1
Pengurusan Zakat di Malaysia:
Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2017 http://www.ukm.my/fep
2
Cetakan Pertama, 2017
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
http://www.ukm.my/ekonis
e-mel:[email protected]
Dengan Kerjasama
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Unit Zakat UKM
Pejabat Unit Zakat UKM
Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM
43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh
UKM CETAK
UKM Holdings Sdn. Bhd.
Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Hairunnizam Wahid
Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad
Tajuddin Abdul Rahim
1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.
Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul
ISBN 978-983-3198-98-6
3
Kandungan
Kandungan …3
Kata Pengantar …6
Sekapur Sirih…7
Prakata …8
Senarai Penulis…9
Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee
Wan Ab Rahaman...11
Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh
Syarikat
Adibah Abdul Wahab …23
Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39
Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65
Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian
Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83
Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103
Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun ... 125
Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133
4
Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155
Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171
Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar,
Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …189
Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211
Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah
Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227
Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul
Halim Abu Bakar …245
Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …269
Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu,
Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287
5
Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305
Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319
Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331
Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &
Hairunnizam Wahid …353
Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi
Kewangan di Malaysia
Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373
Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393
6
Kata Pengantar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam
atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang
terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku
bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.
Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan
komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian
kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.
Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak
harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan
harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan
sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka
yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan
ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak
yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat
membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda
futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai
perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan
tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat
mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut
kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi
negara yang lestari dan inklusif.
Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para
karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi
perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam
mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen
ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan
dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam
memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia
amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah
SWT.
Amin ya rabbal alamin.
HAJI HUSSIN MOHD ALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Zakat Selangor
Majlis Agama Islam Selangor
7
Sekapur Sirih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan
rahmat-Nya.
Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan
dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat
UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai
pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang
berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam
pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi
sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan
cendikiawan.
Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat
diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada
semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan
kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu
dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017
(PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar
disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan
program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan
mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan
beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.
Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah
satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat
baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.
Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam
merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di
Malaysia.
Salam Hormat
MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM
Unit Zakat UKM
8
Prakata
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas
dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu
alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat
serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu
keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala
dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang
bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang
diperolehi.
Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar
artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana
Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian
zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia
dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta
pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek
pengurusan zakat di Riau, Indonesia.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang
utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga
kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan
penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana
Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk
dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.
Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran
kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu
Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.
Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami
penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam
korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami
mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Sidang Penyunting
9
Senarai Penulis
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga
Zakat Selangor
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga
Zakat Selangor
Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),
Riau, Indonesia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
10
Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional
Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan /171
Bab 10
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad
Hairunnizam Wahid
Pengenalan
Zakat merupakan ibadah wajib termasuk dalam rukun ketiga bagi lima rukun
Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi (Hadis riwayat Muslim
dari Adullah bin Umar, Shahih Muslim). Zakat daripada aspek bahasa
bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang yang membawa pengertian
zakat membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya dari sifat kedekut
dan bakhil. Manakala daripada aspek syarak pula, zakat bermaksud
mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf yang berhak
menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
syarak. Sepertimana firman Allah SWT bermaksud:
“ Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu
kamu membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah
untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman
jiwa buat mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui” (Surah At-Tawbah: 99-103)
Kahf (1991) pula menyatakan maksud zakat adalah sejumlah
sumbangan atau cukai yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mempunyai
harta tertentu dan memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
shariah termasuk jenis-jenis harta, jumlah dan tempoh masanya yang
mencukupi (nisab dan haul). Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat harta
dan zakat fitrah. Zakat fitrah akan dikutip pada bulan Ramadhan sehingga
sebelum solat sunat Aidilfitri. Manakala zakat harta pula tertakluk pada syarat-
syarat yang telah ditetapkan oleh shariah. Adalah perlu untuk dikeluarkan zakat
sebanyak 2.5 peratus atau mengikut jumlah yang ditetapkan oleh syarak. Bagi
binatang ternakan adalah 1.5 peratus hingga 2.5 peratus, hasil pertanian 5
peratus dan 10 peratus dan hasil perlombongan dan harta yang tertanam pula
20 peratus (Omar Ali dan Myles, 2010).
172 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Kewajipan menunaikan zakat telah dilaksanakan dengan tegas di awal
pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin lagi. Buktinya, Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq telah membuat keputusan untuk memerangi golongan yang enggan
membayar zakat pada zaman itu. Zakat bukan sahaja disyariatkan untuk
membantu golongan kurang berkemampuan tetapi sangat penting untuk
pembangunan ummah (Muhammad, Mohd Yahya & Mohd Hussin Fidlizan,
2013).
Antara hikmah dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat ialah
mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada
kepada golongan yang kurang berada, membersihkan diri pembayar zakat,
membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat, mewujudkan sifat
bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di kalangan
golongan yang berada, mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang
kurang bernasib baik, mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah
SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia, memberi
peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk
mengeluarkan zakat daripada harta mereka, mewujudkan kesatuan di kalangan
masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan, memberi masyarakat
satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah SWT dan
melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat
(Patmawati Hj Ibrahim, 2008).
Jadual 1: Perbezaan pandangan ulama terhadap harta batin
Bil Pandangan Perbincangan Harta batin
1 Imam Hanafi Pengurusan zakat harta batin diserahkan kepada
pemilik harta tersebut. Zakat ini pada asalnya di
bawah kuasa pemerintah, tetapi pada masa Saidina
Uthman RA. pengurusannya diserahkan kepada tuan
punya harta kerana maslahah tertentu.
2 Malikiah Wajib membayar zakat kepada pemerintah yang adil
sama ada harta zahir atau batin
3 Imam Shafi’e Pemilik harta hendaklah mengagihkan sendiri zakat
harta batin iaitu emas, perak, barang perniagaan dan
zakat fitrah (menurut satu pendapat, sementara satu
pendapat lagi mengatakan zakat fitrah termasuk
harta zahir).
4. Imam Hanbali Tidak wajib menyerahkan zakat kepada pemerintah,
tetapi pemerintah boleh menerimanya sama ada harta
zahir atau batin Sumber: al-Qardawi, Yusuf, Fiqh al-zakah jld 2, hlm 242-246
Secara asasnya zakat merupakan kewajipan yang jelas dalam Islam
bagi setiap individu dan harta yang dikenakan zakat. Namun begitu zakat
bukan sekadar urusan individu tetapi melibatkan soal tanggungjawab dan
campurtangan pemerintah menerusi Baitulmal dan seumpamanya untuk
menguruskan zakat secara sistematik dari aspek kutipan dan agihan serta
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan /173
pengurusan wang zakat. Para fuqaha’ berpandangan bahawasanya pemerintah
berkuasa memungut zakat dari harta-harta zahir dan sekiranya diminta untuk
ditunaikan, maka wajib bagi rakyat membayar kepadanya. Syaikh Atiyyah
Muhammad Salim menghuraikan kata-kata Abu Bakar al-Siddiq RA tatkala
memerangi orang yang enggan berzakat adalah bukan sahaja kepada yang
ingkar kewajipannya sahaja tetapi termasuk juga mereka yang ingkar
menunaikannya kepada pemerintah.Walaupun begitu, wujud perbezaan
pandangan ulama pengurusan zakat yang melibatkan harta-harta batin (seperti
emas, perak, wang, perniagaan dan sebagainya) berdasarkan Jadual 1. Firman
Allah SWT yang bermaksud:
"Ambillah dari harta-harta mereka itu zakat sebagai pembersih
dan penyuci dengannya" (Surah At-Tawbah; 103)
Para ulama berhujah bahawa ayat ini adalah dalil bahawa zakat itu wajib
dibayar kepada pemerintah. Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar RA,
terdapat golongan yang berhujah bahawa ayat tersebut khas kepada Rasulullah
saw sahaja. Namun begitu pendapat ini ditolak oleh Saidina Abu Bakar yang
berkata: "Jika mereka enggan membayar walaupun seekor kambing yang
pernah mereka berikan kepada Rasulullah saw, nescaya akan aku perangi
mereka itu". Ijtihad Saidina Abu Bakar RA ini sekaligus menunjukkan bahawa
harta-harta zakat itu wajib diserahkan kepada pemerintah.
Perlembagaan Persekutuan telah menyenaraikan zakat di bawah bidang
kuasa negeri. Semua negeri di Malaysia telah memperuntukkan perkara
berkenaan dengan urusan zakat ini sama ada di bawah akta atau enakmen di
negeri masing-masing atau diletakkan di bawah enakmen khusus tentang zakat.
Akta atau enakmen juga memperuntukkan kuasa kepada Majlis Agama Islam
Negeri (MAIN) atau syarikat yang dilantiknya memungut zakat daripada
pemilik harta dan setiap orang yang melanggar akta atau enakmen tersebut
boleh dikenakan hukuman.
Pelaksanaan zakat mengandungi dua elemen penting dalam memastikan
ibadah zakat memberikan rahmat kepada kehidupan manusia iaitu dari segi
kutipan dan agihan zakat. Kecekapan dan ketelusan dalam kutipan dan agihan
zakat adalah sesuatu yang mempunyai kepentingan secara bersama yang tidak
boleh dipisahkan kerana kedua-duanya sama penting dalam memastikan
kelestarian hidup yang sejahtera. Zakat adalah wadah unggul yang terbaik bagi
membasmi kemiskinan dan menjana kemajuan ekonomi umat Islam melalui
penglibatan golongan asnaf dalam bidang ekonomi. Namun matlamat ini tidak
dapat dicapai sekiranya kutipan zakat tidak memberansangkan khususnya
kutipan secara formal oleh sesebuah institusi zakat. Pendedahan melalui media
massa mengenai lebihan wang zakat yang tidak diagihkan sedangkan masih
ramai fakir miskin wujud di negara kita telah menyumbang kepada tahap
kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat (Hashim, Al, & Saad, 2011).
Ketidakyakinan individu terhadap institusi zakat dalam agihan telah
174 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
menyebabkan ramai pembayar zakat membayar secara terus kepada asnaf
(Sanep & Hairunnizam 2005; & Sanep et al. 2006).
Terdapat pembayar zakat yang tidak memahami takrifan asnaf dan tidak
merujuk kepada institusi zakat atau MAIN, mereka telah mengagihkan zakat
kepada anak-anak yatim. Terdapat juga persoalan adakah tanggungjawab
menunaikan kewajipan berzakat boleh disamakan dengan memenuhi
tanggungjawab sosial yang diminta oleh pihak kerajaan kepada institusi
perbankan dan syarikat? Persoalan ini boleh dibahaskan dan perlu diperhalusi
oleh pihak yang berautoriti. Bagi menangani cabaran ini, beberapa institusi
zakat dan MAIN telah menawarkan skim agihan zakat semula kepada
pembayar zakat berdasarkan kadar yang ditentukan dan dibincangkan bersama
penerima bantuan yang ingin disalurkan. Dengan melihat permasalahan kajian,
justeru objektif kajian ini menjurus kepada (1) menjelaskan perlaksanaaan
sistem agihan zakat secara wakalah di MAIWP agar masyarakat betul-betul
memahami perlaksaan dalam agihan zakat secara wakalah; dan (2)
menganalisis perkembangan sistem agihan zakat berdasarkan konsep wakalah
di MAIWP. Kajian ini penting kepada institusi pengurus zakat terutama di
negeri-negeri yang masih tidak melaksanakan sistem agihan zakat secara
wakalah untuk membantu MAIN dalam meningkatkan jumlah kutipan zakat
setiap tahun.
Kajian Lepas
Kerajaan perlu berperanan dalam mengutip dan mengagihkan zakat sama ada
harta yang nyata atau tidak nyata kerana beberapa alasan. Pertamanya wujud
individu yang ambil remeh tentang pembayaran zakat. Jika tiada campur
tangan oleh kerajaan, maka kemungkinan hak zakat kepada asnaf fakir dan
miskin tidak dapat dipenuhi. Keduanya pengagihan zakat oleh kerajaan akan
menjaga dan memelihara maruah golongan fakir dan miskin berbanding
menerimanya secara terus daripada golongan kaya. Ketiganya jika individu
mengagihkan zakat tersebut, ia akan dipengaruhi oleh sikap tertentu yang akan
membelakangi konsep pengagihan (Wahid, 2009).
Pada zaman Rasulullah saw, tugas kutipan zakat diserahkan kepada
amil yang dilantik oleh Baginda. Antara para Sahabat yang dilantik oleh
Rasulullah saw sebagai pegawai pengutip zakat atau amil ialah Abu Musa al-
Ashari RA, Umar Ibn al-Lutaybah RA, Muaz bin Jabbal RA, Malik bin
Nuwairah RA dan lain-lain lagi. Amalan melantik pengutip zakat yang dikenali
sebagai al-sa’ie, musaddiq dan amil ini telah menjadi tanggungjawab dan
kewajipan pihak pemerintah selepas Rasulullah saw pada zaman Khalifah Al-
Rasyidin sehinggalah ke hari ini (Talib, 2013). Berkenaan dengan sejarah
keamilan di awal Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa’Al-
Rasyidin, terutama zaman Abu Bakar Al-Siddiq RA, dapat diterokai dari
beberapa Hadis. Dari Ibnu Abbas RA berkata : ketika Nabi SAW, hendak
mengutus Mu’adz RA ke Yaman beliau bersabda bermaksud:
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan /175
“Sesungguhnya engkau (Mu’adz),akan mengunjungi suatu
kaum dari Ahli Kitab (di Yaman). Apabila kamu tiba kepada
mereka, hendaklah kamu menyuruh mereka untuk bersyahadat
(bersaksi) bahawa tidak ada Tuhan (Yang wajib disembah)
selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh
Allah. Kemudian jika mereka mentaati seruanmu itu, beritahu
kepada mereka bahawa Allah memfardhukan kamu supaya
melakukan solat lima kali sehari semalam, katanya: Jika
mereka juga mentaati seruanmu itu, maka hendaklah kamu
mengkhabarkan bahawa Allah SWT juga mewajibkan zakat
kepada mereka untuk kemudian diserahkan (dibagikan) kepada
orang-orang fakir yang ada di tengah-tengah mereka....”.
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan An-Nasa’i)
Dari Abdillah bin Awfa, dia berkata adalah Rasulullah saw itu didatangi
suatu kaum untuk menyerahkan sedekah (zakatnya), Nabi berdoa bermaksud:
“Ya Allah, berikanlah rahmat ke atas mereka”.
(Riwayat muttafiq’alaih)
Pada masa kini, kuasa bagi mengutip dan mengagihkan zakat telah diserahkan
kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) seperti yang diperuntukkan dalam
Enakmen Pentadbiran Negeri. Terdapat pelbagai bantuan telah disalurkan bagi
memastikan golongan asnaf fakir miskin mendapat pembelaan sewajarnya
seperti bantuan kewangan/makanan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan
rumah malah aktiviti-aktiviti ekonomi asnaf telah banyak dilakukan bagi
memastikan peningkatan sosio ekonomi di kalangan asnaf (Haji, Shahir, Hajjah
& Wahab, 2010). Kuasa ini selaras peruntukan di dalam Perlembangan
Persekutuan. Zakat yang telah difardhukan itu hendaklah dikutip oleh pihak
berkuasa seperti Firman Allah SWT:
“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai zakat
supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan
(daripada dosa dan akhlak yang buruk)”
(Surah At-Tawbah: 103)
Agihan zakat kepada golongan asnaf memerlukan satu sistem agihan yang
berkesan agar setiap pihak merasakan mereka dilayan dengan adil dan
saksama. Oleh itu peranan yang dimainkan oleh piha pengurusan zakat dalam
aspek agihan zakat ini penting untuk diberi perhatian (Sanep Ahmad, 2009).
Al-Wakalah ialah konsep yang mewakilkan seseorang untuk menyerahkan apa
yang dilakukannya dan boleh dilakukan oleh orang lain dalam hidupnya. Unsur
hidup dikaitkan bagi membezakannya dengan wasiat (Joni Tamkin, 2008).
Ulama menyatakan keabsahan akad al-Wakalah ini sebagaimana firman Allah
SWT:
176 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
“ ... sekarang utuskanlah salah seorang daripada kamu membawa
wang perak kami ini ke bandar…” (Surah Al-Kahfi: 9)
Al-Wakalah turut diaplikasikan didalam kontrak seperti Takaful
diamana peserta bersetuju melantik pengendali takaful sebagai wakil mereka
untuk menguruskan dan melaburkan dana mereka Mohd Noor (2013). Islam
membolehkan adanya perwakilan (wakalah) menerusi ayat-ayat Al-Quran iaitu
“..Pengurus-pengurus zakat....” (Surah At-Taubah:60)
“....sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawawang
perak kamu ini ke bandar kemudian biarlah dia mencari dan
memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi
halal(yang dijual di situ)......” (Surah Al-kahfi :19)
“..Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan
hasil bumi(Mesir) sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan
sebaik-baiknya, lahi mengetahui cara mentadbirkannnya”
(Surah. Yusuf :55)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan
segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menkalankan hukum di
antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan
adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan- Nya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa melihat”
(Surah. Al-Nisa’:58)
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan diantara mereka
berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah ”(untuk
mendamaikan mereka iaitu) seorang dari keluarga lelaki dan
seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang
tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan untuk mendamaikan,
nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu)
berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui lagi
Amat mendalam pengetahuan Nya”
(Surah An- Nisa’:35)
Ia juga dapat dilihat melalui Hadith yang menunjukkan perwakilan dibenarkan
dalam Islam iaitu Rasulullah saw semasa hidupnya pernah memberikan kuasa
kepada sahabatnya dan banyak hadis yang menunjukkan wakalah dibolehkan.
Hadith tersebut diantaranya:
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan /177
Dan dari Sulaiman bin Yasar: Bahawa Nabi Muhammad SAW
mengutus Abu Rafi’, hamba yang pernah dimerdekakan dan
seorang Ansar lalu kedua orang itu menikahkan Nabi dengan
Maimunah binti Harith dan pada saat itu (Nabi Muhammad
SAW) di Madinah sebelum keluar (ke Miqat Dzil Khulaifah).
(Riwayat Maliki dalam Muwaththa’)
Rasulullah SAW bersabda kepada Unais, “ Pergilah hai Unais
kepada wanita tersebut. Jika ia mengakui perbuatannya,
rejamlah dia ” (Riwayat Bukhari)
Dari ‘Urwah bin Abil Ja’d Al-Bariqie: Bahawa Nabi
Muhammad SAW (pernah) memberikan wang satu dinar
kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau, lalu
dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian
ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa
satu dinar dan seekor kambing. Nabi SAW mendiakannya
dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah
membeli tanah pun ia pasti beruntung”
(Riwayat Bukhari)
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan dua pendekatan yang berbeza untuk mengumpul data
permohanan agihan zakat secara wakalah oleh MAIWP, iaitu melalui data
primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada temuduga secara
bersemuka dengan Pegawai Unit Wakalah Majlis Agama Islam Persekutuan
(MAIWP) iaitu Ustaz Mohd Izham bin Baharom. Temubual ini dijalankan
pada 3 Mei 2017, di bangunan PERKIM Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan bertujuan bagi mendapatkan maklumat terperinci yang tidak
dinyatakan dalam rujukan bercetak.
Kaedah ini juga menghasilkan data primer yang tidak boleh diragui
kesahihannya kerana informan yang ditemubual merupakan pegawai yang
mempunyai pengalaman. Hasil temubual berdurasi 57 minit dianalisis bagi
mendapatkan maklumat-maklumat penting yang akan dijadikan sebagai
dapatan kajian. Selain itu, kaedah pengumpulan data juga disokong oleh
kaedah-kaedah lain bagi mendapatkan maklumat tambahan serta mengukuhkan
lagi kajian ini. Seterusnya data sekunder ialah data yang dikumpul dari sumber
tersedia. Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, kaedah pengumpulan
data dan maklumat melalui dokumen bertulis seperti artikel jurnal, kertas kerja,
kertas prosiding, laporan tahunan dan sebagainya. Sumber-sumber ini
digunakan bertujuan untuk menganalisis sorotan kajian lepas dan juga
maklumat berkaitan institusi-institusi berkenaan.
178 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Hasil Kajian
MAIWP telah menerima konsep Al-Wakalah sebagai dasar pengembalian
semula wang zakat kepada pembayar zakat untuk diagihkan kepada asnaf yang
layak. Konsep Al-Wakalah ini adalah bukan akad pemilikan yang memberi
kebebasan memanipulasi wang zakat. Pembayar dilantik menjadi wakil kepada
MAIWP untuk melakukan proses agihan zakat bagi pihak MAIWP
berdasarkan syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAIWP.
Dasar wakalah ini merupakan pemangkin dalam membantu meningkatkan
kutipan zakat terutamanya zakat perniagaan, pendapatan dan harta di Wilayah
Persekutuan melalui pembayaran zakat kepada PPZ. Bagi syarikat/organisasi,
dasar pengembalian semula wang zakat ini mampu mengurangkan bebanan
cukai korporat memandangkan setakat ini, syarikat/organisasi tidak mendapat
rebat cukai bagi pembayaran zakat perniagaan berbanding pelaksanaan zakat
oleh individu. Dasar pengembalian semula wang zakat ini adalah tertakluk
kepada pembayar zakat yang membayar zakat kepada PPZ serta
mengemukakan surat permohonan. Ia tertakluk kepada kelulusan Ketua
Pegawai Eksekutif MAIWP atau Setiausaha MAIWP.
Jadual 2: Kategori Agihan Wakalah Zakat serta Syarat di MAWIP
Bil Kategori agihan Syarat
1. Individu i. Beragama Islam.
ii. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap.
-Bukan warganegara yang beragama Islam
boleh dibantu sekiranya bersesuaian.
-Bagi tujuan dakwah kepada orang asli yang
bukan Islam boleh dibantu.
iii. Pendapatan Keluarga tidak melebihi Had Al-
Kifayah1
2. Agensi/Pertubuhan i. Agensi/pertubuhan yang berdaftar dengan
Pendaftar Pertubuhan dan seumpamanya.
ii. Masjid / surau yang berdaftar dengan Jabatan
Agama Islam Negeri.
iii. IPT dan sekolah yang berdaftar dengan
Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri
Kementerian Pendidikan Malaysia. Nota: Had Al-Kifayah mengikut lokasi /negeri masing-masing
Sumber: Pembentangan taklimat wakalah Bahagian Baitulmal MAIWP
Jadual 2 menunjukkan pengembalian semula wang zakat dengan kadar
3/8 atau 37.5 peratus kepada syarikat/organisasi, 2/8 atau 25 peratus kepada
individu dan 3/8 atau 37.5 peratus kepada Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ini adalah merupakan
inovasi berdasarkan siasah (urus tadbir dan budi bicara) pihak MAIWP dalam
memacu kegemilangan ummah. Berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’.
Bilangan Asnaf adalah seperti mana yang dijelaskan dalam Al- Quran:
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan /179
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang
fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para
muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak,
orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-
orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan
yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.” (Surah At-Tawbah: 60)
Penerima zakat adalah terdiri daripada lapan asnaf iaitu fakir, miskin,
muallaf serta perincian had tempoh panggilan muallaf, al-gharimin,
fisabilillah, ibnu sabil, ar-riqab dan amil.
Jadual 3: Bentuk Agihan secara Wakalah di MAWIP
Bil Bentuk Perincian
1. Dibenarkan i. Sebagaimana skim-skim bantuan agihan zakat
Baitulmal.
ii. Pembelian peralatan asas masjid, surau atau sekolah
seperti karpet, siaraya, komputer, kipas dan
seumpamanya.
iii. Pembiayaan program / aktiviti keagamaan,
pendidikan, motivasi, pembentukan sahsiah dan
seumpamanya.
iv.Kos yang boleh dibantu melibatkan bayaran saguhati
penceramah, makanan dan minuman, kelengkapan
kursus dan seumpamanya.
2. Tidak
Dibenarkan
i. Menyelesaikan hutang dengan institusi kewangan
atau mana-mana institusi yang tidak berlesen seperti
'along'.
ii. Menyelesaikan hutang berkaitan dana pendidikan
seperti PTPTN,MARA, Yayasan dan seumpamanya.
iii. Modal perniagaan yang tidak diharuskan oleh syarak.
iv. Pembelian aset seperti rumah, tanah dan kenderaan
untuk kegunaan pembayar.
v. Membiayai urusan ibadah seperti haji, umrah, korban,
akikah dan seumpamanya.
vi. Aktiviti dan peralatan berbentuk hiburan yang
bertentangan syarak.
vii. Sambutan ulang tahun penubuhan, hari keluarga dan
seumpamanya.
viii. Kejohanan sukan, sukaneka dan seumpamanya.
ix. Lawatan, rombongan, pengangkutan, sewaan dewan
dan siaraya.
x. Saguhati kepada VIP.
xi. Percetakan bahan bukan ilmiah. Sumber: Pembentangan taklimat wakalah Bahagian Baitulmal MAIWP
180 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Berdasarkan Rajah 1 (lihat Lampiran) carta alir proses kerja unit wakalah
empat segmen iaitu Individu, Syarikat atau Organisasi atau IPT dan majikan
akan menjalani proses membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat.
Kemudian mengemukakan permohonan untuk mengagih zakat secara wakalah
kepada Pusat Pungutan Zakat. Apabila permohonan diterima maka
permohonan akan dipanjangkan kepada Baitulmal (semak & sokong)
kemudian akan dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (KPE).
Dokumen kelulusan permohanan mengambil masa 9 hari untuk disemak.
Apabila permohonan ditolak fail akan ditutup manakala apabila permohonan
diterima dan mendapat kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Baitulmal
akan membuat tuntutan bayaran kepada kewangan. Proses bayaran melalui
EFT. Pembayar akan menerima bayaran melalui EFT. Sebelum agihan secara
wakalah dibuat kepada kepada asnaf, taklimat dan penyerahan surat kelulusan
iaitu penyerahan watikah lantikan sebagai wakil akan diberi kepada wakil
sebagai akuan penerimaan oleh Baitulmal/ PPZ.
Apabila wakil telah mengikuti program yang telah diadakan oleh
pegawai MAIWP, wakil akan lebih faham tentang konsep asnaf, jumlah had
kifayah dan diberi tujuk ajar oleh pegawai terlatih agar agihan zakat diberi
berdasarkan kelayakan asnaf. Selain itu sebagai penerima wakalah,
tanggungjawab wakil adalah untuk mematuhi segala syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam kaedah pengurusan wakalah, melengkapkan borang perakuan
pembayaran melalui EFT beserta mengemukakan sesalinan muka depan buku
atau penyata akaun bank sahaja untuk tujuan pembayaran. Para wakil
hendaklah menghantar laporan penuh sebaik sahaja pengagihan selesai
dilaksanakan dalam tempoh setahun dari tarikh watikah wakalah. Dalam
tempoh setahun, unit wakalah akan membuat peringatan mesra pada enam
bulan pertama kepada para wakil untuk menghantar laporan kemajuan
seterusnya permohonan laporan penuh. Wakil atau penerima wakalah yang
telah dilantik perlu mematuhi syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan
oleh MAIWP. Garis panduan agihan wakalah adalah seperti di Jadual 3 dan di
Jadual 4.
Antara tanggungjawab penerima wakil ialah seperti berikut iaitu (1)
Mematuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kaedah pengurusan
wakalah. (2) Melengkapkan borang perakuan pembayaran melalui EFT beserta
mengemukakan sesalinan muka depan buku atau penyata akaun bank sahaja
untuk tujuan pembayaran. (3) Para wakil hendaklah menghantar laporan penuh
sebaik sahaja pengagihan selesai dilaksanakan dalam tempoh setahun dari
tarikh watikah wakalah. Dalam tempoh setahun, unit wakalah MAIWP akan
membuat peringatan mesra pada enam bulan pertama kepada para wakil untuk
menghantar laporan kemajuan seterusnya permohonan laporan penuh. Ini
bertujuan untuk memastikan wang zakat tersebut telah diagihkan mengikut
syarat yang telah dipersetujui sebagai wakalah. Syarat terbebut ialah (1)
Memastikan laporan yang dihantar sedaya upaya dan semampu mungkin
menepati keperluan yang ditetapkan seperti format laporan yang telah
disediakan oleh Unit Wakalah Baitulmal. (2) Segala hasil keuntungan daripada
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan /181
simpanan wang Wakalah di dalam bank hendaklah diambil kira sebagai wang
zakat serta diagihkan dengan menggunapakai prosedur yang sama. (3)
Sekiranya wang tersebut tidak dapat diagihkan dalam tempoh yang diberikan,
wakil hendaklah memohon lanjutan tempoh (Kelulusan MAIWP adalah
tertakluk kepada prestasi agihan semasa). (4) Para wakil dikehendaki
memulangkan semula wang Wakalah kepada MAIWP sekiranya masih gagal
mengagihkan dalam tempoh lanjutan yang telah diteatapkan. (5) Menjaga
nama baik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). (6) Dilarang
bagi wakil menyerahkan Wang Agihan Zakat Wakalah kepada mana-mana
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Pusat Zakat Negeri (PZN). (7)
Dilarang bagi wakil menggunakan wang wakalah untuk kegunaan diri sendiri .
(8) Dilarang meletakkan hak pemilikan aset atas nama wakil.
Jadual 5 menunjukkan tentang perkembangan agihan zakat dan peratus
sumbangan agihan zakat menerusi konsep wakalah oleh MAIWP bagi tahun
2015-2017. Bagi keempat-empat sektor daripada segmen individu, syarikat,
IPTA, dan majikan menunjukkan peningkatan daripada aspek bilangan wakil.
Masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 6.1 peratus, 17.4 peratus
dan 8.3 peratus daripada tahun 2015 hingga tahun 2016. Bagi jumlah
keseluruhan menerusi konsep wakalah keempat-empat segmen juga
menunjukkan peningkatan sebanyak 8.37 peratus bagi tahun 2015 hingga tahun
2016. Ini menunjukkan kesan positif pembayar zakat untuk mengagihkan zakat
secara wakalah dengan peningkatan bilangan wakil dari setahun ke setahun.
Agihan zakat secara wakalah telah menyumbang nisbah sebanyak 7.10 peratus
daripada jumlah agihan zakat tahunan keseluruhan tahun 2015, nisbah
sumbangan sebanyak 9.85 perarus pada 2016 dan terus meningkat kepada
37.37 peratus nisbah sumbangan sehingga bulan Mac 2017. Peningkatan ketara
sumbangan pada sehingga bulan Mac 2017 akibat penambahan kategori wakil
daripada segmen majikan. Peningkatan dari bilangan wakil agihan secara
wakalah secara tidak langsung menunjukkan masyarakat mula berminat
dengan konsep agihan wakalah yang diperkenalkan oleh MAIWP. Sementara
agihan zakat tahunan PPZ-MAIWP yang menunjukkan agihan zakat 2015
sebanyak RM608.72 juta menurun kepada RM444.72 juta seterusnya dijangka
meningkat kembali pada tahun 2017 kerana sehingga ke bulan Mac 2017,
jumlah agihan telah menunjukkan agihan sebanyak RM122.73 juta.
Data primer hasil daripada temuduga dengan salah seorang pegawai
MAIWP juga mengesahkan bahawa mengikut statistik yang dikeluarkan pada
tahun 2016, MAIWP telah memperuntukkan bajet tahunan sebanyak RM45
juta. Pada tahun 2016, secara keseluruhannya, jumlah pembayaran zakat adalah
sebanyak RM160 juta dan agen wakalah yang terlibat dalam wakalah untuk
keempat-empat seksyen wakil adalah seramai 500 orang wakil. Antara wakil
yang terlibat dalam agihan secara wakalah adalah termasuklah syarikat yang
terkemuka seperti syarikat PICOM yang terlibat menjadi wakil bagi seksyen
IPT dan Celcom Axiata yang terlibat dalam seksyen wakil Syarikat dan wakil
Majikan.
182 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Perbincangan dan Implikasi Dasar Di dalam sistem agihan zakat secara wakalah untuk menjadi wakil amil,
keempat-empat segmen iaitu individu, syarikat, IPTA Majikan perlu mengikuti
kursus setelah permohonan untuk menjadi wakil diluluskan oleh MAIWP. Hal
ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang jelas kepada wakil tentang
tanggungjawab mereka sebagai wakil untuk mengagihkan sendiri zakat kepada
golongan fakir miskin yang layak. Masyarakat kurang faham bahawa zakat
bukanlah seperti sedekah yang boleh diberi kepada sesiapa sahaja. Zakat hanya
boleh diagihkan kepada asnaf yang layak setelah mengambilkira had kifayah.
Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala
dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan
seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar
keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa.
Had ini juga digunakan bagi mengetahui berapakah kadar yang perlu dibantu
untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi. Tujuh perkara asas perkiraan
had kifayah ialah (1) Perlindungan, (2) Makanan, (3) Pakaian, (4) Perubatan,
(5) Pendidikan, (6) Pengangkutan; dan (7) Komunikasi. Penerima wakalah
wajib memahami tentang had kifayah kerana ini adalah pengukur bagi
menentukan samada asnaf layak ataupun tidak untuk menerima bantuan zakat.
Fiqah tentang zakat dari segi syarat dan rukunnya amat penting. Oleh itu akad
didalam zakat juga haruslah jelas. Sebagai contoh akad: Lafaz ijab bagi
pembayar zakat:
“Ini zakat fitrah sebanyak RM ………… yang wajib bagi diri
saya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.
Lafaz qabul bagi penerima zakat/amil:
“Saya terima zakat sebanyak RM ………………… yang wajib
bagi diri tuan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”
Sebagaimana zakat, wakalah juga mempunyai rukun dan syarat-syarat
tertentu. Penerima wakil tidak boleh seorang yang jahil kerana wakil telah
menjadi seorang amil. Amil adalah mereka yang terlibat secara langsung
dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan
mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan
dan sebagainya. Jika tersalah agih MAIWP juga akan menanggung dosa kerana
menurunkan kuasa kepada pihak yang salah. Oleh itu taklimat kursus diberikan
sebelum watikah pelantikan wakalah. Oleh itu, wakil haruslah benar-benar
faham tentang syarat, hukum dan garis panduan yang ditetapkan supaya zakat
yang diagihkan sampai kepada asnaf yang layak.
Antara faktor lain wakalah diperkenalkan ialah bagi mengelak
pembayar zakat berdosa mengagih zakat secara terus kepada asnaf. Ketua
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman
Mustapha berkata, sejajar dengan Muzakarah kali ke-76 Jawatankuasa Fatwa
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan /183
Majlis Kebangsaan pada 2006 memutuskan bahawa mengagihkan zakat secara
persendirian tanpa melalui pemerintah (amil yang bertauliah) adalah sah
namun berdosa ketika sidang akhbar selepas Majlis Zakat Koperasi 2015.
"Adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak tetapi
perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah
dalam perkara kebaikan adalah berdosa kerana di dalam Islam
patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara
kebaikan adalah wajib,"
Melalui pendedahan carta alir dari permohonan wakalah sehingga
agihan zakat secara wakalah akan memberi pendedahan dan gambaran yang
jelas kepada masyarakat tentang sistem agihan zakat secara wakalah yang
diaplikasikan oleh MAIWP. Gerak kerja yang sistematik menjamin pengagihan
sampai kepada golongan asnaf yang layak. Daripada hasil kajian, ini
membuktikan bahawa perlaksanaan sistem wakil dalam kutipan zakat di PPZ-
MAIWP memberi kesan kepada tren peningkatan terhadap jumlah kutipan dan
juga memberi kesan yang positif kepada agihan zakat. Agihan zakat secara
wakalah boleh menjadi instrumen bagi meningkatkan jumlah agihan dan
kutipan zakat.
Kesimpulan
Kutipan wang zakat didapati meningkat dari tahun ke tahun. Ini secara
langsung meningkatkan jumlah wang zakat untuk diagihkan kepada golongan
anaf. Pengurusan agihan wang zakat perlu dilaksanakan dengan berkesan agar
tidak menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan pembayar zakat.
Pelaksanaan amalan zakat berlandaskan prinsip dan konsep yang telah
ditetapkan oleh syarak akan memberikan rahmat yang besar kepada umat Islam
khususnya golongan asnaf terutama fakir dan miskin. Agihan zakat secara
wakalah yang diaplikasikan oleh MAIWP merupakan contoh sistem agihan
zakat yang amat bagus terutama bagi meningkatkan kutipan zakat disebabkan
masyarakat yang mewakili antara empat segmen iaitu individu, IPTA, syarikat
dan segmen majikan mendapat peluang untuk mengagihkan sendiri zakat
mereka kepada golongan fakir miskin tanpa berdosa mengkut syarat yang
ditetapkan. Agihan zakat tahunan juga dapat ditingkatkan melalui konsep
agihan zakat secara wakalah. Sikap tidak lepas tangan MAIWP dengan cara
memastikan penerima wakalah mendapat pengetahuan yang lengkap sebelum
membuat agihan zakat serta memantau dan mewajibkan penghantaran laporan
oleh penerima wakil patut dicontohi. Sikap tidak lepas tangan agar zakat
diagihkan kepada asnaf yang layak perlu menjadi contoh kepada MAIN yang
turut mengaplikasikan sistem agihan zakat secara wakalah ini. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan kredibiliti MAIWP yang berperanan sebagai
badan Baitulmal serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi
Baitulmal.
184 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jadual 4: Kadar, Syarat dan Sasaran Asnaf untuk kontrak Wakalah agihan zakat MAWIP
Kategori Kadar Wakalah1
Syarat Sasaran Asnaf
Individu 2/8 25% Jumlah bayaran zakat melebihi RM50,000.00
dan ke atas sahaja.
(1) Fakir
(2) Miskin
Syarikat/ Organisasi 3/8 37.5%
Tiada had bayaran zakat
(1) Fakir
(2) Miskin
(3) Fisabilillah
Institusi Pengajian
Tinggi 3/8 37.5%
(1) Fakir
(2) Miskin
(3) Fisabilillah
Majikan 1/8 12.5% Jumlah bayaran zakat melebihi RM100,000.00
dan ke atas sahaja.
(1) Fakir
Nota: 1 kadar % daripada jumlah zakat yang dibayar
Sumber : Laporan Tahunan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (2014)
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan /185
Jadual 5: Perkembangan agihan zakat dan peratus sumbangan agihan zakat menerusi konsep wakalah oleh MAWIP 2015-2017
Nota: 1 Sehingga Mac 2017 2 Mula diperkenalkan tahun 2017
[ ] angka menunjukkan % nisbah agihan melalui wakalah kepada jumlah agihan zakat tahunan
( ) angka menunjukkan % nisbah kepada jumlah keseluruhan menerusi konsep wakalah
Sumber: Laporan Zakat pelbagai tahun dan Laporan Kewangan 2015-2017
Kategori
2015
2016
2017
Bil. Wakil Jumlah
(RM Juta)
Bil.
Wakil
%
per
ub
ahan
Jumlah
(RM Juta)
%
per
ub
ahan
Bil. Wakil Jumlah
(RM Juta)1
Individu 344
(77.83)
11.89
(27.53)
365
(76.20)
6.10 14.22
(32.46)
19.60 407
(67.83)
13.17
(28.72)
Syarikat 86
(19.46)
29.76
(68.90)
101
(21.09)
17.44 27.71
(63.25)
-6.89 58
(9.67)
12.66
(27.60)
Institusi Pengajian Tinggi 12
(2.71)
1.55
(3.59)
13
(2.71)
8.33 1.88
(4.29)
21.29 14
(2.33)
1.92
(4.19)
Majikan2 - - -
- 121
(20.17)
18.11
(39.49)
Jumlah keseluruhan menerusi konsep
Wakalah
442
(100.0)
43.19
(100.0)
479
(100.0)
8.37 43.81
(100.0)
600
(100.0)
45.86
(100.0)
Jumlah Agihan Zakat tahunan
Keseluruhan 608.72
[7.10]
444.72
[ 9.85 ]
122.73
[ 37.37 ]
Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /186
Rujukan Hashim, A. H., Al, R., & Saad, J. 2011. Kod Etika Amil Zakat : Satu Cadangan. The
World Universities 1st Zakat Conference 2011 (WU1ZC 2011),PWTC, Kuala
Lumpur, 22-24 November 2011.
Haji, T., Shahir, A., Hajjah, P., & Wahab, A. 2010. Pengurusan zakat di negeri
Selangor: Isu dan cabaran. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan &
Pengurusan Harta Dalam Islam.
Kahf, M. 1991, “Zakat: Unresolved issues in contemporary fiqh, Development and
finance in Islam”, IIUM, Kuala Lumpur.
Mohd Noor, Mohd Syukri. 2013. Prinsip al-wakalah dalam al-Kutub al-sittah dan
aplikasinya dalam industri takaful di Malaysia / Mohd Syukri bin Mohd Noor.
Masters thesis, University of Malaya
Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin Fidlizan, M. A. R. A. 2013. Kepatuhan
membayar zakat: analisis kutipan dan ketirisan zakat fitrah di selangor. Jurnal
Syariah, 21(2), 191–206.
Omar Ali, N. dan Myles, G.D. 2010, “The consequences of zakat for capital
accumulation”, Journal of Political economy Theory.
Patmawati Hj Ibrahim. 2008. Pembangunan ekonomi melalui agihan zakat: tinjauan
empirikal. Jurnal Syariah, 16(2), 223–244.
Sanep Ahmad. 2009. Agihan Zakat Merentasi Asnaf: Ke Arah Memperkasa Institusi
Zakat. Prosiding Perkem Iv, 2, 62–74.
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2005. Persepsi agihan zakat dan kesannya
terhadap pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal ekonomi Malaysia
39:5349.
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. 2006. Penswastaan Institusi
Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia.
International Journal of Management Studies 13(2): 17 5-196.
Talib, A. R. bin. 2013. Konsep Agihan Zakat Kepada Asnaf Menurut Perspektif
Syarak. Jurnal Pengurusan Jauhar, 2(2), 7–15.
Wahid, H. 2009. Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia : Mengapa
Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati ? Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 1 (2009) 89-
112 Shariah Journal, 17(1), 89–112.
Hadis riwayat Muslim dari Adullah bin Umar, Shahih Muslim (Riyath: Daer el Sala,
1419H, halaman 231)
Joni Tomkin Borhan 2008. Sistem Takaful di Malaysia: Prinsip Syariah dalam
Perniagaan Takaful di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Muhammad 'Ali al-Sabuni ,Mukhtasar Tafslr Ibn Kathir, Beirut: Dar al Quran al-Karim,
1399, vol. ii, h. 167.
Pembentangan taklimat wakalah Bahagian Baitulmal MAIWP
Laporan Tahunan Majlis Agama Wilayah Persekutuan. 2014
Laporan Zakat pelbagai tahun dan Laporan Kewangan 2015-2017
Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /187
Rajah 1: Proses kerja Unit Wakalah
Sumber: Unit wakalah MAIWP
o Bayar zakat kepada PPZ
o
o Kemukakan permohonan kepada PPZ
o Terima dan panjangkan kepada
Baitulmal
o (semak & sokong)
o Panjangkan kepada KPE
o Kelulusan KPE
o Tuntutan bayaran kepada KEW.
o Proses bayaran melalui EFT
o Pembayar terima bayaran EFT
o Taklimat dan Penyerahan surat
kelulusan, watikah wakalah dan
akuan penerimaan oleh Baitulmal
/PPZ
o Pantauan pengagihan
o Terima laporan dan rekod
PEMOHON
MULA
PPZ
BAITULMAL
KEWANGAN
BAITULMAL / PPZ
LENGKAP
PEMOHON
TAMAT
BAITULMAL
TUTUP FAIL
BAITULMAL
KELULUSAN
3 Hari
Dokumen
Lengkap
9 Hari
Dokumen
Lengkap
9 Hari
Dokumen
Lengkap
YA TIDAK
TIDAK
LULUS Makluman kepada pembayar
(Baitulmal)