Transcript
Page 1: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS

DALAM MEMPELAJARI TAJUK BENTUK PIAWAI DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH DIAGNOSIS

CHIN KUI KYUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains
Page 3: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains
Page 4: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

ii

PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS

DALAM MEMPELAJARI TAJUK BENTUK PIAWAI DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH DIAGNOSIS

CHIN KUI KYUN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik/Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

iii

Page 6: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

iv

DEDIKASI

Ku tujukan sekalung budi khasnya untuk keluarga ku

Ibu yang dikasihi, SIEW WAN YING

Ayah yang disayangi, CHIN HON KONG

serta

Adik yang dimanjai, CHIN KUI YU

Segala jasa, pengorbanan, doa serta dorongan kalian akan ku kenang pada setiap saat

dalam liputan kenangan ku

serta

Buat yang teristimewa, CHAI CHUNG ENN, segala dugaan dan cabaran yang ku

tempuhi bersama mu, segala saat-saat yang kita kecapi bersama

Tidak lupa

Sahabat tercinta, WONG JING KAE, WONG KOK TONG dan LIAW MING

FONG, segala nasihat serta pandangan anda akan ku kenangi buat selamanya.

Kejayaan yang dicapai adalah milik kita semua.

Terima kasih

s

Page 7: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

v

PENGHARGAAN

Di ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan

terima kasih kepada penyelia saya iaitu Prof. Madya Aziz bin Nordin yang banyak

memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan. Segala teguran,

nasihat dan kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan hargai sepanjang hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan kepada pengetua-pengetua dan

guru-guru yang bertugas di sekolah menengah yang terlibat dalam kajian ini. Selain

itu, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada dua orang guru pelatih UTM,

junior serta pelajar-pelajar Tingkatan 4 aliran Sains yang mengambil bahagian dalam

kajian ini kerana telah bekerjasama dalam pemprosesan pengutipan data.

Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu, ayah, dan adik yang amat saya

sayangi atas sokongan moral dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Akhir

sekali, saya berhutang budi kepada rakan-rakan saya serta semua pihak yang sudi

membantu dan memberi nasihat kepada saya bagi melengkapkan projek sarjana

muda ini.

Page 8: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

vi

ABSTRAK

Pendekatan diagnosis merupakan salah satu kaedah untuk mengetahui

masalah yang dihadapi oleh pelajar selepas mempelajari sesuatu tajuk. Kajian ini

bertujuan mengenalpasti tahap penguasaan dalam tajuk Bentuk Piawai, tahap

penguasaan penggunaan Bentuk Piawai dalam subjek Fizik dan Kimia di kalangan

pelajar aliran Sains serta masalah pembelajaran pelajar dalam tajuk Bentuk Piawai.

Kajian ini dijalankan kepada pelajar Tingkatan 4 aliran Sains yang mempelajari tajuk

Bentuk Piawai dengan menggunakan kaedah diagnosis di dua buah sekolah

menengah yang dipilih di daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Instrumen yang

digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah set ujian diagnostik, temubual dan

pemerhatian. Set ujian diagnostik mengandungi 20 soalan yang terdiri daripada dua

subtopik iaitu Angka Bererti dan Bentuk Piawai. Seramai 70 orang pelajar aliran

Sains dipilih secara rawak untuk menjawab ujian diagnostik dan 4 orang guru

matematik dipilih untuk ditemubual. Data yang dikumpul dianalisis dan kesilapan

pelajar dikategorikan kepada tiga jenis iaitu Kesilapan Cuai (KC), Kesilapan

Sistematik (KS) dan Kesilapan Rawak (KR). Dapatan ujian diagnostik menunjukkan

pelajar menguasai tajuk Bentuk Piawai dengan baik. Selain itu, hasil kajian

menunjukkan tahap penguasaan penggunaan Bentuk Piawai dalam subjek Fizik dan

Kimia adalah sederhana. Dapatan temubual bersama dengan guru matematik yang

berpengalaman dapat membantu untuk mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar

serta mencadangkan langkah-langkah pemulihan yang sesuai. Secara keseluruhan,

pendekatan ini diharap dapat dilanjutkan dan digunakan untuk mengesan masalah

pelajar dalam mempelajari matematik pada masa kelak.

Page 9: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

vii

ABSTRACT

Diagnostic approach is one of the method to determine students’ difficulties

after had learned a new topic. This study is aimed to identify Science stream

students’ mastery in Standard Form topic, students’s mastery in application of

Standard Form in Physics and Chemistry, and also students’ learning problem in this

topic. The approach was used to identify Form 4 Science stream students’ problems

in learning Standard Form topic in two selected schools in Batu Pahat district, Johor

Darul Takzim. The instruments that were used in carrying out this research were in

form of diagnostic test, interviews, and observations. The diagnostic test was

contained of 20 questions on subtopic of Significant Figures and Standard Form. A

total of 70 science stream students were chosen at random and 4 mathematics teacher

were being interviewed. Data that had collected were analyzed and categorized into

three type which is Careless Error (CE), Systematics Error (SE), and Random Error

(RE). The result of the diagnostic test shows that the respondents able to master

Standard Form in good condition. Findings of the study also showed that

respondents’ understanding in application of Standard Form in Physics and

Chemistry were considered average. Results from interviews and observations with

experienced mathematics teacher could help to identify students’ learning problem

and suggest appropriate remedies. Overall, it was hoped that this approach could be

extended and used to discover students’ difficulties in learning mathematics in the

future.

Page 10: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

Page 11: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

ix

1.8 Definisi Istilah 13

1.9 Penutup 17

2 SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Nombor 19

2.2.1 Angka Bererti 19

2.2.2 Bentuk Piawai 21

2.3 Masalah Pembelajaran 22

2.3.1 Faktor-faktor Pembelajaran Matematik 23

2.3.2 Perkaitan Masalah Pembelajaran dengan

Cara Pengajaran 25

2.3.3 Perkaitan Masalah Pembelajaran dengan

Pemahaman 26

2.3.4 Kepelbagaian Kesilapan 27

2.4 Pendekatan Diagnosis 31

2.5 Pemulihan 33

2.6 Penutup 39

3 METODOLOGI KAJIAN 40

3.1 Pengenalan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.2.1 Corak Kajian 41

3.2.2 Kajian Rintis 42

3.2.2.1 Kesahan Instrumen Kajian 42

3.2.2.2 Kebolehpercayaan Kajian 43

3.2.3 Pengumpulan Data 43

3.3 Lokasi Kajian 44

3.4 Sampel kajian 45

3.5 Instrumen Kajian 46

3.5.1 Soalan Diagnostik 46

3.5.2 Temubual 46

Page 12: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

x

3.5.3 Pemerhatian 47

3.6 Analisis Data 47

3.6.1 Analisis Tahap Penguasaan 48

3.6.2 Analisis Tahap Penguasaan dalam Tajuk

Bentuk Piawai dan Penggunaan dalam

Subjek Aliran 48

3.6.3 Analisis Kesilapan Lazim 50

3.6.4 Temubual 51

3.7 Batasan Kajian 51

3.8 Penutup 51

4 ANALISIS DATA 53

4.1 Pengenalan 53

4.2 Analisis Data 54

4.2.1 Latar Belakang Responden 55

4.2.2 Tahap Penguasaan Tajuk Bentuk Piawai 57

4.2.3 Tahap Penguasaan Pengaplikasian

Bentuk Piawai dalam Subjek Aliran Sains 60

4.2.4 Analisis Kesilapan 62

4.2.4.1 Kesilapan dalam Pembundaran

Angka Bererti 62

4.2.4.2 Kesilapan dalam Penukaran

Bentuk Piawai 73

4.3 Analisis Temubual 83

4.3.1 Dapatan Pemerhatian 83

4.3.2 Dapatan Temubual dengan Guru Matematik 84

4.4 Penutup 86

5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 87

5.1 Pengenalan 87

5.2 Perbincangan dan Rumusan 88

Page 13: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

xi

5.2.1 Tahap Penguasaan Pelajar Aliran Sains

dalam Tajuk Bentuk Piawai 88

5.2.2 Tahap Penguasaan Pengaplikasian dalam

Subjek Aliran Sains 89

5.2.3 Kesilapan Lazim 90

5.2.3.1 Kesilapan Cuai 91

5.2.3.2 Kesilapan Sistematik 92

5.2.3.3 Kesilapan Rawak 92

5.3 Implikasi 94

5.4 Cadangan Pemulihan 95

5.4.1 Langkah-langkah Pemulihan dalam

Menguasai Tajuk Bentuk Piawai 95

5.4.2 Langkah Pemulihan Kesilapan Lazim 97

5.4.3 Cadangan Kajian Lanjutan 98

5.5 Penutup 99

RUJUKAN 100

LAMPIRAN 104

Page 14: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains

Yang Terlibat dalam Sampel Kajian 45

3.2 Jadual Pengelasan Tahap Penguasaan

Berdasarkan Peratusan 48

3.3 Tahap Penguasaan bagi Subtopik Angka

Bererti dan Bentuk Piawai 49

3.4 Tahap Penguasaan Pengunaan Tajuk Bentuk

Piawai dalam Subjek Aliran Sains Berdasarkan

Skor 49

4.1 Jumlah Bilangan Responden yang Terlibat

Dalam Kajian 55

4.2 Taburan Latar Belakang Responden 55

4.3 Tahap Penguasaan Responden 58

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap

Penguasaan 59

4.5 Taburan Penguasaan Responden bagi

Pengaplikasian dalam Fizik dan Kimia 60

4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap

Penguasaan bagi Pengaplikasian dalam Fizik

dan Kimia 61

4.7 Peratus Jawapan yang Betul dan Salah serta

Page 15: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

xiii

Kesilapan Biasa dalam Menyelesaikan Masalah

Berkenaan Pembundaran Angka Bererti 62

4.8 Peratus Jawapan yang Betul dan Salah serta

Kesilapan Biasa dalam Menyelesaikan Masalah

Berkenaan Penukaran Bentuk Piawai 73

Page 16: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

xiv

SENARAI SINGKATAN

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Ujian Diagnostik untuk Pelajar 104

B Set Soalan Pra-Temubual untuk Guru 109

C Pengesahan Item Set Ujian Diagnostik 110

D Surat Pengesahan Status Pelajar Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia 113

E Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran

Malaysia 114

Page 18: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan sejak mencapai

kemerdekaan. Selepas kemerdekaan, negara kita telah mengambil banyak langkah

dan tindakan dalam kegiatan ekonomi dan sosial supaya dapat membangun seperti

negara lain. Oleh itu, kita sedar bahawa antara bidang-bidang tertentu, bidang

pendidikan adalah bidang yang paling diutamakan dan dititikberatkan. Ini kerana kita

sedar bahawa tanpa ilmu kita akan meragui kebolehan kita sendiri dan akan

ketinggalan banyak dari segi pembangunan negara. Oleh itu, bidang pendidikan

sentiasa diletakkan di hadapan dan ia harus dipertingkatkan untuk melahirkan

generasi yang berilmu dan menjayakan misi, visi serta objektif negara kita selaras

dengan Wawasan 2020 yang disarankan oleh Tun Dr. Mahathir.

Untuk menjayakan Wawasan 2020, masyarakat Malaysia perlu bersikap

saintifik, progresif dan inovatif serta memandang ke hadapan untuk merealisasikan

wawasan ini. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, institusi pendidikan

terutamanya sekolah-sekolah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar untuk

mencapainya. Maka, sekolah-sekolah memainkan peranan penting dalam mendidik

Page 19: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

2

anak bangsa kita untuk mencapai objektif pendidikan yang dihasratkan. Ini kerana

matlamat terakhir sistem pendidikan ini adalah untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Terdapat banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan

terhadap sistem pendidikan sejak kebelakangan ini demi mempertingkatkan lagi

tahap kecemerlangan pelajar-pelajar di sekolah rendah mahupun menengah.

Contohnya pelaksanaan program mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa

Inggeris atau lebih dikenali sebagai ETeMS( English Teaching in Mathematics and

Sciences) yang telah dijalankan pada tahun 2006. Jika dilihat, pengajaran Matematik

dan Sains dalam Bahasa Inggeris dapat menunjukkan negara kita telah mengambil

langkah yang besar dan menakjubkan supaya dapat mendahului negara-negara yang

lain. Dengan ini, anak bangsa kita dapat berkongsi dan saling bertukar idea dengan

negara-negara Eropah yang merajui dunia yang berteknologi canggih pada masa kini.

Terdapat banyak langkah yang telah diperbaharui untuk menjalankan

perubahan ini. Antaranya, pertukaran Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris bagi buku

teks dalam bidang matematik dan sains dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Selain

itu, pengajaran Matematik dan Sains di dalam kelas adalah dalam Bahasa Inggeris

untuk memimpin pelajar supaya dapat mengetahui konsep dan definisi setiap tajuk

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi, kesukaran pelajar dalam

matematik masih begitu ketara di mana masih ramai yang tidak dapat menguasai

masalah yang berkaitan dengan pengiraan apatah lagi kesulitan dalam mempelajari

Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dan baru-baru ini, didapati dan disahkan mulai

tahun 2012 pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris akan

dimansuhkan dan akan diajar semula dalam Bahasa Melayu atas kegagalan pelajar

mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Kegagalan pelajar menguasai dalam Matematik bukan sahaja disebabkan dari

segi bahasa tetapi terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan mereka

Page 20: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

3

mengalami kerumitan untuk mempelajarinya. Antara faktor-faktor yang

mempengaruhi kejayaan pelajar dalam Matematik adalah seperti personaliti, minat,

sikap, bakat, suasana pembelajaran, masa dan sumber yang sedia ada. Selain itu, guru

memainkan peranan yang penting dalam menentukan prestasi pelajar dalam proses

pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana pengajaran guru dalam kelas boleh

membuatkan pembelajaran memuaskan, berkesan dan menarik perhatian pelajar

untuk mengikutinya sepanjang masa. Oleh itu, seseorang guru Matematik seharusnya

menguasai dan mempunyai pengetahuan pendidikan yang mendalam, pengetahuan

terhadap mata pelajaran yang diajar, kaedah pengajaran yang melibatkan

pengalaman, kebolehan dan kemahiran yang tinggi serta sikap sebagai seorang

pendidik yang baik (Aziz Nordin, 1989).

Walau bagaimanapun, niat belajar adalah faktor yang paling penting untuk

menentukan prestasi pelajar dalam subjek Matematik. Ini kerana belajar adalah

sesuatu proses yang berterusan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan sama ada dari

pengalaman, persekitaran ataupun pengajar. Oleh itu, hal ini banyak bergantung

kepada kebolehan, usaha, kecerdasan dan sikap pelajar masing-masing dan bukannya

meletakkan semua kesalahan pada guru. Teknik pembelajaran setiap pelajar adalah

berbeza. Ada pelajar yang mengamalkan sesi pembelajaran pada waktu petang dan

ada sebahagian pelajar pada waktu malam bergantung kepada kesesuaian di kalangan

pelajar. Masa peruntukan pembelajaran setiap pelajar juga berbeza, ada pelajar yang

terpaksa mengikuti kelas tuisyen, menghadiri aktiviti ko-kurikulum, membuat kerja

rumah, dan lain-lain. Maka, ada juga segelintir pelajar yang tidak mempunyai masa

yang lebih untuk belajar disebabkan kesibukan aktiviti seharian. Oleh itu, pelajar

seharusnya mengatur masa pembelajaran di rumah selain di sekolah.

Maka, wujudnya satu alat pengukuran yang digunakan untuk menguji

kebolehan pelajar yang dikenali sebagai ujian atau peperiksaan. Bagi pelajar, ujian

diwujudkan untuk mengetahui sejauh mana mereka memahami Matematik atau

berjaya menguasai konsep yang terdapat dalam Matematik yang telah dipelajari.

Akan tetapi, dari pandangan sekolah ujian atau peperiksaan dipandang berat kerana

ia bukan sahaja digunakan membuat penilaian terhadap pelajar tetapi juga diadakan

Page 21: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

4

untuk mengetahui masalah pelajar sama ada dari segi pengajaran guru dalam kelas,

kebolehan pelajar untuk menerapkan apa yang dipelajari, penggunaan bahasa

pengantar di kelas, penggunaan buku teks dan buku latihan dan sebagainya.

Persoalannya adakah ujian atau peperiksaan seratus-peratus dapat menilai

prestasi pelajar dalam subjek Matematik dan mengambil tindakan seterusnya untuk

membantu pelajar? Apa yang ingin dibincangkan di sini adalah masa untuk membuat

penilaian ke atas pelajar secara langsung dan tak langsung. Aziz Nordin (1989),

berpendapat bahawa penilaian mesti dibuat sepanjang proses pembelajaran dan

pengajaran supaya dapat memperbaiki kelemahan atau masalah pelajar dengan serta-

merta. Untuk menjayakan proses penilaian ini, suatu pendekatan yang diperkenalkan

untuk mengesan masalah pelajar adalah proses diagnosis.

Diagnosis atau lebih dikenali sebagai alat pengesan boleh dilakukan melalui

penggunaan soalan, soal selidik, temu bual, soalan oral dan sebagainya. Sebenarnya

latihan atau kerja sekolah yang diberikan kepada pelajar merupakan diagnosis kerana

ia juga digunakan untuk menilai pelajar setelah sesuatu topik diajar. Tetapi adakah

pelajar akan membuat latihan yang diberikan dengan kebolehan sendiri atau meniru

daripada orang lain? Dengan ini, latihan atau kerja sekolah tidak boleh dikatakan

merupakan proses diagnosis sepenuhnya. Selain itu, diagnosis hanya diperkenalkan

dalam bidang sains seperti subjek Kimia, Fizik, Biologi dan Sains di Tingkatan 4 dan

5 serta penggunaan set soalan adalah alat yang kerap digunakan. Manakala,

pendekatan ini tidak diaplikasikan dalam subjek Matematik. Oleh itu, penggunaaan

pendekatan diagnosis dalam subjek Matematik akan dibincangkan melalui kajian ini.

Page 22: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Antara subjek-subjek selain subjek bahasa yang dipelajari sejak kecil lagi

hingga tamat pelajaran, Matematik merupakan mata pelajaran yang dipelajari sejak

tadika lagi di mana ia menguji minda dan dipelajari dari kemahiran asas (+, -, ×, ÷)

sehingga peringkat yang lebih tinggi seperti mempelajari konsep, definisi, formula,

theorem, langkah dan sebagainya. Oleh itu, subjek ini dipelajari bab demi bab yang

telah ditetapkan pada setiap peringkat tertentu. Sekiranya pelajar tertinggal atau tidak

memahami sesuatu konsep dalam salah satu bab tertentu, maka dia akan mengalami

kerumitan dan kekeliruan pada bab seterusnya. Oleh itu, masalah atau kekeliruan

akan sentiasa timbul apabila terdapat sifat ingin tahu pada pelajar. Sekiranya sifat ini

diamalkan maka ia tidak menjadi masalah bagi pelajar tersebut kerana mereka akan

mencari jalan penyelesaian. Akan tetapi sekiranya sifat ini tidak dapat diterapkan

pada setiap pelajar, sebaliknya ia akan mengakibatkan Matematik menjadi masalah

bagi mereka dan menyebabkan mereka takut serta kehilangan keyakinan diri untuk

meneruskan pembelajaran seterusnya.

Pada masa kini, peperiksaaan yang diadakan seperti UPSR, PMR, SPM dan

peperiksaan seterusnya merupakan kelayakan pelajar untuk menentukan masa depan

mereka. Contohnya seperti mendapat keputusan yang baik dalam UPSR akan

menentukan peletakkan pelajar di sekolah menengah yang baik atau ternama,

manakala keputusan PMR akan menentukan jurusan mereka semasa di menengah

tinggi, dan keputusan SPM akan menentukan kelayakan mereka di IPTA, kolej atau

universiti. Oleh itu, prestasi pelajar sepanjang masa sangat penting apatah lagi

setelah memasuki peringkat sekolah menengah tinggi iaitu Tingkatan 4.

Memandangkan Tingkatan 4 berada di peringkat menengah tinggi banyak perubahan

yang terpaksa pelajar hadapi seperti penambahan subjek, pemilihan jurusan sama ada

aliran sains, prinsip akaun, ekonomi atau sastera, serta isi kandungan subjek akan

bertambah mendalam dan rumit. Ini dapat dilihat melalui pengagihan subjek

matematik dan sains yang dipelajari dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 diagihkan

kepada subjek Fizik, Biologi serta Kimia dan subjek Matematik Tambahan juga

diperkenalkan sebagai penambahan dan lanjutan subjek Matematik di Tingkatan 4.

Page 23: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

6

Apabila subjek-subjek yang dipelajari menjadi semakin banyak dan sukar,

adakah ia menjadi masalah besar bagi pelajar untuk menguasai keseluruhan mata

pelajaran yang dipelajari apabila memasuki Tingkatan 4 terutamanya subjek

Matematik? Ini kerana subjek ini akan menjadi semakin sukar bagi pelajar sekiranya

mereka tidak berjaya menguasai kemahiran asas yang dipelajari semasa di menengah

rendah. Dengan ini, akan wujudnya kekeliruan pelajar untuk menyelesaikan masalah

Matematik. Di sini, kekeliruan bermaksud kekurangan kefahaman dan wujudnya

keraguan terhadap langkah atau penyelesaian masalah bagi setiap masalah

Matematik. Oleh itu, ini memerlukan motivasi yang tinggi bagi pelajar untuk

memupuk semangat yang tinggi dan tidak berputus asa untuk menghadapi kekeliruan

ini. Sekiranya kekeliruan ini berlanjutan, maka ia akan mengakibatkan pelajar tidak

dapat mengikuti tajuk yang seterusnya serta mempengaruhi subjek yang lain seperti

subjek sains terutamanya Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia yang melibatkan

penggiraan dan konsep asas dalam Matematik.

Memandangkan Tingkatan 4 merupakan alam yang baru bagi pelajar, maka

banyak perkara yang harus dititikberatkan kerana mereka akan menghadapi

peperiksaan SPM di Tingkatan 5. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam

Matematik di Tingkatan 4, maka usaha bimbingan dan pemulihan amat diperlukan

untuk mengatasi masalah ini sementara masih di peringkat awal supaya tidak

berlarutan ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, usaha pemulihan harus dilakukan

pada peringkat awal lagi agar dapat memperbaiki kelemahan dan masalah pelajar

dalam subjek Matematik. Apa yang dilihat semasa zaman persekolahan sebelum ini,

sebenarnya guru telah melakukan pendekatan diagnosis semasa zaman persekolahan

secara tidak langsung seperti latihan atau kerja sekolah yang diberikan kepada pelajar

dan diwajipkan dihantar pada keesokan hari. Akan tetapi cara ini tidak dapat menilai

pelajar dengan sepenuhnya disebabkan faktor-faktor yang tertentu (Aziz Nordin,

1989).

Pendekatan diagnosis merupakan penilaian yang dibuat sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran untuk mengesan kelemahan pelajar dalam subjek

Matematik. Maka, ia harus dilaksanakan pada peringkat awal lagi. Bagi subjek

Page 24: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

7

Matematik, pendekatan ini lebih sesuai dipraktikkan pada tajuk paling awal dalam

Tingkatan 4 dan tajuk ini dikenali sebagai Bentuk Piawai di mana ia merupakan

silabus awal Tingkatan 4. Ini amat penting bagi pelajar untuk menguasainya sebelum

meneruskan tajuk seterusnya. Memandangkan tajuk ini merupakan tajuk awal oleh

itu penilaian dapat dilakukan dengan segera selepas tajuk ini diajar dan penilaian

dilakukan bagi tajuk seterusnya. Selain itu, tajuk pertama, Bentuk Piawai juga ada

hubungan dengan subjek yang lain seperti subjek Matematik Tambahan, Fizik dan

Kimia yang melibatkan pengiraan dan pertukaran nombor kepada bentuk angka

bererti dan bentuk piawai dalam subjek-subjek tersebut. Oleh itu, penilaian harus

dilakukan dan dijalankan ke atas pelajar Tingkatan 4 aliran Sains untuk melihat tahap

penguasaan pelajar aliran Sains dalam menggunakan konsep Bentuk Piawai dalam

subjek Fizik dan Kimia.

Tajuk Bentuk Piawai sangat berguna kepada manusia dalam kehidupan

seharian kerana ia merupakan cara mudah untuk menulis nombor yang sangat kecil

atau sangat besar nilainya berdasarkan piawai tertentu. Oleh kerana kewujudan tajuk

ini sangat berguna kepada pelajar untuk menulis nombor dalam bentuk yang ringkas,

maka ia harus difahami secara mendalam untuk mengelakkan keraguan atau

kekeliruan untuk tajuk seterusnya. Pelajar juga harus menguasai tajuk ini untuk

mengelakkan sebarang keraguan pada masa kelak. Akan tetapi tajuk ini bukan

senang dikuasai kerana terdapat beberapa konsep dan ciri-ciri yang sukar diterapkan

dalam minda pelajar. Contohnya, konsep berkaitan dengan Angka Bererti adalah

unik dan berbeza dengan tajuk Tempat Perpuluhan yang dipelajari semasa di

Tingkatan 1. Subtopik yang terdapat dalam tajuk Bentuk Piawai sangat

mementingkan peraturan dan jalan kerja di mana pelajar dikehendaki untuk

mengingati ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu nombor tertentu. Oleh itu,

kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai tajuk ini walaupun kelihatan senang dan

cuma melibatkan nombor dan bukannya anu.

Tajuk ini bukan setakat terkandung dalam subjek Matematik, malahan ia

berfungsi juga dalam subjek aliran Sains seperti Fizik dan Kimia. Contohnya,

pertukaran unit SI dalam subjek Fizik iaitu pertukaran 1 kilometer kepada 1×10³

Page 25: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

8

meter yang melibatkan konsep Bentuk Piawai. Selain itu, ia juga digunakan dalam

subjek Kimia pada peringkat yang lebih tinggi seperti jisim molar satu atom

Hidrogen=1.008 g mol-1

(4 angka bererti). Ini menunjukkan bahawa tajuk Bentuk

Piawai sangat berguna dan berkaitan dengan subjek Fizik dan Kimia yang dipelajari

oleh pelajar Tingkatan 4 aliran Sains. Oleh yang demikian, tajuk ini akan memberi

kesan yang besar dalam subjek aliran Sains selain Matematik dalam peperiksaan

apatah lagi bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Oleh itu, suatu

pendekatan diagnosis amat diperlukan untuk mengatasi kelemahan pelajar sementara

masih di peringkat awal.

1.3 Pernyataan Masalah

Antara subjek-subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,

Pendidikan Islam atau Moral dan Matematik, subjek Matematik adalah subjek yang

paling sukar dipelajari di kalangan pelajar kerana ia menguji minda dan mesti

mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam. Masalahnya adakah semua pelajar

mempunyai persamaan dari segi fizikal dan mental di mana kebolehan setiap pelajar

adalah sama? Ini menjadi satu kenyataan di mana bukan semua pelajar adalah rajin

dan mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam. Oleh itu, subjek ini dilihat menjadi

sukar disebabkan kebolehan dan keinginan pelajar yang berlainan. Masalah ini boleh

dihadapi sekiranya terdapat pendekatan atau penyelesaian yang sesuai untuk menguji

kebolehan pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, tajuk Bentuk Piawai merupakan tajuk yang pertama dalam subjek

Matematik. Adakah setiap pelajar Tingkatan 4 yang telah memasuki alam yang baru

dan bersedia untuk mempelajari tajuk ini? Ini akan menentukan minat dan

kesungguhan pelajar untuk meneruskan serta mengikuti pembelajaran seterusnya

bagi subjek ini. Apabila berlakunya kekeliruan atau ketidakfahaman, ia akan

memberi kesan yang negatif bukan sahaja dalam subjek Matematik malah terjadi

Page 26: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

9

pada pelajar Tingkatan 4 aliran Sains yang mengambil subjek aliran Sains yang lain

seperti Fizik dan Kimia di mana melibatkan pengiraan dan pembundaran sesuatu

nilai dan nombor. Sekiranya masalah ini wujud dan berlanjutan, maka ia akan

mengakibatkan pelajar bosan, berputus asa dan menganggap subjek ini menyusahkan

mereka. Secara tidak langsung pelajar sedemikian menghadapi tamparan yang hebat

di mana mereka akan gagal dalam peperiksaan.

Malah, kajian sedemikian tidak banyak dilakukan oleh pakar atau penyelidik

yang lain. Ini kerana pendekatan diagnosis yang menggunakan kaedah soalan

diagnosis hanya diaplikasikan dalam subjek aliran Sains seperti Fizik, Biologi, Kimia

dan Sains di Tingkatan 4 dan 5. Dengan ini, tujuan penyelidik menjalankan kajian ini

adalah untuk menyelidik masalah pelajar Tingkatan 4 aliran Sains dalam

mempelajari tajuk Bentuk Piawai dengan menggunakan pendekatan diagnosis di

sekolah-sekolah menengah di kawasan Batu Pahat, Johor. Melalui kajian ini, pihak

sekolah dan guru matematik boleh membuat pertimbangan sama ada pendekatan ini

boleh diterima dan dilaksanakan di peringkat menengah tinggi untuk menilai

kelemahan pelajar dalam subjek Matematik. Ini adalah untuk memastikan pemulihan

dan cara mengatasi dapat diambil dengan segera untuk menghadapi masalah pelajar

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik agar segala belum

terlambat.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti tahap penguasaan para pelajar Tingkatan 4 aliran Sains

bagi tajuk Bentuk Piawai.

Page 27: PENGENALPASTIAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN · PDF filetotal of 70 science stream students were chosen at random and ... 3.5.1 Soalan Diagnostik ... teks dalam bidang matematik dan sains

10

2. Mengenalpasti tahap penguasaan penggunaan Bentuk Piawai dalam

subjek Fizik dan Kimia bagi para pelajar Tingkatan 4 aliran Sains.

3. Mengenalpasti masalah pembelajaran para pelajar Tingkatan 4 aliran

Sains bagi tajuk Bentuk Piawai.

Melalui objektif yang ditetapkan, masalah yang sebenar dihadapi oleh pelajar

Tingkatan 4 aliran Sains bagi tajuk Bentuk Piawai boleh dikenalpasti semasa proses

pembelajaran dan pengajaran. Objektif ini dinyatakan untuk memastikan kajian ini

berjalan dengan lancar dan teratur.

1.5 Persoalan Kajian

Daripada objektif kajian di atas, beberapa persoalan yang hendak dikupas

daripada tinjauan ini iaitu:

1. Sejauh manakah tahap penguasaan para pelajar dalam menguasai tajuk

Bentuk Piawai selepas proses pembelajaran dan pengajaran tajuk

berkenaan?

2. Sejauh manakah tahap penguasaan tajuk Bentuk Piawai yang

diaplikasikan dalam subjek Fizik dan Kimia bagi para pelajar aliran

Sains?

3. Apakah jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar Tingkatan

4 aliran Sains dalam menyelesaikan soalan bagi tajuk Bentuk Piawai?

Melalui kajian yang bakal dijalankan ini, cara penyelesaian dan jawapan akan

ditemui bagi persoalan-persoalan yang telah diutarakan ini.


Top Related