Download - proposal PAI akidah
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGINGAT KITAB-KITAB DAN
RASULNYA DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
NYANYIAN
’AISYAH NAZIFAH BINTI MOHD
NADZRI
SK. OTHMAN TALIB (2)
1
1.0 Pendahuluan
Dewasa ini kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia telah
pun beberapa kali dikemaskini dan diperbaiki bagi tujuan memenuhi kehendak
semasa dunia yang semakin mencabar. Pelbagai pendekatan diperkenalkan
bagi memurnikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam lingkungan
sekolah. Namun begitu masih terdapat beberapa masalah yang timbul ekoran
kurikulum dan sukatan pelajaran yang baru ini. Proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah tidak dapat memenuhi kehendak sukatan pelajaran
dan kurikulum yang ditetapkan. Hal ini timbul ekoran perubahan sikap pelajar
dan perubahan persekitaran masyarakat ketika ini. Antara masalah yang timbul
dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam ialah berkenaan minat
pelajar di dalam kelas. Minat pelajar yang kurang terhadap pengajaran
menyebabkan masalah seperti ponteng kelas, kelas tidak terkawal, kelas bising
dan sebagainya. Tambahan lagi dalam topik akidah ada yang mengatakan topik
yang membosankan dan sukar dikuasai oleh pelajar.
Secara amnya, pendekatan pelajaran dalam setiap bahagian dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam tidak terikat atau tertumpu kepada satu kaedah
pengajaran sahaja. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan mengikut
pengkhususan tajuk-tajuk tertentu. Memandangkan pelajaran akidah ini amat
penting dalam menanam sifat keyakinan para pelajar terhadap Allah dan cinta
kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat maka perkara ini tidak boleh
dianggap remeh oleh guru dalam mengajar pelajaran akidah. Pelajaran akidah
juga boleh menerapkan akhlak para tokoh dan ilmuan Islam yang boleh
dicontohi oleh umat Islam. Oleh itu, kajian tindakan ini dilakukan bagi mengenal
pasti masalah tersebut serta mengemukakan cadangan dan penambahbaikkan
bagi mencapai matlamat pengajaran akidah ini iaitu meningkatkan kemahiran
mengingat murid terutamanya dalam mengingati susunan nama-nama kitab.
Kebanyakan murid sekolah pada hari ini masih lemah dalam mengingat fakta
asas ini.
2
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu
Saya telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2), Kelantan.
Sepanjang mengajar, saya telah diamanahkan untuk mengajar bidang
Pendidikan Islam untuk murid-murid tahun 4. Murid di dalam kelas ini
seramai 36 orang murid yang terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 20
orang murid perempuan.
Latar belakang yang pelbagai menyebabkan wujud pelbagai tahap
kecerdasan di dalam kelas saya sepertimana yang dikaji oleh Gardner (1983)
di dalam teorinya yang mengatakan bahawa manusia mempunyai lapan tahap
kecerdasan. Hal ini menyebabkan proses penerimaan ilmu maklumat kepada
setiap murrid itu berbeza tahap penerimaannya. Saya sudah lama
memerhatikan situasi ini di mana kebanyakan murid masih lambat dan
perlahan dalam menerima satu persatu maklumat yang disampaikan oleh guru-
guru terutamanya bagi bidang Sirah. Oleh itu, saya dengan rasa
tanggungjawab sebagai seorang guru, ingin memilih bidang ini dalam usaha
mengatasi permasalahan ini dalam kalangan murid dengan mencari punca
sebenar dan modus operandinya.
Saya mendapati bahawa murid-murid ini sukar untuk menguasai kemahiran
mengingat dengan baik khususnya Akidah yang mana melibatkan ketauhidan
kepada Allah walaupun telah beberapa kali dipelajari pada Tahun 3 yang lalu
dan disoal oleh saya. Antara kekangan yang dapat diperoleh secara tidak
langsung ialah murid-murid begitu bosan dan tidak berminat untuk fokus dan
menghayati sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Maka, natijahnya murid
sukar untuk mengingat fakta-fakta akidah.
3
Semasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan
nama-nama kitab, terdapat beberapa murid sukar mengingat nama-nama
kitab dengan betul. Soalan-soalan secara lisan telah diajukan kepada
mereka, dan mereka tidak dapat menjawab dengan betul. Semasa menjawab
soalan, murid cuba berfikir dan mengambil masa yang lama untuk menjawab
soalan serta meminta bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan.
Keadaan sama juga berlaku semasa murid melaksanakan aktiviti lembaran
kerja berkenaan yang diedarkan oleh saya. Murid-murid dilihat termenung
dan cuba mengingat kembali isi pelajaran yang diajar kepada mereka. Murid
cuba berbincang dengan rakan untuk mendapatkan jawapan. Melalui
pemerhatian yang dibuat saya, murid tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan dengan betul. Murid tidak menulis nama-nama kitab beserta
rasulnya dengan betul. Disamping itu juga, murid-murid kelihatan keliru
antara nama rasul dan nabi yang wajib diimani. Situasi yang berlaku semasa
sesi soal jawab dan aktiviti lembaran kerja berulang juga pada sesi
pengukuhan kognitif di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
Apabila melihat situasi sebegini, saya bertanggungjawab untuk
memperbaiki kemahiran mengingat murid berkenaan tajuk ini. Ini kerana
susunan nama-nam kitab ini merupakan salah satu isi pelajaran yang
penting dalam akidah umat Islam. Bagi meningkatkan keupayaan mengingat
murid-murid, saya telah membandingbeza beberapa bentuk kaedah yang
sesuai dengan tahap kecerdasan murid-murid.
Maka, disinilah saya beranggapan bahawa masalah ini harus
diselesaikan dengan menggunakan penyerapan unsur muzik dalam
menghafal nama-nama kitab iaitu melalui pendekatan nyanyian. Ini kerana
ianya dilihat lebih dekat dengan diri murid-murid. Pembelajaran melalui
nyanyian juga sesuai diterapkan kerana ia lebih berpusatkan murid kerana
murid akan menyanyi secara berkumpulan dan individu berdasarkan lirik
4
dengan bantuan guru. Kemudian mereka akan menghafal lagu berkenaan
supaya memori ingatan mereka berkekalan dalam jangka masa yang lama.
5
2.0 Fokus Kajian
2.1 Isu kajian
Masalah-masalah yang timbul dalam kalangan murid ini dapat dikenal pasti
hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Ini
menunjukkan bahawa refleksi memainkan peranan yang penting kepada saya
khususnya dalam memperoleh maklumat yang sahih dan tepat.
Antara masalah utama yang dapat dikenal pasti ialah murid tidak dapat
mengingat susunan nama-nama kitab dengan mengikut urutannya apabila saya
menggunakan kaedah tradisional. Hal ini disebabkan oleh murid bosan dan
tidak berminat untuk mengikuti kelas Akidah dengan baik. Responden yang
dipilih pula berdasarkan markah lembaran kerja yang rendah dan tidak dapat
menjawab soalan yang diutarakan kepada mereka.
Menurut Robert M.Gagne (1970) seorang profesor dan ahli psikologi di dalam
Model Pemprosesan Maklumat beliau mengemukakan sebanyak 8 jenis fasa
dan fasa yang kelima adalah mengingat kembali. Fasa mengingat kembali ini
merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang disimpan di
dalam stor ingatan jangka panjang. Isyarat daripada rangsangan luaran atau
motif dalaman yang menggerakkan seseorang individu itu untuk cuba
mengingat kembali maklumat.
6
2.2 Tinjauan Literatur
Nyanyian merupakan salah satu dari cabang muzik. Muzik adalah sebahagian
daripada alam kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983).
Abdullah al-Amin al-Na’miy (1994) di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibnu
Khaldun telah mengisyaratkan sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu, dan
menekankan bahawa muzik dan nyanyian itu sesuatu perkara yang dapat
memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa melagukan sesuatu lagu.
Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), menyanyi adalah aktiviti
yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa
ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik. Kanak kanak suka
menyanyi dan bagi kanak-kanak yang masih belajar, menganggap menyanyi
lebih sebagai satu bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan
terhibur dan menenangkan fikiran.
Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan satu
kegiatan yang dapat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini adalah
kerana nyanyian itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan
betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi
dan nada tertentu. Guru boleh menyediakan seni kata lagu mengikut isi dan
bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan
antaranya ialah, menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan
sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid
mempelajari bahasa. Ia mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim
dalam bilik darjah.
7
Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat berguna
dan boleh mebantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan,
intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga membantu
dapat menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir
sesuatu perkara. Kajian Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya
terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau
mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang minat murid-
murid untuk mempelajari bahasa Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya
menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah
nyanyian.
Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud “Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” Ayat al- Quran ini
sesuai dengan proses mengingat bagi seseorang individu. Setiap individu
dikurniakan Allah kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza- beza.
Jadi, bagi mengingati sesuatu perkara, seseorang itu perlu untuk menggunakan
kaedah tertentu supaya ingatan itu berkekalan.
Menurut model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di bawah mazhab
humanis yang menekankan bahawa pembelajaran manusia itu bergantung
kepada emosi dan perasaannya dan setiap individu mempunyai cara belajar
yang berbeza. Dalam proses mengingat, emosi memainkan peranan
penting. Emosi mempengaruhi keupayaan seseorang itu mengingat dan
menghafal sesuatu fakta dengan jelas. Jika berlakunya gangguan emosi, maka
proses menghafal dan mengingat akan terjejas.
Murugiah Velayutham (1997) melihat pembelajaran ialah suatu proses yang
cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing ke arah matlamat yang diingini.
Rangsangan luaran yang mendorong pembelajaran termasuklah pengaruh guru
melalui tugasan yang dibuat, soalan yang ditanya, alat bantu mengajar yang
8
digunakan dan semua prosedur yang digunakan untuk membangkitkan dan
kegiatan belajar.
Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik atau menyebut
dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku setelah beberapa
lama. Kemahiran mengingat mempunyai fungsi yang sangat penting dan
mustahak kepada pemikiran dan tindakan. Seandainya manusia tidak boleh
mengingat fakta dan kejadian-kejadian yang penting, aktiviti-aktiviti harian tidak
dapat berjalan dengan baik, teratur atau sistematik. Jika seseorang itu lupa
ingatan, sudah tentu dia tidak boleh bercakap, membaca, mengenal benda atau
rakan-rakannya yang lain.
Hanafi Ismail dan Sadali Othman (2001), berpendapat bahawa faktor-faktor
yang mempengaruhi daya ingatan seorang murid ialah sikap murid itu sendiri.
Selain itu juga, teknik mengingat dan bahan yang ada. Bahan pembelajaran
yang hendak diingat hendaklah dalam bentuk yang padat, ringkas, mudah
dibaca dan difahami serta dapat menarik minat murid tersebut.
9
3.1 Objektif Kajian
Melalui kajian ini, saya dapat :
3.1.1 Mengetahui tahap penguasaan murid dalam susunan nama-nama kitab
dan rasulnya
3.1.2 Mengenalpasti punca murid lemah dalam menguasai nama-nama kitab
dengan mengikut tertibnya yang betul
3.1.3 Mengenalpasti kemahiran mengingat murid dalam susunan nama-nama
kitab dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah nyanyian
3.2 Soalan Kajian
Kajian ini akan menfokuskan kepada permasalahan berikut:
1.4.1 Apakah tahap penguasaan murid dalam susunan nama-nama kitab?
1.4.2 Apakah punca murid lemah dalam menguasai nama-nama kitab
dengan mengikut tertibnya yang betul?
1.4.3 Adakah kemahiran mengingat murid dalam susunan nama-nama kitab
dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah nyanyian?
10
4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran saya dalam kajian ini ialah terdiri daripada murid tahun
empat. Terdapat 36 orang murid dalam kelas ini, masing-masing mempunyai
tahap pemikiran dan kemampuan fizikal yang berbeza disebabkan oleh perbezaan
individu. Pemilihan ini dilakukan secara rawak. Hanya 3 orang sahaja yang dipilih.
Mereka dipilih berdasar kepada keputusan lembaran kerja iaitu murid-murid yang
memperolehi keputusan kurang daripada 50% iaitu dari kalangan murid yang
memperolehi markah kurang cemerlang dalam mata pelajaran pendidikan islam.
Saya memfokuskan kepada mereka yang mempunyai tahap pemikiran yang sama
berdasarkan kepada keputusan lembaran kerja agar hasil kajian yang akan saya
lakukan adalah sah kerana kaedah pemilihan kumpulan sasaran akan
mempengaruhi keputusan hasil kajian kelak, contohnya mereka dipilih berdasar
kepada keputusan lembaran kerja yang telah dilakukan dan murid yang
memperoleh markah 50% sahaja dipilih dalam kajian tersebut.
11
5.0 Tindakan yang dicadangkan
Saya telah mengaplikasikan model Kemmis dan Mc Taggart dalam kajian tindakan
ini. Model ini mempunyai 4 tahap dan proses kitarannya:
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Saya mendapati bahawa murid-murid berhadapan dengan masalah kesukaran
mengingat fakta dan lupa dengan isi pelajaran yang dipelajari oleh mereka
berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Murid sukar untuk
mengingat kembali isi pelajaran apabila soalan lisan dan bertulis diajukan kepada
mereka. Disamping itu juga murid kurang berminat dalam mengingat nama-nama
kitab. Selepas itu, saya membuat tinjauan awal iaitu untuk menghimpun fakta
berdasarkan pemerhatian, temubual, dan lembaran kerja.
12
1. Refleksi
2. Merancang
3. Bertindak
4. memerhati
5.1 Rekabentuk Kajian
5.1.1 Merancang
Saya telah merancang tindakan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah
yang timbul tersebut. Objektif utama perancangan ini bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran mengingat murid mengenai susunan nama-nama kitab
dengan betul. Saya merancang untuk menyelesaikan masalah yang timbul ini
dengan menggunakan kaedah nyanyian . Lirik lagu “4 Kitab” telah digubah
mengikut melodi lagu kanak-kanak “Bapaku Pulang Dari Kota”.
5.1.2 Bertindak
Kaedah nyanyian telah diperkenalkan kepada responden seramai 3 orang dari
tahun 4 semasa proses rawatan berlangsung. Kaedah ini dilaksanakan bagi tajuk
”Beriman Kepada Kitab” dan berfokus kepada mengingat nama-nama kitab
dengan betul. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut perancangan yang
dirancang oleh saya. Saya hanya menggunakan sekali kitaran sahaja bagi kajian
ini. Pelaksanaan kajian ini dilakukan di surau Sekolah Kebangsaan Othman
Talib (2). Langkah-langkah pelaksanaan kaedah nyanyian telah diringkaskan dan
terkandung di dalam jadual 1.
13
Minggu Langkah Perkara
Minggu 1 Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Saya memberi rangsangan awal dengan
memperdengarkan lagu ‘Bapaku pulang dari
Kota’ Murid diminta untuk mendengar dengan
teliti kedua-dua lagu tersebut.
Saya memaparkan nama-nama kitab
di papan putih dengan menggunakan
bahan bantu mengajar yang sesuai.
Saya menyanyi lagu sambil diperhatikan oleh
murid.
Minggu 2 Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Murid menyanyi lagu secara berkumpulan
berpandukan lirik. Saya memerhati
tingkahlaku murid secara terkawal.
Murid menyanyi lagu secara melihat lirik dan
cuba menghafal.
Saya membantu murid mengingat lirik
nyanyian.
Minggu 3 Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik.
Saya menunjukkan gaya semasa
menyanyikan lagu dan diikuti oleh murid.
Murid menyanyi sambil membuat gaya secara
kumpulan.
Minggu 4 Langkah 1 Murid diberi peluang untuk mengingat kembali
14
Langkah 2
Langkah 3
lirik dan gaya secara terkawal.
Murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa
melihat
lirik secara berkumpulan.
Setiap murid dikehendaki menyanyi secara
individu dihadapan guru dengan mengingat lirik
dan membuat gaya.
Saya melaksanakan ujian lisan terhadap
murid secara individu.
Jadual 1: Pelaksanaan Kajian Dalam Tempoh Masa 1 bulan
5.1.3 Memerhati
Semasa proses pelaksanaan berlangsung, saya membuat pengawasan
terhadap kajian yang dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang
dilakukan oleh saya direkodkan bertujuan untuk mengenalpasti minat dan
respon murid terhadap kaedah yang diperkenalkan.
15
5.2 Cara Mengumpul Data
Instrumen kajian yang digunakan ialah:
5.2.1 Ujian Pra dan Pasca
Sebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, saya menjalankan
ujian pra dan pasca. Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian
terhadap responden. Ujian ini telah diagihkan oleh saya kepada seluruh murid
tahun 4 untuk mengetahui pengetahuan responden yang terlibat. Murid-murid
dikehendaki untuk mengisi borang. Ujian pra yang dirangka saya ini
mengandungi satu bentuk soalan sahaja.
Ujian pasca pula dilaksanakan oleh saya selepas kajian dibuat. Ujian pasca ini
dijalankan bertujuan untuk menilai sejauhmana kaedah nyanyian ini dapat
mengekalkan ingatan jangka panjang responden terhadap tajuk yang
difokuskan ini. Ujian pasca yang dibentuk ini sama sahaja dengan ujian pra
bagi memastikan kesahan ujian dan berlaku peningkatan keputusan. Rujuk
lampiran A untuk melihat soalan ujian pra dan pasca.
5.2.2 Soal Selidik
Dalam kajian ini, soal selidik diberikan kepada responden yang
berjumlah 3 orang yang telah dipilih oleh saya. Dalam kajian ini soal selidik
berbentuk soalan tertutup Dichotomous telah digunakan oleh saya. Soal selidik
berskala ini mempunyai hanya dua pilihan jawapan sahaja sama ada YA atau
TIDAK. Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai dengan
mereka
16
5.2.3 Pemerhatian
Muhammad Hazman (2009) menyatakan bahawa pemerhatian merupakan satu
teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara
langsung. Pemerhatian dilakukan dengan merekod butiran catatan melalui
nota atau sebagainya tentang situasi yang berlaku di dalam bilik darjah
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pemerhatian dibahagi kepada dua jenis iaitu pemerhatian berstruktur dan
pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur ialah pemerhatian yang
terdapat item-item dikenalpasti terlebih dahulu. Manakala pemerhatian tidak
berstruktur ialah pemerhatian yang memerhati suatu keadaan secara
menyeluruh tentang situasi yang berlaku. Saya telah memilih untuk melakukan
pemerhatian secara berstruktur iaitu dengan menyediakan suatu jadual
pemerhatian tingkah laku dan lisan.
17