PENGARUH PERILAKU KEPIMPINAN PENGETUA
KE ATAS TEKANAN KERJA GURU
SEKOLAH MENENGAH DI MELAKA
IBRAHIM BIN JARI
TESIS DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2014
ii
INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA
PENGAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Nama Calon : IBRAHIM BIN JARI
No. Matriks : YHA 100010
Nama Ijazah : Doktor Falsafah
Bidang Penyelidikan : Kepengetuaan dan Kepemimpinan Sekolah
Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”):
Pengaruh Perilaku Kepimpinan Pengetua Ke Atas Tekanan Kerja Guru Sekolah Menengah Di Melaka.
Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:
1. Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;
2. Hasil Kerja ini adalah asli;
3. Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan
yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, abstrak, rujukan atau pengeluaran
semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan
dengan jelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang atau
penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;
4. Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa
penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta Hasil Kerja yang lain;
5. Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang telah terkandung di dalam hakcipta Hasil
Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM") yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya
kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa
jua bentuk dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis dari UM;
6. Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu
hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan
undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.
Tandatangan Calon: Tarikh: 12 Jun 2014
Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,
Tandatangan Saksi: Tarikh: 2 Julai 2014
Nama : Profesor Dr. Chua Yan Piaw
Jawatan : Penyelia dan Pensyarah Kanan
Institut Kepimpinan Pendidikan,
Universiti Malaya
Aras 11 Wisma R&D
Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.
iii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh perilaku kepimpinan pengetua ke
atas tekanan kerja guru sekolah menengah pelbagai aliran di Melaka. Faktor perilaku
kepimpinan pengetua yang dikaji termasuklah motivasi kerja pengetua dan pola
komunikasi pengetua. Selain dari itu, pengkaji juga mengkaji tentang tahap tekanan
kerja guru dari empat aspek iaitu fizikal, psikologikal, tingkah laku dan minda. Kajian
ini juga melihat sejauh mana kesan mediator amalan timbang rasa pengetua ke atas
hubungan antara perilaku kepimpinan pengetua dan tekanan kerja guru serta kesan
moderator yang terdiri dari faktor-faktor demografi terhadap hubungan antara perilaku
kepimpinan pengetua dan tekanan kerja guru. Sebanyak 10 soalan kajian survei
dikemukakan untuk mencapai objektif kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada seramai
361 orang guru pelbagai aliran sekolah menengah di Melaka (n=361) dari 28 buah
sekolah di tiga daerah iaitu daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin telah dipilih
secara rawak (kluster atas kluster) daripada populasi kajiannya (N=5993). Instrumen
kajian terdiri daripada item tekanan kerja yang diubah suai daripada Teacher Stress
Inventory (Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni, 1995), item-item perilaku kepimpinan dan
amalan timbang rasa. Kajian rintis telah dijalankan dalam kalangan 78 orang guru dari
enam buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di tiga daerah iaitu daerah Alor Gajah,
Melaka Tengah dan Jasin, Melaka. Pekali kebolehpercayaan konsistensi dalaman bagi
item-item instrumen kajian adalah memuaskan, iaitu, α = .67 hingga .93 bagi keempat-
empat aspek tekana kerja guru, α = .93 bagi item-item motivasi kerja pengetua, α = .91
bagi pola komunikasi pengetua dan α = .95 bagi amalan timbang rasa pengetua. Data
yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan program SPSS dan AMOS.
Analisis data dilakukan secara deskriptif (min, frekeunsi dan peratus) dan inferensi
(Ujian Korelasi Pearson-r, Ujian-t, Ujian ANOVA sehala, Ujian Regresi Pelbagai dan
SEM menggunakan AMOS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa satu daripada empat
aspek tahap tekanan kerja dalam kalangan responden berada pada tahap yang sederhana.
Tahap tekanan kerja guru dari aspek fizikal berada pada tahap yang sederhana
(min=2.48), yang dikenal pasti sebagai faktor utama tekanan kerja dalam kalangan
responden. Ini diikuti oleh aspek psikologikal (min=2.11), aspek minda (min=1.74) dan
iv
aspek tingkah laku (min=1.19) yang berada pada tahap yang rendah. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tekanan kerja yang signifikan dalam kalangan
responden mengikut jenis sekolah, umur, dan pengalaman mengajar. Namun, tidak
terdapat perbezaan tekanan kerja yang signifikan dalam kalangan responden mengikut
kaum, status perkahwinan, kelulusan ikhtisas, pendapatan bulanan, jawatan
perkhidmatan, jantina, beban kerja dan lokasi kediaman. Seterusnya, hasil analisis SEM
menunjukkan bahawa amalan timbang rasa pengetua merupakan mediator yang
signifikan yang meneutralkan perhubungan antara motivasi kerja pengetua dan tekanan
kerja guru serta perhubungan antara pola komunikasi pengetua dan tekanan kerja guru.
Dengan erti kata lain, amalan timbang rasa pengetua merendahkan tekanan kerja dari
aspek fizikal, psikologikal dan minda yang disebabkan oleh motivasi pengetua yang
rendah atau pola komunikasi pengetua yang berbentuk sehala. Selanjutnya, keputusan
analisis regresi pelbagai hierarkikal menunjukkan bahawa faktor-faktor demografi
merupakan moderator kepada perhubungan antara motivasi kerja pengetua dan tekanan
kerja guru. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa amalan
pola komunikasi dua hala dan motivasi kerja pengetua yang tinggi dapat mengurangkan
tekanan kerja guru. Selain itu, amalan timbang rasa pengetua dapat mengurangkan
tekanan kerja guru dari aspek fizikal, psikologikal dan minda yang diakibat daripada
amalan komunikasi pengetua yang kurang sesuai dan motivasi kerja pengetua yang
rendah. Di akhir tesis ini, cadangan untuk kajian pada masa depan dikemukakan.
v
The influence of principals’ leadership behaviours on work stress of secondary school
teachers in Melaka
ABSTRACT
The aim of this study is to identify the influence of the principal‘s leadership behaviour
on the work stress on secondary school teachers in the various schools of Malacca. The
Principal’s mode of leadership behaviour includes the principal’s way of motivation and
communication. In this study, stress levels of teachers' were divided into four aspects:
physically, psychologically, behaviorally and mentally. In addition, this study observes
how far the effects of compassionate mediators on the relationship between the
principals’ 'leadership behavior and teachers' work stress, and the moderator consisting
of demographic factors. A total of 10 research questions were put forward to achieve the
objectives of this study. The survey consisted of a total of 361 secondary school teachers
from various schools in Malacca (n=361) of twenty-eight schools from three districts
namely the district of Alor Gajah, Melaka Tengah and Jasin which were randomly
selected (cluster over cluster) from its population (n=5993). The survey instrument
comprises of items of a modified working pressure of Teacher Stress Inventory (Boyle,
Borg, Falzon and Baglioni, 1995), items of leadership behavior and practice of
compassion. A pilot study was conducted among 78 teachers from six secondary schools
(SMK) in three districts namely Alor Gajah district, Melaka Tengah and Jasin, Melaka.
The internal consistency reliability coefficients for items instrument was satisfactory, ie,
α = .67 to .93 for the four aspects of teachers' work pressure, α = .93 for items of work
motivation principals, α = .91 for the communication patterns principals and α = .95 for
the practice of being considerate among principals. The data was analyzed using SPSS
and AMOS. Descriptive data analysis was performed (mean, Frequency and percentage)
and inferential analysis (Pearson correlation test, t-test, one-way ANOVA, Multiple
Regression Testing and SEM analysis using AMOS). The results showed that one of the
four aspects of work stress levels among respondents is moderate. The level of work
stress from the physical aspects are at a moderate level (mean=2.48), which has been
identified as a major factor in work stress among the respondents. This was followed by
the psychological aspect (mean=2.11), aspects of the mind (mean=1.74) and behaviour
vi
(mean=1.19) which is at a low level. The results also showed that there were significant
differences in work stress among respondents according to type of school, age, and
teaching experience. However, there were no significant differences in work stress
among respondents according to race, marital status, educational qualification, monthly
income, office services, gender, workload and residential locations. Next, the results of
SEM analysis showed that the practice of consideration among principals as significant
mediators of the relationship pertaining to work motivation neutralizes principals and
teacher work stress and the relationship between a principal’s communication patterns
and teacher work stress. In other words, the practice of being considerate among
principals upon those who work under them reduces working pressure physically,
psychologically and mentally compared by those who do not practice this and thereby
cause low motivation for example principals who forge one-way communication.
Furthermore, the results of hierarchical regression analysis showed that demographic
factors were the moderator of the relationship between work motivating principals and
teacher work stress. Overall, these findings imply that the practice patterns of two-way
communication and high motivational principals succeed to reduce work stress. In
addition, considerate principals can reduce work stress from the physical, psychological
and mental aspects, which are brought about by the practice of a lack of communication
that is appropriate for principals and principals who cause low work motivation. At the
end of this thesis, a suggestion for future research is presented.
vii
DEDIKASI
Segala puji hanya untukMu, Allah yang Maha Esa
Yang disanjungi dan dirindui,
Ayah dan Ibu
Yang sentiasa berkorban untuk melihat kejayaanku ini,
Pengorbananmu tidak ternilai dan akanku abadikan buat selamanya
Yang dikasihi,
Siti Yusnita Bte Hj. Yaakub.
Segala nasihat, doa, pengorbanan dan kasihmu
Sangat bernilai dan kusanjung tinggi serta kujadikan pedoman hidup ini
Yang disayangi,
Kekanda-kekanda, Mahaya, Jahaya, Mariam, Mariah dan Hariati (adinda)
Anak-anak, Mohd Syamsuhada, Nor Rahimah (menantu), Ahmad Mursyidi,
Mohammad Soleh dan cucunda Nur Aini Insyira serta
Bekas pelajar-pelajar T2 dan T4 STHAM 2010
Semoga kejayaan ini menjadi idola, inspirasi dan perangsang buat kalian
Yang teristimewa,
Seluruh keluargaku, Yang sentiasa menanti kejayaanku
Doa dan harapanmu takkan ku persiakan
Yang dihormati,
Pensyarah Pembimbing, Profesor Dr Chua Yan Piaw,
Felo Penyelidik Kanan UM, Profesor Dr. Hussein Hj. Ahmad,
Pengarah Pendidikan Negeri (Pengetua Cemerlang), Tn. Hj. Md Rashid Hussin
dan Mantan Pengetua, Pn. Hajah Kamisah Bte Abdullah
Segala nasihat dan jasamu takkan kulupakan
Semoga pertolongan ikhlas darimu akan peroleh rahmat dariNya
Khas buat rakan-rakan seperjuangan,
Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan
Akanku abadikan segala kenangan dalam lipatan memoriku.
Kuiringi sekalung doa,
Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah perjalanan hidup kalian
Kumohon pada Ilahi
Semoga semuanya berbahagia di dunia dan akhirat
Amin Ya Rabbal A’lamin
Wassalam.
viii
PENGHARGAAN
بسم ميحرلا نمحرلا هللاDengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas segala
petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Tesis Kedoktoran Kepengetuaan dan
Kepimpinan ini telah berjaya akhirnya disiapkan sebagai memenuhi penganugerahan
Ijazah Kedoktoran, Universiti Malaya tahun 2014 dengan ilham, kurnia dan petunjuk
yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi besar
kita Muhammad S.A.W. dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat
baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekalian hamba-hamba
Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
Jabatan Pendidkan Negeri Melaka khususnya, yang telah banyak membantu dan
memberikan kerjasama kepada saya dalam membenarkan saya mengikuti Program
Kedoktoran di Institut Kepimpinan Pendidikan.
Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Profesor Dr. Chua Yan Piaw selaku penyelia laporan tesis ini yang terlalu banyak
membantu, membimbing, memberi pandangan serta teguran-teguran yang membina dan
juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan tesis ini. Tanpa tunjuk
ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat
ix
menghasilkan satu tesis yang baik. Terima kasih juga kepada semua pensyarah yang
pernah membimbing saya untuk mengikuti ijazah kedoktoran ini mulai Mac 2011 yang
telah banyak memberikan sokongan, galakan dan perangsang yang sepenuhnya kepada
saya untuk meneruskan usaha menyiapkan tesis ini. Ilmu dan bimbingan yang diberikan
ibarat mutiara di dasar lautan yang tidak ternilai harganya. Ilmu itu telah membuka hati
dan minda saya bahawa ilmu Allah ini terlalu luas dan banyak untuk dikaji dan cuma
setitis daripada lautan ilmu itu yang baru saya pelajari. Segala tenaga, masa dan ilmu
yang telah ditaburkan, insyaAllah akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
Saya juga terhutang budi kepada Pengetua Cemerlang, Tn. Hj. Rashid Bin Md.
Hussin dan mantan pengetua, Pn. Hjh. Kamisah Bte Abdullah yang tidak putus-putus
memberi galakan, keyakinan, motivasi dan sumber inspirasi yang padu dalam mengikuti
ijazah kedoktoran ini. Terima kasih kepada kaunselor-kaunselor sekolah serta semua
guru yang terlibat sebagai responden dalam tesis ini atas kerjasama yang diberi kepada
pengkaji semasa menjalankan kajian. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada
kaunselor SMK Anglo Chinese School (M), En. Roslan Bin Othman yang banyak
memberi motivasi dan galakan padu untuk mengikuti ijazah kedoktoran di IKP.
Penghargaan yang paling istimewa ditujukan kepada ayahanda dan bonda
Allahyarham dan Allahyarhamah (En. Jari Bin Kuit dan Pn. Jariah Bte Kasmin) bonda
Pn. Jariah Bte Yasin, kekanda Mahaya, Jahaya, Mariam, dan Allahyarhamah Mariah,
isteri Pn. Siti Yusnita Bte Yaakub serta anak-anak yang disayangi Mohd Syamsuhada,
Nor Rahimah (menantu), Ahmad Mursyidi, Mohammad Soleh serta cucu yang dirindui
x
Nur Aini Insyira yang menjadi pendorong utama, memberi semangat dan galakan selain
sentiasa mendoakan kejayaan sepanjang tempoh pengajian.
Akhir bicara, saya sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan sekuliah sesi 2/2010 yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping
idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea khasnya Pn. Shatiabama dan
semua staf sokongan Institut Kepimpinan Pendidikan yang banyak membantu saya
sepanjang mengikuti kuliah terutama Penolong Pendaftar, Pn. Suhaila bte Mohd Nasir
dan juga mana-mana nama lagi yang mungkin terlibat. Terima kasih sekalung budi.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
IBRAHIM BIN JARI
No. 67, Teratak Desa,
Batu 9, Lrg. Bkt. Tempayan,
Tangga Batu, Tanjung Kling,
76400 Melaka.
xi
KANDUNGAN
Halaman
TAJUK KAJIAN i
PENGAKUAN KEASLIAN PENULISAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH viii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI SINGKATAN x
SENARAI LAMPIRAN xi
BAB
1 PENGENALAN 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2
1.3
Pernyataan Masalah
Rasional Kajian
8
23
1.4 Objektif Kajian 26
1.5 Persoalan Kajian 27
1.6 Kepentingan Kajian 28
1.7 Skop dan Limitasi Kajian 30
1.8 Definisi Operasional 31
1.8.1 Perilaku Kepimpinan Pengetua 31
1.9
1.8.2
1.8.3
1.8.4
1.8.5
Rumusan
Motivasi Kerja
Pola Komunikasi
Tekanan Kerja Guru
1.8.4.1 Aspek Fizikal
1.8.4.2 Aspek Psikologikal
1.8.4.3 Aspek Tingkah Laku
1.8.4.4 Aspek Minda
Timbang rasa
32
35
38
40
41
42
42
43
44
2 TINJAUAN LITERATUR 45
2.1 Pengenalan 45
2.2
2.3
2.4
Konsep Tekanan
Konsep Tekanan Kerja
Konsep Tekanan Kerja Guru dan Puncanya
45
68
74
xii
2.5 Petanda dan Faktor-faktor Tekanan Guru 78
2.5.1 Faktor Fizikal Bagi Tekanan Kerja 79
2.5.2
2.5.3
2.5.4
2.5.5
2.5.6
2.5.7
2.5.8
Faktor Psikologikal Bagi Tekanan Kerja
Faktor Tingkah Laku Bagi Tekanan Kerja
Faktor Emosi Bagi Tekanan Kerja
Faktor Ketegangan Bagi Tekanan Kerja
Faktor Mental Bagi Tekanan Kerja
Faktor Dalaman Bagi Tekanan Kerja
Faktor Luaran Bagi Tekanan Kerja
80
81
81
82
82
82
83
2.6 Konsep Perilaku Kepimpinan 83
2.7
2.8
2.9
Amalan Timbang Rasa Pemimpin
Hubungan Tekanan Kerja Guru dan Perilaku Kepimpinan Pengetua
Teori-teori Tekanan Manusia
84
87
91
2.9.1 Teori Tekanan Hobb (1972) 92
2.9.2
2.9.3
2.9.4
2.9.5
2.9.6
Teori Tekanan Robbins (1993)
Teori Tekanan Cooper dan Marshall (1979)
Teori Kepadanan Manusia–Persekitaran
Teori Antony, Pervew dan Kacmar
Teori Pembelajaran Yang Berkaitan Dengan Tekanan
92
93
93
94
94
2.9.6.1 Teori Kognitif 94
2.9.6.2 Teori Behaviorisme 95
2.9.6.3 Teori Psikodinamik 95
2.9.6.4 Teori Tingkah Laku dan Biologikal 96
2.9.7 Teori Hierarki Keperluan Maslow dan Teori Dua Faktor
Herzberg
99
2.10 Model-model Tekanan 101
2.10.1 Model Tekanan Cooper (1988) 101
2.10.2
2.10.3
2.10.4
Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni,
1995)
Model Tekanan Kerja Guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978)
Model Tekanan Atkinson (1988)
102
103
106
2.11 Kajian-kajian Tentang Tekanan Kerja 107
2.11.1 Kajian Dalam Negara Mengenai Tekanan Kerja 107
2.11.2 Kajian Luar Negara Mengenai Tekanan Kerja 122
2.12
2.13
Kesimpulan Rujukan Literatur
Kerangka Konseptual Kajian
144
144
2.14 Rumusan 147
3 KAEDAH KAJIAN 148
3.1 Pengenalan 148
3.2 Reka Bentuk Kajian 148
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 150
3.4 Instrumen Kajian 153
3.4.1 Bahagian A (Demografi Responden) 155
3.4.2 Bahagian B (Soal selidik Perilaku Kepimpinan Pengetua) 155
3.4.3 Bahagian C (Soal Selidik Amalan Timbang Rasa Pengetua) 156
xiii
3.4.4 Bahagian D (Soal Selidik Tekanan Kerja Guru) 156
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 157
3.6 Prosedur Kajian 160
3.7 Kaedah Merekod Maklumat 162
3.7.1 Korelasi Pearson 166
3.7.2
3.7.3
3.7.4
ANOVA sehala
Ujian Regresi Pelbagai
Analisis Structural Equation Modeling
168
169
170
3.8
3.9
Ringkasan Analisis Data Kajian
Rumusan
171
173
4 DAPATAN KAJIAN 174
4.1 Pengenalan 174
4.2 Hasil Kajian 174
4.2.1 Huraian Latar Belakang Responden
4.2.1.1 Jenis Sekolah
175
175
4.2.1.2 Jantina 176
4.2.1.3 Peringkat Umur 177
4.2.1.4 Kaum 179
4.2.1.5 Status Perkahwinan 180
4.2.1.6 Kelulusan Ikhtisas 181
4.2.1.7
4.2.1.8
4.2.1.9
4.2.1.10
4.2.1.11
Pendapatan Bulanan (RM)
Beban Kerja
Pengalaman Mengajar
Jawatan Perkhidmatan
Lokasi Kediaman
182
183
184
185
186
4.3 Deskriptif Item Hasil Kajian
4.3.1 Dapatan Deskriptif Analisis Item Ciri-ciri Perilaku
Motivasi Pengetua
4.3.2 Dapatan Deskriptif Analisis Item Ciri-ciri Perilaku Pola
Komunikasi Pengetua.
4.3.3 Dapatan Deskriptif Analisis Item Ciri-Ciri Perilaku
Amalan Bertimbang Rasa Pengetua
4.3.4 Dapatan Deskriptif Analisis Item Tekanan Kerja Guru
4.3.4.1 Aspek Fizikal
4.3.4.2 Aspek Psikologikal
4.3.4.3 Aspek Tingkah Laku
4.3.4.4 Aspek Minda
187
188
200
206
211
211
212
213
4.4
4.5
4.6
Analisa Persoalan Kajian 1
Analisa Persoalan Kajian 2
Analisa Persoalan Kajian 3
216
217
219
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
Analisa Persoalan Kajian 4
Analisa Persoalan Kajian 5
Analisa Persoalan Kajian 6
Analisa Persoalan Kajian 7
Analisa Persoalan Kajian 8
232
235
239
251
312
xiv
4.12
4.13
Analisa Persoalan Kajian 9
Kesimpulan
320
326
5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 327
5.1 Pengenalan 327
5.2 Ringkasan Kajian 327
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Tahap Tekanan Kerja Guru Sekolah Menengah Dari Empat
Aspek Iaitu Fizikal, Psikologikal, Tingkah Laku Dan Minda
5.3.2 Ciri-Ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua
5.3.3 Ciri-Ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Berdasarkan
Demografi
5.3.4 Hubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua Dan
Amalan Timbang Rasa Pengetua
5.3.5 Hubungan Antara Amalan Timbang Rasa Pengetua Dan
Tekanan Kerja Guru
5.3.6 Hubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua Dengan
Tekanan Kerja Guru
5.3.7 Perbezaan Tekanan Kerja Guru Berdasarkan Demografi
Subjek Kajian
5.3.8 Kesan Mediator Amalan Timbang Rasa Pengetua Terhadap
Perhubungan Antara Motivasi Kerja Pengetua Dengan Pola
Komunikasi Pengetua Dan Tekanan Kerja Guru
5.3.9 Kesan Moderator Faktor Demografi Terhadap Perhubungan
Antara Motivasi Kerja Pengetua Dengan Pola Komunikasi
Pengetua Dan Tekanan Kerja Guru
329
329
329
330
331
332
332
333
342
344
5.4 Implikasi Kajian 346
5.5 Cadangan Tentang Kajian Lanjutan 347
5.6 Penutup 351
RUJUKAN 355
LAMPIRAN
A Lampiran Tajuk Kajian 390
A1 Soal Selidik 1 391
A2 Soal Selidik 2 392
A3 Soal Selidik 3 394
A4 Soal Selidik 4 396
A5 Soal Selidik 5 398
A6 Surat Kebenaran 1 400
A7
A8
A9
Surat Kebenaran 2
Surat Kebenaran 3
Jadual Analisis Kajian
401
402
403
xv
SENARAI RAJAH
Rajah Halaman
2.1 Perilaku Kepemimpinan Kajian Ohio State University 86
2.2 Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum 96
2.3 Sindrom Adaptasi Am (GAS) 99
2.4 Model Tekanan Cooper 101
2.5 Menunjukkan Model Tekanan Guru Oleh Boyle, Borg, Falzon &
Baglioni
103
2.6 Model Tekanan Kerja Guru Oleh Kyriacou Dan Sutcliffe 104
2.7 Model Tekanan Atkinson 106
2.8 Kerangka Konseptual Kajian 146
3.1 Ringkasan Analisis Data Kajian Mengikut Persoalan Kajian 173
4.1 Pie Peratusan Responden Mengikut Jenis Sekolah 176
4.2 Palang Peratusan Responden Mengikut Jantina 177
4.3 Palang Peratusan Respondan Mengikut Umur 178
4.4 Palang Peratusan Responden Mengikut Kaum 179
4.5 Palang Peratusan Responden Mengikut Status Perkahwinan 180
4.6 Pie Peratusan Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas 182
4.7 Pie Peratusan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan (RM) 183
4.8 Palang Peratusan Responden Mengikut Beban Kerja 184
4.9 Pie Peratusan Pengalaman Mengajar 185
4.10 Palang Peratusan Jawatan Perkhidmatan 186
4.11 Palang Peratusan Lokasi Kediaman 187
xvi
4.12 Palang Analisa Min Tahap Tekanan Kerja 217
4.13 Palang Analisa Min Ciri-Ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua 219
4.14 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Amalan Timbang Rasa
Pengetua Dengan Motivasi Kerja Pengetua Sekolah
233
4.15 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Amalan Timbang Rasa
Pengetua Dengan Pola Komunikasi Pengetua Sekolah
234
4.16 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Amalan Timbang Rasa
Pengetua Dengan Perilaku Kepimpinan Pengetua
234
4.17 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Amalan Timbang
RasaPengetua Dengan Aspek Fizikal (Tekanan Kerja Guru)
237
4.18 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Amalan Timbang Rasa
Pengetua Dengan Aspek Psikologikal (Tekanan Kerja Guru)
237
4.19 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Amalan Timbang Rasa
Pengetua Dengan Aspek Tingkah Laku (Tekanan Kerja Guru)
238
4.20 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Amalan Timbang Rasa
Pengetua Dengan Aspek Minda (Tekanan Kerja Guru)
238
4.21 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Amalan Timbang Rasa
Pengetua Dengan Tekanan Kerja Guru
239
4.22 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Motivasi Kerja Pengetua
Dengan Aspek Fizikal (Tekanan Kerja Guru)
241
4.23 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Motivasi Kerja Pengetua
Dengan Aspek Psikologikal (Tekanan Kerja Guru)
241
4.24 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Motivasi Kerja Pengetua
Dengan Aspek Tingkah Laku (Tekanan Kerja Guru)
242
4.25 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Motivasi Kerja Pengetua
Dengan Aspek Minda (Tekanan Kerja Guru)
242
4.26 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Motivasi Kerja Pengetua
Dengan Tekanan Kerja Guru
243
4.27 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Pola Komunikasi Pengetua
Dengan Aspek Fizikal (Tekanan Kerja Guru)
245
xvii
4.28 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Pola Komunikasi Pengetua
Dengan Aspek Psikologikal (Tekanan Kerja Guru)
245
4.29 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Pola Komunikasi Pengetua
Dengan Aspek Tingkah Laku (Tekanan Kerja Guru)
246
4.30 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Pola Komunikasi Pengetua
Dengan Aspek Minda (Tekanan Kerja Guru)
246
4.31 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Pola Komunikasi Pengetua
Dengan Tekanan Kerja Guru
247
4.32 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua
Dengan Aspek Fizikal (Tekanan Kerja Guru)
249
4.33 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua
Dengan Aspek Psikologikal (Tekanan Kerja Guru)
249
4.34 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua
Dengan Aspek Tingkah Laku (Tekanan Kerja Guru)
250
4.35 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua
Dengan Aspek Minda (Tekanan Kerja Guru)
250
4.36 Taburan Data Bagi Hubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua
Dengan Tekanan Kerja Guru
251
4.37 Kesan Amalan Timbang Rasa Pengetua Ke Atas Perhubungan Antara
Motivasi Kerja Pengetua Dan Pola Komunikasi Pengetua Dengan
Tekanan Kerja Guru Aspek Fizikal
315
4.38 Kesan Amalan Timbang Rasa Pengetua Ke Atas Perhubungan Antara
Motivasi Kerja Pengetua Dan Pola Komunikasi Pengetua Dengan
Tekanan Kerja Guru Aspek Psikologikal
316
4.39 Kesan Amalan Timbang Rasa Pengetua Ke Atas Perhubungan Antara
Motivasi Kerja Pengetua Dan Pola Komunikasi Pengetua Dengan
Tekanan Kerja Guru Aspek Tingkah Laku
317
4.40 Kesan Amalan Timbang Rasa Pengetua Ke Atas Perhubungan Antara
Motivasi Kerja Pengetua Dan Pola Komunikasi Pengetua Dengan
Tekanan Kerja Guru Aspek Minda
317
4.41 Kesan Amalan Timbang Rasa Pengetua Ke Atas Perhubungan Antara
Motivasi Kerja Pengetua Dan Pola Komunikasi Pengetua Dengan
Tekanan Kerja Guru Secara Keseluruhan
318
xviii
4.42 Model Mediator Amalan Timbang Rasa Ke Atas Perhubungan
Motivasi Kerja-Tekanan Kerja Guru
319
4.43 Model Mediator Amalan Timbang Rasa Ke Atas Perhubungan Pola
Komunikasi Pengetua-Tekanan Kerja Guru
320
5.1 Model Mediator Amalan Timbang Rasa Ke Atas Perhubungan
Motivasi Kerja-Tekanan Kerja Guru
343
5.2 Model Mediator Amalan Timbang Rasa Ke Atas Perhubungan Pola
Komunikasi Pengetua-Tekanan Kerja Guru
343
5.3 Model Perhubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua Dan
Tekanan Kerja Guru
345
xix
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
3.1 Bilangan Guru Pelbagai Aliran Sekolah Menengah Kajian Di Melaka 151
3.2 Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie Dan Morgan
(1970)
152
3.3 Jadual Spesifikasi Instrumen 154
3.4 Skala Jawapan Untuk Soal Selidik Bahagian B 155
3.5 Skala Jawapan Untuk Soal Selidik Bahagian C 156
3.6 Skala Jawapan Untuk Soal Selidik Bahagian D 156
3.7 Bilangan Guru Pelbagai Aliran Sekolah Menengah Kajian Rintis
Di Melaka
158
3.8 Analisis Kebolehpercayaan Konsistensi Dalaman Setiap Sub Skala 159
3.9 Pengkelasan Tahap Tekanan Kerja Berdasarkan Skor Min Jumlah
Skor Item Aras Tekanan Kerja
163
3.10 Kekuatan Nilai Pekali Korelasi 168
3.11 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai Signifikan 168
4.1 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Jenis Sekolah 175
4.2 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Jantina 176
4.3 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Umur 178
4.4 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Kaum 179
4.5 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Status Perkahwinan 180
4.6 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Kelulusan Ikhtisas 181
4.7 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan Bulanan 182
4.8 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Beban Kerja 184
xx
4.9 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 185
4.10 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Jawatan Perkhidmatan 186
4.11 Taburan Demografi Responden Berdasarkan Lokasi Kediaman 187
4.12 Dapatan Deskriptif Analisis Item Ciri-ciri Perilaku Motivasi
Pengetua
189
4.13 Dapatan Deskriptif Analisis Item Ciri-ciri Perilaku Pola Komunikasi
Pengetua Pengetua
201
4.14 Dapatan Deskriptif Analisis Item Ciri-Ciri Perilaku Amalan
Bertimbang rasa Pengetua
206
4.15 Dapatan Deskriptif Analisis Item Tekanan Kerja Guru 214
4.16 Pembahagian Skor Atau Markat Tahap Tekanan Kerja Guru (Aspek
Fizikal, Psikologikal, Tingkah Laku Dan Minda)
216
4.17 Analisis Tahap Tekanan Kerja Guru 217
4.18 Pembahagian Skor Atau Markat Ciri-Ciri Perilaku Kepimpinan
Pengetua (Dari Sudut Motivasi Kerja Pengetua Dan Pola Komunikasi
Pengetua) Di Melaka
218
4.19 Analisa Ciri-ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua 218
4.20 Analisa Ciri-ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Jenis Sekolah
221
4.21 Analisa Ciri-Ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Jantina
222
4.22 Analisis Ciri-ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Umur
223
4.23 Analisa Ciri-ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Kaum
224
4.24 Analisis Ciri-ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Status Perkahwinan
225
4.25 Analisis Ciri-ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Kelulusan Ikhtisas
226
xxi
4.26 Analisis Ciri-ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Pendapatan Bulanan
227
4.27 Analisis Ciri-ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Beban Kerja
228
4.28 Analisis Ciri-ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Pengalaman Mengajar
229
4.29 Analisis Ciri-Ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Jawatan Perkhidmatan
230
4.30 Analisis Ciri-Ciri Perilaku Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah
Berdasarkan Demografi Dari Aspek Lokasi Kediaman
231
4.31 Analisis Perhubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua Dengan
Amalan Timbang Rasa Pengetua
233
4.32 Analisis Perhubungan Antara Amalan Timbang Rasa Pengetua
Dengan Tekanan Kerja Guru
236
4.33 Analisis Perhubungan Antara Motivasi Kerja Pengetua (Perilaku
Kepimpinan Pengetua) dengan Tekanan Kerja Guru
240
4.34 Analisis Perhubungan Antara Pola Komunikasi Pengetua (Perilaku
Kepimpinan Pengetua) Dengan Tekanan Kerja Guru
244
4.35 Analisis Perhubungan Antara Perilaku Kepimpinan Pengetua
Keseluruhan Dengan Tekanan Kerja Guru
248
4.36 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Fizikal Mengikut Jenis Sekolah
252
4.37 Analisis Ujian Tukey Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Fizikal Mengikut Jenis Sekolah
253
4.38 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Fizikal Mengikut Umur
254
4.39 Analisis Ujian Tukey Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Fizikal Mengikut Umur
255
4.40 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Fizikal Mengikut Kaum
256
4.41 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Fizikal Mengikut Status Perkahwinan
257
xxii
4.42 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Fizikal Mengikut Kelulusan Ikhtisas
258
4.43 Analisis Skor Min dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Fizikal Mengikut Pendapatan Bulanan
259
4.44 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Fizikal Mengikut Pengalaman Mengajar
260
4.45 Analisis Ujian Tukey Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Fizikal Mengikut Pengalaman Mengajar
261
4.46 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Fizikal Mengikut Jawatan Perkhidmatan
262
4.47 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Fizikal Mengikut Jantina
263
4.48 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Fizikal Mengikut Beban Kerja
264
4.49 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Fizikal Mengikut Lokasi Kediaman
265
4.50 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Psikologikal Mengikut Jenis Sekolah
266
4.51 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Psikologikal Mengikut Umur
267
4.52 Analisis Ujian Tukey Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Psikologikal Mengikut Umur
268
4.53 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Psikologikal Mengikut Kaum
269
4.54 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Psikologikal Mengikut Status Perkahwinan
270
4.55 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Psikologikal Mengikut Kelulusan Ikhtisas
271
4.56 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Psikologikal Mengikut Pendapatan Bulanan
272
xxiii
4.57 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Psikologikal Mengikut Pengalaman Mengajar
273
4.58 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Psikologikal Mengikut Jawatan Perkhidmatan
274
4.59 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Psikologikal Mengikut Jantina
275
4.60 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Psikologikal Mengikut Beban Kerja
275
4.61 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Psikologikal Mengikut Lokasi Kediaman
276
4.62 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Tingkah laku Mengikut Jenis Sekolah
278
4.63 Analisis Ujian Tukey Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru dari
Aspek Tingkah laku Mengikut Jenis Sekolah
278
4.64 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Tingkah laku Mengikut Umur
279
4.65 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Tingkah laku Mengikut Kaum
280
4.66 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Tingkah laku Mengikut Status Perkahwinan
281
4.67 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Tingkah laku Mengikut Kelulusan Ikhtisas
282
4.68 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Tingkah laku Mengikut Pendapatan Bulanan
283
4.69 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Tingkah laku Mengikut Pengalaman
Mengajar
284
4.70 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Tingkah laku Mengikut Jawatan
Perkhidmatan
285
4.71 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Tingkah laku Mengikut Jantina
286
xxiv
4.72 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Tingkah laku Mengikut Beban Kerja
287
4.73 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Tingkah laku Mengikut Lokasi Kediaman
287
4.74 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Minda Mengikut Jenis Sekolah
289
4.75 Analisis Ujian Tukey Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru dari
Aspek Minda Mengikut Jenis Sekolah
290
4.76 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Minda Mengikut Umur
291
4.77 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Minda Mengikut Kaum
292
4.78 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Minda Mengikut Status Perkahwinan
292
4.79 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Minda Mengikut Kelulusan Ikhtisas
294
4.80 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Minda Mengikut Pendapatan Bulanan
295
4.81 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Minda Mengikut Pengalaman Mengajar
296
4.82 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Dari Aspek Minda Mengikut Jawatan Perkhidmatan
297
4.83 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Minda Mengikut Jantina
297
4.84 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Minda Mengikut Beban Kerja
298
4.85 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Minda Mengikut Lokasi Kediaman
299
4.86 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Keseluruhan Mengikut Jenis Sekolah
301
xxv
4.87 Analisis Ujian Tukey Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru
Keseluruhan Mengikut Jenis Sekolah
301
4.88 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Keseluruhan Mengikut Umur
303
4.89 Analisis Ujian Tukey Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru
Keseluruhan Mengikut Umur
303
4.90 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Keseluruhan Mengikut Kaum
304
4.91 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Keseluruhan Mengikut Status Perkahwinan
305
4.92 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Keseluruhan Mengikut Kelulusan Ikhtisas
306
4.93 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Keseluruhan Mengikut Pendapatan Bulanan
307
4.94 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Keseluruhan Mengikut Pengalaman Mengajar
309
4.95 Analisis Ujian Tukey Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru dari
Aspek Fizikal Mengikut Pengalaman mengajar
309
4.96 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Tekanan
Kerja Guru Keseluruhan Mengikut Jawatan Perkhidmatan
310
4.97 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Tekanan Kerja Keseluruhan Mengikut Jantina
311
4.98 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Tekanan Kerja Keseluruhan Mengikut Beban Kerja
312
4.99 Analisis Ujian-T Perbandingan Tahap Tekanan Kerja Guru Dari
Aspek Tekanan Kerja Keseluruhan Mengikut Lokasi Kediaman
312
4.100 Kesan Piawai (Standardised Effect) Amalan Timbang Rasa Pengetua
Ke Atas Perhubungan Antara Motivasi Kerja Pengetua Dan Pola
Komunikasi Pengetua Sekolah Ke Atas Tekanan Kerja Guru
313
4.101 Hasil Analisis Regresi Pelbagai Dengan Moderator (Tanpa Mengawal
Moderator)
322
xxvi
4.102 Keputusan Analisis ANOVA Sehala 322
4.103 Pekali Regresi 322
4.104 Hasil Analisis Regresi Linear Pelbagai Tanpa Moderator (Dengan
Mengawal Moderator)
324
4.105 Keputusan Analisis ANOVA Sehala (Dengan Mengawal Moderator) 324
4.106 Pekali Regresi (Dengan Mengawal Moderator) 325
xxvii
SENARAI SINGKATAN
Singkatan
Adj R²
Adjusted R²
AK
Amat Kerap
ANOVA
Analisys of variances
ATRP
Amalan Timbang Rasa Pengetua
B
Koefisien Regresi
B
Koefisien Beta
Dk
Darjah Kebebasan
Ho
Hipotesis Nol
IKP
Institut Kepimpinan Pendidikan
K
Kerap
KPM
Kementerian Pelajaran Malaysia
KV
Kolej Vokasional
LDBQ
Leadership Descriptive Behaviour Questions
MKP
Motivasi Kerja Pengetua
N
Jumlah
NPQEL
NASUWT
National Professional Qualification for
Educational Leaders
Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah dan
Kesatuan Guru Wanita
p
Signifikan
p Kebarangkalian
xxviii
PKP
Perilaku Kepimpinan Pengetua
PKomP
Pola Komunikasi Pengetua
r
Koefisien Korelasi Pearson
R²
Koefisien Penentuan Berganda
S
Setuju
S
Sederhana
SABK
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
SBP
Sekolah Berasrama Penuh
SEM
Structural Equation Modeling
SMK
Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMT
Sekolah Menengah Teknik
SMV
Sekolah Menengah Vokasional
SP
Sisihan Piawai
SPSS
Statistical Package for the Social Sciences
SS
Sangat Setuju
SSN
Sekolah Sukan Negeri
ST Sangat Setuju
STS
Sangat Tidak Setuju
TK
Tidak Kerap
TKG
Tekanan Kerja Guru
TP
Tidak pasti
TS
Tiada Simptom