Download - KONSEP PERLEMBAGAAN

Transcript
Page 1: KONSEP PERLEMBAGAAN

http://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/01/konsep-perlembagaan.html

S A T U R D A Y , J A N U A R Y 2 4 , 2 0 0 9

KONSEP PERLEMBAGAAN

MAKNA DAN PERANAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan

dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan

pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan,

bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara

seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan

setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan penradbiran sesebuah

negara.Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak pemerintahan

sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan

perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan tanggungjawab dan

kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi

tunggak semua undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal.

Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan

Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal

setakat bahagian yang bercanggah tersebut. Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-

undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan Sistem

Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan

kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan

pihak-pihak lain terutama kerajaan negeri.Seiring dengan kedudukan Perlembagaan

sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperolehi kuasanya daripada

perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat

undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang

diperuntukkan kepadanya. Makhamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu

undang-undang yang diluluskan oleh parlimen jika undang-undang tersebut berada di

luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini

Page 2: KONSEP PERLEMBAGAAN

bermakna makhamah juga tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada

Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu

menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam

Perlembagaan.

Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan

Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai

ketinggian perlembagaan.


Top Related