PEMBANGUNAN RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN KUIZ
MATEMATIK TAMBAHAN DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK
MUHAMAD SHARUL NIZAM BIN SARIFHUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL PEMBANGUNAN RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN
KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN DALAM MAJALAH
WEB MATEMATIK
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya : MUHAMAD SHARUL NIZAM BIN SARIFHUDIN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan
syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak.
5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO:18 FASA 2D PM. DR. ZALEHA BT. ISMAIL
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA PENYELIA)
PENGAKUAN PENYELIA
“Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan: ………………………………............
Nama Penyelia: PM. DR. ZALEHA BT. ISMAIL
Tarikh: ………………………………………
PEMBANGUNAN RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN KUIZ
MATEMATIK TAMBAHAN DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK
MUHAMAD SHARUL NIZAM BIN SARIFHUDIN
Projek Sarjana Muda ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .......................................
Nama Pelajar : MUHAMAD SHARUL NIZAM BIN SARIFHUDIN
Tarikh : .......................................
iii
DEDIKASI
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT KEDUA IBU BAPA
SARIFHUDIN BIN JAMHURI DAN PARIDAH BINTI BASIR
KERANA TELAH MENDOAKAN KEJAYAAN ANAKNYA
BUAT SEMUA KREW DUNIA MATEMATIK
JUTAAN TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBERIKAN
KERJASAMA DALAM MEMBANGUNKAN PROJEK INI DENGAN
JAYANYA
TIDAK DILUPAKAN BUAT
“SEMUA BUDAK-BUDAK SPT”
KERANA TELAH BANYAK MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL
BUAT INSAN TERSAYANG
YANG SENTIASA BERADA DI DEPAN, KIRI, KANAN & BELAKANG
PENGORBANANMU AKAN SENTIASA TERSEMAT DI HATIKU
“JASAMU AKAN SENTIASA DIKENANG”
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana di atas limpah rahmatnya dapat
juga saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya.
Diharapkan agar pembangunan projek ini dapat memberikan serba sedikit manfaat
kepada semua pihak yang berkenaan juga kepada sesiapa sahaja yang
menggunakannya.
Setinggi-tinggi penghargaan khas buat pensyarah bimbingan, Prof. Madya Dr.
Zaleha Binti Ismail dan En. Khalid Bin Kasmin kerana telah banyak memberikan
bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang pembangunan projek ini dijalankan. Segala
cadangan dan teguran yang positif daripada mereka merupakan panduan bagi
menjadikan projek ini menjadi lebih baik dan bermakna. Terima kasih tak terhingga
keatas kepercayaan mereka dalam memberi peluang kepada saya menjalankan projek
ini di bawah penyelian mereka.
Tidak lupa juga penghargaan diucapkan kepada kedua ibubapa, rakan-rakan
seperjuangan, terutama kru Majalah web Matematik di atas sokongan serta dorongan
yang diberikan sepanjang proses pembangunan projek ini dijalankan. Tanpa kalian,
tidak mungkin untuk saya berjaya di UTM dan berjaya menghasilkan projek ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Penggunaan medium teknologi dalam bidang pendidikan pada masa kini
sudah tidak asing lagi. Majalah elektronik (e-majalah) adalah merupakan antara
majalah atas talian yang berkonsepkan majalah multimedia yang melibatkan
beberapa elemen media seperti audio, video, text, grafik dan hyperlink. Majalah web
matematik dibangunkan adalah bertujuan untuk menyediakan bahan pengetahuan
matematik yang komprehensif menjangkau matematik di sekolah supaya pelajar
dapat mendalami bidang matematik yang luas tanpa sempadan. Majalah web
matematik ini dibangunkan dengan menggunakan gabungan perisian pengurusan
kursus dan pengurusan maklumat. Bagi tujuan pembangunan majalah web matematik
ini model ADDIE digunakan sebagai panduan rekabentuk instruksi manakala
rekabentuk majalah web berasaskan Sosial Konstruktivisme. Model ARCS pula
diterapkan dalam setiap artikel dan aktiviti yang meliputi elemen perhatian
(Attention), perkaitan (Relevance), keyakinan (Confident) dan kepuasan
(Satisfaction) supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Fokus
projek pembangunan ini hanya membincangkan untuk dua ruangan sahaja iaitu
„Pelajari Matematik‟ dan „Kuiz Matematik Tambahan‟. Ruangan „Pelajari
Matematik‟ lebih kepada menerangkan mengenai teknik-teknik atau kaedah yang
mudah untuk pelajar gunakan ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar skor semasa peperiksaan. Ruangan
„Kuiz Matematik Tambahan‟ pula lebih menjurus kepada soalan-soalan menguji
tahap kefahaman asas mereka. Pembangun mengharapkan agar dengan wujudnya
majalah web matematik ini dapatlah membantu para pelajar mengetahui bidang
matematik yang sangat meluas dan menjangkau sehingga luar bilik darjah.
vi
ABSTRACT
Nowadays, technology is commonly used in education. It is due to the fact
that education has to be in line with the development of technology. Electronic
magazine (e-magazine) is one of the online magazine that use the element of audio,
video, text, pictures, and hyperlink. The purpose of developing this online magazine
is to provide comprehensive knowledge of mathematics. So students will have better
understanding in mathematics. This online magazine is developed by using course
management software and information management. For development purpose,
ADDIE model and Social Constructivism has been used as a guideline for
instructional design. Meanwhile, ARCS model has been used in each and every
article and activities which consists the element of attention, relevance, confidence,
and satisfaction. This will create a meaningful learning for the students. This
monthly online magazine consist of Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi,
Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permainan, Kuiz, Perisian Matematik, Pelajari
Matematik and Tahukah Anda segments. However, this project wills only focusing
on just two segments which are „Pelajari Matematik‟ and „Kuiz Matematik
Tambahan‟. „Pelajari Matematik‟ segment will discuss more on the easier way of
answering technique during examination. This will surely help the students to score
well in examinations. For the „Kuiz Matematik Tambahan‟ segment, it will focuses
more on the questioning technique in order to check students‟ understanding. This
online magazine used lot of multimedia elements such as graphic, flash animation
and video to attract students‟ interest. Developer of this online magazine hopes that
this project can help students in a way that they will grasp the wide range of
mathematics beyond what they had learned in class.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI CARTA xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 7
1.5.1 Pelajar 8
1.5.2 Guru 9
1.5.3 Sekolah 9
1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 10
1.6 Skop dan Batasan Projek 11
1.7 Kerangka Teori 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Internet 14
1.8.2 Kuiz 14
viii
1.8.3 Laman Web 14
1.8.4 Majalah Web 15
1.8.5 E-Pembelajaran 15
1.8.6 Pengajaran 15
1.9 Penutup 16
2 KAJIAN LITERATUR 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Penaksiran Formatif 18
2.3 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan
Matematik 20
2.3.1 Penaksiran Berasaskan Komputer
(Computer-Based Assessment) 21
2.3.2 Jenis Soalan 22
2.3.2.1 Soalan Jenis Aneka Pilihan 23
2.3.2.2 Jawapan Pendek 23
2.3.2.3 Betul-Salah 24
2.4 Sistem Pengurusan Kursus-MOODLE 25
2.4.1 Modul Kuiz MOODLE 26
2.4.2 Perkaitan Modul Kuiz MOODLE dengan
Teori ARCS (Keller, 1987) 28
2.5 Perisian Sumber Terbuka JOOMLA 32
2.6 Kesalahan dan Miskonsepsi Lazim Dalam
Matematik 34
2.7 Penyelesaian Masalah Dalam matematik 36
2.7.1 Langkah Penyelesaian Mengikut Polya 37
2.8 Penutup 38
3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 39
3.1 Pengenalan 39
3.2 Kaedah Pelaksanaan 39
3.2.1 Analisis (Analysis) 40
3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 40
3.2.1.2 Topik 42
ix
3.2.1.3 Strategi 42
3.2.2 Merekabentuk (Design) 43
3.2.3 Pembangunan (Development) 45
3.2.3.1 Pembangunan Kuiz Matematik
Tambahan 47
3.2.3.2 Pembangunan Artikel Ruang Pelajari
Matematik 56
3.2.4 Pelaksanaan (Implimentation) 61
3.2.5 Penilaian (Evaluation) 61
3.3 Penutup 62
4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB 63
4.1 Pengenalan 63
4.2 Carta Alir 64
4.3 Paparan Majalah Web Matematik 65
4.3.1 Paparan Muka Hadapan Majalah Web
Matematik 65
4.3.2 Paparan Artikel dan Aktiviti 67
4.3.2.1 Paparan Artikel Dalam Ruangan
Pelajari Matematik 67
4.3.3 Paparan Penerapan Model ARCS dalam
Artikel dan Aktiviti 68
4.3.3.1 Model ARCS Dalam Ruangan
Pelajari Matematik 69
4.3.3.2 Model ARCS Dalam Soalan Kuiz
Matematik Tambahan 72
4.3.4 Paparan Log In Ke Ruangan Kuiz di
MOODLE 73
4.3.5 Paparan Kuiz 75
4.3.6 Paparan Gred Keputusan 78
4.3.7 Paparan Lain 80
4.4 Hasil Penilaian Soal Selidik 78
4.5 Penutup 81
x
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 88
5.1 Pengenalan 88
5.2 Perbincangan 88
5.3 Keistimewaan Kuiz Matematik Tambahan dan
Ruangan Pelajari Matematik 90
5.3.1 Kuiz Matematik Tambahan 90
5.3.2 Ruangan Pelajari Matematik 91
5.4 Kebaikan Kuiz Matematik Tambahan dan Pelajari
Matematik 92
5.4.1 Isi Kandungan 92
5.4.2 Penyampaian 92
5.4.3 Navigasi 93
5.5 Masalah yang Dihadapi 93
5.5.1 Isi Kandungan 94
5.5.2 Kepakaran 94
5.5.3 Perisian 95
5.5.4 Internet 95
5.5.5 Kekangan Masa 96
5.6 Batasan Kuiz Matematik Tambahan Dan Ruangan
Pelajari Matematik 96
5.7 Cadangan Pembaikan Dan Pembangunan di Masa
Hadapan 97
5.8 Kesimpulan 98
5.9 Penutup 99
RUJUKAN 100
LAMPIRAN 103
xii
SENARAI CARTA
NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Pra Penilaian 61
4.1 Carta Alir Majalah Web Matematik 64
4.2 Sikap Positif 83
4.3 Memberikan Maklumat Tambahan 84
4.4 Menarik Minat 85
4.5 Ruangan „Pelajari Matematik‟ 86
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori Projek 12
3.1 Prosedur Pembangunan Soalan Kuiz 45
3.2 Prosedur Pembangunan Artikel Pelajari
Matematik
46
3.3 Paparan MOODLE 47
3.4 Paparan login 48
3.5 Paparan turn editing on 49
3.6 Paparan Add an Activity 50
3.7 Paparan Adding a new Quiz 50
3.8 Paparan Create New Question 51
3.9 Paparan Antaramuka Pembangunan Soalan 52
3.10 Paparan Folder Files 53
3.11 Paparan Coding <Img Src =”URL”> , Gred dan
Feedback
53
3.12 Paparan Description 54
3.13 Paparan Jawapan Betul-Salah (true-false) 55
3.14 Paparan Jawapan Pendek (Short Answer) 55
3.15 Paparan Add to Quiz 56
3.16 Paparan Log-In 57
3.17 Paparan Control Panel 58
3.18 Paparan Article 59
xiv
3.19 Paparan Insert Image 60
3.20 Paparan Memasukkan Gambar Ke Artikel 60
4.1 Paparan Muka Hadapan 66
4.2 Sambungan Paparan Muka Hadapan 66
4.3 Paparan Elemen Perhatian 69
4.4 Paparan Elemen Keyakinan 70
4.5 Paparan Elemen Keyakinan 71
4.6 Paparan Elemen Kepuasan 72
4.7 Paparan Login ke DM 73
4.8 Paparan ke Ruangan Kuiz 74
4.9 Paparan Memilih Tajuk Kuiz 74
4.10 Paparan Attempt Quiz 75
4.11 Paparan Tempoh Masa 76
4.12 Paparan Butang Submit 77
4.13 Paparan Maklumbalas Betul 77
4.14 Paparan Maklumbalas Salah 78
4.15 Paparan Gred 79
4.16 Paparan Gred Bahagian Tengah 79
4.17 Paparan Penglibatan Pelajar 80
4.18 Paparan Participant 81
4.19 Paparan Masa Participant 81
4.20 Paparan Chat 82
xv
SENARAI SINGKATAN
CMS - Content Management System
JPEG - Joint Photographic Experts Group
MOODLE - Modular Object Dynamic Learning
URL - Uniform Global Locator
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Profesion perguruan hari ini digegarkan dengan satu situasi di mana menjelang
2010, pengambilan guru-guru baru akan dibekukan. Ini terjadi akibat daripada bajet
kerajaan yang telah melebihi daripada hadnya. Akibat daripada itu, para graduan
daripada profesion perguruan akan menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan
sebagai seorang guru. Justeru, kekurangan guru di sekolah akan berlaku dan perlu
diwujudkan satu komponen atau platfom untuk pelajar-pelajar belajar secara berterusan
di sekolah mahupun di rumah.
Sebelum krisis ini berlaku, pihak kerajaan telah pun menubuhkan Sekolah
Bestari bagi menyahut cabaran Wawasan 2020, melahirkan seramai mungkin golongan-
golongan intelektual pada masa hadapan. Hamidah, 2000 ada menerangkan sedikit
sebanyak mengenai objektif Sekolah Bestari ditubuhkan iaitu bagi meningkatkan mutu
pendidikan di sekolah-sekolah agar ianya sejajar dengan perkembangan teknologi
maklumat pada masa kini.
2
Sekolah Bestari bertujuan melakukan perubahan sistematik terhadap budaya
sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran
(Rohani Abdul Hamid, 1999). Berikutan dengan itu, aspek teknologi perlulah
diadunkan di dalam bidang pendidikan supaya ianya dapat meningkatkan prestasi para
pelajar di sekolah terutama sekali dengan berkembangnya perkembangan teknologi pada
hari ini dengan pesat.
Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju bahawa satu saluran maklumat pada
masa kini yang paling berkesan adalah melalui internet. Tidak hairanlah internet yang
sedang meluas kini perlu diberi perhatian agar pelajar-pelajar tidak menyalahgunakan
kemudahan internet ini untuk tujuan yang tidak baik. Sehubungan dengan itu, satu
portal pendidikan telah diwujudkan iaitu MySchoolNet dibangunkan hasil lanjutan
daripada idea berkenaan. Portal MySchoolNet atau Malaysian School Network
merupakan satu projek yang berkonsepkan “Pendidikan Melalui Internet”.
Portal merupakan satu laman web yang berbentuk elektronik yang boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan pelajar di sekolah. Portal ini ibarat buku teks yang
ditukarkan kepada laman web. Portal menggunakan teknologi internet sebagai
mediumnya semasa melakukan aktiviti pendidikan. Selain menyediakan pelbagai
maklumat berkaitan pendidikan, ICT dan pengetahuan am, pembangunan aktiviti
pendidikan berasaskan web adalah fokus utama portal ini diwujudkan. Antara bahan
yang disediakan merangkumi bahan yang bersifat interaktif dan juga tidak interaktif
seperti tutorial, nota pelajar, nota guru, berita semasa, ruangan sembang-sembang, forum
dan lain-lain lagi. Antara contoh-contoh portal pendidikan yang telah ada di Malaysia
adalah seperti MySchoolNet, Mytutor dan sebagainya.
Kelas matematik sememangnya dianggap kelas yang mencabar oleh pelajar
sekolah boleh di ubah menjadikan kelas yang berkesan dengan menerapkan unsur-unsur
3
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan melalui penggunaan internet dan
medium teknologi IT seperti e-pembelajaran. Proses pembelajaran melalui e-
pembelajaran ini tidak lagi berpusatkan kepada guru tetapi lebih kepada pelajar itu
sendiri mencari maklumat-maklumat yang berkaitan. Ini boleh menggalakan sikap
pelajar-pelajar untuk terus berusaha mencari sendiri maklumat tetapi dipandu oleh
gurunya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Seringkali kita dengari keluhan daripada para pelajar di mana mereka
menganggap subjek matematik merupakan subjek yang sukar difahami. Keadaan ini
menyebabkan ramai para pelajar yang gagal untuk mendapatkan keputusan yang
cemerlang semasa peperiksaan terutama sekali di luar bandar. Kita sedia maklum
bahawa kemudahan pendidikan di peringkat awal persekolahan iaitu sekolah rendah dan
juga sekolah menengah amatlah kurang berbanding di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Kekurangan kemudahan inilah menyebabkan pembelajaran yang efektif gagal dilakukan.
Menurut Mohammad Khatim, (2003) masalah-masalah dalam pendidikan Matematik di
Malaysia yang telah dikenalpasti ialah:
Kekurangan kemudahan pembelajaran terkini
Pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi
Kaedah pembelajaran agak membosankan
Kekurangan perisian pembelajaran matematik yang berasaskan Bahasa
Malaysia.
4
Keadaan kini menjadi sangat getir kerana para pelajar lebih fokus kepada
peperiksaan. Meraka belajar semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan dan
bukanlah kerana mahukan ilmu pengetahuan itu sendiri. Hal ini sama sekali bercanggah
dengan hasrat Falsafah Pendidikan negara yang bertujuan membantu pelajar
memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara
menyeluruh dan bersepadu. Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dapat
membantu para pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kehidupan
seharian mereka.
Selain itu, para guru zaman sekarang juga masih lagi mengekalkan pendekatan
pengajaran secara tradisonal iaitu pengajaran dan pembelajarn berpusatkan kepada guru.
Proses pengajaran sebegini hanyalah melibatkan guru yang aktif mengajar berbanding
pelajar-pelajar yang hanya menerima input semata-mata. Hal ini menyebabkan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas kurang menarik dan
membosankan. Ini juga sedikit sebanyak menyebabkan para pelajar gagal memberikan
sepenuh perhatian kepada pembelajaran mereka dan terjadilah gejala ponteng kelas di
sekolah. Seharusnya, guru bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat yang
terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi mereka berperanan untuk mewujudkan
komunikasi pelajar (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Justeru, perlu diingatkan kembali tugas
seorang guru itu bukanlah semata-mata hanya memberikan maklumat semata-mata tetapi
perlulah mengambil kira pembelajaran berpusatkan kepada pelajar.
Majalah web, Dunia Matematik yang dibangunkan memfokuskan kepada aktiviti
berpusatkan pelajar. Ini menggalakkan pelajar untuk aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan yang dipaparkan juga dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik
dan animasi. Selain itu, ia menerapkan penghargaan matematik di sekeliling dalam diri
pelajar. Dunia Matematik juga menerapkan pembelajaran secara sosial konstrukitivisme
dan pengalaman hands-on sesuai dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
5
Kuiz matematik tambahan yang ingin ditonjolkan di dalam ruang kuiz majalah
web Dunia Matematik adalah untuk menggalakkan pelajar menjawab soalan-soalan yang
mudah dan ringkas selain terus mendapat feedback apabila memberikan jawapan untuk
setiap soalan. Pelajar-pelajar juga terus boleh mengetahui mengenai markah keputusan
kuiz mereka apabila selesai menjawab kesemua soalan-soalan yang diberikan. Semasa
kuiz dijalankan, pelajar-pelajar diberikan masa lebih kurang 15 minit untuk setiap 5
soalan. Ini dapat mengajar pelajar untuk menguruskan masa mereka dengan baik
apabila menghadapi peperiksaan yang sebenar.
Selain itu juga, peranan yang ingin ditonjolkan dalam majalah web Dunia
Matematik ini ialah pengajaran matematik secara mudah dan ringkas tetapi dapat
memudahkan pelajar-pelajar untuk memahaminya. Dengan kemudahan teknologi yang
ada, hasil penyelesaian boleh ditunjukkan secara terperinci melalui grafik yang boleh
dihasilkan menggunakan perisian-perisian tertentu. Ini sedikit sebanyak dapat menarik
minat pelajar untuk mempelajari matematik kerana kebiasaannya para pelajar lebih
gemar dengan grafik komputer yang boleh bergerak-gerak menunjukkan sesuatu
penyelesaian yang berkaitan dengan matematik.
1.3 Pernyataan Masalah
Pembelajaran yang berkesan tidak akan berlaku tanpa ada komunikasi dua hala
antara guru dan juga pelajar. Pengajaran dan pembelajaran tidak hanya melibatkan
proses pemindahan fakta dari guru kepada pelajar semata-mata, tetapi pelajar juga
mestilah melibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung
dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Zawawi, 2000). Di dalam KBSM itu sendiri
ada menegaskan bahawa guru-guru perlu mengembangkan kurikulum matematik secara
6
melibatkan para pelajar secara aktif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang
berkaitan dengan matematik. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap kefahaman
mereka di dalam matematik.
Bagi mengatasi masalah yang timbul akibat daripada sistem pengajaran
tradisional, corak pembelajaran secara interaktif dengan menggunakan e-pembelajaran
perlu diwujudkan. Ini kerana proses pembelajaran menggunakan e-pembelajaran
mempunyai banyak kelebihan antaranya pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran
pada bila-bila masa dan dimana jua mereka berada. Selain itu, bahan sokongan
pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan di seluruh dunia. Pelajar-
pelajar zaman sekarang juga lebih terarah menggunakan internet untuk mempelajari
sesuatu. Ini merupakan salah satu alternatif bagi menggalakkan para pelajar berminat
untuk mempelajari matematik itu sendiri.
Pembelajaran menerusi laman web merupakan satu kaedah atau cara yang paling
berkesan pada masa kini. Ia dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks
serta tidak berstruktur menyerupai keadaan kehidupan yang sebenar (Jamaludin dan
Zaidatun , 2003). Kuiz yang bakal dibangunkan juga sedikit sebanyak memberi peluang
bagi pelajar mengenalpasti kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka dalam
matematik dan memperbetulkannya pada peringkat awal. Ia juga menyediakan
penaksiran berbentuk formatif berkualiti yang dapat digunakan oleh guru sebagai aktiviti
kelas pada akhir setiap pengajaran. Diharapkan dengan kewujudan majalah web Dunia
Matematik ini, ianya sedikit sebanyak dapat menyediakan bahan-bahan serta maklumat
yang berkaitan dengan matematik yang komprehensif dan meluas.
7
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini adalah untuk :
i. Membangunkan kuiz majalah web Matematik menggunakan sistem
pengurusan kursus bagi subjek Matematik Tambahan.
ii. Menyediakan artikel tentang kaedah mempelajari matematik bagi ruangan
“Pelajari Matematik” dalam majalah web Matematik.
iii. Mengenal pasti pandangan guru pelatih terhadap kesesuaian ruangan
“Pelajari Matematik” dan “Kuiz Matematik Tambahan” di dalam majalah
web Matematik.
1.5 Kepentingan Projek
Diharapkan dapatan daripada pembangunan majalah web ini dapat menerangkan
sedikit sebanyak mengenai pelajari matematik yang mudah serta menjawab kuiz
matematik tambahan yang merupakan subjek “killer” di sekolah. Pembangunan majalah
web ini sangat penting kepada para pelajar, guru, sekolah, ibubapa serta masyarakat.
Berikut pembangun akan membincangkan setiap kepentingan web ini kepada pelajar,
guru, ibu bapa serta masyarakat dengan lebih terperinci.
8
1.5.1 Pelajar
Majalah web Matematik ini merupakan satu platform bagi mendapatkan rujukan
tambahan mengenai matematik yang sememangnya meluas dari segala bidang. Majalah
web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat bermanfaat kepada pembaca yang
dihasilkan oleh pembangun serta komuniti Dunia Matematik sendiri berdasarkan bahan-
bahan kajian yang telah dibuat. Mohamad 2001 ada menerangkan di mana ICT
digunakan bertujuan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampaui bilik darjah
bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah dan mengikut kadar
pembelajaran individu. Oleh itu, para pelajar bolehlah menjadikan majalah web Dunia
Matematik ini sebagai sumber rujukan tambahan selain menjadi bahan mengulangkaji
pelajaran di rumah.
Kuiz yang disediakan di dalam majalah web Dunia Matematik ini dapat
dilakukan berulang kali oleh pelajar sehingga mereka mahir. Selain dapat mengelakkan
para pelajar berasa malu sekiranya mereka mendapat markah yang sedikit berbanding
rakan-rakan yang lain. Ini kerana hanya pelajar tersebut sahaja yang mengetahui tahap
mereka sendiri apabila selesai menjawab semua soalan yang telah disediakan.
Maklumbalas serta merta diberikan setiap kali menjawab soalan kuiz. Ini membolehkan
pelajar-pelajar mengenal pasti kesalahan atau kelemahan mereka sendiri dan
memperbaikinya dengan segera.
Soalan-soalan yang disediakan di dalam majalah web Dunia matematik ini
adalah lebih mecabar dan melibatkan pengaplikasian konsep yang telah dipelajari di
sekolah. Pelajar-pelajar akan diberikan pendedahan kepada masalah-masalah matematik
yang lebih sukar dan kompleks. Pelajar juga dapat berhubung dengan guru-guru dan
rakan-rakan lain melalui forum dan chat yang telah disediakan.
9
1.5.2 Guru
Pada masa kini, globalisasi berada dalam era teknologi maklumat. Dalam bidang
pendidikan terutamanya guru-guru perlu bersedia untuk menghadapi perubahan selaras
dengan pertumbuhan dan perkembangan teknologi maklumat. Sehubungan itu, guru
seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan ICT agar tidak
ketinggalan zaman. Beban guru juga dapat dikurangkan dengan wujudnya majalah web
Dunia Matematik ini. Hal ini kerana terdapat banyak maklumat dan latihan yang boleh
dirujuk dan boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru juga boleh berhubung dengan para pelajar pada bila-bila masa untuk
menyelesaikan dan mengenalpasti masalah mereka.
Bukan itu sahaja, guru tidak perlu menghabiskan masa untuk memilih soalan-
soalan yang menarik untuk dicuba oleh pelajar kerana majalah web ini menyediakan
kuiz dengan soalan-soalan yang berkualiti dan dalam bentuk yang lebih interaktif. Guru
hanya menunggu hasil kemajuan setiap pelajar secara serta merta apabila mereka selesai
menjawab semua soalan tanpa perlu membuang masa untuk menanda jawapan pelajar-
pelajar tersebut. Ini kerana setiap kali pelajar mencuba kuiz-kuiz tersebut, markah
pelajar yang diperolehi akan terus dihantar kepada guru. Oleh itu, pengurusan akademik
pelajar akan menjadi lebih sistematik dan teratur.
1.5.3 Sekolah
Sekolah merupakan salah satu tempat yang paling sesuai untuk mengaplikasikan
majalah web ini. Majalah web ini boleh diperkenalkan bermula di sekolah dengan
10
mengadakan kelas IT. Pihak sekolah boleh memantau prestasi pelajar melalui majalah
web ini. Selain itu, ianya juga dapat memudahkan pihak pengurusan akademik sekolah
dalam merekodkan tahap kemajuan pelajar dalam bidang matematik. Ini kerana prestasi
setiap pelajar boleh dilihat terus melalui majalah web ini.
1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat
Seiring dengan kemajuan teknologi ICT di negara ini, masyarakat Malaysia
diperkenalkan dengan penggunaan majalah web Dunia Matematik di sekolah. Ini
merupakan salah satu cara untuk menjadikan masyarakat Malaysia yang celik IT.
Penggunaan medium seperti majalah web ini adalah sangat berkesan untuk ibu bapa
yang mahu mengetahui tahap prestasi anak-anak mereka di dalam peperiksaan. Interaksi
boleh berlaku tanpa perlu menghadirkan diri ke sekolah menerusi penggunaan email,
chat dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh mendapatkan sumber rujukan tambahan
yang berguna untuk anak-anak mereka melalui majalah web ini. Hal ini kerana majalah
web ini dihasilkan untuk semua pembaca tanpa mengira usia. Terdapat bahagian yang
umum dan juga khusus untuk pelajar-pelajar sekolah. Ibu bapa boleh melihat ruangan
yang umum sebagai menambah maklumat sedia ada mereka selain dapat mengetahui
perkara-perkara yang berkaitan matematik di sekeliling kita.
11
1.6 Skop dan Batasan Projek
Skop dan batasan projek setakat menyediakan :
i. Kuiz Matematik Tambahan (’Quiz’)
ii. Sumber Pelajari Matematik (’Source’
Batasan projek ini adalah untuk
i. menyediakan kuiz matematik tambahan untuk tahap pembelajaran menengah
atas untuk sepuluh keluaran majalah web Matematik.
ii. menyediakan artikel tentang kaedah pembelajaran matematik berkesan untuk
sepuluh keluaran majalah web Matematik.
12
1.7 Kerangka Teori
Rajah 1.1: Kerangka Teori Projek
1. Setiap individu
membentuk
perwakilan
pengetahuan mereka
sendiri melalui aktiviti
sosial yang dialami
dan yang dilalui.
2. Pembelajaran
berlaku apabila
terdapat pebincangan
dan pertukaran
pendapat antara ahli
kumpulan.
3. Pembelajaran
berlaku dalam
konteks sosial,
interaksi antara rakan
dan individu lain
adalah bahagian
penting pembelajaran.
SOSIAL KONSTRUKTIVISME
Sistem pengurusan kandungan
Model ADDIE
Model ARCS
13
Sehubungan dengan itu, majalah web Matematik ini telah dibangunkan
berasaskan teori pembelajaran ARCS, Keller 1987. Teori ARCS terdiri daripada empat
ciri asas iaitu:
i. Perhatian (Attention) – Strategi untuk memberansangkan dan mengekalkan rasa
ingin tahu dan minat pelajar
ii. Perkaitan (Relevance) – Strategi untuk menghubungkan keperluan, minat dan motif
pelajar.
iii. Keyakinan (Confidence) – Strategi untuk membantu pelajar membangunkan
jangkaan positif untuk kejayaan pencapaian pembelajaran.
iv. Kepuasan (Satisfaction) – Strategi untuk membekalkan pengukuhan ekstrinsik dan
instrinsik.
Seterusnya, pembangun telah menggunakan JOOMLA serta MOODLE sebagai
tapak kepada pembangunan majalah web Matematik. Ini berdasarkan kepada satu
model rekabentuk pengajaran yang sangat popular iaitu Model ADDIE (Rossett 1987).
Model ini terdiri daripada empat elemen utama iaitu Analisis (Analysis), Rekabentuk
(Design), Pembangunan (Development), Perlaksanaan (Implementation) dan Penilaian
(Evaluation).
1.8 Definisi Istilah
Dalam pembangunan ini terdapat beberapa istilah khusus digunakan. Definisi
istilah-istilah tersebut adalah:-
14
1.8.1 Internet
Internet adalah kumpulan rangkaian yang disambungkan bersama dan
dibangunkan di atas sekumpulan jaringan yang merangkumi seluruh dunia dan jaringan
yang terbentuk tersebut mengandungi banyak jenis komputer yang berbeza. Kumpulan
atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia. (Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002)
1.8.2 Kuiz
Menurut kamus dewan edisi ke empat, kuiz merupakan ujian tentang
pengetahuan seseorang dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab. Dalam
konteks projek ini, kuiz merujuk kepada soalan-soalan dengan jawapan aneka pilihan
1.8.3 Laman Web
Valque (2000) mendefinisikan laman web sebagai koleksi dokumen berformat
untuk web yang memaparkan elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, dan video.
Menurut buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, Laman web ialah dokumen
HTML pada World Wide Web (www) yang mengandungi hiperteks dengan dokumen
lain pada www dan juga merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting dalam
internet.
15
1.8.4 Majalah Web
Menurut wikipedia.com (2008), ‘An online magazine is a magazine that is
delivered in an electronic form.’ Kesimpulannya, majalah web merupakan majalah yang
menggunakan medium elektronik untuk penyampaiannya kepada para pembaca.
1.8.5 E-Pembelajaran
Penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN
atau Internet). Yusof dan Razmah (1999) mendefinisikan bahawa e-pembelajaran
adalah penggunaan teknologi Internet dan rangkaian untuk membantu, memudahkan dan
mempercepatkan pembelajaran.
1.8.6 Pengajaran
Mengikut Kamus Dewan (1998), pengajaran membawa maksud segala sesuatu
yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar.
16
1.9 Penutup
Teknologi dalam pendidikan amatlah digalakkan penggunaannya pada masa kini
seiring dengan pembangunan era teknologi negara. Bidang pendidikkan perlu
diterapkan unsur-unsur kemajuan seperti belajar secara elektronik menggunakan
komputer, belajar dengan menggunakan medium seperti radio, televisyen dan
sebagainya. Di sini dapat kita lihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi di mana pembelajaran
berpusatkan pelajar. Pelajar sendiri yang mendapatkan maklumat daripada medium-
medium yang telah digunakan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, majalah web
Matematik telah dibangunkan untuk dimanfaatkan oleh semua para pelajar, guru-guru,
ibu bapa serta masyarakat. Ini bertujuan sebagai bahan tambahan yang berguna untuk
para pelajar menambahkan ilmu pengetahuan mereka selain daripada sumber yang
didapati di sekolah. Selain itu juga, majalah web ini menyediakan aktiviti yang menarik
seperti forum, chat, permainan serta kuiz yang lebih flexible dengan pelajar. Pembangun
mengharapkan agar pelajar-pelajar mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada majalah
web Matematik ini selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai matematik
secara keseluruhan.
17
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Seiring kemajuan teknologi maklumat hari ini, medium internet telah
dijadikan sebagai salah satu medium perantaraan yang mesra pengguna di mana
seluruh masyarakat di seluruh dunia dapat berkomunikasi sesama mereka ibarat
dunia tanpa sempadan. Bidang pendidikan turut tidak ketinggalan dalam mengejar
arus kemajuan teknologi. E-pembelajaran meupakan salah satu inisiatif kerajaan
dalam merealisasikan internet sebagai salah satu medium pembelajaran pada masa
kini. E-pembelajaran ini sangat memberikan kesan yang positif kepada pelajar-
pelajar. Pelajar boleh melayari internet walau di mana mereka berada. Ini
memudahkan pelajar-pelajar untuk belajar dan mendapatkan seberapa banyak
maklumat untuk bekalan mereka di masa hadapan.
MOODLE dan Joomla merupakan salah satu sumber terbuka yang sesuai dan
dirasakan terbaik bagi menghasilkan sebuah e-pembelajaran dan e-majalah yang
menarik, lengkap dengan segala keperluan penting dalam pembelajaran serta boleh
digabungkan unsur-unsur grafik, video serta gambar-gambar yang dapat menjadikan
pembelajaran itu lebih bermakna. Ini sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar-
18
pelajar untuk mendalami sesuatu dengan lebih mendalam. Namun semua ini perlu
digunakan di atas talian dan pelajar atau sesiapa sahaja pengguna perlu mengakses
internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut.
Penaksiran berbentuk atas talian atau secara online masih lagi dianggap salah
satu kaedah yang masih baru untuk dilaksanakan. Strategi penggunaan teknologi
serta e-pembelajaran akan memberikan penaksiran yang berkesan dan efisien
berbanding dengan penaksiran kaedah tradisional. Pada dasarnya, penaksiran
merupakan suatu proses untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses
pengajaran dan pembelajaran samada berkesan atau sebaliknya. Dalam konteks ini,
jenis ujian berkomputer adalah salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang
paling sesuai digunakan dalam proses penaksiran. Justeru, peperiksaan atau ujian
yang sesuai digunakan untuk mentaksirkan domain kognitif atau kebolehan mental
seseorang. Dua domain lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksirkan
dengan menggunakan kaedah peperiksaan.
Majalah web Matematik menggunakan penaksiran berbentuk formatif
berbentuk kuiz aneka pilihan yang disediakan di atas talian. Kuiz yang
menggunakan perisian terbuka MOODLE ini menerapkan beberapa langkah bagi
mengatasi kesalahan serta miskonsepsi lazim yang seringkali dihadapi oleh pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutama sekali di dalam subjek
matematik.
2.2 Penaksiran Formatif
Dalam perspektif seorang guru, penaksiran adalah proses untuk mengumpul
bukti, membuat inferens dan seterusnya kesimpulan tentang sesuatu hasil
pembelajaran mereka terhadap pelajar. Manakala dalam pandangan seorang pelajar,
19
penaksiran dilihat sebagai medium untuk mereka menunjukkan pemahaman dan
kemahiran terutama dalam matematik. Penaksiran dikatakan medium kerana melalui
penaksiran, pelajar boleh menyatakan pelajaran yang telah dipelajari, pelajaran yang
difahami, pelajaran yang masih mereka kabur, dan tentang pelajaran yang telah
menghalang kefahaman mereka seterusnya membantutkan proses pembelajaran
mereka.
Kuiz yang dihasilkan di dalam majalah web Matematik ini bertujuan untuk
menyediakan penaksiran formatif yang berasaskan web atau lebih kepada kuiz
berbentuk online. Penilaian formatif adalah untuk mengawasi proses pembelajaran
semasa atau sepanjang proses pengajaran (Mohd Najib Ghafar, 1997). Ini bererti
sesuatu proses pembelajaran yang berlaku semasa di dalam kelas akan terkawal atau
dipandu agar tidak lari dari objektif asal pembelajaran itu. Bukan itu sahaja, ia juga
turut dapat memberikan maklum balas tentang kejayaan atau kegagalan sesuatu
pembelajaran itu secara berterusan. Guru-guru bolehlah membuat refleksi terhadap
pengajarannya melalui hasil penaksiran formatif itu tadi.
Penaksiran berbentuk formatif bertujuan untuk menggalakan pembelajaran
yang berkesan dikalangan pelajar. Ketika sesi pembelajaran di dalam kelas, guru
boleh memberikan maklum balas yang boleh membantu mereka atau dengan cara
memberi maklumat yang berguna untuk mereka mengikuti pelajaran yang berikutnya
dengan lebih berkesan.
Melalui penaksiran berbentuk formatif, guru boleh mengenal pasti kesalahan,
kesukaran dan masalah yang dihadapi pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Kemudian guru juga boleh melihat kaedah pengajaran yang
digunakan itu sama ada berkesan atau tidak. Hasil penilaian formatif tersebut dapat
membantu guru mengatasi masalah yang dihadapi pelajar, seterusnya meningkatkan
prestasi mereka.
20
Untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental pelajar, suatu
peperiksaan atau ujian merupakan salah satu kaedah, yang dijalankan untuk
mengukur sejauh mana proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan. Terdapat
berbagai jenis ujian namun ujian yang terdapat dalam majalah web ini adalah
berbentuk kuiz dan ia boleh dikatakan ujian berkomputer. Kuiz atas talian yang
disediakan dalam majalah web Matematik ini boleh digunakan oleh guru sebagai
bahan penaksiran dan latih tubi untuk pelajar di luar kelas.
2.3 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Matematik
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik amat
digalakan oleh guru-guru supaya dapat memperkembangkan lagi tajuk yang diajar.
Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa kumpulan pelajar yang belajar
berbantukan komputer lebih berkemahiran dalam bidang-bidang lain sekiranya
mereka mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama.
Tambahan pula, pelajar turut boleh membuat latihan secara langsung dengan
menggunakan internet. Latihan yang dibuat secara atas talian (online) memudahkan
guru membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar mereka. Melalui cara ini,
pembelajaran berlaku secara berterusan dan tidak mengira waktu. Menurut Noriah
Idris (2006), dalam masa tertentu, pelajar boleh diibaratkan sebagai guru kerana
mengarah diri sendiri untuk melakukan penemuan kendiri atas apa yang mereka
pelajari. Ini dapat mengurangkan masa guru untuk memberikan pengajaran dengan
lebih mendalam dan pelajar akan lebih mudah dan cepat untuk faham.
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan aplikasi seperti spreadsheet,
multimedia dan internet. Namun penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat
membantu sistem pendidikan negara dalam pelaksanaan proses pengajaran dan
21
pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Penggunaan komputer dan internet
tidak mengubah peranan guru. Meskipun sudah banyak laman-laman web yang
berkaitan dengan pembelajaran matematik, namun guru boleh meningkatkan
kemahiran mereka terutama dalam bidang IT.
2.3.1 Penaksiran Berasaskan Komputer (Computer-Based Assessment)
Penaksiran berasaskan komputer merupakan pembelajaran maya yang
memerlukan penggunaan internet melalui „World Wide Web’. Ia juga dikenali
sebagai pengujian berasaskan komputer (Computer-Based Testing), e-peperiksaan
dan ujian berkomputer kerana ujian, peperiksaan, kuiz atau latihan diuruskan melalui
elektronik, sama ada berkomputer atau atas talian atau menggunakan kedua-duanya.
Penaksiran berasaskan komputer memerlukan penggunaan komputer sepenuhnya
atau peralatan elektronik yang bersesuaian asalkan maklum balas direkod secara
elektronik. Sistem ini membolehkan pendidik menyediakan nota atau artikel,
menyusun jadual, menerima laporan soal selidik, kuiz, ujian atau peperiksaan.
Terdapat pelbagai kelebihan dalam penaksiran menggunakan internet
berbanding dengan ujian tradisional yang menggunakan pen dan kertas. Selain
daripada menjimatkan masa, ia dapat memberikan keputusan markah pelajar dengan
serta merta. Malah pelajar juga turut menerima maklum balas secara konsisten.
Pengurusan ujian dalam pemberian markah turut sama rata tanpa pilih kasih. Dengan
menggunakan sistem berkomputer, guru tidak pilih kasih terutamanya ketika
memberikan markah kepada pelajar. Jawapan yang diberikan oleh pelajar juga akan
diberikan maklum balas dengan cepat.
Pelbagai aspek perlu dititik beratkan sekiranya memilih sistem penaksiran
berdasarkan komputer ini. Penggunaan perisian yang sesuai dan berkualiti penting
22
untuk memberikan pengujian ini berterusan. Sebab itulah penting sekiranya
penghasilan ujian atau kuiz ini disediakan dengan menggunakan perisian yang
selamat serta berlesen dan memerlukan talian internet yang lancar supaya pelajar
mahupun guru menggunakannya pada bila-bila masa.
2.3.2 Jenis Soalan
Terdapat pelbagai jenis soalan-soalan yang boleh ditanya kepada pelajar
semasa peperiksaan. Setiap soalan-soalan tersebut mempunyai kebaikan dan juga
had masing-masing. Guru boleh memilih jenis soalan yang bersesuaian dengan
tahap kognitif pelajar di mana setiap pelajar itu mempunyai tahap kognitif mereka
yang tersendiri. Menurut Mohd Najib Ghafar (1997), pengujian kognitif tahap
rendah memerlukan jenis soalan yang berbeza jika dibandingkan dengan pengujian
kognitif tahap tinggi.
MOODLE telah menyediakan pelbagai jenis soalan-soalan yang sesuai untuk
ditujukan kepada para pelajar. Antaranya ialah soalan berbentuk aneka pilihan
(multiple choice), betul atau salah (true / false), soalan yang memerlukan jawapan
pendek (short answer), soalan bernombor (numerical), pengiraan, padanan,
penghuraian (description), soalan padanan rawak jawapan pendek (random short-
answer matching), dan jawapan terbina (embedded answers). Namun soalan kuiz
dan penyelesaian masalah lebih diberikan penekanan kepada soalan berbentuk aneka
pilihan, jawapan pendek serta betul-salah.
23
2.3.2.1 Soalan Jenis Aneka Pilihan
Soalan berbentuk aneka pilihan begitu sinonim dengan soalan berupa
objektif. Soalan objektif ini memerlukan setiap pelajar menjawab soalan yang
diberikan dengan menandakan atau membulatkan hanya satu jawapan sahaja. Satu
soalan yang dikemukakan mempunyai beberapa pilihan jawapan samada 4 pilihan
jawapan atau lima pilihan jawapan. Masalah yang sering ditanya lebih berbentuk
soalan atau pernyataan yang tidak lengkap yang turut dipanggil stem. Soalan jenis
ini sesuai untuk ujian diagnostik atau pemulihan. Ia boleh digunakan untuk menguji
tahap kognitif rendah dan tahap kognitif tinggi.
Kuiz yang disediakan di dalam majalah web Matematik ini tidak memerlukan
pelajar untuk membulat atau menanda jawapan mereka dengan menggunakan pensil.
Mereka turut tidak perlu memadam sekiranya hendak menukar jawapan, cuma perlu
klik pada pilihan jawapan yang dikehendaki sahaja. Malah guru juga boleh
melakukan penaksiran melalui soalan jenis aneka pilihan kerana ia bersesuaian
dengan penaksiran berasaskan web. Markah untuk soalan jenis ini mudah untuk
diketahui dan boleh diperolehi dengan serta merta.
2.3.2.2 Jawapan Pendek
Antara soalan-soalan berobjektif berbentuk mudah adalah jawapan pendek,
atau jenis pengisian tempat kosong. Menurut Mohd Najib Ghafar (1995) soalan
jawapan pendek memberikan soalan yang berupa pernyataan. Para pelajar akan
diberikan soalan yang memerlukan mereka menaip jawapan mereka di dalam patak
kosong yang telah disediakan. Namun seringkali pelajar dikehendaki untuk
melengkapkan ayat dengan satu perkataan atau frasa.
24
Kadangkala jenis soalan jawapan pendek dikatakan soalan jenis berstruktur.
Ia tidak boleh dikelaskan sebagai soalan berbentuk esei kerana sistem pemarkahan
bagi jenis soalan ini adalah berbeza-beza. Soalan esei sukar untuk ditentukan
keobjektifan dengan sekali pemeriksaan. Walaupun soalan jenis ini memerlukan
jawapan yang agak pendek, namun guru dapat mengetahui tahap kebolehan
seseorang pelajar itu. Sikap sesetengah pelajar yang suka meneka jawapan juga
boleh dielakkan kerana jawapan yang diperlukan pendek sahaja. Pengujian
kebolehan tahap kognitif tinggi agak terhad. Malah rasional jawapan yang diberikan
oleh pelajar juga tidak dapat diketahui. Masalah yang terdapat dalam soalan jenis ini
adalah ia memberikan petanda yang amat sedikit untuk mengesan kelemahan pelajar.
2.3.2.3 Betul-Salah
Soalan jenis betul-salah juga merupakan salah satu jenis soalan berobjektif
mudah. Soalan jenis ini juga boleh dikatakan sebagai soalan aneka pilihan yang
mudah kerana soalan jenis betul-salah hanya menyediakan dua pilihan jawapan
sahaja iaitu sama ada betul atau salah. Pembinaan bagi soalan jenis betul-salah ini
amatlah mudah dan mengambil masa yang singkat untuk menyiapkannya.
Ujian jenis ini tidak boleh menerangkan dengan tepat tentang kebolehan
pelajar kerana sukar untuk mengetahui sama ada pelajar meneka atau tidak dalam
pemilihan jawapan. Penekanan soalan jenis betul-salah menggalakkan pelajar untuk
menghafal nota atau mengingat fakta. Namun guru tidak perlu membina soalan jenis
ini secara keseluruhan untuk sesuatu ujian.
25
2.4 Sistem Pengurusan Kursus-MOODLE
Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment (MOODLE)
adalah nama program yang memberikan pembelajaran berbentuk web. Majalah web
Matematik yang dibina menggunakan sistem pengurusan maklumat yang dikenali
sebagai Joomla. Namun bahagian kuiz dalam majalah web ini dibangunkan dengan
menggunakan sistem MOODLE iaitu sistem pengurusan kursus (Course
Management System) dan seterusnya dihubungkan kepada majalah web tersebut.
MOODLE dicipta oleh Martin Dougiamas, seorang pemegang ijazah Sains
Komputer serta Pendidikan. Beliau kini menjadi seorang admin WebCt di Curtin
Universiti, Australia. Beliau menyatakan bahawa “The use of Open Source software
to support a social constructionist epistemology of teaching and learning within
Internet-based communities of reflective inquiry”. Kandungan yang terdapat dalam
MOODLE sangat fleksibel. Malah ia melibatkan pengajaran dan pembelajaran
melalui konstruktivisme sosial.
Perkataan MOODLE berasal daripada akronim bagi Modular Object-
Oriented Dynamic Learning Environment. Perisian terbuka ini dicipta untuk para
pendidik menghasilkan pengajaran mereka supaya lebih menarik dan interaktif. Ia
memerlukan pelajar berada di talian untuk melihat paparan yang disediakan serta
memudahkan para pelajar belajar secara langsung. Sistem e-pembelajaran seperti ini
juga dikenali sebagai Learning Management Systems (LMS), Virtual Learning
Environments (VLE), dan Learning Content Management Systems (LCMS).
MOODLE disediakan dengan 75 bahasa di 193 buah negara. Ini
membolehkan MOODLE digunakan oleh pelbagai bangsa yang tidak menggunakan
bahasa inggeris sebagai medium pengantaraannya. MOODLE juga boleh digunakan
tanpa perlu pengubahsuaian pada sistem yang menyokong PHP (Hyper
preprocessor) seperti Unix, Linux, Windows, Mac OS X, dan NetWare. Data pada
26
MOODLE boleh disimpan dalam satu pangkalan data seperti MySQL dan
PostgreSQL dimana bersesuaian untuk MOODLE 1.6.
Penggunaan MOODLE mula berkembang sejak 1999. Versi MOODLE yang
terbaru iaitu versi 1.9 telah dikeluarkan pada Mac 2008. Pembaharuan terbesar yang
dilakukan untuk kemudahan pengguna seperti bahasa serta pameran skrin yang
fleksibel telah mula dibangunkan pada versi 1.5. Pengguna boleh menggunakannya
bila-bila masa dan mengedit kerja seberapa banyak yang mereka mahu berikutan
tiada limit serta bayaran. Malah pengguna juga boleh menyebar dan mengubah
perisian ini dibawah syarat-syarat GNU (General Public License) tanpa sebarang
bayaran.
Dengan penggunaan MOODLE, pengguna boleh menghantar item berita,
memberi tugasan dan menyemak, menghantar jurnal elektronik serta sumber-sumber
pembelajaran dan banyak lagi. Ciri menarik seperti forum, pengurusan maklumat,
tinjauan, chat, kuiz dan blog juga terdapat dalam MOODLE. Namun, projek ini
lebih difokuskan kepada pembangunan kuiz matematik.
2.4.1 Modul Kuiz MOODLE
Penggunaan kuiz atas talian mempunyai pelbagai kelebihan berbanding
penggunaan pensil-kertas yang konvensional. Antara kelebihan tersebut adalah:
i. Soalan kuiz boleh dicuba untuk beberapa kali dengan maklum balas atau
jawapan yang diberikan. Ia adalah fleksibel seiring dengan kehendak
guru yang menghendaki pelajar mereka memantapkan kefahaman dan
kemahiran mereka dalam pembelajaran. Namun soalan yang disediakan
berubah-ubah kedudukan (shuffle) nombor dan jawapan untuk
27
mengelakkan pelajar daripada menghafal jawapan bagi percubaan yang
seterusnya.
ii. Kuiz ini akan digredkan secara automatik selepas pelajar menyudahkan
kuiz mereka. Guru juga boleh memeriksa latih tubi yang pelajar lakukan
berikutan markah gred pelajar mereka direkodkan serta merta ke rekod
guru. Ini boleh mengurangkan beban guru untuk memeriksa satu persatu
kuiz pelajarnya. Malah pelajar dan guru boleh melihat gred tersebut pada
bila-bila masa.
iii. Masa menjawab kuiz juga boleh ditentukan oleh guru. Ini dapat
mengelakkan pelajar leka semasa menjawab kuiz tersebut. Dengan ada
nya tingkap masa yang terpapar, pelajar boleh mengetahui dengan mudah
akan tempoh masa yang tinggal untuk mereka menyudahkan kuiz
tersebut. Malah, dengan adanya kekangan masa yang terpapar, ini boleh
mengelakkan pelajar daripada merujuk pada buku.
iv. Maklum balas adalah komponen penting dalam penaksiran formatif.
Oleh itu maklum balas segera terpapar setelah pelajar menjawab soalan.
Ini dapat memberikan panduan kepada pelajar menjawab soalan sekiranya
jawapan mereka kurang tepat. Maklum balas ini menjadi panduan untuk
pelajar membetulkan miskonsepsi dan kefahaman mereka dalam tajuk
tersebut.
v. Setiap jawapan yang disediakan juga mempunyai markah tersendiri.
Sistem pemarkahan adalah berbeza mengikut jawapan yang diberikan
oleh pelajar. Ia tidak semestinya sifar, tapi mengikut kesesuaian pilihan
jawapan. Markah tersebut boleh dikurangkan mengikut bilangan
percubaan yang dilakukan pelajar.
vi. Bentuk soalan yang disediakan untuk kuiz adalah aneka pilihan dengan
satu jawapan. Pelajar hanya perlu menekan kekunci yang disediakan.
Soalan yang berbentuk penyelesaian masalah pula disediakan dalam
28
bentuk soalan benar-salah, soalan jawapan pendek dan aneka pilihan satu
jawapan.
Walau bagaimanapun, menjadi tanggungjawab guru sekiranya menggunakan
kelebihan ini dengan sebaik mungkin. Bersesuian dengan objektif pembelajaran,
guru boleh memilih soalan yang berbentuk peperiksaan untuk penaksiran yang
berkualiti.
2.4.2 Perkaitan Modul Kuiz MOODLE Dengan Teori ARCS (Keller, 1987).
MOODLE merupakan salah satu medium pembangunan laman web yang
paling berkesan. Kuiz yang dihasilkan melalui perisian MOODLE ini boleh
dikaitkan dengan Teori ARCS yang sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar
untuk mempelajari sesuatu terutama sekali di dalam subjek matematik. Ciri-ciri
fleksibel yang terdapat dalam MOODLE itu sendiri membuatkan para pelajar
meminati sesuatu subjek yang seringkali dianggap sukar.
Teori ARCS (Keller, 1987) merupakan teori pembelajaran yang lebih
berbentuk kepada motivasi di mana teori ARCS ini menggunakan pendekatan yang
mudah digunakan untuk meningkatkan tarikan motivasi dalam pembelajaran setiap
pelajar. ARCS menyediakan kerangka yang kuat untuk mereka dan meningkatkan
mutu motivasi dalam berbagai-bagai entiti seperti pengajaran di bilik darjah,
penyediaan bahan di internet, dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Kuiz yang dibangunkan di dalam majalah web Matematik dengan
menggunakan perisian MOODLE ini mengaplikasikan pendekatan Teori ARCS.
Teori ini di pilih berdasarkan kajian yang telah dibuat di mana perlu diterapkan
29
unsur-unsur motivasi pelajar agar pelajar-pelajar lebih bermotivasi untuk
mempelajari sesuatu terutama sekali di dalam subjek matematik. Teori ini juga lebih
berpusatkan kepada pelajar dan ini lebih menggalakkan setiap pelajar untuk
meningkatkan pembelajaran inkuiri mereka. Di samping itu juga, teori ini dapat
menarik minat pelajar melalui 4 elemen asas iaitu perhatian (Attention), perkaitan
(Relevance), keyakinan (Confident) serta kepuasan (Satisfaction). Kesemua elemen-
elemen ini tadi dirasakan dapat menarik atau memupuk minat pelajar agar lebih
meminati untuk mempelajari matematik memandangkan pendekatan ini lebih
berbentuk motivasi kepada pelajar.
Antara elemen-elemen penting yang terdapat dalam Teori ARCS adalah
seperti berikut:
i. Perhatian (Attention)
Terdapat 3 penekanan di dalam elemen perhatian ini iaitu perangsangan
persepsi, perangsangan inkuiri dan kepelbagaian. Perangsangan persepsi adalah
menyediakan novelti, kehairanan, ketakkongruenan atau ketidakpastian. Sebagai
contoh seorang guru menunjukkan gambar yang tidak lengkap atau kotak yang
tertutup dan dihiaskan dengan tanda soal kepada murid-murid.
Seterusnya peransangan inkuiri menekankan stimulasikan rasa ingin tahu
dengan mengajukan soalan atau masalah untuk diselesaikan. Contohnya guru
menyampaikan satu senario tentang sesuatu masalah dan mengarahkan murid-murid
untuk menyelesaikannya dengan munasabah berasaskan apa yang telah dipelajarinya
di dalam kelas.
Akhir sekali ialah kepelbagaian di mana menekankan kepelbagaian kaedah
dan media yang digunakan untuk memenuhi kehendak pelajar yang berbeza-beza.
30
Sebagai contoh selepas menyampaikan dan meneliti isi pelajaran di OHP, murid-
murid menjalankan perbincangan dan latihan dalam kumpulan koperatif.
ii. Perkaitan (Relevance)
Melalui elemen perkaitan turut menekankan 3 perkara yang utama iaitu
orientasi matlamat, pemadanan motif serta kebiasaan. Orientasi matlamat
menerangkan objektif dan tujuan berkaitan dengan instruksi dan kaedah-kaedah
spesifik untuk pencapaian berjaya. Sebagai contoh guru menjelaskan objektif dan
kepentingan objektif pelajaran.
Seterusnya pemadanan motif pula adalah memadankan objektif dengan
keperluan dan motif pelajar. Contohnya guru membenarkan pelajar menyampaikan
hasil projek dalam bentuk bertulis, lisan atau grafik demi menyesuaikan gaya dan
keperluan pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan pelajarnya.
Akhir sekali adalah mengenai kebiasaan di mana menyampaikan isi
kandungan dengan cara yang mudah difahami dan boleh berkaitan dengan
pengalaman dan nilai pelajar. Contohnya pelajar diminta memberi contoh tentang
pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan konsep yang telah diterima di dalam
kelas.
iii. Keyakinan (Confidence)
Prasyarat pembelajaran, kesempatan berjaya serta tanggungjawab kendiri
merupakan antara 3 elemen yang penting di dalam teori keyakinan ARCS. Prasyarat
pembelajaran memaklumkan pelajar tentang prasyarat pembelajaran dan prestasi
serta kriteria taksiran. Sebagai contoh guru menyediakan pelajar dengan senarai
kriteria taksiran tentang projek penyelidikan yang ditugaskan. Selain itu juga,
diedarkan contoh-contoh baik projek-projek yang lalu.
31
Kesempatan berjaya pula menyediakan kesempatan mencabar dan bererti
untuk pembelajaran berjaya. Contohnya sebelum memulakan projek penyelidikan,
murid-murid dibenarkan untuk berlatih mencungkil dan merumuskan maklumat dari
berbagai-bagai sumber. Usaha murid diberi maklumbalas agar murid berasa yakin
tentang tugasan yang akan dilakukannya.
Akhir sekali tanggungjawapan kendiri di mana ianya mengaitkan kejayaan
pembelajaran kepada usaha dan kebolehan peribadi pelajar. Contohnyanya guru
menulis maklum balas tentang kualiti prestasi pelajar dan memperakukan dedikasi
dan kesungguhan pelajar.
iv. Kepuasan (Satisfaction)
Elemen terahir di dalam teori ARCS ini adalah kepuasan di mana
merangkumi pengukuhan intrinsik, gangaran eksrintik dan equiti. Pengukuhan
Intrinsik menyokong dan menggalakkan nikmat intrinsik akibat pengalaman
pembelajaran. Sebagai contoh guru menjemput bekas pelajar untuk memberi
perakuan tentang kepentingan kemahiran belajar dalam kerja rumah dan projek kelas.
Gangaran eksrintik pula memberi pengukuhan positif dan maklum balas
bermotivasi. Contohnya guru menganugerahkan sijil kepada murid apabila murid
telah menguasai satu set kemahiran yang lengkap.
Akhir sekali adalah equiti yang mana memastikan piawaian dan akibat yang
konsisten untuk kejayaan. Contohnya selepas tamatnya projek kumpulan, guru
memberi maklum balas berdasarkan kriteria yang telah diedarkan terlebih dahulu.
32
Pelajar perlu membina pengetahuan mereka sendiri dan guru hanya
berperanan untuk memberi sokongan dan maklum balas. Tugas guru adalah sebagai
penyampai pembelajaran yang baru. Dalam teori ARCS pembelajaran yang berlaku
lebih berpusatkan kepada pelajar. Tugas guru hanyalah sebagai pemerhati dan
melihat perkembangan tahap pemahaman pelajar-pelajarnya.
Peranan guru dalam memberi sokongan diaplikasikan dalam kuiz di
MOODLE yang menyediakan maklum balas. Ia adalah sebagai bimbingan untuk
pelajar setiap kali mereka mencuba kuiz tersebut.
2.5 Perisian Sumber Terbuka Joomla
Majalah web matematik yang telah dibangunkan menggunakan perisian sumber
terbuka yang bernama Joomla. Perisian sumber terbuka bermaksud perisian ini adalah
percuma serta terbuka kepada sesiapa sahaja. Malah ia tidak memerlukan sebarang
kod untuk mendapatkannya dan sesiapa sahaja boleh memilikinya tanpa bayaran.
Perisian sumber terbuka tidak memerlukan lesen dan ia boleh dimuat turun. Dengan
menggunakan Joomla, pengguna boleh belajar cara menulis software atau majalah
web. Mereka boleh melakukan apa sahaja, sama ada menukar kod, memodifikasi dan
menyalin-edar secara terbuka dan sebagainya.
Joomla mula diperkenalkan pada Ogos 2005 dan menggunakan nama awal
iaitu Mambo. Pada September 2005, nama baru Joomla telah diguna sehingga
sekarang dimana ia berasaskan dari perkataan Swahili (Arabic:ةلمج ,and Urdu: ہ (جمل
yang bermaksud “all together” atau “as a whole”. Dalam bahasa melayu, perkataan
tersebut membawa maksud mari bersama-sama. Joomla versi pertama selepas
keluaran Mambo telah diperkenalkan pada 16 September 2005. Joomla yang
33
dikeluarkan pada ketika itu dilengkapi dengan pengesan peranti dan memiliki tahap
keselamatan yang sederhana.
Joomla sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin membangunkan laman web.
Ia sangat berkuasa dan stabil untuk mempersembahkan majalah web dalam pelbagai
bentuk dan ia perlu digunakan dengan talian internet. Joomla dapat menyalurkan
maklumat dalam bentuk elektronik dengan sistem dan isi kandungan yang mudah
diuruskan. Selain daripada boleh didapati tanpa sebarang bayaran, Joomla mudah
diperoleh dan dimiliki. Antara kelebihan lain Joomla adalah:
i. mempunyai Sistem Pengurusan Isi Kandungan (Content Management System
– CMS) yang menyimpan semua isi kandungan bahan-bahan dalam laman
web. Pembangun laman web tidak perlu menguruskannya. Malah dengan
menggunakan CMS, mereka tidak memerlukan kemahiran teknikal dan
pengetahuan untuk menguruskannya.
ii. Joomla boleh disambungkan atau dipanjangkan dengan mengikut kebiasaan
seorang pembangun laman web. Ia mudah digunakan sekiranya mereka
hendak mengubah kerja menjadi panjang atau menambah komponen. Tiada
sebarang bayaran dikenakan sekiranya hendak menyambung atau
menggunakan Joomla dalam tempoh yang panjang.
iii. Joomla boleh ditukar dengan pelbagai bahasa. Mudah untuk penulisan yang
tidak menggunakan bahasa rasmi dalam Joomla.
iv. mudah dimuat turun apabila sesorang pengguna itu mempunyai servis web
berupa PHP dan MySQL terutama ketika sedang hands-on atau dalam talian
internet.
v. Joomla mempunyai Joomla Templete Tutorial dimana ia adalah tutorial yang
memberi pengetahuan kepada pengguna untuk mencipta templat dan
komponen dalam Joomla. Ia juga memberi panduan kepada pengguna untuk
mengedit laman web yang sedia ada untuk digunakan di Joomla.
34
vi. menyokong aplikasi tambahan dalam “Web Services” dan keselamatan di
dalam sistem talian seperti Lightweight Directory Access Protocol (LDAP).
vii. Membenarkan persembahan isi kandungan, templat dan gaya paparan yang
seragam dari pelbagai destinasi dan pelayar.
2.6 Kesalahan Dan Miskonsepsi Lazim Dalam Matematik
Seringkali para pelajar menghadapi masalah dalam menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas yang diperlukan di dalam matematik. Menurut Mike (2002),
kesalahan dan miskonsepsi pelajar termasuklah kepada kecuaian, bermasalah dalam
membaca soalan atau silap dalam mentafsir soalan serta lemah dari segi
pengetahuan. Kadangkala terdapat juga pelajar yang hanya mencari kata kunci
dalam sesuatu soalan itu lalu terus melihat kepada nombor yang ada untuk
memulakan penyelesaiannya tanpa merancang strategi menjawab soalan dengan
baik.
Dalam kuiz majalah web Matematik ini, setiap jawapan yang diberikan oleh
pelajar semasa menjawab soalan-soalan mempunyai maklum balas yang tersendiri.
Ini bertujuan untuk membantu setiap pelajar yang menghadapi masalah dalam
memperbetulkan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik itu. Secara tidak
langsung, pelajar boleh mengetahui kesalahan lazim mereka yang sering dilakukan
dan ini sedikit sebanyak dapat menerapkan pembelajaran kendiri di dalam diri
mereka.
Menurut Radatz (1979), Yudaria et.al (2005), jenis kesalahan lazim pelajar
boleh dibahagi kepada lima kategori am iaitu:
35
i. Kesalahan dalam memproses maklumat dalam bahasa matematik.
Seringkali setiap pelajar akan menghadapi masalah atau kesukaran dalam
mempelajari istilah, simbol dan konsep matematik. Ini mengakibatkan
pelajar salah faham semasa membaca teks matematik dan mentafsir soalan
terutama soalan berbentuk penyelesaian masalah.
ii. Kesalahan dalam mendapatkan maklumat yang berbentuk ‟spatial‟.
Matematik banyak menggunakan simbol dan visual sebagai perwakilan
dalam penyampaian maklumat. Kebanyakkan pelajar menghadapi kesukaran
menggambarkan sesuatu objek matematik serta mendapatkan maklumat
daripada bentuk visual atau spatial tersebut semasa menyelesaikan masalah
matematik. Ini bermaksud mereka tidak mahir dalam mentafsirkan maklumat
daripada visualisasi.
iii. Kesalahan disebabkan kelemahan menguasai kemahiran, fakta dan konsep
asas
Para pelajar seringkali kekurangan pengetahuan asas mengenai isi
kandungan sesuatu topik dalam matematik sedangkan ia adalah faktor penting
untuk pencapaian yang baik dalam matematik. Kelemahan asas ini
termasuklah tidak mengetahui algoritma, kurang menguasai fakta asas dan
pengetahuan yang tidak mencukupi mengenai konsep-konsep dan simbol-
simbol matematik yang penting.
iv. Kesalahan akibat membina perkaitan idea matematik yang tidak tepat
Pengalaman pelajar yang terhad atau kurang dalam menyelesaikan
masalah matematik boleh mengakibatkan kelemahan dalam memproses
36
maklumat. Ini boleh menyebabkan mereka kaku dalam pemikiran mereka
dan akhirnya tiada idea untuk menyelesaikan masalah tersebut semasa
peperiksaan.
v. Kesalahan menggunakan strategi yang tidak bersesuaian
Kesilapan ini biasanya terjadi apabila pelajar telah berjaya menggunakan
sesuatu kaedah atau strategi dalam menyelesaikan masalah sebelumnya.
Kemudian mereka menggunakan kaedah atau strategi tersebut dalam masalah
matematik yang lain tanpa mengambil kira kesesuaiannya.
2.7 Penyelesaian Masalah dalam Matematik
Penyelesaian masalah merupakan satu proses yang sangat penting semasa
peperiksaan di mana ia menguji bagaimana seseorang individu itu menggunakan
pengetahuan sedia ada, kemahiran serta segala pemahamannya untuk mengenal pasti
sesuatu masalah yang diberikan untuk diselesaikannya. Namun, pelajar mengalami
kesukaran untuk menyelesaikan masalah matematik walaupun hakikatnya mereka
faham konsep tajuk tersebut. Tambahan pula kini pembelajaran adalah dalam
Bahasa Inggeris dan senario ini menyukarkan pelajar memahami soalan yang
diberikan apabila mereka kurang faham dengan istilah yang diberikan.
Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui
empat peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi
penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula
penyelesaian.
37
2.7.1 Langkah Penyelesaian Mengikut Polya
Langkah penyelesaian masalah mengikut model Polya (1957) adalah seperti
berikut:
i. Memahami dan mentafsir masalah
Langkah pertama yang perlu diambil ialah pelajar perlu mengenal pasti setiap
kata kunci yang terdapat pada masalah yang diberikan. Pelajar boleh menggariskan
atau menyalin semula kata kunci yang diberikan terutama sekali yang melibatkan
angka. Dengan cara ini pelajar boleh meneka kehendak soalan.
ii. Merancang strategi penyelesaian
Setelah pelajar memahami soalan yang diberikan dan mngenalpasti kata
kunci bagi masalah tersebut, strategi penyelesaian masalah perlu dirancang. Pelajar
boleh menentukan operasi yang terlibat dan cara pengiraan operasi yang bersesuaian
dengan kehendak soalan atau masalah. Terdapat beberapa jenis strategi penyelesaian
masalah yang boleh diguna pakai. Mengikut Polya strategi penyelesaiannya
termasuklah membuat simulasi, melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti
pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya.
iii. Melaksanakan strategi penyelesaian
Setelah mengetahui kaedah yang bersesuaian untuk digunakan, pelajar
bolehlah merangka jalan penyelesaian bagi soalan tersebut. Sebaik sahaja strategi
penyelesaian masalah dikenal pasti, pelajar akan melaksanakan strategi tersebut
dengan menggunakan kemahiran mengira, kemahiran geometri, kemahiran algebra
ataupun kemahiran penaakulan. Namun, ia bergantung kepada bentuk soalan yang
diberikan.
38
iv. Menyemak semula penyelesaian
Akhir sekali, setelah menyelesaikan masalah atau menjawab soalan yang
diberikan, pelajar bolehlah menyemak semula penyelesaian tersebut untuk
menentukan sama ada jawapan yang diberikan itu munasabah atau tidak. Di samping
itu, pelajar juga bolehlah mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian
serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut.
2.8 Penutup
Penaksiran formatif merupakan satu kaedah penaksiran yang terdapat dalam
kuiz yang dibina supaya guru boleh mengambil berat pengajaran dan pembelajaran
pelajar-pelajarnya dalam sesuatu topik itu sendiri. Malah soalan yang disediakan
juga melibatkan beberapa penyelesaian masalah serta penerapan Teori ARCS yang
dikaitkan di dalam kuiz atas talian. Maklum balas yang diterima pelajar boleh
menyedarkan mereka tentang kesilapan dan kelemahan supaya mereka boleh
menguasai semula topik berkenaan.
39
BAB 3
PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai langkah-langkah yang diperlukan
semasa proses pembangunan kuiz majalah web Matematik dengan menggunakan
perisian sistem pengurusan kursus MOODLE. Turut dibincangkan mengenai prosedur
pembangunan artikel bagi ruangan „Pelajari Matematik‟ menggunakan perisian
pengurusan sistem maklumat JOOMLA.
3.2 Kaedah Pelaksanaan
Model ADDIE merupakan model reka bentuk instruksi yang sering menjadi asas
kepada model instruksi yang lain. Bab ini akan membincangkan aplikasi model ADDIE
dalam pembangunan kuiz majalah web. Seperti yang diketengahkan oleh Rosset (1987)
40
dalam buku Pembangunan Perisian Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik oleh Jamal
Harun (2001), terdapat lima peringkat dalam model ADDIE iaitu Analisis (Analysis),
Rekabentuk (Design), Pembangunan (Development), Perlaksanaan (Implementation) dan
Penilaian (Evaluation). Model ADDIE boleh diwakili oleh aliran kerja seperti berikut:
3.2.1 Analisis (Analysis)
Peringkat pertama dalam model ADDIE memerlukan pembangun mengenal pasti
keperluan mereka dan masalah yang boleh diatasi. Dalam menganalisis, pembangun
juga perlulah mengambil kira kumpulan sasaran, topik yang dibincangkan dalam kuiz
dan juga strategi.
3.2.1.1 Kumpulan Sasaran
Kuiz yang telah dibangunkan ini mengambil kira kumpulan sasaran seperti
berikut:
i) Pelajar
Pelajar yang terlibat dengan kuiz ini adalah antara 12 hingga 17 tahun. Soalan
UPSR yang disediakan bersesuaian untuk tahap sekolah rendah. Tahap pembelajaran
menengah rendah terdiri daripada 13 hingga 15 tahun, bersesuaian untuk Peperiksaan
41
Menengah Rendah (PMR). Manakala untuk pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil
Pendidikan Malaysia (SPM) pula terdiri daripada pelajar menengah atas yang berumur
16 dan 17 tahun. Soalan yang disediakan menepati kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan berbentuk klon peperiksaan tetapi mempunyai tahap kesukaran
yang sedikit tinggi.
ii) Guru / sekolah
Guru dan sekolah seharusnya menggalakkan pelajar menggunakan majalah web
sebagai salah satu cara pembelajaran. Pembangunan kuiz ini memudahkan tugas guru
dalam menilai dan mentaksir pembelajaran pelajar mereka. Pihak sekolah pula perlu
menyediakan infrastruktur bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
mengikut kehendak KPM. Guru dan sekolah boleh menjadikan majalah web ini sebagai
sumber rujukan untuk mengetahui tips atau artikel yang berkaitan dengan matematik.
iii) Ibu bapa / masyarakat
Sebagai ibu bapa, mereka didedahkan dengan penggunaan majalah web ini.
Malah mereka boleh mengetahui tahap kefahaman anak-anak mereka dalam subjek
matematik menerusi kuiz. Masyarakat pula boleh menolong dalam mempromosikan
penggunaan majalah web dalam sistem pembelajaran masa kini.
42
3.2.1.2 Topik
Terdapat 10 keluaran bagi majalah web Matematik ini. Setiap bulan mempunyai
topik-topik yang berbeza untuk subjek dalam SPM dan PMR. Terdapat beberapa bulan
yang menyediakan soalan untuk kuiz UPSR dan soalan berbentuk penyelesaian masalah
juga dipilih mengikut topik bulanan. Artikel untuk ruangan Pelajari Matematik pula
memberikan pendedahan untuk menguasai subjek matematik.
3.2.1.3 Strategi
Fokus bulanan majalah web ini adalah mengikut perkembangan semasa. Setiap
fokus yang berbeza akan mendedahkan kepada pembaca mengenai perkaitan isu tersebut
dengan matematik. Ruangan kuiz menyediakan soalan-soalan yang berbentuk klon
peperiksaan khusus untuk PMR dan SPM. Tajuk-tajuk kuiz yang dibangunkan pula
mengikut analisis peperiksaan tersebut. Ini membolehkan pelajar lebih fokus terhadap
subjek tertentu yang mempunyai jumlah soalan terbanyak dalam peperiksaan. Manakala
kuiz soalan tambahan dipilih secara rawak.
Ruangan kuiz ini juga berbentuk interaktif dengan penggunaan gambar yang
menarik serta bewarna-warni. Setiap pelajar cenderung untuk menggunakan kuiz
tersebut sebagai latihan tambahan dalam pembelajaran mereka.
43
Maklum balas yang disediakan boleh dianalisis untuk mengetahui kesalahan dan
kelemahan yang dilakukan pelajar. Arahan yang diberikan pula mudah difahami oleh
pembaca.
3.2.2 Merekabentuk (Design)
Pada peringkat ini menerangkan secara menyeluruh dalam mereka bentuk segala
aktiviti pembelajaran, pemilihan model pembelajaran, pemilihan kaedah soalan serta
penggunaan media seperti gambar rajah. Projek ini khususnya adalah untuk
menyediakan penilaian berbentuk formatif atas talian untuk kegunaan guru dan pelajar.
Ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar secara individu berdasarkan
maklum balas yang diberikan dengan segera. Maklum balas tersebut dapat mengubah
miskonsepsi pelajar dan mereka boleh membetulkan semula kesalahan yang mungkin
dilakukan semasa menjawab soalan kuiz tersebut.
Model pembelajaran ARCS (Keller, 1987) telah diterapkan di dalam mereka
bentuk soalan „Kuiz Matematik Tambahan” serta artikel ruangan „Pelajari Matematik‟.
Terdapat 4 elemen yang ditekankan oleh model ini iaitu Perhatian (Attention), Perkaitan
(Relevance), Keyakinan (Confident), dan Kepuasan (Satisfaction). Model pembelajaran
ini diterapkan agar dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik di
samping pembelajaran berkesan dapat diwujudkan.
Bagi menghasilkan bentuk soalan kuiz yang menerapkan model ARCS (Keller,
1987), elemen perhatian yang diterapkan oleh pembangun adalah dengan meletakkan
gambar rajah untuk soalan-soalan yang dikemukakan. Gambar rajah ini dapat menarik
44
perhatian pelajar-pelajar semasa menjawab soalan kuiz yang dikemukakan. Elemen
perkaitan pula diterapkan dengan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang
melibatkan masalah harian pelajar-pelajar. Soalan sebegini menjadikan pelajar dapat
melihat bahawa penggunaan matematik yang dipelajarinya dengan kehidupan seharian
mereka. Elemen keyakinan pula diterapkan dengan meletakkan soalan-soalan yang
mempunyai pilihan jawapan yang hampir sama dan jawapan yang disediakan
mempunyai tipu muslihatnya yang tersendiri. Ini sedikit sebanyak dapat membentuk
keyakinan pelajar untuk memilih jawapan yang tepat dan betul. Elemen terakhir iaitu
kepuasan diterapkan dengan memberikan maklum balas kepada pelajar untuk setiap
soalan yang diberikan. Maklum balas ini diberikan dalam bentuk pujian dan di akhir
kuiz, pelajar akan diberikan markah mengikut peratusan jawapan yang betul.
Bagi ruangan „Pelajari Matematik‟ juga diterapkan dengan model pembelajaran
ARCS (Keller, 1987). Elemen perhatian yang diterapkan oleh pembangun adalah
dengan memberikan soalan-soalan yang membuatkan pelajar-pelajar tertanya-tanya. Ini
bertujuan untuk membuatkan pelajar ingin terus mengetahui dengan lebih lanjut tentang
persoalan itu. Bagi elemen perkaitan pula diterapkan dengan mengaitkan topik
pembelajaran dengan topik yang diajar di dalam kelas. Ini menunjukkan pembelajaran
sebenar sedang berlaku walaupun di luar bilik darjah. Elemen keyakinan juga
diterapkan di dalam penghasilan artikel dengan meletakkan animasi flash yang
membiarkan pelajar sendiri yang mengawal animasi flash itu. Ini sedikit sebanyak dapat
membentuk keyakinan pelajar untuk terus mempelajari matematik. Elemen terakhir
yang diterapkan adalah elemen kepuasan di mana soalan yang dibuat dalam bentuk
animasi flash diletakkan di akhir pembelajaran dan meminta supaya pelajar menjawab
soalan-soalan yang ditanya berkaitan dengan topik yang diajar pada masa itu. Pelajar
akan diberikan markah dan ini memberikan satu kepuasan kepada pelajar setelah berjaya
menjawab kesemua soalan ringkas dengan tepat dan betul.
45
3.2.3 Pembangunan (Development)
Dalam peringkat pembangunan, kuiz ini akan mula dibangunkan langkah demi
langkah dan secara terperinci. Soalan-soalan kuiz dicipta berdasarkan daripada fasa reka
bentuk. Ia menggunakan perisian sumber terbuka, MOODLE dan dibangunkan
berdasarkan daripada modul kuiz. Carta alir berikut memaparkan prosedur
pembangunan kuiz Dunia Matematik.
Rajah 3.1: Prosedur Pembangunan Soalan Kuiz
Soalan, jawapan, maklumbalas
serta kesalahan lazim yang
ditunjukkan oleh pelajar ditaip
menggunakan Microsoft Word
Copy dan paste
persamaan matematik dan
gambar ke dalam paint.
Simpan sebagai JPEG. Upload fail JPEG tersebut
ke dalam folder Files
Upload soalan dengan
cara copy & paste
daripada Microsoft Word.
Masukkan gambar dan
persamaan daripada fail
yang telah diupload.
Upload pilihan jawapan
dengan menggunakan
coding <img src
=”URL”> untuk
masukkan gambar atau
persamaan. URL adalah
direktori fail tersebut.
Simpan sebagai New
Question
Add question to Quiz
46
Penyediaan artikel juga disediakan berdasarkan dari ruangan reka bentuk. Untuk
majalah matematik, ia disediakan dengan menggunakan perisisan terbuka Joomla. Carta
alir berikut memaparkan prosedur pembangunan artikel Pelajari Matematik untuk
majalah web Matematik.
Rajah 3.2: Prosedur Pembangunan Artikel Pelajari Matematik
47
3.2.3.1 Pembangunan Kuiz Matematik Tambahan.
Proses pembangunan kuiz memerlukan pembangun menjadi guru (as a teacher)
dalam perisian MOODLE setelah dipilih oleh administrator. Setelah membuka laman
web http://mathed.utm.my/duniamatematik/mdl192, pembangun boleh memilih ruangan
kuiz majalah web Matematik seperti dalam Rajah 3.3. Kemudian, pembangun harus
mendaftar (login) terlebih dahulu seperti dalam Rajah 3.4 dengan memasukkan
username serta password yang telah didaftarkan sebagai guru oleh administrator.
Rajah 3.3: Paparan MOODLE
48
Rajah 3.4: Paparan login
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pembangun adalah semasa proses
penyediaan soalan dalam seksyen kuiz adalah pembangun harus menekan butang turn
editing on. Rajah 3.5 menunjukkan butang turn editing on pada sebelah kanan atas muka
hadapan laman MOODLE setelah didaftar. Ini bertujuan untuk membolehkan
pembangun mengedit kuiz samada memasukkan kuiz yang baru atau membetulkan kuiz
yang sedia ada.
49
Rajah 3.5: Paparan turn editing on
Seterusnya, untuk menambah aktiviti baru di dalam ruangan kuiz ini, pembangun
harus memilih bahagian add an activity dan memilih kuiz (quiz), seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.6. Paparan Adding a new Quiz akan keluar setelah
pembangun menambah aktiviti kuiz yang baru sepeti dalam Rajah 3.7. Pembangun harus
menamakan kuiz tersebut serta memberikan sedikit penerangan dan ciri-ciri lain yang
boleh ditetapkan mengikut kehendak pembangun. Antara ciri-ciri tersebut adalah
bilangan percubaan, tempoh masa menjawab dan merombakkan soalan dan jawapan
(shuffle question and answer). Akhir sekali, pembangun memilih untuk simpan dan
sambung (save and continue).
51
Selepas itu, satu paparan akan keluar yang menunjukkan bahagian kuiz
menghendaki soalan dibina dan terus ke bank soalan. Pembangun harus memilih Create
new question dan pilih jenis soalan. Terdapat beberapa jenis soalan yang boleh dipilih
oleh pembangun antaranya multiple choice, calculated, description, essay dan
sebagainya. Sebagai contoh pembangun telah memilih soalan jenis multiple choice
seperti yang ditunjuk dalam Rajah 3.8. Kemudian paparan Adding a Multiple Choice
question akan keluar seperti Rajah 3.9. Soalan, jawapan dan maklum balas boleh di copy
dan paste mengikut kesenangan pembangun.
Rajah 3.8: Paparan Create New Question
52
Rajah 3.9: Paparan Antaramuka Pembangunan Soalan
Sekiranya terdapat pilihan jawapan yang berbentuk imej JPEG, pembangun
harus upload fail tersebut ke dalam folder files seperti dalam Rajah 3.10. Seterusnya,
sekiranya pilihan jawapan memerlukan imej tersebut, pembangun harus menggunakan
kod <img src = “URL”> dan masukkan ke dalam kotak jawapan. Sebagai contoh <img
src=http://mathed.utm.my/picture/kuiz/mdl92/answers2.gif> Untuk memperoleh URL
imej, pembangun harus kembali ke folder files dan right click untuk copy link location
untuk di paste kan ke soalan yang hendak dibangunkan. Setiap pilihan jawapan harus
diberikan gred masing-masing. Jawapan yang betul diberi markah 100%. Jawapan yang
kurang tepat diberi markah 33.33%, 30% dan 40% bergantung kepada kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar. Rajah 3.11 menunjukkan paparan kod dan pemberian gred serta
maklum balas untuk setiap pilihan jawapan.
54
Untuk pembinaan soalan kuiz yang bukan jenis aneka pilihan, pembangun boleh
memilih pilihan soalan seperti betul-salah (true-false) atau jawapan pendek (short
answer) seperti dalam Rajah 3.8 untuk membina soalan baru. Pembangun harus memilih
Description untuk meletakkan soalan berupa pernyataan terlebih dahulu seperti yang
dirujuk dalam Rajah 3.12.
Rajah 3.12: Paparan Description
Seterusnya, untuk pecahan soalan bagi pernyataan tersebut, pembangun boleh
memilih untuk mencipta soalan daripada jenis soalan betul-salah dan jawapan pendek di
petak yang disediakan. Untuk pengisian pada jawapan betul-salah dan jawapan pendek,
seperti yang ditunjuk dalam Rajah 3.13 dan Rajah 3.14.
55
Rajah 3.13: Paparan Jawapan Betul-Salah (true-false)
Rajah 3.14: Paparan Jawapan Pendek (Short Answer)
Akhir sekali, pembangun memilih „save as new question’ untuk menyimpan
soalan berikut ke dalam bank soalan. Pembangun boleh memilih soalan yang telah
dibuat dan disimpan dalam bank soalan. Kemudian, pembangun menambah soalan yang
dipilih tadi ke kuiz (add to quiz) yang baru dibina di sebelah kiri paparan. Rajah 3.15
menunjukkan proses tersebut.
56
Pembangun boleh mengubah soalan atau jawapan (edit quiz) pada bila-bila masa
yang diinginkan dengan menekan butang kecil edit yang telah disediakan.
Rajah 3.15: Paparan Add to Quiz
3.2.3.2 Pembangunan Artikel Ruangan Pelajari Matematik
Ruangan Pelajari Matematik di dalam majalah web Dunia Matematik
diwujudkan bertujuan untuk memberikan pendedahan khususnya kepada para pelajar
dalam mempertingkatkan kemahiran mereka dalam mempelajari matematik. Malah
pendedahan secara am kepada guru-guru serta ibubapa juga disediakan supaya mudah
57
untuk membantu pelajar-pelajar menguasai matematik dengan mudah. Majalah web ini
mengaplikasikan perisian terbuka JOOMLA.
Langkah pertama yang perlu dilakukan semasa penyediaan artikel untuk ruangan
pelajari matematik ini ialah, pembangun harus membuka laman web
http://mathed.utm.my/duniamatematik/administrator seperti Rajah 3.16 dan seterusnya
pembangun harus mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menggunakan username
serta password yang telah didaftarkan sebagai administrator krew Dunia Matematik.
Rajah 3.16: Paparan Log-In
Seterusnya, paparan control panel akan terpapar setelah pembangun mendaftar.
Pembangun akan memilih butang add new article seperti dalam Rajah 3.17 untuk
memulakan penulisan artikel tersebut.
58
Seperti yang dirujuk dalam Rajah 3.18, pembangun akan memilih section dan
category yang bertepatan dengan kehendak penulis. Sebagai contoh, pembangun
memilih edisi bulanan samada bulan januari, februari atau sebagainya dalam section dan
memilih ruangan Pelajari Matematik untuk category. Pembangun boleh memilih untuk
menaip artikel atau copy dan paste dari Microsoft Word ke ruangan kosong untuk
artikel. Sekiranya pembangun ingin meletakkan artikel tersebut di muka hadapan
majalah, pembangun boleh memilih „yes‟ untuk frontpage dan „yes‟ untuk published.
Rajah 3.17: Paparan Control Panel
59
Rajah 3.18: Paparan Article
Perisian JOOMLA ini juga turut menyediakan kemudahan memasukkan gambar,
animasi atau video ke dalam artikel. Sebagai contoh, menerusi Rajah 3.19, pembangun
boleh memasukkan gambar JPEG untuk dimuatkan ke dalam artikel dengan menekan
image disebelah kiri bawah. Kemudian, satu paparan akan keluar seperti dalam Rajah
3.20 yang menghendaki pembangun mencari gambar tersebut dalam folder yang telah
dimasukkan oleh pembangun ke dalam Media Manager yang turut terdapat di control
panel.
Setelah artikel tersebut siap, pembangun menekan ikon save dan serta merta
artikel tersebut disimpan. Bila-bila masa, pembangun boleh mengubah artikel tersebut.
61
3.2.4 Perlaksanaan (Implementation)
Setelah selesai semua perancangan, pembangun boleh mempersembahkan bahan
yang telah dibangunkan dan disediakan. Projek majalah web ini menyediakan pelbagai
artikel mengikut topik fokus bulanan. Ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan bila-bila
masa selagi talian internet disambung ke komputer pengguna.
3.2.5 Penilaian (Evaluation)
Peringkat penilaian menghendaki bahan yang telah dibangunkan ini dinilai atau
diuji keberkesanannya. Ia bertujuan supaya pembangun boleh menaik tarafkan
perlaksanaan yang berikutnya. Dalam projek ini, pembangun akan menilai kuiz dari
semasa ke semasa dengan memfokuskan isi, penggunaan bahasa, maklum balas dan
kesalahan lazim pelajar. Penilaian tidak formal turut diterima oleh penyelia dan rakan-
rakan lain seperti komen yang diterima turut dianggap sebagai menilai hasil kerja
pembangunan majalah web ini. Berikut merupakan carta alir bagaimana penilaian dibuat
terhadap beberapa responden yang terdiri daripada beberapa bakal guru pelatih.
Carta 3.1: Carta Alir Pra Penilaian
Pengguna mendaftar masuk ke Majalah
Web Dunia Matematik
Pengguna mengakses semua ruangan
dalam Majalah Web Dunia Matematik.
Pengguna memasuki ruangan soal selidik Pengguna memilih jenis soal selidik yang
berkaitan.
Pengguna memenuhkan soal selidik . Pengguna menghantar soal selidik yang
selesai dijawab.
62
3.3 Penutup
Model ADDIE (Rosset, 1987) adalah bersesuaian dengan langkah pembangunan
kuiz matematik dan artikel-artikel untuk majalah web Dunia Matematik. Diharapkan
supaya ianya sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk belajar secara kendiri
dan berdikari semasa proses pembelajaran mereka. Malah artikel-artikel yang disediakan
juga diharapkan agar dapat memberikan pendedahan yang sebenar, khususnya mengenai
perkaitan antara matematik. Semoga dengan majalah web ini, pelajar dapat memupuk
minat mereka dalam mempelajari subjek matematik dan seterusnya memperoleh
keputusan cemerlang di masa akan datang.
63
BAB 4
HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan dibincangkan hasil pembangunan yang telah berjaya
dihasilkan oleh pembangun setelah menjalankan proses rekabentuk dan juga
pembangunan. Perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah seperti carta alir,
paparan skrin hasil reka bentuk dan hasil penilaian majalah web matematik.
Pembangunan majalah web matematik ini telah menggunakan Model ADDIE bagi
proses pembangunan dan menerapkan Model pembelajaran berbentuk motivasi iaitu
model ARCS seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Majalah web matematik yang
dihasilkan juga menekankan aspek-aspek seperti persembahan bahan pembelajaran yang
menarik, penyusunan bahan-bahan pembelajaran, penerapan model ARCS dan juga
menerapkan sikap positif terhadap matematik di dalam diri pengguna. Paparan akan
lebih berfokuskan kepada paparan “Kuiz Matematik Tambahan” dan juga “Pelajari
Matematik”.
64
4.2 Carta Alir
Carta 4.1: Carta Alir Majalah Web Matematik
Daftar
Masuk
Home
Dunia
Matematik Soal
Selidik
Komuniti e-Forum
Menu
Utama
Aktiviti
Matematik
Fokus
Isu Semasa
Kesenian
Statistik
Sejarah
Tokoh
Kerjaya
Aplikasi
Tahukah Anda
Keluaran Lepas
Pelajari Matematik
Perisian Matematik
Permainan
Uji Minda
Kuiz
Pena Pembaca
65
4.3 Paparan Majalah Web Matematik
Majalah web Matematik mempunyai rekabentuk yang tersendiri di mana
mempunyai pecahan-pecahan ruangan serta aktiviti yang boleh dilakukan oleh
pengguna. Alamat url bagi majalah web matematik yang dibangunkan ini ialah
“http://mathed.utm.my/duniamatematik”.
4.3.1 Paparan Muka Hadapan Majalah Web Matematik
Majalah web matematik ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu menu
atas, menu utama dan menu aktiviti matematik. Bagi paparan menu atas merangkumi
submenu „Dunia Matematik‟, „Soal Selidik‟, „Komuniti‟ dan „e-Forum‟. Paparan bagi
menu utama pula terletak di sebelah atas kiri terdiri daripada ruangan submenu „Fokus‟,
„Isu Semasa‟, „Kesenian‟, „Statistik‟, „Sejarah‟, „Tokoh‟, „Kerjaya‟, „Aplikasi‟,
„Tahukah Anda‟ dan „Keluaran Lepas‟ manakala paparan menu aktiviti matematik pula
merangkumi submenu ruangan „Pelajari Matematik‟, „Perisian Matematik‟, „Permainan‟,
„Uji Minda‟, „Kuiz‟ dan „Pena Pembaca. Rajah 4.1 menunjukkan paparan muka
hadapan bagi majalah web Matematik ini.
67
4.3.2 Paparan Artikel dan Aktiviti
Pelbagai artikel dan aktiviti yang menarik disediakan di dalam majalah web
Matematik ini. Setiap artikel disunting mengikut fokus pada keluaran bulan tersebut.
Pengguna boleh memilih artikel atau aktiviti yang mereka mahu di ruangan muka
hadapan majalah. Walau bagaimanapun, projek ini hanya berfokuskan kepada ruangan
„Pelajari Matematik‟ dan „Kuiz Matematik Tambahan‟.
4.3.2.1 Paparan Artikel dalam Ruangan Pelajari Matematik
Ruangan „Pelajari Matematik‟ diletakkan adalah bertujuan untuk menyediakan
panduan atau rujukan tambahan mengenai teknik atau kaedah yang mudah kepada
pengguna bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan penyelesaian masalah
matematik. Ruangan ini diterbitkan pada setiap bulan dan pembangun memilih tajuk
atau topik-topik yang sering di tanya ketika peperiksaan. Teori pembelajaran berbentuk
motivasi iaitu Model ARCS (Keller, 1987) telah diterapkan di dalam penulisan artikel
bagi menarik minat pelajar terhadap mempelajari matematik. Rajah 4.1 menunjukkan
tajuk yang telah dipilih selama 10 keluaran dan telah diterbitkan di dalam majalah web
matematik ini.
68
Jadual 4.1: Artikel Dalam Ruangan Pelajari Matematik
No Bulan Tajuk
1 JUN 2009 Mengapa pelajar sering menghadapi masalah dalam
matematik
2 JULAI 2009 Persamaan Kuadratik
3 OGOS 2009 Persamaan Kuadratik Bahagian 2
4 SEPTEMBER 2009 Persamaan Kuadratik Bahagian 3
5 OKTOBER 2009 Transformasi 3D kepada 2D
6 NOVEMBER 2009 Penaakulan Mantik
7 DISEMBER 2009 Garis Lurus
8 JANUARI 2010 Pintasan dan Kecerunan Garis Lurus
9 FEBRUARI 2010 Garis Lurus Bahagian 2
10 MAC 2010 Tangen dan Bulatan
4.3.3 Paparan Penerapan Model ARCS Dalam Artikel dan Aktiviti
Pembangun telah memilih teori pembelajaran berbentuk motivasi iaitu model
ARCS (Keller, 1987) sebagai rekabentuk penulisan artikel. 4 elemen di dalam Model
ARCS iaitu perhatian (attention), relevan (relevant), keyakinan (confident) dan kepuasan
(satisfaction) telah diterapkan di dalam artikel pelajari matematik.
69
4.3.3.1 Model ARCS dalam Ruangan Pelajari Matematik
Berikut merupakan paparan artikel dari ruangan „Pelajari Matematik‟ yang telah
diterapkan elemen-elemen dari Model ARCS. Untuk elemen perhatian (attention),
pembangun telah menggunakan elemen warna tulisan dan juga suatu pernyataan yang
membuatkan pengguna tertanya-tanya seperti yang terdapat dalam Rajah 4.3.
Rajah 4.3: Paparan Elemen Perhatian
Tidak lengkaplah teori pembelajaran ARCS ini sekiranya elemen perkaitan tidak
diterapkan. Pengguna telah menerapkan elemen perkaitan di dalam artikel dengan
mengaitkan beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan kehidupan sehari-harian. Ini
70
dapat menunjukkan kepada pengguna perkaitan antara topik yang dibincangkan dengan
kehidupan sebenar pengguna.
Pengguna akan berasa yakin dengan apa yang ingin disampaikan oleh
pembangun sekiranya mereka diberikan peluang untuk melakukan sesuatu kepada
artikel berkenaan. Justeru, pembangun telah meletakkan animasi flash yang
membenarkan pengguna mengawal untuk menggunakan aplikasi flash tersebut. Rajah
4.4 menunjukkan penggunaan animasi flash di dalam artikel pelajari matematik. Selain
itu, elemen keyakinan (Confident) lain yang turut diletakkan adalah pembangun
membenarkan pengguna memberi komen berkenaan artikel. Rujuk rajah 4.5
Rajah 4.4: Paparan Elemen Keyakinan
71
Rajah 4.5: Paparan Elemen Keyakinan
Untuk elemen terakhir iaitu kepuasan (Satisfaction), pengguna diberikan kuiz
ringkas mengenai artikel yang telah dibaca yang terletak di bawah artikel berkenaan.
Setelah menjawab soalan ringkas ini, pengguna akan diberikan markah atau peratus dan
ini memberikan sedikit kepuasan kepada pengguna. Rujuk rajah 4.6.
72
Rajah 4.6: Paparan Elemen Kepuasan
4.3.3.2 Model ARCS dalam soalan Kuiz Matematik Tambahan
Kuiz Matematik Tambahan yang dibangunkan lebih berfokuskan kepada tahap
kefahaman umum pelajar mengenai Matematik Tambahan. Namun tajuk yang dipilih tidak
terlalu menekan pelajar dan lebih bersifat mudah bagi mengukuhkan lagi tahap kefahaman
pelajar terhadap sesuatu topik yang telah dipilih oleh pembangun. Pelbagai tajuk dipilih
berdasarkan kepada analisis soalan peperiksaan sebenar. Pembangun ingin memfokuskan tajuk-
tajuk tersebut kepada pelajar supaya lebihkan perhatian kepada tajuk yang soalannya kerap
keluar dalam peperiksaan. Kuiz yang dibangunkan menerapkan model pembelajaran ARCS
(Keller, 1987) agar kuiz yang dibangunkan dapat memotivasikan pelajar-pelajar.
73
4.3.4 Paparan Log In Ke Ruangan Kuiz di MOODLE
Sebelum mencuba kuiz yang disediakan anda perlu menaip laman web dunia matematik
terlebih dahulu iaitu “http://mathed.utm.my/duniamatematik”. Setelah itu, anda diharuskan
untuk menaip username dan password anda bagi menerokai majalah web dunia matematik ini.
Anda dikehendaki memilih ruangan kuiz untuk mencuba kuiz yang terdapat di dalam majalah
ini. Berikut adalah paparan log in serta paparan utama kuiz:
Rajah 4.7: Paparan Login ke DM
75
Kemudian, anda akan dipaparkan satu paparan yang membolehkan anda memiih
ruangan kuiz yang bersesuaian dengan anda untuk dicuba di mana apabila anda klik pilihan kuiz
tersebut anda akan terus pergi ke ruangan kuiz di MOODLE.
4.3.5 Paparan Kuiz
Setelah anda memilih kuiz yang ingin anda cuba, anda akan dipaparkan dengan paparan
kuiz dan anda perlu menekan butang ’attempt quiz now’ untuk menjawab soalan yang
disediakan. Paparan muka kuiz akan dipaparkan dan tempoh masa turut akan dipaparkan kepada
anda bagi mengingati pengguna untuk menjawab soalan berdasarkan masa yang telah ditetapkan.
Tempoh masa ini membolehkan anda bijak dalam membahagikan masa bagi menjawab 5 soalan
yang disediakan pada setiap kuiz.
Rajah 4.10: Paparan Attempt Quiz
76
Rajah 4.11: Paparan Tempoh Masa
Apabila anda telah menjawab semua soalan anda boleh menekan butang „submit all and
finish’ untuk menyemak jawapan bagi soalan yang telah anda jawab. Sekiranya anda ingin
menyemak setiap kali anda menjawab satu soalan anda juga boleh menekan butang „submit’.
Anda akan mendapat maklumbalas bagi jawapan yang betul ataupun salah dan pelajar dapat
melihat kesilapan bagi soalan yang tidak dapat dijawab dengan betul. Jadual di bawah
menunjukan paparan bagi maklumbalas yang betul serta maklumbalas yang salah.
78
Rajah 4.14: Paparan Maklumbalas Salah
4.3.6 Paparan Gred Keputusan
Sebaik sahaja anda selesai menjawab kuiz yang disediakan maka guru boleh melihat
gred keputusan pelajar di mana pelajar sendiri turut boleh melihat gred keputusan mereka
dengan menekan butang „grade’ pada ruangan paparan utama kuiz di MOODLE. Jadual di
bawah menunjukkan paparan „grade’ yang akan diperoleh apabila butang „grade’ ditekan.
80
Selain itu, sekiranya guru ingin melihat secara terperinci markah atau keputusan pelajar
yang mencuba kuiz ini maka guru boleh menyemak seperti jadual di bawah. Nama pelajar juga
akan disenaraikan pada ruangan ini untuk memudahkan guru melihat penglibatan pelajar yang
memasuki ruangan kuiz ini.
Rajah 4.17: Paparan Penglibatan Pelajar
4.3.7 Paparan Lain
Pengguna boleh memilih ruang ‟Participant‟ seperti yang terdapat dalam Rajah 4.13 di
bawah. Pengguna boleh melihat sesiapa yang telah mengakses ruangan tersebut di mana
disertakan seklai jangka masa seperti yang ditunjuk dalam Rajah 4.14. Secara tidak langsung,
pembangun boleh melihat seseiapa pengguna yang rajin mengakses dan lokasi mereka
mengakses.
82
Selain daripada itu, pengguna juga boleh bersembang atau bertukar-tukar pendapat pada
ruangan ’chat’ mengenai soalan yang terdapat pada ruangan kuiz ini. Rajah 4.15 menunjukkan
ruangan ’chat’ yang boleh digunakan oleh pengguna ketika menggunakan majalah web dunia
matematik ini.
Rajah 4.20: Paparan Chat
Pengguna juga boleh mengakses ruangan kuiz ini sambil mendengar alunan muzik yang
sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa tekanan ketika menjawab soalan yang aras tinggi.
Terdapat empat pilihan muzik yang boleh dipilih oleh pengguna untuk didengar sepanjang
menggunakan perisian ini. Rajah 4.16 di bawah menunujukan ruangan muzik yang boleh dipilih
oleh penguna.
83
4.4 Hasil Penilaian Soal Selidik
Pembangun telah menjalankan penilaian soal selidik kepada beberapa responden
yang dipilih dikalangan bakal-bakal guru pelatih yang telah menggunakan majalah web
matematik ini dan hasil soal selidik yang dilakukan adalah seperti berikut:
1. Pelajar menunjukkan sikap positif terhadap majalah web matematik.
Carta 4.2: Sikap Positif
56.25% responden setuju dan 43.75% sangat setuju bahawa pelajar menunjukkan
sikap positif terhadap majalah web matematik.
84
2. Majalah web matematik memberikan maklumat tambahan kepada pelajar
Carta 4.3: Memberi Maklumat Tambahan
37.96% responden sangat setuju dan 60.19% setuju bahawa majalah web
matematik memberikan maklumat tambahan kepada pelajar. Hanya 1.85% responden
tidak setuju dengan kenyataan berikut.
85
3. Majalah web matematik berjaya menarik minat pelajar untuk menggunakannya.
Carta 4.4: Menarik Minat
66.67.% responden setuju dan 22.91% sangat setuju bahawa majalah web
matematik berjaya menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Hanya 10.42%
responden tidak setuju dengan kenyataan berikut.
86
4. Ruangan „Pelajari Matematik‟ membantu saya memahami sesuatu topik dengan
mudah dan berkesan.
Carta 4.5: Ruangan „Pelajari Matematik‟
60.00% responden setuju dan 40.00% sangat setuju bahawa ruangan „Pelajari
Matematik‟ membantu saya memahami sesuatu topik dengan mudah dan berkesan.
Daripada hasil yang diperolehi, di dapati bahawa majalah web matematik ini telah
berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Majalah web matematik ini menjadi sumber
rujukan semua pihak sama ada guru atau pun pelajar. Ramai yang meminati untuk meneruskan
membaca majalah web matematik ini. Maklumat yang disampaikan di dalam majalah web ini
juga sangat bermanfaat di samping dari segi penyampaiannya yang sangat menarik dan tidak
membosankan pembaca.
87
4.5 Penutup
Pembangunan ruangan „Kuiz Matematik Tambahan‟ dan ruangan „Pelajari Matematik‟
telah dibangunkan dengan jayanya. Navigasi butang yang mudah dilihat membolehkan
pengguna mencapai ke pautan-pautan yang lain. Majalah web yang mesra pengguna ini
terutama bagi ruangan „Kuiz Matematik Tambahan‟ dan „Pelajari Matematik‟ diharap dapat
memberikan kesedaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan dan
bermakna kepada pengguna.
88
BAB 5
PERBINCANGAN, CADANGAN, KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
Setiap sesuatu projek yang dibangunkan pasti akan ada pro dan kontranya yang
tersendiri termasuklah projek majalah web matematik ini. Oleh itu di dalam bab ini
akan diterangkan oleh pembangun mengenai perbincangan, kekuatan serta batasan
sepanjang proses rekabentuk serta pembangunan projek ini.
5.2 Perbincangan
Perisian pengurusan kursus, MOODLE telah digunakan di dalam penghasilan
kuiz matematik tambahan di dalam projek ini. Sesiapa sahaja boleh mencuba kuiz ini
walaupun kuiz yang disediakan adalah khas untuk pelajar menengah atas yang
mengambil subjek matematik tambahan di sekolah. Soalan-soalan yang disediakan
89
hanya meliputi aspek kefahaman umum pelajar terhadap sesuatu topik matematik
tambahan yang telah dipilih oleh pembangun.
Kuiz matematik tambahan yang dibangunkan menyediakan maklum balas serta
merta kepada pelajar bagi setiap soalan yang dijawab oleh pelajar. Hal ini menjadikan
pelajar-pelajar lebih mudah mengetahui kesalah lazim yang mereka sering lakukan
apabila meyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Setiap soalan yang dibangunkan
juga menerapkan teori pembelajaran berbentuk motivasi iaitu teori ARCS supaya
pembelajaran berkesan dapat diwujudkan selain dapat menarik minat pelajar untuk
menjawab kesemua soalan-soalan yang disediakan.
Pembelajaran matematik menerusi ruangan Pelajari Matematik pula memberikan
pengetahuan baru kepada pembaca mengenai kaedah pembelajaran yang mudah serta
berkesan. Menerusi teori pembelajaran berbentuk motivasi, model ARCS diterapkan di
dalam mereka bentuk maklumat yang ingin disampaikan oleh pembangun. Ini
menjadikan pembelajaran yang afektif kepada pelajar supaya sikap mereka terhadap
matematik berubah menjadi lebih positif. Ruangan pelajari matematik ini disediakan
dengan menggunakan perisian pengurusan maklumat, Joomla. Model pembangunan
ADDIE telah dipilih oleh pembangun bagi proses pembangunan. Model ADDIE yang
meliputi beberapa aspek utama iaitu analisis (Analyze), merekabentuk (Design),
pembangunan (Development), impelementasi (Implementation) dan penilaian
(Evaluation).
90
5.3 Keistimewaan Kuiz Matematik Tambahan Dan Ruangan Pelajari
Matematik
Terdapat beberapa kekuatan bagi majalah web Matematik ini. Antaranya ialah
majalah web matematik ini berbentuk dinamik dan terkini. Ini bermaksud majalah web
matematik ini diterbitkan setiap bulan bagi setiap keluaran dan ini membolehkan
pengguna mendapatkan pengetahuan baru mengikut topik atau fokus yang berbeza
setiap kali keluaran baru.
5.3.1 Kuiz Matematik Tambahan
Antara kekuatan dalam kuiz matematik tambahan adalah:
Tajuk kuiz yang disediakan berbeza-beza setiap bulan. Tajuk dipilih berdasarkan
tajuk yang sering ditanya semasa peperiksaan.
Soalan yang disediakan adalah ringkas dan disertakan dengan gambar rajah yang
boleh menarik minat pelajar untuk menjawab soalan tersebut selain dapat
mengurangkan masa mereka untuk membaca soalan yang terlalu panjang.
Setiap pilihan jawapan disediakan maklum balas bagi kesalahan lazim pelajar
sekiranya mereka silap menjawab soalan. Ini membolehkan mereka mengetahui
kesilapan mereka dengan serta merta dan mereka boleh memperbetulkan
miskonsepsi mereka terhadap sesuatu topik tersebut.
Had masa diberikan untuk menjawab kesemua 5 soalan kuiz ini. Melalui tempoh
masa yang telah ditetapkan ini dapat melatih pelajar semasa peperiksaan supaya
menggunakan masa yang diberikan sebaik-baiknya. Tempoh masa ini turut
dipaparkan supaya mudah untuk pelajar mengetahui baki masa yang ada.
91
Kuiz ini boleh dijawab sebanyak 2 kali oleh setiap pelajar. Ini adalah bertujuan
untuk memberikan pelajar peluang kedua untuk mendapatkan keputusan yang lebih
baik.
5.3.2 Ruangan Pelajari Matematik
Antara kekuatan dalam artikel Pelajari Matematik adalah:
Artikel yang menarik dengan kombinasi warna tulisan serta penggunaan animasi
yang sesuai.
Penerapan elemen teori pembelajaran berbentuk motivasi ARCS (Keller 1987)
didalam setiap artikel dapat memotivasikan pelajar untuk terus mempelajari
matematik.
Pengguna khususnya pelajar dapat menjadikan ia sebagai satu kaedah atau teknik
yang boleh digunakan ketika menghadapi peperiksaan.
Bersifat fleksibel kerana pengguna boleh membacanya pada bila-bila masa yang
dikehendaki.
Guru-guru boleh menjadikan ia sebagai bahan rujukan atau panduan tambahan
mengenai kaedah mempelajari matematik dengan mudah dan berkesan.
Ruangan komen disediakan oleh pembangun agar pengguna boleh menyatakan
cadangan serta maklum balas terhadap artikel yang diterbitkan untuk setiap keluaran.
92
5.4 Kebaikan ”Kuiz Matematik Tambahan” Dan ”Pelajari Matematik”
Kuiz Matematik Tambahan dan ruangan Pelajari Matematik mempunyai
kelebihannya yang tersendiri. Antara kelebihan yang dimiliki boleh dibahagiakan
kepada beberapa aspek iaitu:
5.4.1 Isi Kandungan
Soalan kuiz matematik tambahan yang disediakan mempunyai 5 soalan dan
setiap soalan mempunyai aras soalan yang berbeza-beza yang turut mempunyai maklum
balas yang tersendiri. Jumlah tersebut adalah mencukupi untuk pelajar jadikan sebagai
latihan asas sebagai pengukuhan maklumat tambahan mengenai sesuatu topik.
Artikel Pelajari Matematik disediakan dengan diterapkan elemen-elemen ARCS
(Keller, 1987) bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik di samping
mewujudkan pembelajaran yang berkesan.
5.4.2 Penyampaian
Penggunaan gambar rajah yang berwarna-warni akan menarik minat pengguna
untuk melayari sambil belajar sesuatu yang baru. Gambar rajah yang dicipta oleh
93
penulis menghasilkan keaslian kepada soalan kuiz dan artikel tersebut dimana ia tidak
terdapat dari mana-mana sumber.
Jenis soalan yang disediakan adalah pelbagai. Soalan berupa penyelesaian
masalah turut disediakan dengan melibatkan jenis soalan jawapan pendek dan soalan
betul-salah.
5.4.3 Navigasi
Capaian ke ruangan kuiz Matematik Tambahan dan Pelajari Matematik mudah
kerana pengguna hanya perlu menekan pada tajuk di muka depan majalah web atau
menekan pada menu yang disediakan.
Paparan lain yang turut disediakan pada paparan utama majalah web ini juga
tersusun dan telah dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pengguna
untuk menggunakannya.
5.5 Masalah Yang Dihadapi
Sepanjang penghasilan majalah web matematik ini, terdapat juga masalah yang
dihadapi oleh penulis sepanjang penyediaan bahan untuk pembangunan majalah web ini.
94
Terdapat beberapa batasan yang dihadapi penulis sepanjang membangunkan majalah
web matematik ini iaitu:
5.5.1 Isi Kandungan
Kuiz yang dihasilkan terlalu banyak pengiraan menyebabkan pengguna hanya
meneka dan tidak mengira untuk mencari penyelesaian yang tepat. Malah sukar untuk
mengesan kesilapan lazim bagi sesuatu soalan tersebut. Namun pembangun
menyediakan soalan dan maklum balas mengikut pengalamannya serta hasil daripada
rujukan tambahan.
Artikel yang disediakan menggunakan ayat atau istilah yang kurang difahami
pelajar aras rendah. Mereka mudah keliru dengan penggunaan istilah yang boleh
mengurangkan minat mereka untuk membaca.
5.5.2 Kepakaran
Pembangun perlu menguasai kemahiran serta kepakaran dalam menggunakan
perisian pengurusan maklumat serta pengurusan kursus ini. Kemahiran serta kepakaran
yang ada sangat membantu bagi menghasilkan sebuah majalah web Matematik yang
lebih menarik, lebih interaktif dan berkualiti.
95
5.5.3 Perisian
Penggunaan video atau flash tidak dapat dimainkan secara langsung sekiranya
komputer tersebut tidak mempunyai perisian yang menyokong video dan flash. Ini
memerlukan pengguna untuk memuat turun ’plug-in’ terlebih dahulu supaya video atau
flash tersebut boleh berfungsi secara langsung dalam talian.
Perisian MOODLE tidak menyediakan kemudahan untuk menaip persamaan dan
simbol. Penulis perlu menjadikan persamaan, simbol matematik dan gambar kedalam
bentuk JPEG terlebih dahulu sebelum dihasilkan dalam MOODLE.
5.5.4 Internet
Masalah internet yang lambat sangat mempengaruhi di dalam pembangunan
majalah web matematik ini. Kadang kala masalah dalam capaian internet berlaku
menyebabkan proses pembangunan tergendala kerana capaian yang lambat. Ini
menyebabkan kesukaran untuk membuka URL dan sedikit sebanyak memberi kesan
terhadap kelewatan bagi sesetengah edisi keluaran diterbitkan.
96
5.5.5 Kekangan Masa
Sepanjang penghasilan untuk membangunkan artikel dan kuiz, pembangun
mempunyai tempoh masa yang sangat singkat. Memandangkan majalah web matematik
ini dikeluarkan untuk setiap bulan, pembangun perlu menyediakan artikel serta kuiz
untuk setiap bulan. Masa yang singkat ini sangat memberi kesan kepada pembangun
kerana pembangun mempunyai komitmen lain sebagai seorang pelajar yang mempunyai
tanggungjawab dalam menghadiri kuliah disamping perlu menumpukan perhatian untuk
menghasilkan artikel dan kuiz yang berkualiti.
5.6 Batasan Kuiz Matematik Tambahan Dan Ruangan Pelajari Matematik
Disamping kebaikan hasil daripada pembangunan ini, terdapat juga kelemahan
yang ada dalam ruangan „Kuiz Matematik Tambahan‟ dan „Pelajari Matematik‟. Antara
kelemahan ruang „Kuiz Matematik Tambahan‟ serta ruangan „Pelajari Matematik‟
adalah:
i) Server “mathed.utm.my” yang digunakan oleh majalah web matematik ini agak
lambat dan berat membuatkan pengguna sukar untuk mengasesnya diluar.
ii) Penggunaan gambar rajah yang kaku dan “simple”menyebabkan pengguna
kurang gemar untuk membaca kerana kurang daya tarikan yang interaktif dan
dinamik.
97
iii) Artikel yang dihasilkan kurang fakta sebagai sokongan kepada artikel tersebut.
Artikel tersebut seolah-olah tergantung kerana kurangnya pengetahuan dan fakta
lanjutan yang berkaitan.
iv) Penggunaan video atau flash menyebabkan majalah web menjadi berat dan
perlahan. Ia memperlahankan kelajuan internet dan memerlukan ruang yang
besar dalam memori.
v) Saiz tulisan berbeza mengikut skrin. Jika skrin kecil, maka muka hadapan
majalah web akan mengecil dan seolah-olah seperti sempit. Ini boleh
menimbulkan kurang selesa untuk pembaca.
5.7 Cadangan Pembaikan Dan Pembangunan di Masa Hadapan
Terdapat beberapa cadangan untuk menambah baikkan lagi kualiti „Kuiz
Matematik Tambahan‟ dan ruang artikel „Pelajari Matematik‟ bagi majalah web
matematik ini. Antara cadangan tersebut adalah:
i. Majalah web matematik ini perlu menggunakan server yang lebih sesuai agar
pengguna lebih mudah untuk mengasesnya setiap masa.
ii. Menghasilkan lebih banyak lagi soalan berupa penyelesaian masalah serta kuiz
yang lebih mencabar.
iii. Menggalakkan guru – guru dalam turut serta menghantar artikel mengenai
sesuatu topik yang menjana minda.
98
iv. Meningkatkan kualiti grafik dalam majalah web matematik.
v. Menjadikan majalah web matematik ini dibangunkan tanpa melibatkan pelajar
sebagai pembangun.
vi. Memperkenalkan dan mempromosikan majalah web Matematik ini di setiap
sekolah supaya lebih ramai pengguna yang terdiri daripada golongan pelajar.
vii. Menyebarkan templet, iklan atau poster mengenai majalah web Matematik ini.
viii. Menjadikan majalah web ini sebagai salah satu bahan sampingan semasa kelas
ganti atau kokurikulum.
5.8 Kesimpulan
Pembangun berjaya menyiapkan sepuluh ruangan Pelajari Matematik dan
sepuluh ruangan Kuiz Matematik Tambahan. Pembangun juga berjaya mengenalpasti
pandangan dan persepsi guru pelatih terhadap kesesuaian ruangan yang dibangunkan.
Justeru itu, objektif yang telah ditetapkan di dalam projek pembangunan ini tercapai
secara keseluruhannya.
99
5.9 Penutup
Ruangan „Kuiz Matematik Tambahan‟ dan „Pelajari Matematik‟ dalam majalah
web Matematik ini mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri. Namun
terdapat pelbagai kekuatan yang ada dan majalah web ini boleh dijadikan sebagai sebuah
majalah web online yang pertama di Malaysia yang menggunakan perisian pengurusan
kursus dan pengurusan maklumat Joomla dan MOODLE. Malah majalah web
Matematik ini boleh dijadikan sebagai salah sebuah majalah web yang dapat membantu
proses pembelajaran di luar bilik darjah dan membantu meluaskan pengetahuan serta
pandangan pelajar mengenai dunia sebenar matematik.
100
RUJUKAN
Yudariah Mohammad Yusof et. Al (2005). Diagnostik & Pemulihan: Kesalahan Lazim
bagi Beberapa Tajuk Matematik Sekolah Menengah. Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia.
Effandi Zakaria (2005). Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Abu Hassan Kassim & Meor Ibrahim Kamaruddin (2006). Ke Arah Pengajaran Sains
dan Matematik Berkesan. Johor Bahru: Universiti Teknologi
Baharuddin Aris (2003). Sains Komputer - Teknik & Teknologi. Selangor: Venton
Publishing (M) Sdn. Bhd.
Lan Foo Huat (2004). Pakej Revisi Pentaksiran SPM - Matematik Tambahan. Selangor:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Azrul dan Marlina (2007). Analisis Kesilapan Dalam Tajuk Ungkapan Algebra Di
Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Jurnal Elektronik, UTM Skudai.
101
Tuan Haji Ahmad Zamri Aziz (2006). Excellent Sheets Additional Mathematics Form 4.
Kelantan: Penerbitan dan Percetakan J.M.
Effandi Zakaria (2005). Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Matt Riordan (2004). Terjemahan Manual Penggunaan MOODLE. ccel.upsi.edu.my
Mike Spooner (2002). Error and Misconceptions in Mathematics at Key Stage 2.
London: David Fulton Publishers.
Mohd Fauzi Yunus (1996). Pembinaan Soalan dan Analisis Item. Jurnal Elektronik,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2.
Mohd Najib Ghafar (1997), Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor Bahru:
Universiti Teknologi Malaysia. Cetakan pertama 1997, 11-14, 71-81.
Noraini Idris (2006). Teaching And Learning Of Mathematics – Making Sence And
Developing Cognitive Abilities. Utusan Publications and Distributor Sdn. Bhd.
NorulHuda Ismail (2008). Pembangunan Majalah Matematik: Penaksiran Berasaskan
Web. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
102
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2007), “PIPP TERAS 2: Membangunkan Modal
Insan”. SMK Tenang Stesen Segamat.
Pusat Perkembangan Kurukulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Huraian Sukatan Pelajaran: Matematik
Tingkatan 4.
Robert B. Davis. Chapter 7-Discovery Learning and Constructivism. Journal For
Research In Mathematics Education. Edisi 6 (2006), 95. NCTM
Soon L.M et. al (2007). Golden New Vision: Mathematics SPM. Selangor, Marshall
Cavendish (Malaysia).
Tay C.S dan M. Yusof Arshad (2008). Penyoalan Dalam Kelas Pengajaran Sains. Jurnal
Pendidikan UTM, Jilid 13 Oktober 2008, 3-4, 11.
Tong C.K et. at (2007). Excel in PMR Mathematics. Selangor, Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.
William H.Rice IV (2006). Moodle: E-Learning Course Development. Cetakan Pertama
Birmingham, Packt Publishing Ltd.