Download - Permohonan GPK DGA32 2011
Ruj. Kami : P.T.04032-35/1/(12)
Tarikh : 15 Ogos 2010
Semua Ketua Sektor, JPNT.
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Terengganu.
Semua Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Terengganu.
Semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan/Jenis Kebangsaan Terengganu.
Tuan/Puan,
URUSAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 (KUP) TIME BASED
KE JAWATAN GRED DGA32 SECARA HAKIKI TAHUN 2011
Dengan hormatnya perkara dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan
mengadakan Urusan Pengisian Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD)
Gred DGA32 (KUP) Time Based ke Gred DGA32 secara hakiki. Urusan pengisian ini
bertujuan bagi memenuhkan semua jawatan Guru Penolong Kanan dan jawatan
naik pangkat lain yang setara dengannya di Pejabat Pelajaran Daerah dan juga
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada tahun 2011. Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menetapkan bahawa 80% kekosongan jawatan gred DGA32 akan
diisi oleh calon-calon DGA32 (KUP) Time Based dan 20% lagi akan diisi oleh calon-
calon dari Gred DGA29 yang diluluskan pemangkuan ke Gred DGA32 oleh
Lembaga Naik Pangkat, Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Sehubungan dengan itu, semua Guru Penolong/Pegawai Perkhidmatan
Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA32 (KUP) Time Based dipelawa memohon.
Pemohon yang memenuhi kriteria berikut sahaja akan dipertimbangkan :-
3.1 Berminat untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan/Pengelola;
3.2 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan
Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2007,
2008 dan 2009;
3.3 Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan Pentadbiran
sama ada sebagai Guru Penolong Kanan Lantikan sekolah /Guru
Data/Guru Disiplin/Guru Kanan Mata Pelajaran/Guru Penyelaras
Bestari/Guru Media/Guru Kelas/Penyelaras Peperiksaan;
3.4 Bebas dari tindakan Tatatertib;
3.5 Telah mengistiharkan harta;
3.6 Bersedia untuk ditukarkan;
3.7 Diperaku oleh Ketua Jabatan.
4. Untuk makluman, semua pemohon diwajibkan menggunakan Borang Khas
yang disertakan bersama ini serta diperaku oleh Ketua Jabatan masing-masing.
5. Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar hendaklah memaklumkan kepada semua
guru yang berkelayakan, menyemak ketepatan maklumat pemohon, membuat
perakuan dan menghantar semua borang permohonan dan dokumen yang lengkap
berserta rumusan ringkas senarai pemohon ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-
masing (U.P: Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah) pada atau sebelum 30 September
2010.
6. Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini
boleh dirujuk kepada pegawai-pegawai ditalian sebagaimana berikut:
6.1 En.Jelani bin Sulong - 09-6213111
Ketua Unit Rendah
6.2 En.Kamal bin Abdullah - 09-6213109
Penolong Pengarah Guru
6.3 En.Mat Lazim bin Noor - 09-6213109
Penyelia Kanan
Sekian,terima kasih.
‘Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
(TENGKU ANUAR BIN TENGKU DALAM)
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.
s.k.
1. Ketua Unit Tatatertib & Naik Pangkat, JPNT.
2. Fail Timbul. MLM/am.suratnaikpangkatdga32
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI DAN PERKHIDMATAN
Nama (gunakan huruf besar):
Jawatan:
Sekolah:
No. Kad Pengenalan: Tarikh Lahir:
Umur pada 1 Jan 2011: Jantina:
Umur opsyen bersara*: 56 58 No. fail perkhidmatan:
Tarikh lulus pengisytiharan harta:
Tarikh lantikan ke gred DGA29:
Tarikh pengesahan jawatan gred DGA29:
Tarikh lantik ke gred DGA32(KUP)Time Base:
Mata gaji pada 1 .1.2011: P T
Penguasaan Bahasa Inggeris*:
Baik Sederhana Lemah Gred Bahasa
Inggeris SPM
Pertuturan
Penulisan
Kesediaan untuk ditukar/digerakkan* Ya Tidak
*Sila tandakan (√ ) pada tempat berkenaan
Gambar terbaru
berukuran
pasport
JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU
BORANG PERMOHONAN
PENGISIAN PPLD GRED DGA32(KUP) TIME BASE
KE JAWATAN HAKIKI GRED DGA32 TAHUN 2011
BAHAGIAN B: PEGALAMAN DAN SUMBANGAN lampirkan maklumat tambahan dan bahan sokongan, jika perlu
1. Jawatan dan tempoh berkhidmat
Bil Jawatan & Gred Dari Tahun Hingga Tahun Jumlah Tahun
1
Guru Penolong DGA29
2
Guru Penolong DGA32
(KUP) Time Base
Untuk Kegunaan Jabatan
2. Pengalaman dalam pentadbiran
Bil
Senarai Jawatan yang
pernah disandang (Guru
Kelas,Setiausaha dll)
Dari Tahun
Hingga Tahun Jumlah Tahun
1
2
3
4
5
Untuk Kegunaan Jabatan
3. Kursus/seminar/bengkel yang telah dihadiri dalam masa tiga tahun terakhir. Senaraikan
mengikut turutan peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.
Bil. Nama kursus/ seminar/
bengkel** Peringkat Tarikh
1
2
3
4
5
Untuk Kegunaan Jabatan
4. Pingat/ Anugerah/ Penghargaan yang diperolehi sepanjang tempoh perkhidmatan.
Bil.
Nama Pingat/Anugerah/Penghargaan**
Tahun terima
Untuk Kegunaan Jabatan
5. Kegiatan/sumbangan di luar tugas rasmi seperti sukan, persatuan dan lain-lain dalam
tempoh lima tahun terakhir. Senaraikan mengikut turutan peringkat antarabangsa, kebangsaan,
negeri, daerah dan kampung/ taman perumahan.
Bil.
Kegiatan/ sumbangan**
Peranan/
Jawatan Peringkat
Untuk Kegunaan Jabatan
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat di atas adalah benar.
Tandatangan
calon
Tarikh:
PERAKUAN GURU BESAR
Nama Calon:
Alamat tempat
bertugas:
Markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) tiga tahun berturut-turut dan terkini:
Tahun Markah Wajaran
2007
20% =
2008
35% =
2009
45% =
JUMLAH
JUMLAH WAJARAN KESELURUHAN 45%
Ulasan dan sokongan:
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat di atas adalah benar.
Tandatangan
Guru Besar dan
cop rasmi
Tarikh: