Download - Pengurusan jenazah kaum India
SEJARAH
PENGENALAN
Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep
kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka
akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan
kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan
hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat
India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk
melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan
dilakukan.
SEMASA KEMATIAN
Apabila seseorang india meninggal dunia, mayat tersebut akan
dibersihkan dengan air yang bukan dari pair air.
Mayat akan dipakaikan pakaian baru selepas dimandi.
Mayat diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati
tetamu.
Semasa kematian, mayat akan diletakkan di ruang tamu dan
kepala mayat dihadapkan ke arah selatan.
kaamaatci amman vilakku
Sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku
dipasang dan dinyalakan.
Kapur barus
Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.
Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki
diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada.
Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah
si mati dibalut dengan menggunakan kain.
Kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya
duit syiling diletakkan di atas dahi.
Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang
hidung akan disumbatkan dengan kapas.
Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan
yang dibakar supaya tidak berbau.
Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung
diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari
ruang tamu.
Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan
seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah
perkuburan.
Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.
Kemenyan
Kain putih
Teevaram Thiruvaasakam
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas
katil di ruang tamu atau halaman rumah.
Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si
mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil.
Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air
yang lain, kecuali air paip.
Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain
dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut.
Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan
untuk memandikan mayat.
Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk
disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir.
Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh
saudara mara terdekat.
Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan
bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya.
Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur.
Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru
iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu
sebagai langkah menghormati tetamu.
UPACARA MENANGGALKAN THAALI
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali
semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.
Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh
seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia.
Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si
mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya
dimandikan.
Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian
bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang
wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan
kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil
mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini
dilakukan sebanyak tiga kali.
Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam
dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh
seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si
suami membuangkan thaali dari leher balu.
Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan
disimpan dalam rumah.
UPACARA VAAIKARISI
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan
dimasukkan ke dalam keranda.
Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau.
Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit
makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang
dinamakan vaaikkarisi.
Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa
beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan
berhampiran kepala mayat.
Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak
dari kiri ke kanan.
Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut
dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja.
Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah
perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut
serta ke tanah perkuburan.
Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki
memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam
adalah obor.
Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung
dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan
dinyalakan.
Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut
lawan jam sebanyak tiga kali.
Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.
Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada
si mati sebagai hadiah terakhir.
Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah
perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya
shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan
upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.
Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam
sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.
KOLLIC CATTI
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api.
Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa
yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.
Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun
bapa.
Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia
dan anak bongsu untuk ibu.
Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.
Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.
Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti
rambut yang baru tumbuh.
Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai
menggantikan rambut.
Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan
seperti padi goreng, biji sawi dan bijan.
Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap
bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.
Kollic catti
PENGUSUNGAN MAYAT KE KUBUR
Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan
menggunakan pengusung.
Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit
kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad.
Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki
ke kubur dan kemudian bahagian kepala.
Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam
kandungan.
Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi.
Keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang
dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar.
Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara
kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda
keizinan mayat dikebumikan.
Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang
berada di situ.
Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat
sebanyak tiga kali menurut arah jam.
Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic
catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang
kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di
hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.
Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke
tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan
kesedihan keluarga si mati.
Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di
atas kubur.
Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan
dicurahkan pada lubang tersebut.
Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut.
Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si
mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum
balik ke rumah.
Pembawa kollic catti mengelilingi mayat.
Upacara pembakaran mayat
Selepas KematianSelepas selesai upacara pengebumian,
beberapa adat seperti berikut akan dilakukan.
MEMBERSIHKAN RUMAH
Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur.
Lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat
dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk
membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan.
Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang
tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati.
Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak
sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan.
Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan
menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah.
Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan
selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi.
Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan
kemudian barulah boleh masuk ke rumah.
MENGUMPUL ABU MAYAT
Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan
harinya.
Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan
bara api.
Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah
periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang
berasingan.
Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan
disembahyangkan oleh ahli keluarga.
Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan
masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau
dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut.
Abu mayat
BERKABUNG
Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung
selepas berlakunya sesebuah kematian.
Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari
selepas kematian.
Sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian,
saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si
mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional
termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan.
Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati.
Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding
dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik.
Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga
ditabur.
Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta
Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian
lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan
kepada para tetamu.
Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai
karumaati iaitu hari bersembahyang.
Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si
mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk
upacara sembahyang.
Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah
dan dimasukkan ke dalam periuk.
Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa
muda dan air mawar.
Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal
atau upacara mendirikan batu.
Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara
sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali.
Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para
tetamu.
Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam.
Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam
dan yang ketiga pada awal pagi.
Upacara Karumaathi
Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk
seperti keranda.
Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan
agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman.
Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan
upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.
KESIMPULAN
Setiap kaum mempunyai adat dan cara pengebumian yang
tersendiri.Ini ditambah pula dengan unsur kepercayaan semasa ritual
pengebumian yang dilakukan mengikut kaum dan agama masing-
masing. Pengurusan jenazah secara teratur dan berpandukan agama
masing-masing amatlah penting kerana ia merupakan penghormatan
terakhir yang diberikan kepada simati.
Upacara pengebumian yang sepatutnya dilakukan supaya roh
seseorang itu tidak tersekat di alam dunia. Maka pengurusan jenazah
amatlah penting dimana ia boleh mengantar roh si mati ke tempat
sepatutnya secara aman.i