PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP PROGRAM
LATIHAN KEMAHIRAN YANG DITERIMA DI GIATMARA TANJONG PIAI
NUR SYAZANA BINTI DAUD
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2010
ii
iii
DEDIKASI
Terima kasih…
Prof. Dr. Muhammad Rashid Rajuddin
Pensyarah-pensyarah
Guru-guru
Ibu & Ayah
Keluarga
Rakan-rakan seperjuangan
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah! Kesyukuran yang setingginya dipanjatkan kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya dapat juga penyelidik
menyempurna dan menyiapkan PSM ini.
Pertamanya, penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof.
Dr. Muhammad Rashid B. Rajuddin selaku penyelia PSM ini yang banyak
membantu dan telah meluangkan masa untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar
serta nasihat kepada penyelidik sepanjang tempoh dua semester ini bagi memastikan
PSM yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik.
Teristimewa juga buat Bonda dan Ayahanda serta keluarga tersayang yang
telah banyak berkorban mendidik dan membimbing penyelidik sedari dulu hingga ke
hari ini. Jasa dan pengorbanan mereka tidak akan penyelidik lupakan. Mudah-
mudahan Allah SWT melimpahkan rahmat dan maghfirahNya buat kami seisi
keluarga.
Sekalung ucapan terima kasih juga buat teman-teman seperjuangan yang
banyak membantu memberikan sokongan, dorongan, semangat, idea serta kritikan
yang membina sehingga terhasilnya penulisan ini. Segala budi dan jasamu amat
dihargai sedari di alam perkenalan hingga ke saat ini. Hanya Allah SWT yang dapat
membalas dan memberikan ganjaran yang setimpal buat anda semua.
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
persepsi pelatih-pelatih terhadap program latihan kemahiran yang diterima di
Giatmara Tanjong Piai, Johor. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor tenaga
pengajar, latihan kemahiran yang dipelajari, kelengkapan bengkel dan suasana
persekitaran di Institusi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 41 pelatih lelaki di
Giatmara Tanjong Piai, Johor. Instrumen kajian ialah satu set soal selidik. Nilai
kebolehpercayaan bagi item soal selidik ialah α = 0.93. Hasil kajian dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi
17.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian
menunjukkan faktor tenaga pengajar (min = 4.22), faktor latihan kemahiran yang
dipelajari (min = 4.27), faktor kelengkapan bengkel (min = 4.17) dan faktor suasana
persekitaran di Giatmara (min = 4.18) kesemuanya berada pada tahap tinggi.
Kesimpulannya, para pelatih mempunyai persepsi yang positif terhadap program
latihan kemahiran yang diterima di Giatmara Tanjong Piai, Johor.
vi
ABSTRACT
This descriptive study was carried out with purpose to determine the
perception of the trainees towards the skill training programme at Giatmara Tanjong
Piai, Johor. The factors being studied were instructors, skill training, workshop
facilities and environment at this institution. The respondent for this research
consisted of 41 male trainees from Giatmara Tanjong Piai, Johor. A set of
questionnaire was used as the research instrument. The reliability coefficient for all
item is α = 0.93. The result of this study was analyzed using the Statistical Package
For Social Science (SPSS) version 17.0 software to obtain frequency, percentage and
mean. The result of this study show that the instructor factor (mean = 4.22), the skill
training factor (mean = 4.27), the workshop facilities factor (mean = 4.17) and the
environment factor (mean = 4.18) all at high level. As the conclusion, trainees have
positive perceptions towards the skill training programme at Giatmara Tanjong Piai,
Johor.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
viii
1.8 Definisi Operasi 8
1.8.1 Persepsi 9
1.8.2 Pelatih 9
1.8.3 Latihan Kemahiran 9
1.8.4 Giatmara 10
1.8.5 Tenaga Pengajar 10
1.8.6 Kelengkapan Bengkel 10
1.8.7 Suasana Persekitaran 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Latihan Kemahiran Vokasional di Malaysia 12
2.3 Faktor Tenaga Pengajar 15
2.4 Faktor Latihan Kemahiran 16
2.5 Faktor Kelengkapan Bengkel 17
2.6 Faktor Suasana Persekitaran 19
2.7 Latar Belakang Giatmara Malaysia 20
2.7.1 Latar Belakang Giatmara Tanjong Piai 22
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.3 Kerangka Operasi 24
3.4 Responden Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 27
3.5.1 Bahagian A 28
3.5.2 Bahagian B 28
3.6 Kajian Rintis 29
ix
3.7 Kajian Sebenar 30
3.8 Analisis Data 30
3.9 Batasan Kajian 32
3.10 Andaian Kajian 32
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 33
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 33
4.2.1 Umur 34
4.2.2 Tempat Tinggal 34
4.2.3 Pendidikan Terakhir 35
4.2.4 Peperiksaan Terakhir 36
4.2.5 Kursus 37
4.3 Bahagian B: Analisis Data Persoalan Kajian 38
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 39
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 41
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 44
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 47
4.4 Analisis Keseluruhan 49
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Rumusan 50
5.3 Perbincangan 54
5.3.1 Latar Belakang Responden 54
5.3.2 Persoalan Kajian 56
5.3.2.1 Faktor Tenaga Pengajar 56
5.3.2.2 Faktor Latihan Kemahiran 58
x
5.3.2.3 Faktor Kelengkapan Bengkel 59
5.3.2.4 Faktor Suasana Persekitaran 60
5.4 Cadangan 62
5.4.1 Giatmara Tanjong Piai 62
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.6 Penutup 65
BIBLIOGRAFI 66 – 71
Lampiran A – D 72 – 89
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Keluaran Sumber Manusia Mahir dan Separuh Mahir
Mengikut Kursus, Tahun 2000 – 2010. 2
3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan kajian 28
3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 29
3.3 Jadual Skala Lima Mata kepada Tiga Mata 31
3.4 Pengiraan Perbezaan 31
3.5 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 31
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 34
4.2 Taburan Responden Mengikut Daerah Tempat
Tinggal Asal 34
4.3 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Terakhir 35
4.4 Taburan Responden Mengikut Peperiksaan Terakhir 36
4.5 Taburan Responden Mengikut Jenis Kursus 37
4.6 Taburan Responden Mengikut Faktor
Tenaga Pengajar 39
4.7 Taburan Responden Mengikut Faktor
Latihan Kemahiran 42
4.8 Taburan Responden Mengikut Faktor
Kelengkapan Bengkel 44
4.9 Taburan Responden Mengikut Faktor
Suasana Persekitaran 47
4.10 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 49
xii
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Kerangka Operasi 26
xiii
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik 72
B Surat Pengesahan Menjalani Projek Sarjana Muda 78
C Surat Permohonan Menjalankan Kajian 79
D Analisis Data SPSS 80
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
% Peratus
f Kekerapan
MARA Majlis Amanah Rakyat
MPV Mata Pelajaran Vokasional
PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional
RMKe9 Rancangan Malaysia Kesembilan
S Setuju
SKM Sijil Kemahiran Malaysia
SPSS Statistical Package for Social Sciences
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
TVET Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional
3
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Persaingan pasaran global yang semakin meningkat memerlukan ekonomi
negara terus diperkukuh dengan meningkatkan daya saing dan menerokai sumber
pertumbuhan baru. Peningkatan daya saing ini memerlukan modal insan bertaraf
dunia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba boleh dan kreatif serta
memiliki etika kerja positif dan nilai kerohanian (Rancangan Malaysia Kesembilan,
2006-2010).
Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam
mencapai Misi Nasional. Pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara
holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek
termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta
memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, pembangunan modal insan menjadi teras
utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe9).
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe8), tahap guna tenaga
penuh telah dapat dikekalkan dan produktiviti pekerja meningkat. Guna tenaga
berkembang selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang disumbangkan terutamanya
oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Kualiti tenaga buruh meningkat berikutan
peningkatan penawaran sumber manusia mahir dan berpendidikan. Pelbagai inisiatif
diambil termasuk melaksanakan beberapa program latihan dan latihan semula bagi
mengurangkan ketidaksepadanan kemahiran dan meningkatkan keupayaan sumber
4
manusia mendapatkan pekerjaan terutamanya siswazah. (Rancangan Malaysia
Kesembilan, 2006-2010)
Jadual 1.1: Keluaran Sumber Manusia Mahir dan Separuh Mahir Mengikut Kursus,
Tahun 2000 – 2010.
Kursus Bilangan pelatih
2000 2005 2010
Kejuruteraan 26,158 48,970 100,957
Mekanikal 11,838 22,246 41,574
Elektrikal 12,612 23,898 53,326
Sivil 1,708 2,826 6,057
Ketukangan Bangunan 1,984 3,766 6,865
Teknologi Maklumat & Komunikasi 8,423 12,860 14,739
Lain-lain 3,061 6,280 11,009
Jumlah 39,606 71,876 133,570 Sumber: Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan,
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, Kementerian Pertanian dan
Industri Asas tani, Majlis Amanah Rakyat dan Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia.
Dalam tempoh 10 tahun, keluaran tenaga mahir dan separa mahir semakin
meningkat. Asian Development Bank dalam Education and Development in Asia
and the Pacific pula menklasifikasikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport
teknologi tinggi selain Korea di kawasan asia pasifik (Maclean, 2005). Ini
membuktikan negara memerlukan tenaga kerja yang mahir untuk menghasilkan kerja
yang menggunakan teknologi tinggi.
Ketika ini, sistem Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) di
Malaysia berupaya menyediakan modal insan dan tenaga kerja yang dihasilkan
menerusi graduan pada peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan yang
ditawarkan di politeknik. Graduan politeknik dan vokasional ini menyediakan
pekerja mahir dan separuh mahir serta kelas pertengahan (Saufi Hamzah, 2009).
5
Dalam RMKe9, program latihan untuk meningkatkan kemahiran tenaga
buruh dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MECD), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Belia dan Sukan
(KBS).
Kewujudan sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional
memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah mendapat asas kemahiran.
Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam RMKe9, kerajaan
mengambil langkah memperluas dan memantapkan lagi program matapelajaran
vokasional (MPV) di sekolah-sekolah menengah harian biasa. Di bawah
kementerian pengajian tinggi pula terdapat politeknik dan kolej komuniti yang
menawarkan pendidikan teknik dan vokasional kepada lepasan sekolah.
Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai
beberapa institusi yang menawarkan latihan kemahiran kepada belia negara seperti
Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) (Jabatan Tenaga Manusia, 2010).
MARA atau singkatan daripada Majlis Amanah Rakyat yang bernaung di
bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah ditubuhkan pada 1
Mac 1966 di bawah Akta Parlimen Malaysia sebagai badan berkanun hasil dari
resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama. Terdapat beberapa pusat pengajian
di bawah Mara yang menyediakan peluang pendidikan dan latihan iaitu Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran
Mara (IKM), Kolej Pelajaran Mara (KPM), Institut Pembangunan Usahawan Mara
dan Pusat Giatmara (Majlis Amanah Rakyat, 2010).
Secara umumnya terdapat pelbagai agensi yang menawarkan program latihan
kemahiran kepada rakyat malaysia baik awam atau swasta. Keadaan ini akan dapat
menampung keperluan sumber tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan
negara.
6
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sumber tenaga
manusia yang dimilikinya. Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha bagi
merialisasikan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
perindustrian yang maju. Sistem pendidikan negara perlu terus melengkapkan
pelajar dengan kemahiran relevan dan latihan untuk menyediakan mereka supaya
dapat berdepan dengan landskap saingan global (Saufi Hamzah, 2009). Keperluan
tenaga kerja mahir perlu dipenuhi bagi sektor perindustrian.
Lebih 83,000 pelajar sekolah rendah hingga Tingkatan Lima mengalami
keciciran daripada sistem persekolahan negara. Ini bermakna, setiap tahun seramai
7545 pelajar pelajar tercicir daripada arus pendidikan. Walaupun peratusannya
nampak kecil, ia seharusnya tidak berlaku tanpa tindakan sewajarnya daripada pihak
kerajaan. Penyediaan insentif khas kepada kelompok pelajar yang tercicir amat
bertepatan untuk meningkatkan modal insan negara (Berita Harian, 23 Mac 2010).
Selain itu, masih ramai anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan. Dengan
menyertai program latihan kemahiran, belia-belia dapat menyediakan diri untuk
melangkah ke alam pekerjaan. Dengan ilmu yang dimiliki akan dapat meningkatkan
taraf hidup mereka dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara dan insan
yang berguna. Seperti kata Asad Awang (1988) mengabaikan ilmu dan pengetahuan
bererti sengaja menjauhkan diri daripada Allah.
Latihan kemahiran vokasional difikirkan mampu untuk membentuk individu
agar berdikari dalam menempuh kehidupan tanpa mengambil kira pencapaian
akademik. Pelajar tidak harus berasa tersisih atau disisihkan hanya disebabkan
pencapaian akademik tidak memuaskan (Berita Harian, 23 Mac 2010).
Program latihan kemahiran Giatmara dilaksanakan sebagai suatu usaha yang
cepat kearah menambah bilangan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang
diperlukan negara dalam sektor perindustrian. Penyediaan program latihan
kemahiran Giatmara juga memberi peluang kepada belia negara mendapat latihan
7
secara percuma. Keadaan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran yang
dihadapi negara (Giatmara Malaysia, 2009).
Giatmara memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tercicir dibangku
sekolah yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dengan menggalakkan mereka
menyertai program ini. Individu yang ingin mendapatkan kemahiran untuk
meningkatkan pengetahuan juga boleh menyertai program ini. Kemasukan ke
Giatmara juga tidak mementingkan kelulusan akademik dimana syarat minimum
untuk menyertai program ini ialah boleh membaca dan menulis (Giatmara Malaysia,
2009).
Terdapat 204 buah Giatmara di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan
Sarawak. Visi Giatmara iaitu membantu mewujudkan masyarakat perdagangan dan
perindustrian bumiputera yang berkualiti bagi mencapai matlamat wawasan 2020.
Giatmara mempunyai objektif sebanyak 80 peratus untuk melahirkan tenaga kerja
mahir negara dan antarabangsa. 15 peratus pula bagi mewujudkan usahawan
bumiputera manakala selebihnya lima peratus membantu kerajaan membasmi
kemiskinan. Sumbangan Giatmara adalah besar dalam menyediakan tenaga kerja
mahir dan separa mahir kepada negara (Giatmara Malaysia, 2009).
Walaubagaimanapun adakah program latihan kemahiran yang disediakan
dapat mencapai objektifnya. Justeru satu kajian perlu dilaksanakan untuk
mengetahui persepsi para pelatih terhadap program latihan kemahiran vokasional
yang diterima di Giatmara.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Giatmara membantu pelajar-pelajar yang tercicir dibangku sekolah yang tidak
mempunyai sebarang pekerjaan dengan menggalakkan mereka menyertai program
ini. Kemasukan ke Giatmara tidak mementingkan kelulusan akademik. Persoalan
timbul adakah program latihan yang disediakan dapat mencapai objektifnya. Apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih-pelatih yang menjalani program latihan
kemahiran di Giatmara? Oleh itu satu kajian dilaksanakan untuk mengetahui
persepsi para pelatih terhadap program latihan kemahiran vokasional yang diterima
di Giatmara. Pernyataan masalah dalam kajian ini ialah apakah persepsi pelatih-
pelatih terhadap program latihan kemahiran yang diterima di Giatmara Tanjong Piai?
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelatih-pelatih Giatmara
terhadap program latihan kemahiran di Giatmara Tanjong Piai. Objektif kajian ini
ialah:
i. Mengenalpasti persepsi pelatih-pelatih terhadap faktor tenaga pengajar
di Giatmara Tanjong Piai.
ii. Mengenalpasti persepsi pelatih-pelatih terhadap faktor latihan
kemahiran yang diajar di Giatmara Tanjong Piai.
iii. Mengenalpasti persepsi pelatih-pelatih terhadap faktor kelengkapan
bengkel di Giatmara Tanjong Piai.
iv. Mengenalpasti persepsi pelatih-pelatih terhadap faktor suasana
persekitaran di Giatmara Tanjong Piai.
9
1.5 Persoalan Kajian
Justeru kajian ini menjurus secara spesifik untuk menjawab persoalan-
persoalan berikut bagi menentukan objektif kajian tercapai;
i. Apakah persepsi pelatih terhadap faktor tenaga pengajar di Giatmara
Tanjong Piai?
ii. Apakah persepsi pelatih terhadap faktor latihan kemahiran yang diajar
di Giatmara Tanjong Piai?
iii. Apakah persepsi pelatih terhadap faktor kelengkapan bengkel di
Giatmara Tanjong Piai?
iv. Apakah persepsi pelatih terhadap faktor suasana persekitaran di
Giatmara Tanjong Piai?