Download - PraKajian Khusus
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
1/28
LAMPIRAN A
HUBUNGAN GAYA ASUHAN IBU BAPA DENGAN PEMBENTUKANPERSONALITI DI KALANGAN REMAJA
Momin bin Awang Damit
ABSTRAK: Kajian ini adalah untuk melihat perhubungan antara gaya gaya asuhan
ibu bapa dengan cirri personaliti. Bilangan responden yang digunakan adalah terdiri
daripada 53 orang. Kajian dilakukan di Sekolah Menengah Agama Hulu Langat, Batu
10, Jalan Cheras. Kaedah persampelan yang digunakan adalah kaedah rawak mudah.
Alat ukur yang digunakan adalah Junior Esycenk Personaliti Inventori untuk
mengukur ciri Personaliti (JEPI) dan Parental Behaviour Inventori (PBI) untuk
melihat gaya asuhan ibu bapa. Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis
diskriptif peratusanan dan Korelasi Pearson. Keputusan menunjukkan terdapat
perhubungan yang signifikan antara Gaya Asuhan Ibu bapa dengan Ciri Personaliti
Remaja.
73
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
2/28
1.0 PENGENALAN
Keluarga merupakan model dalam pembentukan personaliti anak-anak sejak merekadilahirkan sehinggalah ke akhir kehidupan mereka. Suasana keluarga yang aman, murni dan
harmoni adalah penting untuk melahirkan aspirasi kekuatan anak-anak mereka untuk
berhadapan dengan situasi di mana mereka akan berada dalam masyarakat. Justeru, kanak-
kanak ini menimba pengalaman pembelajaran kehidupan dari semua aspek termasuklah
pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, rohani, kognitif, intelektual dan nilai-nilai
murninya dalam peneguhan moral mereka. Ibu bapa yang digambarkan oleh anak-anak
mereka ini merupakan tulang belakang atau asas kepada kehidupan masa hadapan mereka.
Menurut Nakou dan Pantelakis dalam A.S. Alice Rani (1997), kemahiran
keibubapaan merupakan satu cabang seni yang berkembang dan matang secara berterusan.
Ianya mengandungi sejumlah besar kemahiran dan tingkahlaku yang membentuk
personaliti, kenangan zaman kanak-kanak dan pengharapan masyarakat.
Ramai di kalangan ibu bapa yang keliru dengan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai
perantara untuk melahirkan remaja yang menjadi insan bertanggungjawab kepada diri,
keluarga, masyarakat, negara, bangsa dan agama. Justeru itu pandangan ibu bapa hanya
sekadar melahirkan keupayaan kepada bentuk fizikal sahaja seperti memberi makanan,
pakaian dan tempat tinggal sahaja namun yang tersirat itu telah digagalkan oleh ibu bapa
sendiri.
Lantaran dengan ini, ibu bapa mempunyai pengaruh persekitaran yang amat penting
dalam pembentukan personaliti dan perkembangan diri anak-anak dan remaja (Horrock,
1976; Wolfendale, 1983; Hurlock, 1984). Gambaran kualiti sebenar terhadap perhubungan
ibu bapa kepada remaja merupakan salah satu penentu penting terhadap pembentukan sikap
dan tingkahlaku remaja (Chiam Heng Keng, 1984).
Menurut Zuraidah Abdul Rahman dan Henry Chin (1992), teladan baik dan didikan
yang sewajarnya oleh ibu bapa akan memupuk sikap positif dikalangan anak-anak dan
74
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
3/28
remaja. Menurut mereka lagi, anak-anak dan remaja memerlukan contoh peranan (Role
Model) yang positif untuk membantu mereka membentuk perlakuan dan sikap yang positif.
Walau bagaimanapun, adakalanya tahap dan idea tentang faktor kemerosotan dan kegagalan
ibu bapa untuk berfungsi sebagaimana peranan dan tangungjawab mereka sebagai penyelia,perawat, pendisiplin, guru, pengikut, pelindung, pembimbing, pensihat dan sebagainya telah
membawa kesan negetif kepada diri remaja kerana kesepaduan keperluan anak-anak atau
remaja tersebut dengan kehendak ibu bapanya atau persekitarannya adalah terbatas atau
bertentangan dengan keperluan dengan faktor yang signifikan dengan kanak-kanak atau
remaja tersebut.. Dengan pelbagai keperluan dan harapan yang berbeza ini maka banyak
masalah sosial terhadap remaja berlaku seperti salah laku pelajar di sekolah, remaja
melarikan diri dari rumah, remaja menagih dadah, remaja vendalisme, remaja delinkuen
didapati berkait rapat dengan masalah pengaruh dan didikan ibu bapa dalam sesebuah
keluarga.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pembentukan personaliti anak-anak dan remaja dikaitkan dengan gaya asuhan ibu bapa yang
banyak dilakukan oleh para pengkaji dan mereka berpendapat bahawa gaya asuhan adalah
berbeza mengikut pengalaman, pendidikan, sosioekonomi, budaya ibu bapa tersebut.
Sebagai contohnya, gaya asuhan ibu bapa yang berbentuk autoritarian akan membentuk
individu yang bersifat pendiam, amat sukar bergaul, mudah dipengaruhi, mudah mematuhi
arahan dan tidak berupaya membuat keputusan yang konstruktif. Anak-anak dan remaja
yang menerima gaya asuhan ibu bapa yang berbentuk demokratik pula biasanya pandai
bergaul, dominan, berfikiran terbuka, penyayang, asertif, bersifat konstruktif, kurang
mengalami perasaan cemas dan berkeyakinan tinggi. Manakala ibu bapa yang mempunyai
gaya asuhan permisif akan membentuk anak-anak dan remaja yang mudah bergaul, kreatif,
mudah menyesuaikan diri, kurang perasaan permusuhan, bebas dan berinisitif yang tinggi
(Conell, 1981).
75
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
4/28
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
5/28
Rajah 1: KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
GAYA KEIBUBAPAAN
Sosial, aktif, Optimis Tidak sosial, Tidak Aktif
Mudah bergaul, Tegas, Pendiam, Suka Menyendiri
Bertimbangrasa, Tenang Mudah terasa Muram
Boleh dipercayai
77
PERMISIF DEMOKRATIK AUTOKRATIK
CIRI-CIRI Sangat memaksa
terlalu mengawaldan mengongkong
tradisional
menggunakandenda
menuntut anak
CIRI-CIRI gaya ideal
rasional
berasaskan isu mengawak dengan
sedikit kebebasan
hubungan dua hala
CIRI-CIRI tidak mendenda
mengiakan
mengelak darimengawal
membenarkan anakmengawal dirisendiri
PERSONALITI
EKSTROVERT - INTROVERT NEUROTIK - STABIL
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
6/28
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Antara persoalan kajian yang ingin dijalankan ialah:-
i. Apakah gaya asuhan dikalangan ibu bapa?
ii. Apakah corak personaliti di kalangan remaja?
iii. Adakah terdapat perkaitan antara gaya asuhan ibu bapa dengan pembentukan
personaliti?
Melalui persoalan kajian ini, pengkaji juga cuba melihat perbezaan gaya asuhan ibu
bapa berdasarkan jantina, tahap pendidikan dan kadar pendapatan dapat memberikan kesan
terhadap pembentukan personaliti di kalangan remaja.
5.0 HIPOTESIS KAJIAN
Terdapatnya perkaitan yang signifikan antara gaya asuhan ibu bapa dengan ciri personaliti
kalangan remaja.
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Diharapkan kajian yang akan dijalankan ini mendapat manaafat dan membantu dalam
memberikan gambaran lebih jelas kepada semua pihak yang terlibat dalam menghadapi
situasi remaja yang mempunyai gejala social. Antara kepentingan-kepentingan kajian ini
adalah:-
1. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu penyelidik sendiri
sebagai kaunselor mengenalpasti personaliti di kalangan remaja.
2. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu para pemimpin masyarakat
setempat, guru-guru untuk memahami perlakuan remaja atau pelajar agar
78
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
7/28
dapat membantu serta membimbing remaja kepada situasi yang sempurna
untuk kepentingan remaja itu sendiri.
3. Dapatan kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh para ibu bapa atau
pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan untuk sama-sama membantumenyebarkan maklumat tentang peripentingnya gaya asuhan yang
bersesuaian dengan keperluan dan kehendak yang sederhana mengikut
keluarga.
4. Hasil kajian ini nanti dapat dijadikan bahan rujukan kepada pengkaji-
pengkaji akan datang. Diharapkan para sarjana memberikan imput-imput
yang terbaik sebagai bahan rujukan akademik yang lebih ilmiah.
7.0 DEFINISI OPERASIONAL
Gaya didikan yang berkesan adalah yang terbaik sebagai usaha untuk mencorakkan
perwatakan personaliti anak supaya ciri tingkahlaku yang ditunjukkan adalah bersesuaian
dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara (Abd. Halim Abd Jalil, 1990)
Gaya Asuhan (PBI)
A.S. Alice Rani (1998), gaya asuhan ibu bapa bermaksud bagaimana stail atau bentuk ibu
bapa melayani atau membuat perhubungan dengan anak-anak mereka dalam usaha
membimbing, menunjuk ajar, mengajar, mendidik dan berkomunikasi sama ada secara lisan
atau tanpa lisan. Dalam kajian ini gaya asuhan ibu bapa dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu:-
1. Demokratik
Ciri-ciri gaya asuhan demokratik autonomi yang berpatutan, penilaian positif,
berkongsi perasaan dan pendapat, menggalakkan, memberi sokongan emosi,
memberi perlindungan dan seumpamanya.
2. Autokratik
Ciri-ciri gaya asuhan autokratik ialah ketegasan, menghukum, mengarah,
meleter, penolakan dan bersifat terkongkong.
79
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
8/28
3. Permisif
Ciri-ciri gaya asuhan ini ialah kebebesan yang keterlaluan, tidak berdisiplin,
kelalaian, tidak mengendahkan dan terlalu memberi kepercayaan.
Personaliti (JEPI)
Menurut Allport dalam Sidek Mohd Noah, personaliti ialah organisasi dinamis sistem-sistem
psikofizikal dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku dan pemikirannya.
Personaliti sebagai satu pola tret-tret yang unik yang ada pada individu.
Manakala ujian personaliti pula adalah ujian untuk mengenalpasti ciri-ciri atau tret-
tret personaliti individu. Inventori personaliti dianggap sebagai ujian objektif kerana ia
mempunyai ciri rangsangan dan memberikan gerakbalas (Sidek, 1998). Dalam kajian ini
yang menggunakan alat ujian Inventory Personality Eysenck Junior, personaliti responden
terbahagi kepada empat jenis yang dikategorikan kepada dua skala iaitu Skala E (Ekstrovert-
Introvert) dan Skala N (Neurotik-Stabil) iaitu:-
1. Ekstrovert
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka dikelilingi, berinteraksi
dan bekerja dengan orang ramai.
2. Introvert
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-situasi
yang akan memaksa mereka berkomunikasi di samping suka bersendirian
menyelesaikan sesuatu tugas.
3. Neurotik
Ciri-ciri personaliti individu yang berada dalam kedudukan ini ialah cemas,
bimbang, pendiam, mudah tersinggung, mudah berubah dan tidak peramah.
4. Stabil
Ciri-ciri personaliti individu yang berada dalam kedudukan ini ialah tenang,
responsif, bersemangat, selesa dan sifat kepimpinan.
80
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
9/28
8.0 KAJIAN
Kajian ini adalah untuk melihat hubungan gaya asuhan ibu bapa dengan pembentukan
personaliti di kalangan remaja. Pengkaji akan menumpukan kepada tiga jenis gaya asuhanibu bapa iaitu demokratik, autokratik dan permisif. Ketiga-tiga gaya asuhan ini akan dilihat
hubungannya dengan ciri-ciri personaliti di kalangan remaja iaitu ciri-ciri personaliti
ekstrovert-introvert dan cirri-ciri personaliti neurotic-stabil.
9.0 PENDEKATAN
Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan soalselidik yang telah
diterjemaahkan ke dalam Bahasa Melayu. Data-data dikumpul untuk mengkaji bentuk dan
cara gaya asuhan ibu bapa dan pengkaji akan cuba melihat hubungannya dengan ciri-ciri
personaliti remaja yang terdiri daripada 53 orang pelajar tingkatan 4 tahun 2004 terdiri
daripada Sekolah Agama Menengah Hulu Langat Batu 10 Jalan Cheras Selangor.
10.0 ALATAN KAJIAN
Bahagian A : Data Demografi
Bahagian A adalah maklumat latar belakang responden seperti jantina., umur (16 17 tahun
dan 18 19 tahun). Seterusnya tahap tertinggi pendidikan ibu bapa responden (Phd, Ijazah
Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, STPM, SPM, SRP/PMR, tamat sekolah rendah dan tidak
bersekolah), anggaran pendapatan ibu bapa responden (RM200 ke bawah, RM500
RM1,000, RM1,000 RM2,000, RM2,000 RM3,000 dan RM3,000 ke atas).
Bahagian B : Soal SelidikJunior Eysenck Personality Inventory (JEPI)
Bahagian B melibatkan Soal SelidikJunior Eysenck Personality Inventory (JEPI) yang juga
dibentuk dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan budaya masyarakat
81
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
10/28
Malasyia oleh Sidek Mohd Noah (1986). Bahagian ini terdiri daripada tiga skala iaitu
Ekstrovert-Introvert dengan Skala E dan ciri Neurotik-Stabil dengan Skala N. Manakala
Skala L untuk Skala Penipuan. Bahagian ini mengandungi 60 item iaitu Skala E sebanyak 24
item, Skala N sebanyak 24 item dan Skala L dengan 12 item. Semua pernyataan tersebuthanya menggunakan jawapan YA atau TIDAK setiap item. Berikut adalah nombor setiap
item dalam soal selidik ini seperti dalam Jadual 3.5.1:
Jadual : Skala dan bilangan item dalam Soal SelidikJEPI
Skala Item
Skala EEkstrovert-Introvert
1,3,6,9,11,14,17,19,22,25,27,30,33,35,38,41,43,46,49,51,53,55,57 dan 59.
Skala N
Neurotik-Stabil
2,5,7,10,13,15,18,21,23,26,29,31,34,37,39,42,45,47,50,52,5
4,56,58 dan 60.
Skala L
Penipuan4,8,12,16,20,24,28,32,36,40,44 dan 48
Pengkaji memilih alat kajian tersebut kerana berdasarkan penjelasan Cronbach
(1970), ujian adalah satu tatacara di mana satu siri soalan yang piawai dapat
dipersembahkan kepada subjek atau responden, dan subjek atau responden itu dikehendaki
memberi jawapan ssecara lisan atau tulisan. Oleh itu ujian adalah satu tatacara yang
sistematik untuk memerhatikan tingkahlaku seseorang dan memerihalkannya dengan
bantuan skala perangkaan atau sistem kategori. Apabila sesuatu kajian itu diorientasikan ke
dalam disiplin psikologi maka ia adalah satu ukuran tingkah laku yang objektif dan piawai
bagi contoh yang am (Anastasi, 1976). Maka dengan itu penyelidik menggunakan, ujian
yang tersedia dengan piawai yang tinggi untuk dioperasikan dalam penyelidikan ini.
82
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
11/28
Bahagian C : Soal SelidikParental Behavior Inventory (PBI)
Bahagian C melibatkan soalselidikParental Behavior Inventory (PBI) dibina oleh Schaeferb
(1965) dan diterjemahkan serta diubahsuai dengan masyarakat dan budaya Malaysia olehNorulhisham Zainal Abidin (1988). Ia mengandungi 52 pernyataan untuk mengenalpasti
jenis-jenis cara gaya asuhan ibu bapa. Pernyataan-pernyataan dalam bahagian ini
merangkumi gaya asuhan ibu bapa seperti autonomi yang keterlaluan, autonomi yang
sederhana, penilaian, perkongsian, perasaan galakan sosial, keagresifan dan intelek
perlindungan. Setiap pernyataan dalam soal selidik ini hanya memerlukan satu jawapan
sahaja iaitu sama ada SELALU, KADANG KALA, atau TIDAK PERNAH.
11.0 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN ALAT UJIAN
Soal SelidikJunior Eysenck Personality Inventory (JEPI)
Kebolehpercayaan soalselidik JEPI ini adalah tinggi dan ia telah diuji oleh Hafidah
Mohamed (1988) dengan nilai kebolehpercayaan ( r ) = .82. Menurut Eysenck dan Eysenck
(Hafidah Mohamed, 1988) kebolehpercayaan inventori personaliti JEPI ini mengikut Ujian
Bahagi Dua (Split Half Test ) ialah di antara .75 hingga .89 untuk responden yang berumur
di antara 13 hingga 16 tahun.
Soal SelidikJunior Eysenck Personality Inventory (JEPI) yang telah dibentuk oleh
Eysenck dan Eysenck (1969) dan telah diubahsuai oleh Hafidah Mohamed (1988) dan Sidek
Mohd Noah (1986) untuk kegunaan tempatan. Soalselidik JEPI ini mengandungi 60 soalan
berkaitan Personaliti Introvert, Personaliti Neurotik, Personaliti Stabil dan Skala
Penipuan. Ciri-ciri personaliti yang telah dikemukakan dalam bahagian JEPI ini adalah
seperti sosial, aktif, optomis, mudah bergaul, tidak sosial, tidak aktif, pendiam,
bertimbangrasa, suka menyendiri, muram, mudah terasa, tegas, tenang dan boleh
dipercayai. Sekiranya skor-skor skala penipuan responden adalah tinggi dan melebihi had
yang ditetapkan (min + sisihan piawai), maka segala maklumat yang diberikan oleh
83
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
12/28
responden akan ditolak sama sekali. Ia adalah untuk memastikan kesahan (validity) dan
kebolehpercayaan (reliability) soalselidik ini terjamin.
Soal SelidikParental Behaviour Inventory (PBI)
Kebolehpercayaan Soal SelidikParental Behaviour Inventory (PBI) adalah tinggi dan telah
dibuktikan oleh beberapa pengkaji. Ia telah diuji oleh Md. Ali Bachek (1990), Mustakim
Mustamat (1991) dan Karimah Hamat (1991) dengan nilai kebolehpercayaannya ( r ) = .75, .
6242 dan .9194. Menurut Mohd Majid Konting (1990), Yap Yee, Chwee Seng dan Ismail
Abu Bakar (1991), indeks kebolehpercayaan yang melebihi nilai .60 boleh dianggap sesuai
dan mencukupi bagi sesuatu soal selidik itu digunakan dalam sesuatu kajian penyelidikan
pendidikan.
12.0 PEMARKATAN
Soal SelidikJunior Eysenck Personality Inventory (JEPI)
Pengkaji akan menganalisa Bahagian B (soalselidik JEPI) dahulu kerana bahagian ini
mengandungi Skala L (Skala Penipuan) untuk mengesan penipuan yang dilakukan oleh
responden. Pengkaji akan menggunakan Skala L ini untuk menentukan sama ada data yang
diterima daripada seseorang responden itu boleh diterima ataupun tidak. Jika data seseorang
responden itu tidak dapat diterima maka segala data daripada soal selidiknya akan ditolak
sama sekali. Hanya data daripada responden yang diterima sahaja yang akan dikaji atau
dianalisis untuk mendapatkan data-data responden tersebut.
Dalam Bahagian B, setiap item hanya memerlukan satu jawapan sahaja iaitu sama
ada YA atau TIDAK. Responden yang menjawap YA akan diberi skor 1mata atau markah.
Bagi jawapan TIDAK tidak akan diberikan skor atau 0 mata atau markah. Cara pemberian
skor bagi setiap soalan atau item dalam Bahagian B adalah seperti jadual berikut:
84
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
13/28
13.0 PEMBERIAN MARKAH JAWAPAN SETIAP ITEM
SOAL SELIDIK JUNIOR EYSENCK PERSONALITI INVENTORI (JEPI)
Skala/Markah Soalan Soalan
Ekstrovert
(SKALA E)
1, 3, 9, 11, 14, 17, 19, 22, 25,
27, 30, 35, 38, 41, 43, 46, 49,
53, dan 57.
6. 33, 51, 55 dan 59.
Neurotik
(SKALA N)
2, 5, 7, 10, 13, 15, 18, 21, 23,
26, 29, 31, 34, 37, 39, 42, 45,
47, 50, 52, 54, 56, 58, dan 60.
Penipuan
(SKALA L)8, 16, 24, 28, 36, dan 44. 4, 12, 20, 32, 40, dan 48.
MarkahJawap YA= 1
Jawap TIDAK = 0
Jawap YA = 0
Jawap TIDAK = 1
Skor Skala Penipuan (Skala L) setiap responden akan dijumlahkan dahulu. Min ( )
dan sisihan piawai (s) bagi skala ini dicari bagi semua responden untuk semua pelajar yang
dipilih sebagai responden. Semua responden yang mendapat jumlah Skor L melebihi dari
sisihan piawai akan ditolak kerana tidak menggambarkan keadaan sebenar responden
tersebut.
Bagi responden-responden yang telah diteima, skor bagi Skala Ekstrovert (Skala E)
yang melebihi daripada min akan dianggap mempunyai ciri personaliti ekstrovert dan yang
kurang daripada min akan dianggap sebagai mempunyai ciri personaliti introvert. Manakala
responden yang mempunyai skor Skala Neurotik (Skala N) yang lebih daripada min akan
85
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
14/28
dianggap mempunyai ciri personaliti neurotik dan yang kurang daripada min akan dianggap
sebagai mempunyai ciri personaliti stabil. Jadual 4 adalah panduan memberikan skor JEPI,
PANDUAN MEMBERI SKOR JUNIOR EYSENCK PERSONALITI INVENTORI
(JEPI)
Skala Huraian
Skala Penipuan
(Skala L)
Jumlah Skor L melebihi daripada min ( ) + sisihan piawai (s)
data responden akan ditolak.
Contoh : X = (x + s)
Skala Ekstrovert
(Skala E)
Jumlah Skor E responden melebihi skor X > min ( )
dianggap mempunyai ciri Personaliti Ekstrovert.
Jumlah Skor E responden kurang skor X < min ( )
dianggap mempunyai ciri Personaliti Introvert.
Skala Neurotik
(Skala N)
Jumlah Skor N responden melebihi skor X >min ( )
dianggap mempunyai ciri Personaliti Neurotik.
Jumlah Sskor N responden kurang skor X < min ( )
dianggap mempunyai ciri Personaliti Stabil.
SOAL SELIDIK PARENTAL BEHAVIOUR INVENTORI (PBI)
Bahagian C (Soal Selidik PBI) untuk mengenalpasti gaya asuhan ibu bapa yang responden-
responden yang skornya telah diterima setelah menggunakan Skala Penipuan (Skala L).
Setiap pernyataan dalam Bahagian C (Soal Selidik PBI) ini memerlukan jawapan sama ada
SELALU, KADANGKALA ataupun TIDAK PASTI. Pembahagian skor adalah
seperti jadual 3.7.3 di bawah:
Jadual 3.7.3 : Panduan memberikan skor PBI
86
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
15/28
Nombor Pernyataan SELALUKADANG
KALATIDAK PASTI
1,2, 15-25, 27 dan 39-51
3-14, 26, 28-38 dan 52
1
3
2
2
3
1
Catatan : Skor setiap item ada di lampirkan
Jika seseorang responden menjawab KADANGKALA bagi pernyataan nombor 2,
ia akan diberi skor 2, dan menjawab SELALU bagi pernyataan nombor 10, ia akan diberi
skor 3. Skor untuk 52 pernyataan bagi setiap responden kemudiannya akan dijumlahkan.
Min ( ) dan sisihan piawai (s) akan dicari daripada jumlah skor keseluruhannya.
Responden yang mempunyai skor yang lebih daripada skor X > [min ( ) + sisihan
piawai (s)] akan dianggap telah menerima gaya asuhan ibu bapa yang PERMISIF, yang
menerima skor kurang daripada skor X < [min ( ) sisihan piawai (s)] akan dianggap
sebagai menerima gaya asuhan AUTORIAN dan yang mempunyai skor di antara skor +X
dan X akan dianggap menerima gaya asuhan DEMOKRATIK. Jadual 3.7.3 adalah contoh
skor responden dengan gaya asuhan ibu bapa:
Jadual: Contoh skor responden dengan gaya asuhan ibu bapa
Parental Behaviour Inventory (PBI)
Gaya asuhan ibu bapa Skor Responden
Permisif
Autorian
Demokratik
Lebih daripada skor X = ( +s)
Kurang daripada skor X = ( -s)
Di antara skor X ( -s) dan ( +s)
Nota : Sisihan piawai (s), Skor min ()
14.0 PENGANALISAAN DATA
87
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
16/28
Penganalisaan data akan menggunakan Statistical Package for The Social Sciences (SPSS).
Segala dapatan yang diperolehi menggunakan kaedah statistik dibentangkan dengan
menggunakan peratusan, jumlah, kekerapan, min dan sisihan lazim dan Pekali Momen
Pearson untuk korelasi.
15.0 LIMITASI KAJIAN
Kajian ini adalah terbatas kepada tajuk yang dikaji, iaitu Pengaruh Gaya Asuhan Ibu Bapa
Terhadap Pembentukan Personaliti Remaja Di Sakolah ini sahaja. Responden kajian hanya
terdiri 30% daripada tingkatan empat melibatkan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan.
Skop alat kajian hanyalah kepada maklumat mengenai diri responden, Soal Selidik
Parental Behavior Inventory (PBI) yang telah diubahsuai oleh Norulhisham Zainal Abidin
(1988) untuk kegunaan tempatan dan Soal SelidikJunior Eysenck Personality Inventory
(JEPI) yang telah diubahsuai oleh Hafidah Mohamed (1988) dan Sidek Mohd Noah untuk
kegunaan di negara ini.
16.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iatu bahagian 1 dan bahagian 2.
Bahagian 1 analisis deskriptif iaitu memberi gambaran profail dan latarbelakang responden..
Bahagian 2 mengandungi analisis inferensi iaitu ujian korelasi. Kesemua bahagian ini akan
memberi huraian aspek-aspek yang menjadi persoalan dalam kajian ini.
17.0 RELIABILITI ALAT KAJIAN
Reliabiliti alat ukuran atau kebolehpercayaan alat ukuran amatlah penting diketahui kerana
dengan skor reliabiliti alat ukuran yang tinggilah dapat digunakan untuk penyelidikan
sebenar. Dalam kajian ini kaedah reliabiliti yang digunakan adalah berdasarkan kepada
piawai yang ditetapkankan oleh pembuat alat ukuran JEPI dan PBI. Tahap
kebolehpercayaan alat ukuran adalah pada alpha .876.
88
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
17/28
18.0 ANALISIS DESKRIPTIF
Semua dapatan mengenai latar belakang atau profail responden dinyatakan dalam bentukjadual bagi memudahkan penganalisisan seperti jadual-jadual berikut ini.
Taburan Peratusan dan Bilangan Profail Responden
Berdasarkan taburan peratusan responden mengikut jantina menunjukkan bahawa bilangan
responden lelaki adalah 24 orang, sedangkan bilangan responden perempuan 29 orang.
Lengkapnya disenaraikan latarbelakang responden pada jadual di bawah:
Jadual: Taburan bilangan dan Peratusan Profail Responden
Jantina Bilangan Peratusan
Lelaki 24 45.3
Perempuan 29 54.7Umur
16 17 tahun 53 100.0
Tahap Pendidikan Ibubapa
Ph.D 4 7.6
Sarjana 4 7.6
Sarjana Muda 6 11.3
STPM 9 17.0
SPM 18 34.0
PMR 6 11.3
Sekolah Rendah 4 7.6
Tidak bersekolah 2 3.8
Anggaran Pendapatan Ibubapa
89
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
18/28
< RM 500 2 3.8
RM 500 1000 10 18.9
RM 1000 2000 22 41.5
RM 2000 3000 6 11.3>RM 3000 13 24.5
Berdasarkan keputusan analisis profail di atas menunjukkan bahawa puratanya pendapatan
bulanan ibubapa pelajar adalah antara RM 1000 sehingga RM 2000 dan majoritinya
mempunyai kelayakan akademik dari SPM sehingga Sarjana Muda. Ini menandakan bahawa
responden adalah dari keluarga mempunyai tahap sosial ekonomi kelas menengah.
Skala L (kejujuran)
Skala L (atau skala kejujuran) responden menunjukkan tahap kejujuran responden semasa
menjawab soalselidik JEPI. Untuk mentakrifkan skala L adalah dengan menjumlahkan
keseluruhan markah soalan skala L iaitu terdiri dari 12 aitem. Apabila jumlah keseluruhan
dengan mencari min skala L lebih daripada 5 bermakna skala responden akan ditolak.
Keputusan menunjukkan seperti jadual dibawah:
Jadual : Skor min dan Sisihan Piawai Skala L
Skala Min Varians Sisihan piawai
Skala L 3.5283 0.25399 0.50398
Berdasarkan min dan sisihan piawai skala L tidak ada responden melebihi skala 5. ini
bermakna kesemua responden layak diterima dalam kajian ini. Taburan skala L dari
kesemua responden adalah seperti jadual di bawah ini:
Jadual : Taburan Skor Skala L
Skala Bilangan Peratusan
90
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
19/28
3
4
25
28
47.17
52.83
53 100.0
Skala E
Skor min skala E adalah 12.698 dan sisihan piawai adalah 3.135. Bedasarkan taburan skor
skala E ternyata 56.6 peratus responden adalah dalam kategori ekstrovert dan 43.4 peratus
yang termasuk dalam kategori introvert.
Jadual: Skor Min dan Sisihan Piawai Skala E
Skala Min Varians Sisihan piawai
Skala E 12.698 9.830 3.135
Taburan peratusan dan bilangan skala E dengan 24 item adalah seperti jadual di bawah:
Jadual : Taburan Skor Skala E
Skala Bilangan Peratusan
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
1
1
3
3
7
3
6
6
8
4
3
1.9
1.9
5.7
5.7
13.2
5.7
11.3
11.3
15.1
7.5
5.7
91
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
20/28
17
19
7
1
13.2
1.9
53 100.0
Skala N
Berdasarkan skor min dan sisihan piawai skala N didapati ciri personaliti neurotik adalah
45.3 peratus sahaja sedangkan ciri personaliti stabil adalah mencakupi 54.7 peratus.
Jadual : Skor Min dan Sisihan Piawai Skala N
Skala Min Varians Sisihan piawai
Skala N 13.150 25.246 5.024
Penjelasan taburan skor skala N seperti jadual 4.7 di bawah:
Jadual : Taburan Skor Skala N
Skala Bilangan Peratusan4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
1
1
1
4
3
6
4
3
2
3
6
1
4
3
1
1.9
1.9
1.9
7.5
5.7
11.3
7.5
5.7
3.8
5.7
11.3
1.9
7.5
5.7
1.9
92
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
21/28
19
20
21
22
23
24
3
2
2
1
1
1
5.7
3.8
3.8
1.9
1.9
1.9
53 100
e. Taburan Kekerapan dan Peratusan Gaya Asuhan
Keputusan menujukkan bahawa majoriti responden diasuh dalam gaya demokratik iaitu 69.8
peratus, gaya asuhan autoritarian adalah 17.0 peratus dan gaya asuhan permisif adalah 13.2
peratus. Lengkapnya lihat jadual di bawah:
Jadual : Taburan Kekerapan dan Peratusan Gaya Asuhan
Gaya asuhan Bilangan Peratusan
Autoritarian
Demokratik
Permisif
9
37
7
17.0
86.8
13.2
53 100.0
19.0 CROSSTABULATION
a. Taburan Ciri Personaliti Extrovert dan Introvert Berdasarkan Jantina
Keputusan menunjukkan bahawa personaliti responden lelaki 70.8 peratus lebih terbuka
berbanding responden perempuan 44.8 peratus sahaja. Perempuan cenderung kepada
personaliti introvert iaitu 55.2 peratus.Walau bagaimanapun keseluruhan ciri personaliti
responden adalah personaliti ekstrovert iaitu 56.6 peratus.
93
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
22/28
Jadual : Taburan Ciri Personaliti Extrovert dan Introvert Berdasarkan Jantina
Jantina Personaliti
Extrovert Introvert
Lelaki
Perempuan
17 (70.8%)
13 (44.8%)
7 (29.2%)
16 (55.2%)
30 (56.6%) 23 (43.4%)
b.Taburan Ciri Personaliti Neurotik dan Stabil Berdasarkan Jantina
Taburan ciri personaliti neurotik 58.6 peratus cenderung dimiliki responden perempuan
berbanding dengan responden lelaki yang lebih cenderung kepada ciri personaliti stabil iaitu
70.8 peratus. Namun secara keseluruhannya ciri personaliti responden adalah stabil iaitu
54.7 peratus.
Jadual : Taburan Ciri Personaliti Neurotik dan Stabil Berdasarkan Jantina
Jantina Personaliti
Neurotik Stabil
Lelaki
Perempuan
7 (29.2%)
17 (58.6%)
17 (70.8%)
12 (41.4%)
24 (45.3%) 29 (54.7%)
c. Taburan Ciri Gaya Asuhan (Autoritarian, Demokratik, Permisif) Berdasarkan
Jantina
94
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
23/28
Keputusan menunjukkan bahawa gaya asuhan yang diamalkan ibubapa responden adalah
cenderung kepada gaya demokratik iaitu 69.8 peratus sama ada responden lelaki mahupun
responden perempuan. Walaubagaimanapun gaya asuhan autoritarian lebih banyak dialami
responden lelaki berbanding responden perempuan iaitu 25.0 peratus dan 10.3 peratus.Selain itu didapati bahawa gaya permisif hanya dialami oleh responden perempuan iaitu
24.1 peratus.
Jadual : Taburan Ciri Gaya Asuhan (Autoritarian, Demokratik, Permisif)
Berdasarkan Jantina
Jantina Gaya Asuhan
Autoritarian Demokratik Permisif
Lelaki
Perempuan
6 (25.0%)
3 (10.3%)
18 (75.0%)
19 (65.5%)
0
7 (24.1%)
9 (17.0%) 37 (69.8%) 7 (24.1%)
Taburan Ciri Gaya Asuhan (Autoritarian, Demokratik, Permisif) Dengan Ciri
Personaliti Ekstrovert dan Introvert
Keputusan menunjukkan bahawa penerapan gaya asuhan demokratik lebih terdedah kepada
ciri personaliti ekstrovert iaitu 80.0 peratus sedangkan ciri personaliti introvert hanya
Jadual : Taburan Ciri Gaya Asuhan (Autoritarian, Demokratik, Permisif)
Dengan Ciri Personaliti Ekstrovert dan Introvert
Personaliti Gaya Asuhan
Autoritarian Demokratik Permisif
Ekstrovert
Introvert
2 (6.7%)
7 (30.4%)
24 (80.0%)
13 (56.5%)
4 (13.3%)
3 (13.0%)
9 (17.0%) 37 (69.8%) 7 (13.2%)
e.Taburan Personaliti Neurotik dan Stabil Dengan Ciri Personaliti Ekstrovert dan
Introvert
95
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
24/28
Keputusan ini menunjukkan bahawa ciri personaliti introvert lebi cenderung neurotik
berbanding dengan ciri ekstrovert iaitu 65.2 peratus berbading 30.0 peratus. Selain itu
personaliti stabil cenderung mempunyai ciri personaliti ekstrovert.
Jadual: Taburan Personaliti Neurotik dan Stabil Dengan Ciri Personaliti
Ekstrovert dan Introvert
Personaliti Personaliti
Neurotik Stabil
Ekstrovert
Introvert
9 (30.0%)
15 (65.2%)
21 (70.0%)
8 (34.8%) 24 (45.3%) 29 (54.7%)
20.0 ANALISIS INFERENSI
Ho : Tidak terdapat Hubungan antara Gaya Asuhan dengan Ciri Personaliti
Keputusan ujian korelasi pearson menunjukkan r= 0.424 dan p < .05. Bermakna terdapat
hubungan antara gaya asuhan dengan ciri personaliti. Dengan perkataan lain gaya personalitidapat memberi kesan kepada ciri personaliti responden. Oleh itu Ho yang mengatakan
bahawa Tidak terdapat hubungan antara gaya asuhan dengan pembentukan personaliti di
kaalangan remaaja adalah ditolak.
Gaya asuhan
Ciri personaliti r = 0.424**
p = 0.002**p
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
25/28
21.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Gaya asuhan ibubapa adalah sesuatu yang sangat perlu diambilkira dalam mendidik anak-
anak dan pelajar. Ibuapa memegang peranan penting sebagai orang yang melaksanakan
tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik melalui alam persekolahan. Dalam
konteks kajian ini, ibubapa sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan
pengajaran moral anak di rumah dan guru di sekolah-sekolah mesti melaksanakan tugas
dengan berdisiplin. Tugas ibubapa dan tugas guru bukan perkara mudah dilaksanakan,
kerenah pelajar, bebanan tugasan yang banyak memberi implikasi yang besar kepada ciri
personaliti pelajar tersebut. Salah satu cara-cara yang boleh diterapkan untuk mendidik
sahsiah pelajar ialah melakukan aktiviti gaya pengasuhan yang terbuka dan bersahabat.
Kepentingan pengasuhan ini dilihat sebagai alternatif yang signifikan terhadap
tingkah laku mahupun persepsi pelajar khususnya dala alam persekolahan. Peranan aktiviti
ibubapa dapat membentuk sahsiah atau ciri personaliti yang sihat bagi memenuhi kepuasan
diri. Dan moral diri, seterusnya peranan ini adalah menyokong pemikiran yang sihat
daripada pelajar-pelajar. Ini dianggap adalah penting agar penyampaian pengajaran danpembelajaran dapat diterima pelajar dengan komitmen dan tanggungjawab yang tinggi
sebagai pelajar. Oleh itu, aspek-aspek dalam gaya pengasuhan seperti demoratik perlu
dilandaskan kepada tujuan yang betul.
Masalah-masalah yang berkaitan dengan gaya asuhan ibubapa bermula dari cara
mendidik pelajar di rumah. Kerana gaya asuhan yang baik akan dapat memberi pandangan
positif pelajar sekaligus memberi ciri personaliti yang normal.
22.0 PERBINCANGAN
Hubungan Gaya Asuhan dengan Ciri Personaliti
97
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
26/28
Keputusan berkaitan dengan hipotesis kajian bahawa gaya asuhan memberi kesan kepada
ciri personaliti pelajar, didapati semakin demokratik gaya asuhan yang diterima pelajar
semakin stabil personaliti pelajar tersebut. Berdasarkan dapatan ini ibubapa hendaklah pekaterhadap kepentingan gaya asuhan yang diberikan. Matlamatnya adalah untuk membentuk
dan mempertingkatkan tingkah laku positif dan sahsiah yang berkualiti di kalangan remaja..
Berdasarkan perbincangan dan paparan berkaitan dengan kesenggangan dapatlah
dikatakan bahawa gaya asuhan ibubapa dapat menimbulkan kesedaran diri dikalangan
pelajar. Dengan ini diharapkan boleh membawa satu perubahan besar dalam
mempertingkatkan pembelajaran pelajar di sekolah.Oleh itu kepentingan gaya asuhan
banyak mempengaruhi peribadi yang dimiliki oleh remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah
23.0 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Gaya asuhan boleh mempengaruhi ciri personaliti pelajar, maka faktor yang perlu
diambilkira dalam proses mempertingkatkan keberkesanan meningkatkan sahsiah pelajar
adalah mengwujudkan gaya asuhan demokratik ibubapa terhadap pelajar. Dengan demikian
pelajar akan mempunyai pandangan bahawa gaya asuhan adalah dapat meningkatkan
menyesuaiakan diri dengan persekitarannya.
24.0 KESIMPULAN KAJIAN
Selari dengan dapatan dan perbincangan kajian di atas dapat disimpulkan bahawa
kepentingan gaya asuhan ibubapa yang demokratik di kalangan pelajar adalah positif.
Dengan perkataan lain bahawa gaya asuhan demokratik mengwujudkan ciri personalti stabil.
Walaubagaimanapun tidak wujud kesan tahap pendidikan dan pendapatan ibubapa terhadap
gaya asuhan yang ditunjukkan ibubapa.
25.0 LIMITASI KAJIAN
98
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
27/28
Batasan kajian yang ditemui selama kajian dibuat adalah pengawalan karakteristik
responden kerana bilangan mereka terhad kepada responden pelajar sahaja. Jawapan soal
selidik kemungkinan bias kerana responden diberi peluang untuk menjawab soal selidikdengan masa lebih selain itu kemungkinan tidak bersungguh-sungguh mengisi jawapan ke
atas soalan yang diberikan sehingga tidak menggambarkan keadaan pandangan atau persepsi
sebenar mereka terhadap gaya asuhan yang diterima dari ibubapa.
26.0 CADANGAN KAJIAN
a. Cadangan Kepada Ibubapa
Ibubapa perlu memberi sokongan dan peluang kepada pelajar untuk menentukan minat dan
cita-citanya. Pihak ibubapa juga perlu mempertingkatkan dan menggalakkan pelajar
berinteraksi dengan kawan-kawan sebaya di sekolah untuk menyuburkan sikap terbuka dan
berpandangan positif terhadap persekitarannya terutama persekitaran sekolah. Ini akan
mewujud persepsi, sikap dan tingkah laku yang lebih positif, stabil dan lebih kukuh pelajar
untuk aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah.
Cadangan Kepada Pelajar
1. Pelajar supaya tidak meyalahertikan gaya asuhan demokratik ibubapa.
2. Lebih terbuka kepada perubahan dan perkembangan persekitaran di sekolah mahupun
bukan di sekolah.
3. Bersedia menerima cabaran baru bahawa alam persekolahan adalah satu persiapan
menuju masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.
Cadangan Kepada Sekolah
1. Pihak sekolah diharapkan memberi dan mendedahkan program berkaitan dengan aktiviti
membina sahsiah diri seperti kem motivasi.
99
-
8/7/2019 PraKajian Khusus
28/28
2. Mempertingkatkan kepakaran guru sedia ada dalam mengatasi masalah pelajar yang
timbul.
3. Menetapkan matlamat rancangan bahawa ciri personaliti stabil adalah sesuatu kemestian
untuk peningkatan kualiti kendiri.
Cadangan Kepada Pengkaji Selanjutnya
Saranan atau cadangan kepada pengkaji selanjutnya yang berminat dalam bidang ini
mungkin sebaiknya menambah bilangan responden untuk memberikan generalisasi yang
lebih luas, menambah pembolehubah kajian seperti pencapaian akademik pelajar, tahap
tekanan atau stress pelajar, serta mempelbagaikan karekteristik pelajar sebagai responden
kajian dan memperluaskan skop kajian seperti bilangan sekolah yang terlibat dalam kajian
seperti ini.
100