Download - Pengharaman gharar dalam muamalat
PENGHARAMAN GHARAR DALAM MUAMALAT
Hadith HukumTajuk 4
PEMBENTANG :
MUHAMMAD FIRDAUS B MOHD ZAMRIMUHAMMAD ALIF HILMAN B ASNOL
MUHAMMAD SHAHIDAN B ABDUL AZIZ
4.1 Tegahan Gharar Menurut Hadith
الغرر بيع عن وسلم عليه الله صلى الله رسول عن نهىقال عباس ابن
Maksud Hadis : “ Daripada Ibn ‘Abbas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah SAW melarang daripada jual beli secara gharar.”
(Riwayat Imam al-Tarmidhi)
4.2 Makna Kalimah
• Rasulullah SAW melarang نهى
• Jual Beliبيع• Gharar ( Secara tipu )الغرر
4.3 Tegahan Gharar Menurut Al-Qur’an
با وقد نهوا عنه وأكلهم أموال وأخذهم الر �الناس بالباطل وأعتدنا للكافرين منهم عذابا
أليما(Surah Al-Nisa’, 4: 161)
“Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang dengan jalan yang batil. Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir di antara mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
4.3 Tegahan Gharar Menurut Al-Qur’an
هبان ن األحبار والر يا أيها الذين آمنوا إن كثيرا م ليأكلون أموال الناس بالباطل ويصدون عن
ة وال ه والذين يكنزون الذهب والفض �سبيل اللـرهم بعذاب أليم ه فبش ينفقونها في سبيل اللـ
(Surah At-Tawbah, 9: 34)
“Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya sebahagian besar daripada orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil, mereka menghalangi manusia dari jalan Allah (Agama Islam) …”
4.3 Tegahan Gharar Menurut Al-Qur’an
لمطففين و ذين إذا اكتالوا على ١﴿يل ل ﴾ الاس يستوفون ﴾ وإذا كالوهم أو وزنوهم ٢﴿الن
٣﴿يخسرون ﴾(Surah Al-Mutaffifin, 83: 1-3)
“Dan celakalah bagi mereka yang terlibat dengan penipuan. Mereka yang ingin ketepatan semasa orang lain menimbang bagi mereka. Tetapi mengurangkan timbangan apabila mereka menimbang untuk orang lain.”
4.4 Pengertian Gharar
Berasal dari perkataan Al-Nuqsan iaitu berkurang .Ataupun disebut Gharat Al-Naqah yang bermaksud telah
berkurang susu unta itu .
Makna lain GhararAl-Khatar: Bahaya, Pertaruhan, Gantian/ HabuanAl-Khida’: Menipu/ MemperdayaAl-Jahl: Tidak mengetahui
4.4 Pengertian Gharar
Penerangan Sanhuri berkaitan unsur Al-jahl Bila suatu benda tidak tahu wujud atau tidak, ataupun boleh diserah
kepada pembeli atau tidak Jika suatu barang itu tidak tahu kedudukannya pada masa akan datang
Kesimpulannya Gharar: Bahaya Pertaruhan Menipu/ Memperdaya Tidak mengetahui semua perkara penipuan dan seumpamanya untuk
mendapatkan harta dengan cara yang salah dan tidak sepatutnya
4.4 Pengertian Gharar
Takrifan Sarjana Klasik mengenai istilah Gharar :
Ibn ‘Abidin Syak akan kewujudan barang sama ada dapat atau tidak barang
yang dibeli
Ibn Hazam “Jahalah”/ ketidak-tahuan barang yang dijual, pembeli tak tahu
apa yang dibelinya dan penjual juga tak tahu apa yang dibelinya
Al-Sarakhsi Sesuatu yang membawa kepada akibat yang tersembunyi dan
tidak diketahui
4.4 Pengertian Gharar
Pemahaman Para Sarjana Kontemporari menurut para sarjana klasik :
Profesor Dr. Yusuf Al-Qaradawi Jual beli barang yang tak diketahui dan tak ditentukan dengan jelas sesuatu
barang dagangan tersebut Cnth: Jual beli kandungan unta/ Ikan dalam air/ Burung di udara
Profesor Dr. Wahbah Al-Zuhayli Satu pertaruhan berkenaan kewujudan suatu barang yang tak jelas
dan tak kukuh. Boleh jadi barang wujud dan tidak Cnth: Jual beli suatu yang tak pasti kewujudan, tak tahu sama ada
sikit atau banyak suatu barang itu/ tidak mampu dalam menghantar barang jualan
4.4 Pengertian Gharar
‘Ali Muhy Al-Din ‘Ali Al-Qurrah Daghi (Masadir Al-Haqq Fi Al-Fiqh Al-Islami)
Urus niaga secara helah dan menyembunyikan hakikat barang, atau zahirkan dengan cara berturutan bagi melindungi kedudukan yang sebenar
Zaki Badawi (The Question of Risk) Artikel dalam Islamic Banker
Gharar bersifat tidak pasti (Uncertain)
4.5 Jenis-jenis Gharar
Gharar dilarang dalam Islam
Tetapi dalam keadaan tertentu terdapat kelonggaran yang dibenarkan
Jika keadaan terdesak, hukum boleh berubah menjadi harus
4.5 Jenis-jenis Gharar
Jenis Gharar
Sedikit
BanyakSederhana
4.5 Jenis-jenis Gharar
Banyak Kadar Gharar yang banyak dalam jual beli adalah dilarang secara ijmak Cnth: Jual beli burung di udara
Sedikit Jual beli dengan kadar Gharar yang sedikit adalah diharuskan oleh
ijmak Cnth: Jual beli rumah/ Pembeli tak tahu keadaan asas rumah tersebut
Sederhana Unsur Gharar dalam suatu jual beli tidak terlalu banyak/ sedikit Hukum seperti berjual beli barang ghaib/ tak wujud depan mata
4.5 Jenis-jenis Gharar
2 Prinsip jual beli yang dikecualikan daripada Gharar oleh Imam Al-Nawawi Barang yang dijual secara bersama, jika barang itu
dipisahkan tidak sah penjualannya Cnth: jual beli bangunan bersama asas bangunan/ jual
beli binatang bersama susu dalam labu susu
Perkara yang dimudahkan dalam masyarakat secara adat dalam perkara yang terlalu kecil kiraannya
Cnth: Bayaran gunakan tandas awam
4.6 Contoh Jual Beli Gharar Menurut Hadith
Bay’ Al-Hasah 3 kaedah perlaksanaan menurut Imam Al-Nawawi Bila penjual berkata, “Aku jual kepada kamu mana-mana baju
daripada baju-baju ini yang terkena lontaran batu yang aku lontar” / Bila penjual berkata, “Aku jual kepada kamu tanah ini bermula daripada tempat ini hingga sejauh mana lontaran ini jatuh.”
Jika penjual berkata, “Aku jual kepada kamu dengan kamu boleh membuat pilihan sehingga aku lontar batu ini.”
Jadikan lontaran batu sebagai jualan, “Jika aku lontar baju ini dengan batu, maka baju ini terjual kepada kamu dengan sekian harga.”
Menurut Al-Tarmizi, Jual Beli Al-Hasah = Jual Beli Al-Munabadhah = Jual Beli Masyarakat Jahiliah/ Dilarang dalam Islam
Sebab dilarang Jual beli barang yang tidak diketahui keadaan sesuatu barang
tersebut Jual beli barang dengan pembeli boleh membuat pilihan tetapi
dalam tempoh masa yang tidak diketahui Menjadikan lontaran batu sebagai akad
Bay’ Habal Al-Habalah
Pendapat para Ulamak Jual beli dengan bayaran bertangguh sehingga anak unta yang
dilahirkan melahirkan pula anaknya Jual beli anak unta yang dalam kandungan
Jual beli ini dilarang dalam Islam kerana Bayaran bertangguh yang tidak diketahui masanya/ tempoh masa
yang tidak diketahui disandar kepada adat dan kebiasaan Barang tidak wujud/ barang tidak diketahui/ tidak dimiliki oleh
penjual/ tidak mampu diserahkan
Bay’ Al-Mulamasah
Penjual berkata, “Aku jual pakaian tersebut kepada kamu dengan sekian harga tapi syaratnya sentuhan kamu itu seumpama pandangan kamu dan tidak ada khiyar lagi sekiranya kamu melihatnya.”
Kata penjual, “Jika kamu sentuh pakaian itu, maka ianya terjual kepada kamu.”
Menjadikan sentuhan itu sebagai syarat kepada terputusnya khiyar majlis dan selainnya.
Bay’ Al-Mulamasah dilarang dalam Islam kerana
Menafikan pembeli daripada melihat barang jualan serta mensyaratkan agar tidak ada khiyar
Menafikan sighah dalam akad jualan. Tetapi ulama’ mengharuskan kepada barang yang kecil atau barang yang menjadi adat
Mensyaratkan dinafikan khiyar majlis
Persamaan pendapat ulama’ ialah pembeli tidak tahu dengan lengkap barang jualan dan jadikan sentuhan sebagai akad jual beli secara tidak lansung.
Bay’ Al-Munabadhah
Terbitan dari perkataan Nabaza = lontaran Lontaran sebagai tanda jualan Lontaran sebagai tanda jualan tanpa sighah Lontaran sebagai syarat terputusnya khiyar
Pendapat Imam Al-Nawawi Jual beli Al-munabadhah = jual beli Al-Hasah Sebab jual beli Al-Mulasamah/ Al-Munabadhah dilarang
kerana: barang tidak diketahui, batalkan khiyar majlis
Bay’atayn fi bay’ah
Nama lain, Safaqatayn fi safaqah/ Shartan fi bay’ 2 harga dalam satu jual beli/ 2 jual beli dalam 1 masa
Penjual berkata, “Aku jual kepada kamu pakaian ini dengan harga sepuluh dirham secara tunai atau dua puluh dirham secara hutang.”
Jika pembeli pilih salah satu, maka jualbeli sah
Imam Al-Shafi’I jelaskan, bila penjual kata, “Aku jual kepada kamu rumahku dengan sekian harga dengan syarat kamu menjual kepada aku hamba kamu dengan sekian harga.”
Jual beli diatas adalah dilarang dalam islam kerana;
Jual beli pertama tidak ada harga tetap Jual beli kedua bersyarat
Bila jual beli bersyarat, syarat tidak wajib ditunaikan, so terbatal jual beli bersyarat, tapi jual beli pertama sah cuma tidak tahu harga barang
Jual beli 1st tidak tahu samada secara tunai/ hutang Jual beli 2nd tak pasti dapat atau tidak barang jualan
kerana syarat yang ditetapkan
Bay’ Wa Salaf Gabungan jual beli dengan salaf Salaf = hutang Pembeli beri hutang kepada penjual “Aku jual kepada kamu pakaian ini dengan harga 10 dirham dengan
syarat kamu beri hutang kepada aku 10 dirham.”
Salaf = salam A bagi hutang kepada B, A pinjam barang dari B B berkata, “Sekiranya kamu tidak mampu membayar balik hutang ,
maka barang tersebut terjual kepada aku sebagai ganti.”
Jual beli di atas haram kerana setiap hutang yang memberi manfaat daripada hutang adalah haram
Bay’ Al-Mu’awamah (Bay’ Al-Sinin)
Penjual menjual buah-buahan yang akan berbuah dari pokok Sedangkan hasilnya masih belum pasti
Ibn Munzir dan selainnya menyatakan jual beli ini batil kerana; Barang tidak wujud Tidak diketaui Tidak dimiliki Tidak mampu diserahkan
Jual beli dilarang kerana barang yang tidak wujud ketika akad berlaku
Bay’ Al-Mukhadarah Jual beli buah-buahan yang masih hijau Menurut hadith jual beli buah-buahan/ biji-bijian sebelum masak Bapa ‘Umar Bin Yunus berkata, “Jangan kamu beli buah kurma
sehingga buah itu kemerah-merahan atau kekuning-kuningan.”
Jual beli dilarang kerana penjual tak mampu pastikan buah yang dibeli masak dan sempurna setelah masa berlalu
Termasuk jual beli ma’dum; walaupun buah ada tapi belum masak
Orang beli buah untuk mendapatkan buah yang telah masak
Bay’ al-Mukhabarah
Berkaitan urusan tanah . Pendapat Jumhur ulama’ & Imam al-Shafi’ie : i) Al-muzara’ah = pemilik tanah yg menaburkan benih ii) Al-mukhabarah = petani yg menaburkan benih di atas tanah
Sistem sewaan tanah di mana tuan tanah akan menyewakan tanah dengan penyewa/ petani akan mengurus & mengusahakan tanah tersebut tanpa campur tangan drpd tuan tanah .
Jual beli ini dilarang kerana cara bayaran sewa petani kpd tuan tanah. Kerana jumlah bayaran sewa yg sebenar tidak ditetapkan.
Bay’ Al-Muhaqalah
Jual beli makanan yang masih dalam tangkai dengan bijian sebagai pertukaran
Sewakan tanah dengan gandum sebagai bayaran Kongsi hasil tanaman antara tuan tanah dengan pekerja Jual beli tanaman sebelum masak
Ia dilarang kerana barang makanan yang disukat, tak boleh ditukar melainkan dengan jenis yang sama serta dalam satu masa
Bay’ Al-Muzabanah
Bay’ Al-Tamar Bi Al-Thamar = jual beli kurma kering dengan rutab(kurma basah)
Bay’ Al-Zabib Bi Al-Karm = Jual beli kismis/ anggur kering dengan anggur
Pendapat Imam Malik ialah semua jual beli yang tidak diketahui berat dan timbangannya sama ada dari barangan Ribawi atau bukan
Jual beli ini dilarang kerana terdapat unsur pertaruhan Penjual tak dapat tentukan kuantiti yang tepat barang jualan ‘Illah kepada tidak sama sukatan dan timbangan ‘Illah kepada Gharar tak pasti kadar/ kuantiti barang
Bay’ Al-Thunya
Membawa maksud kecuali/ pengecualian dalam suatu jual beli Cnth: Penjual berkata, “Aku jual kepada kamu longgokan barang
ini kecuali sebahagian darinya.” Penjual berkata, “Aku jual kepada kamu pokok-pokok ini kecuali
sebahagian darinya.”
Jual beli ini tak sah kerana, barang yang dikecualikan tidak ditentukan serta tidak tepat
Bagaimana jika barang yang dikecualikan tersebut dinyatakan?
Bay’ Al-’Urban
Dimana pembeli membayar wang pendahuluan (tanda setuju) Jika urus niaga jadi maka wang tadi termasuk harga barang Jika urus niaga batal maka wang burn/ jadi milik penjual
Al-Zarqani; jual beli ini batil kerana ada syarat/ Gharar Ibn Rushd; melarang kerana termasuk Gharar/ makan harta orang lain
Gharar kerana kedua penjual/ pembeli tak tahu urus niaga jadi atau tidak
Duit pendahuluan burn termasuk dalam memakan harta orang lain
Bay’ Ma Laysa ‘Indahu
Jual beli barang yg bukan milik penjual ketika akad. Jual beli hamba yg lari, jual beli barang yg belum dimiliki
sepenuhnya & jual beli menggunakan wang orang lain tanpa kebenaran tuannya.
Tegahan Nabi SAW : Jangan berjual beli dengan barang yg bukan milik penjual/ pembeli.
Penjual tidak mampu menyerahkan barang jualan kepada pembeli. Menjual barang yg bukan milik sepenuhnya penjual/ menjual barang
yg tidak ada pada penjual. Cth : Jual unta yg lari & tidak ketahui tempat unta
Bay’ al-Maghanim
Jual beli harta rampasan perang. Jual beli ini haram kerana harta rampasan tersebut belum
selesai dibahagi & ditentukan.
Al-Qari mengatakan : Jual beli ini dilarang kerana masih belum memiliki barang tersebut Kerana hasil rampasan perang belum dibahagikan Penjual tak tahu sifat & barang yg dijual Penjual tak mampu menyerahkan barang jualan
Bay’ al-Sadaqat
Jual beli brg-brg yg disedekahkan kpd org yg berhak menerima sedekah.
Jual beli ini dilarang sama seperti jual beli al-maghanim iaitu Jual beli barang berlaku sebelum barang itu sampai kpd
tangan org yg berhak menerima sedekah.
Bay’ al-sadaqat sama dengan bay’ al-maghanim kerana penjual tidak mampu menyerahkan barang jualan kpd pembeli & ia termasuk dlm gharar yg dilarang
Bay’ Darbah al-Gha’is
Jual beli ini berlaku apabila seseorang berkata kepada seorang yg lain. “ Aku menyelam ke dalam laut & apa-apa yg aku dapat drpd dlm
laut, maka barang tersebut terjual kpd kamu dengan sekian harga ”
Dilarang kerana barang yg hendak dijual tidak diketahui sama ada kpd penjual/ pembeli.
Barang yg akan terjual adalah majhul(tak tahu kondisinya) & menjual barang yg majhul = gharar yg dilarang
Bay’ ‘Asb al-Fahl Nama lain dirab al-jamal = Jual beli sperma haiwan jantan sama ada
kuda, unta, kambing gurun (‘asb al-tis)/ selainnya . Sebahagian ulama’ berpendapat jual beli sperma haiwan jantan . Sebahagian lg berpendapat sewa haiwan jantan untuk berjima’ dgn
haiwan betina bg mendapatkan benih.
Ulama’ berbeza pendapat pd keharusan menyewakan binatang untuk tujuan ini
Imam al-Shafi’i, Imam Abu Hanifah, Imam Abu Thur & selainnya menghukum batil & haram kerana terdapat gharar iaitu barang tidak diketahui & tidak mampu diserahkan.
Sebahagian Sahabat, tabi’in, Imam Malik & selainnya harus menyewakan dlm tempoh yg tertentu kerana keperluan yg mendesak.
5.5 LARANGAN JUAL BELI MENGIKUT HADIS
MEMINTAS ROMBONGAN DAGANG
Pembeli (orang dalaman/tengah)cuba mendapat barangan daripada pedagang sebelum pedagang jual di pasar.
Membuka ruang manipulasi dan tipu dayaDilarang oleh Rasulullah SAW kerana ia menjadikan
pedagang tertipu dan tidak memperoleh keuntungan.Orang tengah tidak mengeluarkan modal pembuatan atau
kos pengangkutan lalu menjadikan mereka mengaut keuntungan yang besar dengan usaha yang sedikit.
Namun jika pedagang sendiri yang menawarkan harga kepada pembeli dengan menjualnya di tengah jalan , ia tidak menjadi kesalahan.
TIPU DAYA HARGA
Dalam hadis disebut al-najsy .Dari sega bahasa: mengeluarkan ,mencari dan bohongAl-munajasyah pula memberi erti saling menipu daya untuk
mendapatkan sesuatu.Seseorang (yang berpakat atau diupah)berlakon dengan
membeli barangan yang dijual .Dia berpura-pura membeli dengan harga tinggi bertujuan menarik minat pelanggan atau menjadikan harga barangan lebih tinggi.
MENCURI PELANGGAN SECARA TIDAK SIHAT
Tindakan mempengaruhi pembeli agar membatalkan transaksi atau akad dengan beralih ke peniaga lain.
Peniaga yang mengharapkan keuntungan dan pelanggan yang mahukan barangan yang terbaik.
Peniaga yang tidak berakhlak akan terus mempengaruhi pelanggan agar membeli darinya dan disamping mendapat maklumat tentang barangan yang dibeli,peniaga kedua menawarkan harga yang jauh lebih rendah.
Kalau sudah berakad,pelanggan mungkin akan menggunakan tempoh khiyar untuk mengembalikan barangan kepada peniaga pertama dan mendapat balik harga yang dibayar.
TIPU DAYA ORANG TENGAH
o Berkaitan orang tengah yg memang ada(wujud) dalam dunia perniagaan .
o Orang tengah boleh mengambil barangan yang memerlukan pengangkutan dari tempat asal dan dijual dipasaran yang biasanya berada dibandar.
o Rasulullah SAW melarang kewujudan orang tengah atau orang yang berada dikota dari mengambil kesempatan terhadap pedagang asing yang membawa barang keperluan asas untuk dijual dengan harga semasa.
o Mereka meminta pedagang asing itu itu meninggalkan barangan supaya dia sendiri yang menjul secara berperingkat dengan harga yang lebih tinggi.
TIPU DAYA PADA KUALITI
Tipu daya yang berlaku pada barangan sendiri(berbeza dari tipu daya harga dan situasi pasaran.)
Rasululullah SAW melarang tipu daya pada haiwan ternakan.Hum]kum ini juga tertakluk pada haiwan lain,barangan lain atau strategi manipulasi yang lain.
Contohnya :menambah air pada susu,campur madu dengan gula,campur santan dengan air.
Namun dalam situasi tertentu kaedah ini sudah menjadi adat dan bukan tipu daya .Contohnya santan yang dicairkan dengan air supaya mudah masak.
SEBAB DAN HIKMAH LARANGAN
1. Mewujudkan suasana saling meredai dan persaudaraan.
2. Manipulasi menyebabkan segolongan mendapat kesenangan atas kepayahan orang lain sedangkan ALLAH SWT menjadikan manusia bergantungan antara satu sama lain agar mereka berkenalan dan tolong menolong.
3. Mengelak penindasan dan kezaliman : 1)memintas rombonga dagang. 2)tipu daya harga. 3)mencuri pelanggan 4)tipu daya orang tengah 5) tipu daya kualiti.
4. Mengelakkan perasaan marah,dendam dan dengki terhadap sesama manusia.
5. Membendung dan menghapuskan budaya penipuan.6. Mengelakkan kekayaan dari dimonopoli dan berlegar
hanya di kalangan kelompok tertentu sahaja.
KESAN PERNIAGAAN BERUNSUR TIPU DAN MENINDAS
Kenaikan harga barangan dan inflasi.
Penjenayah dalam jual beli sering merasakan hasil dari helah mendatangkan keuntungan kepadanya. Sedangkn ALLAH menjadikan kehidupan manusia saling bergantungan antara satu sama lain.
Apabila sesuatu barangan dijual dan dibeli bukan pada nilai sebenar, ia akan menambah kos dikalangan peniaga.
Contohnya: kenaikan harga petrol naik secara mendadak menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga barang sendiri.
HILANG KASIH SAYANG DAN NILAI PERSAUDARAN
Dalam masyarakat yang sering ditipu atau menipu, manusia akan berlumba-lumba memenuhi keperluan sendiri.
Perasaan tamak ,kedekut dan mementingkan diri sendiri akan menjadikan manusia hilang peri kemanusiaan dan kasih sayang.
BENTUK PENIPUAN DAN EKSPLOITASI MODEN
Menggunakan kaedah pembungkusan yang mengelirukan pelanggan.
Menggunakan tanda harga yang keliru.Meletakkan bil ( kos, harga) dalam kira2 jumlah bayaran.Menipu dalam bidaan dengan menggunakan ejen.Membeli hartanah bertujuan untuk dijual balik kepada
pemilik asal tanpa mengetahui kenaikan harga.Melakukan spekulasi secara berlebihan dalam urus niaga
saham.
SYUKRAN