isi kandung - kkr.gov.my panduan... · melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam surat arahan...

12

Upload: trankhuong

Post on 03-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen
Page 2: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

ISI KANDUNG

Tujuan 2

Latar Belakang 2

Tafsiran 2

Prosedur Permohonan 3

Tempoh Masa Permohonan 3

Syarat-syarat Pertimbangan Permohonan 3

Kelulusan Permohonan 4

Tuntutan Kemudahan Perjalanan 4

Senarai Semak Urus Setia 6

Pemakaian 6

Penutup 6

Page 3: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

2 | Garis Panduan Kursus Berbayar Dalam Negeri

TUJUAN

1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai tatacara permohonan untuk

mengikuti kursus berbayar dalam Negara anjuran Swasta/ Jabatan/ Agensi lain.

LATAR BELAKANG

2. Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 6/2005, Kementerian diberi kuasa dan

bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan kursus jangka pendek kepada anggota di

Kementerian/ Jabatan masing-masing selaras dengan dasar dan peraturan yang sedang

berkuatkuasa dari masa ke semasa.

TAFSIRAN

3. Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah

hendaklah diikuti:

(a) Kursus Jangka Pendek Dalam Negari bermaksud sebarang kursus sepenuh masa

termasuk lawatan sambil belajar, seminar, bengkel dalam Negara yang tempohnya tidak

melebihi tiga (3) bulan kalender termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan

cuti akademik.

(b) Ketua Jabatan bermaksud seorang pegawai yang mengetuai sesuatu Jabatan/

Bahagian/ Unit atau wakil Ketua Jabatan yang diturun kuasa mengikut mana-mana

peruntukan yang berkenaan.

(c) Kursus berbayar bermaksud kursus yang dikenakan bayaran anjuran pihak luar samada

pihak swasta/Kementerian/ Jabatan atau Agensi Lain.

Page 4: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

3 | Garis Panduan Kursus Berbayar Dalam Negeri

PROSEDUR PERMOHONAN

4. Permohonan untuk mengikuti kursus berbayar anjuran pihak luar hendaklah mendapat

kelulusan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia terlebih dahulu dengan mengisi Borang

Permohonan Kursus Dalam Negara (BORANG KKR B 06- seperti di Lampiran A) yang

telah disokong oleh penyelia masing-masing. Borang tersebut juga boleh dimuat turun

melalui laman portal Kementerian.

5. Dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

(a) Maklumat kursus seperti brosur kursus, sijil pendaftaran syarikat dan salinan akaun

bank daripada pihak penganjur.

TEMPOH MASA PERMOHONAN

6. Borang permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dalam

tempoh sekurang-kurangnya empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh pelaksanaan

kursus bagi membolehkan BPSM memproses kelulusan serta menguruskan permohonan

Pesanan Tempatan ke Bahagian Kewangan.

SYARAT-SYARAT PERTIMBANGAN PERMOHONAN

7. Pertimbangan ke atas kelayakan pegawai untuk menghadiri latihan adalah mengambilkira

perkara-perkara berikut:

(a) Permohonan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan;

(b) Permohonan disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing;

(c) Kursus yang dipohon hendaklah berkaitan dengan bidang tugas semasa pegawai/ core

kompetensi jawatan pegawai/ core business bahagian/ Kementerian;

Page 5: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

4 | Garis Panduan Kursus Berbayar Dalam Negeri

(d) Permohonan bagi mengikuti kursus-kursus berbentuk highly skills dan kursus-kursus

berbentuk teknikal yang tidak disediakan oleh Kementerian akan diberikan keutamaan

yang tinggi;

(e) Keutamaan juga diberikan Kursus tersebut tidak ditawarkan secara dalaman (in

house) oleh KKR;

(f) Bagi tujuan penjimatan kos dan perbelanjaan lebih berhemah, permohonan untuk

mengikuti kursus di luar stesen tempat bertugas pegawai hanya akan

dipertimbangkan sekiranya kursus tersebut (khususnya dari segi modul) tidak

ditawarkan di sekitar lokasi tempat bertugas pegawai;

(g) Sekiranya pegawai pernah menghadiri kursus sebelumnya, pertimbangan untuk

mengikuti kursus selanjutnya akan mengambilkira bahawa pegawai telah

mengemukakan laporan kursus yang telah dihadiri sebelumnya;

(h) Pertimbangan juga mengambilkira faktor implikasi kewangan yang terlibat iaitu dari

segi kos kursus yang dipohon serta Return Of Investment (ROI);

(i) Tanggungan kursus melalui peruntukan latihan hanya melibatkan pembayaran yuran

kursus manakala kos-kos lain perlu dituntut di bawah PTJ masing-masing melalui

tuntutan perjalanan & elaun menghadiri kursus mengikut kelayakan pegawai di bawah

Pekeliling Perbendaharaan Bil 3/2005.

(j) Memandangkan peruntukan kursus berbayar adalah terhad, keutamaan akan diberikan

kepada pegawai yang belum pernah menghadiri kursus luar dalam tempoh 3 tahun

kebelakangan.

KELULUSAN PERMOHONAN

8. Kelulusan permohonan bergantung kepada kecukupan peruntukan yang disediakan di

bawah peruntukan latihan (kursus berbayar).

Page 6: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

5 | Garis Panduan Kursus Berbayar Dalam Negeri

9. Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap, atau tidak

mematuhi peraturan akan dikembalikan dan tidak akan diproses. BPSM berhak untuk

menolak permohonan yang lewat diterima tanpa mengemukakan sebab-sebab yang

munasabah.

10. Pegawai diingatkan untuk memastikan kelulusan diperolehi sebelum menghadiri kursus

berbayar tersebut. Sekiranya pegawai menghadiri kursus tanpa kelulusan, segala

implikasi kewangan yang terlibat perlu ditanggung oleh pegawai.

11. Pegawai dikehendaki mengemukakan laporan kepada BPSM melalui Ketua Bahagian

selepas menghadiri kursus bagi menilai impak latihan berkenaan. Selain itu, Ketua

Bahagian juga perlu menggalakkan pegawai mengadakan sesi perkongsian ilmu dengan

pegawai-pegawai lain berhubung dengan pengetahuan yang diperolehi oleh pegawai

melalui kursus tersebut supaya ilmu tersebut dapat dimanafaatkan oleh pegawai lain.

TUNTUTAN KEMUDAHAN PERJALANAN

12. Seseorang pegawai yang telah diluluskan untuk menghadiri kursus adalah layak menuntut

elaun, kemudahan dan bayaran bagi kemudahan yang tidak disediakan mengikut kadar

dan syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. Bil 3/2005

(Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai

Perkhidmatan Awam Kerana Menghadiri Kursus (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan

Anggota Polis).

13. Tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran hendaklah dikemukakan kepada Bahagian

Kewangan tidak lewat daripada sepuluh (10) hari bulan dalam bulan berikutnya.

Page 7: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

6 | Garis Panduan Kursus Berbayar Dalam Negeri

SENARAI SEMAK URUS SETIA

14. Bagi tujuan melaksana dan memproses permohonan, senarai semak disediakan seperti di

Lampiran B.

PEMAKAIAN

15. Pemakaian garis panduan adalah berkuatkuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

PENUTUP

16. Garis panduan ini diharap dapat memberi panduan dan rujukan kepada pegawai KKR

dalam proses permohonan, proses kelulusan bagi memastikan kelancaran proses

kelulusan permohonan.

Page 8: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

LAMPIRAN A

BORANG PERMOHONAN

KURSUS DALAM NEGARA (BOLEH DIDAPATI DI LAMAN PORTAL KKR)

Page 9: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK

PERMOHONAN

KELULUSAN

Page 10: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK PERMOHONAN KELULUSAN

(a) Senarai semak pemohon

BIL PERKARA ADA/TIADA

1 Borang KKR B 06

2 Salinan brosher kursus

3 Salinan pendaftaran syarikat

4 Salinan Akaun bank penyedia perkhidmatan

(b) Senarai semak CPMI

BIL PERKARA CATATAN

1 Permohonan diterima dalam tempoh 14 hari YA/TIDAK

2 Sokongan dari Ketua Jabatan YA/ TIDAK

3 Baki terkini peruntukan mencukupi:

Baki semasa : RM.............................

Kos kursus : RM.............................

Baki selepas ditolak : RM ............................

YA/ TIDAK

4 Kursus tidak dianjurkan secara dalaman YA/ TIDAK

5 Pegawai pernah/ tidak pernah menghadiri kursus

berbayar dalam tempoh 3 tahun

(spt di borang KKR B 06)

Tarikh: ...............................................

................................................

................................................

................................................

YA/ TIDAK

6 Berkaitan dengan bidang tugas semasa pegawai/

core business bahagian/ core business jawatan/

core business Kementerian

YA/ TIDAK

7 Lokasi kursus :

..........................................

LUAR STESEN/

DALAM STESEN

8 Permohonan lain yang diterima:

1) ...................................................

2)....................................................

ADA/ TIADA

Page 11: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen

LAMPIRAN B

BIL PERKARA CATATAN

3) ..................................................

4) ...................................................

6 PEMBAYARAN:

a) Inbois

b) Pesanan tempatan yang telah

ditandatangani

ADA/ TIADA

ADA/ TIADA

Page 12: ISI KANDUNG - kkr.gov.my PANDUAN... · Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Surat Arahan ini, tafsiran dibawah ... Permohonan yang lewat, tidak disertakan dengan dokumen