Download - Laporan Keceriaan Papan Kenyataan
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LOK YUK LIKAS
LAPORAN PROJEK MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN
PROJEK INTERNSHIP (KUMPULAN)
PISMP BAHASA CINA AMBILAN JANUARI 2012
DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH
ELAINE CHANG HOW YUEN
KEW MEI QI
NOVERA LIEW KAH SHING
YAP JIA JUN
PELAJAR PISMP BAHASA CINA AMBILAN JANUARI 2012,
DENGAN KERJASAMA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LOK YUK LIKAS
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA SEKOLAH : SJK(C) LOK YUK LIKAS, KOTA KINABALU
NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROJEK KECERIAAN PAPAN KENYATAAN
TEMPOH PERLAKSANAAN : 28/09/2015 SEHINGGA 23/10/2015
Pada 28 Sept 2015, ahli kumpulan dan saya telah mencadangkan untuk
menjalankan projek keceriaan papan kenyataan sekolah. Saya dan ahli kumpulan
memastikan projek ini dapat dijayakan seperti yang diharapkan kerana ini merupakan
projek kumpulan. Projek sudut galeri ini telah dicadangkan berdasarkan beberapa
objektif yang ingin dicapai. Antara objektif yang telah digariskan ialah :
Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.
Menjadikan “Papan Kenyataan” sebagai pusat maklumat terkini.
Mengisi masa lapang murid dengan budaya membaca.
Menambahkan ilmu pengetahuan dari segi sejarah sekolah dan mata pelajaran
dengan maklumat yang dipaparkan.
Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat
terkini kepada murid-murid.
Atas inisiatif kami pada Internship kali ini, kami telah memastikan projek ini dapat
disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Melalui perbincangan yang dibuat bersama
Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Cik Yap Suk Lin, kami diberikan peluang untuk
bertanggungjawab untuk menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
Sebelum :
Pada 28 Sept 2015 saya dan rakan saya iaitu Elaine Chang How Yuen, Novera
Liew Kah Shing dan Yap Jia Jun telah melaporkan diri di SJK (C) Lok Yuk Likas
menjalani intership kami selama sebulan di sini. Kedatangan kami pada kali ini di
sekolah ini adalah untuk melaksanakan 3 projek yang akan dikendalikan oleh kami
sendiri. Oleh itu, kami telah membuat perbincangan mengenai projek yang bakal
dilaksanakan dalam tempoh sebulan kami di sini.
Selepas mendapat kata sepakat, kami bercadang untuk menceriakan sudut
kenyataan sekolah. Tanpa melengahkan masa, kami mula menyediakan kertas kerja
projek untuk diberikan kepada Guru Besar bagi mendapatkan persetujuannya. Selain
itu, kami turut memaklumkan kepada guru besar bahawa kami memerlukan sedikit
bantuan dari segi kewangan untuk membeli bahan-bahan hiasan papan kenyataan.
Kami bersyukur kerana projek ini diluluskan dan pihak sekolah bersetuju dengan kos
perbelanjaan yang telah kami nyatakan dalam kertas kerja ini.
Semasa :
Pada 01 Oktober 2015, kami mula mengumpul gambar-gambar yang berkaitan
dengan sejarah SJK(C) Lok Yuk Likas daripada guru-guru yang berkaitan seperti Cikgu
Teo. Kami telah menghantar salinan gambar tersebut ke kedai gambar yang
berhampiran untuk dicetak. Setelah itu, kami melaminate gambar-gambar tersebut
supaya gambar tahan lebih lama pada papan kenyataan.
Pada 02 Oktober 2015, projek diteruskan dengan menyediakan huruf bagi
melabelkan setiap sudut. Proses menyediakan huruf ini melibatkan 7 sudut iaitu Sudut
PPPM, Sudut Sejarah SJK (C) Lok Yuk, Sudut Keratan Akhbar, Sudut KSSR, Sudut
Sehari Sekata, Sudut Bahasa Cina, Sudut Bahasa Malaysia dan juga Sudut Aktiviti
Sekolah.
Selain itu, kami juga menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkaitan
dengan sudut berkenaan. Sebagai contoh peribahasa bagi sudut Bahasa Malaysia,
maklumat KSSR bagi sudut KSSR dan sebagainya. Selepas selesai menyediakan
maklumat, kami telah menampal maklumat-maklumat berkaitan.
Selapas itu, kami telah menghias papan kenyataan tersebut supaya menjadi
lebih ceria dan teratur.
Selepas :
Sudut papan kenyataan tersebut akhirnya berjaya disiapkan pada minggu kedua
internship. Sudut papan kenyataan yang dihasilkan itu begitu menarik minat guru-guru
dan murid kerana sudut tersebut mempamerkan asal usul sejarah SJK (C) Lok Yuk
Likas dan juga maklumat mata pelajaran
Setelah siap keseluruhan ruangan papan kenyataan tersebut, kami telah
membersihkan peralatan yang telah digunakan. Bagi saya, adalah penting untuk
membersihkan peralatan supaya ia akan dapat digunakan lagi pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, setelah selesai keseluruhannya, saya mendapatkan
pengesahan daripada guru besar . Setelah mendapatkan pengesahan daripada tuan
guru besar, saya akan menyiapkan laporan keseluruhan projek yang telah dijalankan.
Secara keseluruhannya, projek keceriaan papan kenyataan ini memberikan
banyak faedah kepada kami kerana kami dapat mengeluarkan idea dalam
menghasilkan sesuatu ruang papan kenyataan yang menarik. Akhir sekali, kami
berharap agar murid-murid sekolah dapat melihat dan mengambil sedikit infomasi
berkaitan dengan sudut galeri sekolah yang dibuat itu.
REFLEKSI
Berdasarkan projek yang dijalankan, kami telah mengenalpasti beberapa kekuatan dan
kelemahan yang terdapat sepanjang kami terlibat dalam menyiapkan projek ini:
1)Kekuatan Projek / Aktiviti
Rakan praktikum terlibat dan memberikan kerjasama untuk memastikan projek
ini siap dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sepanjang projek dijalankan, guru pembimbing memantau dan memberikan
cadangan kepada kami dalam proses penambahbaikan papan kenyataan.
Beberapa peralatan yang diperlukan telah sedia ada dan ini memudahkan kerja
saya.
Kos perbelanjaan mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan telah
memudahkan kerja kami untuk menyiapkannya.
2) Kelemahan projek/aktiviti
Kekangan masa pada hari-hari tertentu telah menyebabkan kami terpaksa
menangguhkan kerja menghias papan kenyataan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai usaha untuk
menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa akan datang.
Antaranya ialah:
Menyediakan cermin bagi papan kenyataan tersebut supaya murid tidak dapat
mengusik sebarang makluman carta bergambar yang telah dilekatkan.
KESIMPULAN
Dengan izin daripada Ilahi projek ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan
tiada sebarang masalah. Semua pihak yang terlibat berpuas hati dan gembira dengan
hasil kerja masing-masing. Semoga projek sebegini dapat diteruskan supaya sama-
sama menceriakan tempat belajar iaitu sekolah.
Disediakan oleh,
.........................................
( ELAINE CHANG HOW YUEN )
Guru Pelatih PISMP Bahasa Cina,
IPG Kampus Gaya.
Disemak oleh,
.........................................
( TAM YUN WAI )
Guru Mentor
DOKUMENTASI SEPANJANG PROJEK SUDUT GALERI
Gambar 1 Proses Mengunting Hiasan
Gambar 2 Proses Mengunting Hiasan
Gambar 3 Proses Menyediakan Kain
Gambar 4 Menampal Maklumat
Gambar 5 Menampal Maklumat
Gambar 6 Menampal Maklumat
Gambar 7 Papan Kenyataan yang telah Disiapkan
Gambar 8 Sudut Keratan Akhbar