Download - Kertas Kerja Ujian Kepegawaian KOAM Gred 3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA,
PERAK
KERTAS KERJA UJIAN KEPEGAWAIAN
KOAM GRED 3
TARIKH :
TEMPAT :INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS
UJIAN KEPEGAWAIAN KOAM GRED 3
1.0 PENGENALAN
Ujian Kepegawaian KOAM Gred 3 merupakan satu ujian yang penting
bagi memberi input-input berguna tentang kepegawaian olahraga kepada bakal-
bakal pegawai olahraga disamping menilai tahap penguasaan ilmu mereka
tentang kepegawaian olahraga.
Apabila seseorang lulus Ujian Kepegawaian KOAM Gred 3, beliau layak
untuk menjadi pegawai olahraga bagi mana-mana pertandingan olahraga yang
dipertandingkan pada peringkat daerah mahupun negeri. Dengan menjadi
seorang pegawai olahraga, banyak pengalaman yang akan diperolehinya
tentang kepegawaian olahraga. Oleh itu, beliau dapat menggunakan segala
pengalamannya sebagai seorang pegawai olahraga untuk pergi lebih jauh iaitu
menjadi pegawai olahraga pada peringkat kebangsaan dan seterusnya ke
peringkat antarabangsa.
1.1 RASIONAL
Rasional diadakan Ujian Kepegawaian KOAM Gred 3 ini adalah bagi
mencari pelapis kepada pegawai olahraga yang sedia ada bagi mempegawaikan
acara sukan olahraga yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan. Apabila
berlaku kekurangan tenaga pegawai olahraga dalam sesuatu kejohanan
olahraga, adalah sangat sukar kejohanan tersebut untuk berjalan dengan lancar.
Oleh itu, tenaga pegawai olahraga yang baru inilah yang diperlukan bagi
mengantikan pegawai-pengawai olahraga yang telah bersara atau tidak lagi aktif
dalam kepegawaian olahraga.
Selain itu, Ujian Kepegawaian sukan perlu diadakan bagi memberi input-
input yang berguna kepada para bakal pegawai olahraga agar seorang pegawai
olahraga yang terlatih dan diiktiraf KOAM dapat dilahirkan. Hal ini kerana,
seseorang pegawai olahraga perlu mengikuti ceramah dan kursus tentang
kepegawaian olahraga terlebih dahulu kemudian diikuti dengan ujian bagi
menguji tahap pengetahuan mereka tentang kepegawaian olahraga.
1.2 TUJUAN
Tujuan diadakan Ujian Kepegawaian KOAM Gred 3 adalah bagi mencari
para pegawai olahraga yang baru agar khidmat tenaga mereka dapat digunakan
dalam kepegawaian olahraga sesuatu kejohanan. Sesungguhnya pada masa ini,
khidmat pegawai sukan yang bertauliah sangat diperlukan kerana negara kita
kekurangan para pegawai olahraga dalam kejohanan-kejohanan yang
dipertandingkan.
Ujian Kepegawaian KOAM juga bertujuan bagi mendedahkan para bakal
pegawai tentang ilmu-ilmu dalam bidang olahraga serta cara untuk
mempegawaikan sesuatui acara yang dipertandingkan dalam sesuatui
kejohanan.
1.3 OBJEKTIF
1. Melahirkan pegawai olahraga bertauliah.
2. Mendedahkan bakal pegawai olahraga dengan ilmu kepegawaian.
3. Membuka ruang bagi mereka yang berminat untuk pergi lebih jauh dalam
bidang kepegawaian olahraga.
4. Mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi.
5. Mempraktikkan ilmu yang diperolehi semasa kursus kepegawaian.
6. Memiliki kemahiran mempegawaikan kejohanan olahraga.
1.4 TARIKH
1.5 TEMPAT KURSUS
1.6 SASARAN
Para pelajar PISMP-IPG Kampus Ipoh Unit F.
1.7 JAWATANKUASA PROGRAM
Penaung : Tuan Hj. Abd. Kadir Bin Basiran
Penasihat : (Ketua Jabatan Kokurikulum)
Pensyarah Penasihat Program : En. Mohd Sharifuddin Bin Abd. Aziz
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK
Makanan :
Kebajikan :
Alatan :
Fotografi :
1.8 AKTIVITI
1. Kursus kepegawaian olahraga.
2. Ujian kepegawaian olahraga.
1.8 ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan
Perkara Kuantiti Jumlah
Penyertaan Kursus RMx RMx
Makan dan minum Pelajar RMx RMx
Makan Minum Pensyarah dan
Tetamu Jemputan
RMx RMx
Cenderamata
Tuala Kecil IPIP
JUMLAH RM
Jumlah perbelanjaan keseluruhan - RM
1.9 ATURCARA PROGRAM
Hari Masa Aktiviti Tindakan
2.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat memberi pengetahuan dan
pengalaman berguna kepada bakal-bakal pegawai olahraga yang akan
menghadiri kursus dan ujian kepegawaian olahraga. Hal ini adalah selaras
dengan kehendak KOAM bagi menghasilkan pegawai olahraga yang bertauliah
bagi digunakan semasa berlangsungnya sesuatu kejohanan-kejohanan
olahraga.
Selain itu, sebagai seorang bakal guru, para pelatih seharusnya diberi
pelung bagi menimba ilmu kepegawaian olahraga dan mendapatkan sijil
kepegawaian kerana di sekolah kelak, para pelatih mungkin akan diberikan
tugas bagi mempegwaikan sesuatu kejohanan sukan sama ada pada peringkat
sekolah, daerah mahupun negeri.
Disediakan oleh :
………………………………… ( )PISMP IPGM F4,Setiausaha, Program .
Disemak oleh :
………………………………...(EN. MOHD SHARIFUDDIN BIN ABD AZIZ)Pensyarah penasihat,Institut Perguruan Ipoh Perak.
Disemak oleh :
…………………………………..(EN.)Ketua Jabatan Kokurikulum, Institut Perguruan Ipoh Perak.
Disahkan Oleh :
……………………………………(TN. HJ. ABD. KADIR BIN BASIRAN)Pengarah, Institut Perguruan Ipoh Perak.