Download - Rancangan Pengajaran Harian
NAMA : PERINBA NAYAGI A/P NARAYANA SAMY
NO.MATRIKS : PPG / 20535 / 11
NO . K.P : 820506 – 08 – 6336
PENGKHUSUSAN : PENGAJIAN MATEMATIK.
Matapelajaran : Matematik
Kelas : 3 Mawar
Masa : 8 . 45 – 9. 45 PAGI
Tajuk : Nilai Wang RM 1 – RM 100
Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh :
a) Menyatakan nilai wang kertas dari RM1 – RM 100b) Membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu jenis duit
kepada sesuatu wang lain.c) Boleh menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan wang
dengan melibatkan jumlah dan baki.
Hasil Pembelajaran :
a) Murid dapat menyatakan nilai duit yang diberi .b) Murid dapat membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu
jenis duit kepada sesuatu yang lain.c) Murid dapat menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan
wang dengan melibatkan jumlah dan baki.
Bahan Bantu Mengajar :
i. Gambar duit RM 1 – RM 100ii. Duit Mainan RM 1 – RM 100
iii. Barang – barang mainan dengan tanda hargaiv. Kad imbasan yang ditulis nilai wang.v. Klip Video
vi. Power Point
LANGKAH TAJUK AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN PENGAJARAN CATATAN/STRATEGISet induksi( 3 minit )
Apa itu wang ? 1) Guru menayangkan klip video mata wang Malaysia .
2) Guru meminta murid menyatakan nilai duit yang ditunjukkan.
Strategi berpusatkan Guru.BBM : Klip Video, wang sebenar.
Langkah 1 ( 10 minit )
Ciri – ciri wang 1) Murid diminta untuk memberikan ciri – ciri mata wang yang ditayangkan pada power point.
2) Guru meminta murid menyatakan nilai dan symbol mata wang yang ditayangkan.
Strategi berpusatkan guru.Strategi berpusatkan murid.
Langkah 2( 10 minit )
Melabel 1) Guru menyediakan beberapa jenis barang berserta tanda harga dalam bentuk power point.
2) Murid dipilih secara rawak untuk memadankan jenis barang dengan harga nya dengan menggunakan power point.
Strategi berpusatkan murid( koperatif )BBM : Power Point
Langkah 3( 20 minit )
Simulasi Jual Beli
1) Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.2) Guru member arahan mengenai aktiviti yang
dijalankan.3) Setiap kumpulan akan diberikan beberapa not
wang untuk digunakan dalam simulasi jual beli.
4) Mereka akan bertukar – tukar giliran sebagai penjual dan pembeli.
Strategi berpusatkan murid.BBM : Buku, Wang Permainan, Gambar Mainan.
Langkah 4( 10 minit )
Latihan Pengukuhan
1) Murid akan diberikan lembaran kerja yang mengandungi petak kosong untuk diisikan nilai mata wang.
2) Murid diberikan masalah penambahan dan penolakan dalam system mata wang.
Strategi berpusatkan bahan
Penutup ( 5 minit )
Rumusan 1) Guru bertanya kepada murid tentang pengajaran pada hari ini.
2) Guru membuat rumusan tentang pengajaran yang diajar.
LANGKAH – LANGKAH PENGINTERERASIAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DIMASUKKAN DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Klip video mata wang Malaysia telah ditayangkan pada langkah Set Induksi.
Pada langkah pertama,melalui power point yang ditayangkan murid diminta untuk
memberikan ciri – ciri mata wang serta menyatakan nilai dan symbol mata wang yang
ditayangkan.
Seterusnya, pada langkah kedua, pelajar diberi peluang menggunakan power point, iaitu
dengan meminta pelajar memadankan jenis barang dengan harganya dengan
menggunakan power point.