KESEDIAAN GURU TEKNIKAL UNTUK MENGAJAR MATA PELAJARAN
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DALAM BAHASA INGGERIS DI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI KELANTAN DAN TERENGGANU.
KAMARUZZAMAN BIN HAMZAH
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Awam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ibuku,
Kamariah Bte Abu Bakar,
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Segala dorongan dan pengorbanan dan doamu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui
dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Yusri Bin
Kamin selaku penyelia projek yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar,
teguran serta pandangan yang membina sehingga membolehkan penulis menyiapkan
projek ini dengan jayanya.
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi pendapat dan berkongsi
pengetahuan dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini diucapkan berbanyak terima
kasih. Segala pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi bersama akan diingati
sehingga akhir hayat. Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada ketua-
ketua bidang kejuruteraan di setiap Sekolah Menengah Teknik di Kelantan dan
Terengganu yang telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada penulis.
Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Satu kajian deskriptif telah dijalankan bagi tujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru teknikal untuk mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Teknik. Terdapat empat aspek berkaitan kesediaan guru yang dilihat iaitu sikap guru, keyakinan guru, penguasaan guru dan persediaan guru. Jumlah sampel yang terlibat adalah seramai 37 orang guru teknikal yang mengajar Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik sekitar negeri Kelantan dan Terengganu. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data maklumat yang diperolehi telah di proses dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastistical Packages For The Social Science” versi 10.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan guru teknikal di Kelantan dan Terengganu bersikap positif walaupun mempunyai keyakinan yang rendah untuk mengajar Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris. Pengetahuan dan kemahiran guru teknikal dalam bahasa Inggeris perlulah dipertingkatkan lagi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.
vi
ABSTRACT
A descriptive survey was conducted in order to explore and determine the readiness of technical teacher to teach Civil Engineering Studies in English. There are four aspects that has been determined in this reaserch. The four aspects are the attitude of the technical teacher, the confidence of the technical teacher, the mastery of English literature and the preparation of the technical teacher to teach in English. The number of sampel as taken were 37 technical teachers that teaches Civil Engineering Studies in Technical Schools in Kelantan and Terengganu. Questionnaire has been used as research instrument. Data analysis was carried out using SPSS (Statistical Package for Social Science Version 10.0). Data collected has analyzed using descriptive statistic and percentage. Research findings showed that the technical teacher from the two state shows positive attitude although they have low confidence to teach Civil Engineering Studies in English. Knowledge and skills of technical teacher in English Language must be upgrade to ensure good result in teaching.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PERHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definasi Terminologi 9
viii
II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 12
2.2 Peranan Guru 12
2.3 Guru dan Kesediaan 13
2.4 Kepentingan Bahasa Inggeris 16
2.5 Kemahiran Berkomunikasi Guru Dalam
Bahasa Inggeris 16
2.6 Keperluan Untuk Guru Mengajar Dalam
Bahasa Inggeris 19
2.7 Sikap Guru 19
2.8 Penguasaan Guru 20
2.9 Kemahiran Guru 21
2.10 Keyakinan Guru 22
III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.3 Tempat Kajian 24
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 26
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Prosedur Kajian 28
3.8 Analisis Data 29
3.9 Penutup 30
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 31
ix
4.2 Keputusan Analisis Bahagian A 32
4.2.1 Jantina 32
4.2.2 Bangsa 33
4.2.3 Pengalaman Mengajar 33
4.2.4 Kelayakan Iktisas 34
4.2.5 Bahasa Pertuturan Seharian 34
4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 35
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 35
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 39
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 43
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 46
4.4 Rumusan Analisis Data 49
V RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Rumusan 52
5.3 Perbincangan 52
5.3.1 Perbincangan Sikap Guru
Teknikal 52
5.3.2 Perbincangan keyakinan Guru
Teknikal 55
5.3.3 Perbincangan Penguasaan Bahasa
Inggeris Guru Teknikal 56
5.3.4 Perbincangan Persediaan Guru
Teknikal 59
5.4 Kesimpulan 60
5.5 Cadangan Kajian 61
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.7 Penutup 63
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Sekolah Menengah Teknik di Kelantan dan Terengganu 24
3.2 Populasi dan Sampel Di Setiap Sekolah Menengah
Teknik Di Kelantan dan Terengganu 25
3.3 Pecahan Item Soal Selidik 26
3.4 Skor Skala Likert 27
3.5 Pekali Alpha Cronbach 28
3.6 Tahap Penilaian Peratusan Terhadap Fakta 29
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 34
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas 34
4.5 Taburan Responden Mengikut Bahasa Pertuturan
Seharian 35
4.6 Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Aspek
Sikap Guru Terhadap Pengajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam Dalam Bahasa Inggeris 37
4.7 Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Aspek
Keyakinan Guru Teknikal Untuk Mengajar Pengajian
Kejuruteraan Awam Dalam Bahasa Inggeris 41
4.8 Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Aspek
Tahap Penguasaan Guru Teknikal Dalam Bahasa
Inggeris 44
xii
4.9 Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Aspek
Persediaan Guru Teknikal Untuk Mengajar
Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Dalam
Bahasa Inggeris 48
4.10 Rumusan Analisis Dalam Peratusan 50
xiii
SENARAI SINGKATAN BBM - Bahan Bantu Mengajar
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
FP - Fakulti Pendidikan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
SPSS - Statistical Package Of Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Borang Soal Selidik 69
B Surat Kebenaran Menjalankan
Kajian daripada BPPDP 77
C Surat Pengenalan Diri Daripada
Fakulti Pendidikan, UTM 80
D Pengesahan Kesahan Item Soal
Selidik 82
1
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Kepentingan penguasaan bahasa Inggeris pada masa kini menjadi agenda negara
terutamanya dalam era globalisasi. Penggunaan bahasa Inggeris dijadikan sebagai
bahasa ilmu untuk membolehkan manusia bersaing di peringkat antarabangsa.
Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di dunia dipertuturkan oleh lebih
daripada 340 juta manusia. bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa utama di
negara maju seperti Britain dan Amarika Syarikat.
Menurut Braj B. Kachru (1996), di Asia dapat dilihat Hong Kong, Thailand dan
Malaysia beransur-ansur mengambil bahagian secara aktif dalam isu kepentingan ilmu
bahasa dan bahasa Inggeris menjadi salah satu kepentingan dalam kehidupan Asia ialah
disebabkan oleh budaya, bahasa, cara berinteraksi, perbualan, ekonomi dan
kesungguhan politik.
Dalam usaha mencapai hasrat yang termaktub dalam Wawasan 2020, Malaysia
telah dan sedang mengalami banyak perubahan. Keperluan-keperluan baru perlu
dipenuhi agar negara kita dapat mencapai taraf sebuah negara maju dalam tempoh yang
terdekat ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Jabatan Pendidikan
Teknikal juga tidak ketinggalan dalam usaha mencapai hasrat wawasan negara.
2
Lantaran itu KPM mengambil langkah drastik untuk menerapkan komponen-komponen
baru dalam kurikulum pendidikan di negara ini selaras dengan perkembangan terkini.
Perubahan kurikulum dalam sistem pendidikan negara mengikut peredaran waktu dan
keperluan semasa.
Semenjak mencapai Kemerdekaan 36 tahun lalu, Malaysia telah berkembang
dengan pesatnya dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan. Sistem
pendidikan di Malaysia telah berubah dan terpaksa menerima cabaran-cabaran
disebabkan oleh perubahan-perubahan itu. Begitu juga pendidikan vokasional dan
teknikal telah berubah dan berkembang bagi mencapai Wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian, sekaligus negara maju (Shahril,
1993).
“… Untuk menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan
sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan
berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang
kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.”
(Kerajaan Malaysia, 1991)
Penguasaan bahasa Inggeris amat penting untuk bersaing dalam pelbagai bidang
samaada ekonomi, teknologi, pendidikan ataupun politik. Maka dengan itu setiap
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal di Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.
Usaha meninggikan bahasa Inggeris adalah baik. Ia selari dengan keperluan
semasa menjadikan Malaysia pusat pendidikan di rantau ini, dan dengan usaha kerajaan
untuk menggalakkan anak-anak watan merebut peluang ekonomi (perniagaan, pelaburan
dan lain-lain) di luar negara. Penguasaan Bahasa Inggeris ini menjadikan warga
3
Malaysia setanding dengan warga dari negara maju yang lain. Perkembangan ini
seimbang dengan arus globalisasi (Robiah, 1998).
Menurut Tun Dr. Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang
Pembekalan (2003), “satu lagi industri yang berpotensi untuk dimajukan oleh pengusaha
Malaysia ialah pendidikan atau pelajaran. Permintaan untuk pendidikan telah meningkat
dengan tinggi kerana perkembangan k-ekonomi. Rata-rata pekerja yang
berpengetahuan, ‘knowledge workers’, diperlukan. Juga kefasihan dalam bahasa
Inggeris sudah menjadi begitu penting.”
Sebagai langkah mengekalkan kedudukan negara agar setanding dengan negara-
negara lain di dunia dalam bidang sains dan teknologi, penguasaan bahasa Inggeris perlu
dipertingkatkan. Mulai tahun 1994, Kementerian Pendidikan juga mengizinkan
penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran-mata pelajaran teknikal seperti
Teknologi maklumat di peringkat pengajian tinggi (Kamarudin, 1995).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, "mereka
mengatakan apakah melalui pengajaran dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan
Matematik ialah cara yang terbaik untuk menguasai bahasa itu. Jadi kita melihat ini
tidak ada percanggahan daripada segi matlamat yang sebenarnya" (Utusan Malaysia, 4
April 2005).
1.2 Latar Belakang Masalah
Berdasarkan ekuiti pendidikan dalam Pembangunan Pendidikan 2000-2010,
Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan bahawa kurikulum pendidikan negara
menepati keperluan pasaran kerja dan industri khususnya dalam penguasaan bahasa
terutamanya bahasa Inggeris.
4
Bagi mencapai matlamat tersebut seseorang guru perlulah mempunyai
kemahiran dan pengetahuan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu kemahiran mengajar di
kalangan guru-guru yang terlibat dengan mata pelajaran tersebut perlulah
dipertingkatkan supaya mutu bahasa Inggeris pelajar dapat dipertingkatkan.
“It is the nature of the communicative approach to foreign language
teaching that the teachers should be effective and pedagogically-oriented
communicators themselves. It is therefore of the great importance the the
foreign language teacher should be able to use the target language in a
communicative way, i.e. in such way that he or she is able to initiate
communicative situations in te classroom, assist the learners in finding
their own learning goals and methods and … to encourage understanding
and the use of foreign language-even thoughh comprehension is difficult
and uttering/ carusing the language problem.”
( Council of Europe, 1983)
Menurut Christoph Edelhoff (1985), kecekapan menggunakan bahasa Inggeris
adalah sesuatu perkara dan apa yang lebih penting ialah sikap guru itu sendiri terhadap
pembelajaran antarabangsa. Ini bermaksud sikap guru untuk bersedia menerima
komunikasi tindak balas antara manusia dalam semua kebolehan, pendapat, bangsa dan
latar belakang sosial. Kefahaman terhadap kebebasan manusia, pembangunan demokrasi
dan penggayaan individu. Tuntutan kebebasan berkomunikasi sewajarnya mendapat
perhatian pelajar, keperluan mereka dan kelantangan menganggap pengajaran untuk
membolehkan mereka membangunkan bakat dengan cara yang tersendiri sebagai ahli
dalam kumpulan atau individu.
Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik. Pada awal tahun 2006 pengajaran dalam bahasa Inggeris bagi mata
pelajaran teknikal telah dilaksanakan. Perubahan pengajaran menggunakan bahasa
5
Melayu kepada bahasa Inggeris ini selaras dengan kehendak perkembangan pendidikan
negara. Justeru itu para guru hendaklah bersedia untuk melaksanakannya agar matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia akan tercapai. Menurut Esah (2003), guru hendaklah
peka terhadap perubahan kurikulum dan kehendak masyarakat serta negara. Dengan ini,
guru perlu sentiasa mengikuti perkembangan ilmu dan mengemas kini bahan serta
kemahiran yang perlu diajar. Penerimaan guru teknikal terhadap perubahan ini sedikit
sebanyak akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Matlamat untuk melahirkan pelajar yang berilmu tidak akan tercapai jika
guru bersikap sambil lewa terhadap betapa pentingnya kepenggunaan bahasa Inggeris
pada masa kini. Peranan guru di dalam bilik darjah adalah signifikan mempengaruhi
sikap dan pencapaian pelajar dalam mempelajari bahasa asing (Rosli, 1995).
Keyakinan guru untuk mengajar dalam bahasa Inggeris adalah amat penting.
Menurut David Curtis (1993), seseorang guru yang mengajar bahasa Inggeris itu
perlulah berkeyakinan untuk memuaskan kehendak individu pelajar dalam mata
pelajaran yang mereka ambil. Guru yang berkeyakinan tinggi semasa pengajaran akan
meningkatkan lagi keyakinan pelajar untuk belajar. Isi pelajaran akan dapat
disampaikan dengan lancar dan berkesan. Pelajar akan menganggap guru tidak pandai
mengajar jika guru tiada berkeyakinan semasa mengajar.
Perubahan pengajaran daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris sedikit
sebanyak akan mengubah gaya pengajaran guru. Ini kerana menurut David Curtis
(1993), guru yang mengajar bahasa Inggeris hendaklah berkemampuan untuk
mengenalpasti dan menyelia semasa proses pengajaran berlangsung serta
berkemampuan untuk memberi sokongan, nasihat, cabaran dan menilai pelajar
Walaubagaimanapun perubahan ini tidak akan menjejaskan peranan guru di dalam bilik
darjah jika guru sentiasa bersedia. Menurut Cogan (1958), guru yang sistematik dalam
proses pengajarannya lebih di minati oleh pelajarnya. Dalam penyelidikannya, beliau
menyatakan bahawa pelajar menganggap guru mereka seorang yang teratur dan
sistematik di dalam bilik darjah dari segi penyusunan gerak kerja proses pengajaran dan
6
pembelajaran. Guru sebegini adalah seorang berkomitmen yang sentiasa mencari punca
kelemahan di dalam kerumitan yang dihadapi dan mengutamakan kesesuaian sesuatu
alat pengajaran untuk penguasaan pembelajaran oleh pelajar-pelajarnya. Kriteria
penting bagi seorang guru adalah menghasilkan pengajaran yang baik iaitu
berkeupayaan untuk merangsangkan dan menimbulkan minat pelajarnya supaya dapat
melibatkan diri dalam pembelajaran serta mengadakan suasana dalam mengekalkan
proses pemikiran pelajar-pelajarnya. Justeru itu guru perlulah merancang kaedah dan
alat bantu pengajaran yang bersesuaian sebagai persediaan untuk mengajar mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris.
Pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris bagi sesuatu mata pelajaran
memerlukan seseorang guru itu bersedia dari aspek pengetahuan. Ini kerana guru
merupakan tenaga pengajar dan juga sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. Seseorang
guru mestilah menunjukkan minat terhadap apa yang diajarnya. Ini akan dapat
memberikan contoh motivasi yang baik kepada pelajar. Pelajar juga akan turut
menunjukkan minat terhadap pelajaran itu. Ini akan menggalakkan mereka untuk
berusaha dengan lebih giat lagi. (Saedah, Zainun, Tunku Mohani, 1996). Penguasaan
yang baik dalam bahasa Inggeris dapat meningkatkan lagi penyampaian isi-isi pelajaran
dengan menyeluruh dan berkesan. Ini bermaksud seseorang guru tersebut mestilah
menguasai bahasa Inggeris dari segi istilah dan tatabahasa secara menyeluruh. Tidak
menjadi satu kehairanan jika timbul persoalan bahawa pelajar yang mengajar guru
dalam bilik darjah jika seseorang guru tersebut lemah dalam bahasa Inggeris.
Glenn (2001): dalam Esah (2003), mengatakan guru mestilah mengusai isi
kandungan atau isi pelajaran yang diajar. Perkembangan terkini dalam bidang yang
diajar hendaklah diikuti dan dikuasai.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam menghadapi cabaran-cabaran baru pada alaf baru ini, sekolah-sekolah
haruslah mempunyai guru-guru yang berkaliber dan sentiasa bersedia menghadapi
perubahan. Guru merupakan seorang pendidik yang menjadi contoh oleh para pelajar.
Keberkesanan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
sering dikaitkan dengan persediaan guru. Dengan demikian, kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti kesediaan guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan
dan Terengganu untuk melaksanakan pengajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam dalam bahasa Inggeris. Menurut Abdul Rahim (1999), persediaan guru
mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru yang bersedia untuk belajar sesuatu mempunyai keyakinan tinggi untuk mengusai
sesuatu pengajaran tersebut berbanding dengan mereka yang tidak bersedia.
1.4 Objektif Kajian
(a) Mengenalpasti sikap guru teknikal terhadap pengajaran mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris.
(b) Mengenalpasti tahap keyakinan guru teknikal untuk mengajar mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris.
(c) Mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Inggeris guru teknikal untuk
mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
(d) Mengenalpasti persediaan guru teknikal untuk mengajar mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris.
8
1.5 Persoalan Kajian
(a) Apakah sikap guru teknikal terhadap pengajaran mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris.
(b) Adakah guru teknikal berkeyakinan untuk mengajar mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris.
(c) Adakah guru teknikal mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris
yang baik untuk mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
dalam bahasa Inggeris.
(d) Apakah persediaan guru teknikal untuk mengajar mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris.
1.6 Kepentingan Kajian
(i) Guru-guru tenikal yang mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam di Sekolah Menengah Teknik di Malaysia dapat memperbaiki
kelemahan dan meningkatkan lagi pengetahuan khususnya pengajaran
dalam bahasa Inggeris .
(ii) Memberi garis panduan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal mengatur
aktiviti dan rancangan yang berkesan pada masa akan datang.
(iii) Dapatan kajian diharap dapat digunakan oleh pihak sekolah agar dapat
merancang aktiviti yang dapat mempertingkatkan lagi kemahiran guru-
guru dalam bahasa Inggeris.