Download - Rancangan Mengajar Sains
Tugasan 1 Persediaan RPH dan penghuraian
Rancangan Mengajar Sains Tahun 5
Tarikh :22 Ogos 2014
Masa : 10:00-1100 pagi
Tempoh :60 minit
Tahun : 5 Kasih
Tema : Bumi dan Alam Semesta:Buruj
Tajuk :Buruj
Objektif Pengajaran :Memahami buruj
Objektif Eksplisit :Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid tahun 5
Kasih akan dapat
1 menyatakan apakah buruj
2 mengidentifikasi buruj
3 menyatakan kepentingan buruj
Kemahiran Saintifik dan KBKK :memerhati, menginferens, menjana idea, meramal
Sikap Saintifik :menghargai sumbangan sains dan teknologi,mengagumi ciptaan dan nilai murni Tuhan
Kecerdasan pelbagai:verbal-linguistik
Pembelajaran kontekstual:menghubungkait
Pengetahuan sedia ada: murid-murid pernah melihat keindahan bintang-bintang di langit.
Bahan bantu mengajar:gambar buruj, LCD projector, computer riba, lembaran aktiviti
1
LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi(5 minit)
1.1 Nyanyikan lagu
“Twinkle-twinkle Little
Star”
Guru mengaitkan
tajuk dengan isi
pelajaran.
1. Guru menunjukkan
lirik lagu dan murid
membacanya.
2. Guru menayangkan
video.Murid
memerhatikan video
dan mendengar
lagu.
3. Murid menyanyi lagu
“Twinkle twinkle
Little Star”.
4. Murid berdiri untuk
menyanyikan lagu
sambil membuat
aksi.
5. Guru nyatakan tajuk
hari ini, iaitu Buruj.
Lirik Lagu
(lampiran 1)
BBM: komputer
riba, LCD projektor
Langkah 1(15 minit)
2.1 Apakah yang
kamu tahu tentang
buruj?
-buruj ialah bintang di
langit
-buruj kelihatan
macam sesuatu
bentuk
2.2 Mengapakah buruj
tidak dapat dilihat
pada waktu siang?
-cahaya matahari
1. Guru mempamerkan
gambar buruj dan
meminta murid
memerhatikannya.
2. Guru dan murid
bersoal jawab
tentang gambar
buruj yang
dipamerkan.
3. Guru menerangkan
bahawa bintang-
bintang di langit
Kad Gambar
(lampiran 2)
Kemahiran
Saintifik:
memerhati
KB:
-menjana idea
Kemahiran
Saintifik:
-menginferens
2
terlalu terang dicipta oleh Tuhan
dan sangat indah
dipandang.
Nilai:
Mengagumi ciptaan
Tuhan
Langkah 2(15 minit)
3.1 Bincangkan
kepentingan buruj
kepada petani
pada zaman
dahulu.
-petani menggunakan
buruj untuk menandakan
musim menanam dan
menuai di ladang.
3.2 Apakah kegunaan
buruj kepada ahli
astronomi?
-memetakan langit
3.3 Bagaimanakah kita
menentukan arah
pada waktu malam
tanpa menggunakan
kompas?
-melihat buruj
1 .Guru menerangkan
bentuk buruj dan
masa buruj muncul di
langit.
2. Murid berbincang
secara berpasangan
tentang kepentingan
buruj.
3.Guru dan murid
bersoal jawab tentang
kepentingan buruj.
KB:
-menjana idea
K. pelbagai:
-verbal-linguistik
P. Kontekstual
-menghubungkait
Langkah 3(5 minit)
1.1 Sila perhatikan
gambar dan lukiskan
buruj dengan betul.
1. Murid diminta
melukis buruj ke dalam
lembaran yang diberi.
2.Guru membetulkan
kesilapan murid (jika
ada)
Lembaran aktiviti
(lampiran 3)
Kemahiran
Saintifik:
-memerhati
3
Langkah 4(15 minit)
1.1 Siapkan latihan
secara individu.
1.Guru meminta murid
menyiapkan latihan
secara individu.
2. Guru membimbing dan
membetulkan kesilapan
murid sekiranya ada.
Lembaran aktiviti
(lampiran 4)
KB:
-menjana idea
Penutup(5 minit)
1.1 Apakah yang
kamu pelajari pada hari
ini?
-definisi buruj
-contoh-contoh buruj
2.1 Ramalkan buruj
apakah yang kamu boleh
lihat pada malam ini?
-Buruj Scorpio
1. Guru dan murid
membuat rumusan isi
pelajaran.
2. Guru meminta murid
menggunakan plainesfera
interaktif untuk mencerap
langit pada malam ini di
rumah nanti.
Nilai: menghargai
pendapat orang
lain
Kemahiran
Saintifik: meramal
4
小星星
一闪一闪亮晶晶满天都是小星星挂在天空放光明好像许多小眼睛一闪一闪亮晶晶满天都是小星星
一闪一闪亮晶晶满天都是小星星挂在天空放光明好像许多小眼睛一闪一闪亮晶晶满天都是小星星
5
Lampiran 1Lampiran 1
6
Lampiran 2Lampiran 2
7
8
9
五年级科学星座
姓名:______________
画出有关星座
1 南方十字座 3猎户座
2大熊座 4天蝎座
10
Lampiran 3Lampiran 3
Lampiran 4Lampiran 4
11
Huraian:12
Seni Dalam Pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik, dan seni pergerakan.
Seni Dalam Pendidikan menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan, dan kritikan.
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya persepsi,
estetika, dan kreativiti murid. Guru memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti
meneroka, mengalamai dan meluahkan perasaan.
Tujuan pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan adalah untuk melahirkan individu yang
berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Selain itu, diharapkan ia juga mampu mengoptimumkan
pencapaian pembelajaran murid-murid. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat
holistik.
Untuk menjalankan tugasan ini, saya telah memilih Sains tahun 5 dengan tajuk Buruj.
Rancangan mengajar ini mengambil masa sepanjang 60 minit. Objektif pembelajaran ialah
memahami buruj, manakala objektif eksplisit ialah selepas sesi pengajaran dan pembelajaran ,
murid-murid tahun 5 Kasih dapat menyatakan apakah buruj, mengidentifikasikan buruj, dan
menyatakan kepentingan buruj.
Kemahiran Saintifik dan kamahiran berfikir yang terlibat adalah memerhati,
menginferens, menjana idea, dan meramal. Sikap Saintifik dan nilai murni pula adlah
menghargai sumbangan sains dan teknologi serta mengagumi ciptaan Tuhan. Kecerdasan
pelbagai yang diterapkan ialah verbal-linguistik, manakala pembelajaran kontekstual pula ialah
menghubungkait. Beberapa bahan telah disediakan untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran, tremasuklah gambar buruj, lembaran aktiviti, LCD projector, dan komputer riba.
Dalam set induksi, aktiviti seni dalam pendidikan telah dijalankan, iaitu murid menyanyi
dan melakukan pergerakan badan. Dalam langkah ini, guru menayangkan lirik lagu dan murid
membacanya. Selepas itu, guru menayangkan video dan murid memerhati sambil mendengar
lagu yang disiarkan. Kemudiannya, murid menyanyikan lagu tersebut dengan muzik dari video.
Integrasi seni muzik dengan isi pelajaran berlaku. Murid-murid menyanyikan lagu “Twinkle
twinkle Little Star”.
13
Pengintegrasi seni muzik dalam pengajaran dan pembelajaran membantu
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni
muzik seperti Riley(2012), yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan
dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza
tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid.
Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar
menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat.
Selain menyanyi, murid juga melakukan aksi dalam langkah ini. Selepas murid telah
menyanyikan lagu ini sebanyak dua kali, mereka berdiri dan nyanyi sambil melakukan aksi. Di
sini pengintegrasian mata pelajaran Sains dengan Seni Pergerakan berlaku. Seorang murid
yang gemar menari telah mengetuai rakan-rakan untuk membuat pergerakan sambil menyanyi.
Murid-murid berasa amat seronok semasa menjalankan aktiviti tersebut.
Aktiviti seni pergerakan membolehkan kanak-kanak mengembangkan daya imaginasi di
samping mempraktikkan kecerdasan pelbagai mereka. Setiap pergerakan mendapat kawalan
dari otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Pergerakan-pergerakan kreatif pula
membolehkan murid menaakul dan membuat pertimbangan rasional teantang gerak-geri yang
hendak dilakukan.
Guru memperkenalkan tajuk hari tersebut, iaitu buruj. Dalam langkah satu, guru
menunjukkan gambar-gambar buruj. Murid-murid diminta untuk memerhatikan gambar-gambar
tersebut dan menjawab soalan guru. Kemahiran sainfik, memerhati dipraktikkan. Murid-murid
memerhatikan gambar di bawah bimbingan guru dan murid-murid nyatakan pengetahuan
mereka tentang buruj. Murid-murid mengatakan bahawa buruj ialah bintang yang terdapat di
langit dan mereka kelihatan macam sesuatu bentuk.
Guru juga meminta murid-murid untuk nyatakan sebab buruj tidak dapat dilihat pada
siang hari. Murid-murid dapat memberi jawapan yang betul, iaitu kerana cahaya matahari yang
terang menyebabkan buruj tidak kelihatan pada siang hari. Kemahian saintifik, menginferens
dipraktikkan di sini.
14
Seterusnya, dalam langkah dua, guru menerangkan keempat-empat buruj kepada
murid. Ini termasuklah nama buruj, bentuk buruj, arah yang ditunjuk oleh buruj tertentu serta
masa buruj tertentu muncul di langit. Murid-murid menjalankan aktiviti berpasangan selepas ini.
Mereka berbincang tentang kepentingan buruj secara berpasangan. Selepas sesi
perbincangan selesai, guru dan murid bersoal jawab tentang kepentingan buruj.
Murid-murid dapat nyatakan buruj amat berguna kepada petani pada zaman dahulu.
Petani menggunakan buruj untuk menentukan musim menanam dan menuai di ladang. Selain
itu, murid-murid dapat nyatakan ahli astronomi menggunakan buruj untuk memetakan langit.
Buruj juga penting kepada orang yang perlu menentukan arah pada waktu malam sekiranya
tiada kompas.
Dalam langkah ketiga pula, Guru meminta murid melukis buruj ke dalam lembaran yang
disediakan oleh guru. Dengan berpandukan gambar yang ditunjukkan, murid-murid dapat
melukis keempat-empat buruj dengan betul. Semasa murid-murid melukis, guru meronda dan
membetulkan kesilapan murid. Penginterasian Pendidikan Seni Visual dengan Sains berlaku
dalam langkah ini.
Seni visual mampu meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan
memperkayakan pengetahuan mereka. Mereka dapat membezakan objek atau imej yang
dilihat di sekeliling mereka. Menurut Brown (1980), pengalaman kanak-kanak dalam memerhati
ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam
aspek yang disebutkan. Kanak-kanak berupaya mengembangkan pemikiran yang kritis
sekiranya diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna.
Dalam langkah empat, guru mengedarkan lembaran latihan secara individu. Tujuannya
untuk melihat pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran sesi tersebut. Sementara
murid menyiapakan latihan, guru meronda dan memberi bimbingan kepada murid yang lemah.
Dalam penutup, guru membimbing murid untuk membuat rumusan untuk isi pelajaran
hari tersebut. Murid-murid dapat menyatakan definisi buruj, nama buruj, arah yang ditunjukkan
oleh buruj tertentu serta masa buruj tertentu muncul di langit. Guru meminta murid
15
menggunakan plainesfera untuk mencerap langit pada malam tersebut. Murid membuat
ramalan bahawa mereka akan melihat buruj Scorpio kerana ia muncul pada bulan Ogos.
16
Tugasan 2:Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan
17
Tugasan 3: Refleksi
Tugasan WAJ3073 Seni Dalam Pendidikan terbahagi kepada tiga bahagian. Dalam
tugasan satu, kami perlu membuat satu rancangan mengajar yang mengintegrasikan ketiga-tiga
Seni Dalam Pendidikan dan menghuraikannya dengan terperinci.
Penghubungkaitan seni boleh disamakan dengan program antara disiplin dalam seni. Ia
berperanan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menyelitkan aspek
sosial agar setiap insan dihormati, menggalakkan kepimpinan, inisiatif, dan inovasi. Hasratnya
setiap setiap murid mencapai kecemerlangan akademik. Seni memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan keseluruhan kanak-kanak.
Guru memikul tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat tersebut. Guru perlu
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan baik agar ia dijalankan dengan sistematik
dan merangkumi ketiga-tiga Seni Dalam Pendidikan.
Dalam tugasan dua pula, kami perlu melaksanakan RPH yang disediakan dalam
konteks sebenar di sekolah. Murid-murid sangat gembira dan berminat untuk melakukan aktiviti
seperti menyanyi, beraksi, dan melukis. Seni merupakan asas perkembangan individu.
Kepakaran deria kanak-kanak dapat dirangsang dengan maksimumnya sekiranya bidang ini
diajar dengan baik kerana semua deria mempunyai ruang pembelajaran yang tersendiri.
Guru hendaklah membantu murid-murid dalam memperkembangkan kebolehan kreatif
dan imaginatif kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, guru perlu memahami naluri semulajadi
murid-murid dan keinginan asa mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat
umur.
Dengan pelaksanaan tugasan ini, saya telah banyak mendapat ilmu pengetahuan
tentang Seni Dalam Pendidikan serta pengintegrasian ketiga-tiga seni dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kesedaran tentang kepentingan pengintegrasian seni dalam pengajaran dan
pembelajaran telah timbul dalam pelaksanaan tugas harian saya.
18
Pengetahuan ini yakni akan membantu saya dalam pelaksanaan tugas di sekolah saya
kelak. Terima kasih saya ucapkan kepada Pensyarah Encik Ngalai Anak Belawing yang
banyak membimbing saya dan juga rakan sekumpulan saya.
19
Bibliografi
Ahmad Hozi H.A.Rahman, Cheah Eng Joo, Yeap Chin Heng, Zainon ABD Majid, Johari
Shamsudin, Rohana Mahmood,…Cheah Ghak Khim. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sains
Tahun6. Kuala Lumpur:Pusat Pekembangan Kurikulum.
Census data revisited. (n.d.). Retrieved from http://www.scribd.com/doc/236482553/
Liang Li An. (2009). KBSR Sains Tahun5. Selangor: The Malaya Press Sdn Bhd.
Md. Arris Yamin, Sopia Md. Yasin, Mohd Yatim Datir, Naziyah Khalid & Toh Kim Kau.
(2003). Sains Tahun 5 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.
Modul-Waj3107
Riley, L. (2012). The Right Brain The Left Brain and The Musician. Retrieved from
http://laurierileymusic.wordpress.com/2012/09/23/the-right-brain-the-left-brain-and-the-musician/
Tang Ling Ling & Wong Li Ling. (2010). UPSR Edisi Impresif. Selangor:Tunas Pelangi
Sdn Bhd.
20