Download - Lapangan 23
LAPANGAN Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
On The Ground
LAPANGAN 23-2012
UMW TOYOTA MOTOR sumbang 4x4 Anak Rohingya kembali ke sekolah
Bantuan Banjir Terengganu
2 tahun MRA PERAK beroperasi
MENARIK DI DALAM
MEMPERKUKUH
GERAKAN
MEMPERKUKUH GERAKAN RETREAT MRA 2013 yang bakal menjelang akan menentukan halatuju dan ori-
entasi MRA bagi tahun-tahun yang mendatang. Retreat kali ini turut melibatkan
pimpinan MRA di peringkat negeri pastinya membawa kelainan dari retreat yang
sebelumnya.
Meninjau pencapaian 2012, MRA sebagai organisasi bantuan kemanusiaan yang
masih muda usianya, baru menjangkau 4 tahun, tentulah tidak sehebat dan set-
inggi pencapaian organisasi yang lebih senior dan dewasa dalam bidang ini.
MRA telah mencuba sedaya upaya kami untuk mengimbangkan perkhidmatan
dan bantuan kami antara dalam negeri dan luar negara. Malah sejak penubuhan
kami juga ianya telah berjalan sedemikian rupa, cuma mungkin kerana kurangya
publisiti ia kelihatan seolah-olah tiada program dalam negeri yang kami lakukan.
Kami mempunyai pelbagai program dalam negeri yang sentiasa berjalan dan
digerakkan melalui sub-komiti tertentu juga melalui MRA diperingkat negeri.
2013 ini hasratnya ialah untuk menjadikan MRA lebih tersusun dan melangkah
lebih kemas dalam dunia bantuan kemanusiaan ini. Kami mahu memastikan le-
bih banyak program dalam negeri yang digerakkan, kami berhasrat untuk men-
yantuni lebih ramai orang yang memerlukan di dalam negeri terlebih dahulu,
memastikan bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MRA turut mem-
beri kesan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.
Sukarelawan yang dikenali sebagai SAHABAT MRA akan diperkemaskan lagi
bagi membantu MRA dalam perlaksanaan program-program yang telah diran-
cang. SAHABAT MRA akan diperkasakan lagi dengan program-program latihan
yang telah digubal oleh Biro Latihan MRA, dan sesi turun padang bersama ko-
muniti akan diperbanyakkan lagi bagi membolehkan lebih ramai SAHABAT ter-
libat dan mendapat pendedahan semaksima mungkin.
Tumpuan juga akan diberikan bagi meningkatkan kemampuan Sekretariat MRA
untuk bertindak dan beroperasi dengan lebih baik lagi daripada sebelumnya. Be-
berapa aspek penting akan diperteguhkan dan diperbaiki bagi memastikan ke-
berkesanan perjalanan Sekretariat MRA. Kami juga sedang mencari mereka
yang berpotensi untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu yang kritikal bagi me-
mastikan Sekretariat MRA sebagai “war room” berjalan lancar tanpa gangguan.
Retreat 2012 yang lalu, Dato Presiden menegaskan “everybody in MRA is a sol-
dier” yang bermaksud semua orang di dalam MRA adalah tentera yang harus
memikul beban dalam pertempuran, samada dia seorang Jeneral atau prebet
bawahan, semuanya adalah tentera yang harus bertempur. Maka apa pula mesej
dan hasrat yang akan diketengahkan oleh Dato Presiden dalam tahun ini.
Yang pastinya, di Sekretariat MRA, kami komited dan bersedia untuk melak-
sanakan tugasan lebih dari tahun 2013, kami bersedia untuk memperkukuh gera-
kan agar ummat mendapat manfaat daripadanya.
MOHD SHAHRULAZILAN SAID, Pengarah Eksekutif
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH LATIHAN
& PENGEMBANGAN
En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH
PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH
PEMBERDAYAAN EKONOMI
Dr. Hyan Yusoff
PENGARAH BANTUAN
KECEMASAN & LOJISTIK
Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
Majlis Penyerahan Toyota Hilux MRA merakamkan jutaan syukur kepada Allah SWT
atas penerimaan sebuah lagi kenderaan, dan kali ini
ianya merupakan sebuah kenderaan pacuan empat
roda yang disumbangkan oleh pihak UMW Toyota
kepada MRA diatas “track record” menjalankan
program di peringkat tempatan dan antarabangsa
kepada mereka yang memerlukan.
Majlis bersejarah ini telah diadakan di Sekretariat
MRA sendiri yang terletak di Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna
ini telah dihadiri oleh Presiden MRA, Dato’ Dr. Abdul
Razak bin Kechik serta pimpinan kanan yang lain.
Majlis ringkas penuh bermakna ini telah berjalan
dengan lancar dan penuh ceria.
Penyerahan ini telah dilakukan oleh Dato Ismet
Suki, Presiden UMW Toyota diiringi oleh
En. Mohd Shamsor Mohd Zain, Pengarah Urusan
Bahagian Pemasaran dan Hubungan Luar UMW
Toyota. Sumbangan ini amatlah kami hargai dan
kami berterima kasih kepada pimpinan UMW
Toyota diatas kepercayaan yang diberikan kepada
MRA untuk menerima kenderaan ini.
UMW Toyota Sdn. Bhd. menyambut perayaan 30
tahun penubuhan mereka di Malaysia dan pembe-
rian Hilux ini kepada MRA merupakan simbol
kepada komitmen dan semangat setiakawan yang
tinggi.
LAPANGAN 23-2
Mohd Shamsor, Dato Ismet Suki, Dr. Shahrizal Azwan
dan Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik sempena Majlis
Penyerahan Toyota Hilux kepada MRA
INFO KORPORAT
VISI
MISI MOTO
Maklumat Perhubungan
Maklumat Perbankan
Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB
20/2010) merupakan sebuah organisasi
bantuan kemanusiaan yang berdaftar
dengan Jabatan Perdana Menteri,
Malaysia. Sejak dari penubuhannya
pada 2009, MRA telah membantu melalui
progam bantuan kecemasan ke negara-
negara yang ditimpa musibah, bencana
alam, bencana buatan manusia dan
program pembangunan komuniti dialam
dan diluar negara
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling
Bermanfaat Kepada Orang Lain
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 60 3 2697 2007
Faks: 60 3 2692 2002
Emel: [email protected]
Sawang: www.mra.my
Facebook: malaysianreliefagency
Twitter: malaysianrelief
Youtube: malaysianrelief
Menjadi sebuah badan bantuan
kemanusiaan yang efektif dan efisien
dalam membantu mereka yang
memerlukan
Memastikan pengurusan bantuan
yang cekap dengan mengaplikasikan
nilai-nilai murni seperti profesionalisme,
komitmen, kerjasama, tidak me-
mentingkan diri, penyayang.
Membangunkan dan melatih kemahiran
dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan
termasuk kemahiran teknikal, jaringan
perhubungan, pengenal pastian
masalah, penyediaan kertas kerja
projek dan pelaksanaan, pencarian
dana serta pengurusan.
MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365
Bank: Maybank Islamic Berhad
Swift Code: MBBEMMYKL
A/K No: 3988591608
Bank: Public Islamic Bank
LAPANGAN 23-3
Salah sebuah Rumah Syukriah MRA
di wilayah KPK, Pakistan
DR AYMAN BERCERAMAH DI KG RINCHING HULU MRA terus menggerakkan dan mempopular-
kan Tabung MyGEF di kalangan rakyat
Malaysia melalui program-program ceramah
dan turun padang bertemu orang ramai bagi
menyampaikan maklumat dan isu terkini di
Palestin keselurhannya dan Gaza terutamanya.
Terbaru, MRA telah berada di Kg. Rinching
Hulu baru-baru ini untuk pengisian sebuah
sesi ceramah disana.
MRA telah membawa bersama dalam ce-
ramah kali ini, Dr. Ayman , salah seorang
daripada lima orang Doktor dari Palestin yang
ditaja oleh MRA untuk mengikuti latihan
klinikal di Malaysia. Mereka akan berada di
Malaysia selama 6 bulan bagi melengkapkan
latihan tersebut yang dijayakan bersama
beberapa institusi lain termasuk Hospital
Pakar Al Islam.
Dr. Ayman yang sememangnya berasal dari Gaza telah
memberikan perkongsian yang menarik mengenai
kehidupan sebenar yang sedang dan terpaksa dihadapi
oleh para penduduk Gaza. Bagaimana kesukaran untuk
bergerak, mendapatkan bekalan air minum, makanan,
ubat-ubatan dan sebagainya.
Turut serta dalam ceramah ini ialah wakil dari Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM), Sdr. Jufitri Johar, Naib
Presiden ABIM.
Sebelumnya, disebelah siang, satu majlis kayuhan amal
basikal telah diadakan untuk mengutip dana bagi Gaza.
Majlis ini telah mendapat sambutan yang baik dari
kalangan belia dan penduduk setempat. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada penganjur program yang pri-
hatin dan cakna dengan isu dan pemasalahan yang diha-
dapi oleh ummat Islam, semoga kerjasama berterusan
dapat dijalankan dimasa-masa mendatang.
LAPANGAN 23-4
Sesi penyerahan dana sumbangan qariah Masjid Kg. Rinching Hulu
kepada wakil MRA
Kembali Ke SEKOLAH Musim persekolahan tahun 2013 ini menyaksikan kemasukan pela-
jar-pelajar baru ke sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras
Baru.
Pelajar –pelajar lama juga kelihatan ceria ketika memulakan sesi
persekolahan penggal pertama 2013. Sekolah Komuniti Rohingya
di Cheras Baru ini telah dibuka sejak tahun 2009, merupakan salah
sebuah sekolah untuk pelarian Rohingya yang diiktiraf oleh
UNHCR, (Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pe-
larian).
Sekolah ini menggunakan silibus yang telah diperhalusi oleh MRA
agar bersesuaian dengan keperluan anak-anak pelarian ini. Silibus
MRA menggabungkan silibus Malaysia dan juga silibus Myanmar,
ini adalah bertujuan untuk membiasakan mereka dengan sistem
pendidikan yang digunakan di negara mereka, harapannya agar apa-
bila mereka pulang ke negara mereka nanti, mereka tidak asing
daripada sistem yang digunakan di sana.
Sekolah MRA ini diselia oleh Sdr. Johari Kan Abdullah yang ber-
tindak sebagai Guru Besar sekolah ini. Beliau turut dibantu oleh
beberapa guru Rohingya dan guru rakyat Malaysia.
LAPANGAN 23-5
Ceria-Rajin-Tekun
Abang bersama adik ke sekolah
Ke Sekolah MRA dengan uniform lain...
Hari pertama persekolahan di Sekolah Komuniti Rohingya
tidak sesibuk sekolah-sekolah kebangsaan yang lain.
Antara lain sebabnya ialah kerana tidak ramai ibubapa
yang menunggu anak-anak mereka sehingga tamat waktu
persekolahan, kebanyakkan ibubapa pulang selepas
menghantar anak mereka kesekolah. Malah ada yang
hadir kali pertama ke sekolah tanpa diiringi oleh ibu bapa
mereka.
Kesedaran untuk menuntut ilmu di kalangan anak-anak
pelarian Rohingya semakin meningkat kebelakangan ini,
semakin banyak sekolah dibuka dan semakin ramai yang
hadir ke sekolah. Walaupun banyak tuntutan lain serta
hambatan kewangan dan masa, namun ibubapa mereka
mengambil langkah bijak dengan menyiapkan anak-anak
mereka dengan ilmu pengetahuan sebagai pelaburan
jangka panjang yang pastinya sangat lumayan dan men-
guntungkan.
MRA sebagai sebuah organisasi bantuan yang
terlibat sejak tahun 2009 lagi dengan komuniti
penduduk Rohingya mengalu-alukan sebarang
bantuan dan kerjasama dari mana-mana pihak
dalam membantu kami untuk memberikan
perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada
anak-anak para pelarian ini, jika bukan kita yang
membantu mereka siapa lagi yang akan tampil
untuk membantu mereka?
LAPANGAN 23-6
Kakak dan adik-adiknya
Mentelaah sambil menunggu ketibaan guru
Alahai… manjanya...
Abang menyuapkan adiknya
Pelajar baru dalam sesi taklimat 2013
Makan Burger dan menyumbang
Ke Tabung GAZA
Kempen membantu Gaza yang digerakkan oleh
Burger Bakar melalui Tower Mania Competition
yang diadakan bersempena dengan Blackberry
Music Mania bertempat di Stadium Melawati, Shah
Alam pada ambang tahun baru telah berjaya
menarik perhatian ramai untuk turut serta terlibat
dalam pertandingan tersebut.
Tempat pertama menawarkan hadiah lumayan
sebuah Blackberry berserta RM200, tempat kedua
menawarkan sebuah Blackberry berserta RM150
dan tempat ketiga dengan sebuah Blackberry dan
RM100.
Yuran penyertaan sebanyak RM20 setiap peserta
akan disalurkan terus ke Malaysisn Relief Agency
(MRA).
Para pemenang bersama Blackberry
dan wang ringgit yang dimenangi
LAPANGAN 23-7
Terengganu dilanda banjir
MRA telah menghantar bantuan kecemasan banjir kepada para penduduk di
kawasan yang terlibat melalui gerakan bantuan yang digerakkan secara bersama
dengan MYCORPS dan kumpulan sukarelawan tempatan yang diketuai oleh Sdr.
Fadhil. Mereka telah berada di kawasan banjir sejak dari hari pertama banjir bermula
lagi bagi membantu mangsa-mangsa banjir di tiga kawasan yang terlibat iaitu Kg.
Durian Mentangau, Kg. Nyior Paka dan SK Tebing Tembah, Paka.
Padang Bola yang digenangi air
Suasana di salah sebuah pusat pemindahan sementara
Sdr. Fadhil bersama mangsa banjir Sdr. Fadhil dalam satu kunjungan
beliau ke pusat penempatan mangsa banjir
LAPANGAN 23-8
MISI BANJIR PANTAI TIMUR MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)
sebagai sebuah badan bantuan kemanusiaan
tanahair yang prihatin telah mengambil inisi-
atif menggerakkan tim peninjau banjir ke Pan-
tai Timur merangkumi Pahang dan Tereng-
ganu baru-baru ini, bagi memantau keadaan
semasa dan menimbangkan bentuk bantuan
yang boleh disalurkan. Terdahulu, MRA telah
menghantar bantuan ke Terengganu melalui
kerjasama dengan pasukan MYCORPS dan
sukarelawan tempatan.
Tim ini diketuai oleh Pengarah Eksekutif
MRA sendiri dan turut disertai oleh Sdr. Iyadz
dan Sdr. Ashraff Rahman.
Ketika kami tiba di Kuantan, hujan masih tu-
run namun keadaan telah pulih seperti
sediakala, air telah surut namun paras air di
Sungai Kuantan masih lagi pada tahap merba-
haya.
Kami turut meninjau keadaan banjir di Ter-
engganu, iaitu di laluan Chukai-Kemaman.
Beberapa batang jalanraya masih dinaiki air
dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.
Hujan lebat masih turun dan dikhuatiri be-
berapa kawasan yang telah surut dijangka
akan dinaiki air semula sekiranya hujan turun
berterusan beberapa jamlagi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, MRA telah meletak-
kan tahap bersedia kepada semua SAHABAT MRA
sekiranya banjir ini menjadi lebih buruk dan tidak
terkawal.
Setakat ini, kami mendapati keadaan banjir di
negeri-negeri pantai timur masih lagi terkawal dan
jumlah penduduk yang ditempatkan di kawasan
penempatan banjir masih lagi dalam jumlah yang
dijangkakan.
Jentera pengurusan banjir disetiap daerah dan
negeri berfungsi dengan baik masih berjalan secara
terkawal dibawah kelolaan Majlis Keselamatan Ne-
gara. Pengalaman menguruskan banjir sejak sekian
lama menjadikan mereka begitu faham dan cekap
dalam menguruskan pusat pemindahan banjir serta
melayan karenah para penghuni di penempatan
tersebut.
MRA telah terlibat dalam operasi banjir sejak dari
Banjir Utara 2010 yang melanda negeri-negeri utara
Malaysia dan Banjir Selatan 2011 yang teruk
melanda tiga daerah Johor iaitu Segamat, Batu Pa-
hat dan Muar. Dalam kedua-dua misi banjir ini,
MRA telah beroperasi melebihi tempoh empat
minggu.
MRA mendoakan agar suasana kembali pulih dan
orangramai dapat pulang kerumah masing masing
dan kehidupan bermula seperti biasa.
LAPANGAN 23-9
BANJIR PANTAI TIMUR 2013 yang
mula melanda negeri-negeri di wilayah
pantai timur tanah air seperti Kelantan,
Terengganu dan Pahang telah menyak-
sikan aksi sulung kenderaan pacuan
empat roda yang baru saja diserahkan
kepada MRA oleh UMW Toyota.
Pemberian kenderaan ini oleh UMW
Toyota amatlah bertepatan pada masa
dan ketikanya. Kenderaan tegap dan
gagah ini yang memang dicipta bagi
tujuan aktiviti lasak merupakan
kenderaan yang terbaik bagi misi-misi
bantuan sebegini.
MRA pada tahun lalu telah menerima
sebuah Proton Exora, sumbangan dari
Proton Holdings diatas pencapaian dan
komitmen yang ditunjukkan dalam
kerja-kerja bantuan kemanusiaan di-
dalam dan diluar negara.
MRA amat komited dalam memastikan
bahawa bantuan terhadap mangsa-
mangsa banjir dapat disalurkan kepada
mereka yang memerlukan. Peng-
gunaan kenderaan ini pastinya dapat
meningkatkan keupayaan MRA dalam
memberikan bantuan yang terbaik
kepada mangsa-mangsa banjir.
LAPANGAN 23-10
Jalan Kemaman Chukai dinaiki air
Bergerak keluar dari Kuala Lumpur waktu Subuh
Sedia untuk beraksi
CERAMAH ISU ROHINGYA DI UITM TERENGGANU, PAKA
Terima kasih kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Abdol Samad bin Nawi, Rektor dan kakitangan UITM
Terengganu serta Majlis Perwakilan Pelajar MPP yang telah menjemput Malaysian Relief Agency
(MRA) berkongsi situasi dan program terkini MRA di Arakan, Myanmar. Wakil MRA turut menerima
sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Kumpulan Utusan - MRA.
MENZIARAHI KAWASAN BANJIR DI PAKA, TERENGGANU
Selesai Majlis Perkongsian Isu Rohingya di UITM
Terengganu, Pengurus Operasi MRA telah menziarahi
kawasan yang dilanda banjir sekitar kawasan Paka.
LAPANGAN 23-11
Khabar Sedih dari PAKISTAN
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) melahirkan
rasa dukacita yang amat mendalam diatas pemergian
dua orang petugas Al Khidmat Foundation, iaitu Al-
marhum Hawam Jan dan Almarhum Waqar Hussain.
Kedua-dua mereka telah terkorban dalam satu insiden
serangan hendap terhadap kenderaan Al Khidmat di
Peshawar oleh mereka yang tidak dikenali.
Kedua-dua petugas ini merupakan mereka yang ber-
tanggungjawab dan telah membantu menguruskan la-
watan tim MYCORPS-MRA ke Pakistan tidak lama
dulu.
Pemergian kedua mereka amat mengejutkan, terutama
kepada anggota MRA-MYCorps yang mempunyai
hubungan baik dengan mereka berdua.
MRA telah mengeluarkan sepucuk surat takziah kepada
Al Khidmat Foundation disamping mengutuk serangan
yang dilakukan kepada para petugas bantuan kemanu-
siaan di Peshawar.
Pihak berkuasa Pakistan setakat ini masih belum lagi
mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu dan
tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab
diatas insiden kejam dan tidak bertamadun ini.
MRA mempunyai beberapa projek yang telah
dan sedang berjalan di wilayah utara Pakistan
seperti projek pembangunan Rumah Syukriah,
Projek Pembinaan Pam Air, Projek Pendidikan,
Projek Perubatan dan Bantuan Kecemasan.
Sebahagian besar daripada projek-projek ini te-
lah dilaksanakan dengan kerjasama Al Khidmat
Foundation semenjak tahun 2010 lagi. MRA
bagaimanapun tidak berhasrat untuk menamat-
kan operasi di Pakistan diatas insiden yang ber-
laku
LAPANGAN 23-12
Fazlinie (MyCORPS) sedang berbincang dengan Almarhum Waqar
Zaim (MyCORPS) bersama Almarhum Waqar di Balakot
KHABAR DARI RANGON
Ashraff bersama dengan anak-anak tunanitra di Rangon
“Road to Guantanamo” kisah benar 3 orang pemuda
Sdr. Shine dalam satu kunjungannya ke UNHCR Rangon
Kini Penyelia MRA Myanmar,
Sdr. Shine Win tidak lagi ke
seorangan. MRA telah
menghantar Sdr. Ashraff Rah-
man sebagai Koordinator MRA
Myanmar untuk memperkemas-
kan lagi operasi kami di
Rangon. Ini adalah manifestasi
kepada kesungguhan MRA
untuk membantu menyelesaikan
kemelut Arakan yang sudah
semakin dilupakan oleh banyak
pihak dewasa ini.
Sebuah pejabat juga akan
dibuka bagi memudahkan
urusan dan operasi kami di
lapangan serta memberikan
keyakinan kepada Kerajaan
Myanmar bahawa MRA adalah
serius untuk bekerja di
Myanmar.
LAPANGAN 23-13
Pertemuan dengan
persatuan Pelajar
Muslim Myanmar di
Rangoon. Suasana
dan semangat
keIslaman mereka
adalah sama seperti
suasana dan semangat
yang ditunjukkan
oleh pelajar muslim
di Malaysia pada
akhir tahun 70an.
Sdr. Ashraff sedang
berkongsi ilmu dan
pengalaman bersama
para peserta yang berbi-
lang agama dan bangsa
yang turut serta dalam
bengkel Silang Keper-
cayaan yang telah
diadakan di Rangoon.
MRA selain dari mem-
bantu menyalurkan
bantuan ke - manusiaan
kepada mereka yang
men- derita kesusahan,
kami turut terlibat
dalam program dialog
dan diskusi silang ke-
percayaan.
Malaysian Relief Agency (MRA) memulakan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Arakan pada bulan
Ogos 2012 lagi dan sejak pada itu, beberapa misi selanjutnya telah dihantar bagi memantapkan
operasi MRA disana. Pada September 2012, pasukan bantuan MRA telah berjaya menyalurkan
lebih daripada 20 tan bantuan makanan kepada penduduk di Sitwe, Arakan, termasuk kepada pen-
duduk Rohingya yang terkepung di perkampungan Aung Mingalar.
LAPANGAN 23-14
JUALAN AMAL COKLAT MRA sempena hari
terbuka Hospital Pakar Al Islam kembali lagi.
SAHABAT dan Staf MRA berganding bahu meny-
iapkan coklat-coklat yang enak dan lazat, pelbagai
bentuk yang menarik dengan harga yang berpatutan.
Pelbagai aktiviti menarik semasa hari terbuka
tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna untuk
anak-anak, ceramah kesihatan, pameran dan pelbagai
jualan akan diadakan diperkarangan letak kereta
Al Islam pada 18-20hb Januari 2013 nanti.
MRA mengucapkan ribuan terima kasih diatas
kunjungan dan keprihatinan yang ditunjukkan
oleh Polis Diraja Malaysia yang telah
menghantar seorang anggota Cawangan Khas-
nya untuk memantau keselamatan kawasan
sekitar berhampiran lokasi Sekolah Komuniti
MRA di Cheras Baru.
Kami amat berharap PDRM dapat mengada-
kan rondaan disitu bagi mengurangkan ke-
jadian jenayah dan aktiviti yang tidak diingini.
Kehadiran berterusan PDRM akan dapat
membantu mewujdukan sebuah zon yang be-
bas jenayah yang mungkin boleh membawa
mudarat kepada anak-anak murid di sekolah
kami. Masih ingat lagi pada kumpulan anak-anak muda
yang melukis mural di Sekolah MRA tahun lalu?
Mereka kini sedang giat mempromosikan t-shirt
yang menarik yang bertujuan untuk mengumpulkan
dana bagi membiayai program-program mereka
yang selanjutnya.
T-Shirt berimej simple tetapi padat ini boleh didapati
dari wakil penjual mereka di talian berikut:--
Anda juga boleh melayari laman mukabuku mereka
untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Senyum itu sedekah, terima kasih.
LAPANGAN 23-15
Cik Farhana bersama cekelat yang telah disiapkan
Cik Yatt sedang menyediakan cekelat
Anggota PDRM yang meronda kawasan sekolah
Rohingya bersama Ust. Shuib
Peranan MRA di GAZA MRA sekali lagi tampil dalam rancangan
Assalamualaikum di TV AlHijrah. Kali ini
MRA diwakili oleh Sdr. Mohd Shahrulazilan,
Pengarah Eksekutif dan Hj. Khairil Annuar
Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan dan
Lojistik.
Mereka membicarakan mengenai apakah ban-
tuan-bantuan yang telah disalurkan oleh MRA
ke bumi Gaza, Palestin. Sejak sebelum seran-
gan terbaru ini meletus lagi, MRA telah mem-
punyai beberapa buah projek yang berjalan di
bumi istimewa ini, antaranya ialah projek
penajaan bulanan anak yatim, projek cuti
musim panas bagi para pelajar dan beberapa
aktiviti lain.
Selain wilayah Gaza, MRA turut bergerak di
Tebing Barat dan kem-kem pelarian Palestin di
Lebanon.
Kaunter pameran dan jualan MRA dibuka semasa Hari Terbuka Hospital Pakar Al Islam di
Kampung Baru. Di kesempatan ini MRA telah turut mengadakan penerangan mengenai isu
Palestin dan penubuhan rangkaian kerjasama MYGEF (Malaysian Gaza Emergency Fund)
LAPANGAN 23-16
Anak-anak yatim Gaza ceria semasa hadir percutian
musim panas anjuran MRA
DUA TAHUN MRA PERAK MRA Perak merupakan Chapter Pertama yang di-
tubuhkan di peringkat negeri bagi memperkemaskan
lagi aktiviti MRA di Malaysia. Digerakkan oleh
mereka yang memang berpengalaman dan mahir
dalam bidang masing-masing. Kehadiran MRA Perak
sudah semestinya memantapkan lagi program-program
MRA di sebelah utara.
MRA Perak bermula dengan program utamanya di
Pondok Warga Mas di Telok Medan, Bagan Serai,
sebuah pondok untuk orang-orang tua dan warga
emas. MRA Perak telah membantu membaiki ban-
gunan dan pendawaian elektrik disamping program
pembuatan baja dan rawatan kesihatan kepada para
penghuni dirumah tersebut.
LAPANGAN 23-17
Dr. Abdul Karim Russ selaku Pengerusi MRA Perak
bersama Tok Batin Alang, Pos Slim, Simpang Pulai
Haji Hani Yang Kassim, SU MRA Perak bersama
pemuda-pemuda di Pos Slim
SAHABAT MRA Perak sedang beramah
mesra dengan anak-anak Orang Asli disitu.
MRA mengadakan Majlis Ziarah yang berterusan disini
Bagi mereka yang berminat untuk turut serta bersama MRA
Perak dalam program-program anjuran mereka, sila hubungi SU
MRA PERAK, Tuan Haji Hani Yang Kassim di talian berikut:-
012 4556126. Anda pasti teruja dan mendapat pengalaman baru
setiap kali terlibat bersama mereka.
LAPANGAN 23-18
Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh MRA Perak bagi membina silaturahim bersama penduduk setempat.
Klinik Lapangan dibuka bagi merawat pesakit disini
Organisasi seperti CARSEM, RCMP, UITM dan MY-
CORPS turut berkhidmat disini
Kelas Pembuatan EM turut mendapat sambutan
PROTON EXORA
setahun menabur jasa Sumbangan yang diberikan
oleh Proton Exora ini amat
dirasai. Kami telah mengguna-
kan kenderaan ini dengan
sebaik-baiknya untuk program-
p r o g r a m p e m b a n g u n a n
komuniti Orang Asli, Rohin-
gya , Warga Emas dan Orang
Kurang Upaya, Dengan
adanya Proton Exora ini, lang-
kah kami menjadi lebih pan-
jang, terima kasih Proton.
LAPANGAN 23-19
Sukarelawan Muda Orang Kurang Upaya
Komuniti Orang Asli
Bersama Warga Emas
Pembangunan Komuniti
Edaran bantuan kepada yang memerlukan, anak
yatim, pelarian dan orang kurang upaya
Gergasi tiga di hutan rumi Tiada upaya dapat bertahan Generasi muda tujuan kami
Bawa budaya, adab dan perubahan
Kelihatan Puan Ramlah (SAHABAT MRA) sedang
melayan anak-anak orang asli di Pos Slim, Simpang
Pulai bermain boling botol mineral. Kena kreatif dan
ceria selalu