Download - Panduan Memohon Guru Cemerlang
1 | d h a k
Panduan Memohon Guru Cemerlang
Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-
rakan guru. Saya namakan ini sebagai:
Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Kita
kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum
anda memohon Guru Cemerlang.
1. Fahami Jawatan Guru Cemerlang
Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai
jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah
guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum,
pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!.
Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru
yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di
dalam bidang pengkhususan dengan tujuan untuk dijadikan role model,
sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing
meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing.
Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek
kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang
HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah
sumbangan anda pada subjek kepakaran anda!
P/S:
Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan
wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada
sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!"
2 | d h a k
2. Pilih Subjek Kepakaran Dengan Tepat
Pemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa
membuat permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu
mengajar dan juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan
markah yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian.
Rakan guru boleh rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang
lebih tepat dan sesuai untuk anda.
Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi
pilihan, semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih
subjek yang mana anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan.
Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar
sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-
pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan
major anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3
tahun dan ke atas.
Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan
keputusan yang mengecewakan.
3 | d h a k
3. Isi Borang Permohonan Dengan Betul Dan Lengkap
Seterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat.
Kesilapan dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan
menyebabkan permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.
Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang
sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:
a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll)
b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)
c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan
harta)
d) LNPT (3 tahun berturut-turut)
e) Esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri
anda)
f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan
anda dalam Akademik, HEM dan Kokurikulum dengan lengkap)
Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam
borang permohonan, masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang
anda dan memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..
4 | d h a k
4. Fokus kepada subjek yang dipohon
Perhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran
yang dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang
pernah anda buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu.
Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah,
nyatakan dalam borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar)
bagi mengukuhkan permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/
sumbangan yang boleh anda masukkan:
a) Ketua Panitia
b) Guru Kelas Tambahan
c) Guru Kelab / Persatuan (Subjek/Bidang Kepakaran)
d) Penceramah
e) Pemeriksa Kertas Soalan
f) Penyelaras Kem (Subjek/Bidang Kepakaran)
Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda.
Tak guna jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun
jika diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali
lagi saya ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda
dalam subjek kepakaran, bukan lah bidang lain!
5 | d h a k
5. Bahagikan tugas mengikut bidang
Bagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang
bertimbun-timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas
tersebut kepada bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang
Akademik, HEM dan Kokurikulum.
Sebagai contoh:
2010 - Akademik - Penyelaras Kem TMK SPM
2010 - Akademik - Penyelaras TMK Tingkatan 4 & 5
2010 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 5
2010 - KoK – Guru Penasihat Rumah Sukan
2011 - Akademik - Ketua Panitia TMK
2011 - Akademik - Penceramah Bengkel TMK Daerah
2011 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 5
2011 - KoK - Guru Penasihat Rumah Sukan
2012 - Akademik - Ketua Panitia TMK
2012 - Akademik - Penyelaras TMK Tingkatan 5
2012 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 5
2012 - KoK - Guru Penasihat Rumah Sukan
Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang
Permohonan anda. Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai
borang anda, tidak mustahil peluang untuk anda melalui tapisan kedua
adalah lebih cerah!
6 | d h a k
6. Kumpulkan bahan
Semasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan
mengumpul semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. KUMPULKAN
semua senarai tugas anda, inovasi, BBM, kajian tindakan, penulisan dan
pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar memudahkan anda untuk menyiapkan
borang permohonan dengan lengkap.
***
Jika anda tidak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, bolehlah rujuk
semula dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula. Borang LNPT yang
diisi pada setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala
maklumat tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.
Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun
sebelumnya bagi mendapatkan semua Jadual Waktu.
Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan,
sekurang-kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam
mengumpulkan bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.
7 | d h a k
8 | d h a k
9 | d h a k
7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan Inovasi
DUA perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon
Guru Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.
Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak
mempunyai sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru
yang tidak mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam
pendidikan di Malaysia!
KAJIAN TINDAKAN adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p
yang dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau
teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam
pengajaran kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa
yang kita ajar. Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya.
Hasil dapatan kita dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.
10 | d h a k
INOVASI pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan
memudahkan pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam
bentuk alat bantu mengajar, teknik atau kaedah mengajar dan borang
pengurusan. Contoh lain inovasi yang dapat dilakukan adalah blog, video, dan
animasi.
a. http://ictdhak.blogspot.my/
b. https://www.facebook.com/ITech2U/
11 | d h a k
c.https://www.facebook.com/Program-ICTL-Tingkatan-1-dan-2-Smkdpk-
238954009591359/
8. Tonjolkan Kelebihan Diri
Semasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua
bidang tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek
kepakaran anda. Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti,
masukkan saja kesemua sumbangan anda mengikut bidang masing-masing.
Penilai akan memilih yang terbaik daripada anda.
Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti
sukarela dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang
permohonan anda pada bahagian yang betul.
Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan
diri, sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat
digunakan lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat.
12 | d h a k
9. Tanya Guru Yang Berpengalaman
Jangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah
memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada
mereka berjaya atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada
sedikit tips dan nasihat yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran.
Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk
mengisi borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak
akan lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda!
10. Sedia Untuk Berdepan Dengan Haters
Yang ini tidak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips
saya. Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang
kurang senang dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?..
Jadi, sentiasalah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan
oleh para haters. Ianya boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-
cakap di belakang, perli memerli, bergurau terlebih sudah, dan
segala bentuk kejahatan lagi lah.
Pasti Akan Terganggu Kan? Rasa Kurang Motivasi?
Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Anggaplah mereka
sebagai nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Sudah habis bunyi,
pergilah dia. Yang penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita
buat. Hanya kita dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang
kita niatkan. Selagi niat kita baik, inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan
dari Yang Maha Kuasa.
Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan
lebih banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan
kerenah para haters! Ader ku kesah?
13 | d h a k
11. Motivasi Diri Yang Betul
Harus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru
Cemerlang ini bukanlah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit
dan pangkat. Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk
memperbaiki diri agar menjadi pendidik yang lebih berjaya,
menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman, serta niat
mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih banyak ilmu
dengan orang ramai.
InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan!
Sekurang-kurangnya tidaklah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau
permohonan kita tidak berjaya nanti…
SKOR MARKAH MENGIKUT KRITERIA
14 | d h a k