Download - Kkbi - Huraian Peta Minda
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
1/32
1
1.0 Aktiviti Prabacaan.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
2/32
2
1.1 Pengenalan Prabacaan
Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan
memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca.
Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara
semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting
dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak. Aktiviti
prabacaan dapat membentuk kesediaan membaca merangkumi fizikal,
emosi dan mental
1.2 Faktor Kesediaan Membaca.
Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima
pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan
membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan
dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas
mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.
Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan
sebarang aktiviti bacaan, faktor kesediaan membaca merangkumi
keadaan fizikal, pengalaman serta kesediaan, daya diskriminasi,
penguasaan bahasa, kecerdasan dan perkembangan kognitif untuk
menerima pengajaran bacaan asas
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
3/32
3
Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut
keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan
diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan
pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.
Dari daya diskriminasi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi
minatnya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan
bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan
berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk
mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita.
Dari segi kecerdasan dan perkembangan kognitif, kemampuan kanak-
kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang
diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah
diketahuinya. Dari sudut penguasaan bahasa, ada kanak-kanak bersedia
membaca seawal umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak hanya
bersedia membaca setelah berumur enam tahun.
Selain itu, faktor pengalaman amat mempengaruhi kesediaan kanak-
kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan
pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di
sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita
untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-
kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
4/32
4
1.3 Kaedah Prabacaan
1.3.1 Kaedah Abjad (Tahap prabacaan).
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah
mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh
guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali
nama, bentuk dan mengecam huruf abjad. Setelah murid
menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta
bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata
secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola,
buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan.
Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada
sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.
Misalnya untuk perkataan buku, mula-mula disebut nama hurufbi
dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu; kemudian disebut
nama hurufkedan yudikuti penyebutan bunyi suku kata ku, dan
akhir disebut perkataan buku. Penekanan terhadap nama abjad
dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu.
Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai,
umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu
bunyi sahaja.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
5/32
5
Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya
satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu
atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong.
dengan satu vokal atau diftong. Dengan perkataan lain, struktur
suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti.
Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata.
Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk
perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja
perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak
memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini
menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca.
Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu
belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca
dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan
sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan
dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada
mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini.
1.3.2 Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis).
Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang
penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang
memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih
menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan
dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
6/32
6
perkataan. Contoh lambang b bukannya bi tetapi disebut beh, a
disebut ah dan begitulah seterusnya.
Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa
Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya.
Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca
melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru.
Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari
sejumlah perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan
unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut, dan
kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-
bunyi yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah
dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-
perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana,
mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan
mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf
dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-
beza.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
7/32
7
1.3.3 Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman).
Kaedah ini juga dikenali dengan kaedah perkataan, kaedah
rangkai kata, dan kaedah ayat. Kaedah ini lebih menumpukan
kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar
untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan
bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu.
Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu
masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan
pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan
gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut,
kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud
yang terdapat di dalam gambar tersebut.
1.3.4 Kaedah Frasa.
Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsur-
unsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca.
Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang
lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat
murid-murid daripada perkataan.
Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga
perkataan yang mudah, contohnya:
Ini baju
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
8/32
8
Ini bola
Itu dadu
Itu buku
Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-
yat mudah, misalnya:
Ini baju saya
Ini bola saya
Itu dadu saya
Itu buku Ahmad
Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar
terdapat peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang
senang kepada yang susah. Dengan cara ini juga perkataan-
perkataan yang baru dapat diperkenalkan.
1.3.5 Kaedah Kalimat.
Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan
kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna.
Guru akan menulis dan membaca satu kalimat daripada pertuturan
beberapa kali. Kemudian murid-murid disuruh mengulangi
membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid
ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk kalimat itu.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
9/32
9
Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam
kalimat-kalimat baru.
Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam
perkataan diperkenalkan. Pengetahuan mengenai unsur-unsur
kemudiannya digunakan untuk membentuk kemampuan mengenal
perkataan baru secara tepat dan berdikari.
1.4 Aktiviti Prabacaan
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada
tiga jenis iaitu
i. pengamatan penglihatan
ii. pendengaran
iii. pergerakan mata & tangan.
1.4.1 Kemahiran Pengamatan Penglihatan
Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai
jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti
memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa
kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau
perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan
kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
10/32
10
corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan
ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada
menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan
iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar
kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh
itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat,
mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru
harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi
menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru
harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila
dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.
1.4.2 Kemahiran Pendengaran
Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama
pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan
adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini
membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum
berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh
digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan
yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar.
Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat.
Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama
elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan
kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
11/32
11
langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah
bertutur dengan kanak kanak atau membaca kepada kanak-
kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang
mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa.
Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca.
1.4.3 Kemahiran Pergerakan Mata Dan Tangan
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan
tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan
seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat
penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak
belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk
menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan
peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak
memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau
pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama
melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan
yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat
membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set
bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi
harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakannya.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
12/32
12
2.0 Aktiviti Pratulisan
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
13/32
13
2.1 Pengenalan Pratulisan
Menurut Khairudin Mohamad (2011), pratulisan merupakan suatu
kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupaaan
menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan
untuk membentuk huruf. Oleh itu, penguasaan kemahiran pratulisan
mernaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan
mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis. Latihan-latihan
pratulisan menitikberatkan perkara-perkara berikut:
a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan
b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis
dengan selesa dan sempurna.
c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
d) Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.
2.2 Strategi pengajaran pratulisan
Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima
pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun
didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun
begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut
memberikan kemahiran pratulisan kepada murid. Latihan pergerakan
tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
14/32
14
dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini
dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan
seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.
2.2.1 Latihan-latihan Pergerakan Tangan
Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti seperti menggenggam
dan membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang,
menggenggam dan menghancurkan atau meronyok sehelai daun
atau kertas, mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang
dan memegang benda-benda seperti pensel dengan cara guru
menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara yang
betul. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari,
menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari
dan sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju dan
sebagainya serta latihan membuka dan mengikat semula tali kasut
juga merupakan latihan pergerakan tangan . Latihan
menggerakkan jari ini supaya murid-murid bersedia untuk
menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai
latihan penggunaan otot-otot tapak tangan dengan aktiviti membuat
bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh
dengan air.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
15/32
15
2.2.2 Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis
Dengan Sempurna
Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini
bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa dan
sempurna. Selain itu latihan membentuk garisan lurus, latihan
membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus boleh
dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar-gambar
mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek
gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat
menulis dengan lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh
dilakukan melalui aktiviti melukis bentuk bebas menggunakan jari di
udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa menggunakan alat tulis
seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di atas pasir
atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, Huruf
kertas pasir. Membuat rantai secara bebas turut membantu murid
membentuk huruf akhirnya.
2.2.3 Latihan Pergerakan Mata
Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan
tangan, membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk
atau dipegang oleh guru. Aktiviti seperti menutup sebelah mata,
melihat dan menyebut benda yang ditunjuk oleh guru dan dibawa
dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain seperti menyebut
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
16/32
16
benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya
guru boleh menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut
bentuk asas objek.
2.2.4 Latihan Kordinasi Mata dan Tangan
Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan
merupakan latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktivitiaktiviti
lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun , mencantum dan
mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain
dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau
sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi
benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda yang
tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat
garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna
dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi
kordinasi mata dan tangan.
Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan
tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul,
mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.
Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk
huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis
mekanis.
Berikut ini adalah beberapa contoh kegiatan pra tulisan
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
17/32
17
i. Mari Menabung
Alat yang diperlukan:
o Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang,
pstikan lubang berada tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal
ini agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan.
o Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai
ukuran)
Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata
tangan, serta melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta
pergelangan tangan (bila anak mencuba memasukkan duit syiling
/butang baju dengan pelbagai posisi lubang.
ii. Membantu Menjemur
Alat yang diperlukan:
o Penyepit kain
o Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin
o Tali diikat diantara dua kerusi)
Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih kekuatan
jari-jari dan koordinasi dua tangan serta koordinasi mata-tangan.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
18/32
18
2.3 Kaedah Meningkatkan Kemahiran Pratulisan
Terdapat lima kaedah yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan
kemahiran pratulisan dalam kalangan murid, iaitu :
2.3.1 Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik
selaras kemampuan dan perkembangan emosi serta mental murid-
murid.
2.3.2 Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses
koordinasi otot motor tangan dan mata murid-murid untuk
mengasah kemahiran menulis.
2.3.3 Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid-murid
dapat menguasai kemahiran asas dengan mudah.
2.3.4 Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek
murid mantap serta membantu membina kemahiran menghasilkan
tulisan yang cantik dan kemas.
2.3.5 Perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar. Mulakan
dengan huruf yang bentuknya seakan sama seperti a, c, g, d dan
sebagainya. Rasionalnya memperkenalkan huruf kecil dahulu
kerana huruf kecil lebih banyak digunakan dalam aktiviti penulisan
seharian, disamping bentuknya yang lebih kurang sama. (Khairudin
Mohamad, 2012)
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
19/32
19
3.0 Pemulihan Bacaan
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
20/32
20
3.1 Pengenalan
Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan
bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada
bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan
terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini supaya dapat
menyebut suku kata, perkataan dan ayat dengan lancar. Terdapat dua
faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca
a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti
kecerdasanberbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan
pengalaman sedia ada.
b) Faktor yang ada pada bahan bacaan
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi
perbendaharaan kata,panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur
cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik
3.2 Kaedah Pemulihan Bacaan
3.2.1 Kaedah Fonetik
Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah
pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
21/32
21
berbeza akan menyebabkan penerima anakustik yang berbeza.
Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah
ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan
bunyi seperti:
Bibir
Gigi
Gusi
Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah
Rongga tekak
Rongga mulut
3.2.2 Kaedah Abjad
Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid.
Melalui aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid
supaya menguasai dan menghafal huruf a sehingga z dengan
urutan yang betul. Justeru, guru perlu melaksanakanaktiviti berikut:
Nyanyian lagu A,B,C,..
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
22/32
22
Menayangkan huruf satu persatu secara berulang
Padanan abjad
Menyebut huruf satu persatu secara berulang.
3.2.3 Latihan Pandang dan Sebut
Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang
perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai
kemahiran membaca. Latihan ini juga melibatkan penggunaan
gambar untuk merangsang murid supaya bertutur.
3.2.4 Aktiviti Permainan Bahasa
Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk
menguasai kemahiran membaca. Antara permainan yang boleh
dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk
pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf, permainan
baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku
kata kv,kvk, kv+kv, dan kv+kvk.
3.2.5 Pengolahan Bahan Pengajaran
Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting
dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui
pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti
memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina,
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
23/32
23
menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah
menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.
3.3 Aktiviti Pemulihan Bacaan
3.3.1 Saringan dan diagnosis.
Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan
dan diagnosis untuk mengesan dan menentukan kelemahan
membaca. Cara-cara ini adalah seperti berikut :
i. memerhatikan murid yang sedang membaca.
ii. menilai jawapan mereka dari soal selidik guru.
iii. menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan.
iv. mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca.
v. memberi ujian tara.
vi. memberi ujian yang direka oleh guru.
vii. memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau
tambahan).
Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan
untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
24/32
24
3.3.2 Latih dan Pengukuhan.
Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya
dalam peringkat-peringkat permulaan. Penerangan, tunjuk cara
serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diajar sesuai
dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat
diikuti dengan mudah
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
25/32
25
4.0 Pemulihan Tulisan
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
26/32
26
4.1 Pengenalan
Tulisan ialah lambing-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan
dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis
adalah proses memindahkan lambing-lambang bunyi yang tersusun bagi
melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
Objektif pemulihan tulisan bertujuan menjadikan tulisan yang ditulis oleh
murid-murid mudah dibaca.
4.2 Peringkat-peringkat Perkembangan Menulis
4.2.1 Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-
kanak bagi menyediakan diri kea rah melahirkan lambing-lambang
bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada
peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas
permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran
mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh
meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut
Peringkat pra tulisan ini adalah peringkat kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta koordinasi mata
tangan.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
27/32
27
4.2.2 Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pratulisan, sepatutnya mereka
telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang
betul dan selesa. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran
dalam penulisan mekanis, murid-murid diminta untuk membentuk
huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
menunjukkan kemajuan barulah latihan membentuk huruf
diberikan. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid dapat :
i. Kemahiran mengawal dan memegang pensel
ii. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut
urutan
iii. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan
tulisan.
4.2.3 Tulisan Kreatif.
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis.
Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan
kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk
menghasilkan daya kreativiti masing-masing.
4.3 Masalah Penulisan.
Masalah penulisan yang lazim berlaku di kalangan kanak-kanak
pemulihan seperti :
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
28/32
28
i. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
ii. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
iii. Huruf yang ditulis bertindih.
iv. Mengulang huruf-huruf yang ditulis.
v. Menulis mengikut arah kanan ke kiri.
vi. Menulis dengan urutan yang salah bagi huruf atau perkataan.
vii. Menyalin huruf atau perkataan tidak mengikut tertib yang betul dan
teratur.
4.4 Kaedah Pemulihan Tulisan.
4.4.1 Saringan dan Diagnosis.
Cara yang paling mudah untuk mengesan atau membuat saringan
dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada seperti dalam
buku latihan, nota dan sebagainya. Walaubagaimana pun, cara ini
kurang memuaskan kerana ada murid yang tulisannya memuaskan
jika diberi masa yang cukup dan murid itu juga mungkin dapat
menulis dengan baik jika masa yang diberi terhad.
Cara berikut mungkin membantu guru mengesan atau membuat
saringan dengan mudah di dalam bilik darjah :
i. Ayat atau perenggan biasa boleh digunakan untuk menulis
asalkan tidak mengandungi perkataan yang menghentikan
murid menulis kerana kerumitan mengeja dan isi kandungan
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
29/32
29
mestilah yang ada kaitan dengan pengalama seterusnya
mudah difahami oleh murid.
ii. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali,
guru boleh menyuruh murid menulis ayat tersebut lima kali
tanpa menghadkan masa.
iii. Setelah murid selesai menulis, guru boleh menyuruh
menyalin semula ayat tersebut seberapa banyak yang boleh
dengan masa dihadkan.
iv. Seterusnya, guru boleh menilai tulisan-tulisan tersebut dari
segi kualiti tulisan dengan masa yang tidak terhad dan masa
yang dihadkan, juga kadar penulisan dalam masa terhad.
v. Dari ujian ini, guru dapat mengesan murid yang memerlukan
pemulihan tulisan atau pun tidak.
4.4.2 Latihan Sebelum Menulis.
Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan
menggunakan jari mereka. Latihan ini boleh dikelolakan di dalam
kelas. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan
ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan
garis lurus.
4.4.3 Latihan dan Pengukuhan.
Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya
dalam peringkat-peringkat permulaan. Penerangan, tunjuk cara
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
30/32
30
serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diajar sesuai
dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat
diikuti dengan mudah. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran
kerja bertulis perlu disediakan oleh guru dengan sempurna.
Banyakkan latihan dan beri bantuan secara individu bagi murid
pemulihan.
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
31/32
31
Refleksi
Pada 7 Januari 2012 yang lalu, pelajar PPG SN 2 telah diberi satu tugasan kerja
kursus pendek bagi mata pelajaran Literasi Bahasa (WAJ3104). Kami diberi masa
selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang ditetapkan,
kami telah dikehendaki melaksanakan tugasan mencari, mengumpul, mengolah dan
memahami maklumat tentang aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan
pemulihan menulis.
Perkara pertama yang kami lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa
supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Kami
terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit
maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam nota pembelajaran saya, jadi ini juga
merupakan kekangan yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan.. Kami juga
menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan
ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan lantaran
jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, kami telah berjaya mendapat
maklumat tambahan, namun ia masih tidak mencukupi dalam membantu kami
menyiapkan tugasan ini dengan lebih sempurna.
Justeru, sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kami
berbincang bersama ahli kumpulan dan mendapatkan rujukan daripada pensyarah iaitu
Pn. Noor Sham binti Sabtu selaku pensyarah pembimbing kami yang berpengalaman
luas dalam subjek ini. Secara ikhlas, kami mengakui pensyarah kami banyak membantu
dalam menyelesaikan kerja kursus ini.. Namun, walaupun menghadapi pelbagai
-
7/29/2019 Kkbi - Huraian Peta Minda
32/32
masalah, kami telah berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.
Kerjasama yang erat di antara ahli kumpulan serta rakan sekelas merupakan
pemangkin kepada kami untuk menghasilkan tugasan yang terbaik. Kerja kursus ini
juga dapat mendedahkan kepada kami bahawa pengajaran dan pembelajaran
memerlukan kreativiti dari seorang guru dan tugas mendidik murid-muridnya mestilah
disertai dengan rasa tanggungjawab. Melalui kerja kursus ini juga, kemahiran membuat
keputusan telah dapat dilatih. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan
dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada
masa yang akan datang.
Disediakan oleh ;
Pn. Hamidah bt. Abd. Hamid@Salleh
Pn. Azizah bt. IndahPPG Sains 2