-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
1/34
KPF 4013
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
KUMPULAN 10
NO NAMA NO. MATRIK
1. TENGKU NURLI AKMAL BINTI ENGKU MOHAMED L20112008943
2. SUHARTINA BINTI ARBE L20112008942
3. JULIANIE BINTI MD SAID L20112007253
4. AZIELA BINTI RAZALI L20112007252
5. HILYATI BINTI SARIPUDIN L20112007265
KUMPULAN KULIAH : B
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
2/34
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN 2
SENARAI RAJAH 3
SENARAI JADUAL 3BIBLIOGRAFI 34
Bil. Tajuk Halaman
1.0 Pengenalan 4
2.0 Organisasi dan Pentadbiran Peringkat Pusat 9
3.0 Organisasi dan Pentadbiran Peringkat Negeri 14
4.0 Organisasi dan Pentadbiran Peringkat Daerah 19
5.0 Organisasi dan Pentadbiran Peringkat Sekolah 20
6.0 Isu-Isu Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia 32
7.0 Rumusan 33
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
3/34
3
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
Rajah 1.1 Kedudukan Sistem 4
Rajah 1.2 Piramid Organisasi Pentadbiran Pendidikan di Malaysia 7
Rajah 1.3 Struktur Organisasi Pentadbiran Pendidikan Fungsian 8
Rajah 1.4 Struktur Organisasi Sistem Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri(Pengurusan)
16
Rajah 1.5 Struktur Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah 20
Rajah 1.6 Struktur Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 21
Rajah 1.7 Carta Organisasi Pendidikan Pentadbiran Peringkat Sekolah 25
Rajah 1.8 Struktur Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran Kurikulum 26
Rajah 1.9 Struktur Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran Hal Ehwal Murid 27
Rajah 1.10 Struktur Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran Kokurikulum 28
Jadual 1.1 Organisasi Formal dan Bukan Formal 5
Jadual 1.2 Persamaan Tugas Penolong Kanan 22
Jadual 1.3 Perbezaan Tugas Penolong Kanan Mengikut Bidang Tugas 23
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
4/34
4
1.0 PENGENALAN
Matlamat tertinggi sesuatu organisasi bukanlah mengadakan keadaan yang
mempertingkatkan kecekapan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang
dapatmempertingkatkan kecekapan organisasi mencapai matlamat- matlamatnya.
Morphet,Johns & Reller
1.1 Maksud Sistem
Sistem ialah apa sahaja yang terbina daripada rangkaian komponen atau unit
yang mempunyai sesuatu tugas, fungsi atau matlamat. Bagi sesuatu sistem, komponen
atau unit yang membina sistem itu di sebut subsistem. Sesuatu sistem boleh terbina,
wujud dan menjalankan tugasnya hasil daripada rangkaian interaksi antara subsistem-subsistem. Rangkaian interaksi subsistem secara selaras membolehkan sistem itu
berfungsi bagi menjalankan sesuatu tugas dalam persekitaran. Sesuatu sistem dikira
tertutup sekiranya sistem tidak membenarkan pengaruh dari persekitaran
mengganggunya ataupun menyumbangkan apa-apa kepada persekitarannya. Sesuatu
sistem terbuka pula membenarkan pengaruh dari persekitaran ke dalam sistem serta
memberikan sumbangan atau pengeluaran kepada persekitaran. Persekitaran ini boleh
dianggap sebagai suprasistem atau sistem yang lebih besar. Hubungan sistem,
subsistem dan suprasistem boleh dijelaskan seperti dalam Rajah 1.1.
Contoh : Sistem sekolah terdiri daripada komponen guru, murid, bangunan, infrastruktur,
pengetua, kakitangan am dan jemaah pengelola.
Suprasistem
Sistem
Subsistem
Rajah 1.1 Kedudukan sistem
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
5/34
5
1.2 Organisasi
Organisasi merujuk kepada sistem sosial iaitu struktur penyusunan komponen
atau unit dalam sistem. Keteraturan atau kekemasan struktur penyusunan komponen
menentukan sama ada organisasi itu berbentuk formal atau bukan formal. Organisasi
formal berbeza daripada organisasi bukan formal pada beberapa segi seperti :
Organisasi formal Organisasi bukan formal
a. Jangka hidup lebih lama a. Jangka hidup lebih pendek
b. Operasi bersifat berterusan / kekal
walaupun anggota organisasi
berpindah / meletak jawatan
b. Bersifat sementara dan akan
terbubar selepas organisasi
selesai menjalankan tugasnya
c. Struktur komponen lebih rumit dan
tersusun
c. Struktur komponen yang ringkas
d. Memerlukan input sumber fizikal dan
modal yang besar
d. Hanya memerlukan input sumber
fizikal dan modal yang lebih kecil
Jadual 1.1 Organisasi Formal dan Bukan Formal
Bagi sesuatu sistem sosial, tenaga manusia menjadi nadi penggerak pada
komponen. Oleh itu organisasi sosial yang formal merujuk kepada kaedah dan strategi
tenaga manusia menggerakkan sumber yang diadakan pada komponen dalam sistem
bagi mencapai matlamat.
Bagi sistem pendidikan negara, struktur organisasinya boleh digambarkan seperti
berikut. Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang merujuk
kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Prosesperkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan
sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan
erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-
masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu
pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai
aspek sama ada politik, ekonomi ataupun sosial. (Yahaya Don,2005)
Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana bangsa ke arah penguasaan
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
6/34
6
ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi muda meningkatkan daya saing
untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang.
1.3 Definisi Pengurusan dan Pentadbiran
Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu
daya yang menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia
yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matlamat pendidikan. Beliau melihat
pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses
perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan,
pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawan pendidikan
dan penilaian pendidikan.
Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan
melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur,
mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumberdan mendapat kerjasama
daripada setiap individu di dalam sesebuah organisasi. Manakala pentadbiran pula
membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola,
diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses
pengendalian sesebuah organisasi pendidikan secara menyeluruh dalam usaha
mencapai matlamat pendidikan.
Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah
saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai digunakan ialah
pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-duanya terdapat dalam
mana-mana Institusi Pendidikan ( Rosy Talin, 2002 ).
1.4 Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan
kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan
sistem pendidikan berpusat. Struktur organisasinya terbahagi kepada lima peringkat, iaitu
peringkat eksekutif (pusat), peringkat pengurusan (negeri), peringkat penyeliaan (daerah),
peringkat teknikal (sekolah) dan peringkat perlaksanaan (darjah). Bagi sistem pendidikan
Malaysia, struktur organisasinya boleh di gambarkan seperti Rajah 1.2.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
7/34
7
Di samping menunjukkan peringkat organisasi, Rajah 1.2 juga menjelaskan aliran
autoriti dan delegasi tanggungjawab daripada puncak piramid ke bahagian bawah
piramid. Keluasan bahagian piramid menunjukkan bilangan tenaga manusia yang terlibat
pada bahagian berkenaan. Sesuatu sistem atau organisasi yang formal mempunyai
beberapa keperluan asas untuk membolehkannya berfungsi. Keperluan asas tersebut
ialah pemimpin, agihan tugas dan peranan, prosedur penentuan matlamat atau dasar dan
prosedur perlaksanaan.
Pemimpin bagi seluruh sistem pendidikan di Malaysia ialah Menteri Pendidikan
sementara pemimpin bagi bahagian dan negeri ialah Pengarah dan pemimpin bagi
sekolah ialah Pengetua atau Guru Besar. Tugas utama pemimpin adalah untuk
merancang maklumat, dasar, perolehan sumber, strategi pengurusan sumber, strategi
perlaksanaan dan membuat keputusan. Pemimpin bagi semua organisasi kerajaan dipilih
secara lantikan rasmi, biasanya mengikut senioriti dari segi kelayakan dan lama
berkhidmat.
Pemimpin sesebuah organisasi formal menetapkan tugas anggota dalam
organisasi dan fungsi bagi setiap komponen atau unit. Agihan tugas dan autoriti secara jelas atau eksplisit dapat mengelakkan konflik autoriti dan tugas. Sesebuah sistem yang
Rajah 1.2 Piramid Organisasi Pentadbiran Pendidikan diMalaysia
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
8/34
8
besar seperti Kementerian Pendidikan mempunyai struktur organisasi yang kompleks
apabila sesuatu komponen struktur organisasi yang tersendiri dan berangkai-rangkai.
Oleh yang demikian, pembahagian tugas beserta penetapan peranan, fungsi dan
peraturan-peraturan adalah perlu agar semua anggota organisasi mengetahui dan
memahami tanggungjawab mereka masing-masing.
Rajah 1.3 menunjukkan satu contoh struktur organisasi pentadbiran fungsian bagi
setiap pendidikan. Organisasi itu mempunyai enam komponen utama iaitu Operasi
Sekolah, Inovasi dan pembangunan, Perhubungan Dalam, Perhubungan Luar, Urusan
Pentadbiran dan Perkhidmatan Sokongan Logistik.
Rajah 1.3 Struktur organisasi pentadbiran pendidikan fungsian
Sesuatu sistem sosial atau organisasi mempunyai matlamat dan objektif
penubuhannya. Matlamat dan objektif organisasi dirumuskan oleh eksekutif yang
mentadbir perjalanan organisasi. Eksekutif bertanggungjawab terhadap soal pencapaian
matlamat yang meliputi aspek produktiviti, keberkesanan dan kecekapan. Secara
langsung eksekutif merumuskan prosedur pelaksanaan dan strategi penggunaan sumber
bagi memastikan pencapaian matlamat dan pengeluaran dengan cekap dan berkesan.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
9/34
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
10/34
10
Menteri Pelajaran adalah bertanggungjawab dalam hal-hal penggubalan dan pelaksanaan
dasar pendidikan, merancang program selaras dengan aspirasi dan matlamat negara
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.
i. Merancang/mengagih tugas kepada bahagian/ unit.
ii. Mengurus/mengarah.
iii. Mendapat kerjasama daripada kakitangan lain.
iv. Menggunakan sumber dengan sepenuhnya.
v. Membuat keputusan
vi. Menilai
Menteri juga bertanggungjawab kepada parlimen untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan dasar pendidikan. Akta pelajaran 1961 memberi kuasa dan kewibawaan
kepada Menteri Pelajaran ke atas hampir semua hal berkaitan pendidikan dalam negara.
Menteri Pelajaran dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri dan seorang setiausaha
Politik.
2.2 Peringkat Pusat
Peringkat pusat berkuasa penuh merumus dan membuat dasar pendidikan. Ketua
Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran merupakan orang yang memainkan
peranan penting pada peringkat ini.
i. Ketua Setiausaha KPM selaku Ketua Pentadbiran dan bertanggungjawab
penuh kepada Menteri Pelajaran.
ii. Ketua Pengarah Pelajaran mengetuai dan bertanggungjawab penuh dalam
bidang ikhtisas.
iii. Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran memainkan peranan
penting dalam bidang eksekutif.
2.3 Jabatan-Jabatan Utama Kementerian Pendidikan Malaysia
Terdapat 18 jabatan/bahagian utama di bawah Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia iaitu:
1) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
berfungsi untuk merancang, menggubal dan pmembangunkan dasar
pendidikan.Selain itu bahagian ini juga menilai keberkesanan dasar sedia ada
melalui program bantuan luar, kerjasama serantau dan pelbagai hala serta
membuat perbandingan peringkat antarabangsa. BPPDP turut menilai dapatan yang
dilakukan oleh penyelidik dalam dan luar Negara. Bahagian ini juga berperanan
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
11/34
11
dalam menyelaras data maklumat pendidikan dari segi keperluan guru bagi sekolah
rendah, menengah dan kolej matrikulasi mengikut jenis sekolah, tahap dan negeri.
2) Jabatan Lembaga Peperiksaan
Jabatan Lembaga Peperiksaan terlibat dalam menggubal dasar pengujian
dan pemarkahan peperiksaan, mengendalikan dan meyelia peperiksaan awam di
luar dan dalam negeri, menguruskan data calon dan keputusan peperiksaan serta
hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan awam di Malaysia. Selain itu jabatan ini
juga berperanan dalam memastikan peperiksaan yang diadakan mencapai
standard yang ditetapkan.
3) Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum bertanggungjawab dalam mengubal, menilai
dan membangunkan kurikulum persekolahan dan berusaha untuk mengesan dan
memantau sejauh mana kurikulum yang diajar selaras dengan kehendak falsafah
pendidikan kebangsaan. Bahagian ini turut memberikan sokongan dari segi bahan
yang diperlukan oleh sekolah-sekolah.
4) Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan berperanan penting dalam menerapkan
budaya penggunaan ICT sebagai salah satu cara untuk memudahkan tugas dan
meningkatkan kompetensi guru serta menarik minat pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ini turut memberikan khidmat latihan
kepada murid dan guru dan sentiasa berusaha untuk mencari alternatif baru yang
sesuai untuk kegunaan semua.
5) Bahagian Buku Teks
Bahagian Buku Teks bertanggungjawab dalam menguruskan dasar
penerbitan buku teks untuk sekolah rendah dan menengah dan pemerolehan pakejbuku teks, bahan bacaan tambahan serta bahan bantu mengajar/belajar untuk
pusat sumber sekolah. Bahagian ini turut memantau pembekalan, pengurusan dan
penggunaan buku Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah dan pasaran terbuka untuk
memastikan buku teks mencukupi untuk kegunaan semua pelajar dan mudah
didapati. Selain itu, bahagian ini juga menyelaras dan menguruskan hal-hal kualiti
dan aduan pelanggan yang berkaitan dengan buku teks dan bahan bacaan
tambahan.Di samping itu bahagian ini juga melaksanakan hal-hal pentadbiran,
perkhidmatan, pembangunan sumber manusia dan kewangan bahagian bukuTeks.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
12/34
12
6) Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Majlis ini akan bekerjsama dengan pihak kerajaan dan pihak penerbit bagi
meningkatkan penghasilan buku terbitan bahasa melayu dan seterusnya
meningkatkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.
7) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian diwujudkan untuk menguruskan hal
ehwal penempatan dan perpindahan guru-guru dan banyak bekerjasama dengan
pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pelajaran setiap negeri.
Bahagian ini turut terlibat dalam meningkatkan tahap kompeten dan sahsiah pelajar
menerusi pertandingan dan program yang diadakan.Bahagian ini turut terlibat
dalam meningkatkan pengurusan fizikal dan kemudahan setiap sekolah bagi
membentuk suasana pembelajaran yang kodusif serta menentukan keperluan
menubuhkan sekolah baru.
8) Bahagian Pendidikan Islam
Tujuan utama penubuhan Bahagian Pendidikan Islam adalah untuk
memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan
Agama (IPA) dan Dakwah melalui langkah pembangunan sumber manusia,
perolehan dari pihak kerajaan, penyelidikan pengajian islam dan bahasa arab,
inovasi, kejurulatihan, promosi dakwah dan pendokumentasian. Bahagian ini juga
berfungsi menyalurkan dana kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas
Asas Fardhu Ain (KAFA).
9) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fungsi badan ini adalan untuk merancang, menyelaras, menilai, memantau
dan pelaksanaan kemajuan pendidikan teknik dan vokasional menerusi
pentadbiran dan pengunaan sumber manusia.
10) Bahagian Pendidikan Khas
Bahagian ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan pendidikan formal
kepada pelajar-pelajar kurang upaya agar mereka mampu berdikari. Bahagian ini
juga bertanggungjawab memastikan modul pengajaran, suasana tempat
pembelajaran, kemudahan fizikal, sokongan sumber manusia dan tenaga pengajar
yang terlatih untuk merealisasikan matlamat penubuhannya.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
13/34
13
11) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Fungsi bahagian ini menjurus kepada pengurusan sekolah berasrama
penuh dan sekolah kluster.
12) Bahagian Sukan
Bahagian Sukan memberi fokus kepada penyelarasan dan pengurusan
aktiviti kokurikulum terutamanya sukan dan memastikan program yang
direncanakan dijalankan mengikut piawaian yang ditetapkan.
13) Bahagian Kokurikulum & Kesenian
Bahagian ini diwujudkan untuk merancang dan melaksanakan dasar
pengoperasian dasar Seni Sekolah Malaysia (SSeM) dan Pusat Kokurikulum (PKK)
dan menilai pelaksaannya di peringkat sekolah, daerah, negeri dan antarabangsa.
14) Bahagian Pendidikan Swasta
Bahagian ini berperanan dalam menetapkan dasar, peraturan pendidikan,
menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta.Selain itu
bahagian ini juga terlibat dalam menentukan hala tuju pendidikan institusi
pendidikan swasta bagi memastikan kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh
kerajaan.
15) Bahagian Pendidikan Guru
Bahagian Pendidikan Guru berperanan dalam mengendalikan program
Pendidikan Perguruan Pra-perkhidmatan, Kursus Dalam Perkhidmatan dan
memantau Pengurusan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.
16) Institut Aminuddin Baki
Institut ini ditubuhkan sebagai pusat latihan kepimpinan dan pengurusanpendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di
dalam melahirkan pemimpin berkualiti yang menyumbang kepada kemantapan dan
kelancaran pentadbiran sesebuah organisasi.
17) Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Bahagian ini menjurus kepada penilaian tahap pengajaran dan
pembelajaran di institusi pendidikan dan menjalinkan kerjasama yang erat dengan
pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran bahagian/daerah bagi
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
14/34
14
memastikan nasihat dan syor-syor bahagian ini kepada institusi pendidikan diberi
perhatian
18) Institut Pendidikan Guru Malaysia
Institut Pendidikan Guru Malaysia berperanan dalam meningkatkan
penguasaan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pengajaran pembelajaran
pendidik guru melalui kursus-kursus yang ditawarkan.Selain itu Institut Pendidikan
Guru Malaysia melahirkan guru-guru yang kompeten dan mengamalkan profesion
perguruan melalui domain diri, professional dan sosial. Institut Pendidikan Guru
Malaysia juga melakukan penyelidikan dan bimbingan berterusan dengan
meneruskan agenda penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
3.0 ORGANISASI DAN FUNGSI PENTADBIRAN PERINGKAT NEGERI
Pentadbiran peringkat negeri bepusat di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Jabatan Pelajaran Negeri terdapat di semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak. Jabatan Pelajaran Negeri merupakan autoriti bagi memastikan program-
program pendidikan dan dasar-dasar pendidikan yang digubal dan dirancang pada
peringkat pusat dilaksanakan di semua sekolah dalam tiap-tiap buah negeri.
Jabatan Pelajaran Negeri bertanggungjawab menyelaraskan perkara-perkara
yang berkaitan dengan kurikulum, sukatan pelajaran, kokurikulum, pinjaman buku teks,
perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan,
pembangunan, penempatan guru serta pencalonan guru untuk latihan dan pelbagai
kursus.
Jabatan Pelajaran Negeri juga merupakan agensi penghubung yang menyalurkan
maklum balas tentang tahap kejayaan dan masalah berhubung dengan seluruh aspek
kurikulum dari peringkat daerah dan sekolah ke peringkat Kementerian Pelajaran. Maklum
balas yang diterima oleh kementerian digunakan untuk merancang program dan strategibaru dalam proses membuat keputusan.
Terdapat 16 Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai
Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia:
1. Jabatan Pelajaran Johor (JPNJOH)
2. Jabatan Pelajaran Kelantan (JPNKEL)
3. Jabatan Pelajaran Labuan (JPNLAB)
4. Jabatan Pelajaran Melaka (JPNMEL)
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
15/34
15
5. Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNKED)
6. Jabatan Pelajaran Perlis (JPNPel)
7. Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP)
8. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS)
9. Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNKL)
10. Jabatan Pelajaran Pahang (JPNPAH)
11. Jabatan Pelajaran Perak (JPNPER)
12. Jabatan Pelajaran Sabah (JPNSABAH)
13. Jabatan Pelajaran Sarawak (JPNSAR)
14. Jabatan Pelajaran Selangor (JPNSEL)
15. Jabatan Pelajaran Terengganu (JPNTER)
16. Jabatan Pelajaran WP Putrajaya (JPNPUT)
3.1 Organisasi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Jabatan Pelajaran Negeri diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri dan dibantu
oleh Timbalan Pengarah, mereka bertanggungjawab terus kepada Ketua PengarahPelajaran. Pengarah Pelajaran Negeri adalah bertanggungjawab terhadap pelaksanaan
program-program, projek-projek dan aktiviti-aktiviti pendidikan dalam negeri masing-
masing.
Setiap Jabatan Pelajaran Negeri terdiri daripada 10 sektor yang diketuai oleh
Ketua Sektor iaitu Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pengurusan Akademik, Sektor
Pembangunan Kemanusiaan, Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, Sektor
Penilaian & Peperiksaan, Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pendidikan Islam, Sektor
Pendidikan Khas & Swasta, Sektor Pengurusan Maklumat & ICT dan Sektor Psikologi &
Kaunseling.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
16/34
16
3.2 Fungsi dan Peranan Sektor-Sektor di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
1) Sektor Pengurusan Sekolah
Meningkatkan prestasi pengurusan sekolah ke tahap cemerlang di samping
memberikan khidmat bimbingan serta nasihat ke arah peningkatan
kepimpinan yang lebih bermutu di sekolah.
Memastikan semua sekolah da warga pendidikan mematuhi segala
peraturan dan melaksanakan segala tugas serta tanggungjawab yang telah
Rajah 1.4 : Struktur OrganisasiSistem Pendidikan MalaysiaPeringkat Negeri (Pengurusan)
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
17/34
17
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menjayakan dasar-
dasar kerajaan.
Memastikan kanak-kanak mengikut peringkat umur ditetapkan mendapat
tempat belajar dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah agar
menjadi rakyat yang bertanggungjawab, progresif dan berdisiplin.
2) Sektor Pengurusan Akademik
Menentukan para pendidik menerima dan melaksanakan segala
pembaharuan dan pembaharuan dan perkembangan kurikulum yang telah
ditetapkan.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pendidik dalam
pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan masa.
3) Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Memastikan pengurusan pembangunan kemanusiaan murid-murid
diseluruh sekolah rendah dan menengah negeri dirancang dan
dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Membantu pembangunan sahsiah dan kawalan disiplin murid di sekolah
rendah dan menengah diurus dengan baik.
4) Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan
Menyediakan anggaran belanjawan dan menguruskan perbelanjaan
jabatan dengan berkesan.
Mengendalikan dan menguruskan hal perkhidmatan dan pentadbiran bagi
semua pegawai dan staf sokongan.
Menyelaras keperluan dan menguruskan penempatan dan pertukaran staf
sokongan di peringkat negeri.
Menentukan peningkatan kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikandan staf sokongan di peringkat negeri.
5) Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Mengurus dan mentadbir peperiksaan bagi tujuan membuat penilaian
terhadap pencapaian calon mengikut sukatan pelajaran dan kehendak
Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Membantu Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia
mentadbir dan menguruskan peperiksaan dalam dan luar Negara dengansistematik agar nama Lembaga Peperiksaan sentiasa terjamin dari segi
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
18/34
18
keselamatan pentadbiran peperiksaan dan diakui oleh badan-badan
Lembaga Peperiksaan Antarabangsa.
6) Sektor Jaminan Kualiti
Memberi bimbingan dan hala tuju kepada kumpulan sasaran kepimpinan
sekolah.
Melaksanakan analisis keperluan sebagai pengukur kepada penerimaan
dan penghasilan kepimpinan sekolah bekualiti.
Mencakupi empat dimensi penyampaian iaitu: i) Pentaksiran dan Penilaian,
ii) Penyeliaan Mental Pendidikan, iii) Mengekal Jaminan Kualiti (Quality
Assurance), iv) Mengamalkan Penyelidikan.
7) Sektor Pendidikan Islam
Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab,
mengendalikan operasi pengurusan institusi pendidikan agama,
mengendalikan operasi pengurusan dakwah dan syiar Islam serta aktiviti
keagamaan di Jabatan Pelajaran dan sekolah.
8) Sektor Pendidikan Khas & Swasta
Mewujudkan sektor pendidikan khas dan pendidikan swasta yang berkesan
dan efisien.
Menjana perkembangan sahsiah murid-murid pendiddikan khas dan
pendidikan swasta.
Memastikan kurikulum yang disarankan diaplikasikan dengan tepat.
9) Sektor Pengurusan Teknologi Maklumat & ICT
Menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada jabatan, PPD dan
sekolah-sekolah bagi membantu melicinkan operasi harian wargapendidikan.
10) Sektor Psikologi & Kaunseling
Memberi khidmat kaunseling kepada pegawai dan kakitangan pendidikan
negeri.
Merancang dan melaksanakan kursus berkaitan perkhidmatan kaunseling.
Mengumpul data dan menganalisa pegawai dan kakitangan yang
menerima khidmat kaunseling. Memantau perkhidmatan pegawai kauseling
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
19/34
19
4.0 ORGANISASI DAN FUNGSI PENTADBIRAN PERINGKAT DAERAH
Pentadbiran peringkat daerah pula bidang tugasnya adalah lebih kepada
penyeliaan pelaksanaan pendidikan dengan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) sebagai
ketuanya. Pentadbiran peringkat daerah terdiri daripada Pejabat Pelajaran Daerah
(Semenanjung) dan Pejabat Pelajaran Gabungan dan Daerah (Sabah dan Sarawak).
Rasional penubuhan Pejabat Pendidikan Daerah ialah untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di samping menjadi pusat rujukan ibu bapa. Pejabat
Pendidikan Daerah juga bertindak sebagai agen kepada Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dari segi pelaksanaan dasar, program-
program dan aktiviti-aktiviti di peringkat daerah.
Terdapat empat sektor pengurusan pendidikan daerah yang diketuai oleh
penolong PPD. Sektor tersebut adalah Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pengurusan
Akademik, Sektor Pengurusan Perkhidmatan Daerah dan Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan dan Khidmat Sosial. Agihan guru di peringkat daerah adalah
di bawah bidang tugas Sektor Pengurusan Sekolah. Perkara yang berkaitan dengan
akademik seperti proses pembelajaran dan pengajaran , kurikulum dan pelaksanaan
kurikulum adalah di bawah urusan Sektor Pengurusan Akademik. Perkara berkaitan
kokurikulum adalah di bawah pengurusan Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan.
Antara peranan dan tanggungjawab Pejabat Pendidikan Daerah ialah:
Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.
Bertanggungjawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.
Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.
Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah
termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.
Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan
pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.
Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di
dalam daerah.
Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah,
pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat
daerah.
Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
20/34
20
Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-
sekolah dalam daerah.
Menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan institusi tersebut
menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan berkesan.
Membantu mengendalikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru.
Menyedia Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru
dalam daerah.
Menguruskan perakuan Pergerakan Gaji bagi daerah pelajaran.
Bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan aktiviti di
peringkat daerah pelajaran.
Penghubung antara masyarakat dengan JPN dan KPM.
Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JPN.
Rajah 1.5 Struktur Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah
5.0 ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PERINGKAT SEKOLAH
Pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah merupakan operasi pentadbiran pada
paras yang paling bawah sekali dalam hierarki pentadbiran pendidikan Negara.Namun
begitu,sekolah merupakan unit pentadbiran dan pengurusan pendidikan yang paling
penting kerana segala aplikasi dan perlaksanaan strategi kearah kecemerlangan
Pegawai Pendidikan Daerah
SektorPengurusan
Sekolah
SektorPengurusan
Akademik
SektorPengurusan
PerkhidmatanDaerah
Sektor PengurusanPembangunan
Kemanusiaan &Khidmat Sosial
Penolong PegawaiPendidikan (Rendah)
Penyelia SekolahRendah
Penyelia Pembangunan Penyelaras Maklumat
Penyelia I Penyelia II Pegawai Sains &
Matematik Pegawai Khas
Bahasa Inggeris
Penyelia SumberManusia
Penyelia Kokurikulum Penyelia Pencegah
Dadah Setiausaha Sukan
Sekolah Pengetua/
Guru Besar
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
21/34
21
pendidikan bertumpu di peringkat ini. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah
juga adalah yang paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan
kakitangan berinteraksi terus dengan pelanggan (murid,ibu-bapa dan komuniti) (www.
moe. com.my 18 Mac 2012).Oleh sebab itu, pengurusan pendidikan di sekolah
memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu
program yang dirancangkan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri mahupun
Kementerian Pendidikan.Secara khususnya, fungsi utama pengurusan sekolah ialah
untuk menguruskan polisi kualiti, pembelajaran, manusia dan sumber . Justeru,
kefahaman tentang tujuan pengurusan pentadbiran sekolah perlu difasihi untuk
memastikan visi dan misi sekolah tercapai yang akan menentukan halatuju sekolah itu.
Secara umumnya, sekolah sebagai sebuah organisasi formal mempunyai struktur
kepimpinannya sendiri (Amir Hassan Dawi,2009).Rajah 1.6 menunjukkan dengan lebih
jelas struktur organisasi pengurusan dan pentadbiran sekolah.
5.1 Tugas dan Peranan
5.1.1 Pengetua
Dalam ruang lingkup sekolah,mereka yang mengetuai dan memimpin organisasi
sekolah adalah pengetua atau guru besar.Pengetua secara khusus bertanggungjawab
terhadap segala aktiviti yang beroperasi di sekolah yang meliputi pentadbiran,
kewangan, kurikulum, kokurikulum, sahsiah, keadaan persekitaran, kakitangan dan
Rajah1.6: Struktur Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
22/34
22
pelajar. Dalam usaha mengembangkan aspek-aspek yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), Pengetua memainkan peranan yang penting dalam
merangka matlamat dan strategi sekolah serta memimpin guru-guru, kakitangan am dan
para pelajar ke arah pencapaiannya.
Secara umumnya tugas Pengetua/Guru Besar adalah untuk:
i. Memastikan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan di
peringkat sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas
ii. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta
memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
iii. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran, kewangan, kurikulum,
kokurikulum, sahsiah, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar di sekolah.
iv. Memastikan semua murid di sekolah mendapat peluang sama rata untukmempelajari dan mempraktikkan nilai-nilai murni bagi membentuk jati diri dan
sahsiah terpuji selari dengan kehendak FPN
v. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
vi. Mengajar sebilangan waktu mengikut SPI Bilangan 3/67 1982 (Pindaan).
vii. Menjalankan pengawasan dan penyeliaan terhadap perjalanan pengurusan
sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5.1.2 Guru Penolong Kanan
Aras kedua dalam hierarki pentadbiran sekolah ialah Guru Penolong Kanan (GPK)
yang membantu dalam melancarkan lagi segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran di
sekolah. Terdapat tiga kategori Guru Penolong Kanan di setiap sekolah yang dibezakan
mengikut unit utama pengurusan sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Akademik dan
Pentadbiran (GPK1), Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koku) dan Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM). Walaupun bidang kuasa mereka secara umumya
berbeza tetapi masih disokong oleh struktur pentadbiran yang seiras dan saling
melengkapi antara satu sama lain.
Guru Penolong Kanan
i. Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
ii. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
iii. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
iv. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
v. Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Pengetua dari masa ke masa
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
23/34
23
Jadual 1.2 Persamaan Tugas Penolong Kanan
vi. Membuat perancangan dan takwim sekolah.
vii. Menyusun Jadual Waktu Kelas dan guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.
Guru Penolong Kanan Akademik dan
Pentadbiran Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Bertanggungjawab dalam hal kurikulum,
pentadbiran, hubungan masyarakat dan
keselamatan.
Tugas merangkumi Pengurusan
Kurikulum , 3K, Pengurusan Pusat Sumber,
Perkembangan Staff serta Pengurusan dan
Pentadbiran
Antara bidang tugas:
i. Memastikan perjalanan panitia-panitia
mata pelajaran.
ii. Membantu dan merancang serta
menyelaras hal-hal yang berkaitan
dengan ujian, peperiksaan dan
penilaian serta mencadangkan
tindakan susulan.
iii. Menyelaras segala jenis program
kurikulum yang dianjurkan oleh
sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan
Bertanggungjawab dalam pengurusan
hal ehwal pelajar dari segi disiplin, kawalan
kelas, kesihatan pelajar dan penerapan nilai-
nilai murni.
Tugas merangkumi Pembangunan
Diri Pelajar (Disiplin, Bimbingan dan
Kaunseling, Kesihatan, Biasiswa dan
Bantuan, SPBT dan Program
Pelindungan Pelajar) Pengurusan dan
Pentadbiran
Antara bidang tugas:
i. Mengambil tindakan yang sesuai
terhadap kes-kes pelajar yang
melanggar peraturan tatatertib
dan salah laku.
ii. Menguruskan dan mengemas kini
buku rekod pendaftaran pelajar.
iii. Menyelaras aktiviti kesihatan
pelajar
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Penolong Kanan Petang
Bertanggungjawab pada pelaksanaan danpengurusan program kokurikulum sepertisukan, persatuan, kelab, badan beruniform.
Tugas merangkumi PengurusanKokurikulum (Sukan, Permainan, Pasukan
Beruniform, Persatuan dan Kelab)Pengurusan dan Pentadbiran dan
Bertanggungjawab kepada pengetua dalammentadbir dalam semua aspek pengurusansekolah bagi sesi petang.
Tugas merangkumi Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Kokurikulum Pengurusan
dan Pentadbiran, Pengurusan Hal Ehwal
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
24/34
24
Jadual 1.3 Perbezaan Tugas Penolong Kanan Mengikut Bidang Urustadbir
5.1.3 Guru Kanan Matapelajaran
Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab dalam mengurus,menyelaras dan
menyelia hal-hal yang berkaitan dengan panitia pelajaran dan membantu dalam
mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah dengan
cara membimbing guru supaya patuh kepada peraturan kurikulum dan menggalakkan
mereka menggunakan segala sumber yang ada. Antara bidang tugasnya ialah:Memimpin
guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal, Mingguan, Harian
dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
i. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan
dan pengayaan.
ii. Membantu menyelenggarakan dan menyelaras kutipan data atau maklumat
dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.iii. Membantu dan membimbing guru-guru baru dan pelatih dalam latihan
mengajar dan menjalankan tugas-tugas mereka.
5.1.4 Guru
Keberkesanan sesebuah sekolah itu dapat dilihat melalui kecemerlangan
pengurusan dan pentadbiran organisasinya.Mengikut Omardin Ashaari,(1996) hasrat
untuk melahirkan peranan sekolah berkesan demi pencapaian matlamat pendidikan tidak
Pembangunan Diri Pelajar
Antara bidang tugas:
i. Merancang takwim kegiatan
kokurikulum sekolah.
ii. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan
program dan aktiviti kokurikulum.
iii. Mengurus dan menyelia peralatan dan
kemudahan kokurikulum.
Murid sesi petang
Antara bidang tugas:
i. Membantu di dalam hal-hal yang
berkaitan dengan keselamatan,
kebersihan dan keceriaan sekolah
bagi sidang petang.
ii. Mengurus dan menyelaras hal
pengajaran dan pembelajaran bagi
sidang petang.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
25/34
25
akan berjaya tanpa peranan dan dedikasi yang disumbang oleh guru. Secara
umumnya tugas guru adalah untuk:
i. Menjayakan segala dasar, perancangan dan pelaksanaan proses pendidikan
sama ada berbentuk kurikulum atau kokurikulum.
ii. Dalam pengurusan akademik dan kokurikulum pelajar, guru
bertanggungjawab dalam menyedia,melaksana dan menilai aktiviti pendidikan
yang dijalankan.
iii. Bertanggungjawab terhadap pembentukan dan pengawalan disiplin serta
sasiah murid.
iv. Menjaga dan mengambil tahu kebajikan murid-muridnya.
v. Bertanggungjawab terhadap pengurusan bilik darjah
vi. Mengurus dan mengemaskini maklumat dan rekod murid.
5.2 Pembahagian Unit Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
Rajah 1.7 : Carta Organisasi Pendidikan Pentadbiran Peringkat Sekolah
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
26/34
26
Rajah 1.8: Struktur Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran Kurikulum
Secara lazimnya pengurusan di sekolah boleh dibahagikan kepada empat unit
utama iaitu Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Hal Ehwal
Murid dan Pengurusan Pentadbiran Sekolah.Kesemua unit ini disokong oleh struktur
pentadbiran yang lengkap dan saling melengkapi antara satu sama lain.Berdasarkan
rajah 1.7 dapat dilihat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian
yang diwujudkan bagi memudahkan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan
ke atas perjalanan aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
5.2.1 Unit Pengurusan dan Pentadbiran Kurikulum
Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi
pendidikan. Pengurusan Kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin
peningkatan prestasi akademik sesebuah sekolah dan membantu dalam mencapai
objektif dan matlamat penubuhannya.Secara dasarnya badan pengurusan kurikulum ini
berperanan dalam merancang, mengurus selia dan mengelola isu serta aktiviti yang
berkait rapat dengan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah.Penyediaan
perancangan strategik jangka panjang dan pendek serta plan taktikal sebagai salah satu
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
27/34
27
Rajah 1.9: Struktur Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran Hal Ehwal Murid
langkah dalam meningkatkan prestasi akademik juga antara perkara yang termasuk
dalam bidang pengurusan kukurikulum. Pemantapan kualiti, kecekapan dan pengetahuan
guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga merupakan antara proses
berturusan yang dibantu perlaksanaannya oleh badan ini. Selain itu,pengurusan
kurikulum juga melibatkan urustadbir ujian dan peperiksaan serta analisa
keputusannya.Selain bertindak sebagai pemantau pencapaian akademik, unit kurikulum
juga bekerjasama dengan PPD, JPN, PKG dan PSPN dalam aspek teknologi pendidikan
dan pelaksanaan kurikulum sekolah.
5.2.2 Unit Pengurusan dan Pentadbiran Hal Ehwal Murid
Pengurusan Hal Ehwal Murid secara amnya boleh disimpulkan sebagai unit yang
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan menyelaras hal-hal yang melibatkankebajikan,disiplin dan juga perkembangan potensi pelajar terutamanya dari aspek
kepimpinan dan pengurusan organisasi.Menjadi keutamaan badan ini untuk
mengurustadbir dan menyelenggara pengurusan rekod dan maklumat pelajar. Unit ini
juga bertanggungjawab dalam menguruskan aspek 3K sekolah dan penerapan nilai-nilai
murni di kalangan pelajar.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
28/34
28
Rajah 1.10: Struktur Organisasi Pengurusan dan PentadbiranKokurikulum
5.2.3 Unit Pengurusan dan Pentadbiran Kokurikulum
Badan pengurusan kokurikulum melalui perancangan dan penganjuran
programnya bermatlamat untuk menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti bidang kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Menjadi keutamaan unit kokurikulum juga ialah bagi membantu mengumpul dan menganalisis data-data penglibatan
murid berkaitan dengan program dan aktiviti kokurikulum Jabatan dan mengemaskini dari
semasa ke semasa. Selain itu unit ini juga membantu merancang dan mengelolakan
aktiviti sukan, unit beruniform, perkembangan koperasi sekolah, kokurikulum akademik
dan penubuhan kelab-kelab dan persatuan sekolah-sekolah. Tanggung jawab unit ko
kurikulum juga ialah untuk melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidikan, Perancangan
Strategik, pembangunan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
5.3 INISIATIF DALAM MENENTUKAN KEJAYAAN ORGANISASI SEKOLAH
5.3.1 Kepimpinan Pemimpin
Organisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan kualiti kepimpinan
pengurusannya. Pengetua menyumbang kepada keberkesanan sekolah dan
pencapaian murid secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan yang diambil.
Justeru, sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu mengambil beberapa inisiatif
bagi memastikan matlamat organisasi pimpinannya tercapai dengan cemerlang. Antaranya ialah
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
29/34
29
i. Menentukan halatuju sekolah yang jelas
Langkah pertama yang perlu diambil bagi memastikan kejayaan sekolah adalah
dengan menentukan matlamat dan merancang strategi bagi mencapai matlamat
tersebut.Pengetua perlulah membimbing, menyedar dan menyelia kakitangan di
bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan
kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat
tersebut.
ii. Membuat dan melaksanakan Perancangan Strategik dan Rancangan
Pemajuan Sekolah
Perancangan strategik yang komprehensif perlu diwujudkan dalam usaha
memastikan kesinambungan pelaksanaan pelbagai program pembangunan pendidikan di
sekolah selaras dengan halatuju yang ditetapkan. Sehubungan itu semua program
sekolah dalam pelbagai bidang akan dijalankan bersandarkan takwim perancangan
jangka panjang, pelan taktikal dan pelan operasi berkenaan. Dokumen Perancangan
Strategik yang telah dihasilkan ini kemudiannya dijadikan panduan kepada tindakan bagi
mencapai visi dan misi yang ditetapkan.
iii. Menjalin hubungan interpersonal berkesan
Kaedah komunikasi yang diamalkan oleh pengetua dalam hubungan interpersonal
dengan guru-guru, murid-murid, ibubapa dan masyarakat sekitar juga boleh menentukan
kejayaan sesebuah sekolah (Mok Soon Sang, 2003). Kebolehan pemimpin untuk
mengenalpasti dan menggunakan jaringan perhubungan, membentuk suasana yang
dapat mendorong kepada komunikasi secara terbuka, mendengar menggunakan teknik
mendengar tanpa perasaan prejudis, menginterpretasi maklumat non-verbal yang
disampaikan ahli dan menyesuaikan diri dalam perbualan akan dapat membantu
sesebuah organisasi mengurangkan kadar aduan, konflik dan ketegangan dan
membolehkan pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan dengan lebih berkesan
(Stevens dan Campion, 1994).
iv. Memberi insentif dan ganjaran
Berdasarkan teori Maslow antara sumber yang ada keperluan manusia ialah
penghargaan kendiri maka elemen ini perlu dilaksanakan sebagai motivasi atau
penggerak kepada di sekolah (guru dan murid) untuk sentiasa berusaha mencapai visi
dan misi sekolah melalui peranan masing-masing. Ini kerana setiap individu apabila
mereka mendapat ganjaran atau insentif atas apa yang diusahakannya berasa dirinya
lebih berharga dan dihargai.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
30/34
30
v. Membuat pemantauan, kawalan dan usaha penambahbaikan
Bagi memastikan keberkesanan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan,
proses pemantauan dan penyeliaan perlu diadakan bagi membolehkan usaha
penambahbaikan yang lebih berfokus dan terancang. Berdasarkan kitaran kerja
pengurusan yang dicadangkan oleh Daming (1986), selepas sesuatu aktiviti dirancang
(Plan ) dan dilaksanakan ( Do ), pemimpin organisasi perlu membuat pemantauan dan
kawalan ( Control ) bagi membolehkan dia bertindak ( Act ) melaksanakan usaha
penambahbaikan.
vi. Menunjukkan contoh tauladan yang baik
Setiap pemimpin seharusnya mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada
agama yang teguh. Kepercayaan ini penting untuk menjadi syarat penting dalam
pembentukan peribadi terpuji selaras dengan suruhan agama yang dianuti.
Selain itu ciri penting yang harus ada di dalam diri seorang pemimpin ialah
ketinggian peribadi. Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dengan tingkah laku yang
merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak
tanpa memilih bulu dan penuh hikmah. Pemimpin jenis ini bijak mengatur kata, penuh
hikmah perlakuannya serta mempunyai jatidiri dan integriti yang tinggi.
Seorang pemimpin juga mestilah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang luas
merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi
serta pengetahuan semasa.
5.3.2 Tanggungjawab Kakitangan (Guru)
Keberkesanan pentadbiran sekolah tidak hanya di bahu Pengetua semata-mata
tetapi perlu diiringi dengan kerjasama semua pihak peringkat, dengan Pengetua
mengadakan pembahagian tugas dan kuasa kepada semua pegawai di sekolahnya
supaya kerja dapat dijalankan secara berpasukan. Semua guru dan kakitangan di bawah
kepimpinan Pengetua hendaklah dilibatkan dan merasa terlibat serta bersama-samamerasa bertanggungjawab dalam semua aktiviti sekolah.
Mengikut Firdaus (2012) profesion perguruan berkehendakkan guru-guru
melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam
memastikan keberkesanan sekolah iaitu:
i. Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar
dalam proses pembelajaran.
ii. Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang
iii. bersikap positif, kreatif dan inovatif.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
31/34
31
iv. Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang
berkesan serta bersistematik.
v. Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah
mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses
pengajaran.
vi. Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori,
pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.
vii. Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap
pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.
viii. Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat
yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti
pendidikan.
ix. Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan
masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta
semangat bekerjasama dalam satu pasukan.
x. Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan
generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman,
dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.
xi. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang
rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas.
xii. Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej
kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek
motivasi diri.
6.0 ISU-ISU PENTADBIRAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Kebanyakan organisasi formal yang diinstitusikan oleh kerajaan mempunyai
pemimpin atau ketua eksekutif yang dilantik menggunakan kriteria senioriti kelayakan dan
tahun bekerja. Persoalan yang timbul adalah dimana letaknya bakat kepimpinan dan merit
prestasi.Namun, perlantikan ketua eksekutif berdasarkan kewibawaan mengatasi merit
prestasi dan senoriti juga seharusnya dihindarkan. Perlantikan ketua ekskutif melalui
kewibawaan berkait rapat dengan favoritisme dan nepotisme. Sekiranya perlantikan ketua
eksekutif dan eksekutif secara kewibawaan berlaku dengn begitu ketara sekali dalam
organisasi pentadbiran, maka kesan negatif yang timbul ialah ketiadaan kepercayaan ahli-
ahli organisasi terhadap fungsi merit, prestasi dan dedikasi dalam kerja. Kesan
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
32/34
32
seterusnya, kelembapan pada perjalanan organisasi, iaitu tahap produktiviti menurun.
Penyelesaian yang terbaik adalah menggunakan teori pengurusan saintifik bagi bakat
kepimpinan dan kewibawaan pada merit prestasi. Oleh itu, jika perlantikan ketua eksekutif
dan eksekutif adalah berdasarkan merit prestasi dan dedikasi maka secara langsung
perihal ini dapat memastikan peningkatan mutu dan produktiviti organisasi yang
berterusan.
Isu yang kedua ialah penyelewengan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan yang
digubal pada peringkat pusat. Penyelewengan dan kelembapan pelaksanaan
dasar disebabkan banyak faktor yang bertindan antaranya ialah :
Dasar yang bercorak menindas dan diskriminatif.
Tafsiran sesuatu dasar yang berbagai-bagai kerana dasar tidak dinyatakan
dengan eksplisit atau jelma. Penguatkuasaan dasar yang longgar kerana tiada penyeliaan dan tindakan
susulan yang teratur.
Pertindihan kuasa dan autoriti antara bahagian-bahagian dan unit dalam
organisasi pentadbiran.
Aliran maklumat yang lembap.
Kurang penekanan pada penilaian dan pengawalan mutu.
Ketiadaan kesediaan, kefahaman dan motivasi pada kakitangan peringkat teknikal
dan pelaksanaan terhadap dasar-dasar baru. Kekurangan peruntukan kewangan.
Isu ketiga ialah fenomena kekakuan (rigidity) cara pentadbiran birokratik yang
akan menolak kreativiti dan idea-idea pembaharuan yang lebih baik. Dengan
demikian, orientasi pemikiran yang terbentuk ialah setiap perkara bagi setiap masa
dan aliran maklumat hanyalah sehala sahaja.
Seterusnya isu berkenaan pencapaian matlamat sistem pendidikan. Sehingga kini,
tiada kepastian sistem pendidikan telah mencapai kesemua matlamat sistem
pendidikan Malaysia dengan berkesan.
7.0 RUMUSAN
Merujuk kepada pentadbiran sistem pendidikan Malaysia, pentadbiran di peringkat
pusat berperanan menggubal dasar dan merancang pelbagai strategi untuk mencapai
matlamat pendidikan, seterusnya menjadi tanggungjawab kepada setiap peringkat negeri
dan daerah untuk memastikan segala strategi itu dapat dilaksanakan di peringkat sekolah.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
33/34
33
Jika dikaji dengan teliti Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya
mengamalkan sistem pentadbiran berpusat atau birokratik. Sistem ini dilihat mempunyai
banyak kelebihan dan setakat ini tidak terdapat banyak masalah dalam pelaksanaannya.
Namun begitu perlu diingat bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran birokrasi
adakalanya mempunyai kelemahan kerana ia boleh menyekat perkembangan profesional
sekiranya para pengurus dan pentadbir birokrasi terlalu menitikberatkan peraturan-
peraturan dan prosedur-prosedur walaupun didapati peraturan dan prosedur tidak sesuai
lagi dengan situasi semasa. Justeru peraturan dan prosedur ini hendaklah sentiasa dikaji
dari masa ke semasa atau dirombak jika perlu.
Elemen penting yang mempengaruhi dan perlu diberi perhatian dalam
menentukan kejayaan, perkembangan dan pembangunan sesebuah organisasi adalah
kepimpinan, pemikiran dan budaya, serta komunikasi terbuka.
Pembangunan pendidikan memerlukan pentadbiran yang sistematik. Hal ini
merupakan satu kepastian. Pelbagai urusan memerlukan pelbagai badan pentadbiran
yang mempunyai struktur organisasi dan struktur kerja teratur. Namun, jika sistem dan
organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara
dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja.
Oleh itu, untuk menzahirkan wawasan pendiddikan negara, perlulah segenap pihak yang
memikul tugas dan tanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas.
Pemimpin sesuatu organisasi perlulah orang yang benar-benar berkelayakan,
berkeupayaan dan berketrampilan untuk mentadbir dan mengurus. Seterusnya pemikiran
dan budaya kreatif dan inovatif perlu diterapkan kepada setiap struktur atau peringkat
dalam pentadbiran. Sesuatu pengurusan yang kreatif dan inovatif menjadikan organisasi
lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah
dengan lebih mesra dan berhemah. Komunikasi terbuka pula membolehkan maklumat
diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat boleh diperoleh dari
luar organisasi. Selain itu, maklumat juga diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas
ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas.
Semoga dengan terbentuknya organisasi dan sistem pentadbiran yang hebat dan
berkesan, matlamat dan wawasan pendidikan Malaysia dapat direalisasikan.
-
8/13/2019 Kump 10-Organisasi & Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia
34/34
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar & Ikhsan Othman. (2008) Falsafah Pendidikan dan Kurikulum ( Edisi 2 ) .
Tanjong Malim, Quantum Books, 235-238
Ahmad Kilani Mohamed(2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai.
Daming, E.W. (1986). Out of the Crisis . Massachusetts: MIT Centre for
Advance Engineering Study.
Jabatan Pelajaran Perak. 2012. www.pelajaranperak.gov.my (akses 18 Mac 2012).
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. http://www.moe.gov.my (akses 15 Mac 2012).
Mok Soon Sang (1992). Pendidikan di Malaysia . Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
Mohd Firdaus Haji Ahmad (2012), Bidang Tugas Kakitangan Sekolah, Penerbit Eka
Mohd. Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling
Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap), Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.
Sufean Hussin. (2004) Pendidikan di Malaysia - Sejarah, Sistem dan Falsafah (Edisi Kedua
Cetakan Kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sufean Hussin. (ed). 2005. Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan: Satu Ulasan ke
Arah Penambahbaikan. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Stevens, M.J. dan Campion, M.A. (1994). The Knowledge, Skill and Ability
Requirements for Teamwork: Implication for Human Resource