-
7/31/2019 Langkah Meningkatkan Profesionalisme Keguruan
1/2
Langkah meningkatkan profesionalisme keguruan.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbeza
berbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada
perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari
tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akanmenjadi dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, khasnya
perlaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program
KBSR dan KBSM, memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap
dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar
yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja
yang kian mencabar.Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang
lalu ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa
ini lebih ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi
perangsang dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk
menyedarkan masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk
menggembeleng tenaga mereka untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang berat
oleh guru-guru.
Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring
dengan perubahan peranan seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan
dahulu tidaklah lagi bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan
pembaharuan baik dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi
tuntutan dan cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah
sentiasa melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengajar dari semasa ke semasa.
Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus pendidikan yang dianjurkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan. Kehadiran kursus-kursus pendidikan seperti ini adalah
penting bagi guru demi mempertingkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja
pendidikan yang kian kompleks, canggih serta kian mencabar.
Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usahautamaialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru
harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi
mempertingkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam
bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa
kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka di bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai
-
7/31/2019 Langkah Meningkatkan Profesionalisme Keguruan
2/2
kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam
bilik darjah.