Download - Panduan Borang Permohonan SPAJ.01 2013-1
PANDUAN MENGISI BORANG SPAJ.01 i
1) Keperluan Perkakasan dan Perisian Komputer : Sebelum mengisi borang, pemohon perlu menggunakan komputer (Desktop/Laptop) yang telah mempunyai program pelayar “Google Chrome” dan kemudahan mesin pencetak (printer). 2) Manual Borang :
Sila sediakan maklumat-maklumat yang perlu diisi didalam borang permohonan.
*Pemilihan Pusat Temu duga – pemohon boleh memilih 2 tempat pusat temu duga yang telah disenaraikan bergantung kepada kemudahan pemohon untuk menghadiri sesi temu duga. Pusat Temu duga SPAJ adalah seperti berikut :
Bil Daerah Alamat Pusat Temuduga
1 Johor Bahru Pusat Temu duga, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
Aras 3, Blok A, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar, Nusajaya 79000 Johor DT
2 Pontian Bilik Mesyuarat
Pejabat Tanah Daerah Pontian
Aras Bawah Bangunan Sultan Ismail
82000 Pontian
3 Kota Tinggi Bilik Temu Duga
Pejabat Daerah Kota Tinggi
Aras 2, Bangunan Sultan Iskandar
81900 Kota Tinggi
4 Batu Pahat Bilik Mesyuarat
Pejabat Daerah Batu Pahat
Aras 1, Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail
Jalan Bakau Chondong
83000 Batu Pahat
5 Segamat Bilik Mesyuarat
Pejabat Daerah Segamat
Tingkat 2, KM 5
Jalan Genuang
85600 Segamat
6 Kluang Bilik Mesyuarat
Pejabat Tanah Daerah Kluang
Jalan Pejabat Kerajaan
86000 Kluang
7 Mersing Bilik Mesyuarat
Pejabat Tanah Daerah Mersing
Aras Bawah, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
86800 Mersing
PANDUAN MENGISI BORANG SPAJ.01 i
8 Muar Bilik Mesyuarat Eksekutif
Pejabat Daerah Muar
Tingkat 1, Bangunan Sultan Abu Bakar
Jalan Petrie
84007 Muar
9 Kuala Lumpur Akan ditentukan oleh pihak SPAJ
Pilih jawatan yang dipohon
adalah tertakluk kepada iklan kekosongan jawatan dan kekosongan semasa. *
Maklumat Peribadi :
Nama – sila isikan nama pemohon mengikut didalam Kad Pengenalan/Mykad
No. Kad Pengenalan
Pilihan Jantina
Pilihan Agama
Pilihan Keturunan
Pilihan Tarikh Lahir
Pilihan Tempat Lahir – Daerah - Negeri
Umur pada tarikh tutup permohonan
Status Perhubungan – Bujang- Berkahwin – Duda/Janda- Bertunang
Kewarganegaraan – Warganegara-Penduduk Tetap –Bukan Warganegara
Tahun Bermastautin di Johor –
<1 - Kurang setahun @ 1tahun
1<2 - Kurang daripada 2 tahun
2<3 - Kurang daripada 3 tahun
3<4 - Kurang daripada 4 tahun
4< lebih 5 - 4 tahun dan lebih daripada 5 tahun
Alamat Surat Menyurat – alamat kediaman semasa dan diisi mengikut ruang @ petak yang
disediakan.
No telefon – sila isikan no telefon yang masih aktif dan mudah dihubungi.
Email – sila gunakan email yang aktif.
*sila pastikan maklumat peribadi diisi sepenuhnya bagi memudahkan pemohon dihubungi.
Maklumat Pendidikan :
Sekolah Agama – hanya tertakluk kepada pemohon yang mengambilnya sahaja.
LCE/SRP/PMR – sila isikan tahun peperiksaan dan hanya 8 mata pelajaran pilihan, isikan gred
bagi mata pelajaran yang diambil dan kosongkan mata pelajaran yang tidak diambil.
MCE/SPM/SPMV/SPVM/SAP- sila isi maklumat tahun peperiksaan dan pangkat/bahagian
bagi calon SPM tahun 1999 kebawah sahaja. Hanya 8 mata pelajaran pilihan, isikan 4 mata
pelajaran terbaik pada peringkat peperiksaan tersebut. Jumlah mata pelajaran adalah jumlah
mata pelajaran pada keputusan peperiksaan SPM tersebut dan kepujian mata pelajaran adalah
jumlah mata pelajaran yang mendapat sekurang-kurangnya gred C/6C/6 pada peringkat
peperiksaan SPM tersebut. (Bagi calon yang mengulang peperiksaan SPM, sila pilih keputusan
PANDUAN MENGISI BORANG SPAJ.01 i
SPM yang terbaik. Jika mengulang menduduki peperiksaan SPM
bagi tujuan menambah mata pelajaran sila serta bersama borang permohonan. Sila serta
kertas BM/BI/Matematik peringkat kertas julai bagi tujuan menambahbaik keputusan
peperiksaan.)
HSC/STP/STPM/STAM – sila isikan tahun peperiksaan, pilihan 8 mata pelajaran yang terbaik
pada peringkat peperiksaan tersebut.
SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH/SARJANA – isikan nama intitusi dengan nama pendek seperti contoh“
Poli. Melimau Melaka/Univ. Putra M’sia/Univ. Teknologi M’sia/Univ. Teknologi Mara/Kolej
Poly-tech Mara/Inst. Kemahiran Mara/Inst. Pendidikan Guru/Inst. Latihan Perindustrian”.
Nama kursus seperti contoh “ Sijil Teknologi Maklumat/Dip. Pertanian/Ijazah Sarjana Muda
Sains Komputer/Ijz. Perakaunan”. Bidang diisikan mengikut jurusan/falkuti yang telah ditetap
dalam semak pengitirafan kelayakan JPA.
Pengetahuan Bahasa – isikan maklumat pengetahuan bahasa pertuturan dan tulisan. Format
diisi dengan nama bahasa sahaja seperti “ Melayu/English/Cina/Tamil dan lain-lain bahasa”.
Skala 1(Tidak Baik) – 10 (Sangat Baik)
Kemahiran Komputer – sila pilih jika anda pernah mengikuti kursus komputer atau mahir
menggunakan komputer.
Pemegang Pinjaman/Biasiswa/Dermasiswa Jika anda ada membuat pinjaman pelajaran, sila isikan maklumat pinjaman dan pilih perjanjian
terikat (masih membuat bayaran bulanan) atau tidak terikat (tiada baki tertungak/dermasiswa)
Pengalaman Pekerjaan Sila isikan maklumat pengalaman di mulakan pada ruangan pertama adalah pekerjaan semasa/sekarang dan diikuti dengan pekerjaan terdahulu.
Hobi dan Kegiatan Luar Sila isikan maklumat hobi dan kegiatan luar diperingkat sekolah/maktab/universiti/semasa seperti “ Bola Sepak/Badminton/Persatuan Rekacipta”
Maklumat Ibu/Bapa/Suami/Isteri
Isikan maklumat keluarga dengan lengkap dan jumlah tangungan adalah jika anda bujang nyatakan jumlah tanggung ibubapa dan jika sudah berkahwin jumlah tanggungan adalah jumlah anak-anak/isteri/suami dalam tanggungan anda.
Perakuan Pemohon sila klik ruang checkbox bagi mengesahkan anda telah membaca & memahami perakuan tersebut.
Sekiranya selesai mengisi borang sila klik butang “Cetak Borang”.
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
Sila ikuti langkah di bawah seperti berikut :
Langkah 1
Susun borang dan salinan sijil seperti berikut :
1. Borang Permohonan yang telah dicetak (3-4 muka surat)
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Sijil Kelahiran
4. Salinan LCE/SRP/PMR
5. Salinan MCE/SPM/SPVM/SPMV/SAP
6. Salinan Kertas Julai (jika berkaitan)
7. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
8. Salinan HSC/STP/STPM/STAM
9. Salinan Sijil Politeknik/IKM beserta transkrip penuh
10. Salinan Diploma beserta transkrip penuh
11. Salinan Ijazah beserta transkrip penuh
12. Cetakan Pengiktirafan Kelayakan JPA
13. Salinan keputusan peperiksaan KPSL bagi kakitangan awam
*Hanya senarai salinan (tidak perlu cop pengesahan) diatas sahaja perlu disertakan semasa
menghantar/mengemukakan permohonan. Salinan kelayakan ada bergantung kepada syarat skim jawatan
yang dipohon. Kegagalan menyertakan salinan senarai menyebabkan permohonan TIDAK akan diproses.
Langkah 2
Selepas borang disusun, klip/stapler di penjuru kiri atas borang permohonan.
Langkah 3
Sediakan sampul surat berukuran A4 dan ditulis nama jawatan dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat
dan tampalkan setem yang mencukupi.
Contoh: Borang SPAJ.01
PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
Sampul Surat