Download - Latar Belakang Bina Insan Guru
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
MIRI
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
BINA INSAN GURU
NAMA : NOOR AMIZA BINTI GHAZALI
NO. IC : 920808-13-5680
JANTINA : PEREMPUAN
NAMA TUTOR : USTAZ MOHAMED MADANI BIN BAKAR
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
ABSTRAK
Kursus Bina Insan Guru ini bertujuan untuk melahirkan insan guru yang berilmu , beradab,
inovatif, kreatif dan beketrampilan. Dalam pada itu, kursus ini bertujuan melahirkan
insan guru yang patuh pada agama dan mengamalkan nilai-nilai positif serta gaya
hidup sihat berasaskan rukunegara. Kursus bagi Bina Insan Guru bagi fasa pertama ini
merupakan perkhemahan 4 hari 3 malam. Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan
dalam tempoh ini mampu menimbulkan keinsafan dan tanggungjawab mulia sebagai
insan guru serta melahirkan insan guru yang yang cemerlang, harmonis dan bersatu
padu serta mempunyai ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi.
Secara keselurannya, pelaksanaan kursus Bina Insan Guru ini akan membantu guru
pelatih untuk menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan
berkesan.
PROSES PRA-PERANCANGAN
Bagi semester satu fasa satu, Program Bina Insan merupakan satu wadah untuk menyediakan
diri ke arah lebih professional dalam mengikuti perkhemahan. Bagi melicinkan program BIna
Insan Guru ini, satu mesyuarat telah dijalankan pada 10 Februari 2012, pada jam 2.30 petang.
Mesyuarat tersebut diketuai oleh Encik Jamal. Beliau juga dibantu oleh Ustaz Azharuddin
Bin Zani selaku Kem Komandar bagi program BIG fasa 1 dan Encik Wilfred.
Kesemua peserta dikumpulkan di Astaka IPG Kampus Sarawak. Antara taklimat yang
disampaikan pada petang itu ialah mengenai keselamatan ketika perkhemahan. Barang-
barang yang dibawa haruslah mencukupi dan berguna. Pada petang itu juga dibentuk
kumpulan BIG kepada dua fasa. Fasa yang pertama akan mengadakan perkhemahan pada 21
sehingga 24 Februari 2012 manakala Fasa kedua akan mengadakan perkhemahan pada 27
Februari sehingga 1 Mac 2012.
Fasa pertama dianggotai oleh Pengajian Agama 2, Pengajian Agama 4 dan Pengajian
Bahasa Cina 2, Manakala Fasa kedua dianggotai oleh Pengajian Agama 1, Pengajian Agama
3 dan Pengajian Bahasa Cina 1. Mentor setiap kumpulan juga telah dipilih pada petang
tersebut. Walaupun mesyuarat pada petang itu singkat, tetapi pelantikan Ahli jawatankuasa
tertinggi bagi setiap fasa telah Berjaya dilantik atas kerjasama yang diberikan oleh setiap
peserta. Antara jawatankuasa yang dilantik ialah Quartermaster alatan, quartermaster
makanan dan quartermaster keselamatan. Mesyuarat pada petang itu selesai pada pukul 4.30
petang.
Seterusnya, pada hari rabu 15 Februari 2012, satu perjumpaan telah diadakan di
perpustakaan IPG Kampus Sarawak. Perjumpaan dibuat pada pukul 2.30 petang itu bertujuan
untuk membahagikan tugas-tugas dan menerangkan mengenai setiap tugas masing-masing.
Ketua bagi perkhemahan BIG semester 1 fasa 1, saudara Mohd Anbaari Bin Idris telah
mempengerusikan mesyuarat. Perjumpaan singkat itu telah berjalan dengan lancar. Setiap
peserta bersetuju untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi menambahkan makanan
semasa perkhemahan. Perjumpaan selesai pada pukul 3.30 petang.
LATAR BELAKANG BINA INSAN GURU
Bina Insan Guru atau B.I.G merupakan satu kursus wajib yang perlu diikuti oleh
semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini telah dikendalikan
di bawah kelolaan dan seliaan unit gerakkerja Kokurikulum ( GERKO). Program ini
dijalankan sepanjang enam semester yang melibatkan aktiviti di luar dan juga di dalam
kampus. Jumlah interaksi yang diberikan kepalda pelajar adalah 120 jam. Guru pelatih
diwajibkan untuk melaksanakan B.I.G mengikut interaksi yang diberikan untuk lulus
program Bina Insan Guru ini.
Bagi Program BIG ( Tahun 1, Semester 1), kursus ini merupakan satu program
perkhemahan selama 4 hari 3 malam. Tumpuan yang diberikan adalah aktiviti mental, latihan
dalam kumpulan, mendirikan dan menguruskan perkhemahan, Malaysia cergas dan patriotik,
kembara dan orienteering, aktiviti di air, tazkirah ataupun aktiviti moral, persembahan
kumpulan dan refleksi. Jam kontrak bagi kursus semester ini ialah 45 jam.
Pelaksanaan kursus ini adalah untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam
menganalisa masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan
menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan
penambahbaikkan secara berterusan. Selain itu, guru pelatih juga akan dapat menunjukkan
kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
Dalam pada itu, kursus ini akan memberi ruang kepada guru pelatih untuk merancang,
melaksanakan, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam
kumpulan. Dengan ini, guru pelatih mampu mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan
fizikal, mental, emosi, rohani, dan sosial.
LATAR BELAKANG PESERTA
Program BIG bagi siri pertama Semester 1 , Tahun 1, (2012) telah melibatkan
sebanyak 62 orang peserta. Kesemua peserta terdiri daripada kelas Pengajian Agama 2,
Pengajian Agama 4, dan Pengajian Bahasa Cina 2.
Pengajian Agama 2 terdiri daripada 20 orang peserta manakala Pengajian Agama 4
dan Pengajian Bahasa Cina pula masing-masing terdiri daripada 19 orang dan 20
orang.Lingkungan umur bagi para peserta adalah dari 20 tahun sehingga 22 tahun.
Kesemua peserta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Melanau,
Dusun, dan sebagainya. Walaupun kursus ini terdiri daripada berbilang kaum, namun
pembahagian ahli bagi setiap kumpulan adalah dipilih secara rawak oleh pensyarah. Justeru,
setiap kumpulan mempunyai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bilangan ahli dalam
setiap kumpulan dalam lingkungan 10-12 orang.
DEMOGRAFI PESERTA
NAMA : NOOR AMIZA BINTI GHAZALI
NAMA PANGGILAN : MIZA
TARIKH LAHIR : 8 OGOS 1992
ZODIAK : LEO
ALAMAT : 11/101 KAMPUNG HILIR DARAT,
94650 KABONG
ASAL : KABONG , SARAWAK
UNIT : PISMP PENGAJIAN AGAMA SEM 1
KUMPULAN BIG : KUMPULAN 4, TERBAIK
HOBI : MELAYARI INTERNET, MENONTON TELEVISYEN
MATLAMAT HIDUP : GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMA-
LAMANYA
MAKLUMAT AHLI KUMPULAN
MOHD. RUSYDIE BIN SAUFFIEE
920422-13-6381
PENGAJIAN AGAMA
BINTULU, SARAWAK
MELANAU
KETUA KUMPULAN
KONG TECK KIONG
921023-13-6186
PENGAJIAN BAHASA CINA
MIRI, SARAWAK
CINA/FOO CHOW
PENOLONG KUMPULAN
WONG KEE HAN
920724-13-6125
PENGAJIAN BAHASA CINA
SIBU, SARAWAK
CINA
QUARTER MASTER PERALATAN
SITI SARAH BINTI OSMAN
911208-12-6196
PENGAJIAN AGAMA
PAPAR, SABAH
DUSUN
QUARTER MASTER MAKANAN
NOOR AMIZA BINTI GHAZALI
920808-13-5680
PENGAJIAN AGAMA
KABONG, SARAWAK
MELAYU
NOORALAM BINTI KUSAIRI
920209-13-6446
PENGAJIAN AGAMA
DARO, SARAWAK
MELANAU
NUR SHARMILA SORAYA
920215-13-6426
PENGAJIAN AGAMA
BRUNEI
MELAYU
LEE SIEW SIN
921003-13-6111
PENGAJIAN BAHASA CINA
SIBU, SARAWAK
CINA
MOHD. FIKHRI BIN KIPRAWI
920907-13-6427
PENGAJIAN AGAMA
BINTULU, SARAWAK
MELANAU
LAW NGO LENG
920625-13-6066
PENGAJIAN BAHASA CINA
SIBU, SARAWAK
CINA
SENARAI AGIHAN JAWATANKUASA KERJA AHLI KUMPULAN 4.
Ketua : Mohamad Rusydie Bin Sauffiee
Penolong : Kong Teck Kiong
Ahli Jawatankuasa Kecil Nama Tugas
Masakan Siti Sarah Binti Osman
Noor Amiza Binti
Ghazali
Memastikan bekalan makanan
sentiasa ada
Membuat persiapan masakan
dan menyediakan makanan
kumpulan
Minuman Nur Sharmila Soraya
Law Ngo Leng
Memasak air dan memastikan
bekalan air minuman sentiasa
ada.
Masak Nasi Nooralam Binti Kusairi Memasak nasi dan memastikan
bekalan beras mencukupi
Peralatan Wong Kee Hann
Mohd. Fikhri Bin
Kiprawi
Mengambil peralatan Institut
dan memastikan peralatan dapur
dan khemah dijaga dengan baik.
Kebersihan Lee Siew Sin Memastkan kebersihan khemah
dijaga dan peralatan dapur
sentiasa bersih.
PERSEKITARAN PROGRAM
Program Bina Insan Guru ini diadakan di Pantai Bungai, Bekenu. Semua aktiviti seperti
mendirikan khemah, LDK, aktivit air, dan aktiviti kerohanian dijalankan di sekitar Pantai
Bungai. Walaubagaimanapun, aktiviti kembara hutan dijalankan di Bukit Angus.
ai Bungai
Pantai Bungai Tempat menjalankan LDK
Kawasan perkhemahan Tempat beribadah
Tempat kembara hutan (Bukit Angus) Tempat berkayak
Tempat aktiviti air ( Pantai Bungai)
KEMUDAHAN FIZIKAL
Tapak Kem Pantai Bungai ini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan bagi
memudahkan aktiviti-aktiviti program dapat dijalankan dengan lancar dan lebih teratur. Antara kemudahan-
kemudahan fizikal yang telah disediakan ialah:
1 . T a p a k p e r k h e m a h a n
2 . D e w a n s e r b a g u n a
3 .Kawasan memasak / dapu r
4 . T a n d a s p e s e r t a
5 . T a n d a s f a s i l i t a t o r
6 .B i l i k t i du r f a s i l i t a t o r
7 . P i l i a i r
8 . B i l i k s t o r p e r a l a t a n
9 . S t o r b e g p e s e r t a
10.Peralatan memasak
11.Kipas elektrik
12.Sistem pembesar suara
13.Khemah & peralatannya
OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU
Program Bina Insan Guru(BIG) mempunyai matlamat yang tersendiri selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara.Oleh itu,
beberapa objektif telah digariskan dalam program ini.Antara objektif Program Bina Insan
Guru diadakan adalah seperti berikut
a. Menjadi insan guru yang berilmu, beradab, inovatif, kreatif dan beketrampilan.
b. Berusaha menjadi insan guru yang patuh pada agama dan mengamalkan nilai-nilai
positif serta gaya hidup sihat berasaskan Rukunegara.
c. Menimbulkan keinsafan dan tanggungjawab mulia sebagai insan guru.
d. Mempuyai ciri-ciri insan guru yang cemerlang, harmonis dan bersatu padu serta
mempunyai ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi.
e. Mengamalkan kesedaran sivik yang tinggi dan sedia berbakti.
f. Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan
mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.
g. Menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
NAMA KUMPULAN
Kumpulan 4
Kumpulan 4 bermaksud satu pasukan yang mempunyai 4 aspek penting yang mampu
melahirkan guru pelatih berintegriti dan mempunyai semangat juang yang tinggi disamping
perwatakan yang baik untuk mencapai matlamat. 4 aspek tersebut adalah kekuatan dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelek. ( JERI )
Ahli-ahli kumpulan
1. MOHD. RUSYDIE BIN SAUFFIEE
2. KONG TECK KIONG
3. WONG KEE HANN
4. SITI SARAH BINTI OSMAN
5. MOHD. FIKHRI BIN KIPRAWI
6. LEE SIEW SIN
7. NOOR AMIZA BINTI GHAZALI
8. LAW NGO LENG
9. NOORALAM BINTI KUSAIRI
10. NUR SHARMILA SORAYA
MOTTO KUMPULAN
Terbaik
Nama kumpulan terbaik ini merupakan singkatan kepada ”Terus Berusaha Aku Inginkan
Kejayaan”. Ianya merupakan semangat yang ingin kami cipta sepanjang program BIG ini
dijalankan.
LAGU KUMPULAN
Memang tak ada kumpulan seperti kami
Tapi yang lebih hebat kami
Memang tak ada kumpulan sebaik kami
Tapi yang lebih baik kami
Oh kamu kamu jangan kau cabar kumpulan kami
Ku tahu kamu jelous, ku percaya kau jelous
Kami tetap nak menang, kamu jangan melawan
Jangan jangan melawan (2x)
LOGO KUMPULAN
Maksud Logo Kumpulan
1. Mahkota:
Mahkota yang tersergam indah menunjukkan kumpulan kami sentiasa inginkan tempat yang
teratas bermaksud sentiasa berusaha untuk menjadi yang teratas diantara semua kumpulan
lain. Selain itu, mahkota juga menunjukkan kami kumpulan yang berkuasa sehingga mampu
menandingi kumpulan lain.
2. 2 ekor singa jantan
2 ekor singa jantan yang berada di kedua-dua penjuru mahkota menunjukkan keberanian
dalam mengekalkan semangat kami untuk terus berjuang mempertahankan maruah
kumpulan. Usaha yang dilakukan sewajarnya luar biasa, bersemangat dan berani ibarat singa
yang kelaparan mencari mangsa.
3. Nombor ( iv ) di dalam bulatan
Nombor (iv) di dalam bulatan menunjukkan kami berada pada kumpulan yang keempat.
Kami akan sentiasa mengawal dan menjaga kumpulan kami supaya sentiasa dipandang baik
oleh pensyarah pembimbing dan ahli kumpulan yang lain. Selain daripada itu juga, kumpulan
empat ini juga berlandaskan kepada empat aspek utama dalam falsafah pendidikan iaitu
merangkumi jasmani,emosi,rohani dan intelek dan memastikan keempat empat aspek ini
berjalan seiring semasa program BIG berlansung.
4. Cogan kata ”Terbaik”
Cogan kata ”Terbaik” yang berada pada bahagian bawah logo menunjukkan jihad kami
dalam menjalankan aktiviti. Ianya merupakan singkatan daripada ”Terus Berusaha Aku
Inginkan Kejayaan”. Bermaksud usaha itu perlu dalam merealisasikan kejayaan. Usaha yang
luar biasa akan menjanjikan hasil yang luar biasa.
Laporan aktiviti pada hari pertama.
( 21 February 2012/ Selasa )
Pada jam 1.15 petang, semua peserta BIG siri pertama telah berkumpul di Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri dan bersiap sedia untuk berangkat ke tapak
perkhemahan iaitu di Pantai Bungai yang mengambil masa selama 1 jam. Sebelum bertolak,
kami mendengar taklimat ringkas oleh kem komandan kami, iaitu Ustaz Azharuddin. Beliau
telah memberi taklimat dan perkara-perkara yang perlu kami lakukan setibanya di Pantai
Bungai. Peserta BIG siri pertama bergerak dengan ke Pantai Bungai dengan dua buah bas.
Oleh yang demikian, kesemua peserta BIG dibahagikan lagi kepada 2 kumpulan yang besar.
Kumpulan 1, 3, dan 5 bergerak menggunakan sebuah bas, manakala kumpulan 2, 4, dan 6
bergerak dengan bas yang satu lagi. Bas yang pertama bergerak sedikit lebih awal daripada
bas kami. Kami bergerak kira-kira pada jam 2.00 petang.
Setibanya di Pantai Bungai kira-kira jam 3.30 petang, kami terus mendirikan khemah
masing-masing. Setiap kumpulan bertungkus lumus untuk mendirikan khemah masing-
masing. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 buah khemah. Selain itu, kami juga disuruh
mendirikan khemah untuk dijadikan tempat untuk memasak. Setelah khemah selesai
didirikan, kami bersiap sedia untuk mengikuti taklimat keselamatan di air. Taklimat
keselamatan ini telah disampaikan oleh Encik Sain. Taklimat keselamatan air tamat pada jam
5.30 petang. Seterusnya, kami diberi peluang untuk berkemas diri dan menyiapkan makanan
untuk malam. Di sini, semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyediakan masakan untuk
makan malam. Semuanya mempunyai tugas masing-masing.
Pada sebelah malamnya pula, kami solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
Pengisian antara Maghrib dan Isyak pula diadakan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz
Madani. Bagi pelajar yang bukan Islam pula, mereka menghadiri pengisian moral yang
dikendalikan oleh Puan Betty. Usai sahaja solat Isyak, kesemua peserta mengambil peluang
dan masa yang ada untuk makan malam. Tanpa membuang masa, selesai makan, kami terus
berkumpul untuk mengikuti agenda seterusnya iaitu pecah bendung, pada jam 8.30 malam.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa pecah bendung. Slot ini bertujuan untuk mengenali
dengan lebih rapat lagi rakan-rakan guru pelatih yang lain. Aktiviti yang pertama dimulakan
dengan membuat dua bulatan iaitu bulatan kecil berada di dalam bulatan yang lebih besar.
Kami di arahkan untuk berjalan dan apabila arahan berhenti diberikan, kami akan berhenti
dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakan yang berada di hadapan kami.
Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kepada peserta untuk lebih menghargai rakan-
rakan yang lain. Selepas itu, kami dibekalkan dengan kertas. Kertas tersebut digunakan untuk
menurunkan tandatangan. Selepas tandatangan diturunkan, kertas tersebut diletakkan di
tengah-tengah bulatan dan kertas tersebut dicampuradukkan. Selepas itu, kami dikehendaki
untuk mengambil sekeping kertas dan dikehendaki mencari tuan empunya tandatangan
tersebut. Aktiviti pada malam tersebut tamat pada jam.
Pada malam yang pertama, kaum adam dari kumpulan 1 dan 2 akan melakukan
kawalan. 4 buah kumpulan lagi akan membuat kawalan untuk 2 malam yang berikutnya.
Kesemua peserta tidur di khemas masing-masing. Namun begitu, terdapat beberapa
kumpulan yang tidak dapar tidur akibat hari hujan. Hal ini disebabkan khemah kami basah.
Perkara sebegini amat menguji kesabaran saya kerana dalam keadaan mengantuk dan penat,
terpaksa bangun akibat basah.
Laporan aktiviti pada hari kedua.
( 22 February 2012/ Rabu )
Aktiviti hari kedua bermula seawal jam 5 pagi iaitu berkumpul di tempat solat untuk
solat subuh secara berjemaah dan diteruskan dengan tazkirah subuh. Selepas itu, kami
membuat senaman pagi yang diketuai oleh Encik Hamdin. Pelbagai jenis senaman yang telah
dijalankan ekoran semua peserta akan menjalani aktiviti lasak selepas itu. Setelah senaman,
kami berkumpul di khemah masing-masing untuk sarapan pagi dan membuat persiapan untuk
aktiviti seterusnya.
Pada pukul 7.45 pagi, kami berkumpul sekali lagi dan diberi taklimat berkenaan
dengan aktiviti air yang akan dilakukan kerana kumpulan kami membuat aktiviti air pada
hari itu. Kami bertolak ke tempat aktiviti dilakukan kira-kira jam 8 pagi. Sebanyak tiga
kumpulan yang melakukan aktiviti air pada hari itu dan kumpulan selebihnya melakukan
aktiviti kembara hutan.
Sebelum masuk ke dalam air, kami membuat sedikit senaman renggangan badan bagi
mengelakkan berlakunya kekejangan. Aktiviti yang pertama dilakukan ialah water confident.
Kami masuk ke dalam air sambil berpegang tangan untuk memastikan keselamatan
memandangkan laut pada hari itu agak bergelora. Dalam pada itu, kami juga didedahkan
dengan asas-asas berenang. Aktiviti water confident ini bertujuan untuk membuang sifat takut
dalam kalangan guru pelatih. Seterusnya, kami pula membuat persediaan untuk aktiviti
berkayak. Namun begitu, kami diberi taklimat terlebih dahulu daripada jurulatih kami, iaitu,
Encik Sain. Beliau juga mengajar kami cara-cara untuk berkayak. Setelah selesai belajar
untuk aktiviti kayak, kami diberi peluang untuk makan tengahari dan solat Zohor. Walaupun
dalam keadaan penat, kesemua peserta BIG masih bersemangat untuk menyediakan makanan
untuk makan tengahari.
Seterusnya, kami meneruskan aktiviti kami dengan berkayak. Setiap peserta
dibenarkan untuk memilih pasangan masing-masing untuk berkayak. aktiviti kayak kami
hanya dibuat di kawasan tasik sahaja ekoran gelombang yang begitu kuat di laut. Aktiviti air
tamat kira-kira jam 2.30 petang.
Setelah selesai aktiviti air, kami pula ada LDK bersama Encik Jefri. Dalam LDK
tersebut, kami telah membuat ujian psikologi. Ujian ini berkenaan soal selidik minat kerjaya
(Self-Directed Search/SDS) . Sebanyak 192 soalan yang perlu kami jawab bagi mengetahui
kerjaya yang betul-betul diminati oleh para peserta. Soal selidik ini mendedahkan bidang
yang sesuai dengan sikap dan sifat diri sendiri. Namun begitu, keputusan soal selidik ini tidak
semestinya seratus peratus tepat. Ini hanyalah sebagai panduan dan rujukan sahaja. Setelah
selesai menjawab soalan-soalan tesebut, kami dibenarkan untuk balik ke khemah masing-
masing untuk berkemas diri dan menyediakan makanan untuk makan malam.
Seperti hari sebelumnya, pada sebelah malam, kami menunaikan solat magrib dan
isyak secara berjemaah dan diteruskan dengan LDK. LDK pada hari tersebut juga
dikendalikan oleh Encik Jefry. Pada malam tersebut, kami membincangkan hasil ujian
psikologi berkaitan kerjaya pada petangnya. Berdasarkan jawapan yang telah kami jawab,
ianya akan menjadi satu kod. Kod tersebut menunjukkan ciriciri seseorang tersebut. Seorang
guru pula akan mempunyai kod SAE, iaitu social, artistic, dan entrepising.
Selepas itu, di dalam kumpulan, kami diarahkan untuk membuat perbincangan
terhadap isu berkaitan dengan guru yang terdapat dalam keratan akhbar yang diberikan.
Kesemua kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan di hadapan. Setiap kumpulan
aktif memberikan pandangan masing-masing terhadap isu yang diberikan. Aktiviti pada
malam tersebut tamat pada pukul 10.0 malam.
Laporan aktiviti pada hari ketiga.
( 23 February 2012/ Khamis)
Pada hari tersebut, kami juga berkumpul di tempat solat untuk menunaikan solat
subuh berjemaah pada pukul 5 pagi dan bersenam seperti hari sebelumnya. Selepas sarapan,
kami pula bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti darat pula iaitu kembara hutan, di Bukit
Angus. Kami membuat persediaan yang amat rapi sebelum memulakan kembara hutan.
Setiap kumpulan membawa peti keselamatan dan makanan kerana kami akan memasak di
dalam hutan. Kami bergerak ke Bukit Angus kira-kira pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki
bas. Kami juga diberi taklimat ringkas sebelum memulakan perjalanan.
Terdapat 3 cabaran yang perlu kami lalui. Halangan dan cabaran yang dilalui agak
menguji kesabaran dan ketahanan mental serta fizikal dalam kalangan guru pelatih. Cabaran
yang pertama adalah untuk menghidupkan api untuk memasak makanan. Setiap ahli
kumpulan bekerjasama untuk mencari kayu dan memasak. Masa yang diberikan untuk masak
dan makan adalah satu jam. Kemudian, di cabaran yang kedua, melepasi tembok yang begitu
tinggi. Keadaan tembok yang begitu licin menyebabkan sukar bagi peserta untuk
mendakinya. Namun begitu, atas sokongan dan semangat dari rakan-rakan yang lain,
kesemua kumpulan yang mengikuti kembara hutan pada hari tersebut berjaya melepasi
tembok. Cabaran yang seterusnya ialah mengusung rakan yang sakit. Sebelum itu, kami
mencari beberapa batang kayu untuk mengusung rakan yang sakit dengan kain sarung.
Cabaran ini dilakukan dengan penuh hati-hati. Keadaan jalan yang agak licin dan bukit yang
amat curam menyebabkan perjalanan kami agak perlahan. Aktiviti kembara hutan kami
berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Sementara menunggu bas sampai, mentor bagi setiap
kumpulan mengarahkan mentee untuk memikirkan persiapan untuk malam kebudayaan.
Setibanya di kawasan perkhemahan, kami diberi peluang untuk membersihkan diri
dan berehat dan bersedia untuk LDK selepas solat Asar. LDK pada hari tersebut juga
dikendalikan oleh Encik Jefri. Pengisian bagi LDK kali ini adalah membuat turutan yang
mendorong seseorang untuk memilih pekerjaan.
Pada sebelah malamnya pula, iaitu merupakan malam kemuncak dan malam terakhir
kami di Pantai Bungai, telah diadakan persembahan kumpulan. Setiap kumpulan akan
membuat persembahan berdasarkan tajuk tugasan yang dicabut undi. Antara persembahan
yang telah diadakan ialah, lakonan, muzik kreatif, tarian, dan sebagainya. Persembahan setiap
kumpulan seperti ini secara tidak langsung memberi keyakinan diri bagi setiap peserta untuk
berada di hadapan khalayak ramai.
Laporanaktiviti pada hari keempat
( 24 Februari 2012 / Jumaat )
Hari keempat merupakan hari terakhir untuk kami menjalankan program BIG bagi siri
1. Seperti kebiasaan, selepas menunaikan solat subuh dan menjalankan aktiviti lain, kami
berkumpul di dewan bagi menjalankan sesi LDK yang terakhir. Sepanjang aktiviti LDK
dijalankan, kami diminta untuk membuat refleksi mengenai sepanjang aktiviti BIG yang
ditempuhi. Ramai guru pelatih yang meluahkan perasaan masing-masing dan pengalaman
mereka. Selepas sesi LDK, kami mengadakan majlis penutupan.
Majlis penutupan dihadiri oleh semua mentor dan pensyarah yang terlibat sepanjang
aktiviti BIG. Selesai majlis penutupan, kami mengemas semua peralatan dan balik ke IPG
pada pukul 11.30 pagi
REFLEKSI BINA INSAN
GURU
NAMA : KONG TECK KIONG
NO. IC : 921023-13-6186
JANTINA : PEREMPUAN
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2012
NAMA TUTOR : ENCIK MOHAMMAD NIDZAM BIN YAAKOB
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
Abstrak
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi,
berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi.
Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia
bukan sahaja perlu menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi juga perlu
mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu
mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan
mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap
bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
Program BIG Semester 1 Tahun 1 diadakan sepanjang 4 hari 3 malam. Akitiviti yang
terdapat dalam Program BIG termasuklah aktiviti air dan aktiviti darat. Dalam aktiviti air,
guru pelatih diberi peluang untuk belajar berenang dan berkayak. Aktiviti darat pula diadakan
dalam hutan yang memerlukan guru pelatih mengharungi pangkalan-pangkalan tertentu
seperti memasak dalam hutan, mendaki cerun bukit yang curam serta mengangkat “mangsa”
keluar dari hutan. Kesemua halangan tersebut membawa cabaran kepada semua guru pelatih
yang terlibat.
Dalam BIG, Pensyarah-Pensyarah yang berpengalaman akan memberi taklimat yang
berkaitan dengan aktiviti yang hendak dijalankan. Selain itu, Pensyarah Kaunseling juga akan
menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna dan dapat memberi ransangan penting
kepada guru pelatih.
Sesungguhnya, Program Bina Insan Guru menjadi elemen yang berkesan untuk
menjadikan warga bakal pendidik sebagai insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan
berbakti kepada nusa, bangsa dan negara.
Refleksi
Program Bina Insan Guru Siri Pertama telah diadakan pada 20 Februari hingga 24
Februari 2012 iaitu dari hari Selasa hingga ke hari Jumaat yang mengambil masa sebanyak 4
hari 3 malam. Kem Komander bagi BIG siri pertama ialah Encik Gumbang Anak Pura
manakala Ketua BIG ialah saudara Azharuddin Zani.
Jumlah guru pelatih yang terlibat ialah sebanyak 62 orang. 62 orang guru pelatih ini
dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 hingga 11 orang ahli.
Pada waktu pagi 20 Februari 2012, 3 kumpulan dari PISMP Semester 1 Tahun 1 iaitu
Pengajian Arab 2 dan 4 serta Bahasa Cina 2 telah berkumpul dan membuat persiapan awal
sebelum bertolak ke lokasi BIG iaitu Pantai Bungai. Guru pelatih perempuan yang terlibat
diberi tugas menyemak khemah dan memastikan peralatan memasak mencukupi bagi setiap
kumpulan. Guru pelatih lelaki pula ditugaskan untuk membuat pindahan kayak.
Pada hari petang, setelah menerima taklimat daripada kem komander, kami pun
bertolak ke Pantai Bungai. Terdapat dua buah bas institut yang menghantar kami ke Pantai
Bungai. Setelah sampai ke Pantai Bungai dan menerima taklimat pendek dari Encik
Gumbang, semua ahli kumpulan bekerjasama membina khemah masing-masing di tempat
perkhemahan yang ditetapkan dan seterusnya membina tempat memasak untuk menyediakan
makan malam bagi kumpulan masing-masing.
Pada waktu malam, Encik Sain telah memberi taklimat berkaitan dengan aktiviti air.
Taklimat ini memberi informasi yang penting kepada semua guru pelatih supaya mengetahui
keselamatan berada di laut atau semasa berkayak. Seterusnya, Encik Gumbang membuat
pembahagiaan terhadap kumpulan yang akan menjalankan aktiviti air atau aktiviti darat pada
hari keesokan. Kumpulan saya telah diagih untuk menjalankan aktiviti air pada hari
keesokan.
Pada hari kedua Program BIG, kumpulan saya telah menjalankan aktiviti air di pantai.
Encik Sain sebagai Pensyarah Pembimbing dengan dua orang pensyarah pembantu telah
memberi taklimat tentang keselamatan di air. Kemuadian, kami dibahagikan kepada dua
barisan. Satu barisan terdiri daripada guru pelatih lelaki manakala satu barisan terdiri
daripada guru pelatih perempuan. Cabaran kami ialah membuat “tembok badan” untuk
menghalang ombak di laut. Selain itu, kami juga belajar beberapa teknik berenang. Melalui
cabaran ini, saya telah memahami kepentingan semangat kerjasama. Apabila ombak datang
berterusan, semua orang mesti pegang tangan antara satu sama lain supaya “tembok badan”
kami tidak dihakiskan oleh ombak. Jika tidak, kami tidak akan dapat mendepankan diri kami
ke laut yang lebih dalam. Selepas aktiviti ini, kami dikehendaki memasak di tepi pantai.
Dengan kerjasama semua ahli kumpulan, masakan yang enak iaitu kari dapat dihidangkan
kepada semua orang. Pada waktu petang, aktiviti seterusnya iaitu berkayak. Oleh sebab
ombak terlalu besar, kami diizinkan menguasai kemahiran berkayak di sebatang sungai kecil.
Ini merupakan satu aktiviti yang seronok dan mencabar. Tanpa kerjasama antara ahli
sepasangan, kayak itu tidak akan bergerak dan menukar arah dengan senang.
Pada waktu malam, taklimat oleh Pensyarah Kaunseling iaitu Encik Jeffery bin Apdal
membolehkan perkenalan antara satu sama lain dijalankan dengan lancar. Beliau merupakan
seorang yang mesra dan peramah. Dengan sesi pengenalan itu, saya lebih berkenal dengan
guru pelatih bangsa lain yang sebelum ini tidak pernah berinteraksi dengan mereka di institut.
Malangnya pada malam tersebut, hujan turun dengan lebat seperti hari pertama kami sampai
di Pantai Bungai, nasib baiknya khemah saya tidak memasuki air hujan. Apabila tidur di
dalam khemah, saya tidak dapat tidut dengan lena kerana takut dengan hujan yang lebat
tersebut. Akan tetapi, saya berdoa kepada Tuhan supaya mendapat lindungan-Nya. Keadaan
ini mendorong saya membuat pemikiran tentang sebagai seorang bakal guru, saya mesti akan
menghadapi apa-apa jua masalah dan cabaran dalam kehidupan saya. Pengalaman ini
membolehkan saya membina keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan. Saya memahami
dengan hati yang tenang dan tidak panik, saya akan dapat menghadapi segala masalah itu.
Pada hari ketiga, kumpulan kami menjalankan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti darat.
Oleh sebab hujan turun pada hari sebelumnya, jalan hutan susah berjalan dan kami terpaksa
berhati-hati pada setiap masa. Aktiviti ini mempunyai tiga pangkalan. Pangkalan pertama
ialah menghidupkan api dengan sumber hutan dan memasak makanan untuk tengah hari,
pangkalan kedua ialah mendakit cerun yang sangat curam dengan bantuan tali sahaja,
pangkalan ketiga ialah mengangkat “mangsa” (dari kalangan ahli kumpulan yang paling
ringan) keluar dari hutan. Ketiga-tiga pangkalan tersebut memang bertujuan untuk membina
kekuatan guru pelatih dari segi emosi, jasmani, intelek dan rohani. Tanpa kekuatan itu, guru
pelatih tidak mungkin akan mencapai ke destinasi akhir.
Sebagai “mangsa” yang diangkat oleh ahli kumpulan lain, saya berasa jutaan minta
maaf dan terima kasih kepada mereka kerana bukan senang untuk mengangkat seorang
“mangsa” keluar dari hutan apatah lagi jalan hutan licin dan cerun-curam. Perjalanan tersebut
cukup membawa kenangan manis dan pahit kepada semua ahli kumpulan. Tanpa kerjasama,
semua cabaran ini tidak akan diselesaikan. Aktiviti ini berjaya mengeratkan lagi hubungan
antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.
Pada malam tersebut, terdapat aktiviti Malam Kebudayaan. Kumpulan kami mendapat
tajuk Muzik Kreatif. Kami bersama-sama mengeluarkan idea supaya persembahan kami
dapat dipersembahkan dengan berjaya. Kami mencipta lagu kumpulan kami yang kretif dan
memainkan muzik dengan alatan memasak seperti sudu, gelas plastik, kuali dan sebagainya
untuk dijadikan muzik iringan. Proses membuat persediaan untuk persembahan Malam
Kebudayaan memang singkat tetapi ia merupakan saat yang susah dan haru kerana setiap ahli
kumpulan sama-sama menghadapi masalah yang timbul dan sama-sama menyelesaikannya.
Inilah erti sebenar semangat “Satu Malaysia” !
Pada hari terakhir, selepas Majlis Penutupan Program Bina Insan Guru Siri Pertama
serta pembersihan tapak perkhemahan dan penyusunan dilakukan, kami pun bertolak balik ke
Institut. Sebagai kesimpulan, Program BIG merupakan satu program yang berfaedah. Saya
berjaya memperoleh ilmu pengetahuan dan banyak pengalaman baru dalam kehidupan.
REFLEKSI BINA INSAN
GURU
NAMA : WONG KEE HANN
NO. IC : 920724-13-6125
JANTINA : LELAKI
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2012
NAMA TUTOR : ENCIK MOHAMMAD NIDZAM BIN YAAKOB
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
Abstrak
Program Bina Insan Guru(BIG) Siri 1 Tahun 2012 telah dijalankan selama 4 hari 3 malam dari 21/2/2012 ( Selasa ) sehingga 24/2/2012 (Jumaat). Pada hari Selasa, kami dikehendaki menyediakan alatan-alatan yang diperlukan semasa BIG. Kami telah mula menyediakan bahan-bahan yang perlu dibawa seperti kayak dan bahan-bahan keperluan pada pukul 10:00 am. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu, lelaki bertanggungjawab untuk membersihkan kayak dan pedal , manakala perempuan membersihkan alatan-alatan makanan dan sebagainya. Pada pukul 2 petang, kami bertolak ke Pantai Bungai selepas diberi taklimat.
Kami telah tiba di Pantai Bungai pada pukul 2.30 petang. Selepas kami menurunkan alatan-alatan yang dibawa, kami mula untuk mendirikan khemah dengan ahli kumpulan di tapak perkhemahan masing-masing. Selepas siap mendirikan khemah, kami mula memasak untuk makan malam. Selepas makan dan mandi, kami telah menghadiri aktiviti pertama, iaitu “Ice Breaking” yang dikendalikan oleh kaunselor IPG Kampus Sarawak Miri iaitu Encik Jeffery.
Pada 22 Feb 2012, kami bangun pada pukul 5.00 pagi untuk mengikuti satu program Moral pada pukul 5.30 pagi. Bagi rakan-rakan yang beragama Islam pula mengikuti aktiviti agama Islam. Pada pukul 6.30 pagi, kami dibawa untuk mengikuti senaman pagi di tepi pantai. Selepas itu, kami makan sarapan pagi yang disediakan, iaitu, roti dan the. Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, kami dikehendaki membawa alatan memasak ke pantai serta menjalankan aktiviti air. Pada pukul 12 tengah hari, kami makan di tepi pantai. Selepas makan, kami belajar cara untuk berkayak, dan aktiviti telah ditamatkan pada pukul 2.30 petang.
Selepas mengangkat balik kayak yang digunakan, kami diberi masa untuk mengemaskan diri dan membersihkan diri. Pada pukul 4:30 petang, satu program Latihan Dalam Kumpulan(LDK) telah dijalankan. Selepas itu, kami pun diberi masa untuk memasak makanan malam. Kami mula makan malam pada pukul 8 petang. Selepas makan , kami telah mengikuti aktiviti LDK yang kedua pada pukul 8:30 malam. Aktiviti LDK tersebut dijalankan selama dua jam sehingga 10:30 malam.
Pada23 Feb 2012, seperti biasa kami telah menjalankan program Moral pada 5:30 pagi. Selepas itu, senaman pagi telah diadakan di tepi pantai. Selepas bersarapan, kami telah bertolak ke Bukit Hangus pada pukul 8:00 pagi untuk menjalankan aktiviti darat.Sebelum bertolak, takimat rngkas dijalankan supaya aktiviti boleh dijalankan dengan lancar apabila
berada di Bukit Hangus. Aktiviti darat tersebut dibahagikan kepada 3 pangkalan. Aktiviti darat merangkumi aktiviti “abseiling”, aktiviti pengangkatan “mangsa” dam memasak dalan hutan. Seluruh aktiviti ini memakan masa selama 5 jam, iaitu tamat pada pukul 1 petang.
Pada waktu malam, kami juga mengadakan jamuan BBQ dan malam kebudayaan. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan satu persembahan untuk hiburan. Aktiviti ini tamat pada pukul 10:00 malam. Selepas itu, kami telah balik ke khemah untuk berehat dan tidur.
Pada hari yang terakhir iaitu 24 Feb 2012, Majlis Penutupan Program BIG Siri 1 telah diadakan. Selepas itu, kami dikehendaki mengemaskan khemah dan barang peribadi masing-masing. Kami telah menyimpan alatan-alatan makanan, kayak dan sebagainya dalam dewan Pantai Bungai. Kami telah bertolak dari Pantai Bungai pada pukul 12:00 tengah hari. Kami telah sampai di IPG Kampus Sarawak kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Refleksi
Secara keseluruhannya, saya berasa sangat bangga kerana boleh menyertai Program Bina Insan Guru(BIG) Siri 1 Tahun 2012 yang dianjurkan oleh IPG Kampus Sarawak Miri. Dalam masa 4 hari 3 malam ini, terdapat beberapa perubahan telah diwujudkan pada saya adalah dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Hal ini bermakna saya telah bersama-sama dengan ahli kumpulan saya dan juga peserta-peserta lain menghadapi cabaran yang telah dirancang dalam program ini.
Pada waktu pagi 21 Feb 2012, saya dengan peserta-peserta lain telah pergi ke bilik stok untuk membuat persediaan alatan-alatan yang akan digunakan di tempat perkhemahan. Pensyarah kami telah memberi arahan kepada kami supaya dapat bekerjasama untuk mengeluarkan alatan-alatan yang telah disenaraikan dalam senarai alatan. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan apabila mengeluarkan alatan iaitu lelaki mengeluarkan alatan-alatan seperti kayak dan pedal, manakala perempuan perlu mengeluarkan alatan-alatan seperti alatan makanan, jaket keselamatan, dan sebagainya. Dengan pembahagian kerja tersebut, kami telah berjaya menghabiskan kerja kami iaitu memasukkan alatan-alatan ke dalam bas institut dalam masa yang singkat. Hal ini bermakna kerjasama antara peserta-peserta amat penting, jika tidak , kami mungkin perlu mengambil masa yang panjang untuk membuat persediaan alatan tersebut.
Pada pukul 1.30 petang, kami telah bertolak dari institut, dan telah sampai di Pantai Bungai pada pukul 2.10 petang. Sebelum bertolak,ke destinsi, pensyarah telah memberi taklimat kepada kami supaya dapat terus membina khemah apabila sampai ke destinasi. Apabila kami telah sampai ke pantai, kami terus membina khemah dengan mengikut kumpulan. Oleh sebab saya berada dalam kumpulan keempat, saya dengan ahli kumpulan saya telah membina khemah di tempat pertengahan yang di kawasan yang dihadkan oleh pensyarah kami. Pembinaan khemah telah mengambil masa selama 2 jam. Kumpulan kami telah bekerjasama untuk membina khemah yang diperlukan iaitu khemah rehat dan juga khemah untuk makan. Oleh sebab khemah berehat tiada tiang, kami terpaksa menggunakan buluh untuk membinanya, tetapi akhirnya, kami telah berjaya mencari buluh yang sesuai dan membina bentuk khemah yang sesuai supaya tiada masalah apabila hujan. Melalui perkara ini, saya telah mempelajari tentang kami seharusnya memandang jauh dan perlu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
Pada waktu malam, aktiviti”ice breaking”telah dijalankan. Pensyarah mengetuai kami dengan nyanyian. Aktiviti ini telah membolehkan saya mengenali banyak kawan. Hal ini
telah mengeratkan hubungan antara kaum. Lama-lamamya, kami telah menjadi keluarga yang besar. Saya berasa gembira kerana menjadi salah satu peserta dalam BIG ini kerana saya boleh mengenali budaya mereka.
Pada hari kedua, aktiviti laut dijalankan. Dalam aktiviti laut ini, saya telah mempelajari tentang kerjasama antara ahli kumpulan amat penting. Apabila kami disuruh melawan ombak dengan pegangan tangan kawan-kawan, saya berasa kerjasama antara satu sama lain sangat penting kerana jika tiada kawan, saya tidak dapat melawan ombak dalam aras laut yang dalam dan kemungkinannya saya akan lemas disebabkan ombak yang kuat. Tolong-menolong antara satu sama lain juga amat penting dalam aktiviti ini. Hal ini kerana dalam aktiviti ini akan berlaku kemalangan seperti kejang, lemas dan sebagainya. Oleh sebab itu, kami perlu menolong kawan-kawan kami supaya memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.
Selepas aktiviti laut, aktiviti yang seterusnya telah dijalankan iaitu reka cipta. Kami boleh menggunakan apa-apa sahaja yang terdapat di tepi pantai seperti pasir, batu, kayu, dan sebagainya. Aktiviti ini melatih kami sebagai orang yang kreatif dan memupuk semangat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan supaya dapat selesaikan ciptaan dalam masa yang tetap. Bukan itu sahaja, apabila penjelasan tentang penciptaan, kami perlu membuat lagu belakang untuk menjadikan suasana yang lebih romatik. Slogan”TERBAIK” juga disorak oleh kumpulan kami dengan bersemangat. Saya tersentuh kerana walaupun kumpulan kami terdiri daripada pelbagai kaum tetapi kami pula bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan ini bersama.
Seterusnya ialah aktiviti memasak. Kami dikehendaki memasak di tepi pantai.Pada masa itu, cuacanya sangat panas. Jadi, kami perlu mencari jalan supaya dapat memasak di tempat yang lebih selesa. Akhirnya, kami telah berjaya mencari tempat yang sesuai untuk memasak dan makan. Hal ini membuktikan kawasan semula jadi amat penting kepada kita, kita perlu menjaga dan menghargai semula jadi di sekelilingi kita.
Selepas makan tengah hari, aktiviti kayak telah dijalankan. Sebelum kami berkayak, pensyarah telah mengajar kami cara-cara untuk memegang pedal dan teknik-teknik berkayak. Selepas itu, kami mula menjalankan aktiviti kayak. Oleh sebab ombak laut tidak sesuai untuk kami berkayak, jadi kami terpaksa berkayak di sungai. Walaubagaimanapun, kami juga berasa seronok apabila dapat menggunakan kayak dengan teknik yang betul. Melalui aktiviti ini, saya telah mempelajari suatu perkara iaitu, kita perlulah sabar apabila mempelajari sesuatu perkara seperti berkayak dengan teknik yang betul. Kita perlu menganggap cabaran sebagai perkara yang biasa dalam kehidupan kita, dan hanya menghadapi masalah dengan hati yang sabar dan tabah adalah terpenting.
Pada 23 Feb 2012, aktiviti darat iaitu merentas hutan telah dijalankan. Aktiviti ini dijalankan pada pukul 8 pagi. Selepas persediaan alatan disiapkan, kami telah bertolak ke hutan. Sebelum masuk ke dalam hutan, cabutan telah dijalankan. Kumpulan kami adalah kumpulan pertama yang masuk ke dalam hutan. Jadi, kami dikehendaki sampai ke pangkalan yang ketiga untuk kami berehat dan makan tengah hari. Apabila sampai ke pangkalan, ketua kumpulan kami telah membahagikan kerja kepada kami, ada yang mengutip kayu, ada yang
tolong menyala api, dan ada yang bersedia untuk memasak. Pembahagian kerja kepada ahli kumpulan dapat memendekkan masa berada di pangkalan. Selepas makan, mentor kami memesan kami supaya memastikan kayu-kayu yang masih mempunyai api dan asap dipadam. Tindakan ini adalah untuk mengelakkan kayu yang masih panas menyala semula dengan bantuan matahari. Dari perkara ini,saya telah mempelajari tentang kita perlu berfikir apa-apa sahaja kesan yang akan berlaku supaya tiada kemalangan akan berlaku.
Selepas makan, kami terus perjalanan kami dan sampai ke tempat aktiviti “abseiling”. Bagi sesetengah orang, aktiviti ini adalah susah kerana mereka belum menyesuaikan diri dalam aktiviti ini. Dalam aktiviti tersebut, saya berasa kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli kumpulan adalah sangat penting kerana jika tiada pertolongan, ada sesetengah orang tidak mungkin akan atas bukit. Bagi kumpulan kami,setiap ahli kumpulan kami mempunyai semangat yang amat kuat dan tidak putus asa apabila melakukan “abseiling”.Dengan semangat ini, kami telah berjaya sampai ke atas bukit dalam masa yang singkat.
Aktiviti yang seterusnya adalah aktiviti yang paling susah dalam seluruh aktiviti yang telah dijalankan. Kami dikehendaki mengangkat “mangsa” ke luar hutan. Pertama sekali, kami sekumpulan telah bekerjasama untuk mencari kayu yang agak besar sebagai sokongan kepada “pengankutan mangsa”. Apabila sudah siap, kumpulan kami dibahagikan kepada dua kumpulan supaya dapat mengangkat 2 orang “mangsa” keluar dari hutan. Kami telah mengambil masa yang panjang untuk menghantar “mangsa” keluar dari hutan disebabkan oleh tanah yang licin. Dengan semangat yang tidak putus asa, kami telah berjaya menghantar “mangsa” luar dari hutan. Dari sini, saya telah mempelajari sesuatu perkara iaitu jika kita mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah putus asa, kita dapat berjaya menyelesaikan cabaran yang dihadapi.
Pada waktu malam, aktiviti “Malam Kebudayaan” dijalankan. Dengan kerjasama antara ahli-ahli kumpulan kami, kami telah berjaya mempersembahkan ciptaan muzik dalam malam itu. Dalam persembahan tersebut, kami perlu mempercayai ahli-ahli kumpulan kami dan sendiri juga perlulah mempunyai keyakinan diri supaya dapat menjadikan persembahan lebih menarik dan sempurna.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak nilai murni melalui BIG ini. Dengan mengamalkan nilai-nilai murni ini, kami dapat menghadapi masalah dan cabaran yang dihadapi. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, mentor dan ahli-ahli kumpulan saya atas bantuan mereka. Jika tiada mereka, saya tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
REFLEKSI BINA INSAN
GURU
NAMA : SITI SARAH BINTI OSMAN
NO. IC : 911208-12-6196
JANTINA : PEREMPUAN
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2012
NAMA TUTOR : USTAZ MOHAMED MADANI BIN BAKAR
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
Refleksi
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya saya dapat mengikuti
program Bina Insan Guru(BIG) dan berjaya melaksanakannya sehingga hari terakhir di mana
program ini telah diadakan selama empat hari tiga malam di Pantai Bungai. Saya juga
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam
menjayakan program ini. Ini adalah satu program yang wajib yang telah disediakan oleh
pihak IPG. Banyak pengalaman suka duka yang berlaku dalam setiap aktiviti yang telah
dijalankan di program ini serta secara langsung dan tidak langsung juga mengajar saya
menyesuaikan diri dalam setiap kehidupan yang bakal ditempuhi oleh seorang bakal guru di
masa akan datang.
Apa yang saya dapat daripada program ini sedikit sebanyak mengubah perspektif saya
terhadap kehidupan realiti yang saya pandang mudah selama ini tetapi sebenarnya setiap yang
saya lakukan itu memerlukan kesungguhan tidak kira perkara kecil ataupun besar. Program
sebegini mempunyai objektifnya tersendiri di mana ia difokuskan kepada setiap pelajar yang
akan bergelar seorang guru nanti. Semua aktiviti yang dijalankan yang telah saya ikuti
mengajar saya menjadi lebih berdikari, tabah dan bijak dalam menyelesaikan setiap masalah
yang dihadapi ketika itu dan saya telah bernekad untuk mempraktikkannya dalam kehidupan
seharian.
Ini adalah program BIG yang pertama untuk saya, maka banyak perkara yang saya
tidak tahu dan belajar. Sebelum bertolak ke destinasi yang hendak dituju hati saya begitu
berdebar-debar kerana saya dapat merasakan bahawa aktiviti-aktiviti yang bakal saya
tempuhi ini mempunyai banyak rintangan. saya dan rakan-rakan berasa sangat seronok tetapi
setelah berada di sana ianya bukan semudah yang disangka. Pada mulanya, saya berasa susah
untuk tinggal di dalam khemah yang sempit dan terpaksa berhadapan dengan angin yang kuat
bila saya hendak memasak. Tetapi lama-kelamaan dengan masalah-masalah yang saya hadapi
itu dapat membuka minda saya untuk lebih berfikiran kreatif serta meningkatkan kerjasama
yang padu kepada ahli-ahli kumpulan saya. Pelbagai cabaran yang ditempuhi contohnya
terpaksa tidur dalam khemah yang banjir disebabkan hujan turun dengan lebat. Tetapi dugaan
ini tidak dapat mematahkan semangat saya untuk berputus asa menjalani program ini kerana
saya tahu program ini mengajar saya untuk banyak bersabar.
Selain itu, program ini juga mempunyai banyak nilai murni yang dapat saya ambil.
Antaranya ialah sifat tolong-menolong antara satu sama lain lebih-lebih lagi dengan ahli
kumpulan saya sendiri. Contohnya dalam aktiviti memasak, meredah hutan dan Latihan
Dalam Kumpulan atau dikenali dengan LDK. Selain itu, saya dapat mengenalpasti kelebihan
dan kelemahan yang ada dalam diri saya yang selama ini saya tidak sedari seperti ketahanan
fizikal saya dalam menempuhi aktiviti yang lasak, kemahiran saya dalam aktiviti yang
memerlukan daya fikir yang tinggi dan pengalaman. Walaupun kengkangan masa yang
dihadapi tetapi saya dan rakan-rakan berjaya melaksanakan setiap aktivi yang diadakan
seperti malam persembahan yang hanya memerlukan beberapa jam sahaja untuk kami setiap
kumpulan menyediakan persembahan masing-masing. Dengan aktiviti secara tidak langsung
elahirkan seorang bakal guru yang berfikiran kritis dan kreatif.
GAMBAR 6: Aktiviti memasak dalam hutan.
Selang beberapa hari sebelum bermulanya program BIG ini, saya dan ahli kumpulan
telah pun membuat perbincangan kumpulan. Kami telah membincangkan nama kumpulan,
logo kumpulan, moto dan membuat bendera kumpulan. Saya amat berbangga kerana setiap
ahli kumpulan kami telah memberikan kerjasam sepenuhnya. Saya sedar dengan kerjasama
yang tinggi dapat memudahkan sesuatu kerja itu. Setelah kesepakatan yang diambil maka
kami telah pun membuat keputusan untuk menamakan kumpulan kami dengan nama
TERBAIK yang membawa erti Terus Berusaha Aku Inginkan Kekuatan. Kami juga telah
menyiapkan bendera serta logo kami.
GAMBAR 1: Bendera kumpulan “TERBAIK”
Dalam setiap kumpulan ada dibahagikan AJK Makanan dan AJK Peralatan. Saya
telah dipilih untuk menjadi AJK Makanan dalam kumpuloan saya. Ini adalah merupakan satu
tugas yang berta bagi saya kerana mesti memastikan setiap ahli kumpulan saya dapat makan
dan minum yang secukupnya. Dengan tugas yang telah diberikan oleh saya ini, saya menjadi
lebih bertanggungjawab dan yang paling utama adalah amanah dalam setiap tugas yang
diberikan. Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan bantuan ahli-ahli kumpulan tugas
saya menjadi ringan kerana saya dapat membahagikan kerja-kerja yang diberikan oleh saya
kepada ahli-ahli kumpulan saya. Tidak lupa juga kepada ketua kumpulan saya yang telah
berjaya memimpin kumpulan kami dengan baik walaupun banyak masalah yang dihadapi
seperti dapur banjir tetapi telah dapat kami hadapi dengan tenang. Saya juga dapat
mengambil contoh cara-cara pimpinan dari ketua kumpulan kami kerana tidak mustahil suatu
hari nanti saya juga bakal menjadi seorang pemimpin di mana-mana ataupun lebih mudah
menjadi pemimpin kepada diri saya sendiri. Saya juga sedar bahawa organisasi itu adalah
sangat penting dalam menjayakan apa-apa program kerana ia akan menjadi tunjang kepada
sesebuah program tersebut.
Kesimpulannya, sesuatu yang kita pelajari itu adalah suatu ilmu yang sangat
bermanfaat kerana setiapnya akan mengajar diri saya dan dan rakan-rakan erti sebuah
kehidupan. Program BIG ini bukan sahaja menguji ketahan fizikal tetapi juga mental dan
rohani kita. Oleh itu, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor
kumpulan saya, pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini kerana
tidak akan bergerak program ini tanpa mereka yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada
kami semua. Saya berharap program BIG yang akan datang dapat menjadikan diri saya lebih
maju serta dpat pengalaman yang lebih banyak serta baru.
REFLEKSI BINA INSAN
GURU
NAMA : MOHD. FIKHRI BIN KIPRAWI
NO. IC : 920907-13-6427
JANTINA :LELAKI
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2012
NAMA TUTOR : USTAZ MOHAMED MADANI BIN BAKAR
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan
Bina Insan Guru(BIG) sesi pertama bagi tahun 2012. BIG yang telah kami lalui ini telah
dilaksanakan di Pantai Bungai,Miri,Sarawak. BIG yang mengambil masa selama 4 hari 3
malam ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion
perguruan.
Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang
telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan
halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami
ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi
bantuan supaya kami dapat mencapai motif tersebut.
BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu
pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak
dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG
ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian
untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak, “water confident”,
“jungle trecking”, latihan dalam kumpulan(LDK), masakan rimba, “BBQ”, dan malam
persembahan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat
seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini
mempunyai motif tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya
nanti.
Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua seramai 62 orang guru pelatih telah
dibahagikan kepada 6 kumpulan. Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini
mungkin untuk memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk
memberi peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan
mereka yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih
terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar
profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi,
bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.
Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru
dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini.
Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan. LDK yang
dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap dihadapan ramai.
LDK ini telah membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia
untuk mendengar kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk
saya menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea
atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu
perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru. Sebagai contoh apabila bermesyuarat saya pasti
diberikan peluang untuk bercakap dan memberikan idea kepada ahli lain dan mendengar
idea-idea dari orang lain. Tanpa nilai murni seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk
bekerjasama dengan guru-guru lain dan gagal meneruskan agenda mesyuarat.
BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada
kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika aktiviti “water
confident”, saya terpaksa menyelam didalam air dan berenang di lautan Bungai. Walaupun
saya tidak pandai berenang dan takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar
pensyarah dan juga semangat yang diberikan oleh rakan-rakan saya akhirnya berjaya
melakukannya juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi
sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh
lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang
menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya
mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat
dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti
akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan
adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi
tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu
dengan sempurna dan jayanya.
Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir
berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti
ini yang dilihat amat memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur
untuk sama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya
dan seorang lagi rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi telah
berkawal di sekitar khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang
mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli
kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran
mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan
bersama guru-guru lain untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak
ansur supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan
saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu.
Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang insan
bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk menjadi seorang
yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara. Ketika melakukan
persiapan bagi malam persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran
yang meriah dan bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan
untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas
dan fleksibel dengan suasana yang tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut.
Dekorasi yang dilakukan menggunakan item-item yang berada semasa perkhemahan dan
pelbagai lagi perkara yang dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran
saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini
pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah
terutamanya di sekolah yang infastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang
terhad. Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat mereka
satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada di kawasan sekitar
sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.
Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk
berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sebelum bertolak ke Pantai Bungai, kami
semua iaitu seramai 62 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap ahli
dalam kumpulan pula masing-masing diberikan satu tugas pada satu masa seperti ketua,
setiausaha, tukang masak, penyelia peralayan, tugas-tugas khas dan lain-lain lagi. Sistem
yang diketengahkan di BIG ini ialah sistem putaran atau “rotation” tugas. Hal ini memberi
peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam
kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah
pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi
pemimpin dan orang yang dipimpin. Pengalaman berorganisasi ini akan saya manfaatkan
sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di alam pekerjaan kerana saya sedar
bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka
yang dipimpin.
Berdasarkan pemerhatian saya ketika di BIG, saya dan rakan-rakan semua telah
diajar untuk menepati masa dalam melakukan aktiviti. Ketika melakukan senaman pada
sebelah pagi, tepat jam 6.00 pagi kami semua mesti berkumpul di tepi pantai. Arahan yang
diberikan oleh pensyarah merupakan satu lagi latihan yang saya lihat satu usaha bagi
membentuk guru pelatih menepati masa. Perkara ini penting kerana sebagai seorang bakal
guru dan seorang guru, masa memainkan peranan penting dalam kehidupan. Ketika di insitut
atau di sekolah nanti, saya perlu berada di sana sebelum jam 7.45 lagi dan ini bermakna untuk
sampai kesana saya perlu bersiap dengan lebih awal. Jika dilihat sekarang, ramai guru pelatih
sama ada lelaki atau perempuan yang datang lewat ke kuliah dan ini merupakan satu
fenomena yang amat merungsingkan pensyarah. Pendedahan di BIG ini telah merubah saya
dan rakan-rakan lain supaya menepati masa sama ada ketika ke kuliah ataupun
mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian kami.
Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program BIG ini, begitu hebat saya rasakan
kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas matahari, kesejukan
air lautan pantai Bungai, kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat
mencabar telah saya lalui. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik
bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh mana
ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami
semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat
belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin
juga kami akan diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan
sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami
sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin juah ke pelusuk
rimba atau belum.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah
banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling
penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma
tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba
pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang
gemilang.
REFLEKSI BINA INSAN
GURU
NAMA : LEE SIEW SIN
NO. IC : 921003-13-6111
JANTINA :LELAKI
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2012
NAMA TUTOR : ENCIK MOHAMMAD NIDZAM BIN YAAKOB
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
Refleksi
Saya sebagai salah seorang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian
Bahasa Cina (PPRBC) semester 1 BC2 telah berjaya menyelesaikan program BIG yang telah
disediakan selama empat hari tiga malam. Pelbagai pengalaman baru telah saya perolehi
dalam perkhemahan ini. Jadual di bawah menyatakan tentang refleksi kendiri sepanjang
perkhemahan bagi program BIG siri 1 di Pantai Bungai, Bekenu telah menyertai program
Bina Insan Guru yang pertama iaitu dari 21 hingga 24 Februari 2012.
Pada hari pertama, kami telah mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-
masing. Khemah dijadikan untuk tempat tidur dan rehat serta tempat untuk memasak. Melalui
aktiviti sebegini, saya telah belajar cara-cara yang berkesan untuk mendirikan khemah yang
kukuh. Dalam proses mendirikan khemah, semangat kerjasama dapat dipupuk. Apabila
mendirikan khemah, memerlukan kerjasama daripada semua ahli supaya khemah dapat
didirikan dalam masa yang ditetapkan. Selepas khemah didirikan, kami ada satu taklimat
yang tentang keselamatan dalam air.
Pada hari kedua, kami talah menjalankan aktiviti di air. Melalui aktiviti air yang dijalankan,
saya dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Acara pertama dalam aktiviti
ini ialah menghadang. Kami disuruh untuk memegang tangan antara satu sama lain untuk
menghadang ombak laut. Kami perlu sentiasa menjaga rakan di sebelah kanan dan kiri. Kalau
ada rakan yang jatuh, kami akan membantu rakan untuk berdiri semula untuk menghadang
ombok yang seterusnya. Melalui aktiviti ini, saya memahami satu nilai penting iaitu bersatu
padu. Apabila menghadapi sesuatu masalah dalam kehidupan, rakan disekelilingi boleh
membantu kita. Kita haruslah membantu mereka yang perlu dan apabila anda membantu
mereka yang dalam kesusahan kelak nanti pastinya ada orang lain yang akan juga membantu
anda untuk mengharungi cabaran dalam hidup.
Dalam aktiviti air, Encik Sains Dato juga mengajar cara untuk berenang. Melalui
ajaran ini, kami menetahui teknik asas untuk berenang. Dengan teknik yang asas ini, kita
dapat menyelamatkan diri sendiri apabila terjatuh dalam air sungai ataupun air laut. Selepas
itu, saya juga mempelajari cara untuk berkayak. Ini merupakan kali pertama untuk saya
berkayak dan merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna.
Di samping itu, kami telah menjalankan aktiviti darat pada hari yang seterusnya.
Melalui aktiviti darat ini, saya dapat lebih mendekati suasana alam sekitar yang cantik. Ini
merupakan kali pertama untuk saya menjalankan aktiviti mendarat, aktiviti ini telah menjadi
satu kenangan yang indah dan seumur hidup saya. Dalam proses menjalankan aktiviti
mendakit Bukit Hangus, saya dapat merasai kecantikan alam sekitar dan juga berasa segar
kerana dikelilingi oleh pokok-pokok yang besar. Pokok-pokok yang besar boleh
membekalkan oksigen kepada manusia. Apabila mendakit bukit, kami juga perlu memasak di
dalam hutan. Semasa mendakit bukit, saya juga dapat belajar tabah untuk mengharungi
cacbaran-cabaran yang dihadapi. Semasa kami memanjat lereng bukit yang tajam, semangat
yang kuat diperlukan untuk mendakit lereng bukit tersebut.
Semasa mendakit bukti, ahli-ahli dalam kumpulan perlu membantu antara satu sama
lain. Dengan acara yang terakhir dalam aktiviti mendarat ini ialah mengankat “mangsa yang
cedera” untuk menurun bukit. Kami memerlukan semangat yang tabah supaya menyiapkan
tugasan yang begitu mencabar. Dengan adanya aktiviti ini ,ia berupaya untuk membantu saya
untuk memupuk semangat yang kuat dan kukuh supaya dapat menghadapi cabaran yang lebih
besar pada masa hadapan.
Semasa ahli kumpulan memasak , kami dapatlah mengeratkan hubungan antara satu
sama lain melalui perbualan. Selepas masak, kami dapat merasai makanan yang dimasak oleh
ahli kumpulan sendiri dan juga dapat mengeratkan hubungan semasa makan bersama.
Malam yang terakhir ialah malam bakat. Melalui rancangan ini, hubungan antara satu
sama lain menjadi semakin erat. Kami perlu merancangkan persembahan yang perlu
disembahkan pada malam itu. Persembahan yang disembahkan oleh kumpulan kami ialah
“muzik kreatif”. Kami menggunakan pelbagai alat untuk membuat persembahan ini.
Persembahan ini telahpun disembahkan dengan berjaya. Walaupun lawak jenaka kami tidak
lawak sangat ,tetapi kumpulan kami amat berbangga dan berpuas hati terhadap persembahan
kami.
Konklusinya, aktiviti Bina Insan Guru sememangnya membawa banyak manfaat
kepada kami . Saya telah mempelajari banyak nilai-nilai murni. Selepas aktiviti Bina Insan
Guru, saya berharap boleh menjadi seorang guru yang berkualiti pada masa hadapan. Oleh
sebab itu, diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan berjayanya dari
semasa ke semasa.
REFLEKSI BINA INSAN
GURU
NAMA : NOOR AMIZA BINTI GHAZALI
NO. IC : 920808-13-5680
JANTINA :PEREMPUAN
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2012
NAMA TUTOR : USTAZ MOHAMED MADANI BIN BAKAR
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
Abstrak
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan
oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang
tinggi.
Kursus Bina Insan Guru ini bertujuan untuk melahirkan insan guru yang berilmu,
beradab, inovatif, kreatif dan beketrampilan. Dalam pada itu, kursus ini bertujuan
melahirkan insan guru yang patuh pada agama dan mengamalkan nilai-nilai positif
serta gaya hidup sihat berasaskan rukunegara. Kursus bagi Bina Insan Guru bagi fasa
pertama ini merupakan perkhemahan 4 hari 3 malam. Dengan pelbagai aktiviti yang
dijalankan dalam tempoh ini mampu menimbulkan keinsafan dan tanggungjawab
mulia sebagai insan guru serta melahirkan insan guru yang yang cemerlang, harmonis
dan bersatu padu serta mempunyai ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang
tinggi. Secara keselurannya, pelaksanaan kursus Bina Insan Guru ini akan membantu
guru pelatih untuk menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan
berkesan.
Program Bina Insan Guru menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan
warga bakal pendidik sebagai insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan
berbakti kepada nusa, bangsa dan negara.
Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya, program Bina Insan Guru Fasa 1
bagi siri yang pertama telah dijalankan dengan jayanya. Program perkhemahan yang
dijalankan selama 4 hari 3 malam ini telah memberi peluang pada saya untuk mempelajari
dan mencedok banyak ilmu yang baru. Di samping itu, pengalaman itu sendiri telah
mendewasakan diri saya sebelum mengorak langkah yang lebih jauh untuk menjadi seorang
guru.
Menerusi Program Bina Insan Guru ini, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program ini banyak meninggalkan banyak kesan pada
diri saya bahkan banyak pengalaman baik yang manis mahupun pengalaman pahit.
Pengalaman BIG juga banyak menyedarkan saya untuk lebih menjadi seorang yang tabah
dalam menghadapi liku-liku kehidupan, mempunyai keyakinan yang tingggi, menanamkan
seifat bekerjasama yang lebih lagi dalam diri, mendalami erti susah dalam kehidupan,
memahami ragam orang lain, belajar mengenai ikhtiar hidup, dan banyak lagi. Selain itu,
program ini melatih saya untuk menguruskan masa dengan lebih baik dan cekap. Hal ini
disebabkan setiap aktiviti yang telah terdapat dalam tentatif program hendaklah dihadiri tepat
pada masanya. Pada pendapat saya, menepati masa adalah amat penting, lebih-lebih lagi
sebagai seorang guru supaya setiap tugasan ataupun aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.
Refleksi Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Dalam program Bina Insan Guru ini, saya telah terlibat dalam banyak aktiviti yang
terdapat dalam LDK. Antaranya ialah aktiviti pecah bendung, mencari perkara yang
memotivasikan diri untuk menjadi seorang guru, membuat ujian psikologi untuk melihat
apakah kerjaya yang kita inginkan sebenarnya, membincangkan isu yang berkaitan dengan
guru, dan banyak lagi. Saya percaya dengan aktiviti-aktiviti sebegini mampu membantu saya
untuk berinteraksi dengan rakan-rakan tanpa berasa malu. Secara tidak langsung, LDK yang
telah dijalankan banyak memberi pendedahan dan persediaan awal kepada saya untuk
menjadi seorang guru. Sebagai contoh, dalam LDK, terdapat tugasan yang memerlukan kami
mengeluarkan pendapat dan pandangan. Pada masa ini, saya telah mengambil kesempatan
untuk memberanikan diri untuk mengeluarkan pendapat. Jika selama ini saya hanya berani
untuk mengeluarkan pendapat ketika di dalam kelas, namun dengan aktiviti BIG ini, saya
telah berani untuk berinteraksi dan mengemukakan pandangan dengan rakan-rakan dari kelas
lain yang terdiri daripada bangsa dan jantina yang berlainan. Saya berasa sungguh gembira
melihat rakan-rakan yang aktif memberi pandangan.Namun begitu, saya berasa sedikit
terkilan dengan sesetengah rakan yang masih tidak berani dan tidak yakin untuk memberi
pendapat semasa membuat perbincangan di dalam kumpulan. Seterusnya, aktiviti-aktiviti
LDK ini telah menghakis perasaan malu dalam diri saya. Saya percaya, sebagai seorang
guru, kita tidak seharusnya malu untuk melakukan sesuatu yang baik. Hal ini disebabkan
pada suatu hari kelak, kita akan bukan sahaja berhadapan dengan rakan setugas dan murid-
murid, malah akan berhadapan juga dengan masyarakat luar. Sebab itulah di dalam ujian soal
selidik minat kerjaya (Self-Directed Search/SDS), kod bagi seorang guru ialah SAE iaitu
mempunyai ciri-ciri social, artistic, dan entrepising. Dalam masa yang sama aktiviti-aktivit
LDK telah menyedarkan saya bahawa tugas seorang guru adalah sangat mulia. Namun
begitu, pada zaman sekarang, ramai guru-guru yang terlibat dengan pelbagai masalah. Murid-
murid pula tidak semena-mena menjadi mangsa keadaan. Saya berasa amat sedih apabila
melihat banyak kes yang melibatkan guru yang terpampang di dada akhbar.
Refleksi Aktiviti Kerohanian / Tazkirah
Dalam kesibukan membuat aktiviti untuk kekuatan mental dan fizikal, tidak dilupakan
juga untuk membuat aktiviti kerohanian. Kami telah menunaikan solat secara berjemaah bagi
solat subuh, maghrib, dan isyak. Malah, tazkirah juga turt disampaikan daripada kalangan
pensyarah ataupun peserta lelaki. Mendengar tazkirah seperti ini menginsafkan saya tentang
kekuasaan dan kebesaran kuasa Allah s.w.t. Sebagai manusia biasa, saya tidak lari dari
melakukan kesilapan dan juga dosa. Dengan adanya tazkirah seperti ini menyedarkan
kembali tujuan asal terciptanya manusia ke muka bumi ini, iaitu sebagai khalifah yang akan
memakmur dan mewarnai dunia ini dengan amal ibadah. Dan sebagai seorang manusia yang
waras akalnya, saya wajib untuk mentaati segala syariat yang telah ditetapkan. Dengan
mendengar tazkirah yang di sampaikan, terdetik di sudut hati saya untuk berubah menjadi
hamba Allah yang lebih baik.
Seperkara yang menarik perhatian saya ialah apabila kami menunaikan solat zohor di
bawah sinaran matahari yang amat terik. Walaupun keadaan sangat panas, namun ini tidak
mematahkan semangat kami untuk terus beribadah kepada Allah. Apa yang dapat saya
simpulkan di sini ialah, walau di mana sekalipun kita berada, kita hendaklah sentiasa ingat
pada Allah dengan mengerjakan perintahnya.
Pada masa yang sama, pada waktu ini, saya berpeluang mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari selama ini, iaitu cara mencari arah kiblat sekiranya tiada kompas. Saya dan rakan
sekumpulan telah mendapatkan arah kiblat dengan cara menggunakan bayang-bayang
daripada kayu yang didirikan. Bagi mendapat kepastian apa yang telah dilakukan, kami tidak
malu untuk bertanya dengan Ustaz Madani.
Refleksi Aktiviti Air
Dalam program BIG, kami telah melakukan aktivti di air. Terdapat 2 aktivti yang
dilakukan iaitu water confidence dan aktivti berkayak.
Daripada aktiviti yang pertama, iaitu aktiviti water confidence, kami membuat sedikit
senaman renggangan badan agar tidak kejang nanti. Selepas itu, kami beramai-ramai
bersama-sama masuk ke dalam air sambil berpegang tangan untuk memastikan
keselamatan memandangkan laut pada hari itu agak bergelora.Pada saat ini, saya dapati
sifat saling percaya antara satu sama lain terutamanya dalam kalangan guru pelatih amat
penting. Semasa aktiviti ini, saya dapat melihat bagaimana rakan-rakan seperjuangan tidak
akan melepaskan tangan sesama kami tidak kira betapa besar ombak yang mendatang
walaupun semuanya diselubungi perasaan takut. Ini membuktikan bahawa pentingnya
kawan-kawan di sisi kita. Pada masa yang sama, saya sempat memikirkan betapa indahnya
ciptaan Tuhan. Selain itu, setelah meredah ombak, barulah saya tahu bahawa begitu
payahnya para nelayan mencari rezeki di lautan. Selama ini, saya melihat ombak-ombak
yang kecil itu hanya dari jauh sahaja. Namun, setelah mengikuti aktiviti air ini, barulah
saya merasa walaupun ombak itu kelihatan kecil dan tidak bergelora, namun agak sukar
untuk diredah.
Seterusnya, bagi aktiviti berkayak pula, menrupakan pengalaman pertama saya untuk
berkayak. Aktiviti berkayak ini sangat mencabar walaupun jika dilihat secara kasarnya
ianya seperti sangat mudah untuk dilakukan. Saya belajar cara yang betul untuk berkayak
dan cara mengemudi kayak. Walaubagaimanapun, saya belum begitu mahir untuk
mengemudi kayak tersebut. Saya juga berasa sedikit kecewa kerana aktiviti kayak kami
hanya dibuat di tasik sahaja memandangkan ombak yang bergelora di laut. Namun begitu,
saya tetap bersemangat untuk berkayak kerana tujuan aktiviti kayak dibuat di tasik adalah
untuk kepentingan keselamatan kami semua.
Refleksi Aktiviti Darat
Setelah menjalan aktiviti darat, iaitu kembara hutan, saya dapat memupuk semangat
kerjasama sesama kami guru pelatih. Hal ini disebabkan, tanpa kerjasama yang jitu, setiap
kerja tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
khususnya pada ahli kumpulan saya yang memberi komitmen yang baik sekali dalam
membuat tugasan kumpulan. Saya berasa amat teruja apabila melihat kerjasama antara ahli
kumpulan untuk menyediakan makanan untuk makan tengahari di hutan, walaupun kami
terdiri daripada pelajar Islam dan bukan Islam. Jelas terbukti bahawa perbezaan kaum
bukanlah penghalang bagi setiap kumpulan untuk bersatu membuat yang terbaik. Kami
bekerjasama untuk mencari kayu untuk menghidupkan api. Walaupun kumpulan kami
memakan masa untuk menyalakan api, namun kesungguhan kami semua membuahkan hasil.
Semasa aktiviti kembara hutan juga, saya amat memerlukan kerjasama daripada ahli
kumpulan untuk melepasi cabaran-cabaran yang dihadapi. Cabaran yang ditempuhi semasa
kembara hutan agak menguji kesabaran dan ketahanan mental serta fizikal dalam. Antara
halangan yang paling mencabar bagi saya ialah mengusung rakan yang sakit. Saya percaya
tanpa kesabaran yang tinggi, halangan tersebut tidak dapat ditempuhi. Saya dan rakan yang
lain bersungguh-sungguh membawa rakan kami dengan berhati-hati kerana keadaan jalan
pada masa itu amat licin dan bukit yang amat curam.
Selain daripada itu, dengan adanya aktiviti seperti ini, saya dapat melihat kekuasaan
ciptaan Allah s.w.t. Saya belajar untuk lebih bersyukur terhadap apa yang dikurniakan oleh
Allah s.w.t kepada saya. Aktiviti seperti ini menyedarkan saya betapa agungnya kekuasaan
Allah s.w.t. Selain itu, dengan melihat flora dan fauna yang ada, saya dapat berfikir betapa
maha kayanya pengetahuan Allah s.w.t. seperti adanya rantai makanan dan sebagainya.
Selain itu, dengan melihat alam flora dan fauna, dapat menenangkan fikiran dari hiruk pikuk
kota yang dialami setiap hari. Udara yang segar juga sangat baik untuk kesihatan.
Cadangan dan harapan
Di kesempatan ini, saya berharap agar aktiviti seperti ini akan diteruskan bagi melatih
ketahanan mental dan fizikal guru pelatih. Di sini, saya juga ingin mencadangkan agar
aktiviti Bina Insan Guru ini dijalankan bersama rakan guru pelatih dari ipg lain bagi
merapatkan lagi hubungan sesama guru pelatih dan boleh menimba ilmu dan pengalaman
daripada mereka.
Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada kem komandan,jurulatih, mentor,
rakan-rakan seperjuangan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
kursus yang begitu bermakna bagi saya. Semoga dapat dilaksanakan lagi pada masa akan
datang.
REFLEKSI BINA INSAN
GURU
NAMA : NUR SHARMILA SORAYA BINTI MAHMUD
NO. IC : 920215-13-6426
JANTINA :PEREMPUAN
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2012
NAMA TUTOR : ENCIK RAMLAN BIN MUSTAPHA
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
Refleksi
REFLEKSI AKTIVITI KEROHANIAN / TAZKIRAH
Aktiviti ini sedikit sebanyak membantu saya dalam memperingatkan diri supaya
tidak mudah lalai dan alpa dengan apa yang saya lakukan. Maklumlah, manusia mudah
lupa. Jadi, melalui aktiviti tazkirah ini, ia mengajar saya supaya lebih memantapkan diri
dengan ilmu agama kerana banyak benda dan perkara yang saya masih tidak tahu
mengenainya. Saya sangat suka mendengar tazkirah ini kerana ianya juga ada diselitkan
dengan unsur jenaka dimana ia boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu,
saya tidaklah merasa bosan dan mengantuk semasa tazkirah itu berjalan. Namun, tidak
dapat dinafikan apabila saya tidak dapat menahan betapa mengantuknya saya disebabkan
oleh keletihan yang berterusan dan keadaan tidur yang tidak mencukupi. Semua ini secara
tidak langsung dapat mengajar saya erti ketabahan dan kesabaran supaya saya lebih
bersedia untuk berdepan dengan keadaan yang lebih teruk dan dahsyat dari apa yang kami
lalui ini.
Di samping itu juga, aktiviti ini juga membantu saya mendekatkan diri kepada
Allah dan perlulah diingat bahawa tiada apa yang boleh menghalang kita dari menunaikan
kewajipan beribadah kita kepadanya. Walaupun kami berada dalam keadaan yang boleh
dikatakan serba kekurangan, tapi ini tidak menahan kami dari menunaikan sembahyang
walau dimana kami berada. Contohnya, kami juga berpeluang untuk menunaikan
sembahyang di bawah terik matahari di tengah-tengah pasir di kawasan pantai yang
berhampiran. Walaupun keadaan sangat panas, namun ini tidak mematahkan semangat
kami untuk terus beribadah kepada Allah walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.
Justeru hal ini secara tidak sedar berjaya memupuk sedikit demi sedikit perasaan jihad
dalam diri saya untuk meneruskan perjuangan di samping istiqamah dalam melaksanakan
setiap ibadah yang dituntut dalam Islam terutamanya solat.
REFLEKSI AKTIVITI AIR
Aktiviti ini dijalankan pada hari kedua kami berada dalam perkhemahan ini. Kami
disuruh untuk menggunakan jaket keselamatan untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku. Pada sebelah pagi, kami menjalankan aktiviti “water confidence” ataupun
keyakinan di laut dan ia adalah aktiviti permulaan sebelum berkayak pada sebelah
petangnya. Pada masa tersebut saya diarahkan untuk berada di posisi paling hujung sekali
memandangkan kebolehan saya dalam berenang berbanding kawan-kawan yang lain. Bagi
saya, saya sangat menyukai aktiviti ini kerana saya memang suka bermain air. Walaupun
ombak sangat besar, namun saya langsung tidak berasa takut sama sekali. Saya justeru
berasa seronok dengan keadaan tersebut walaupun pada hakikatnya selepas dipukul
ombak, kami akan ditolak ke belakang dan terpaksa mengharunginya untuk bergerak ke
hadapan semula. Saat yang melucukan apabila kami langsung tidak dapat bergerak ke
hadapan kerana datangnya ombak yang tidak putus-putus menolak kami ke belakang dan
menenggelamkan kami. Kami hanya mampu ketawa mengenangkan nasib kami yang
berusaha untuk mengharunginya tapi apakan daya, badan kami belum cukup kuat untuk
melawannya. Namun, disebalik kegembiraan adanya kesengsaraan. Mengapa saya katakan
begitu? Ini kerana aktiviti ini memang tidak dapat dihindarkan dari sinaran panas terik
matahari yang rakus untuk menghitamkan kulit kami. Hal ini menyebabkan kulit kami
berasa pedih dan panas setelah aktiviti tersebut.
Semasa aktiviti berkayak, kami berasa sangat kecewa kerana kami tidak
dibenarkan untuk berkayak di laut memandangkan keadaan laut yang sangat bergelora
pada masa tersebut. Oleh itu, kami hanya berkayak di kawasan sungai kecil yang ada
disitu. Saya dan pasangan kayak saya, Nooralam sangat seronok sepanjang aktiviti
tersebut. Kami tidak henti-henti ketawa kerana pada mulanya kayak kami tidak dapat
bergerak dan arahnya terpesong dari arah yang ingin kami tuju kerana ketidakmampuan
kami untuk mengawalnya. Lalu, kami memasang strategi dan akhirnya kami berjaya
melepasi kemelut itu dan berkayak dengan lancar sekali. Kami juga berlumba berkayak
dengan pasukan lain untuk menunjukkan kebolehan berkayak masing-masing. Ianya
sangat menyeronokkan walaupun pada hakikatnya ianya sangat meletihkan dan
menyakitkan tangan. Tetapi ianya tidak melemahkan semangat kami untuk terus berkayak.
Melalui aktiviti ini, saya rasa hubungan silaturrahim saya dengan kawan semakin baik dan
rapat. Keseronokan jelas terpancar di wajah mereka semasa aktiviti ini dijalankan.
REFLEKSI AKTIVITI DARAT
Disebabkan oleh hujan lebat sebelah malamnya, aktiviti ini sangatlah mencabar
bagi saya. Keadaannya sangat licin dan becak. Struktur jalannya juga sangat menguji
kesabaran dan ketahanan badan kami semua. Jalan yang penuh liku, ranjau, onak dan duri
ini menyebabkan saya ada ketikanya berasa sangat letih dan tidak berdaya. Tapi,
berbekalkan dengan keazaman dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari ahli kumpulan
sendiri, saya teruskan juga meredahnya tanpa banyak bicara. Kumpulan kami diarahkan
berhenti di stesen tiga iaitu stesen yang paling jauh sekali. Kesabaran kami sekali lagi diuji
apabila api untuk memasak mengambil masa yang lama untuk dihidupkan. Disebabkan
kayu banyak yang basah, jadi api mengambil masa yang lama untuk marak. Akhirnya,
dengan bantuan Encik Faridudin kami berjaya menghidupkan api dan memasak sayur
kubis. Kami berasa sangat bersyukur kerana segala makanan lain telah kami masak awal
dan hanya tinggal untuk menghidangkannya saja lagi. Selepas itu, kami berdepan dengan
bukit yang sangat curam dan kami diminta untuk mendakinya dengan menggunakan tali.
Alhamdulillah, ahli kumpulan kami tidak mengalami kesusahan semasa menaikinya.
Semuanya berjalan dengan lancar sahaja. Pada masa tersebut, saya hanya mampu berdoa
supaya saya tidak tergelincir dan berharap tangan saya kuat mencengkam tali tersebut.
Walaupun perjalanan pendakian saya agak perlahan, namun saya bersyukur kerana
mampu bertahan sampai ke akhirnya.
Bahagian yang paling menggugat kesabaran sekali ialah apabila kami diarahkan
untuk mengusung kawan menggunakan “stretcher” yang diperbuat melalui batang kayu
dan kain pelikat. Aktiviti ini betul-betul menguji stamina, ketahanan dan kesungguhan
saya dalam meredah hutan tersebut bersama kawan-kawan. Dengan keadaan jalan yang
curam, licin, dan berliku-liku itu menyukarkan lagi perjalanan kami untuk mengangkat
kawan kami yang sakit itu untuk sampai ke garisan penamat. Namun, apa yang saya pasti
ialah semangat kerjasama pasukan itu sendiri menjadi kunci kejayaan dalam aktiviti ini.
Walaupun mungkin kami kurang dari segi kekuatan badan, tapi dengan adanya kerjasama
yang jitu dari ahli pasukan itu sendiri membolehkan kami mampu untuk mengharungi
segala kesulitan yang kami tempuhi.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya dapat menyimpulkan bahawa dalam setiap aktiviti
yang telah kami lalui, apa yang paling penting ialah kesungguhan dan kerjasama dari
semua pihak. InsyaAllah, dengan berbekalkan semangat kerjasama dan tolong-menolong
ini, semua masalah yang dihadapi dapat diatasi bagi melancarkan perjalanan setiap aktiviti
sepanjang perkhemahan ini. Bak kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Perpaduan sesama ahli kumpulan juga sangat penting dalam usaha untuk memudahkan
segala kerja yang dilakukan. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana ahli kumpulan
saya sangat komited dalam memberikan kerjasama dan idea yang bernas semasa
perkhemahan ini. Sudah terang lagi bersuluh, saya telah mendapat banyak manfaat dan
faedah sepanjang program bina insan guru ini diadakan. Dari apa yang saya lihat,
matlamat program ini juga sudah tercapai walaupun tidak secara keseluruhannya namun
saya amat berpuas hati terhadap pencapaian kami sebelum, semasa dan selepas BIG ini
berlangsung.
REFLEKSI BINA INSAN
GURU
NAMA : MOHD. RUSYDIE BIN SAUFFIEE
NO. IC : 920422-13-6381
JANTINA :LELAKI
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2012
NAMA TUTOR : ENCIK RAMLAN BIN MUSTAPHA
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
REFLEKSI BINA INSAN
GURU
NAMA : LAW NGO LENG
NO. IC : 920625-13-6066
JANTINA :PEREMPUAN
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2012
NAMA TUTOR : ENCIK MOHAMMAD NIDZAM BIN YAAKOB
NAMA MENTOR BIG : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
LAMPIRAN
Tiba di Pantai Bungai Kawasan perkhemahan
Kembara hutan di Bukit Angus
LDK
Malam pesembahan
Pecah Bendung Makan malam (BBQ)
Solat berjemaah dan tazkirah
Logo kumpulan Cogan kata
Gambar ahli kumpulan