Download - KKBI PRA3102 IPGKK 2013
A. PENGENALAN
1.0 PENDAHULUAN
Sebagai memenuhi sukatan pelajaran bagi subjek PRA3102, Pengajian
Kurikulum dan Model Prasekolah, kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yang
terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan.
Setiap kumpulan telah ditugaskan untuk menyediakan satu sudut tunjang.
Tunjang yang diamanahkan kepada kami ialah tunjang kemanusiaan. Tugasan ini turut
meminta kami untuk menggunakan prinsip Froebel dalam menyediakan tunjang
tersebut. Kami telah diberi tempoh selama 4 minggu iaitu 5 Mac 2013 sehingga 15 April
2013.
1.1 PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah merupakan satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka
masa satu tahun ataupun lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal.
(Saayah Abu et.al, 2006 : 5)
Program ini ditubuhkan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persedian untuk mereka memasuki sekolah rendah. (Saayah Abu et.al, 2006 : 5)
Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan
prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan
Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak
1
1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun
2001 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) meneruskan
program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan
prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA
Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke-10. (Portal Rasmi KPM, 2012)
1.2 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Sebelum penubuhan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK ),
Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggubal satu kurikulum untuk digunapakai
oleh semua prasekolah yang terdapat di seluruh negara pada tahun 2003. Kurikulum ini
dinamakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (Mok Soon Sang, 2010 : 189)
Kurikulum tersebut merangkumi tiga bahagian. Bahagian pertama menyentuh
mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), konsep prasekolah, matlamatnya,
objektifnya. Bahagian kedua pula menyentuh mengenai cara penggunaak Buku Huraian
Kurikulum Prasekolah dan bahagian ketiga adalah mengenai 6 komponen Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan. (Mok Soon Sang, 2010 : 189)
Pada tahun 2010 pula, KSPK pula diperkenalkan. Sejajar dengan FPK , ia
bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui
aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. (Portal Rasmi KPM, 2012)
Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan,
keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk.
Murid-murid dipersediakan agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan
2
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan
pembelajaran seterusnya. (Portal Rasmi KPM, 2012)
Pembinaan KSPK adalah berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan
standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan pembelajaran di dalam
KSPK adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam 6
Tunjang Pembelajaran iaitu, Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Tunjang Sikap
dan Nilai, Tunjang Kemanusian, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang
Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Tunjang Perkembangan Keterampilan Diri.
(Portal Rasmi KPM, 2012)
Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP). Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak adalah bersifat fleksibel tetapi
terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu,
kumpulan, dan kelas. Penglibatan murid-murid tidak kira di dalam atau di luar bilik
darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan
naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-
kanak. (Portal Rasmi KPM, 2012)
3
B. PENULISAN AKADEMIK
2.0SUDUT AKTIVITI KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
2.1 Tunjang-tunjang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan
penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut
diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran
asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran. Antaranya adalah Tunjang
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi;
Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Keterampilan Diri.
Tunjang Komunikasi terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris wajib dipelajari oleh
semua murid prasekolah. Bahasa Cina dan Tamil pula hanya dipelajari oleh murid di
prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan Tamil.
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa.
Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai
dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada
keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktivitidan
permainan bahasa seperti drama dan sajak.
Seterusnya adalah Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Tunjang ini
merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh
beragama Islam selama dua jam seminggu manakala pendidikan moral pula dipelajari
oleh murid lain selama dua jam seminggu juga. Pendidikan Islam memberi
pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah
4
dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan
pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan
harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid juga mengenal asas bahasa Al-
Quran, huruf hijjaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa
pilihan. Pengajaran dan pembelajarn pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti
bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.
Pendidikan Moral di prasekolah pula memberikan fokus kepada pelakuan moral
yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid di prasekolah. Pendidikan
moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua
aktiviti yang dijalankan di prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan adalah seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab,
berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayayang, keadilan dan
sebagainya.
Tunjang Ketrampilan Diri lebih menekankan kepada perkembangan sosioemosi
kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan
juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.
Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri,
pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan
kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku
sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti
spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa
makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi perkembangan fizikal
dan penjagaan kesihatan serta perkembangan kretiviti. Kanak-kanak pada peringkat
prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Oleh itu, aspek
perkembangan fizikal sangat penting kerana jika perkembangan ini kurang baik, kanak-
kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel,
penglibatan dalam aktiviti sukan serta pengendalian peralatan. Kemahiran motor halus
5
mereka akan ditingkatkan, begitu juga dengan motor kasar dan juga koordinasi mata-
tangan di kalangan kanak-kanak.
Tunjang perkembangan fizikal ini juga menekankan kepada pembinaan
pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan
pemakanan berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini
sepanjang usia mereka. Aspek keselamatan diri turut ditekankan seperti sumber yang
boleh menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah
menjaga kehormatan diri.
Perkembangan kretiviti pula merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta
drama dan gerakan kreatif. Tunjuang ini lebh menekankan proses daripada produk.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni
merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan untuk menghasilkan sesuatu
karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apreasiasi seni melibatkan
proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap
keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain. Pendidikan muzik merangkumi
aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi dan sebagainya. Drama
dan pergerakan kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif seperti berlakon
dan menari. Aktiviti tunjang ini bukan sahaja untuk meningkatkan daya kretiviti tetapi
juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain seperti nyanyian dan
pergerakan kreatif yang sering digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik
dan lain-lain.
Bagi Tunjang Sains Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti
pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT. Awal Sains
menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar
menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Sikap saintifik yang positif seperti
sikap ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk semasa proses penerokaan ini.
Selain itu, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur
menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan berkembang.
6
Penerokaan dijalankan keatas alam hidupan , alam bahan, dan alam fizikal. Tunjangini
lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru
perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan
murid.
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam
tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan
ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep
penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya
kreativiti murid dan kemahiran motor halus.
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid
prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor
yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini
dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti
pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Tunjang Sains dan
Teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah menggunakan
komputer untuk melakukan tugas tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap asas
sahaja.
Tunjang yang terakhir adalah tunjang kemanusiaan. Tunjang Kemanusiaan
memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih
memahami perhubungan antara diri dan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar.
Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-
perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya
dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan
pelbagai kaum ini. Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks
pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk
membina tema-tema pembelajaran.
7
Tunjang kumpulan kami adalah tunjang kemanusiaan. Oleh itu, bagi menyiapkan
tugasan ini, kami perlulah sentiasa membuat rujukan daripada prinsip-prinsip yang
diketengahkan oleh Wiliam Froebel dan juga aspek-aspek yang terdapat di dalam
tunjang kemanusiaan.
2.2 Tokoh Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Friedrich Wilhelm Froebel (1782-1852)
Froebel dianggap sebagai salah seorang penyumbang terulung pada abad ke-19
kepada sains pendidikan. Institusi tadika yang diwujudkan oleh beliau telah
berkembang ke seluruh dunia. Froebel ialah seorang pendidik berbangsa Jerman, juga
pengasas tadika telah dilahirkan di Oberweissbach pada 21.4.1782. Beliau adalah anak
bongsu daripada lima adik-bradik . Ibunya meninggal semasa beliau berusia lima
bulan .Bapanya seorang paderi, berkawin semula. Froebel memulakan zaman
persekolahannya semasa berusia 9 tahun dan selepas itu beliau dihantar ke sebuah
sekolah berasrama. Kehidupannya di sekolah tidak menggembirakan. Beliau telah
meninggalkan sekolah semasa berusia 16 tahun dan semasa berusia 19 tahun beliau
telah menjadi aprentis hutan.
Beliau berminat mengenai kandungan sebuah buku berjudul Lenin Getrud dan
mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Beliau mengambil kursus sambilan di
Universiti of Gena. Selepas itu, beliau tidak boleh membayar yuran pelajarannya dan
telah dipenjarakan selama 9 bulan. Di penjara, beliau mempelajari buku-buku
Pestalozzi, Pluto dan Lock. Beliau mengambil keputusan untuk berdakwah. Selepas itu,
beliau bertugas sebagai juru ukur dan setiausaha sulit untuk aristoktar tempatan.
Semasa berusia 23 tahun, beliau menjadi arkitek. Dari tahun 1808 sehingga
1810, beliau bekerja dan belajar daripada seorang pendidik pemulihan Swiss yang
terkenal bernama Johan Heidweich Pestalozzi di Yeordon, Switzerland. Kerjaya
mengajar Froebel terganggu dari tahun 1812 sehingga 1815 kerana telah berkhidmat
8
untuk tentera Prussia dan daripada pekerjannya sebagai pembantu Muzium Bahan
Galian di Universiti Berlin. Akhirnya, dalam usia 32 tahun, Froebel telah mendapat
tempat di university di Berlin, beliau telah menulis sebuah esei bertajuk The Law of the
Sphere (1914). Di dalam esei ini, beliau telah memaparkan bahawa segala benda
dalam alam ini adalah berkait rapat. Sehingga tahun 1816, barulah beliau melibatkan
diri sepenuhnya kepada tugasnya.
Froebel belajar dengan Pestalozzi dan bacaan hasil-hasil kerja Rousseau,
Froebel telah mereka kurikulum dan kaedah pengajaran di tadika. Melalui rekaannya
itu, beliau telah memperoleh gelaran ‘Bapa Tadika’ atau ‘Bapa Taman Didikan Kanak-
Kanak’. Dalam memperjuangkan idea-ideanya tentang pendidikan prasekolah, Frobel
sukar mendapat pendidik yang berminat dengan ideanya ketika itu. Hanya pada akhir
hayatnya barulah idea Froebel diterima dan kaedah pengajarannya menerima
pengiktirafan.
Froebel percaya setiap manusia, walaupun masih kecil perlu dihormati dan
dianggap sebagai seorang yang penting. Taman kanak-kanak merupakan suatu taman
yang mengaitkan rumah dengan sekolah formal. Pada tahun 1837, beliau memulakan
program kindergarten yang pertama di Jerman. Kinder bermakna kanak-kanak, garten
bermakna taman garden of children. Taman permainan kanak-kanak ini diwujudkan
untuk kanak-kanak berumur empat hingga lima tahun, berasaskan konsep “bermain
sambil belajar”. Taman ini bertujuan menyediakan kanak-kanak bagi memasuki tahun
pertama dalam sekolah biasa. Taman ini menyediakan suatu turutan aktiviti yang
terancang dan membenarkan kanak-kanak bergerak dari satu aktiviti ke aktiviti yang
lain secara bebas.
Froebel adalah seorang yang kuat beragama yang menganggap manusia secara
semula jadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap
Tuhan. Beliau yakin bahawa manusia adalah bertanggungjawab untuk memahami
dunia ini dan hidup dengan lebih berguna di dalamnya. Froebel juga mengibaratkan
kanak-kanak sebagai benih yang ditanam, dan jika disuburi akan menjadi individu
9
dewasa yang berkesan, waras dan berpotensi. Guru pula diibaratkan sebagai tukang
kebun dan tadika itu merupakan taman kanak-kanak yang indah dan murni.
Antara sumbangan Froebel yang paling utama ialah tentang peranan permainan
dalam pembelajaran kanak-kanak. Permainan merupakan aktiviti spiritual yang
menawarkan kegirangan, kebebasan, kepuasan dan keamanan. Permainan merupakan
suatu yang signifikan dan perlu dititikberatkan. Semasa aktiviti bermain, kanak-kanak
pasti akan memilih sesuatu yang menggenbirakan. Dalam keadaan bermain, secara
tidak langsung, kanak-kanak berpeluang melatih kemahiran yang sedang berkembang.
Froebel menegaskan dua ciri yang penting dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak
pada peringkat awal kanak-kanak iaitu kebebasan dan kretiviti.
Setiap kanak-kanak itu dilahirkan unik. Oleh itu, mereka harus diberikan
kebebasan memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan
semasa dan minat mereka. Apabila mereka dibenarkan membuat pilihan sendiri,
mereka lebih cenderung menghasilkan sesuatu yang istimewa dan menghasilkan
sesuatu yang istimewa dan mengalami proses pembelajaran yang bermakna. Aktiviti
bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti bermain yang
sesuai membantu kanak-kanak dalam memikirkan perhubungan antara aktiviti kendiri
dan soal hidup, perbuatan dan pemikiran, perwakilan dan pengetahuan dan
pemahaman dan kebolehan.
Selain itu, Frobel juga terkenal dengan kurikulum untuk kanak-kanak prasekolah.
Kurikulum yang direka oleh Froebel termasuk satu set hadiah dan occupations yang
direka untuk meningkatkan pertumbuhan deria. Hadiah merupakan objek yang
membolehkan kanak-kanak mempelajari konsep bentuk, saiz, warna, dan mempelajari
kemahiran mengira, mengukur, membeza dan membandingkan. Hadiah Froebel
termasuklah bola, kubus, silinder dan sfera.
10
Occupations pula merupakan bahan-bahan yang direka untuk kemahiran
psikomotor seperti tanah liat, manic, melukis, menggunting dan menenun. Segala
aktiviti dan dan bahan tersebut menunjukkan bahawa Froebel menekankan
pengalaman konkrit dan juga menegaskan pembelajaran berbentuk perkembangan
pengamatan mendahului pemikiran yang lebih abstrak.
Di samping itu, salah satu sumbangan besar Froebel di dalam pendidikan kanak-
kanak tadika adalah singing circle atau menyanyi dalam bulatan. Dalam situasi ini,
kanak-kanak duduk mengikut satu bulatan manakala guru-guru menyanyi lagu-lagu
untuk meneguhkan perkara yang telah dipelajari tentang hadiah dan occupations tadi.
Tambahan lagi, Froebel juga telah mendirikan institut untuk melatih wanita
mengajar di tadika. Usaha tersebut menerima kritikan dan tentangan masyarakat ketika
itu. Walau bagaimanapun, usaha Froebel di Jerman mempengaruhi perkembangan
tadika di Amerika Syarikat. Elizabeth Peabody merupakan salah seorang guru tadika di
Amerika Syarikat yang telah menerima didikan daripada Froebel. Begitu juga Carl
Schurs, pelajar Froebel yang telah menganjurkan tadika di Watertown, Wisconsin.
Kaedah Froebel mendidik kanak-kanak melalui aktiviti spontan diiktiraf sebagai
sumbangan penting oleh para pendidik. Ahli-ahli falsafah pendidik zaman ini menerima
dan melaksanakan idea-idea Froebel. Antara idea-idea beliau adalah seperti:
i. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian
kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai
bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan
gambar-gambar.
11
ii. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik
janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
iii. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-
objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
iv. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada
pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.
v. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan
sosial kanak-kanak.
vi. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.
vii. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
viii. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi
kebebasan.
ix. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui
membuat.
x. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek
supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
xi. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah
penting bagi kanak-kanak.
xii. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu
sama lain.
12
3.0 APLIKASI MODEL FROEBEL DALAM SUDUT AKTIVITI
3.1 Prinsip Froebel
Froebelion merupakan seorang tokoh dari Jerman yang digelar sebagai “BAPA
TADIKA”. Menurut beliau, “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik
umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman kanak-kanak. Disebabkan itu,
kanak-kanak perlu berada di dalam persekitaran yang terancang untuk belajar dan
kanak-kanak berkembang melalui main. Selain daripada itu, froebelion mempunyai
banyak lagi idea-idea yang boleh diguna pakai dalam menyediakan persekitaran yang
sesuai untuk kanak-kanak belajar.
Froebel ada mengatakan bahawa untuk menarik perhatian kanak-kanak, taman
kanak-kanak hendaklah dihiasi dan dipenuhi dengan keindahan. Oleh itu, dalam projek
hiasan tunjang yang diberikan kepada kami, kami telah menyediakan banyak hiasan
yang menarik untuk menarik minat kanak-kanak. Contoh hiasan yang telah kami
sediakan ialah hiasan bunga dan taman mini. Menurut Froebel lagi, taman kanak-kanak
sekurang-kurangnya dicat, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-
gambar. Berdasarkan idea Froebel tersebut, kami telah mencat dinding dengan warna
yang terang dan sesuai dengan persekitaran taman kanak-kanak yang memerlukan
bilik yang senang dimasuki cahaya. Selain daripada itu, kami juga telah menyediakan
taman mini dan didalam taman mini tersebut kami letakkan patung-patung haiwan
sesuai seperti mana idea Froebel.
(gambar taman mini dan dinding yang telah dicat)
13
Salah satu idea Froebel mengatakan bahawa taman kanak-kanak perlu
disediakan kerusi meja yang sesuai tetapi pada masa yang sama bilik di taman kanak-
kanak tidak sempit dan masih mempunyai ruang yang luas kerana dikhuatiri ruang yang
sempit akan menyukarkan perjalanan aktiviti. Berlandaskan idea Froebel tersebut,
perabot seperti meja dan kerusi telah kami sediakan memenuhi seperti mana yang
Froebel katakan. Kami menyusun perabot-perabot tersebut secara teratur untuk
membuka lebih banyak ruang bebas supaya aktiviti-aktivit di taman kanak-kanak selesa
untuk dijalankan.
Selain mempunyai kerusi meja yang sesuai, kami juga memenuhi kelas
prasekolah dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak.
Permandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek yang kami sediakan mempunyai
pelbagai bentuk, saiz dan warna. Ini bertepatan dengan idea Froebel iaitu kelas
prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek yang
mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Antara contoh bahan yang kami
sediakan ialah lonceng kecil, pelekat-pelekat burung dan peleket-pelekat pokok.
Bagi mencegah kanak-kanak daripada terdedah dengan sebarang pengaruh
jahat yang terdapat dalam masyarakat, kami sekumpulan bersapakat untuk
menyediakan bahan-bahan yang menarik namun mampu mengawal kanak-kanak
daripada pengaruh jahat. Bahan-bahan tersebut termasuklah bacaan doa tidur dan
bangun tidur dan senarai amalan tabiat baik. Ini bersesuai dengan prinsip Froebel yang
mengatakan suasana di prasekolah hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada
pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat.
(gambar perabot dan hiasan)
14
Sebagai langkah untuk memupuk perkembangan mental, fizikal dan sosial
kanak-kanak, kami telah sediakan beberapa aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak
supaya perkembangan mental, fizikal dan social mereka berkembang dengan pesat.
Salah satu daripada aktiviti itu ialah bermain Puzzle. Aktiviti Puzzle memerlukan kanak-
kanak untuk meneliti gambar dan seterusnya menggabungkan potongan-potongan
gambar tersebut menjadi lengkap sepenuhnya. Melalui aktiviti ini, perkembangan
mental kanak-kanak boleh berkembang dan selain perkembangan mental, hubungan
sosial kanak-kanak turut berkembang apabila mereka berinteraksi untuk menyelesaikan
puzzle tersebut. Kanak-kanak dibiarkan bermain secara bebas kerana kanak-kanak
mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Aktiviti ini membenarkan kanak-kanak bermain
sambil belajar dan belajar melalui perbuatan. Seperti yang telah dinyatakan oleh
Froebel, aktiviti ini memenuhi prinsip beliau iaitu di taman kanak-kanak perlu dipupuk
dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak, menekankan kaedah
bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat serta kanak-kanak
mempelajari sasuatu melalui perbuatan dan perlu diberi kebebasan.
Minat belajar dalam diri kanak-kanak perlu untuk dipupuk supaya proses
pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berjalan dengan lancar. Oleh itu, kami
sekumpulan masing-masing menggunakan bahan maujud sebagai bahan utama dalam
aktiviti kami. Ini kerana menggunakan benda maujud boleh menimbulkan minat dalam
pembelajaran kanak-kanak. Konsep ini kami adaptasi pada salah satu prinsip Froebel
iaitu beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek
supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
Pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak adalah berdasarkan pendidikan
yang diterima oleh kanak-kanak tersebut menurut Froebel. Ia hendaklah berdasarkan
kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Oleh itu, kami sekumpulan bersepakat
untuk memilih tema saya dan Negara saya sebagai salah satu tema yang kami
sertakan dalam projek hiasan tunjang kerana secara langsung peribadi kanak-kanak
iaitu semangat patriotik akan terbentuk. Semangat patriotik ini perlu dibentuk dalam diri
individu sejak dari kecil lagi.
15
3.2 Reka Bentuk/ Susun Atur / Pelan
Susun atur bagi sudut kami sangat menekankan aspek-aspek yang terdapat dalam
prinsip-prinsip Froebel serta standard kandungan bagi tunjang kemanusiaan seperti diri
saya, keluarga saya, budaya saya dan negara saya. Berikut merupakan pelan bagi
susun atur bagi tunjang kemanusiaan yang telah kami laksanakan.
Pelan Tunjang Kemanusiaan
Disebabkan tunjang kami digabungkan dengan ruang rehat iaitu dilengkapi dengan
perabot seperti katil, laci dan meja solek (meja berhias), maka kumpulan kami
menggunakan kemudahan sedia ada untuk dikaitkan dengan tunjang kemanusiaan.
Dalam sudut ini, kami bahagikan kepada beberapa bahagian seperti ruang modul
16
KATIL
RUANG
LACI
CERMIN TINGKAPDINDING
MEJA
SOLEK
aktiviti, ruang bahan hiasan bagi kandungan-kandungan dalam tunjang kemanusiaan
dan sebagainya.
Ruangan tunjang ini kami sediakan dengan beberapa standard kandungan yang
terdapat dalam tunjang kemanusiaan misalnya pada dinding yang berhampiran katil
dilengkapi dengan kandungan tentang keluarga saya, negara saya dan juga nilai-nilai
moral.
Bagi keluarga saya, kami terapkan prinsip Froebel iaitu tumbuh-tumbuhan. Bagi
menginovasikan prinsip Froebel, kami tidak menyediakan carta keluarga seperti carta
grafik biasa tetapi kami memasukkan carta tersebut di dalam pokok agar kanak-kanak
lebih mudah mengenali konsep urutan ahli keluarga serta lebih tertarik untuk
mengetahui mengenai keluarga.
Kemudian, dalam aspek negara saya, kami meletakkan bendera sebenar agar
kanak-kanak boleh melihat sendiri saiz sebenar bendera negara dan negeri. Dengan
meletakkan bendera pada bahagian atas juga, secara tidak langsung kanak-kanak
dapat ketahui kepentingan menghormati bendera kerana bendera merupakan lambang
negara. Pendedahan awal seperti ini mampu meningkatkan penerapan nilai cinta akan
negara dalam diri kanak-kanak.
17
Kami juga turut meletakkan nilai-nilai murni seperti tabiat baik agar mereka dapat
mengetahui dan mengikut amalan-amalan tersebut di samping membina watak atau
peribadi kanak-kanak seperti pandangan Froebel. Selain itu, di bahagian tepi katil turut
diletakkan doa seperti doa sebelum tidur dan doa bangun tidur, dengan ini secara tidak
langsung terdapat kesepaduan dengan tunjang kerohanian, sikap dan nilai.
Ruangan pada dinding di kepala katil iaitu tempat letaknya tajuk tunjang, dihiasi
dengan aspek-aspek seperti diri saya, budaya, negara berserta kesepaduan prinsip
Froebel seperti warna dan bentuk, tumbuh-tumbuhan serta haiwan.
Aspek budaya yang lebih kami tumpukan di sudut ini ialah pakaian tradisional
masyarakat Malaysia seperti pakaian bagi orang Cina, Melayu dan sebagainya. Kaedah
yang kami gunakan bagi meletakkan maklumat ini tidak dengan hanya menampal tetapi
menginovasikan bahan sedia ada iaitu gambar, seterusnya menggunting dan
menggantungnya.
Begitu juga dengan kandungan tunjang kemanusiaan iaitu diri saya secara
spesifikasinya ialah badan saya. Akan tetapi bahagian ini ada menerapkan prinsip
Froebel tentang bentuk-bentuk misalnya segi empat. Gambar anggota badan dipotong
membentuk segi empat dan juga disusun mengikut urutan serta tidak dipisahkan, ini
18
sangat bersesuaian dengan pernyataan Froebel iaitu pembelajaran bukanlah sesuatu
yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.
Di bahagian atas juga, kami masih mengekalkan kepentingan bagi meletakkan
aspek kenegaraan tetapi lebih tertumpu kepada perdana menteri negara. Urutan
kedudukan perdana menteri diselaraskan berserta nama dan juga tahun kepimpinan
mereka. Dengan melakukan sedemikian, setidak-tidaknya kanak-kanak dapat
mengenali wajah-wajah pemimpin negara walaupun ada segelintir yang belum pandai
membaca nama perdana menteri kita. Turut kami sertakan di bawah gambar pemimpin
iaitu bunga raya yakni bunga kebangsaan kita. Bunga ini sememangnya sudah dikenali
kanak-kanak, tetapi kami menyertakan gambar ini agar mereka dapat ketahui bahawa
bunga itu adalah bunga kebangsaan negara. Jika diteliti, kedua-dua gambar ini, masih
berpegang kepada prinsip Froebel iaitu bentuk-bentuk.
Seterusnya di bahagian paling bawah yang letaknya di lantai pula, kami
membuat ruang taman mini. Taman ini kami buat bagi menunjukkan seolah-olah taman
sebenar tetapi lebih kepada haiwan dan tumbuhan, ini bagi membolehkan kanak-kanak
mendapat pendedahan awal sebelum ke tempat sebenar seperti zoo. Akan tetapi yang
19
uniknya di sini, kami sendiri membuat pagarnya daripada Styrofoam yang berwarna
cerah sebagaimana disarankan oleh Froebel.
Kemudian satu bahagian lagi kami lebih utamakan sebagai ruang meletak
modul-modul kami agar mudah untuk kanak-kanak mengambil dan meletakkan semula
modul aktiviti kami di ruang yang telah kami khaskan. Dengan ini kanak-kanak dapat
dilatih agar mendisiplinkan diri sebagaimana menurut Froebel. Ruang ini kami letakkan
perabot yang telah sedia ada untuk dijadikan sempadan bagi tunjang kami serta
meluaskan ruang daripada sebelumnya.
20
Sebagai tambahan, sudut di tepi iaitu berhampiran laluan ke pejabat kami turut
meletakkan modul daripada salah seorang ahli kerana modul aktivitinya yang agak
besar dan memerlukan ruang yang luas. Selain itu, kami menutupi almari pakaian itu
dengan menggantungkan penyangkut pintu tetapi berkonsepkan haiwan dan tumbuhan
iaitu rama-rama dan bunga-bungaan.
Tuntasnya, susun atur atau pelan tunjang kami sangat menitikberatkan prinsip
Froebel dan juga aspek-aspek yang terkandung dalam tunjang kemanusiaan itu sendiri.
Setiap aspek kandungan kami terapkan prinsip Froebel dengan menginovasikannya
mengikut kesesuaian dan kepentingan kepada diri kanak-kanak.
21
3.3 Bahan / peralatan / perabot
Dalam menyiapkan Tunjang Kemanusiaan kami ini, pelbagai bahan, perlatan
dan perabot yang telah kami gunakan. Walaupun pada awalnya, tunjang kami ini tidak
terdapat sebarang hiasan, hanya terdapat perbot seperti katil, almari dan meja solek.
Oleh itu, untuk menjadikan tunjang kami ini seperti yang terdapat dalam prinsip Froebel,
kami telah mengubahsuai tunjang kami ini. Antara bahan yang kami gunakan adalah
seperti cat, polistrin putih dan berwarna, kertas berwarna, glossy paper, kertas
laminate, pokok hiasan, haiwan hiasan, rumput hiasan, cat pelaka, pita pendua, loceng,
bendera Malaysia dan Sabah dan juga masking tape.
Cat yang telah kami gunakan adalah dari jenama Jotun dan kami telah memilih
warna yang sesuai agar warnanya cerah dan mampu membuatkan suasana di tunjang
kami agak terang dan sejuk. Oleh itu, kami telah memilh warna hijau dan merah jambu.
Polistrin pula kami gunakan untuk membina pagar taman mini, pokok keluarga dan
juga menapal gambar-gambar yang dilekatkan sebagai hiasan di tunjang. Kertas warna
pula adalah untuk menampalkan gambar dan juga membuat bunga dan pagar hiasan.
Glossy paper pula digunakan untuk mencetak gambar-gambar perdana menteri agar
hasinya lebih cantik dan tahan lama. Selain itu, gambar-gambar perdana menteri dan
semua hiasan yang kami cetak kami laminate agar tahan lama dan warnanya tidak
pudar.
22
Proses memilih dan membeli cat
Proses mengecat
Sementara itu, pokok hiasan, haiwan hiasan serta rumput hiasan kami gunakan
untuk menghias taman mini. Cat pelaka pula digunakan untuk menghias nama tunjang
dan loceng pula digunakan untuk menghasilkan unsur bunyi pada burung yang kami
buat menggunakan kertas warna. Bendera Malaysia kami lekatkan di sudut atas
tunjang. Selain itu, kami juga menggunakan masking tape sebagai garis pemisah
semasa proses mengecat. Pita pendua dan tack it pula digunakan sebagai media untuk
melekat hiasan.
Peralatan yang kami gunakan pula adalah seperti berus cat, bekas cat, mesin
laminate, gunting, pisau pemotong dan tukul. Berus cat dan bekas cat digunakan
semasa proses mengecat. Manakala mesin laminate digunakan untuk melaminate
bahan hiasan dan pisau pemotong serta gungting digunakan untuk memotong bahan
hiasan dan pagar taman mini. Sementara tukul pula digunakan untuk memasang tabir
hiasan pada almari pakaian.
23
Proses memasang tirai dan membersihkan dinding
Perabot yang digunakan pula adalah tidak banyak, hal ini kerana bagi
mengelakkan kesesakan. Di dalam prinsip Froebel juga ada dijelaskan bahawa
sesebuah prasekolah haruslah tidak sesak dan mempunyai pengudaraan dan
pencahayaan yang baik. Oleh itu, perabot yang banyak tidak digunakan. Perabot yang
sedia ada tetap kami gunakan seperti katil, almari solek dan almari, hanya
kedudukannya sahaja yang diubahsuai agak lebih strategik dan tidak serabut.
Penambahan perabot yang dilakukan hanyalah alas lantai. Alas lantai yang dipilih
adalah bermotifkan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan berwarna-warni. Hal ini bertujuan
untuk meransang penglihatan kanak-kanak yang sukakan warna-warni dan bagi
memberikan keselesaan kepada kanak-kanak apabila mereka duduk di lantai semasa
melakukan aktiviti. Ruang ini dibiarkan kosong tanpa sebarang hiasan selain alas taitai
bagi mengelakkan kesesakan dan menjadikannya sebagai satu ruang yang santai bagi
murid-murid.
Bagi perabot katil pula, kami hanya mencuci cadarnya sahaja kerana cadarnya
agak kotor dan bagi menjaga kebersihan serta memberikan keselesaan kepada murid
24
apabila berehat di katil tersebut. Hiasan yang diletakkan di katil pula adalah seperti
gambar rama-rama dan burung di bahagian kepala katil dan beberapa patung turut
diletakkan di katil. Pada bahagian almari pula, hiasan yang tambah hanyalah gambar
siput yang dicetak dan dilaminate. Manakala pada almari pakaian pula, hanya
diletakkan tirai yang bermotifkan rama-rama dan bunga-bunga agar nampak lebih
menarik dan tidak nampak kosong. Perabot yang digunakan di tunjang kemanusiaan
semuanya selamat dan sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak tajam dan tidak
mempunyai bucu yang tajam dan mampu mencederakan. Kami cuba untuk menjadikan
tunjang yang selamat untuk kanak-kanak dan mampu membuatkan mereka selesa dan
tenang apabila berada ditunjang tersebut.
25
Perabot dan hiasan di tunjang kemanusiaan
26
3.4 Warna dan Hiasan Dalaman
Dalam menyediakan sudut Tunjang Kemanusiaan yang berasaskan Froebelion
ini, kami telah membuat pemilihan warna berdasarkan idea yang dikemukakan oleh
Froebel iaitu “Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik
perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang,
mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman,
binatang dan gambar-gambar.”
Oleh yang demikian, kami mengubahsuai pengudaraan dan pengcahayaan yang
terdapat di sudut tunjang kemanusiaan prasekolah tersebut dengan memilih untuk
mengecat semula dinding prasekolah sebagai langkah permulaan. Warna yang telah
digunakan ialah warna merah jambu dan juga hijau muda.
Sebelum pengubahsuaian dilakukan, ruang bagi sudut tunjang kemanusiaan ini
agak sempit dan suasananya juga agak kelam. Oleh yang demikian, kami telah
mengubah susun atur di sudut ini dengan mengalihkan katil dan tiang penyangkut
pakaian untuk membuka ruangan yang lebih luas kepada murid-murid prasekolah.
27
Selepas Sebelum
Ruangan yang lebih luas dapat mengalirkan pengudaraan yang baik pada sudut
tunjang ini. Murid-murid dapat menimba ilmu dengan selesa apabila berkunjung ke
sudut tunjang ini.
Seperti yang dikatakan oleh Froebel, sudut ini perlulah senang dimasuki cahaya.
Bukan itu sahaja, Froebel juga mengatakan bahawa keadaan bilik tidak seharusnya
sempit kerana ia akan menyukarkan perjalanan aktiviti. Oleh yang demikian, pengalihan
dua perabot utama yang ada di sudut ini telah membolehkan pengcahayaan masuk
untuk memberikan suasana yang dapat merangsang murid-murid prasekolah untuk
belajar dan bermain di sudut tunjang ini.
Seterusnya, kami menggunakan hiasan dalaman yang banyak bertemakan alam
semula jadi. Hal ini kerana Froebel menegaskan bahawa kelas perlulah dipenuhi
dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak. Antara
hiasan-hiasan alam yang kami letakkan pada sudut ini termasuklah:
1. Hiasan rama-rama dan bunga yang berwarna-warni pada almari pakaian di sudut ini.
28
2. Pokok “Keluarga Saya”
3. Taman Mini
29
4. Patung Beruang dan Monyet yang diletakkan di atas katil
5. Puzzle lantai yang berunsurkan buah-buahan, sayur-sayuran dan juga binatang
Selain itu, Froebel juga mengatakan bahawa suasana di taman kanak-kanak
tersebut hendaklahdapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat. Oleh itu
kami telah meletakkan hiasan “Tabiat Baik” pada sudut ini dengan harapan agar murid-
murid prasekolah dapat mempelajari nilai-nilai murni pada sudut ini.
30
Kami juga telah menggunakan hiasan dalaman yang bertemakan
kewarganegaraan di mana kami meletakkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang),
bendera Sabah, gambar-gambar enam orang Perdana Menteri Malaysia, dan juga
gambar-gambar bunga raya. Tujuan kami menggunakan hiasan ini adalah untuk
memupuk semangat patriotik dalam diri kanak-kanak agar mereka dapat mengenali
negara Malaysia dari peringkat awal usia mereka lagi.
31Bendera Sabah (kiri) dan Jalur Gemilang
(kanan)
Akhir sekali, sebagai tambahan kepada sudut tunjang kemanusiaan dan juga
ruang rehat yang diselitkan pada ruangan ini, kami meletakkan bacaan doa sebelum
tidur dan juga doa setelah bangun sebagai panduan untuk membina perwatakan yang
baik kepada kanak-kanak.
32
Gambar Perdana Menteri Malaysia
(atas) dan gambar Bunga Raya (bawah)
Doa Sebelum Tidur dan Doa Selepas
Bangun
3.5 Inovasi
Kami telah menjalankan satu pengubahsuaian bagi sudut tunjang kemanusiaan
di Prasekolah Bestari IPGK Keningau. Semasa melakukan pengubahsuaian sudut bagi
tunjang kemanusiaan, kami telah menggunakan beberapa prinsip Froebel yang kami
inovasikan agar bersesuaian dengan sudut dan tunjang kami.
Setelah diperhatikan, sudut bagi tunjang kemanusiaan boleh dikatakan agak
luas. Namun begitu, sudut tersebut agak panas berbanding dengan sudut-sudut yang
terdapat di Prasekolah Bestari. Hal ini disebabkan cat yang digunakan agak kelam.
Oleh itu, kumpulan kami telah menggambil keputusan untuk mengecat semula dinding
sudut tersebut.
Dinding selepas dicat
Kami telah memilih dua warna sejuk iaitu merah jambu dan hijau untuk mengecat
dinding tersebut. Dalam hal ini, kami telah mengaplikasikan ilmu Pendidikan Seni yang
kami perolehi semasa PPISMP untuk memilih warna yang sesuai agar dapat
menggurangkan rasa panas di sudut tersebut.
Tambahan itu, pemilihan warna ini memenuhi prinsip Froebel yang
menginginkan taman kanak-kanak yang dipenuhi dengan keindahan untuk menarik
perhatian kanak-kanak. Warna-warna yang cerah dan lembut dapat menarik perhatian
kanak-kanak untuk datang ke sudut tersebut.
33
Seterusnya, kami telah menginovasikan prinsip Froebel iaitu “Kelas prasekolah
perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-
kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.” Kami telah
menggunakan tikar yang mempunyai pelbagai bentuk seperti haiwan dan buah-buahan.
Kelebihan bagi tikar ini, ianya boleh disambung dan dibuka semula. Ini dapat menarik
minat murid-murid untuk datang ke sudut kami.
Tikar berbentuk haiwan dan buah-buahan
Bukan itu sahaja, kami turut menggunakan loceng untuk menghasilkan bunyi-
bunyian menurut prinsip Froebel. Untuk menggunakan loceng tersebut, kami telah
membuat origami burung dengan bantuan ahli kumpulan kami iaitu Hasnizah. Ini secara
tidak langsung memenuhi prinsip Froebel mengenai taman yang dipenuhi dengan
binatang. Penggunaan origami ini adalah inovasi dari prinsip-prinsip Froebel.
Origami burung yang digantung loceng.
34
Untuk menjimatkan kos perbelanjaan bagi menghias sudut tersebut, kami telah
menggunakan kembali huruf-huruf polistrene yang sedia ada. Huruf-huruf tersebut
berwarna biru terang, oleh itu kami telah menginovasikannya dengan mengecat bintik-
bintik kuning pada huruf-huruf tersebut. Penggunaan warna yang kontra telah
menyerlahkan warna huruf-huruf tersebut.
Huruf-huruf polistrene yang diguna semula.
Seterusnya, kami telah menggunakan kertas yang telah di-laminate
menggantikan polisterine yang sebelum ini digunakan. Hal ini telah menjimatkan kos
kami kerana polistrene agak mahal. Kami mencetak gambar daripada internet dan
memotong corak tersebut. Corak tersebut akan di-laminate dan dilekat dalam sudut
kami.
Hiasan yang menggunakan polistrene
35
Corak bunga dan daun dicetak dan di-laminate
Hasil daripada inovasi yang telah kami lakukan, kami telah erjaya menjimatkan
kos kami. Bukan itu sahaja, pengaplikasian prinsip Froebel yang dalam sudut itu telah
kami inovasikan agar bersesuaian dengan tunjang kemanusiaan. Ini secara tidak
langsung, kami dilatih untuk kreatif melaksanakan sudut ini.
36
4.0 MODUL AKTIVITI TUNJANG KEMANUSIAAN
4.1 AKTIVITI 1 : MOHD AMDIH BIN SAIDI
TAJUK : Saya Dan Negara Malaysia
TEMPOH MASA : 10 minit
TUNJANG : Tunjang Kemanusiaan
STANDARD PENGAJARAN :
KM 8.1.9 Mengecam bendera malaysia dan bendera negeri sendiri
STANDARD PENGAJARAN YANG DISEPADUKAN :
BM 1.1.7 Mendengar arahan dan memberi respons.
PM 9.1.2 Berani melibatkan diri dalam aktiviti.
PSE 2.3.2 Bertanya dengan yakin dengan bimbingan guru
PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin
OBJEKTIF : selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. Mengenal nama bendera malaysia
2. Mengenalpasti warna-warna yang terdapat pada bendera malaysia
BAHAN DAN SUMBER : Kad board, A4 paper, potongan puzzle
37
STRATEGI PENDEKATAN : Bermain, bertema, bersepadu
PROSEDUR PELAKSANAAN :
1. Murid-murid akan melihat gambar yang disediakan dahulu sebelum dibenarkan
untuk menyentuh puzzle
2. Setelah itu, murid akan diterangkan tentang nama dan warna-warna bendera
Malaysia.
3. Kemudian, murid dibenarkan untuk menyusun puzzle yang disediakan.
4. Berdasarkan penerangan yang diterangkan pada langkah 2, pelajar akan
menyusun puzzle.
5. Murid Berjaya menyusun puzzle samada betul atau salah.
6. Guru pembimbing akan mengajar murid-murid menyusun puzzle secara betul.
7. Pada akhirnya, murid dapat menyusun puzzle secara betul tanpa bimbingan guru
pembimbing.
Refleksi guru:
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini. Dengan kesempatan waktu dan nikmat kesihatan yang Allah S.W.T
kurniakan ini, saya telah berjaya menumpukan sepenuh usaha dan tenaga saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Ribuan terima kasih juga, saya ucapkan buat Cik Fazliaton Ahmad kerana
mengorbankan waktu dan tenaganya untuk berkolaborasi dan berkongsi ilmu bersama
saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa buat ibu bapa saya yang turut
memberikan bantuan dan dorongan dari segi material mahupun mental. Seterusnya,
38
buat rakan seperjuangan sekelas yang telah bersama-sama berjuang dan saling
tolong-menolong dalam mengejar cita-cita bersama.
Tugasan projek yang diberi kepada kami sangat membantu saya untuk bersiap
sedia bagi menghadapi cabaran yang akan datang. Projek yang kami terima berlainan
dari projek yang lalu kerana projek pada kali ini memerlukan perancangan yang
terperinci serta kerjasama kumpulan yang kukuh. Projek pertama yang kami terima
ialah sudut aktiviti tunjang prasekolah yang memerlukan kami untuk merancang dan
membina satu sudut aktiviti berdasarkan enam tunjang prasekolah. Kumpulan kami
telah memilih tunjang kemanusiaan sebagai tunjang yang akan kami sediakan dalam
tugasan projek ini.
Sebelum menerima tugasan ini, saya secara jujurnya tidak memahami dan
mengetahui sebarang tema dalam tunjang kemanusiaan ini, tetapi atas usaha dan
kolaborasi antara ahli kumpulan kami, akhirnya saya dengan jayanya memahami dan
mampu menguraikan sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan tunjang
kemanusiaan ini. Prinsip Froebel menjadi asas dan rujukan dalam melaksanakan
tugasan hiasan sudut tunjang ini. Ini kerana kehendak soalan yang mengarahkan kami
untuk menggunakan prinsip Froebel. Sekali lagi pengetahuan saya tercabar kerana
saya kurang memahami prinsip-prinsip Froebel malahan ada diantara prinsip Froebel
yang langsung saya tidak ketahui. Alhamdulillah setelah berjaya menyiapkan tugasan
ini saya kini boleh menyenaraikan prinsip-prinsip Froebel dan mampu mengadaptasikan
prinsip tersebut dalam aktiviti individu saya.
Saya akui bahawa tugasan hiasan sudut tunjang berkumpulan ini banyak
mendidik saya untuk menjadi seorang pendidik yang berkaliber, kreatif dan inovasi.
Saya banyak mempelajari tentang kemahiran-kemahiran, pendekatan-pendekatan dan
teknik-teknik dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Saya tahu bahawa ilmu-
39
ilmu ini sangat berguna apabila saya sah bergelar sebagai guru prasekolah. Saya perlu
memahami sepenuhnya kandungan kurikulum standard prasekolah kebangsaan
supaya teknik pengajaran saya mudah diterima oleh bakal murid saya nanti.
Tugasan modal aktiviti tunjang pula banyak mengajar saya untuk berdikari
kerana tugasan ini adalah tugasan individu yang memerlukan kegigihan dan semangat
tidak mudah putus asa untuk menyiapkannya. Kami secara individu dikehendakki untuk
menyediakan satu aktiviti pembelajaran untuk disesuaikan di sudut hiasan tunjang
kami. Semangat pada diri saya sangat bergelora pada ketika saya menerima tugasan
ini kerana melalui tugasan ini saya boleh membuktikan bahawa saya mampu untuk
menghasilkan satu aktiviti tunjang yang berkualiti.
Saya memilih tema saya dan Negara saya dalam tunjang kemanusiaan kerana
saya merasakan tema tersebut penting untuk diterapkan dalam diri kanak-kanak pada
masa kini. Walaupun pada mulanya semangat saya berkobar-kobar untuk menyiapkan
tugasan individu ini, fikiran saya mula kusut apabila tiba saatnya saya membuat
perancangan dan objektif yang saya hendak terapkan dalam aktiviti itu. Ini kerana
kelemahan diri saya iaitu sukar membuat keputusan dan mudah mengubah keputusan.
Kelemahan ini selalu menghantui saya sehinggakan saya selalu mencari jalan mudah
untuk menyiapkan kerja yang diberi. Alhamdulillah syukur kepada Illahi, pada tugasan
kali ini saya berjaya untuk mengatasi kelemahan tersebut dan berjaya menyiapkan
aktiviti saya itu. Ketika saya hampir selesai menyiapkan tugasan individu tersebut, saya
baru mengetahui bahawa tugasan individu ini diminta untuk diuji keberkesanannya
ketika menjalani PBS. Saya berasa hampa dengan diri saya sendiri kerana saya
terlepas maklumat yang sepenting itu. Saya harus membuat sikap negatif itu dalam diri
saya agar perancangan yang saya telah rancang tidak akan lari.
40
Ketika menjalani PBS, semua perancang saya berjalan dengan lancar. Respon
murid terhadap aktiviti yang jalankan memberangsangkan kerana saya menggunakan
benda maujud untuk menarik minat kanak-kanak. Saya dapati bahawa kanak-kanak
prasekolah sangat memerlukan bimbingan guru untuk mempelajari sesuatu. Tanpa
bimbingan seorang insane yang bernama guru, kanak-kanak akan terpesong jauh kea
rah yang tidak baik. Saya akui aktiviti yang saya lakukan ini memberi saya ilmu yang
baru iaitu teknik mengawal dan memberi arahan terhadap kanak-kanak. Aktiviti yang
saya lakukan mempunyai beberapa kelemahan tetapi sudah saya perbaikki setelah
menerima komen dari guru prasekolah ditempat saya PBS itu. Saya menyedari bahawa
kolaborasi amat penting untuk memperbaikki kelemahan kita samada kelemahan
individu atau pun kelemahan kumpulan.
Selepas PBS, banyak kelemahan baru yang saya temui terhadap aktiviti saya.
Antara kelemahan tersebut ialah dari segi bahan yang saya gunakan. Bahan yang saya
gunakan tidak sesuai, ini menyebabkan sukar untuk kanak-kanak melakukan aktiviti itu.
Bahan yang saya maksudkan ialah gambar puzzle dalam tugasan individu. Gambar
yang saya sediakan tidak terang dan perkara ini ditegur oleh guru prasekolah dan juga
pensyarah pembimbing kami. Proses penambah baikkan, saya telah menukar gambar
tersebut kepada gambar yang lebih jelas. Saya bersyukur kerana teguran dan kritikan
dari pelbagai pihak membantu saya untuk menyediakan aktiviti yang menjadi lebih
berkualiti dari sebelumnya.
Akhir sekali, saya turut berasa bersyukur kerana dengan tugasan yang diberikan
ini saya belajar cara baru untuk mempersembahkan hasil kerja saya. Jika sebelum ini,
tugasan yang diberikan di sekolah saya siapkan dalam bentuk karangan dan
sebagainya. Kini saya mula belajar untuk mempersembahkan hasil tugasan saya dalam
bentuk tugasan projek.
41
Sebagai seorang bakal guru saya amat menyedari betapa pentingnya nilai
kerjasama, bertolak-ansur dan tolong-menolong diaplikasikan dalam kehidupan.
Dengan adanya kerja kursus ini, nilai-nilai murni ini sedikit sebanyak mula saya tanam
dalam diri saya agar kelak dapat pula saya semaikan nilai ini dalam jiwa anak didik
saya. Malah saya turut berharap agar nilai ini terus subur dalam jiwa saya supaya saya
dapat pula mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari apabila saya ditempatkan
di sekolah kelak.
Hasil nukilan,
(MOHD. AMDIH BIN SAIDI)
Guru Pelatih
PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013
42
4.2 AKTIVITI 2 : NURUL SYAFIKAH BINTI AHMAD
TAJUK / NAMA AKTIVITI : Mari mengenal kad budaya
TEMPOH MASA :15 MINIT
TUNJANG : KEMANUSIAAN
STANDARD PENGAJARAN :
KM 7.1 Mengenal pakaian tradisional masyarakat Malaysia
KM 7.3 Mengenal permainan tradisional pelbagai kaum Malaysia
KM 7.6 Mengenal makanan tradisional pelbagai kaum Malaysia
STANDARD PENGAJARAN YANG DISEPADUKAN:
BM 3.5 Membaca perkataan
PM 14.1 Mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan seharian
PFK 2.1 Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor
ST 2.3 Membanding dan mengelaskan objek
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ;
i. Membatangkan (mengeja sambil membaca) perkataan mengikut sukukata
ii. Bersedia menunggu giliran untuk membuat tugasan
iii. Menunjukkan sikap positif seperti (sabar, berdikari dan berkeyakinan)
iv. Membanding dan mengumpulkan kad berdasarkan warna
v. Mengenal pakaian tradisional masyarakat Melayu, Cina dan India
vi. Mengenal permainan tradisional masyarakat Melayu, Cina dan India
vii. Mengenal makanan tradisional masyarakat Melayu, Cina dan India
43
BAHAN / SUMBER :
i. Polistrin berwarna (merah jambu, ungu dan hijau)
ii. Kertas warna (merah, jingga, biru dan kuning)
iii. Reben
iv. Kertas laminate
v. Pita pendua
vi. Gunting
STRATEGI / PENDEKATAN
i. Belajar melalui bermain
ii. Bersepadu
PROSUDER PERLAKSANAAN
i. Murid membaca kategori yang pertama iaitu pakaian tradisional. Murid mencari
kad yang berwarna merah dan memadankan mengikut bangsa Melayu, Cina dan
India.
ii. Murid membaca kategori yang kedua iaitu makanan tradisional. Murid mencari
kad yang berwarna biru dan memadankan mengikut bangsa Melayu, Cina dan
India.
iii. Murid membaca kategori yang ketiga iaitu perayaan. Murid mencari kad yang
berwarna kuning dan memadankan mengikut bangsa Melayu, Cina dan India.
iv. Murid membaca kategori yang keempat iaitu permainan tradisional. Murid
mencari kad yang berwarna jingga dan memadankan mengikut bangsa Melayu,
Cina dan India.
v. Murid memeriksa jawapan berpandukan kad arahan yang disediakan.
44
Refleksi guru:
Dalam melaksanakan modul “mari bermain kad budaya” ini, pelbagai rujukan dan
inovasi telah saya lakukan agar objektif dan modul saya ini memenuhi prinsip Froebel.
Oleh itu, saya telah memilih warna-warna yang ceria kerana salah satu prinsip Frobel
adalah berkaitan dengan warna. Selain itu, saya juga menggunakan polistrin agar ia
lebih selamat dan sesuai untuk kanak-kanak prasekolah. Polistrin itu juga saya potong
berbentuk segi empat agar lebih kemas dan menarik.
Saya telah melaksanakan modul “mari bermain kad budaya” ini di sekolah SK
Kunak Dua semasa saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 1 – 5
April 2013. Sebelum melaksanakan modul ini di prasekolah SK Kunak Dua, saya telah
meminta izin dahulu daripada guru besar dan guru prasekolah, syukur Alhamdulillah
saya diizinkan juga untuk melaksanakan modul ini. Saya telah meletakkan modul saya
ini di kelas prasekolah 1 dari hari selasa sehinggalah hari jumaat.
Pada hari selasa, saya telah membawa modul ke kelas prasekolah 1, dan Cikgu
Subinah telah menunjukkan saya tunjang kemanusiaan yang terdapat di prasekolah
tersebut. Namun, di tunjang kemanusiaan yang terdapat di prasekolah tersebut sudah
penuh dengan hiasan dan tiada ruang untuk saya meletakkan modul saya ini.
Memandangkan modul tunjang kemanusiaan yang terdapat di sekolah ini bersebelahan
dengan pintu kedua prasekolah, maka saya mengambil inisiatif untuk menggantungkan
modul saya ini di pintu tersebut.
Semasa menggantungkan modul saya ini, murid-murid di prasekolah tersebut
berasa sangat teruja dan banyak bertanyakan soalan tentang apa yang saya pasang.
Saya berasa sangat gembira kerana mendapat respon yang sangat positif daripada
guru dan murid-murid di prasekolah tersebut. Setelah siap menggantungkan modul
saya ini, saya menerangkan kepada Cikgu Subinah berkaitan modul saya ini dan
memberitahu yang murid di prasekolah ini boleh bermain modul saya ini sehingga hari
jumaat.
45
Pada awalnya saya sangat risau jika modul saya ini tidak berjaya kerana modul
saya ini agak sukar dilaksanakan jika murid-murid belum pandai membaca dan belum
mengenal warna. Tetapi sangkaan saya meleset kerana terdapat ramai murid yang
telah pandai membaca di prasekolah 1 ini. Semua objektif saya tercapai, malahan saya
tidak perlu menerangkan panjang lebar kepada murid kerana mereka telah pandai
membaca dan mereka dapat memahami apa yang perlu dilakukan apabila membaca
kad arahan yang telah saya sediakan.
Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid berasa teruja untuk melakukan
aktiviti dan mereka berlumba-lumba untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Pada hari rabu,
saya mengambil sedikit masa untuk melakukan aktiviti modul saya sekali lagi dan
empat orang murid telah sukarela untuk melakukan modul saya. Murid di prasekolah
tersebut agak mudah untuk melakukan modul aktiviti saya kerana mereka telah pandai
membaca, mengenal warna dan telah mempelajari bangsa-bangsa utama di Malaysia
iaitu Melayu, Cina dan India. Untuk menghargai kerjasama yang diberikan oleh murid-
murid di sana, saya juga memberikan mereka sedikit hadiah kerana satu bentuk
ganjaran mampu memotivasikan pelajar untuk berusaha dengan lebih tekun lagi.
Selain itu, Cikgu Subinah turut memberikan pujian atas modul saya ini dan
beliau berasa gembira jika saya sudi untuk membiarkan modul itu saya tinggalkan di
sana. Menurut beliau, selain modul itu digunakan untuk bermain oleh murid, modul itu
juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa mengajar tentang
kebudayaan Melayu, Cina dan India. Menurut beliau model ini menarik kerana
warnanya yang menyerlah dan mudah menarik perhatian. Menurut beliau lagi,
walaupun banyak jenis kebudayaan, tetapi diasingkan mengikut warna, dan ini sangat
baik kerana murid akan lebih mudah untuk melaksanakan aktiviti ini. Murid hanya perlu
mencari kad berdasarkan warna tertentu untuk memadankan dengan aspek
kebudayaan. Penambahbaikan yang disarankan adalah mengecilkan saiz modul agar
tidak memerlukan ruang yang lebih besar dan sesuai di mana sahaja.
46
Apabila saya melaksanakan modul saya ini di Prasekolah Bestari IPG Keningau,
objektif saya tidak tercapai kerana murid-muridnya belum pandai membaca dan
terdapat murid yang belum mengenal warna. Jadi, modul aktiviti saya ini belum sesuai
untuk digunakan pada masa ini di prasekolah IPG Keningau. Objektif saya mungkin
akan tercapai apabila murid-murid sudah menguasai kemahiran membaca kelak.
Berdasarkan modul yang saya telah laksanakan ini, pelbagai pengajaran yang
telah saya perolehi. Bagi saya, pada masa akan datang saya seharusnya
melaksanakan modul aktiviti yang lebih mudah dan bersesuaian untuk semua murid
walaupun mereka menguasai kemahiran membaca ataupun tidak. Selain itu, saya juga
seharusnya membuat modul yang bersaiz lebih kecil dan praktikal untuk semua jenis
ruang. Di samping itu, saya juga merancang untuk mengubahsuai kaedah untuk
mempamerkan bahan modul aktiviti ini supaya lebih praktikal.
Gambar-gambar modul aktiviti saya;
47
Semasa modul aktiviti dijalankan di sekolah
48
Semasa modul aktiviti dijalankan di sekolah
Murid merasa gembira dapat
menyiapkan tugasan dan mendapat
hadiah.
Semasa penilaian oleh pensyarah
pembimbing
Hasil nukilan,
(NURUL SYAFIKAH BINTI AHMAD)
Guru Pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013
4.3 AKTIVITI 3 : SITI SAFIAH BINTI DANAN
TAJUK ATAU NAMA AKTIVITI : Memancing Anggota Badan
TEMPOH MASA : 20 Minit
TUNJANG : Tunjang Kemanusiaan
STANDARD PENGAJARAN :
KM 1.12 Menceritakan tentang diri sendiri
49
Murid merasa gembira dapat
menyiapkan tugasan dan mendapat
hadiah
Semasa penilaian oleh pensyarah
pembimbing
Murid Prasekolah 1 SK Kunak Dua
STANDARD PENGAJARAN YANG DISEPADUKAN :
ST 3.1.2 Mengenalpasti bahagian tubuh badan
BM 1.1.7 Mendengar arahan dan memberi respon
P.S.E 3.2.3 Berkongsi barangan dan peralatan
PM 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam aktiviti
PFK 2.2.5 Membuat pergerakan tangan secara simulasi seperti menolak kotak, menarik
tali dan lain-lain.
OBJEKTIF : selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. Mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat pada tubuh badan
2. Mengeja suku kata untuk bahagian-bahagian yang terdapat pada tubuh badan
3. Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan
BAHAN DAN SUMBER : Bakul, pemancing, kad suku kata, kad gambar tubuh badan
STRATEGI PENDEKATAN : Bermain, bertema, bersepadu
PROSEDUR PELAKSANAAN :
1. Murid-murid akan memancing kad gambar tubuh badan yang terdapat di dalam
bakul yang berwarna biru.
2. Setelah itu, murid akan membaca suku kata yang terdapat pada kad gambar
yang telah dipancing.
3. Kemudian, mereka akan memancing kad suku kata yang terdapat pada bakul
yang berwarna merah jambu yang sepadan dengan kad gambar.
50
4. Akhir sekali, mereka akan melekatkan kedua-dua kad tersebut dan
menyimpannya dalam bakul berwarna hijau.
5. Jawapan akan diperiksa melalui pemadanan suku kata yang terdapat pada kad
gambar dan kad suku kata.
REFLEKSI GURU :
Soalan tugasan telah meminta untuk kami untuk melaksanakan satu aktiviti
semasa PBS. Aktiviti ini harus dilaksanakan di Prasekolah yang terdapat di sekolah
tersebut. Oleh itu, saya telah melaksanakan aktiviti saya di Prasekolah SK. Banjar. Di
sekolah tersebut, terdapat dua kelas prasekolah iaitu Pra- A dan Pra-B.
Saya banyak memfokuskan kepada permainan yang telah saya jalankan, sama
ada ia mencapai objektif atau tidak. Nama permainan ini ialah ‘Memancing Anggota
Badan’. Pemilihan tema bagi aktiviti ini adalah berdasarkan tunjang kumpulan kami,
iaitu tunjang kemanusiaan.
Aktiviti ini saya laksanakan pada hari rabu, 03 April 2013. Ketika itu, murid-murid
Prasekolah SK. Banjar sedang rehat. Sementara menunggu mereka menghabiskan
makanan mereka, saya telah menyiapkan tempat bagi melaksanakan aktiviti tersebut.
Aktiviti tersebut tidaklah memerlukan ruang yang begitu besar atau luas, namun
terdapat tiga bakul yang dipenuhi kad gambar dan kad suku kata. Oleh itu, saya tetap
memerlukan ruang agar murid-murid selesa untuk melaksanakan aktiviti tersebut.
Semasa melaksanakan aktiviti ini, terdapat dua orang lagi rakan saya yang turut
sama melaksanakan aktiviti mereka di kelas yang sama, Pra-B. Oleh itu, kami telah
membahagi murid-murid agar mereka dapat bermain dengan aktiviti kami secara
sekata.
51
Beberapa orang murid tertarik untuk bermain dengan permainan saya. Hal ini
kerana permainan ini menggunakan pemancing untuk memancing kad gambar dan kad
nama yang disediakan dalam bakul biru dan merah jambu.
Aktiviti memerlukan mereka untuk memadankan kad gambar yang telah
dipancing dengan kad suku kata. Namun begitu, murid-murid di Prasekolah SK. Banjar
pada ketika itu belum begitu pandai membaca. Mereka menghadapi sedikit kesukaran
untuk memadankan kad gambar yang telah dipancing dengan kad suku kata tersebut.
Lantaran itu, saya telah mengajar murid-murid di Pra-B untuk mengeja kad suku
kata yang telah mereka pancing. Ini secara tidak langsung membantu mereka untuk
menguasai suku kata dan membaca. Mereka turut belajar untuk membaca suku kata
tersebut.
Untuk murid-murid kelas Pra-B, aktiviti ini kira telah mencapai objektifnya. Murid-
murid dapat mengenal bahagian-bahagian tubuh badan. Mereka juga belajar mengeja
dan membaca suku kata yang terdapat pada kad suku kata.
Keesokkannya, saya dan rakan-rakan melaksanakan lagi aktiviti kami di kelas
Pra-A. Di kelas ini, terdapat 6 orang murid yang tidak turut makan bersama murid-murid
yang lain. Oleh itu, setelah kami menyusun aktiviti-aktiviti kami, guru kelas Pra-A telah
membantu kami untuk membahagikan murid-murid yang akan bermain aktiviti kami
tersebut.
52
Untuk kelas ini, saya telah melakukan mengubahsuaian sedikit langkah untuk
bermain permainan ini, iaitu dengan memancing kad suku kata dahulu, lalu mengajar
mereka mengeja. Setelah itu, barulah mereka akan memancing kad gambar mengikut
kad suku kata tadi.
Guru kelas Pra-A, Puan Marcella memuji aktiviti saya kerana membantu murid-
murid untuk mengeja perkataan. Murid-murid dalam kelas ini cepat belajar kerana
setelah habis bermain, mereka masih lagi mengeja-eja suku kata yang telah diajar
sebentar tadi.
Aktiviti ini memerlukan bimbingan guru atau pembantu ketika mereka bermain
kerana mereka belum pandai membaca. Ini merupakan kekangan yang saya hadapi
kerana belum menjawab soalan yang diberikan iaitu permainan haruslah boleh dimain
oleh murid-murid tersebut secara bersendirian tanpa bantuan daripada guru ataupun
pembantu.
Oleh kerana kekangan murid-murid masih belum pandai membaca, saya telah
mengubahsuai kembali aktiviti tersebut agar murid-murid boleh belajar sambil bermain
tanpa memerlukan bantuan guru atau pembantu. Saya telah menggunakan kad gambar
yang mempunyai suku kata. Jika murid-murid memancing kad gambar tersebut, mereka
akan memadankankan suku kata yang terdapat pada kad gambar tersebut dengan kad
suku kata. Pengubahsuaian ini kira berjaya setelah dimainkan oleh murid-murid
Prasekolah Bestari.
Saya juga telah me-laminate-kan kertas-kertas yang saya guna untuk membuat
kad gambar dan suku kata tersebut. Hal ini kerana terdapat beberapa kad suku kata
yang terkena air dan tidak dapat digunakan semula. Oleh itu, saya telah mengambil
53
inisiatif agar kad-kad tersebut kalis air. Bukan itu sahaja, pemancing yang digunakan
juga telah diganti dengan pemancing yang mempunyai magnet yang kuat agar ia dapat
menarik kad-kad tersebut.
Saya memperolehi banyak ilmu pengetahuan semasa melaksanakan aktiviti ini.
antaranya ialah bagaimana untuk mengawal murid-murid daripada berebut semasa
bermain, dan menerangkan mereka arahan dengan bahasa yang mudah dan jelas.
Saya akui kolaborasi amat penting kerana hasil daripada kolaborasi bersama guru
kelas Pra-A, saya telah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya.
Konklusinya, aktiviti ini banyak memperkembangkan kemahiran kognitif saya
sebagai seorang guru. Penghasilan aktiviti ini memerlukan saya untuk mengkaji
kekuatan serta kelemahannya agar dapat membantu memperkembangkan potensi
murid-murid secara keseluruhan.
Saya berharap dengan melaksanakan aktiviti ini, dapat membantu saya untuk
belajar untuk menjadi seorang guru yang lebih baik, meneliti setiap kekangan dan
memperbaiki diri sendiri pada masa akan datang. Akhir kata dari saya, yang baik
datangnya dari ALLAH, dan yang buruk datang dari saya. Sekian, terima kasih.
54
Hasil nukilan,
(SITI SAFIAH BINTI DANAN)
Guru Pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013
55
4.4 AKTIVITI 4 : HASNIZAH BINTI ABDILLAH
Tajuk/Nama aktiviti : Badan Saya
Masa : 10 minit
Tunjang/Kemahiran : Kemanusiaan
Standard Pembelajaran :
KM 1.1.2 Menceritakan tentang diri sendiri (contoh : nama, umur, jantina, bangsa, hobi
Standard Pembelajaran yang disepadukan :
BM 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberi respons dengan bimbingan
BM 2.1.7 Menamakan objek di persekitaran
PM 9.1.3 Berani melibatkan dalam aktiviti
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i. Mengetahui tentang beberapa bahagian-bahagian
anggota badan
ii. Mengenal tiga bentuk geometri seperti bulat, segi
empat dan segi tiga.
Bahan/sumber : Mounting board, Styrofoam, double tape, cello tape.
56
Strategi/pendekatan : Bermain, bertema dan bersepadu
Prosedur pelaksanaan :
1. Memutarkan roda untuk pilihan bentuk yang ingin dipasang.
2. Mencari bentuk-bentuk dalam kotak yang disediakan.
3. Memadankan bentuk yang didapati pada rangka yang telah disediakan.
Refleksi
Aktiviti bagi modul ini, saya laksanakan di sekolah saya mengadakan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Lubukan,
Sandakan. Di sekolah ini, hanya terdapat sebuah kelas prasekolah yang mempunyai
seramai 22 orang pelajar. Masa yang saya pilih bagi melaksanakan aktiviti ini ialah
pada hari rabu bersamaan 03 April 2013 pada pukul 08.30 pagi dengan mengambil
sedikit masa Pengajaran dan Pembelajaran cikgu tersebut iaitu cikgu Mohd. Fairul
Jilang.
Dalam melaksanakan modul ini, perkara yang ingin saya fokuskan ialah kanak-
kanak dapat mengenal beberapa bahagian-bahagian anggota badan dan mengetahui
sekurang-kurangnya tiga bentuk geometri. Hal ini saya tekankan kerana tempoh masa
yang dilalui oleh kanak-kanak di prasekolah belum sampai ke tahap pembelajaran
kompleks iaitu masih pada tahap mengenal dan memahami. Aktiviti ini sebenarnya
agak biasa dilakukan kanak-kanak tetapi saya inovasikan lagi dengan aktiviti yang juga
agak menjadi kebiasaan dalam setiap permainan kanak-kanak.
Setelah melaksanakan modul aktiviti saya di prasekolah tempat saya melaksanakan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya dapati kebanyakan kanak-kanak sudah
pernah bermain dengan bahan seakan-akan aktiviti saya. Ini menjadi satu kelebihan
57
bagi saya untuk melaksanakan aktiviti itu dengan mudah. Selain itu, penggunaan bahan
yang agak menonjol juga menjadikan kanak-kanak tertarik untuk bermain dengan
bahan aktiviti saya. Dengan ini saya dapati bahawa tarikan terhadap minat kanak-kanak
perlu kita ketahui agar dapat membawa mereka turut serta dalam aktiviti di kelas.
Namun begitu, setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Dalam modul aktiviti ini,
salah satu yang menjadi masalah saya ialah bahan yang tidak kukuh. Kelalaian
terhadap sikap dan fitrah kanak-kanak yang aktif bergerak terutama untuk aktiviti
bermain menjadikan saya lupa untuk menggunakan bahan-bahan yang mampu
bertahan lama.
Oleh itu sebagai langkah penambahbaikan saya menggantikan styrofoam yang
kecil dan nipis kepada styrofoam tebal untuk roda memilih bentuk serta mewarna
semula rangka badan yang berbentuk geometri bagi menutup kekotoran yang terdapat
pada mouting board tersebut. Bentuk yang ingin dimasukkan di dalam rangka badan itu
juga ada yang telah patah kerana kanak-kanak berebut untuk memadankan, dengan ini
saya mengukuhkan tyrofoam tersebut dengan menampalkan mounting board di
bahagian belakangnya.
Semasa melaksanakan aktiviti ini, kanak-kanak agak sedikit janggal melihat saya
memberi arahan tentang cara melaksanakan aktiviti tersebut. Namun setelah bermain,
mereka agak seronok di samping gurunya turut serta bertanya kepada mereka tentang
bentuk-bentuk dan anggota badang yang kanak-kanak sedang pasangkan. Cikgu
Mohd. Fairul ada meminta sedikit kepastian tentang modul saya, beliau menyatakan
cara permainan aktiviti ini dan saya menyetujui kerana apa yang dikatakan
sememangnya tepat dengan apa yang ingin saya laksanakan. Dalam pada itu beliau
juga memberikan komen bahawa aktiviti yang saya sediakan agak bersesuaian kerana
kanak-kanak kebanyakannya pernah terdedah dengan aktiviti yang belum diinovasikan
58
secara tidak langsung di luar kelas dan juga aktiviti mudah kanak-kanak mainkan jika
hanya diletakkan di sesuatu sudut atau tunjang.
Hasil nukilan,
(HASNIZAH BINTI ABDILLAH)
Guru Pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013
59
4.5 AKTIVITI 5 : NURHIDAYU BINTI AWANG SAHIRI
Tajuk : Saya dan Rumah Saya
Tempoh Masa : 10 minit
Tunjang : Tunjang Kemanusiaan
Standard Pembelajaran Utama :
KM 2.2.1 Bercerita dengan bimbingan tentang rumah kediaman sendiri.
KM 2.2.2 Bercerita tentang rumah kediaman sendiri.
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
BM 2.1.7 Menamakan objek di persekitaran.
BM 3.5.1 Membatangkan (mengeja sambil membaca) dua suku kata untuk menjadi
perkataan dengan bimbingan.
PM 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam aktiviti.
PM 12.1.2 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan.
PSE 2.3.2 Bertanya dengan yakin dengan bimbingan guru.
PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin.
Objektif : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. mengenal pasti objek yang terdapat dalam rumah.
2. menyebut/menamakan objek dengan tepat.
60
Bahan/Sumber : Permainan kad gambar dan kad nama.
Strategi/Pendekatan : bertema, bermain, bersepadu.
Prosedur pelaksanaan :
1. Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu ataupun berkumpulan. (2-3 orang)
2. Murid mengambil 7 keping kad bagi setiap seorang. Kad-kad yang selebihnya
dikumpulkan di satu tempat.
3. Murid meletakkan satu kad gambar/nama, kemudian mencari pasangan kad
tersebut dan memadankannya dengan kad gambar/nama yang telah diletakkan.
4. Aktiviti berakhir apabila kesemua kad gambar/nama yang ada pada murid
tersebut habis dipadankan.
Refleksi guru:
Saya telah memilih tema “Saya dan Rumah Saya” sebagai akar bagi aktiviti ini.
Aktiviti ini bertujuan untuk merangsang murid untuk mengenali persekitaran murid,
khususnya rumah kediaman mereka. Saya memilih aktiviti kad gambar dan kad nama
ini untuk mengajar murid akan suku kata dan cara menyebut sesuatu perkataan itu.
Atas sebab-sebab inilah saya menghasilkan modul aktiviti ini.
Aktiviti ini telah saya bawa ke sekolah yang saya kunjungi iaitu Sekolah
Kebangsaan Buang Sayang, Papar semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Fasa 1 pada 1 April 2013 hingga 5 April 2013 yang lalu. Aktiviti ini dijalankan di kelas
Prasekolah S.K. Buang Sayang, Papar. Aktiviti ini dijalankan di luar masa pengajaran &
pembelajaran (P&P) agar ia tidak mengganggu sesi P&P murid-murid prasekolah. Saya
61
hanya membenarkan murid-murid bermain dengan modul aktiviti ini pada waktu pagi,
iaitu sebelum kelas bermula dan juga waktu selepas kelas sekitar jam 12 tengah hari.
Pada permulaannya, saya menjadikan aktiviti ini ala-ala puzzle di mana saya
mencantumkan gambar dan nama yang berbeza pada setiap kad tersebut. Murid-murid
akan mengeluarkan satu kad lalu mencari pasangannya pada kad yang lain. Kad yang
disambung itu mestilah pasangan gambar dan juga namanya. Bukan itu sahaja, aktiviti
ini mulanya dijalankan secara berkumpulan.
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya mendapati satu kelemahan pada aktiviti ini
iaitu aktiviti ini tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana sebilangan besar murid-
murid prasekolah pada peringkat ini iaitu April 2013 masih tidak tahu membaca dan
menyebut suku kata. Guru prasekolah di S.K. Buang Sayang Papar, Puan Nor Farhana
binti Aripin@Ariffin memberi komen dan cadangan yang mana aktiviti ini memerlukan
murid-murid yang pandai membaca untuk bermainnya.
Sekembali dari PBS Fasa 1, saya sekali lagi menjalankan aktiviti ini di
Prasekolah IPG Kampus Keningau untuk melihat keberkesanan aktiviti ini di sini pula.
Walau bagaimanapun, perkara yang sama terjadi. Murid-murid yang kebanyakannya
belum pandai membaca agak terkial-kial bermain dengan kad-kad gambar dan nama
ini.
Oleh yang demikian saya mengambil inisiatif untuk memberi petunjuk kepada
murid-murid dalam permainan ini melalui senarai gambar dan nama yang telah dibuat
pada luar kotak aktiviti ini. Dengan adanya petunjuk ini, murid bukan sahaja boleh
menyemak sendiri jawapan mereka, malah mereka juga boleh belajar mengeja dan
menyebut perkataan tersebut tanpa bimbingan daripada guru.
62
Walaupun aktiviti ini agak sukar bagi kanak-kanak yang belum pandai membaca,
namun saya dapati mereka tetap berasa seronok dengan aktiviti ini. Alhamdulillah,
setelah bermain kad gambar dan nama ini kebanyakan mereka tahu menyebut nama
bagi sesuatu objek yang terdapat dalam rumah.Bukan itu sahaja, ada di antara mereka
yang mampu untuk mengeja perkataan dengan betul.
Kesimpulannya aktiviti ini agak sukar dimainkan bagi kanak-kanak yang baru
mula belajar membaca, namun saya gembira hasil yang diperoleh daripada aktiviti ini
menunjukkan kesan yang positif. Ini menunjukkan aktiviti ini mampu untuk melatih
murid untuk membaca dan mengeja serta mengenali barang-barang yang terdapat di
dalam rumah.
Saya bersyukur kerana dengan menjayakan aktiviti ini saya dapat melihat
bagaimana perkembangan kanak-kanak ditingkatkan melalui pengajaran secara
bermain sambil belajar. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya atas segala
tunjuk ajar yang telah diberikan. Sekian.
Hasil nukilan,
(NURHIDAYU BINTI AWANG SAHIRI)
Guru Pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013
63
C. PENUTUP
5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhan, kami ada menyentuh mengenai Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan juga prasekolah. Secara ringkasnya, Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan rujukan utama bagi guru-guru
prasekolah kerana kurikulum ini digubal sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak. Manakala
prasekolah pula merupakan program bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek dan sebagai persediaan sebelum memasuki tahun satu di sekolah formal.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini sangat membantu guru untuk
melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di prasekolah dan salah satu
pelaksanaannya adalah menerusi sudut bagi tunjang yang terdapat dalam prasekolah.
Tugasan ini membahagikan kami kepada beberapa kumpulan iaitu seramai lima
orang dalam satu kumpulan. Tugasan kami ialah menyediakan sudut bagi tunjang-
tunjang dengan menggunakan prinsip daripada teori Froebel. Dalam pengagihan
kumpulan, kami mendapat tunjang kemanusiaan sebagai sudut yang perlu kami hiasi.
Sebagai langkah pertama, kami mula dengan menyenaraikan prinsip-prinsip Froebel
dan juga aspek kandungan bagi tunjang kemanusiaan di dalam satu kertas sebagai
senarai semak. Setelah mendalami prinsip Froebel, kami seterusnya pergi melihat
sudut tunjang yang sedia ada di prasekolah untuk membuat pelan bagi susun atur dan
juga penyediaan aspek kandungan bagi tunjang kemanusiaan.
Setelah mengetahui penyediaan yang perlu kami lengkapkan, kami
mengagihkan beberapa tugasan bagi setiap bahagian di sudut tunjang misalnya aspek
keluarga saya disiapkan oleh Hasnizah, aspek egara saya pula oleh Amdih, Syafikah
meangambil tajuk budaya saya, Safiah membuat aspek diri saya dan Hidayu
64
menyediakan nilai dan moral. Walaupun kami mengagihkan tugas, namun kami tetap
melakukannya bersama.
Antara penerapan prinsip Froebel yang kami gunakan ialah warna yang cerah.
Kami memulakan sudut tunjang dengan mengecat semula mengikut kesesuaian warna
sebagaimana yang terdapat di dalam prinsip Froebel. Kemudian pelan bagi kedudukan
perabot yang sedia ada seperti katil, laci dan meja kami susun mengikut kesesuaian
peredaran udara dan pencahayaan. Seterusnya hiasan kami banyak menerapkan
bentuk-bentuk yang pelbagai saiz.
Bagi modul aktiviti kami pula, ruangan untuk aktiviti sememangnya telah kami
sediakan. Dalam setiap modul terdapat penerapan prinsip Froebel dan aspek-aspek
yang terdapat di dalam tunjang kemanusiaan. Antara modul aktiviti yang dilaksanakan
oleh ahli kumpulan kami adalah seperti puzzle jalur gemilang oleh Amdih yang
menggunakan prinsip bentuk dan juga aspek kenegaraan, Safiah pula melakukan
aktiviti memancing anggota badan iaitu dengan menerapkan huruf dan suku kata ke
dalam bentuk-bentuk dalam pada bahan modulnya, kemudian Nurul Syafikah yang
menekankan aspek kebudayaan telah menerapkan warna dan bentuk pada modul
aktiviti yang bernama mari bermain kad budaya, Hidayu pula lebih penekanan kepada
prinsip bentuk dalam aktiviti memadankan kad bagi aspek kemasyarakatan dan
Hasnizah merangkumi aspek bentuk dan warna bagi mengenal anggota badan iaitu
lebih kepada aspek diri saya.
Secara konklusinya, menerusi tugasan ini kami dapat mengetahui dan
memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip yang ditekankan dalam teori
Froebel. Selain itu, kami juga dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan
aspek-aspek yang terdapat di dalam tunjang kemanusiaan. Di samping itu, kami juga
mendalami cara dan kesusahan seorang guru dalam menyediakan sudut bagi setiap
65
tunjang. Tugasan yang diberikan telah memberikan pendedahan awal kepada kami
dalam menyiapkan sesuatu tunjang dan modul aktiviti. Pengalaman baharu yang kami
dapati juga sangat membantu kami memahami sesuatu teori dan pengendalian sudut
tunjang secara sistematik. Diharapkan tugasan ini mampu kami jadikan sebagai
panduan apabila menjadi guru prasekolah kelak.
66
6.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnianya akhirnya kami
berjaya juga menyiapkan tugasan PRA 3102 ini. Tugasan PRA 3102 ini telah diberikan
kepada kami pada 5 Mac 2013 dan tarikh serahannya adalah pada 13 April 2013.
Tempoh tugasan ini adalah selama satu bulan. Tugasan ini dilaksanakan secara
berkumpulan dan kumpulan kami terdiri daripada lima orang iaitu Amdih, Syafikah,
Safiah, Hasnizah dan juga Hidayu. Tugasan ini adalah berkaitan dengan tunjang-
tunjang yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Setiap kumpulan diberikan tugas untuk menghias tunjang berdasarkan prinsip-prinsip
Froebel dan kumpulan kami iaitu Iguana telah diberikan tugas untuk menghias tunjang
kemanusiaan yang terdapat di Prasekolah Bestari IPG Keningau. Selain itu, kami juga
diberikan tugasan secara individu iaitu menghasilkan satu modul aktiviti yang berkaitan
dengan tunjang kami dan melaksanakannya di prasekolah semasa kami menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
Setelah mendapat tugasan ini, kami telah melakukan meja bulat iaitu
perbincangan bagi merancang hiasan yang akan kami lakukan di tunjang kemanusiaan.
Sebelum merancang, kami terlebih dahulu telah mencari maklumat berkaitan dengan
prinsip-prinsip Froebel agar tunjang yang akan kami hasilkan nanti telah bertentangan
dengan prinsip-prinsip Froebel. Oleh itu, kami telah mencari maklumat daripada sumber
internet dan juga buku-buku rujukan daripada pusat sumber. Setelah mendapatkan
maklumat, barulah kami merancang bagaimana kami ingin menghias tunjang kami ini.
Hasil daripada perbincangan, kami telah menyenaraikan bahan-bahan yang
perlu kami beli bagi merealisasikan apa yang kami rancang. Oleh itu, kami telah
mengumpul sebanyak RM50 setiap seorang bagi membeli bahan-bahan hiasan tunjang
kami. Bahan yang pertama kami beli adalah cat, kerana kami telah merancang untuk
67
membeli cat bagi menukar cat yang terdapat pada tunjang kami. Hal ini kerana, pada
awalnya cat yang terdapat di tunjang kami itu adalah putih dan lasti agak suram dan
panas kerana kedudukan tunjang kami ini agak tersembunyi dan tertutup. Bagi
mendapatkan cat yang sesuai, kami telah pergi ke kedai cat dan berkolaborasi dengan
pemilik kedai cat tersebut.
Semasa proses kolaborasi tersebut, kami sangat teruja, kerana ini merupakan
pertama kali kami membeli dan melihat sendiri sesuatu cat itu dihasilkan. Walaupun cat
yang kami beli ini agak mahal, namun kami sangat berpuas hati dengan warna cat yang
di hasilkan. Kami hanya perlu memilih kod warna cat yang kami inginkan, dan cat
tersebut akan dibancuh menggunakan lastic. Secara tidak langsung, dalam menyiapkan
tugasan ini kami juga belajar tentang cat, bak kata pepatah “sambil menyelam minum
air”.
Selain daripada membeli cat, kami juga membeli alatan untuk mengecat seperti
berus cat dan bekas pengecat. Kami juga telah membeli hiasan lain seperti polistrin,
pita pelekat, kertas warna,loceng, pokok hiasan dan sebagainya. Selain membeli
bahan, terdapat juga bahan yang merupakan sumbangan oleh ahli kumpulan kami.
Setelah membeli bahan-bahan untuk tunjang, pada malamnya kami mula mengecat
tunjang kami kerana kami merancang untuk menyiapkan mengecat sebelum cuti agar
kerja kami berjalan dengan lancer kerana masih banyak kerja lain yang harus kami
siapkan seperti tugasan modul.
Syukur Alhamdulillah, dalam masa satu malam kami telah Berjaya menyiapkan
proses mengecat, kami telah memilih untuk mengecat warna hijau di bahagian atas dan
bawah, manakala pada bahagian tengah pula berwarna merah jambu pada satu sisi.
Pada sisi sebelah pula, kami mengecat warna merah jambu pada bahagian atas dan
bawah manakala bahagian tengah pula adalah hijau. Setelah di cat, perubahan yang
68
sangat besar dapat kami lihat, seperti kawasan tunjang kami kelihatan luas dan menjadi
agak sejuk berbanding sebelum di cat. Oleh itu, warna cat yang kami pilih ini
memainkan peranan yang sangat besar, selain warnanya yang menarik dan memenuhi
prinsip Froebel, ruang juga kelihatan besar dan sejuk.
Setelah siap mengecat, kami mula menyusun atur perabot yang terdapat di
tunjang kami. Kami telah mengubah susun atur katil agak kelihatan lebih selesa dan
tidak menghalang sumber cahaya dan pengudaraan daripada memasuki kawasan
tunjang. Di samping itu, kami juga menyiapkan beberapa hiasan seperti pokok
keluarga, diri saya dan burung origami yang kami gantungkan di tingkap cermin yang
terdapat di tunjang tersebut. Kami merancang agar sebelum cuti kami dapat
menyiapkan proses mengecat dan sedikit hiasan di tunjang agar selepas cuti kami tidak
akan kesuntukan masa untuk menyiapkan tunjang kami. Di samping itu, kami juga
berharap selepas cuti kami akan mendapat pelbagai idea lain lagi bagi menghias
tunjang kemanusiaan kami.
Setelah cuti dan menjalani PBS, kami membuat perbincangan lagi tentang apa
yang igin kami lakukan lagi dalam menghias tunjang kami. Kami telah mula membuat
mini taman yang ringkas dan tidak terlalu besar agar tidak terlalu semak dan
menganggu murid-murid. Dalam menghasilkan mini taman tersebut, kami telah
membuat sendiri pagar mini taman tersebut menggunakan polistrin berwarna dan tali
bagi mencantumkan pagar-pagar tersebut menggunakan tali dan meletakkan daun
plastik yang menjalar bagi menghiasi pagar tersebut. Selain itu, untuk hiasan taman
mini tersebut kami menggunakan pokok hiasan, rumput hiasan dan juga haiwan hiasan
agar tidak membahaya untuk kanak-kanak jika mereka bermain di taman mini tersebut.
Di samping itu, untuk hiasan lain pula, kami hanya menampal dan
manggantungkannya di dinding agar di kawasan lantai tidak terlalu sesak dan
69
memberikan satu ruang yang santai untuk kanak-kanak apabila mereka berada di
tunjang tersebut. Permainan yang terdapat di tunjang kami hanyalah modul-modul
aktiviti yang telah kami hasilkan agar kawasan tunjang kami tidak terlalu sesak serta
kelihatan kemas dan teratur. Selain itu, bahan-bahan yang kami gunakan senagai
hiasan juga semuanya berkaitan dengan aspek-aspek yang terdapat dalam tunjang
kemanusiaan seperti diri saya, kenegeraan, alam bahan dan sebagainya agar tunjang
yang kami hasilkan tidak lari daripada prinsip-prinsip Froebel dan aspek-aspek yang
terdapat di dalam tunjang kemanusiaan.
Semasa menyiapkan tugasan ini, kami juga menghadapi beberapa kekangan
dan masalah-masalah kecil. Antaranya adalah keadaan tunjang kami yang
sememangnya kosong tanpa sebarang hiasan. Hanya terdapat nama tunjang dan
perabot seperti katil dan almari. Namun, walaupun keadaan tunjang kami tiada hiasan
seperti tunjang yang lain, hal ini tidak kami jadikan sebagai kekangan. Malah kami
menjadikannya kami sebagai satu cabaran untuk menghasilkan satu tunjang
kemanusiaan yang memenuhi prinsip-prinsip Froebel dan aspek-aspek yang terdapat
dalam tunjang kemanusiaan. Selain itu, kekangan masa dan komitmean, lain juga
salah satu masalah yang kami hadapi. Tempoh masa menyiapkan projek yang singkat
dan ditambah dengan cuit dan PBS selama dua minggu menyebabkan kami tidak
berada di IPG selama dua minggu. Hal ini menyebabkan kerja-kerja menyiapkan
tunjang telah tergendala buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, kami telah
berkorban masa kami sehingga lewat malam dan berkampung di prasekolah bagi
menyiapkan tunjang kami ini, semangat kerjasama sekumpulan yang ditunjukkan
membuatkan kami semakin bersemangat untuk menyiapkan tunjang kami ini. Walaupun
masing-masing mempunyai komitmen lain dan terdapat tugasan lain yang harus
disiapkan, namun kami tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menyiapkan
tugasan ini.
70
Selain itu, kami juga agak ragu-ragu dalam melakukan sesuatu perubahan di
tunjang kami ini kerana kami takut jika perubahan yang kami lakukan itu bertentangan
dengan prinsip Froebel. Oleh itu, sebelum melakukan sebarang perubahan, kami akan
sentiasa merujuk prinsip-prinsip Froebel dan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Di samping itu, kolaborasi di antara ahli kumpulan dan pensyarah
pembimbing juga menyebabkan tugasan kami menjadi lebih mudah dan banyak idea-
idea yang bernas terhasil.
Bagi tugasan individu pula iaitu modul aktiviti, kami telah melakukan
perbincangan juga berkaitan aktiviti yang akan kami lakukan agar aktiviti kami itu
bersesuaian dengan tunjang kami dan tidak ada aktiviti yang sama di antara dalam
kumpulan. Selain itu, kami juga melakukan kolaborasi untuk bertukar idea agar dapat
membantu rakan-rakan sekumpulan dalam merancang modul aktiviti yang ingin
dilaksanakan di sekolah semasa PBS. Di samping itu, kami juga saling membantu
dalam menyiapkan modul aktiviti rakan-rakan yang belumsiap dan perlu diperbaiki agar
semua modul aktiviti dapat disiapkan dan mencapai objektif.
Walaupun tugasan ini hanyalah pelengkap syarat kami untuk memenuhi kursus
yang kami ambil, namun, bagi kami iainya merupakan peluang keemasan bagi kami
untuk meningkatkan potensi dalam diri kami sebagai pelatih guru. Semoga apa yang
telah kami pelajari dalam PRA 3102 ini akan bermanfaat kepada kami setiap waktu
terutamanya apabila kami menjadi guru kelak. Apa yang pasti, setiap masalah akan
membuka peluang. Sungguhpun demikian, segalanya adalah berkat pertolongan Allah
s.w.t, tunjuk ajar pensyarah dan bantuan daripada rakan-rakan yang tidak pernah
membiarkan rakan yang lain berseorangan mengharungi saat-saat getir. Semoga apa
yang kami perolehi akan bermanfaat dunia dan akhirat.
71
Kesimpulannya, diharapkan tugasan ini mampu memberikan impak yang baik
kepada diri kami sekumpulan dan pelatih guru yang lain kerana PRA 3102 (Pengajian
Kurikulum dan Model Prasekolah) memberikan implikasi yang sangat besar kepada
kami bakal guru khususnya apabila kami menjadi guru kelak. Agar kami mampu
menjadi guru yang diiinginkan oleh Negara kita. Selain itu,kerja kursus ini juga
merupakan titik permulaan kami untuk bersedia memikul tanggungjawab sebagai guru
prasekolah apabila tamat pengajian kelak. Sebagai guru prasekolah,kami sepatutnya
memiliki ilmu yang secukupnya merangkumi semua aspek pendidikan agar mampu
membimbing anak didik kita kearah kecemerlangan ilmu dunia dan akhirat.
72
7.0 BIBLIOGRAFI
(a) Buku
Mok Soon Sang. (2010). Pengurusan Kurikulum. Puchong: Penerbitan Multimeia Sdn.
Bhd.
Nor Hashimah Hashim, Dr. & Yahya Che Lah. (2012). Panduan Pendidikan Prasekolah.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Saayah Abu, Surayah Zaidon, Siti Saleha Samsuri. (2006). Panduan Untuk Pengurusan
Tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Saayah Abu. (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
(b) Internet
Portal Rasmi KPM. (2012). Prasekolah. Diperolehi pada 5 Mac 2013 daripada
(http://www.moe.gov.my/v/prasekolah)
Portal Rasmi KPM. (2012). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Diperolehi
pada 6 Mac 2013 daripada (http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=310&Itemid=473&lang=en)
73
74
75
76
10.0 LAMPIRAN
10.1 Soalan Tugasan
10.2 Gambar-Gambar Projek
10.3 Bahan Rujukan
77
78
79
10.2 GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROJEK DILAKSANAKAN
Gambar sebelum projek dilaksanakan
80
81
82
Gambar selepas selesai tugasan projek
83
84
85
gambar menyiapkan tugasan projek
86
87
88
pelaksanaan aktiviti tunjang
10.3 BAHAN-BAHAN RUJUKAN
89