang apa yang dilihat dalam
gambar-gambar yang ditunjukkan.
Langkah 2 : Guru menjelaskan kepada pelajar bahawa sesuatu barang atau produk haruslah dipilih media
(15 minit) pengiklanan yang sesuai untuk mengiklan barangan tersebut.
Guru memulakan pengajaran dengan menyatakan faktor-faktor pemilihan media
pengiklanan (BBM 2).
Langkah 3 : Guru memberikan penerangan secara jelas dan ringkas kepada pelajar tentang faktor-faktor(25 minit) pemilihan media pengiklanan.
Guru memberikan contoh-contoh barangan yang sesuai dengan pemilihan media
pengiklanan. (BBM 2).
Langkah 4 : Guru memberikan satu Kajian kes kepada pelajar. (BBM3)
(30 minit) Pelajar dikehendaki membincangkan jawapan bagi soalan kajian kes tersebut dalam
kumpulan.
Selepas 5 minit, guru akan memilih pelajar untuk menjawab soalan yang terdapat
dalam kajian kes.
Guru membincangkan jawapan yang diberikan oleh pelajar berkenaan bersama dengankelas.
Langkah 5 : Guru merumuskan tentang apa yang telah dipelajari hari ini (BBM 2).
(5 minit) Guru memberi latihan soalan penilaian berbentuk objektif kepada pelajar untuk disiapkan di
rumah. (BBM4).
-
8/2/2019 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Subjek Perdagangan Tingkatan 4
2/2
BBM 1 : Gambar
BBM 2 : Slaid Powerpoint.
BBM 3 : Kajian Kes.
Encik Sham adalah seorang bekas guru. Beliau bercadang untuk membukasebuah pusat tuisyen di Taman Jaya yang mempunyai seramai lebih kurang 500
orang murid di sekolah yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan
menengah. Untuk memaklumkan pembukaan pusat tuisyennya pada bulan
hadapan, Encik Sham mengambil keputusan untuk mengedarkan risalah dari
rumah ke rumah.
Soalan:
Terangkan faktor yang telah dipertimbangkan oleh Encik Sham dalam pemilihan
media pengiklanan.
Apakah perbezaan antara risalah dengan katalog ?
BBM 4 : Lembaran kerja.