Download - makmal tabung darah
PENAKSIRAN HEMOGLOBIN
Penaksiran Hemoglobin Menggunakan Kuprum Sulfat
Peralatan yang diperlukan:
A. Radas : lanset pakai buang, swab alkohol, mikropipet, tips
B. Reagen : larutan kuprum sulfat
Objektif:
Menganggar paras hemoglobin penderma secara semikuantitatif, iaitu melebihi 12.5 g/dl atau
kurang dari 12.5 g/dl.
Prosedur:
1. Jari manis penderma dibersihkan dengan swab alkohol dan jari manis penderma dicucuk
dengan menggunakan lancet pakai buang.
2. Titisan darah pertama yang keluar dari jari yang dicucuk dilap.
3. Dengan menggunakan mikropipet dan tips, 50μL darah kapilari penderma diambil dan
darah tersebut dimasukkan ke dalam bekas berisi larutan kuprum sulfat.
4. Titisan darah yang dimasukkan ke dalam larutan kuprum sulfat diperhatikan.
Keputusan:
Sekiranya titisan darah penderma tenggelam di dasar bekas larutan kuprum sulfat dalam masa
kurang dari 10 saat, paras hemoglobin dianggarkan melebihi 12.5 g/dl. Namun sekiranya titisan
darah timbul atau berada di pertengahan larutan, maka paras hemoglobin dianggarkan kurang
dari 12.5 g/dl.
PENYEDIAAN AMPAIAN SEL A, B DAN O UNTUK PENGUMPULAN ABO SERUM
Penyediaan Ampaian Sel A, B, Dan O Untuk Pengumpulan ABO Serum
Peralatan atau bahan yang diperlukan:
A. Radas : serofuge, tabung uji 10x75mm, pipet pasteur
B. Reagen : sel A, B dan O yang diketahui, salin normal
Objektif:
Memastikan penyediaan ampaian sel A, B dan O boleh dipercayai dan mengurangkan
kesilapan.
Prosedur:
1. Pilih sel A, B dan O yang diketahui di mana tiada hemolisis atau kekeruhan pada
supernatan melalui pemerhatian secara kasar dan negatif bagi semua penyaringan
virologi.
2. Tiga tabung uji dilabel sebagai A, B dan O dan 1 ml sel padat ditambah.
3. Sel dicuci dalam setiap tiub dengan salin normal sebanyak tiga kali. Cara mencuci sel
adalah dengan sebatikan sel padat dengan salin normal dan diempar pada kelajuan 3000
selama 50 saat.
4. Tiga tabung uji baru dilabelkan dan labelkan dengan A, B dan O dan tambahkan setitik sel
darah padat dengan 19 titik salin normal untuk menghasilkan ampaian sel 5%.
MENGUJI ANTISERA ABO & RH (D) DENGAN ‘KNOWN CELLS’
Menguji antisera ABO & Rh (D) dengan ‘Known Cells’
Bahan dan Radas
1. Jubin
2. Kayu aplikator
3. Tiub
4. Pipet
5. pengempar
Reagen
1. Darah ‘Known Cells’
2. Antisera A
3. Antisera B
4. Antisera AB
5. Antigen D
Prinsip ujian
Prosedur ini telah dicadangkan bagi kegunaan reagen tersebut yang bertujuan untuk mengesan
agglutinasi langsung yang terhasil daripada sel darah merah dimana sel ini membawa antigen
yang spesifik dan juga kehadiran antibodi yang spesifik.
Kaedah ujian(Teknik Jubin)
1. Sediakan darah( known cells ) yang telah dikenalpasti kumpulan darahnya.
2. Titiskan 1 titik darah ‘known cells’ keatas jubin mengikut ruangan kumpulan iaitu A, B,
AB dan Anti-D.
3. Keluarkan antisera A, B, AB dan Anti-D.
4. Titiskan 1 titik bagi setiap antisera dan antigen D pada ruangan kumpulan tersebut.
5. Calitkan darah tersebut menggunakan kayu aplikator serta goyangkan jubin.
6. Perhatikan agglutinasi yang terhasil.
7. Catatkan pemerhatian.
Kaedah ujian(Teknik Tiub)
1. Sediakan darah(known cells) yang telah dikenalpasti kumpulan darahnya.
2. Sediakan 3 tiub yang berlabel darah A,B,AB dan anti-D.
3. Titiskan 1 titik darah ke dalam tiub yang berlabel dengan menggunakan pipet.
4. Keluarkan antisera A, B AB dan Antigen D.
5. Titiskan 1 titik antisera kedalam tiub tersebut dengan menggunakan pipet.
6. Empar pada 3000rpm dalam masa 15 saat.
7. Perhatikan angglutinasi yang terhasil.
8. Catatkan pemerhatian.
Interpretasi ujian
Antisera
Kump.
Darah
Antisera A Antisera B Antisera AB Antigen D
A + - - +
B - + - +
O - - - +
AB + + + +
PENGUMPULAN ABO PENUH DAN RHESUS-D MENGGUNAKAN KAEDAH JUBIN
Pengumpulan ABO Penuh Dan Rhesus-D Menggunakan Kaedah Jubin
Peralatan yang diperlukan:
A. Radas : jubin, kayu aplikator, pipet pasteur
B. Reagen : anti-A, anti-B, anti-AB, anti-D, sel A, sel B, sel O
Prinsip:
Bagi pengumpulan ABO dan Rhesus D langsung, kehadiran aglutinasi sel darah merah dengan
antisera yang diketahui menentukan kehadiran antigen yang melekat pada permukaan sel
darah merah. Sekiranya terdapat aglutinasi pada sel darah yang diuji ini menunjukkan
kehadiran antigen tertentu dan menentukan kumpulan ABO dan Rhesus D sel darah tersebut,
sama ada A+, B+, AB+ atau O+. Kehadiran aglutinasi ini dikesan dengan menggunakan kaedah
jubin.
Manakala bagi pengumpulan ABO tidak langsung pula, tindak balas serum pesakit dengan
reagen sel yang diketahui akan menghasilkan aglutinasi yang akan menentukan kehadiran
antibodi di dalam serum. Ini kerana badan manusia menghasilkan antibodi terhadap antigen
yang tidak dimiliki oleh individu. Oleh itu kumpulan darah ABO ditentukan berdasarkan
kehadiran antibodi yang menunjukkan jenis antigen yang tiada dalam badan manusia.
Objektif:
Menentukan kumpulan darah ABO dan Rhesus D bagi sampel darah pesakit.
Prosedur:
1. Bahagian jubin yang telah dilabelkan dengan ANTI-A, ANTI-B, ANTI-AB, CELL A, CELL
B, CELL O dan ANTI- D digunakan.
2. Satu titik antisera (anti-A, anti-B, anti-AB dan anti-D) dititiskan ke atas jubin mengikut
labelnya.
3. Satu titik ampaian sel (sel A, sel B dan sel O) dititiskan ke atas jubin berdasarkan label.
4. Satu titik darah pesakit dititiskan bagi pengumpulan ABO langsung dan Rhesus D, dan
satu titis serum pesakit (pastikan sel darah dan serum adalah dari pesakit yang sama)
dititiskan bagi pengumpulan ABO tidak langsung.
5. Campuran sel dan antisera serta campuran serum dan reagen sel disebatikan dengan
kayu aplikator sehingga membentuk syiling 5 sen.
6. Aglutinasi yang terbentuk diperhatikan dan direkodkan.
Keputusan:
Kehadiran aglutinasi : positif
Tiada aglutinasi : negatif
Keputusan pengumpulan ABO dan Rhesus D (pengumpulan langsung sahaja) adalah
berdasarkan jadual berikut :
Anti A Anti B Anti AB Anti-D Sel A Sel B Sel O Kumpulan
darah
+ 0 + + 0 + 0 A+
0 + + + + 0 0 B+
0 0 0 + + + 0 O+
+ + + + 0 0 0 AB+
PENGUMPULAN ABO DAN RHESUS-D PENUH DENGAN KAEDAH TIUB
Pengumpulan ABO Dan Rhesus-D Kaedah Tiub
Peralatan yang diperlukan:
A. Radas : serofuge, tiub kaca (10 x 75mm), pipet pasteur, bikar, rak tabung uji.
B. Reagen : anti-A, anti-B, anti-D, sel A, B dan O yang diketahui, salin normal.
Spesimen:
Sampel darah yang telah beku atau darah yang disimpan dalam tiub EDTA.
Prinsip:
Aglutinasi langsung sel darah merah dengan reagen tertentu menentukan kehadiran antigen
tertentu. secara umumnya, tiada aglutinasi menunjukkan ketidakhadiran antigen tersebut.
Kumpulan ABO dan rhesus D ditentukan dari corak reaksi dengan reagen yang diuji (anti-A,
anti-B dan anti-AB serta anti-D). Serum kebanyakan individu berusia lebih dari enam bulan
menghasilkan antibodi terhadap antigen ABO yang tidak dimiliki oleh individu berkenaan.
Pengumpulan serum, menggunakan sel A1, B dan O digunakan untuk mengesahkan keputusan
pengumpulan ABO sel.
Skop ujian:
Prosedur ini digunakan untuk semua protokol ujian yang memerlukan pengumpulan ABO dan
rhesus D.
Keadaan berjaga-jaga:
1. Tindak balas negatif palsu atau lemah di luar jangkaan mungkin berlaku apabila sampel
darah dengan subkumpulan A atau B ataupun sel kord merah daripada bayi baru lahir.
Tindak balas seperti ini juga boleh berlaku dengan sel yang telah disimpan dalam jangka
masa lama.
2. Pemboleh ubah ujian seperti teknik yang tidak betul, pengemparan atau pengemparan
yang salah, alat radas kaca yang tidak dibersihkan dengan betul dan bahan
terkontaminasi boleh mengakibatkan keputusan negative palsu atau positif palsu.
3. Anomaliti serological boleh berlaku seterusnya menyebabkan tindak balas di luar
jangkaan atau kepincangan pengumpulan ABO langsung dan tidak langsung.
Prosedur:
A. Pengumpulan ABO dan Rhesus D langsung
1. Ampaian sel 3 hingga 5% disediakan dalam salin normal.
2. Satu titik anti-A, anti-B, anti-AB dan anti-D ditambah ke tiub yang telah dilabelkan.
3. Setitik ampaian sel ditambah ke dalam tiub dan disebatikan.
4. Dimparkan pada kelajuan 3000 rpm selama 15 saat. Setiap tiub digoncang untuk
diperiksa aglutinasi. Agglutinasi diredkan dan keputusan dilaporkan.
B. Pengumpulan ABO serum/tidak langsung
1. Setitik serum atau plasma dimasukkan ke dalam tiub yang telah dilabelkan.
2. Setitik ampaian 2% sel A1, B dan O ditambah ke dalam tiub berdasarkan label.
3. Disebatikan dan diempar pada 3400 rpm selama 15 saat. Setiap tiub untuk digoncang
dan diperiksa aglutinasi. Agglutinasi digredkan dan keputusan dilapor.
Keputusan:
Kehadiran aglutinasi : positif
Tiada aglutinasi : negatif
Keputusan pengumpulan ABO dan Rhesus D (pengumpulan langsung sahaja) adalah
berdasarkan jadual berikut :
Anti A Anti B Anti AB Anti-D Sel A Sel B Sel O Kumpulan
darah
+ 0 + + 0 + 0 A+
0 + + + + 0 0 B+
0 0 0 + + + 0 O+
+ + + + 0 0 0 AB+
PENYEDIAAN COOMB’S CONTROL CELL (CCC)
Penyediaan Coomb’s Control Cell (CCC)
Peralatan yang diperlukan :
A. Radas : Tiub, Pipet, Inkubator, Pengempar
B. Reagen : Normal Saline, AHG
Spesimen :
Sel darah merah O yang kuat
Prinsip :
Sel darah merah yang tersensitasi dengan serum globulin adalah digunakan sebagai kontrol
positif untuk menguji fungsi AHG. Ia mengandungi IgG yang mana akan bertindak balas dengan
AHG(mengandungi Anti-IgG). Anti-IgG di dalam AHG akan mengikat molekul IgG seterusnya
membentuk agglutinasi.
Prosedur :
1. Tandakan 1 tabung uji (10x75mm) ‘CCC’ dan masukkan 19 titik larutan salin.
2. Masukkan 1 titik Anti-D (cairan 1/20) dan sebatikan.
3. Tambahkan 4 titik SDM padat dari kumpulan O Rh(D) positif ke dalam tabung uji dan
sebatikan dengan sempurna.
4. Eramkan tabung uji pada suhu 37°C selama 15 – 30 minit.
5. Basuh sel-sel 3 – 4 kali dengan larutan salin. Pastikan setiap pembasuhan dilakukan
dengan sempurna.
6. Buangkan semua larutan saline dengan sempurna pada pembasuhan yang terakhir.
7. Sediakan cairan 1/10 ‘CCC’ dengan memasukkan 36 titik larutan salin ke dalam tabung uji.
(Sebanyak 4 titik SDM padat telah dimasukkan ke dalam tabung uji ini semasa permulaan
ujian).
8. Uji ‘CCC’ yang disediakan dengan reagen AHG. Ia seharusnya memberikan reaksi
agglutinasi positif 2+.
9. ‘Coomb’s Control Cell’ ini boleh digunakan untuk beberapa hari jika ia disimpan pada 4°C.
(Jika sel-sel diampaikan di dalam larutan ‘Alserver’s ia boleh disimpan hampir sebulan pada
suhu 4°C.)
Interpretasi ujian
A. 4+ = agglutinasi yang sangat banyak
B. 3+ = agglutinasi yang banyak
C. 2+ = agglutinasi sederhana banyak
D. 1+ = agglutinasi sedekit
E. 0+ = tiada pembentukan agglutinasi
UJIAN KESERASIAN DARAH (CROSSMATCHING)
Ujian Keserasian Darah
Pengenalan:
Ujian keserasian darah terbahagi kepada dua jenis berdasarkan prinsipnya, iaitu :
1. Ujian keserasian darah major : serum pesakit diuji dengan sel darah penderma bagi
menentukan keserasiannya. Ujian keserasian major merupakan jenis ujian keserasian
darah yang dijalankan di Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth.
2. Ujian keserasian darah minor : sel darah pesakit diuji dengan serum penderma bagi
menentukan keserasiannya.
Peralatan yang diperlukan:
1. Radas : tabung uji, pipet pasteur, pengempar, mesin pengeraman 37HC
2. Reagen : LISS, AHG, saline normal, CCC (Coomb’s Control Cell)
Prinsip:
Ujian keserasian darah dilakukan berdasarkan prinsip aglutinasi. Serum pesakit ditambah
kepada sel darah penderma. LISS (low ionic strength solution) ditambah untuk mempercepat
tindak balas antigen-antibodi. Selepas pengeraman antibodi yang tidak terikat akan disingkirkan
melalui proses pencucian sel dan reagen AHG (anti human globulin) ditambah. Kehadiran
hemolisis atau aglutinasi menunjukkan kehadiran antibodi terhadap antigen tertentu pada sel
darah merah penderma.
Prosedur:
1. Data pesakit pada borang permohonan bersama-sama spesimen yang dihantar diperiksa
bagi mengesan sebarang kepincangan maklumat. Serum pesakit dipisahkan ke dalam
tabung uji berlainan dan dilabelkan dengan nama dan nombor kad pengenalan pesakit
beserta tarikh ujian dijalankan.
2. Pek darah dikeluarkan dari kumpulan ABO yang sama dengan pesakit mengikut bilangan
yang diminta dari peti simpanan darah.
3. Tabung uji disediakan mengikut bilangan yang dikehendaki (2 tiub bagi setiap unit darah
untuk kegunaan ampaian sel dan ujian keserasian darah) dan dilabelkan.
4. segmen dari tiub pek darah dipotong dan ampaian sel darah penderma 2 hingga 5%
disediakan.
5. Dua titk serum pesakit ditambah ke dalam setiap tabung uji (satu tabung uji bagi setiap
pek darah yang diminta).
6. Pengumpulan ABO dan Rhesus D (teknik langsung) menggunakan anti-A, anti-B, anti-AB
dan anti-D dijalankan.
7. Setitik ampaian sel darah penderma 2 hingga 5% ditambah ke dalam tiub yang
mengandungi serum pesakit.
8. Sel darah penderma diuji dengan anti-A dan anti-B (pengumpulan semula darah
penderma).
9. Campuran serum pesakit-sel darah penderma disebatikan dan diemparkan pada kelajuan
3000 selama 15 saat.
10. Tabung uji diperiksa secara makroskopik untuk mengesan kehadiran aglutinasi dengan
menggoncangkan tabung uji perlahan-lahan. Tindak balas positif boleh digredkan dari 4+
sehingga 1+. Rekodkan “0” untuk tindak balas sekiranya tiada aglutinasi dikesan.
11. Dua titik LISS ditambah. Disebatikan dan dieram pada suhu 37 HC selama 15 hingga 30
minit.
12. Selepas pengeraman, tabung uji diempar pada kelajuan 3000 rpm selama 15 saat.
13. Kehadiran aglutinasi atau hemolisis diperiksa secara makroskopik.
14. Sekiranya keputusan adalah negatif, sel dicuci sebanyak tiga kali dengan saline normal.
Saline normal dibuang selengkapnya selepas cucian ketiga.
15. Dua titik AHG ditambah pada setiap tabung uji.
16. Disebatikan dan diemparkan pada kelajuan 3000 rpm selama 15 saat.
17. Kehadiran aglutinasi diperiksa secara makroskopik dengan menggoncangkan tabung uji
perlahan-lahan. Ketiadaan aglutinasi diinterpretasikan sebagai “serasi” dan kehadiran
aglutinasi sebagai “tidak serasi”.
18. Semua keputusan (suhu bilik, 37 HC dan AHG) direkod pada borang permohonan.
19. Sekiranya ujian keserasian darah menunjukkan ketidakserasian antara darah pesakit
dengan darah penderma sebelum darah dikeluarkan, permohonan darah tersebut
dibatalkan dan dapatkan beg darah lain untuk diuji keserasiannya.
20. Nombor beg darah, tarikh dan masa ditulis pada borang permohonan.
21. Data dimasukkan ke dalam sistem komputer dan label dicetak untuk transfusi darah.
22. Label tersebut dilekat pada beg darah yang diminta.
23. Beg darah yang telah diuji keserasiannya dengan darah pesakit disimpan ke dalam peti
sejuk.
Keputusan:
1. Sekiranya tiada tindak balas (aglutinasi atau hemolisis) antara darah pesakit dan darah
penderma, darah penderma adalah serasi untuk pesakit berkenaan dan boleh digunakan
bagi tujuan pemindahan darah.
2. Namun jika terdapat tindak balas (aglutinasi atau hemolisis) antara darah pesakit dan
darah penderma, ini bermakna darah penderma adalah tidak serasi dan darah penderma
lain hendaklah diuji keserasiannya dengan pesakit berkenaan.
UJIAN KESERASIAN DARAH ( GEL CARD)
Ujian keserasian darah(Gel Card)
Peralatan yan diperlukan:
Pipet, gel card, tiub kaca
Spesimen :
Serum pesakit, ampaian sel darah merah 5% dari penderma
Kaedah ujian
1. Terima sampel daripada kaunter
2. Pastikan nama pada tiub dan borang pesanan adalah sama. Jika tidak sama, hantar
kembali ke kaunter
3. Rekodkan maklumat pesakit ke dalam buku daftar harian ujian keserasian &
pembekalan darah/komponen darah.
4. Emparkan sampel pada kelajuan 3500 rpm selama 5 minit
5. Tentukan kumpulan darah pesakit. (Rujuk proses kerja ujian kumpulan darah ABO dan
Rhesus)
6. Sediakan ampaian sel 5 % sel darah merah penderma yang mempunyai kumpulan
darah ABO dan Rhesus yang sama dengan pesakit.
7. Labelkan mikrotiub (Gel Card) dengan nama pesakit dan no beg darah
8. Masukkan 50 ul ampaian sel darah merah penderma di langkah 5, kepada mikrotiub di
langkah 6.
9. Tambahkan 25 ul serum pesakit ke mikrotiub di langkah 7. Sebatikan.
10. Eramkan mikrotiub selama 15 minit pada suhu 37°C dalam incubator 37SI
11. Kemudian, emparkan mikrotiub di langkah 9, selama 10 minit pada 1030 rpm
menggunakan ID Centrifuge 6S
12. Semak keputusan (rujuk pengendalian ujian unit tabung darah & kawalan kualiti). Jika
keputusan meragukan, ulangi ujian.
13. Rekodkan keputusan pada borang ujian keserasian dan buku daftar harian ujian
keserasian & pembekalan darah/komponen darah.
14. Hantarkan borang ujian keserasian ke kaunter
Interpretasi ujian
Interpratasi
4+ to 1+ Reaktif(incompatible)
Neg Tidak reaktif(Compatible)
UJIAN COOMB’S (Ab Screening)
Ujian Coomb’s-Direct
Peralatan yan diperlukan:
A. Radas : pengempar, tabung uji, pipet
B. Reagen : 0.9 natrium klorida (NaCl), AHG, CCC
Spesimen :
1. Sel darah merah
Prinsip:
Reagen antihuman globulin polispesifik (AHG) digunakan untuk pengesanan aloantibodi rutin,
ujian keserasian dan ujian antiglobulin langsung (Direct Antiglobulin Test, DAT). HAG
polispesifik mengandungi antibody terhadap IgG manusia dan komplemen C3d dan turut
bertindak balas terhadap molekul IgA dan IgM. Keputusan DAT positif menunjukkan bahawa sel
darah merah tersensitasi secara in vivo dengan immunoglobulin atau komplemen.
Kaedah ujian
1. Masukkan o.5ml cell(EDTA) ke dalam tiub dan emparkan pada kelajuan 2000rpm dalam
masa 15saat.
2. Basuhkan 3-4 kali dengan larutan saline.
3. Sediakan 2-3% suspensi sel.
4. Masukkan 1 titik 2-3% sel yang telah dibasuh ke dalam tiub.
5. Masukkan 1 titik AHG dan sebatikan.
6. Empar pada kelajuan 1000rpm dalam masa 60 saat.
7. Baca secara makroskopik dan mikroskopik.
8. Tambahkan reagen CCC
9. Emparkan pada kelajuan 2000rpm dalam masa 60 saat.
10. Baca secara makroskopik dan mikroskopik.
11. Catatkan keputusan samada negative atau positif.
Interpretasi ujian
Negatif – Agglutinasi
Positif – Tidak beragglutinasi
Ujian Coomb’s-Indirect
Peralatan yan diperlukan:
A. Radas : pengempar, tabung uji,pipet
B. Reagen : 0.9 natrium klorida (NaCl), AHG, CCC, Screening Cell
Spesimen :
Serum pesakit.
Kaedah ujian
1. Terima sampel daripada kaunter
2. Pastikan nama pada tiub dan borang pesanan adalah sama. Jika tidak sama, hantar
kembali ke kaunter
3. Daftarkan maklumat pesakit dan permohonan ujian di buku daftar harian ujian
AHG/GSH/Ab identification.
4. Labelkan 3 tiub dengan SI, SII, SIII ( bergantung bilangan Screening Cell yang
digunakan)
5. Masukkan 2 titik serum yang hendak diuji ke dalam setiap tiub ujian di langkah 4 ( SI,
SII, SIII)
6. Tambahkan 2 titik Screening Cell bagi setiap tiub di langkah 5. Sebatikan.
7. Emparkan tiub di langkah 6, pada kelajuan 1000 rpm selama 15 saat.
8. Periksa sampel daripada langkah 7, secara makroskopik & mikroskopik.
9. Semak keputusan (rujuk pengendalian ujian unit tabung darah & kawalan kualiti). Jika
keputusan meragukan, ulangi ujian.
10. Masukan 2 titik LISS ke tiub di langkah 8.
11. Eramkan selama 15 minit pada suhu 37°C
12. Kemudian, emparkan pada kelajuan 1000 rpm selama 15 saat
13. Periksa sampel daripada langkah 12, secara makroskopik & mikroskopik.
14. Semak keputusan (rujuk pengendalian ujian unit tabung darah & kawalan kualiti). Jika
keputusan meragukan, ulangi ujian.
15. Lakukan cucian berulang ke tiub di langkah 13, sebanyak 3 kali dengan saline.
16. Seterusnya, tambahkan 2 titik AHG . Sebatikan
17. Emparkan pada kelajuan 1000 rpm selama 15 saat
18. Periksa sampel daripada langkah 17, secara makroskopik & mikroskopik.
19. Semak keputusan (rujuk pengendalian ujian unit tabung darah & kawalan kualiti). Jika
keputusan meragukan, ulangi ujian.
20. Jika keputusan negatif, tambahkan 1 titik Coombs Control Cell (CCC) dan keputusan
mesti positif.
21. Rekodkan keputusan pada borang dan buku daftar harian ujian AHG/GSH/Ab
identification.
22. Hantarkan keputusan bersama borang ke kaunter
Interpretasi ujian
Negatif – Agglutinasi
Positif – Tidak beragglutinasi
UJIAN D 7
Ujian D 7
Pengenalan :
Ujian D M adalah untuk pengesanan antigen D yang lemah pada darah pesakit. Antigen rhesus
utama boleh hadir dalam pelbagai kombinasi dimana ia terdiri daripada 417 asid amino yang
merentasi membrane sel darah merah sebanyak 12x. Lekuk kecil berada atas membran
selebihnya terbenam dalam kript membran sel.
Peralatan yang digunakan :
A. Radas : Tabung uji, pipet, mesin pengempar dan inkubator
B. Reagen : Normal salin, AHG dan CCC
Spesimen :
Sel dara merah
Prosedur :
1. Cuci sel sebanyak 3 kali dengan saline dan sediakan 5% suspensi.
2. Tambah 2 titik Anti-D dan 1 titik suspensi 5% ke dalam tabung uji yang dilabelkan
3. Emparkan tiub tersebut dan perhatikan agglutinasi.
4. Eram pada suhu 37°C selama 15 minit.
5. Keluarkan tabung uji dan cuci sel sebanyak 3 kali.
6. Tambahkan 2 titik AHG.
7. Empar pada 1000rpm selama 1 minit.
8. Periksa sekiranya terdapat agglutinasi secara makroskopik.
9. Sekiranya negatif, tambahkan 1 titis CCC untuk mengesahkan ujian dan reagen AHG
adalah berkeadaan baik.
Interpretasi keputusan :
Terdapat agglutinasi – Darah adalah rhesus positif, terdapat kehadiran antigen D yang kuat.
Tiada agglutinasi – Darah adalah rhesus negatif, tidak terdapat kehadiran antigen D yang
lemah.
PENYEDIAAN KOMPONEN-KOMPONEN DARAH
Penyediaan Komponen-komponen Darah
Peralatan yang digunakan:
A. Radas : Beg darah, mesin pengempar beg darah
B. Reagen : CPD, CPDA
Spesimen :
Darah penuh.
Packed cell
1. Biarkan darah penuh mendap pada 4°C atau emparkan pada 4100 rpm/5°C selama 5 minit.
2. Plasma dipindahkan pada beg kedua (packed cell dan plasma diasingkan)
3. Packed cell boleh disimpan pada 2-6°C selama 21 hari.
Platelete concentrate & Freeze Frozen Plasma
1. Blood pack digunakan (triple bag/satellite bag)
2. Biarkan darah penuh mendap pada 4°C atau emparkan pada 4100 rpm/5°C selama 5 minit.
3. Plasma dipindahkan pada beg kedua (packed cell dan plasma diasingkan).
4. Plasma diempar pada 4100 rpm selama 5 minit.
5. Supernatan plasma akan dibekukan dan dijadikan sebagai freeze frozen plasma.
6. Mendapan (kira-kira 50ml plasma) akan dibiarkan pada suhu bilik di atas ‘slow rotater’ bagi
mengelakkan platelet berkelompok.
7. Tempoh penyimpanan adalah selama 5-7 hari.
Cryoprecipitate
1. Whole blood diempar pada 4000 rpm selama10 minit dengan suhu 8°C.
2. Pindahkan 2/3 plasma ke beg kedua.
3. Tutup tiub dan asingkan Packed Cell (simpan pada 2.- 6°C)
4. Dalam 2 jam selepas SDM dipisahkan, plasma dibekukan pada -30°C
5. Biarkan kandungan cair pada 2 – 6°C selama 16 – 18 jam.
6. Emparkan dengan suhu 2 - 4°C pada 4100rpm selama 5 minit.
7. Terbalikkan beg dan biarkan supernatant mengalir masuk ke beg ketiga (Cryoprecipitate)
dalam 10 – 15 ml plasma.
8. Simpan pada -18°C selama 12 bulan atau pada -30°C untuk mengekalkan faktor VIII.