Download - Muhammad Azamul Ashraff Laporan Li
Bab 1
PENGENALAN
1.1 Latihan Industri
Latihan industri atau praktikal wajib dijalankan oleh setiap
pelajar Politeknik sama ada di sektor-sektor swasta mahupun kerajaan
untuk melengkapkan pengajian sijil ataupun diploma serta menimba
ilmu dan pengalaman di alam pekerjaan.
Para pelajar diberi tempoh satu semester iaitu selama lima
bulan untuk menjalankan latihan industri. Tujuan latihan industri adalah
untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu
yang diperolehi sepanjang tempoh pengajian mereka.Selain itu,
pelajar-pelajar juga dapat menambahkan pelbagai kemahiran
terutamanya dalam bidang yang dipelajari.
Latihan Industri juga memberi pendedahan terhadap alam
pekerjaan yang sebenar di samping melatih pelajar-pelajar
1
menyesuaikan diri dengan situasi dalam sesebuah syarikat apabila
bekerja kelak.
Pelajar-pelajar juga dapat menimba pengalaman dan
pengetahuan berharga yang akan memberi kematangan fikiran kepada
mereka serta membentuk sahsiah diri para pelajar agar menjadi
seorang pelajar yang bertanggungjawab, berdisplin, tekun, berdaya
saing, kreatif dan inovatif.
Pelajar juga diingtkan supaya tidak mendatangkan masalah dan
kerugian kepada syarikat kerana tindakan undang-undang akan
diambil oleh pihak politeknik mahupun syarikat. Segala penangguhan
dan pegulangan di atas sebab-sebab dan keadaan tertentu sahaja.
Pada pandangan saya, Latihan Industri merupakan suatu
peluang bagi seseorang pelajar menggunakan ilmu dan teori yang
mereka pelajari ketika kuliah untuk dipraktikkan di tempat kerja
masing-masing.Selain itu, selaras dengan objektif utama Unit Latihan
Industri Pengajian Malaysia iaitu "memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai alam pekerjaan sebenar sebelum mereka menamatkan
pengajian mengikut bidang pengkhususan masing-masing".
1.2 Objektif Latihan Industri
Perkara yang paling penting yang diharapkan dapat diterapkan
ke dalam diri para pelajar ialah supaya dapat mendedahkan para
pelajar dengan keadaan alam pekerjaan yang sebenar apabila mereka
2
bekerja kelak. Semasa menjalani Latihan Industri, pelajar akan dapat
merasai prosedur kerja yang bakal dilalui selepas mereka tamat
belajar. Hal ini memudahkan para pelajar menyesuaikan diri dengan
alam pekerjaan yang sebenar.
Disamping itu, para palajar sentiasa berpeluang melatih diri
untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
semasa menjalani Latihan Industri ini.Selain itu, pelajar-pelajar juga
dapat melatih diri untuk berkomunikasi dengan pelbagai lapisan
masyarakat sama ada dari segi jantina, bangsa, umur dan pangkat.
Pelajar juga dapat menambahkan pengalaman dan
pengetahuan yang akan memberi kematangan fikiran kepada mereka
serta membentuk peribadi menjadi seorang individu yang
bertanggungjawab, berdisplin, berusaha, tekun, dan berbudi pekerti
mulia.
Para pelajar juga dapat menanam semangat berpasukan dan
menjalinkan hubungan baik sesama pekerja di dalam syarikat yang
mereka menjalani latihan industri tersebut.Perkara ini juga dapat
memupuk pelajar supaya menjadi seorang pelajar yang berdedikasi
dan berdaya saing.Dengan adanya kakitangan syarikat yang
berpengalaman serta berpengetahuan luas, secara tidak langsung
membolehkan pelajar tersebut mempelajari serba sedikit pengetahuan
yang tidak dapat diperolehi semasa di kuliah contohnya dari segi
pergaulan, perwatakan, pertuturan dan sebagainya.
Para pelajar juga akan didedahkan dengan peraturan
keselamatan serta peraturan syarikat semasa mereka menjalani
3
latihan tersebut. Perkara ini dapat dapat mendidik para pelajar untuk
menjadi individu yang berdisiplin.Dengan adanya peraturan yang
ditetapkan ini dapat menghindarkan para pelajar daripada sebarang
kemalangan ketika bekerja.
Para pelajar juga diwajibkan menyediakan sebuah laporan
rasmi dan mencatat aktiviti harian yang dilakukan sepanjang tempoh
latihan. Ini secara tidak langsung dapat melatih pelajar untuk
merekodkan kemahiran baru yang telah dipelajari sepanjang tempoh
latihan industri.
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Laporan latihan industri yang dihasilkan oleh para pelajar dapat
dijadikan rujukan pada masa akan datang terutama sekali dalam
bidang yang sama. Laporan ini juga menjadi rujukan kepada setiap
kerja yang dilakukan, perkara ini secara tidak langsung membolehkan
pelajar-pelajar menerangkan kepada pihak politeknik tentang tugasan
yang dilakukan semasa menjalani latihan tersebut.
Memastikan para pelajar mengenali dengan lebih mendalam
tentang keadaan sebenar syarikat yang mereka menjalani latihan
Industri.Membolehkan pelajar mengingati prosedur tugasan yang
dilaksanakan kerana setiap tugasan yang dilakukan oleh para pelajar
hendaklah direkodkan dalam buku aktiviti harian.
4
Mendedahkan pelajar-pelajar kea lam pekerjaan yang sebenar.
Menanam semangat kerja berpasukan dan cara komunikasi yang
bagus semasa bekerja. Membolehkan pelajar melihat kaitan antara
teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal.Meningkatkan
keyakinan diri untukk memberi pendapat dan hujah yang bernas.
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Bagi menamatkan sesuatu pengajian di sesebuah politeknik,
seseorang pelajar perlu menjalani latihan industri yang merupakan
salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Pelajar boleh memulakan latihan lebih awal tetapi tidak boleh sama
sekali menamatkan latihan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan
kecuali dengan kebenaran Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI)
Politeknik. Pelajar yang menamatkan latihan lebih awal dari tarikh
yang ditetapkan (walaupun mendapat kelulusan pihak organisasi) akan
dianggap melanggar peraturan latihan industri dan boleh dikenakan
tindakan disiplin.
Setiap pelajar wajib menjalani Latihan Industri seperti yang telah
ditetapkan. Dalam 1 tahun terdapat 2 sesi yang telah ditetapkan iaitu:
a. Sesi Disember (Disember hingga Mei)
b. Sesi Jun (Jun hingga November)
Pelajar akan dinilai oleh penyelia dan kakitangan tempat latihan
industri. Ini adalah untuk memastikan pelajar tersebut lulus untuk
5
Modul Latihan Industri. Jika ada pelajar yang didapati tidak lulus bagi
modul ini, pelajar tersebut akan dikehendaki untuk mengambil semula
modul ini.
Penilaian seseorang pelajar akan dibuat berdasarkan kepada
peratus yang telah ditetapkan iaitu dengan cara penilaian melalui buku
laporan harian (20%) dimana penyelia akan menyemak buku laporan
harian setiap 2 minggu sekali akan tetapi ianya juga bergantung
kepada penyelia itu sendiri samada ingin menetapkan 2 minggu sekali
atau seminggu sekali. Setiap kali buku laporan tersebut disemak
penyelia akan menandatangani dan mengecop di setiap helaian
mukasurat ataupun di helaian terakhir mukasurat ianya bergantung
kepada penyelia itu sendiri.
Pelajar juga akan dinilai dengan cara pihak syarikat mengisi
borang penilaian Prestasi latihan industri (20%). Pelajar akan dinilai
oleh pihak syarikat melalui berbagai-bagai aspek seperti masa, cara
pergaulan, cara komunikasi antara kakitangan syarikat, sikap
kerjasama antara kakitangan syarikat, kemahiran kerja yang ada dan
lain-lain lagi. Setelah pelajar berjaya menamatkan latihan yang telah
ditetapkan, para pelajar akan dinilai melalui buku laporan latihan
industri. Buku laporan latihan industri ini akan dinilai oleh pensyarah
penilai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Buku tersebut
merupakan buku yang menerangkan tentang tugasan serta kerja-kerja
amali yang dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan di
syarikat tersebut.Selain itu juga, pelajar adalah diwajibkan supaya
menghadiri sesi temuduga (20%) latihan industri. Sesi temuduga ini
akan dijalankan oleh pensyarah penilai pada tarikh dan masa yang
telah ditentukan. Pelajar juga boleh berbincang dengan pensyarah
yang menilai untuk menentukan tarikh dan masa yang
bersesuaian.Temuduga adalah berasaskan kepada laporan harian dan
laporan latihan industri.
6
1.5 Etika Semasa Latihan Industri
1.5.1 Kerahsiaan Syarikat
Pelajar tidak dibenarkan mendedahkan sebarang
maklumat syarikat kepada pihak-pihak luar tanpa keizinan
daripada pihak syarikat.Pelajar juga tidak dibenarkan mencetak,
menyalin, atau mengambil gambar apa-apa dokumen, alat yang
di anggap rahsia oleh pihak syarikat tanpa kebenaran.
1.5.2 Disiplin
Semasa menjalani latihan, industri para pelajar
bertanggungjawab untuk sentiasa menunjukkan disiplin diri yang
tinggi dan sentiasa berkelakuan baik bagi mencerminkan
keperibadian seorang pelajar politeknik.Para pelajar haruslah
mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
syarikat.
1.5.3 Kehadiran
Para pelajar tidak digalakkan untuk memohon
cuti.Walaubagaimanapun para pelajar hanya boleh mengambil
cuti dengan keizinan pihak syarikat.Para pelajar di kehendaki
agar sentiasa akur dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan
oleh pihak syarikat.
7
1.5.4 Keselamatan
Para pelajar perlu mengurus dan mentadbir untuk
membentuk tugas piawai mandatory keselamatan dan kesihatan
kerja. Antara tugas-tugas yang perlu dilakukan ialah seperti
menjalankan penyelidikan dalam keselamatan dan kesihatan
industri, bertanggungjawab membentuk pembaharuan dalam
memastikan pelbagai cara inovatif dalam mengatasi
kecelakaan.
1.5.5 Pengetahuan
Sebelum menjalankan tugas, para pelajar perlu
mempunyai pengetahuan tentang perkara atau kerja yang akan
dilakukan. Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang
sempurna apabila hendak mengendalikan sesuatu bahan
ataupun peralatan.
1.5.6 Pakaian
Para pelajar perlu mematuhi etika berpakaian yang telah
ditetapkan oleh pihak syarikat untuk mengelakkan kemalangan
berlaku.Para pelajar juga tidak boleh memakai selipar ketika
sedang bekerja.Pakaian yang koyak ataupun terlampau labuh
juga tidak dibenarkan.Ia merupakan factor yang boleh
mengundang bahaya. Kasut keselamatan yang mempunyai
kepingan keluli di bahagian depan adalah sesuai bagi
mengelakan sebarang kecederaan pada kaki.
8
1.5.7 Syarat Dan Tanda Amaran
Isyarat dan tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan
terang pada tempat-tempat kawasan yang merbahaya di dalam
bengkel atau tempat penyelenggaraan supaya dapat dilihat
orang ramai.
1.6 Tempoh Latihan Industri
Para pelajar boleh memulakan latihan industri lebih awal dari
tarikh yang di tetapkan tetapi tidak boleh menamatkanya lebih awal
dari tarikh yang ditetapkan.Pelajar yang menamatkan latihan industri
lebih awal dari tarikh yang di tetapkan dikira melanggar etika dan
peraturan latihan industri dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
1.7 Jadual Bekerja
Para pelajar perlu menurut berkenaan dengan jadual pekerjaan
yang diberikan oleh pihak syarikat. Secara kebiasaannya, jadual
bekerja adalah lima hari seminggu dan waktu bekerja adalah pada
Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
9
10
BAB 2
LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Sejarah Penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON)
Perusahaan Otomobil Berhad (PROTON) adalah sebuah
pengeluar kereta di Malaysia.Ia beribu pejabat di Shah Alam, Selangor
dan mengendalikan sebuah kilang tambahan di Tanjung Malim, Perak.
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1983 dan merupakan pengeluar
kenderaan tunggal di Malaysia sehingga penubuhan Perodua pada
tahun 1993.PROTON adalah singkatan Melayu untuk Perusahaan
Otomobil Nasional Berhad.
11
PROTON sebahagian besar dari pengeluar lencana kenderaan
kejuruteraan dari Mitsubishi Motors antara tahun 1985 dan 2000-an
awal. Syarikat itu telah menghasilkan beberapa kenderaan tempatan
yang direka dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara, di
mana majoritinya adalah di Asia.PROTON sebelum ini dimiliki oleh
Khazanah Nasional, cabang pegangan pelaburan kerajaan Malaysia.
Pada bulan Januari 2012, ia telah diambil alih oleh DRB-HICOM,
sebuah syarikat konglomerat Malaysia dalam transaksi berjumlah
RM1.2 bilion.
PROTON, kebanyakannya bergantung kepada industri
tempatan sedang menjalani perubahan struktur dan dalaman yang
besar, seperti yang terbukti dalam pelantikan pemilik baru, rakan
kongsi, pengerusi dan pelancaran pelbagai model baru dan akan
datang dalam usaha untuk mendapatkan kehadiran antarabangsa dan
keuntungan peningkatan.
Semuanya bermula pada tahun 1979.Bapa Malaysia
Pemodenan, Tun Mahathir Mohamad, (ketika itu Timbalan Perdana
Menteri Malaysia), mencetuskan idea menubuhkan pemasangan dan
pembuatan industri automotif di negara kita.Ia adalah impian Tun
Mahathir untuk mempercepatkan keupayaan perindustrian Malaysia
untuk dipadankan dengan negara-negara maju. Impian beliau menjadi
salah satu langkah lebih dekat dengan realiti apabila Kabinet
meluluskan Projek Kereta Nasional pada tahun 1982.
12
Impian ini telah dipenuhi apabila PROTON secara rasmi
ditubuhkan pada 7 Mei 1983.Model pertamanya, Proton Saga telah
dilancarkan secara komersil pada 9 Julai 1985.Nama "Saga" telah
dipilih oleh Ismail Jaafar, seorang askar tentera bersara, dan "saga"
(Adenanthera pavonina), ialah sejenis benih biasa ditemui di
Malaysia.Pasaran baru pertama bagi kereta Proton Saga adalah
Singapura, tepat di seberang Selat Johor.
Pada tahun 1986, hampir setahun selepas kereta pertama
PROTON dilancarkan, PROTON meraikan pelancaran rasmi ke 10,000
kereta PROTON. Pada tahun berikutnya, kami telah melancarkan
Proton Saga 1.5L sedan dan model Aeroback. Pada masa itu, lebih
50,000 unit Proton Saga yang telah dihasilkan dan dijual di
Bangladesh, Brunei, New Zealand, Malta dan Sri Lanka.Tidak lama
selepas itu, kereta PROTON telah diedarkan di United Kingdom.
Pada tahun 1988, PROTON mula mengorak langkah di British
International Motorshow .PROTON mula membuka mata dunia dengan
berjaya memenangi tiga anugerah berprestij untuk kualiti, gerabak dan
ergonomik.Pada tahun 1996, PROTON menghasilkan kereta yang ke
sejuta. Pencapaian ini telah disokong oleh beberapa model baru yang
penting, termasuklah Proton Tiara, Proton Wira 2.0 Diesel dan kereta
dua pintu iaitu Proton Putra, sebagai tambahan kepada barisan yang
sedia ada daripada Proton Wira, Proton Satria dan Proton Perdana.
Pada tahun yang sama, PROTON telah memperolehi pegangan
kawalan dalam Kumpulan Lotus.
13
Walaupun alaf baru bersinar, PROTON tidak menunjukkan
tanda-tanda perlahan.Pada tahun 2000, proton memperkenalkan enjin
CamPro prototaip di kilang Lotus di Norwich, United.Enjin CamPro
bertujuan untuk menunjukkan kebolehan PROTON untuk
menghasilkan enjin dengan keluaran kuasa yang baik dan memenuhi
standard pelepasan baru.Model pertama yang menggabungkan enjin
CamPro itu ialah Gen • 2 yang dilancarkan pada tahun 2004.Yang
sejenis dengan CamPro - CPS dan IAFM membuat kemunculan pada
tahun 2008.CPS mula diperkenalkan pada Proton Waja dan Face-Lift •
Gen 2 manakala IAFM telah diperbadankan dalam Proton Saga yang
baru.
Pada tahun 2008, PROTON telah melancarkan logo terbaru,
bersama-sama dengan pelancaran kereta juta tiga kami.Saga baru
adalah model pertama yang menggunakan logo hitam dan krom.Pada
tahun 2009, Proton Edar Sdn. Bhd dan Edaran Otomobil Nasional
Berhad memeterai Perjanjian Pengedaran baru untuk
merasionalisasikan rangkaian jualan dan perkhidmatan kenderaan
untuk memastikan pengagihan yang lebih cekap di seluruh negara.
PROTON mengukuhkan lagi kejayaan dengan pengenalan MPV
pertama - Proton Exora pada tahun 2009.Exora adalah diterima secara
meluas dalam negara dan juga di Thailand di mana model yang telah
diiktiraf dalam "Top 10 Vehicle in Thailand" oleh akhbar Bangkok
Post.Dengan kebimbangan yang semakin meningkat untuk melindungi
alam sekitar, pengurusan jejak karbon serta harga petrol tidak
menentu, PROTON mula membangunkan kenderaan elektrik dan
hibrid. Pada tahun 2010, PROTON telah mengambil bahagian dalam
“Brighton Royal Automobile Club to London Cabaran Kereta Masa
14
Depan” dengan Saga EV dan “Exora Range - Extender Electric
Vehicle”. PROTON mencapai kejayaan pada Cabaran apabila Exora
REEV telah dianugerahkan kenderaan E-REV terbaik.
Pada tahun berikutnya, Proton Exora REEV diumumkan
sebagai pemenang bersama dengan 2012 Toyota Prius plug-in hibrid
petrol sebagai “Best Range / Extender Keseluruhan Plug-in Kenderaan
Hibrid”.Pada tahun 2012, PROTON telah memperkenalkan varian
turbo enjin CamPro itu; “1.6 liter Campro Charge Fuel Efficiency “(CFE)
dengan prestasi yang setanding dengan enjin 2 liter.Enjin CFE mula
diperkenalkan dalam Exora Bold dan Exora Prime.
Dengan keazaman untuk menguasai pasaran antarabangsa,
PROTON telah memperkenalkan kereta Proton Prevé yang digelar
sebagai kereta global pertama Proton pada tahun 2012. Pada bulan
Februari 2013, Prevé dihantar untuk pergi ke Australia untuk mencapai
“5 Star Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) Safety
Rating”, sejarah pertama bagi PROTON.
2.2 Matlamat Utama
15
Memacu transformasi Malaysia menjadi pemimpin dalam kualiti
teknologi.
2.3 Misi PROTON
Sebagai syarikat yang mempunyai kesungguhan orang yang
bekerja bersama-sama, mencipta produk dan perkhidmatan yang
menggembirakan bagi pasaran global, sinonim dengan gaya yang
hebat, inovasi dan teknologi yang terkemuka.
2.4 Visi PROTON
Visi PROTON adalah untuk menjadi sebuah syarikat automotif
yang berdaya saing di rantau ini, mewujudkan nilai dengan eraning
costumers amanah melalui kualiti dan inovasi produk dan rakyat kita.
2.5 Carta Organisasi PROTON
16
Rajah 2.5.1 Pengarah-pengarah besar PROTON
17
Rajah 2.5.2 Pengurus-pengurus besar PROTON
18
2.6 Logo PROTON
Rajah 2.6.1 Logo atau Lambang PROTON dulu hingga kini
19
2.7 Penyelidikan dan Pembangunan PROTON (R & D)
Sebagai komponen strategik Pelan Induk Perindustrian
Malaysia (IMP), objektif PROTON termasuk pembangunan keupayaan
penyelidikan dan pembangunan tempatan, pembuatan bertaraf dunia
dan piawaian pengeluaran, keupayaan reka bentuk serta kehadiran di
pasaran global.
Proses peningkatan yang berterusan dan berdaya saing telah
menghasilkan jurutera terlatih dan berbakat di Malaysia, ramai
daripada mereka adalah pakar dalam pelbagai bidang dan sangat-
khusus termasuk automotif, bahan-bahan dan reka bentuk
kejuruteraan.
Menggunakan sumber-sumber, teknologi, inovasi, tenaga kerja
dan keupayaan reka bentuk yang merangkumi kepakaran anak
syarikat milik penuh PROTON Lotus Engineering UK, salah sebuah
20
syarikat perunding kejuruteraan automotif terkemuka di dunia, telah
menyediakan PROTON dengan sumber yang tidak ternilai yang telah
membantu tempat kereta nasional syarikat di barisan hadapan dalam
industri automotif.
2.7.1 Platform Kenderaan
Bahagian ini menjalankan program-program
pembangunan kenderaan termasuk perancangan produk
strategik, gaya, kejuruteraan reka bentuk dan program
pembangunan pembekal. Seksyen ini adalah pengguna mai
daripada ALIAS dan CATIA , PROTON sedang membangunkan
kepakaran dalam reka bentuk kreatif dan kejuruteraan
komponen .
2.7.2 Pusat Prototaip
Pusat kemudahan yang terdiri daripada alat kepersisan
tinggi yang membolehkan prototaip bebas daripada kesilapan
untuk membina dan membantu pereka dalam proses reka
bentuk sebuah kereta baru. Pusat ini terdiri daripada tanah liat ,
prototaip pantas dan kedai prototaip.
2.7.3 Powertrain
Seksyen ini bertanggungjawab untuk membangunkan
kos yang kompetitif, enjin berdaya maju dan transmisi yang
memenuhi penanda aras dan piawaian antarabangsa. Seksyen
21
ini juga terlibat secara aktif dalam pembangunan teknologi masa
depan yang mempunyai potensi yang disesuaikan dengan
kenderaan untuk menjadikan mereka lebih cekap dan mesra
alam.
2.7.4 H & T (Homologation and Testing)
Seksyen ini bertanggungjawab untuk keselamatan,
ketahanan dan fungsi semua komponen kenderaan seperti
panel , cat , elektrik , pelepasan , perbatuan , casis dan lain-lain.
2.7.5 Kejuruteraan Penyelidikan
Dicipta untuk menggerakkan PROTON kepada teknologi
automotif canggih, bahagian ini bertanggungjawab dalam
teknologi inovasi automotif seperti Kenderaan Gas Asli (NGV),
Sistem Penggantungan Aktif, Sistem Penghubung
Multikompleks dan lain-lain
2.8 Pengurusan Fasiliti (FMD)
Memastikan Jabatan R & D dalam keadaan baik dan terawat
dengan baik adalah Jabatan Pengurusan Fasiliti. Jabatan ini
bertanggungjawab ke atas semua peralatan, kemudahan , bangunan
dan aset untuk seluruh jabatan R & D.
Jabatan ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
22
2.8.1 Merancang
2.8.2 Penyelenggaraan Peralatan
2.8.3 Bangunan
2.8.4 Asset
2.8.5 Kalibrasi
2.8.1 Merancang
Merancang dan mengurus semua sistem
kemudahan dan aktiviti keseluruhan dan laporan
bulanan.
2.8.2 Penyelenggaraan Peralatan
Bertanggungjawab untuk semua jentera di jabatan
R & D termasuk inventori , penyenggaraan pembetulan,
memantau dan mengurus aktiviti penyelenggaraan.
2.8.3 Penyelenggaraan Bangunan
Bertanggungjawab untuk semua bangunan di
jabatan R & D yang termasuk landskap, keselamatan,
penyelenggaraan dan kemudahan ( tandas, penghawa
dingin).
2.8.4 Aset
Menguruskan R & D database aset kelengkapan,
mesin , kereta dan latihan kakitangan.
23
2.8.5 Kalibrasi
Merancang dan menguruskan semua aktiviti
penentukuran di jabatan R & D yang termasuk jadual
penentukuran, kesedaran ISO, dokumentasi dan audit.
2.9 Carta Organisasi R & D
Rajah 2.9.1 Carta Organisasi R & D PROTON
24
2.10 Carta Organisasi FMD
Rajah 2.10.1 Carta Organisasi FMD
25
BAB 3
RINGKASAN MINGGUAN
3.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan aktiviti yang dilakukan dan dipelajari
sepanjang tempoh latihan industri selama lima bulan di Perusahaan
Otomobil Nasional Berhad (PROTON). Aktiviti yang dicatatkan ini
adalah berdasarkan kepada pengalaman kerja-kerja yang dilakukan
oleh pelajar.
Segala aktiviti yang dilakukan ini merangkumi pelbagai aspek
yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari iaitu kursus Kejuruteraan
Mekanikal. Dalam bab ini, aktiviti yang dilakukan setiap minggu
dicatatkan dari minggu pertama saya menjalani latihan industri iaitu 17
Jun 2013 sehingga tamat latihan industri pada 1 November 2013.
26
3.2 Ringkasan Mingguan
Minggu 1 (17 Jun 2013 – 21 Jun 2013)
Lapor diri di bahagian sumber dan manusia.Buat pas
pekerja/pelajar latihan industri di bahagian keselamatan.Seterusnya
kami di hantar ke jabatan masing-masing. Encik Hazairudin, penyelia
dari Pengurusan Fasiliti (FMD) menyambut saya di lobi dan membawa
saya ke pejabat Pengurusan Fasiliti (FMD) di Research And
Development (R&D). Berkenalan dengan bos dan staff di FMD
Saya diberi taklimat ringkas berkenaan keselamatan di tempat
kerja oleh Encik Hazairudin.Melawat sekitar R&D dan melawat
makmal-makmal yang terdapat di kawasan R&D.Saya diperkenalkan
kepada seluruh staff di R&D.
Saya ditugaskan untuk membantu juruteknik di kawasan
‘powertrain’ dan ‘emission lab’ pada 2 bulan latihan industri yang
pertama. Untuk 2 bulan seterusnya, saya akan membantu juruteknik di
kawasan ‘CMSSE’ (Component Material Strength and Safety
Endurance lab).
Minggu 2 (24 Jun 2013 – 28 Jun 2013)
Saya diberi peluang untuk melihat vendor membaiki dynojet di
MACD lab.Dynojet tersebut berhenti berfungsi dan bacaannya sudah
tersasar semasa ujian ke atas kereta dijalankan.Selepas diperiksa,
didapati kotak kawalan sudah rosak kerana terlalu panas.
27
Saya membantu Encik Rosman, juruteknik yang
bertanggungjawab menyelenggara kawasan Powertrain, memeriksa
cell 4 kerana user telah membuat laporan berikutan activator tidak
berfungsi dengan betul.Setelah diperiksa, punca dikenal pasti apabila
wayar dari activator ke tranducer box tidak dipasang dengan betul.
Saya ditugaskan ke CMSS untuk bantuvendor ganti hos yang
lama kepada hos yang baru pada mesin Endurance Testing. Sebelum
memulakan tugas, saya diberi taklimat ringkas berkenaan keselamatan
oleh Encik Robin , jurutera dari syarikat APT (vendor). Beliau juga
menerangkan serba sedikit tentang caraactuator pada mesin tersebut
berfungsi.
Minggu 3 (1 Julai 2013 – 5 Julai 2013)
Bertugas di Politeknik sebagai ahli jawatankuasa multimedia
dan siaraya pada Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah selama tiga hari (1 Julai hingga 3 Julai 2013).
Kumpulan FMD akan mengadakan training atau sharing
knowledge berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang
akan di kendalikan oleh Pengurus FMD sendiri Encik Hoslan. Training
ini diadakan untuk memupuk kesedaran staf dan pekerja supanya
menitikberatkan soal keselamatan ketika bekerja.
Saya di bawa ke Makmal Ujian dan Homologasi (H & T) oleh
Encik Dzul.juruteknik yang bertugas ke atas makmal tersebut. Saya di
bawa ke sana untuk mengenal pasti jenis-jenis lifter.Terdapat
beberapa jenis lifter antaranya, scissor lifter, 4 post lifter dan lain-lain.
28
Minggu 4 (8 Julai 2013 – 12 Julai 2013)
Encik Dzul membawa saya ke Green Technology Department,
sebuah jabatan yang menjalankan kajian kenderaan elektrik tanpa
menggunakan petrol sebagai bahan bakar dalam enjin. Faiz motor
(vendor) akan melakukan servis pada two post lifter. Minyak hidraulik
perlu ditukar kerana sudah melebihi tempoh yang ditetapkan.Stopper
atau brek juga perlu diganti kerana sudah haus dan sudah tamat
tempoh penggunaannya.
Di pusat prototaip, Wiza corp (vendor) sedang mengubahsuai
dan membaik pulih painting booth.Saya diberi peluang melihat vendor
melakukan kerja membaik pulih painting booth.Vendor tersebut
menukar paip yang lama kepada paip yang baru. Mereka juga
membuat frame lantai yang baru menggunakan bahan yang lebih
tahan lama.
Minggu 5 (15 Julai 2013 – 19 Julai 2013)
Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk membasuh penapis
ekzos yang menapis wap air ke atas. Untuk membasuh penapis ini,
mesin air bertekanan tinggi digunakan, kerana kotoran pada penapis
tersebut terlalu tebal dan sangat susah untuk ditanggalkan.
Kebiasaannya, penapis ini akan dicuci dua kali setahun. Sebanyak 20
buah penapis kesemuanya. Satu penapis, memerlukan masa lebih
kurang 15 ke 30 minit untuk dicuci, supaya penapis dalam keadaan
betul-betul bersih selepas dicuci.
29
Lawatan dari sirim ke powertrain.Mereka datang untuk membuat
pemeriksaan ke atas dinamometer di powertrain. Mereka memeriksa
enjin dyno tersebut untuk menentukan sama ada mereka dapat
membuat kalibrasi ke atas dinamometer tersebut atau tidak.
Minggu 6 (22 Julai 2013 – 26 Julai 2013)
Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk memantau wiza corp
(vendor)dengan memastikan mereka bekerja dengan mematuhi
peraturan dan keselamatan di tempat kerja.Mereka hampir
menyiapkan kerja membaik-pulih painting booth.Terdapat sedikit
kekurangan pada painting booth setelah dibaik-pulih.Contohnya paip
air untuk aliran air bocor.Vendor perlu menyelesaikan masalah
tersebut dengan segera sebelum diserahkan semula kepada pusat
prototaip.
Saya membantu Encik Zainol, juruteknik yang
bertanggungjawab ke atas Emission Lab, menambah gas 404 atau
dikenali sebagai gas sejuk pada chamber di Emission. Chamber ini
merupakan chamber yang terbesar di PROTON.Chamber ini
digunakan untuk menguji ketahanan kereta pada suhu yg sangat
rendah. Chamber ini juga mampu mencapai suhu serendah -21oc.
Tujuan menambah gas tersebut adalah kerana suhu chamber tersebut
tidak boleh turun pada suhu yang ditetapkan.Dengan menambah gas
tersebut dapat membantu suhu chamber turun seperti yang
disetkan.Kami memasukkan gas tersebut pada mesin menggunakan
special tool.
30
Minggu 7 (29 Julai 2013 – 2 Ogos 2013)
Pada minggu ini, APT (vendor) akan membuat calibration pada
loadcell di mesin seatbeltencourage. Calibration ini dilakukan setahun
sekali.Calibration ini bertujuan untuk memastikan loadcell dapat
membaca dan menerima bacaan beban yang dikenakan pada aktuator
dengan tepat.Saya dan beberapa orang juruteknik membuka loadcell
sebanyak 9 buah kesemuanya. Kesemua loadcell tersebut perlu
dicalibrate.
User membuat laporan, menyatakan bahawa HPU (High
pressure unit system) tidak berfungsi.HPU merupakan mesin yang
mengawal sistem aliran minyak hidraulik untuk mesin di CMSSE.Mesin
ini mampu memberikan tekanan sehingga 3000psi.Saya dan Encik
Zuraidi, juruteknik yang bertugas di CMSSE membuat pemeriksaan
pada kotak kawalan HPU.Kami dapati, fiusnya sudah blow dan perlu
diganti.
Minggu 8 (5 Ogos 2013 – 9 Ogos 2013)
Untuk persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri, beberapa
langkah keselamatan perlu dilakukan supaya perjalanan mesin tidak
akan terganggu disebabkan cuti yang agak lama. Juruteknik
ditugaskan untuk memeriksa dan mematikan mesin yang tidak
digunakan sepanjang percutian dan tidak akan menganggu perjalanan
mesin selepas cuti. Juruteknik juga perlu membuat jadual cuti bergilir,
berikutan sesetengah mesin akan dijalankan atau digunakan semasa
cuti perayaan. Saya dan Encik Zulhalimey ditugaskan untuk
memeriksa mesin wirecut dan arogun spot weld di pusat prototaip.
31
Mesin wirecut adalah mesin jenis Computer Numerical Control
yang menggunakan sistem kod nombor sebagai panduan dan
arahan.Saya dan Encik Zulhalimey memeriksa voltan bateri pada
wirecut menggunakan multimeter. Bateri berperanan sebagai kuasa
sokongan yang akan membantu menyimpan data yang lalu.
Minggu 9 (12 Ogos 2013 – 16 Ogos 2013)
Tugasan pada minggu ini pula, saya diminta untuk membuka
enjin dinamometer di powertrain.Saya dan beberapa orang juruteknik
diminta untuk membuka enjin dinamometer tersebut kerana
dinamometer tersebut mengalami kebocoran dalaman dan kebocoran
itu sangat serius.Kebocoran berlaku semasa ujian ke atas enjin
dilakukan.Kerosakan seperti ini, biasanya vendor dari luar dipanggil
untuk baiki dinamometer tersebut.
Saya dan Encik Hazairudin pergi ke CIM untuk mengambil alat
ganti untuk arogun.CIM merupakan gudang atau stor menyimpan
barang alat ganti, perkakasan logam, alatan tulis dan lain-lain.
Minggu 10 (19 Ogos 2013 – 23 Ogos 2013)
Saya dan Encik Zaharudin melakukan pemeriksaan dan tinjauan
pada mesin seatbelt encourage setelah laporan dibuat oleh user. User
melaporkan bahawa mesin tersebut, pada actuator nombor 9,
aktuatornya tidak berfungsi.Setelah diperiksa, kami dapati
servovalvenya telah rosak dan perlu diganti.Servovalve tersebut perlu
diimport dari Amerika kerana tiada stok di Malaysia.
32
Minggu 11 (26 Ogos 2013 – 30 Ogos 2013)
Pada minggu ini, saya bertugas di Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah sebagai Ahli Jawatankuasa multimedia dan siaraya
Pertandingan FIRA Roboworld, selama 5 hari.
Minggu 12 (2 September 2013 – 6 September 2013)
Pergi ke H&T (Homologation & Testing) untuk memeriksa
masalah computer di K & C rig. Mesin K & C rig ini digunakan untuk
menguji pergerakan aliran tayar dan pergerakan suspensi kereta.
Komputer yang digunakan untuk memberi arahan kepada mesin ini
telah rosak dan perlu dihantar untuk dicalibrate.
Saya dan Encik Zuraidy pergi ke bilik mesyuarat CMSSE kerana
training untuk mesin baru oleh vendor dijalankan di sana. Training ini
adalah supaya user lebih memahami cara penggunaan mesin ini dan
cara mesin ini berfungsi. Selepas training bahagian teori, userakan
didedahkan dengan praktikal cara menggunakan mesin. Training kali
ini adalah berkenaan mesin yang digunakan untuk mengenal pasti
bahan seperti plastik, getah, logam dan lain-lain.Mesin ini digunakan
untuk mengetahui jenis bahan yang digunakan pada bahagian-
bahagian tertentu pada kereta.
Minggu 13 (9 September 2013 – 13 September 2013)
33
Membantu Encik Rosman dan Encik Zainol menjalankan
calibration pada shaft enjin dinamometer ke enjin ujikaji.Calibration ini
dijalankan kerana, dinamometer tersebut telah diganti dengan yang
baru.Untuk mendapatkan kedudukan shaft yang betul, calibration perlu
dilakukan supaya jajarannya tidak lari.
Saya ditugaskan untuk membantu vendor Pre ‘n’ tec memasang
greasemax pada motor-motor di kawasan powertrain dan
CMSSE.Greasemax ini perlu diganti setiap tahun. Sebelum ditukar,
kerjakerja pembersihan perlu dilakukan supaya motor tidak akan
mendatangkan masalah selepas diganti.
Minggu 14 (16 September 2013 – 20 September 2013)
User telah membuat laporan berikutan masalah pada mesin 329
di CMSSE.Minyak hidraulik pada hos telah terpancut dan bocor pada
penyambung hos ke actuator.Untuk mengenal pasti punca masalah
tersebut, kami membuka aktuator tersebut.Setelah diteliti, kami dapati,
oil seal pada actuator tersebut telah nipis dan perlu diganti. Sebelum
diganti dengan oil seal yang baru, kami malakukan servis pada spur
valve dengan membersihkan bahagian-bahagian yang kotor.
Saya dan Encik Zuraidy memasang pam nitrogen yang baru
pada mesin sled testing di CMSSE. Pam nitrogen yang lama telah
rosak dan usianya sudah terlalu lama.Pam nitrogen yang lama juga
tidak dapat dibaiki.
Mesin white body di CMSSE terdapat sedikit masalah apabila
actuator tidak berfungsi.Saya dan Encik Zuraidi memeriksa
34
actuatortersebut. Kami dapati oil seal pada mesin tersebut perlu diganti
dan sudah terlalu nipis. Coating pada dalam ancap juga sudah reput
dan perlu diganti.
Minggu 15 (23 September 2013 – 27 September 2013)
Power supply di Electrical Group di CMSSE terdapat masalah.
Apabila dihidupkan, satu bangunan CMSSE akan trip. Saya dan Encik
Zuraidymemeriksa power supply tersebut. Kami membukanya dan
memeriksa aliran wayar menggunakan multimeter.Terdapat sedikit bau
hangit. Kami dapati wayar pada supply sudah trip dan rosak.
Saya diberi tugas untuk membuat plat nombor kereta Proton
Exora untuk Group Equipment Maintenance FMD. Saya menggunakan
plastik perspek yang diberi oleh encik Zuraidy. Proses pembuatan
mengambil masa lebih kurang 4-5 hari.
Saya diberi tugas untuk membuat checksheet untuk mesin di
CMSSE.Checksheet ini digunakan untuk memeriksa keadaan mesin
selepas digunakan dan mencegah mesin daripada berlakunya
kerosakan dan mendatangkan masalah.
Minggu 16 (30 September 2013 – 4 Oktober 2013)
Minggu ini terdapat satu troubleshoot di Pusat prototaip. Arogun
cepat panas daripada suhu biasa.Saya Encik Zulhalimey dan Encik
Zaharudin memeriksa arogun nombor 10.Kami dapati penapis air di
deck kawalan arogun sudah tersumbat dan banyak kotoran.Encik
35
zulhalimey menyuruh saya membasuhnya dengan bersih.Selepas
dipasang, didapati arogun pada suhu yang normal.
Training TPM (Total Productive Maintenance) di sebelah kantin
B. Training ini dilakukan untuk user, supaya mereka tahu bahawa
pentingnya selenggara mesin di tempat mereka. Training ini juga
mengajar mereka cara membuat laporan berkenaan mesin yang rosak.
Saya dipantau oleh Encik Taufik, pensyarah Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah.Saya membawa beliau melawat kawasan
R & D. Semuanya berjalan dengan lancar.
Minggu 17 (7 Oktober 2013 – 11 Oktober 2013)
Training bersama vendor.Vendor memperkenalkan produk
pelincir kepada FMD.Antara produknya P-840 dan L-840.Di CMSSE
pula vendor sedang menukar heatingplate pada
corrosionchamber.Vendormengubahsuaichamber dengan menambah
controldisplay pada setiap heatingplate. Dengan ini, heating plate yang
rosak dapat dikenal pasti.Saya dan Encik Zuraidy ditugaskan untuk
memasang sensor pada pneumaticsystem di testinglab di CMSSE.
Minggu 18 (14 Oktober 2013 – 18 Oktober 2013)
Saya dan Puan Kauthar, Jurutera FMD, memantau vendor
untuk mengantikan arm yang baru pada miling machine di styling. Arm
yang lama sudah rosak dan perlu dibaiki. Vendor juga mengantikan
motor yang baru untuk mesin berfungsi. Mesin miling ini digunakan
36
untuk memotong clay atau tanah liat model terbaru kereta
PROTON.Dua vendor dari Jepun telah datang untuk membuat sistem
memprogram semula pada mesin ini.
Seterusnya pada minggu ini, terdapat vendor yang
memperkenalkan produk lubricant atau lubricant oil untuk semua jenis
mesin yang digunakan di PROTON.Produk yang diperkenalkan adalah
berdasarkan standard dari negara-negara Eropah.
Minggu 19 (21 Oktober 2013 – 25 Oktober 2013)
Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk membuat signage atau
papan tanda amaran untuk ditampal pada stesyen pam minyak di R &
D. Papan tanda ini dibuat kerana untuk menceriakan stesyen pam
minyak tersebut.
Seterusnya saya ditugaskan untuk membuat aktiviti 5S di stor
powertrain.Ini adalah kerana, stor tersebut sudah lama tidak dikemas,
dan terlalu banyak barang yang sudah tidak digunakan. Barang-barang
yang sudah tidak digunakan akan diasingkan sebelum dilupuskan.
Minggu 20 (28 Oktober 2013 – 1 November 2013)
Barang yang telah diasingkan pada minggu lepas, akan dilupus
pada hari ini. Barang tersebut akan diasingkan mengikut jenis dan
bahan yang digunakan untuk membuat barang tersebut seperti plastik,
kaca, logam dan kertas. Barang tersebut dihantar ke jabatan
37
pelupusan barang. Di sini, barang yang akan dilupus dikumpulkan
kemudian dihantar ke pusat mengitar semula di syarikat luar.
Saya membantu Encik Zuraidy mencuci cooling tower.Cooling
tower ini dicuci kerana terlalu kotor dan mesin ini menyejukkan air yang
kotor. Air yang kotor tersebut dihantar ke mesin-mesin untuk
menjalankan ujikaji.air tersebut akan menganggu keputusan yang akan
dikeluarkan selepas ujian dijalankan.
Sebelum menamatkan latihan industri di sini, saya diberi
peluang untuk melawat test track. Kami disambut oleh Encik Rosli,
orang yang bertanggungjawab ke atas test track R & D PROTON.
Sebelum Encik rosli membawa kami meronda test track, beliau
memberikan sedikit taklimat ringkas tentang pengunaan test track dan
jenis-jenis ujian yang dilakukan di test track. Seterusnya beliau
membawa saya menaiki kereta peronda dan memandu di test track
seperti sedang melakukan ujian ke atas kereta.
38
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Dinamometer
4.1.1 Pengenalan
Dinamometer atau " Dyno " ringkasannya, adalah alat
untuk mengukur tenaga , tork atau kuasa. Sebagai contoh ,
kuasa yang dihasilkan oleh enjin, motor atau lain-lain yang
berputar atau penggerak utama yang boleh mengukur tork pada
masa yang sama dan kelajuan putaran (RPM).
39
Dinamometer juga boleh digunakan untuk menentukan
daya kilas dan kuasa yang diperlukan untuk mengendalikan
mesin seperti pam. Dalam kes ini,dinamometer yang dipandu
perlu digunakan.Dinamometer yang direka untuk dipandu
dipanggil penyerapan pasif .Dinamometer yang boleh memandu
dengan sendirinya dipanggil dinamometer aktif.
Selain digunakan untuk menentukan tork atau ciri-ciri
kuasa mesin, dinamometerjuga mempunyai beberapa peranan
lain.Dalam istilah perubatan, dinamometer tangan digunakan
untuk pemeriksaan rutin cengkaman dan kekuatan tangan dan
penilaian awal yang berterusan daripada pesakit untuk
mengetahui tahap kecederaan pesakit.Ia juga digunakan untuk
mengukur kekuatan cengkaman pada pesakit di mana
kompromi akar saraf serviks atau saraf periferal dapat dikesan.
Dalam pemulihan kinesiologi, dinamometer kuasa
digunakan untuk mengukur pergerakan belakang badan,
cengkaman, lengan atau kekuatan kaki atlet , pesakit, dan
pekerja untuk menilai status fizikal, prestasi, dan tugas.
Biasanya daya dikenakan kepada tuil atau melalui kabel dan
kemudian ditukar kepada tenaga masa dengan
mendarabkannya dengan jarak serenjang daripada kuasa paksi
beringkat.
4.1.2 Jenis Dinamometer
Selain daripada jenis penyerapan atau permotoranseperti
yang dinyatakan di atas, dinamometer juga boleh dikelaskan
dengan cara lain. Dinamometer yang dipasang terus ke enjin
40
dikenali sebagai engine dyno(dinamometer enjin).Dinamometer
yang boleh mengukur tork dan kuasa yang disampaikan oleh
kereta terus dari roda atau roda (tanpa mengeluarkan enjin dari
kerangka kenderaan), dikenali sebagai chassis Dyno
(dinamometer casis)
a) Dinamometer Enjin
Dinamometer enjinboleh mengukur kuasa dan tork terus
dari crankshaft enjin (roda tenaga) atau enjin yang dikeluarkan
dari kenderaan.Dinamometer ini tidak mengambil kira
kehilangan kuasa semasa kereta dipandu, seperti kotak gear,
transmisi, dan perbezaan ketika diuji di makmal dan di atas jalan
raya.
Rajah 4.1.2 (a) Dinamometer Enjin
b) Dinamometer Casis
Dinamometer casis, kadang-kala dirujuk sebagai
dinamometer simulasi jalan raya. kelajuan tayar pada
kenderaan berpusing dihantar ke permukaan "roller drive " atau
penggelek. Kemudian bacaan kelajuan tayar itu dibaca oleh
41
penggelek tersebut dapat dibaca dan
dianalisis.Kesimpualannya, bacaan dari enjin dan bacaan kuasa
yang dihasilkan dapat ketahui.
Rajah 4.1.2 (b) Dinamometer Casis
4.1.3 Cara Dinamometer Digunakan Untuk Menguji Enjin
Dinamometer berguna dalam pembangunan dan
perbaikan teknologi enjin moden. Konsep ini adalah untuk
menggunakan dinamometer untuk mengukur dan
membandingkan pemindahan kuasa di tempat-tempat yang
berbeza pada kenderaan, sekali gus membolehkan enjin diubah
suai untuk mendapatkan pemindahan kuasa yang lebih cekap.
Sebagai contoh, jika enjin Dyno menunjukkan bahawa kuasa
enjin tertentu mencapai 400 N · m (295 lbf · ka) tork, dan
dinamo casis menunjukkan hanya 350 N · m (260 ka · lbf),
42
seseorang akan tahu untuk melihat kepada statistik enjin untuk
penambahbaikan utama. Dinamometer biasanya sangat mahal
peralatannya dan biasanya hanya digunakan dalam bidang-
bidang tertentu yang bergantung kepada tujuan penggunaanya.
Rajah 4.1.3 Dinamometer sedang digunakan untuk menguji enjin
4.1.4 Froude Hofmann AG250 Eddy Current Dynamometer
Rajah 4.1.4 Froude Hofmann AG250 Eddy Current Dynamometer
43
Di PROTON, AG250 Eddy Current Dynamometer buatan
Froude Hofmann digunakan untuk menguji enjin di powertrain.
AG250 Eddy Current Dynamometer ini berfungsi pada 250 kW
(335 bhp) dan mempunyai kelajuan operasi maksimum 6000
rpm.Ia adalah salah satu daripada pelbagai dinamometer yang
telah direka khas untuk ujian enjin dan ujian komponen dalam
banyak aplikasi termasuk penyelidikan dan pembangunan,
audit, ketahanan, pengeluaran dan baik pulih.
4.1.4 (a) Pengenalan
Anggaran kuasa dinamometer ini ialah 30 hingga 750kW
(40 hingga 1010hp).Penyerapan kuasa boleh dilakukan sama
ada dalam arah putaran pada versi standard atau kelajuan
tinggi. Dalam pelbagai ujian di seluruh dunia, dinamometer AG
Froude Hofmann telah menunjukkan bahawa mereka sebagai
satu pelaburan kelas pertama menyediakan prestasi baik dan
tepatserta kos yang dan perkhidmatan yang efektif dan
dipercayai.
(b) Ciri-ciri
Ketepatan ukuran tork yang tinggi
Inersia rendah
Mengesan kehilangan air penyejukan / aliran rendah
melalui perbezaan tekanan suis dan kehilangan plat
termogandingan
Perlindungan dalaman terhadap pengaratan
menggunakan penyaduran nikel tanpa elektrik
Perlindungan terhadap kegagalan galas aci
menggunakan termogandingan
44
Jangka hayat perkhidmatan yang panjang
Penyelenggaraan mudah
(c) Operasi Dinamometer
Kuasa yang diserap oleh dinamometer dikawal dengan
mengubah medan magnet yang dihasilkan oleh gegelung yang
ditempatkan di dalam selongsong. Sebagai aci berputar,
pemutar memotong medan magnet dan arus pusar yang
dihasilka. Aliran elektrik eddy menentang putaran aci dan
meminta beban kepada penggerak utama dan menjana haba
dalam plat.Dengan itu kuasa enjin diserap dalam plat yang
disejukkan oleh penyejukan air yang mengalir melalui saluran
yang direka khas dari mesin ke belakang plat.
Kelajuan diukur oleh api nadi elektromagnet dan roda
bergigi yang dipasang pada aci separuh hab gandingan.
Bedplate juga menyokong sambungan air luaran dan kotak
terminal elektrik yang disambung dari dinamometer kepada
sistem kawalan.
45
Rajah 4.1.5 (c) Gambar rajah AG250 Eddy Current Dynamometer
46
(d) Sistem Kawalan
Froude Hofmann boleh menawarkan pilihan sistem
kawalan kualiti yang tinggi dari ujian yang tertentu.Semua model
memberikan kelajuan malar, tork berterusan, undang-undang
dan kuasa gegelung yang berterusan semasa mod kawalan.
Dinamometer ini menggunakan sistem isyarat maklum
balas daripada seperti sensor kelajuan, sel beban dan gegelung
semasa untuk menyediakan operasi yang selamat selamat dan
kawalan yang tepat.
(e) Data Teknikal
Pada Rajah 4.1.5 (d) (i)
47
Rajah 4.1.5 (e) (i) Data teknikal dari buku manual
48
Rajah 4.1.5 (e) (ii) Data teknikal dari buku manual (graf)
49
4.2 Actuator
4.2.1 Pengenalan
Actuator adalah sejenis motor yang bergerak atau
mengawal mekanisme atau sistem. Ia dikendalikan oleh sumber
tenaga, semasa, tekanan cecair hidraulik, elektrik, atau tekanan
pneumatik, dan menukarkan tenaga itu ke dalam gerakan.
Actuator adalah mekanisme di mana satu sistem kawalan
bertindak ke atas persekitaran.Sistem kawalan boleh mudah
(sistem tetap mekanikal atau elektronik), berasaskan perisian
(contohnya pemacu pencetak, sistem kawalan robot), atau ejen
manusia atau lain-lain.
4.2.2 Jenis Actuator
(a) Aktuator hidraulik terdiri daripada silinder motor atau cecair
yang menggunakan kuasa hidraulik untuk memudahkan operasi
mekanikal. Gerakan mekanikal memberikan output dari segi
pergerakan, putaran atau hayunan .Kerana cecair tidak boleh
dimampatkan, penggerak hidraulik boleh mengenakan daya
yang besar, tetapi terhad dalam pecutan dan kelajuan.
50
(b) Actuator pneumatik menukarkan tenaga yang dibentuk oleh
udara termampat pada tekanan tinggi ke dalam gerakan,sama
ada selari atau putaran. Tenaga pneumatik adalah wajar bagi
kawalan enjin utama kerana ia boleh bertindak balas dengan
pantas dalam memulakan dan menghentikan sebagai sumber
kuasa yang tidak perlu disimpan semasaberoperasi.
(c) Actuator elektrik dikuasakan oleh motor yang menukarkan
tenaga elektrik kepada tork mekanikal. Tenaga elektrik
digunakan untuk menggerakkan peralatan seperti injap.Ia
adalah salah satu bentuk yang paling bersih dan sedia ada pada
aktuator kerana ia tidak melibatkan minyak hidraulik.
(d) Satu fungsi actuator mekanikal ialah dengan menukar
gerakan putaran kepada gerakan selari untuk melaksanakan
pergerakan. Ia melibatkan gear, landasan keretapi, rantai dan
alat-alat lain untuk beroperasi.
4.2.3 Contoh dan Aplikasi
Dalam kejuruteraan, actuator sering digunakan sebagai
mekanisme untuk memperkenalkan gerakan atau untuk
melarang objek daripada mengelakkan gerakan. Dalam bidang
kejuruteraan elektronik ,actuator adalah pembahagian
transduser . Iaadalah alat yang mengubah isyarat input
(terutamanya isyarat elektrik) ke dalam gerakan. Contohnya
motor elektrik, penggerak pneumatik, omboh hidraulik , pemacu
51
sikat , penggerak piezoelektrik, bimorphs haba, alat micromirror
digital dan polimer electroactive.
Penukaran antara gerakan membulat dan selari biasanya
dibuat melalui jenis mudah oleh beberapa mekanisme.
4.2.4 Cara operasi
Prestasi metrik bagi actuator adalah termasuklahkelajuan
, pecutan, dan tenaga (alternatif , kelajuan sudut, pecutan sudut,
dan tork), serta kecekapan tenaga dan pertimbangan seperti
masa, jumlah, keadaan operasi dan ketahanan memaksa antara
lain.
(a) Daya - Apabila menimbangkan kuasa dalam actuator
untuk aplikasi, dua aspek utama perlu diambil kira.
Kedua-dua aspek tersebut adalah daya statik dan
dinamik.Daya statik adalah keupayaan tenaga untuk
berhenti bergerak.Sebaliknya, daya dinamik adalah
keupayaan tenaga semasa dalam gerakan.Kedua-dua
aspek ini jarang mempunyai keupayaan berat badan dan
perlu diukur secara berasingan.
(c) Kelajuan - Kelajuan perlu diambil kira terutamanya
pada kadar tanpa beban, kerana kelajuan biasanya akan
berkurangan apabila jumlah beban bertambah. Kadar
kelajuan akan berkurangan secara langsung akan berkait
dengan jumlah tenaga dan kelajuan awal.
52
(d) Keadaan Operasi - Actuator biasanya diberi nilai
menggunakan sistem penarafan IP standard. Mereka
yang diberi nilai untuk persekitaran berbahaya akan
mempunyai pentarafan IP lebih tinggi untuk kegunaan
industri peribadi atau biasa.
(e) Ketahanan - Ketahananakan ditentukan oleh setiap
pengeluar individu, bergantung kepada penggunaan dan
kualiti Actuator.
4.2.5 Mesin di PROTON Yang Menggunakan Actuator
(a) 329 Multiaxial Road Simulator
Rajah 4.2.5 (a) (i)
53
Rajah 4.2.5 (a) (ii)
Rajah 4.2.5 (a) (iii)
54
(b) Seatbelt Encourage
Rajah 4.2.5 (a) (i)
Rajah 4.2.5 (a) (ii)
55
(c) 320 Four Poster
Rajah 4.2.5 (c) (i)
Rajah 4.2.5 (c) (ii)
56
BAB 5
DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 Dapatan
Berdasarkan dapatan kajian ini, latihan industri merupakan
perubahan yang paling tinggi yang berlaku terhadap pelajar. Hal ini
terjadi kerana pelajar mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari
sewaktu dalam kelas dengan praktikal yang diberikan. Selain itu
pelajar juga menyelitkan sikap berkomunikasi secara terbuka dengan
orang luar seterusnya dapat melatih berinteraksi dengan individu
awam.
Namun begitu kesemua elemen memberikan keputusan skor
tertinggi.Ini bermakana objektif latihan industri untuk melatih diri pelajar
dari segi kemahiran bekerja dan praktikal telah tercapai dengan
jayanya. Walaupun kajian menunjukkan perubahan kemahiran pelajar
sangat memberansangkan, pihak politeknik perlu sentiasa memastikan
perubahan ini akan berlaku berterusan agar dapat memperkasakan
57
graduan politeknik dan dapat meneruskan latihan industri ini pada
masa akan datang.
5.2 Komen Dan Cadangan
Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama
20 minggu dari 17 Jun 2013 sehingga 1 November 2013 di
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad telah tercapai objektif sebenar
latihan industri mengikut kehendak pengurusan pihak politeknik bagi
setiap pelajar yang menjalani latihan industri pada peringkat diploma.
Tempoh yang diberikan oleh pihak politeknik untuk menjalani
latihan industri adalah bertepatan dengan masa dan tempoh untuk
mempelajari serta mendalami kerja-kerja teknikal.Walaubagaimanapun
pihak syarikat dan politeknik perlu memberi sokongan terhadap pelajar
untuk mengurangkan tekanan pelajar.
5.2.1 Cadangan Kepada Syarikat
Setelah menjalani latihan industri ini selama lima bulan, terdapat
beberapa kelebihan dan kelemahan dari pelbagai aspek yang boleh
dilihat secara kasar dan ini mendorong saya bagi memberi sedikit
pendapat dari segi saranan dan cadangan yang boleh diambil kira bagi
meningkatkan lagi pengurusan yang bersistematik. Dengan ini, segala
masalah-masalah kecil yang timbul boleh dikurangkan agar tidak
menjejaskan sistem pengurusan syarikat.
58
5.2.2 Cadangan Infrastruktur
Penyediaan infrastruktur yang mencukupi dalam limbungan
seperti ruang atau tempat pelajar latihan industri menulis laporan dan
jurnal dengan luas dan kemas. Syarikat perlu mengambil berat tentang
keadaan dan kelesaan pelajar latihan industri supaya pelajar tidak
akan merasa kurang ceria dan tidak malas untuk ke tempat kerja.
5.2.3 Dari Aspek Etika dan Sikap
Etika dan sikap tidak membiarkan sisa-sisa mencemari ruang
kerja sebelum tugas tamat akan menghasilkan suasana kerja yang
selesa dan baik pada setiap masa. Kesedaran terhadap aspek
keselamatan mengenai bahaya-bahaya yang mungkin timbul ketika
kerja-kerja dijalankan boleh dibuat melalui progarm kesedaran
mengenai keselamatan dan perbentukan nilai jati diri dan rohani boleh
dijanakan melalui program-program keagamaan.Melalui pemerhatian
saya sepanjang program latihan, kesedaran mengenai keselamatan
ketika di tempat kerja amatlah rendah kerana kurangnya pengawasan
dan kelantangan undang-undang terhadap pekerja yang cuai.
5.2.4 Peluang
Pelajar seharusnya diberikan kerja yang bersesuaian dengan
kursus atau aliran yang diambil di Politeknik. Di samping itu, majikan
mestilah memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pelajar untuk
menunjukkan kebolehan apa yang telah dipelajari di Politeknik.
Peluang ini amat penting kerana disinilah dapat melihat seorang
pelajar menggunakan kebijaksanaan yang diperolehi semasa
pembelajaran di Politeknik. Justeru, penyatuan dan suara diantara satu
59
sama lain antara setiap pihak amatlah penting supaya tidak berlakunya
kekacauan dan penindasan kepada mana-mana pihak.
5.2.5 Cadangan Skop Latihan
Perancangan yang rapi mengenai skop yang bakal dilalui oleh
pelatih dalam program latihan adalah perlu disediakan lebih awal
supaya tidak berlaku kejutan ketika program latihan dijalankan.
Peranan pelatih harus ditekankan dan diberi bimbingan berterusan
oleh pihak penyelaras program supaya tidak wujud sambil lewa
semasa menjalani latihan.
Perancangan dan penyediaan skop yang relevan dan menarik.
Dengan ini program latihan akan lebih menarik, berjalan lancar dan
para pelatih lebih maklum akan tugas yang bakal mereka jalani
semasa latihan. Skop latihan yang dibuat tidak semestinya ditetapkan
oleh pihak Jabatan.Pihak Jabatan perlu memberi kelonggaran kepada
pelatih untuk membuat skop latihan sendiri tetapi masih berdasarkan
panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan.Peluang ini
membuka ruang kepada pelatih untuk lebih kreatif dan memudahkan
interaksi semasa menjalani latihan.
60
BAB 6
KESIMPULAN
6.0 KESIMPULAN
Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya
mengizinkan saya menyiapkan buku Laporan Latihan Industri ini
dengan seberapa lengkap yang mungkin. Secara keseluruhannya,
Latihan Industri memang banyak memberi pengetahuan yang berguna
kepada para pelajar khususnya untuk kegunaan di masa akan datang
apabila menempuh alam pekerjaan.
Oleh itu, Latihan Industri perlu diteruskan agar para pelajar
dapat mengalami pengalaman yang amat berguna.Melalui program ini,
para pelajar juga tidak terlepas untuk menambahkan ilmu pengetahuan
mereka di dalam bidang masing-masing umumnnya dan khusus di
bidang saya Kejuruteraan Mekanikal secara amnya. Suasana di
tempat kerja juga boleh menggambarkan bagaimana
keadaannyasemasa sesorang itu melangkah ke alam pekerjaan.
61
Para pelajar juga dapat menambahkan ilmu mengenai
pengurusan di tempat kerja dan bagaimana cara-cara untuk
menyelesaikan masalah yang mungkin timbul di tempat kerja. Dengan
cara ini, pelajar secara tidak langsung akan cuba untuk menyesuaikan
diri dengan keadaan tersebut di samping tugas-tugas yang mencabar
apabila bekerja kelak.
Latihan Industri ini juga, secara tidak langsung telah memainkan
peranan yang penting dalam memupuk semangat bekerjasama
diantara satu sama lain malahan dapat mempelajari cara pergaulan
dan berkomunikasi dengan masyarakat di sekeliling tempat kerja.
Satu pengalaman yang amat berguna akan dapat diperolehi
oleh para pelajar apabila dapat menjalankan Latihan Industri ini
dengan jayanya. Ini kerana dengan adanya pengalaman yang
sebegitu, ia dapat menambahkan lagi semangat untuk para pelajar
terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam keputusan akhir nanti.
Sepanjang menjalankan Latihan Industri ini juga, para pelajar
dapat mengenali dengan lebih jelas tentang fungsi sesuatu peralatan
elektronik dan mekanikal yang digunakan di industri dan dapat
mempelajari cara membaikinya. Ini amat penting kerana dalam modul
pembelajaran tidak semua yang dipelajari dapat digambarkan secara
jelas dan peluang inilah yang harus digunakan dengan sebaik-baiknya.
Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari tanda kemaafan di atas
segala kesilapan yang mungkin terdapat dalam buku laporan Latihan
62
Industri ini. Segala teguran dan komen semua pihak ke atas laporan
ini akan dijadikan sebagai iktibar untuk memperbaiki segala kelemahan
yang ada. Jutaan terima kasih juga ingin disampaikan kepada pihak
Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), rakan-
rakan seperjuangan dan kepada ibu bapa serta semua pensyarah
yang terlibat dalam penghasilan buku laporan ini.Sekian.
63
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
1. Sumber Bertulis
a. Froude Hofmann Specification of AG250 Eddy Current
Dynamometer June 2007 issue 5.
b. MTS Actuator And Testing Machine February 2006
2. Laman Sesawang
a. en.wikipedia.org/wiki/Protonb. www.proton.com/
c. aspire.com/ (private site)
d. www.psa.edu.my
64