1
KOLEKSI
TAZKIRAH IHYA’ RAMADHAN 1434 HIJRAH
UNIT INTEGRITI
KEMENTERIAN KERJA RAYA
2
ISI KANDUNGAN M/S
IHYA RAMADHAN 1 (RABU 1 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: PUASA……………………………………………………………………..………5
IHYA RAMADHAN 2 (KHAMIS 2 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: KELEBIHAN RAMADHAN………………………………………………...…….25
IHYA RAMADHAN 3 (JUMAAT 3 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: SUNNAH-SUNNAH PUASA……………………………………….………..….30
IHYA RAMADHAN 4 (ISNIN 6 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: LOCENG YANG SENYAP………………………………………………….…..36
IHYA RAMADHAN 5 (SELASA 7 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: DOA ABU DARDA‟……………..……………………………………….………40
IHYA RAMADHAN 6 (RABU 8 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: LAILATUL QADR & DOA YANG MAQBUL……………………………..……43
IHYA RAMADHAN 7 (KHAMIS 9 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: RUMAISA‟ AL-QANITAT: MOGA ALLAH MEMBERKATI MALAM KAMU
BERDUA………………..………………………………………………………….……....50
IHYA RAMADHAN 8 (JUMAAT 10 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: KELEBIHAN HARI JUMAAT…………………………………….……….…….53
IHYA RAMADHAN 9 (ISNIN 13 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: SIKAP MANUSIA TERHADAP ILMU………………………………..………..59
3
IHYA RAMADHAN 10 (SELASA 14 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: APABILA KAMU BERPRASANGKA BURUK, JANGANLAH KAMU
MEMASTIKANNYA…………………………………………………………………..……62
IHYA RAMADHAN 11 (RABU 15 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: HIDUP UMPAMA BERNIAGA…………………………………….……………67
IHYA RAMADHAN 12 (KHAMIS 16 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: SOLAT SUNAT WITIR………………………………………………………..…72
IHYA RAMADHAN 13 (JUMAAT 17 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN………………………81
IHYA RAMADHAN 14 (ISNIN 20 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: MENCARI LAILATUL QADR……………………………………………………85
IHYA RAMADHAN 15 (SELASA 21 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: TANDA ALLAH MURKA: LAGI BUAT DOSA, LAGI MURAH REZEKI…….91
IHYA RAMADHAN 16 (RABU 22 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: TANDA AKHIR ZAMAN…………………………………………………………92
IHYA RAMADHAN 17 (KHAMIS 23 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: TAUBAT (1)……………………………………………………………………..102
IHYA RAMADHAN 18 (JUMAAT 24 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: TAUBAT (2): TAUBAT KAAB BIN MALIK…………………………………...105
IHYA RAMADHAN 19 (ISNIN 27 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: TAUBAT (3): PENGAJARAN KISAH TAUBAT KAAB BIN MALIK………. 122
4
IHYA RAMADHAN 20 (SELASA 28 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: KEWAJIPAN ZAKAT…………………………………………………………...132
IHYA RAMADHAN 21 (RABU 29 RAMADHAN 1434H)
TAJUK: SOLAT SUNAT IDUL FITRI & IDUL ADHA………………………………….153
اللهم سلمني لرمضان وسلم رمضان لي وتسلمو مني متقبال
5
IHYA' RAMADHAN 1 1435H
Puasa (الصوم)
Pengertian Puasa (الصوم)
Dari segi bahasa الصوم bererti menahan diri (daripada apa saja), seperti
dalam firman Allah SWT dalam surah Maryam: 26:
ف قول إني نذرت للرحن صوما ف لن أكليم الي وم إنسيا
“Maka katakanlah: sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang
Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini”.
Dari ayat tersebut jelas bagi kita bahawa yang dimaksud dengan puasa
adalah menahan diri dari berbicara.
Adapun menurut istilah syara‟, Puasa (الصوم) ialah menahan diri dari segala
yang membatalkannya bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari
yang disertai dengan niat.
Pembahagian Puasa Dari Segi Hukumnya
Pertama: Puasa Wajib, iaitu: puasa Ramadhan, puasa kaffarah jimak
tengah hari Ramadhan, puasa kaffarah membunuh, puasa kaffarah zihar, puasa
nazar, dan lain-lain.
Kedua: Puasa Sunat, iaitu puasa enam hari bulan Syawal (tidak
disyaratkan berturut-turut), puasa hari Isnin dan Khamis, puasa hari „Asyura (10
Muharram), puasa hari Tasu‟a (9 Muharram) puasa 9 hari dari awal Zulhijjah, puasa
6
hari „Arafah bagi bukan yang sedang melakukan ibadat haji, puasa Ayyaam Al-Biid
(iaitu pada 13, 14 dan 15 tiap bulan qamariyah) dan lain-lain.
Ketiga: Puasa haram, iaitu puasa pada dua hari raya (Idul Fitri dan Idul
Adha), puasa pada hari-hari Tasyriik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan puasa pada hari
Syak.
Keempat: Puasa makruh, iaitu puasa yang dikhuatiri membahayakan bagi
orang yang sakit, hamil, menyusukan anak, musafir, orang tua dan puasa sepanjang
tahun (jika diyakini membahayakan menjadi haram), dan mengkhususkan puasa
pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad1.
Puasa Ramadhan
Perkataan ramadhan berasal daripada perkataan al-ramadh, yang ertinya
sangat panas. Ini kerana orang Arab, ketika ingin menamakan nama-nama bulan,
kebetulan pada bulan tersebut, cuacanya sangat panas, maka dinamakanlah bulan
tersebut bulan Ramadhan. Ada pandangan yang mengatakan bahawa bulan
tersebut dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa (perkataan
Ramadhan daripada ramadha yang artinya membakar). Pandangan tersebut adalah
lemah kerana nama tersebut sudah ada sebelum datangnya syara‟. Begitu juga
pandangan yang mengatakan makruh menyebut Ramadhan saja tanpa bulan,
kerana Ramadhan adalah salah satu dari nama-nama Allah adalah pandangan yang
tidak boleh dijadikan pegangan kerana hadithnya lemah iaitu sabda Nabi SAW:
ال ت قولوا جاء رمضان وذىب رمضان، ولكن قولوا جاء شهر رمضان وذىب شهر
رمضان، فإن رمضان إسم من أسماء الل
1 Al-Dirasaat al-Fiqhiyah ‘Ala Mazdhab al-Imam al-Syafi’I 464-471, Ihyaa ‘Ulum al-Din 3/43-46.
7
“Jangan kamu mengatakan: “Telah datang Ramadhan, dan telah pergi Ramadhan”,
tetapi katakanlah: “Telah datang bulan Ramadhan dan telah pergi bulan Ramadhan”,
kerana sesungguhnya Ramadhan adalah salah satu dari nama-nama Allah”2.
Kedudukan Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan merupakan sayyid al-syuhur (penghulu segala bulan),
bulan yang diberkati, yang padanya dibuka semua pintu syurga, ditutup semua pintu
neraka, dibelenggu syaitan-syaitan, dan pada setiap malamnya ada yang menyeru:
“Wahai yang menginginkan kebaikan, bersegeralah; wahai yang menginginkan kejahatan,
tahanlah (yakni: tahan diri dari melakukannya)”3
Bulan Ramadhan adalah bulan yang padanya telah diturunkan Al-Quran,
sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah: 185:
نات من الهدى والفرقان فمن شهد شهر رمضان الذي أنزل فيو الق رآن ىدى للناس وب ي
ة من أيام أخر يريد اللو بكم هر ف ليصمو ومن كان مريضا أو على سفر فعد اليسر وال منكم الش
روا اللو على ما ىداكم ولعلكم تشكرون يريد بكم العسر ولتكمل ة ولتكب وا العد
2 Al-Tasir al-Kabiir5/91, Mughni al-Muhtaaj 1/420
3 Imam Ahmad, di dalam Musnadnya, dan Baihaqi, di dalam Syu’ab al-Iman, meriwayatkan dari seorang
lelaki bahwa Rasulullah SAW bersabda:
ياطني، وي نادى مناد رمضان شهر مبارك، ت فتح فيو أب واب النة، وت غ عري، وتصفد فيو الش لق فيو أب واب السري أقصر . ، وياباغى الش لة: يا باغي الري ىلم كل لي
“Ramadhan bulan yang diberkati, yang padanya dibuka semua pintu syurga, ditutup semua pintu neraka, dibelenggu syaitan-syaitan, dan pada setiap malam ada yang menyeru: Wahai orang yang menginginkan kebaikan, bersegeralah; wahai yang menginginkan kejahatan, tahanlah (yakni: jangan melakukannya)”. (Sahih al-Jami’ al-Shaghir1/660, hadis no.3519.
8
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya
diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang
siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia
berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka),
maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari
yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu
mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur”.
Pada bulan tersebut ada suatu malam, iaitu malam diturunkannya kitab suci
Al-Quran, yang disebut “Lailat al-qadr”, yang fadhilatnya lebih baik dari seribu bulan,
sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Qadar:
لة القدر ) لة القدر)1إنا أن زلناه في لي ر من ألف شهر 2( وما أدراك ما لي لة القدر خي ( لي
(5( سالم ىي حتى مطلع الفجر )4كل أمر ) ( ت ن زل المالئكة والروح فيها بإذن ربهم من 3)
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Laitatul-Qadar Dan
apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat
dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah Malam
(yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
Ketetapan Bulan Ramadhan
Kedatangan bulan Ramadhan dapat ditetapkan melalui salah satu cara:
1. Melihat Anak Bulan, yang demikian itu dengan penyaksian seorang yang adil
di hadapan Qadi bahawasanya ia melihat anak bulan.
9
2. Melengkapkan 30 hari bulan Syaaban, iaitu dalam keadaan tidak
memungkinkan melihat anak bulan dengan sebab awan mendung atau tidak
ada seorang saksi yang adil bahawasanya ia melihat anak bulan. Dalilnya
adalah sabda RasuluLlah SAW:
يتو، فإن غم عليكم فأكملوا عدة شعبان ثالثين يوما.صوموا لرؤيتو وأفطروا لرؤ
رواه البخاري
Maksudnya: “Berpuasalah kalian karena melihatnya (anak bulan), dan berhari
rayalah kerana melihatnya, dan jika terhalang awan maka hitunglah sampai 30 hari
(bulan Syaaban).”
Berdasarkan hadith di atas, penetapan awal Ramadhan dan awal Syawwal
hanyalah dengan rukyah al-hilal (melihat anak bulan) pada malam 30 Syaaban dan
malam 30 Ramadhan. Jika anak bulan tidak boleh kelihatan disebabkan cuaca atau
awal tebal, dan tidak ada saksi yang adil yang menyatakan bahawa ia telah melihat
anak bulan, maka ditetapkan awal bulan Ramadhan dan Syawal dengan 30 hari
bulan sebelumnya.
Ada pandangan yang mengatakan bahawa mengapa kita tidak mengqiyas
kepada penetapan waktu solat? Dalam penetapan waktu solat berdasarkan hadith-
hadith adalah dengan melihat peredaran matahari. Contohnya: solat Zohor, di
daerah khatulistiwa, bermula waktunya dari mulai tergelincirnya matahari sehingga
bayang-bayang sesuatu sama panjangnya dengan bendanya. Waktu Asar bermula
dengan berakhirnya waktu Zohor sehingga terbenamnya matahari dan seterusnya.
Namun demikian, dari segi praktiknya, kita tidak melihat matahari ketika hendak
melakukan solat, tetapi ketika melihat waktu solat dalam kalender dan melihat jam.
Ini maknanya kita percaya pada hisab yang menentukan waktu-waktu solat tersebut.
Mengapa dalam menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal kita tidak mahu
10
melihat penetapan hisab dalam kalender, tetapi mesti bersusah payah melihat anak
bulan? Mengapa kita tidak mahu mengqiyas penetapan awal Ramadhan dan awal
Syawal dengan penetapan waktu-waktu solat?
Kita menolak qiyas tersebut, kerana ia merupakan qiyas ma‟al fariq, iaitu
mengqiyas dua perkara yang berbeza. Dalam penetapan waktu-waktu solat, kita
boleh ihtiyat, yakni jalan selamat dan berhati-hati. Sebagai contoh, waktu Subuh.
Jika mengikut hisab, waktu Subuh yang sebenarnya pukul 5.45, maka ditetapkan
dalam kalender pukul 5.50, ditambah (ditunda) lima minit, ihtiyatan, yakni sebagai
langkah berhati-hati untuk mencegah supaya jangan ada orang yang solat sebelum
waktunya. Tetapi waktu imsak ditetapkan dalam kalender pukul 5.40, dikurangkan
(dimajukan) lima minit, sebagai langkah berhati-hati supaya jangan ada orang yang
masih makan selepas terbitnya fajar4.
Kita semua mengetahui bahawa waktu Subuh dan waktu puasa bermula dari
terbitnya fajar, ertinya sama waktunya. Jika waktu solat dapat kita tunda sekadar
lima minit, bolehkah kita tunda waktu awal puasa seperti itu? Kita mengetahui
bahawa hilal atau anak bulan Ramadhan atau Syawal nampak hanya beberapa saat
saja. Puasa atau hari raya bukan boleh ditunda beberapa minit, tetapi ditentukan
dengan melihat anak bulan, jika nampak anak bulan bererti esok puasa atau hari
raya, dan jika tidak nampak dilengkapkan bulan Syaaban atau Ramadhan 30 hari.
Kita jangan lupa bahawa puasa ini adalah ibadah khassah yang rukun dan
syarat-syaratnya ditetapkan oleh Allah SWT, dan kita diperintah untuk
melakukannya seperti yang diperintah tanpa boleh merubah sebarang rukun atau
syarat-syaratnya. Disamping itu, sebahagian ulama berpendapat bahwa usaha
44
Berdasarkan keterangan ini, kita harus jelas bahawa andainya waktu imsak 5.40 dan waktu subuh 5.50,
maknanya waktu yang diperkirakan terbit fajar adalah 5.45, tetapi ditambah 5 minit supaya lebih meyakinkan
dan tidak ada orang yang solat subuh sebelum masuk waktunya. Maka sekiranya kita mengabaikan waktu imsak
dan makan sehingga detik pertama jam 5.50, maka jelaslah puasa kita sudahpun batal kerana waktu tersebut
bukan lagi waktu berjaga-jaga tetapi CONFIRM dah masuk waktu!!
11
melihat anak bulan itu sendiri merupakan ibadat tersendiri yang akan hilang kalau
kita berpegang pada hisab dan meninggalkan rukyah, sebagaimana yang diperintah
oleh Rasulullah SAW.
Syarat Wajib Puasa
1. Islam.
2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta
berakal. Sekiranya gugur salah satu daripada 2 sifat ini, maka gugurlah
kewajipan berpuasa. Dalilnya ialah Sabda RasuluLlah SAW:
الصبي حتى يحتلم، وعن المجنون رفع القلم عن ثالثة: عن النائم حتى يستيقظ، وعن
رواه أبو داود حتى يعقل
Maksudnya: “Diangkat pena (tulisan amal) dari 3 golongan: orang gila sampai dia
sedarkan diri ,orang yg tidur hingga dia bangun dan anak kecil hingga dia baligh.”
3. Sunyi dari uzur yang menghalang puasa atau yang mengharuskan berbuka.
Keuzuran yang menghalang berpuasa ialah:
a. Berada dalam keadaan haid dan nifas pada mana-mana bahagian
waktu siang.
b. Pengsan ataupun gila sepanjang siang hari. Sekiranya dia sedar pada
waktu siang walaupun sesaat, maka hilanglah keuzuran dan wajib
menahan diri pada baki hari tersebut.
Keuzuran yang mengharuskan berbuka ialah:
a. Sakit yang mendatangkan mudharat yang besar ataupun kesakitan dan
kebimbangan yang amat dahsyat kepada orang yang berpuasa. Jika
12
penyakitnya menjadi semakin teruk ataupun kesakitan itu semakin
dahsyat (jika dia berpuasa), dan dia bimbang dia akan mati (sekiranya dia
meneruskan puasa), maka ketika itu wajiblah ia berbuka.
b. Musafir yang jauh tidak kurang daripada 83km dengan syarat ia adalah
perjalanan yang diharuskan dan makan masa seluruh hari. Adapun orang
yang bermukim pada waktu pagi kemudian bermusafir pada waktu siang,
maka dia tidak dibenarkan berbuka. Dalil kedua-dua uzur ini ialah firman
Allah SWT:
ة من أيام أخر ومن كان مريضا أو على سفر فعد
Maksudnya: “dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka) maka
(wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari
yang lain”. (Al-Baqarah:185)
c. Tidak mampu berpuasa. Maka tidak wajib berpuasa disebabkan terlalu tua
atau sakit yang tiada harapan sembuh kerana puasa hanya wajib kepada
orang yang mampu. Dalilnya firman Allah SWT:
وعلى الذين يطيقونو فدية طعام مسكين
Maksudnya: “..dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua
dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin”
(Al-Baqarah:184)
Dibacakan juga “Yutawwqunahu” yang bermaksud jika mereka tetap diwajibkan
berpuasa nescaya mereka tidak mampu melakukannya. Ibnu Abbas r.a berkata:
Maksudnya ialah orang lelaki dan juga wanita yang terlalu tua hingga keduanya tidak
mampu berpuasa maka kedua-duanya hendaklah menggantikan setiap hari puasa
dengan memberi makan seorang fakir miskin.
13
Rukun-rukun Puasa
Puasa mempunyai rukun asas iaitu:
1. Niat puasa
Iaitu kehendak (qasad) melakukan puasa. Tempatnya di hati. Tidak cukup
dengan melafazkannya dengan lidah dan tidak juga disyaratkan
melafazkannya. Bagi puasa Ramadhan, disyaratkan wujudnya perkara-
perkara berikut:
a. Berniat pada waktu malam. Sekiranya ia niat setelah terbit fajar, maka
batallah niat dan puasanya. Dalilnya sabda RasuluLlah SAW:
من لم يبيت الصيام قبل الفجر فال صيام لو
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak
ada puasa baginya” Diriwayatkan oleh Ad-Daruqutni dan katanya: perawinya
adalah thiqah (dipercayai).
b. Penentuan. Iaitu menetapkan jenis puasa. Sekiranya niat puasa semata-
mata tanpa penetuan jenisnya, maka niatnya tidak sah.
c. Berulang-ulang. Maksudnya hendaklah niat pada setiap malam sebelum
terbitnya fajar untuk berpuasa pada hari berikutnya. Tidak cukup dengan
satu niat untuk puasa sebulan Ramadhan kerana puasa Ramadhan
bukanlah ibadah yang satu bahkan ia adalah ibadah yang berulang-ulang
dan setiap ibadah itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri. Berbeza
dengan puasa sunat, tidak disyaratkan niat pada waktu malam dan tidak
perlu ditentukan. Niat sah sebelum tergelincir matahari (waktu solat zohor)
14
dan sah juga dengan niat mutlak (tidak ditentukan). Dalilnya ialah hadith
Aisyah r.a:
“Pada suatu hari Nabi SAW bertanya kepadanya: Apakah kamu mempunyai
makanan tengahari? Jawabnya: Tidak. Sabda Baginda SAW: Kalau begitu aku
berpuasa”. (Ad-daruqutni)
2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar
hinggalah terbenam matahari. Inilah asal waktu berpuasa.
Maka sekiranya seseorang bermusafir ke tempat yang jauh dan mempunyai
perbedaan waktu yang sangat ketara, maka mereka haruslah berpegang
pada asal waktu berpuasa tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang
bermusafir dari Malaysia menuju ke London, maka sudah tentu berlaku
perbedaan waktu berpuasa bagi dirinya kerana perbedaan waktu kedua
tempat tadi berdasarkan waktu terbitnya fajar dan terbenamnya matahari.
Waktu terbitnya fajar dan terbenamnya matahari bagi kedua tempat ini tidak
sama. Saya perincikan seperti berikut sebagai contoh:
KL (11.00 pm) London (5.50 am waktu London
bersamaan 5.50 pm waktu Malaysia).
Sekiranya seseorang bermusafir dari Malaysia ke London seperti jadual di
atas, maka ia akan mendapati berlaku perbedaan waktu dan tempoh
berpuasa. Ketika ia meninggalkan Malaysia jam 11.00 malam sebagai contoh,
tempoh masa bagi orang yang berada di Malaysia untuk menikmati makanan
dan minuman adalah sehingga jam 5.30 am (waktu imsak di Kuala Lumpur),
iaitu 6 jam 30 minit dari masa ia bertolak. Akan tetapi ketika jam 5.30 waktu
Malaysia, ia sudah berada di tempat lain yang masih berada pada waktu
malam kerana waktu fajar hampir menjelang di Malaysia sedang ia berada di
tempat lain yang masih malam kerana ia bergerak selari dengan waktu
matahari, maka ia akan mendapati keadaan malam yang lebih panjang
daripada biasa. Ketika ini ia masih boleh menikmati makanan sedang orang
yang berada di Malaysia sudah mula berpuasa. Begitu jugalah sebaliknya
15
apabila ia bertolak pulang ke Malaysia. Perlu difahami bahawa waktu solat
bagi seseorang yang bermusafir seperti ini adalah waktu tempatan iaitu
sekiranya ia menaiki pesawat maka waktu tempatan adalah waktu di
sesebuah Negara di mana ia sedang berada di ruang udara Negara tersebut.
Biasanya akan ada petunjuk yang disediakan di dalam pesawat.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit. Sekiranya terlupa maka
puasanya tidak batal walau berapa banyak sekalipun. Dalilnya Sabda
RasuluLlah SAW:
من نسي وىو صائم فأكل أو شرب فليتم صومو، فإنما أطعمو الل وسقاه
Maksudnya: “Barangsiapa yang terlupa bahawa ia sedang berpuasa lalu ia makan
ataupun minum maka hendaklah ia meneruskan puasanya kerana sesungguhnya
Allahlah yang telah memberinya makan dan minum”. H.R Bukhari dan Muslim
2. Sampai „ain (sesuatu) ke dalam al-jauf (rongga) melalui liang yang terbuka.
Maksud liang yang terbuaka adalah seperti mulut, telinga, qubul, dubur
samada bagi lelaki ataupun wanita. Oleh itu, setitik air yang masuk ke dalam
telinga membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang terbuka manakala
setitik air yang masuk ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana ia
adalah liang yang tidak terbuka. Begitu juga suntikan pada urat tidak
membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak terbuka dan
begitulah seterusnya. Semuanya ini sekiranya dilakukan dengan sengaja.
Sekiranya ia berkumur dan memasuki air ke dalam hidung lalu air itu masuk
ke dalam rongga, puasanya tidak batal jika ia tidak melampau dalam
memasukkan air itu sewaktu berwudhuk. Sekiranya melampau, maka batal.
Sekiranya ia dipaksa makan atau minum, puasanya tidak batal kerana hukum
ikhtiarnya (iaitu mempunyai pilihan) telah gugur.
16
3. Muntah dengan sengaja.
4. Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani. Ia bukan hanya
membatalkan puasanya, tetapi juga mewajibkan kifarat, iaitu: memerdekakan
hamba sahaya atau puasa dua bulan ( 60 hari ) berturu-turut atau memberi
makanan yang mengenyangkan kepada 60 orang fakir atau miskin, tiap orang
¾ liter. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan:
وما جاء رجل الى النبى صلى الل عليو وسلم ف قال: ىلكت يا رسول الل، قال:
أىلكك ؟ قال: وف عت على امرأتى فى رمضان. قال: ىل تجد ما ت عتق رق بة ؟ قال:
ال. قال: ىل تستطيع ان تصوم شهرين منتابعين ؟ قال: ال. قال: ىل تجد ما تطعم
ها اىل ب يت احوج اليو ستين مكينا ؟ قال قرمنا ؟ ف والل ما بين ال ب ت ي : ف هل على أف
منا. فضحك النبى صلى الل عليو وسلم حتى بدت ن واجذه، وقال: اذىب
مو أىلك. ع ط فا
“Seseorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Celaka aku
wahai Rasulullah. Beliau SAW bertanya: Apa yang mencelakakan kamu? Orang itu
menjawab: Aku telah menyetubuhi isteriku pada bulan Ramadan. Beliau SAW
bertanya: Adakah anda mempunyai sesuatu untuk memerdekakan seorang hamba
sahaya? Orang itu menjawab: Tidak. Beliau SAW bertanya lagi: Sanggupkah anda
berpuasa dua bulan berturut-turut?. Orang itu menjawab: Tidak. Beliau SAW
bertanya lagi: Apakah anda mempunyai sesuatu memberi makan 60 orang miskin?
Orang itu menjawab: Tidak. Kemudian beliau pun duduk. Maka tiba-tiba Nabi
SAW bawa kepada beliau satu bakul besar berisi kurma. Baginda SAW bersabda:
Bersedekahlah dengan ini. Orang itu bertanya: Apakah kepada orang yang paling
17
fakir daripada kita? Demi Allah, tidak ada di antara dua tepian kota Madinah ini
ahli rumah yang lebih berhajat kepadanya daripada kami. Maka Nabi SAW tertawa
sehingga nampak gigi-gigi taring dan bersabda: Pergilah dan beri makan ahlimu”.
5. Al-Istimna‟, iaitu mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan
sebagainya atau dengan menggunakan tangan. Dengan ini, dimakruhkan
dengan ‘karahah tahrim’ (makruh yang hampir kepada haram) bercium
pada siang Ramadhan bagi orang yang cepat naik syahwatnya samada
lelaki atau wanita. Dalilnya hadith Aisyah yang bermaksud: “RasuluLlah SAW
telah menciumku sewaktu Baginda berpuasa. Siapakah di kalangan kamu
yang dapat menguasai nafsunya sebagaimana RasuluLlah SAW menguasai
nafsunya (maksudnya sebagimana kata sebahagian ulama: seharuslah bagi
kamu menjauhkan daripada perbuatan tersebut iaitu berciuman di siang
Ramadhan dan jangan merasakan diri kamu yakin dapat mengawal nafsu
sebagaimana RasuluLlah SAW”.
6. Haid dan nifas.
7. Gila dan murtad
Mereka yang berpuasa wajib menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang
membatalkan ini agar puasanya sah dari terbit fajar hingga matahari betul-betul
tenggelam. Sekiranya orang yang berpuasa melakukan perkara yang membatalkan
ini dengan sangkaan fajar belum terbit tetapi setelah melakukannya, sangkaannya
jelas meleset, maka puasanya batal dan dia hendaklah menahan dirinya (tidak
makan, minum dan sebagainya) sepanjang siang sebagai menghormati bulan
Ramadhan. Dia juga dikehendaki qadha‟ puasanya tadi. Begitu juga bagi orang
yang melakukannya dengan sangkaan matahari sudah tenggelam kemudian terbukti
bahawa matahari belum tenggelam, maka batallah puasanya dan dia wajib
mengqadha‟nya.
18
Kewajipan-Kewajipan Akibat Berbuka Puasa
Pertama: Mengqada‟ puasanya pada hari lain, baik berbuka dengan
keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran, seperti perempuan yang datang haid
atau nifas, begitu juga orang yang murtad. Kecuali orang kafir yang masuk Islam,
orang yang baru baligh dan orang gila yang baru sembuh, maka tidak diwajibkan
mengqada puasa yang ditinggalkan sebelumnya da dalam mengqada tidak
disyaratkan berturut-turut.
Kedua: Membayar kaffarah dengan memerdekakan hamba sahaya. Jika
tidak mampu, maka dengan berpuasa dua bulan berturut-turut; dan jika tidak
mampu, maka dengan memberi makan enam puluh orang miskin, tiap orang satu
mud (¾ liter), bagi orang lelaki (suami) yang membatalkan puasanya dengan
menjimak isterinya.
Ketiga: Bagi yang berbuka puasa tanpa keuzuran, diwajibkan menahan
diri dari makan, minum dan lain-lain pada sisa siangnya. Adapun bagi orang yang
berbuka kerana keuzuran, seperti haid, nifas atau safar, maka tidak wajib yang
demikian.
Keempat: Membayar fidyah ke atas orang yang hamil atau menyusukan
anak ia jika berbuka dengan sebab kekhuatiran terhadap kesihatan anak yang
dikandung atau disusuinya. Jika berbuka disebabkan kekhuatiran terhadap
kesihatan dirinya sendiri, maka tidak diwajibkan membayar fidyah. Kadar fidyahnya
ialah satu mud gandum atau beras.
Bagi orang tua yang sudah tidak mampu, atau terlalu lemah untuk berpuasa,
jika tidak berpuasa diwajibkan bersedekah setiap hari satu mud5.
5 Ihyaa ‘Ulum al-Din 3/36-37.
19
Solat Sunnat Tarawih
Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Malik,
Ahmad dan Al-Darimi meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah
SAW bersabda:6
م من ذنبو . من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر لو ما ت قد
“Siapa yang menghidupkan Ramadhan (yakni: dengan solat tarawih) kerana iman
dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka akan diampuni segala dosanya yang telah
terdahulu”.
Solat Tarawih dua puluh rakaat, selepas tiap dua rakaat salam. Tiap empat
rakaat atau dua salam disebut satu tarwihah kerana para sahabat dahulu, setiap
selepas empat rakaat, mereka beristirehat. Jadi dua puluh rakaat atau sepuluh
salam sama dengan lima tarwihah. Penduduk Madinah, berdasarkan ijtihad Umar
Bin Abdil Aziz r.a., melakukan Solat Tarawih tiga puluh enam rakaat. Beliau melihat
penduduk Makkah, setiap antara dua tarwihah, mereka melakukan tawaf, maka
beliau menggantikan setiap tawaf dengan satu tarwihah atau empat rakaat. Empat
Tawaf sama dengan enambelas rakaat, dicampur dengan duapuluh rakaat
menjadikannya tiga puluh enam rakaat.
Menurut pandangan Imam Syafiie r.a. bahawa yang demikian khusus untuk
mereka yang melakukan Solat Tarawih di Masjid Nabawi di Madinah saja, kerana
kemuliannya sebagai tempat berhijrah dan wafatnya Rasulullah SAW. Pada selain
masjid Madinah tidak dibolehkan. Tetapi Imam Malik r.a. menjadikannya umum,
yakni, mengikut mazhab Maliki, Solat Tarawih dimana saja tiga puluh enam rakaat.
6 Sahih Bukhari: Kitab Al-Iman (34, 36, 37), Kitab Al-Sawm (1768, 1869, 1879, 1875), Sahih Muslim:
Kitab Solat Al-Musafiriin Wa Qasriha (1266), Sunan Al-Tirmidzi: Kitab Al-Sawm (619, 726), Sunan Al-Nasai:
Kitab Qiyam Al-Lail Wa Tatowwu’ Al-Nahar (1584, 1585, 1634), Sunan Abi Daud: Kitab Al-Solat (1164,
1165), Sunan Ibni Majah: Kitab Al-Siyam (1631), Muwatta`: Kitab Al-Nida` Li Al-Solat (230), Musnad
Ahmad: Baqi Musnad Al-Mukthiriin (10422, 9100), Sunan Al-Darimi: Kitab Al-Sawm (1711).
20
Solat Tarawih ini disunnatkan hanya pada bulan Ramadhan, selepas solat
Isyak, meskipun ditaqdim; dan berakhir waktunya dengan terbitnya Fajar kedua, dan
disunatkan dilakukan secara berjamaah, meskipun boleh dilakukan secara
bersendirian.
Imam Mawardi, di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir,7 mengatakan bahawa
dalil pensyariatan qiyam Ramadhan, iaitu menghidupkan malam Ramadhan dengan
solat Tarawih, ialah hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah keluar ke
tengah orang ramai pada malam pertama bulan Ramadhan yang mengumpulkan
mereka dan solat bersama mereka, kemudian keluar pada malam kedua,
menghimpun dan solat bersama mereka; dan pada malam ketiga mereka menanti,
tetapi baginda tidak keluar menjumpai mereka, maka mereka pun solat sendiri-
sendiri. Keesokan paginya baginda SAW bersabda:8
7 Al-Hawi Al-Kabir 2/368-369
8 Bukhari dalam Sahihnya: Kitab Al-Jumu’ah (1061), Muslim: Kitab Solat Al-Musafiriin Wa Qasriha
(1270, 1271), Abu Daud: Kitab Al-Solat (1166), Ahmad: Baqi Musnad Al-Ansar (24194) dan Malik: Kitab Al-
Nida` Li Al-Solat (229) telah meriwayatkan dari ‘Aisyah r.a.:
لة في المسجد فصلى بص التو ن اس ث م ص لى أن رسول اللو صلى الل عليو وسلم صلى ذات لي
ال ة أو الرابع ة ف ل م ل ة ال يخ رج إل يهم رس ول الل و م ن القابل ة فك ر الن اس ث م اجتمع وا م ن اللي
ا أصبح قال قد رأيت الذي صن عتم ولم يمن عني من الخروج إ ليكم إال صلى الل عليو وسلم ف لم
أني خشيت أن ت فرض عليكم وذلك في رمضان .
“Bahawa Rasulullah SAW pada suatu malam solat di dalam masjid, maka orang ramai solat
mengikuti solat baginda. Kemudian keesokan malamnya baginda solat, maka orang bertambah ramai.
Kemudian pada malam ketiga atau keempat orang ramai berkumpul tetapi Rasulullah SAW tidak keluar
menjumpai mereka. Ketika tiba waktu paginya, baginda bersabda: Aku telah melihat apa yang kamu
lakukan, dan tidak ada yang mencegahku keluar melainkan kerana aku takut ia akan difardukan ke atasmu.
Yang demikian adalah pada bulan Ramadhan”.
21
رت الني خفت أن ت فرض عليكم.ق د علمت باجتماعكم، وإنما تأخ
“Aku telah mengetahui berkumpulnya kamu; aku tidak datang disebabkan kerana
aku takut difardukan ke atasmu”.
Selepas itu, pada zaman Rasulullah SAW sehingga awal khilafah Umar r.a.
Ubai bin Kaab menghimpun orang ramai dan solat bersama mereka di Masjid
Rasulullah SAW pada tiap sepuluh pertama dan kedua bulan Ramadhan dan solat
bersendiri pada sepuluh terakhir, sehinggalah Umar r.a. menetapkan untuk
mengumpulkan mereka semua untuk melakukan (solat Tarawih) berjamaah. Ini
kerana apa yang diriwayatkan bahawa orang ramai yang solat di dalam masjid jika
mendengar bacaan yang baik mereka mengikutinya, maka Umar r.a. berkata (yang
maksudnya): Kamu telah menjadikan Al-Qur`an seperti nyanyian. Beliau pun
menghimpun orang ramai supaya solat berjamaah di belakang Ubai bin Ka‟b r.a.9
Dengan demikian, ia menjadi sunat yang diikuti pada masa sesudahnya, masa
Othman, Ali dan para imam diseluruh negeri sehingga kini.
Dalam solat Tarawih, membaca seluruh Al-Quran dalam sebulan Ramadhan
adalah lebih baik dari mengulang-ulangi surah lazim. Di Masjid al Haram dan Masjid
Nabawi, imam membaca satu juzuk lebih dalam dua puluh rakaat, sehingga pada
9 Bukhari di dalam Sahihnya: Kitab Solat Al-Tarawih (1871) dan Malik di dalam Muwatta`nya: Kitab Al-
Nida` Li Al-Solat (231) telah meriwayatkan dari Abd Al-Rahman bin Abd Al-Qari` r.a. bahawa beliau berkata:
طاب رض ي ال ار مت فريق ون يص ليي الرج ل لن فس و و خرجت مع عمر بن ال ا الن اا أو ل ة م رمض ان إم المس إد ف ن يص ليي عن و لي أمثل ث عزم فإمعهم على أبي بن كعب الرجل ف يصليي بصالتو الرىط ف قال عمر إني أرى لو جعت ىؤالء على قارئ واحد لكان لة أخرى والناا يصلون بصالة قارئهم قال عمر نعم البدعة ىذه ... الرب .. ث خرجت معو لي
“Aku telah keluar bersama Umar bin Khattab r.a. pada bulan Ramadhan ke Masjid, maka orang
ramai telah berpecah kepada kelompok-kelompok: ada yang solat sendiri, dan ada yang solat diikuti oleh
beberapa orang. Umar berkata: Kalaulah aku himpun mereka semua di belakang seorang qari` tentunya akan
lebih baik. Beliau pun berazam menghimpun mereka di belakang Ubai bin Ka’b. Selepas itu aku keluar
bersama beliau pada malam lain, dan orang ramai solat di belakang qari` mereka. Umar berkata: Sebaik-baik
bid’ah inilah dia … al-khabar”
22
malam kedua puluh sembilan selesai atau tamat tiga puluh juzuk dari seluruh Al-
Quran. Banyak yang mengikuti yang demikian, tetapi lebih banyak lagi yang tidak
sanggup berbuat demikian, dan mereka hanya mengulang-ulangi surah Al-Ikhlash
dan surah-surah pendek yang dikenal sebagai surah-surah lazim.10
Selepas selesai menunaikan solat Tarawih, imam membaca doa berikut:
د بسم اللو الرحمن الرحيم. الحمد للو رب العالمين الم على سيدنا محم ، والصالة والس
وعلى آلو وصحبو أجمعين.
، وللصالة حافظين، وللزكاة فاعلين، ، ولفرائضك مؤدين ناجعلنا بااليمان كاملياللهم
كين ، ولعفوك راجين ولما عندك طالبين ن يا ، وعن اللغو معرضين ، وبالهدي متمس ، وفي الد
عماء شاكرين ، وبالقضاء راضين ، وفي االخرة راغبين زاىدين ، ، وعلى الباليا صابرين ، وبالن
د صل ، الحوض واردين ى، وإل عليو وسلم ي وم القيامة سائرين الل ىوتحت لواء سيدنا محم
، ومن سندس ، وبحور عين مت زوجين ، وعلى سريرة الكرامة قاعدين في الجنة داخلين و
رق وديباج مت لبسين ، ، ومن لبن وعسل مصفين شاربين ، ومن طعام الجنة آكلين واستب
هداء واب وأباريق وكأس من معين بأك يقين والش ، مع الذين أن عمت عليهم من النبيين والصد
. والصالحين
10
Rujuk Mughni Al-Muhtaj 1/226-227
23
عداء م الله هر المبارك من الس ريفة من الش لة الش ، وال المقبولين اجعلنا في ىذه اللي
، إلهنا عافنا واعف عنا، واغفر اللهم لنا، ولوالدينا، تجعلنا اللهم من االشقياء المردودين
اتنا، ولمشايخنا، والمهاتنا، والخواننا، والخواتنا، والىلنا، وأىل ب يتنا، والجدادنا، ولجد
هم واال موات، ولمعلمينا، ولجميع المسلمين والمسلمات ، والمؤمنين والمؤمنات، االحياء من
اج نا وعلى عبيدك الحج المة والعافية علي ، والمعتمرين ، والغزاة ، واكتب اللهم الس
ك ، وقنا شر الظالمين ، وانصرنا على القوم الكافرين، يا والمسافرين في ب رك وبحرك وجو
ائلين، واختم لنا يا رب نا منك بخير يا أرحم الر د مجيب الس احمين، وصلى الل على سيدنا محم
. وعلى آلو وصحبو وسلم، والحمد للو رب العالمين
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rahmat dan
kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya
sekalian.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sempurna dengan keimanan, yang
melaksanakan segala yang difardukan, yang memelihara solat, menunaikan zakat, menuntut
apa yang ada padaMu, mengharapkan kemaafanMu, berpegang teguh pada petunjuk,
berpaling dari segala perkara sia-sia, zuhud di dunia, gemar kepada akhirat, redha kepada
qada, bersyukur ke atas segala nikmat, sabar menghadapi segala cobaan, berjalan di bawah
bendera Rasulullah SAW pada hari kiamat, mendatangi telaga (Nabi SAW), memasuki
Syurga, duduk di atas singgahsana kemuliaan, mengahwini bidadari, memakai segala jenis
kain sutera, memakan makanan Syurga, dan meminum susu dan madu yang murni, dengan
cawan, gelas dan cerek dari air yang mengalir, bersama orang-orang yang Engkau telah beri
24
nikmat ke atas mereka dari para nabi, siddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-
orang yang soleh.
Ya Allah, jadikanlah kami pada malam yang mulia dari bulan yang diberkati ini
termasuk orang-orang yang bahagia, yang diterima amal ibadatnya, dan janganlah Engkau
jadikan kami, ya Allah, termasuk orang-orang yang sengsara yang ditolak segala amalannya.
Wahai Tuhan kami, maafkanlah kami, hapuskanlah segala dosa kami, dan ampunilah ya
Allah bagi kami, bagi bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-saudara lelaki kami, saudara-
saudara wanita kami, keluarga kami, ahli rumah kami, datuk-datuk kami, nenek-nenek kami,
syeikh-syeikh kami, guru-guru kami, dan seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin
dan mukminat, baik yang masih hidup di kalangan mereka maupun yang sudah mati.
Ya Allah, tentukanlah keselamatan dan keafiatan ke atas kami, dan ke atas hamba-
hambaMu yang sedang menunaikan ibadat haji, ibadat umrah, yang sedang berperang
ataupun yang musafir, baik di darat, laut, atau udara, lindungilah kami dari kejahatan
orang-orang yang zalim, dan berikanlah kami kemenangan ke atas orang-orang kafir, wahai
Tuhan yang mengabulkan orang-orang yang memohon. Sudahilah bagi kami, wahai Tuhan
kami, dengan kebaikan dariMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari semua yang bersifat
pengasih.
Semoga Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami
Muhammad SAW, para keluarga dan sahabat-sahabatnya, dan segala puji bagi Allah Tuhan
semesta alam”.
Wallahu „Alam Bissowab
Disediakan oleh: [email protected]
UNIT INTEGRITI, KKR