Download - Pengajian Malaysia -Perlembagaan Malaysia-
ISI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN 2
HAK-HAK ASASI 3
KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU 7
PROSES PILIHAN RAYA 11
SISTEM PILIHAN RAYA 11
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA 11
ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA 12
BILANGAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA 12
KELAYAKAN CALON 13
PROSES PILIHAN RAYA 14
KOMPONEN PARLIMEN 21
YANG DI-PERTUA AGUNG 22
DEWAN RAKYAT 22
DEWAN NEGARA 23
KESIMPULAN 25
BIBLIOGRAFI 26
1
1.0.PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,
selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah
dan utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang
yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T
diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya
yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, saya dapat
menyiapkan kerja kursus Pengajian Malaysia dalam tajuk Perlembagaan Malaysia tanpa
sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan.
Saya gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus
ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang saya
sanjungi iaitu Tuan Haji Ahmad Tajuddin bin Abdul Hamid. Saya amat menghargai
bantuan beliau yang memberi saya input berkenaan kerja kursus kerana saya masih
setahun jagung dalam pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau saya
dapat menyiapkan dengan jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang saya sayangi yang
sentiasa memberikan saya sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan
seperti pembiayaan kos kerja kursus saya ini. Hal ini menyuntik semangat saya dalam
melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran saya untuk
berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.
Akhirnya, saya berharap usaha yang saya lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini
dapat meningkatkan keimanan saya terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi
insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi saya
termampu.
2
2.0.HAK-HAK ASASI
2.1.KEDUDUKAN YANG DI-PERTUA AGUNG
Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja
yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja
Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39
dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri
atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.
Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera
Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk
mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh
mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga
komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan
peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang,
menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang
raja di dalam negeri itu. Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab
untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak dan kepentingan sah kaum lain. Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa
melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan
baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.1
1)Sistem Undang-undang di Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD., Cetakan Ketiga (Edisi Kedua) 2005, Halaman 193-194.
3
2.2.KEDUDUDUKAN AGAMA ISLAM
Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi
Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11).
Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau
disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah
Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut
agama Islam – Perkara 11 (4).
2.3.KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk
digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6)
dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan
negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.
2.4.KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak.
Perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4).
Ekonomi : Perkara 153 (6).
Pelajaran : Perkara 153 (2,3 dan 4).
Kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90. Perkara
tersebut berhubung dengan tanah rizab Melayu.2
2)Sistem Undang-undang di Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD., Cetakan Ketiga (Edisi Kedua) 2005, Halaman 194-195.
4
Hak-hak orang Melayu ini tidak boleh dipertikaikan dan ianya dilindungi di bawah Akta
Hasutan 1948 (Pindaan 1971).3
2.5.KEWARGANEGARAAN
Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang
kerakyatannya yang selaras. Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu:
Perolehan Kewarganegraan.
Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1).
Penamatan Kewarganegaraan.
Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2).
Peruntukan Tambahan.
Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 3).
Dalam Perlembagaan ada dua cara menyebabkan seseorang itu boleh hilang
kewarganegaraannya:
Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya
mendapat kerakyatan daripada negara lain.
Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya terbukti
tidak setia kepada negara.4
3)Sistem Undang-undang di Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD., Cetakan Ketiga (Edisi Kedua) 2005, Halaman 194-195.4)Sistem Undang-undang di Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD., Cetakan Ketiga (Edisi Kedua) 2005, Halaman 194-195.
5
2.6.KEBEBASAN HAK ASASI
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi
kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan
Persekutuan. Hak-hak asasi yang dinyatakan ini meliputi perkara berikut :
Perkara 5 : Kebebasan diri.
Perkara 6 : Kebebasan ekonomi (hamda abdi dan buruh paksa).
Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang jenayah.
Perkara 8 : Hak kesamarataan.
Perkara 9 : Hak kebebasan bergerak.
Perkara 10 : Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.
Perkara 11 : Kebebasan beragama.
Perkara 12 : Hak mendapat pendidikan.
Perkara 13 : Hak terhadap harta.
Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya hak-hak
tersebut boleh disekat melalui antaranya:
Perkara 149 : Perbuatan subversif.
Perkara 150 : Kuasa-kuasa darurat.
Perkara 159 : Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Akta Universiti dan Kolej 1971 (Pindaan 1975).5
5)Sistem Undang-undang di Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD., Cetakan Ketiga (Edisi Kedua) 2005, Halaman 195-196.
6
3.0.KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU SERTA HAK KAUM LAIN
“Kontrak sosial” yang dipersetujui ialah orang Melayu menerima penduduk tetap Tanah
Melayu etnik Cina dan India (termasuk yang tidak dilahirkan ditanah air ini) sebagai
warga Tanah Melayu, yang diberikan hak samarata seperti mengundi, bekerja, mendapat
kemudahan perkhidmatan seperti kesihatan, keselamatan dan sebagainya, memiliki harta
dan perniagaan. Sebagai timbal balas, mereka yang diiktiraf sebagai warga Tanah Melayu
ini menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Islam agama Persekutuan
Tanah Melayu, taat setia kepada Raja dan hak hak istimewa orang Melayu, contohnya
Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak
dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan
mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu
dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan
perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
7
Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong
daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu
Negeri) dan daripada biasiswa,6
danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau
kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan,
apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi
mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada
peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-
jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan
pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am
yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya
Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan
dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan
pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak
berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang
persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya
atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau
latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen
dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-
6)http://www.keistimewaanorangmelayu.com.my
8
Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-
apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang
dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu,7
sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran
daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara
Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-
Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan
sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau
memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-
mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh
orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit
atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen
kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau
pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa
keadaan.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana
undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan
apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat
peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi
tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan,
permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang
dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen
mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen
7)http://keistimewaanorangmelayu.com.my
9
kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika
pembaharuan atau pemberian8
itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin
semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau
menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan
perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk
mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan
pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian
permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa
pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide
sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa
untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-
mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen
sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang
itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan
atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan
biasa keadaan.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana
Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas
Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang
ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti,
Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian
adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka
adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa
arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa
perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang
8)http://keistimewaanorangmelayu.com.my
10
di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan
sewajarnya.9
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat
perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu
dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (9A) Dalam Perkara ini
ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A. (10) Perlembagaan
Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian
yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.10
4.0.PROSES PILIHAN RAYA
4.1.SISTEM PILIHAN RAYA
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti
politik yang memperolehi majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan
Undangan Negeri, boleh menubuhkan kerajaan persekutuan atau negeri. Sistem yang
digunakan di Malaysia berasaskan “First-Past-The-Post-Sistem”. Calon-calon yang
memperolehi majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.
4.2.UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan
telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-
undang yang digubal adalah seperti berikut :
Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Negeri.
Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981.
Peraturan-peraturan (Pendaftar Pemilih) Pilihan Raya 2002.
9)http://keistimewaanorangmelayu.com.my10)http://keistimewaanorangmelayu.com.my
11
Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003.11
Semua undang-undang dan peraturan berkait secara langsung dengan proses pilihan raya.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak
mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan
dalam kelancaran perjalanan pilihan raya. Ia termasuk Akta Polis 1962, Akta Hasutan
1970, Akta Rahsia Rasmi 1972, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
5.0.ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA
5.1.BILANGAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk
mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya
Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri).
5.1.1.PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN PILIHAN RAYA
Sebagai sebahagian daripada fungsiutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah
bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya parlimen dan
negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang
daripada lapan tahun.
5.1.2.PENDAFTARAN PEMILIH
Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah
mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dia boleh mengundi dalam
pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang
itu layak untuk mendaftar jika dia memenuhi beberapa syarat berikut :
Seorang warganegara Malaysia.
Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan.
Seorang penduduk dimana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.
Tidak hilang kelayakan.12
11)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 198.12)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 198-199.
12
5.1.3.HILANG KELAYAKAN PEMILIH
Seseorang akan kehilangan hak memilih jika sekiranya dia memenuhi criteria berikut :
Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani
hukuman penjara.
Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara
untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh
kelayakan.
Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Telah memperolehi kerakyatan asing.
5.1.4.SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Semakan daftar pemilih di jalankan disepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di
dalam undang-undang. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap tiga bulan sekali dan
ia dipamerkan selama tujuh hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas
mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk
tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa
semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah
hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.
5.2.KELAYAKAN CALON
Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu
parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam
mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat-syarat berikut :
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negara ini.
Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.
13
Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.13
Seseorang calon akan hilang kelayakan jika calon tersebut :
Telah didapati atau diisytiharkan tidak waras atau tidak siuman.
Bankrap.
Memegang jawatan berkepentingan “office of profit”
Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya.
Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman
penjara untuk tempoh tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari
RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
Telah memperolehi kewarganegaraan asing.
Pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negari seperti yang ditetapkan
oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh lima tahun, kecuali jika dewan
dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas
terikh pembubaran. Pilihan Raya Kecil juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh
kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini, tarikh
kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
5.3.PROSES PILIHAN RAYA
Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan
raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama,
satu notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari
mengundi.14
13)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 198-199.14)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 199-200.
14
5.3.1.HARI PENAMAAN CALON
Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding
dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh
dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka.
Kertas-kertas penamaan calon mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00
pagi pada hari penamaan. Kertas-kertas penamaan calon akan dipamerkan dari jam 10.00
pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan. Dalam kes
dimana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan
calon itu menang tanpa bertanding.
5.3.2.DEPOSIT
Wang deposit berjumlah RM 10 000 bagi kerusi Parlimen dan RM 5000 bagi kerusi
negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan
calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah
undi yang diperolehi semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya
berkenaan.
5.3.3.PENGGUNAAN SIMBOL
Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika
dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu
memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk
dicetak pada kertas-kertas undi.
5.3.4.KEMPEN
Suruhanjaya Pilihan Raya merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti
yang tertera didalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh
15
dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan dalam jam 12.00
tengah malam sebelum mengundi.15
Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancer, Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai
kuasa dibawah Perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan Perkara 27A Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau
lebih pasukan-pasukan Penguat Kuasa disetiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika
difikirkan perlu.Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil
daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti / calon yang
bertanding. Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan
tugas pasukan ini adalah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah
pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah
undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan
Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat pusat / negeri /
bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik,
calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan
peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan
raya akan disediakan, dan perkara-perkara ini perlu diberi perhatian oleh calon-calon dan
petugas-petugas parti. Lazimnya, kempen pilihan raya adalah berupa :
Pengedaran risalah atau surat.
Poster.
Ceramah tertutup dan ceramah umum.
Kempen dari rumah ke rumah.
Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelaskan manifesto mereka
masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Deposit akan
dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya
dalam tempoh 14 hari selepas mengundi. Sepanjang tempoh berkempen, pihak polis akan
dari masa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang
bertanding untuk memastikan kempen pilihan raya berjalan secara aman.16
15)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 199-200.16)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 200-201.
16
5.3.5.HARI MENGUNDI
Hari mengundi merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi, hari
mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman
keputusan pilihan raya. Namun, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi
sehingga 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan padalaman, unit-unit
bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran proses membuang undi. Selain itu,
waktu membuang undi mungkin berbeza antara satu daerah dengan satu daerah yang lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang
ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti mana berikut :
Tarikh mengundi.
Lokasi tempat mengundi.
Waktu mengundi di semua tempat mengundi.
Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat
mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses
pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi.
5.3.6.BARUNG SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
Undang-undang yang ada pada masa ini, melarang calon daripada mendirikan pondok di
mana-mana pusat mengundi di dalam kawasan tempat calon itu bertanding. Walau
bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya ia
terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran
pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mendirikan barung Suruhanjaya Pilihan
Raya di pusat-pusat mengundi. Tujuan barung-barung ini didirikan adalah untuk
membantu pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan
saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur.17
17)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 200-201.
17
5.3.7.KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI
Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu
tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi. Kad pengenalan
diri pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sebagai
pengenalan diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan
terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang
dibenarkan memasuki tempat mengundi :
Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya.
Calon-calon dan wakil calon.
Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi.
Mereka yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
5.3.8.CARA-CARA MENGUNDI
Seseorang pengundi hanya boleh memangkah satu calon sahaja. Iaitu dengan
menandakan “X” bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas
undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya
memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan. Jika diadakan pilihan raya serentak
(Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas-kertas undi mesti ditanda, dilipat
dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang telah ditanda dengan sama ada
“PARLIMEN” dan “NEGERI”.
5.3.9.UNDI POS
Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak
mengundi melalui pos. kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-
lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah
disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.18
18)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 201.
18
5.3.10.EJEN MENGUNDI
Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga
kepentingan calon disetiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan ejen adalah
untuk memastikan proses pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan
peraturan-peraturan yang berkaitan.
5.3.11.PENGIRAAN UNDI
Pengiraan undi dilakukan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu
pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya
dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Semasa undi
dikira, mereka yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi. Mereka
terdiri daripada :
Ahli-ahli dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Kerani mengira undi.
Calon, wakil dan ejen mengira undi.
Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut
proses yang betul seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dan
bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus.
5.3.12.PENJUMLAHAN RASMI UNDI
Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi,
keputusan-keputusan pengundian akan dikemukan kepada Pegawai Pengurus di pusat
penjumlahan undi. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan
mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti sebagai wakil yang terpilih bagi
bahagian pilihan raya berkenaan.19
19)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 202-203.
19
5.3.13.PETISYEN PILIHAN RAYA
Keputusah pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas
sebab-sebab berikut :
Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan
pilihan raya.
Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya oleh mana-mana
pihak.
Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh
ejen-ejen setiap calon.
Calon atau ejen-ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya.
Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahakamah Tinggi dalam masa 21 hari
selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta. Selepas menjalankan
perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, jika hakim pilihan raya memutuskan bahawa
pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang
mana pilihan raya baru akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut.
5.3.14.PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya, tetapi tidak boleh
melebihi jumlah berikut :
RM 200 000 bagi Dewan Rakyat.
RM 100 000 bagi Dewan Undangan Negeri.
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam
tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta.
Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk
mengemukakan dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta
Kesalahan Raya 1954.20
5.3.15.PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN
20)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 203.
20
Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undid an
dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di
dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon. Peti-
peti khas ini akan disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus.
Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan
juga counter foils kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu
hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes-kes petisyen.
Selama tempoh enam bulan, Pegawai Pengurus (selepas mendapat kebenaran daripada
Suruhanjaya Pilihan Raya) akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen
berkenaan. Pegawai Pengurus kemudiannya akan mengemukakan sijil pelupusan kepada
Pengarah Pilihan Raya Negeri.21
6.0.KOMPONEN PARLIMEN
Secara amnya parlimen wujud didalam semua sistem politik jika terdapat satu
perkumpulan perwakilan yang telah terpilih. Mereka terlibat secara teori atau praktikal
dalam menyuarakan segala hasrat dan kemahuan pengundi di dewan Parlimen. Mereka
juga dipertanggungjawabkan dalam soal-soal dan perkara penting seperti kewangan dan
perundangan. Sistem Parlimen berasal daripada Negara Britain yang digelar “The Mother
of Parliaments”. Sistem ini terkenal dan cepat berkembang di Negara yang beraja. Di
antaranya ialah Negara komanwel. Sistem Parlimen ini amat terkenal di Negara-negara
demokratik. Kuasa yang tertinggi terletak didalam Parlimen. Parlimen terdiri daripada
beberapa unsur iaitu :
Yang Di-Pertua Agung.
Dewan Rakyat.
Dewan Negara.
Parlimen adalah kuasa tertinggi dan boleh menyarankan agar badan eksekutif meletakkan
jawatan.22
6.1.YANG DI-PERTUA AGUNG
21)Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 203.22)Konsep Asas Politik, K.Ramanathan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1998, Halaman 187.
21
Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua mestilah
juga seorang ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang
Timbalan yang hendaklah juga seorang ahli Dewan Negara.
Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti berikut:-
Bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin.
Memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan.
Membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku
perbalahan.
Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua melepaskan jawatan setelah tempoh
keahlian di Dewan Negara tamat. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang
akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan
kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua
Dewan Negara.23
6.2.DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan
pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli
Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang
baru akan diadakan. Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
Warganegara Malaysia.
Tidak kurang dari 21 tahun.
Waras fikiran.
Bukan seorang muflis.
Tidak mempunyai rekod jenayah.24
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan
Negara dalam satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap 23)Sistem Undang-Undang di Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, Perpustakaan Negara Malaysia, Dawama SDN.BHD., Cetakan Ketiga (Edisi Kedua) 2005, Kuala Lumpur 2005,Halaman 178.24)Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Noor Aziah Mohd. Awal, International Law Book Services, Golden Books Centre SDN. BHD., Cetakan Semula 2008, Halaman 125.
22
ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara.
Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan
tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada
Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.25
6.3.DEWAN NEGARA
Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi kepada
dua kategori seperti berikut:-
26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri
(setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas
nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putra Jaya.
Untuk layak menjadi ahli Dewan Negara, seseorang calon hendaklah:-
Warganegara Malaysia.
Tidak kurang dari 30 tahun.
waras fikiran.
Bukan seorang muflis.
Tidak mempunyai rekod jenayah.26
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung
sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan
pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran 25)Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Noor Aziah Mohd. Awal, International Law Book Services, Golden Books Centre SDN. BHD., Cetakan Semula 2008, Halaman 125-126.26)Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Noor Aziah Mohd. Awal, International Law Book Services, Golden Books Centre SDN. BHD., Cetakan Semula 2008, Halaman 126.
23
Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam
profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan
atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun
berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli. Setiap ahli dimestikan mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah
atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli
Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga
dan mempertahan Perlembagaan.27
7.0.KESIMPULAN
27)Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Noor Aziah Mohd. Awal, International Law Book Services, Golden Books Centre SDN. BHD., Cetakan Semula 2008, Halaman 127.
24
Kesimpulannya, perlembagaan adalah merupakan satu batu loncatan dalam mendirikan
sesebuah negara atau kerajaan. Perlembagaan merupakan aspek terpenting dalam
melaksanakan pentadbiran sesebuah negara disamping kewujudan badan legislatif
(pemerintah) yang menguatkuasakan perlembagaan yang telah dilakukan. Melalui
perlembagaan yang diperuntukkan juga dapatlah dikenal pasti hak-hak asasi yang wajar
dimiliki oleh setiap penduduk atau kelompok masyarakat disesuatu tempat tersebut.
Selain itu juga, peruntukkan terhadap keistimewaan orang Melayu jelas dinyatakan. Hal
ini menyukarkan berlakunya penyelewengan terhadapa hak warga Melayu dan
bumiputera. Warga Melayu dan bumiputera juga secara tidak langsung mengetahui hak-
hak mereka dan dapat menuntut hak mereka dalam sesuatu permasalahan yang timbul.
Turut disentuh juga adalah proses pilihan raya. Pilihan raya merupakan aspek terpenting
dalam menentukan kekuasaan serta pemerintahan dalam sesebuah institusi negara. Parti
yang menang dalam pilihan raya bakal dinobatkan sebagai pemerintah dalam negara
tersebut. Beberapa garis panduan dan prosedur yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan
pilihan raya turut dibincangkan dalam penulisan kerja kursus ini. Aspek terakhir adalah
komponen parlimen. Setelah selesai dalam melaksanakan pilihan raya, parti yang
memerintah akan menentukan corak pemerintahan yang mereka bakal laksanakan.
Mereka juga akan melantik wakil rakyat yang dipanggil sebagai Ahli Dewan Undangan
Negeri dan juga melantik Ahli Parlimen. Kedua-dua pihak tersebut akan melicinkan lagi
sistem pemerintahan dalam negara agar menjadikan sesebuah negara tersebut dinamis
(berdaya saing) dan seiringan maju dengan negara-negara metropolitan yang lain. Kuasa
yang memerintah dan pemerintah bagi sesuatu kawasan itu sangat penting dalam
pembentukan sesebuah kerajaan. Namun pemerintahan yang dilaksanakan itu mestilah
mengikut perlembagaan negara yang telah diperuntukkan. Asas dalam pembentukan
sesebuah negara itu adalah dengan kewujudan rakyat, kawasan atau tanah, pemerintah
dan kuasa pemerintah (perlembagaan).
8.0.BIBLIOGRAFI
25
1. Sistem Undang-undang di Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD., Cetakan Ketiga (Edisi Kedua)
2005, Halaman 194-195.
2. Konsep Asas Politik, K.Ramanathan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1998, Halaman 187.
3. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Noor Aziah Mohd. Awal,
International Law Book Services, Golden Books Centre SDN. BHD., Cetakan
Semula 2008, Halaman 126.
4. Pengajian Malaysia, Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, Oxford Fajar
SDN.BHD., Percetakan Rina SDN. BHD., Cetakan Pertama 2007, Halaman 198.
5. http://www.keistimewaanorangmelayu.com.my
6. http://keistimewaanorangmelayu.com.my
26