Download - kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
1/30
RINGKASAN EKSEKUTIF
Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih dan juga ladangcendawan. Walaupun teknik penanamannya telah berjaya dicuba di Malaysia
sejak tahun 1934, tetapi pertumbuhan industri ini adalah lembap.
Cendawan jerami padi, tiram putih, tiram kelabu, abalon, telingan kera dan juga shitake merupakan jenis-jenis cendawan yang sesuai ditanam di
Malaysia. Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut diusahakan secara
komersial kecuali cendawan jerami padi.
Antara masalah-masalah yang terlibat dalam perusahaan cendawan ialahkedapatan benih yang baik, pengurusan ladang yang kurang baik, penerimaan
produk, ketahanan produk, persaingan, harga media dan harga jualan yang
tinggi
Pada keseluruhannya perusahaan benih dan ladang cendawan merupakan perusahaan yang berdaya maju. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu
perusahaan bergantung rapat dengan lokasi, cara pengurusan, dan juga cara
mempromosi produk.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
2/30
1.0 PENGENALAN
Bidang pertanian merupakan satu bidang yang menjadi tumpuan kerajaan
dalam menjana ekonomi negara. Sebagai menyahut seruan kerajaan, saya telah
bersepakat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai satu kerjaya. Walaupun saya
mempunyai kelulusan sehingga ijazah dalam bidang kejuruteraan, ianya tidak
menghalang saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Walaupun sesuatu yang
baru, ianya tidak akan melunturkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini.
Ramai graduan seperti saya telah berjaya dalam bidang pertanian.
Untuk itu, saya memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan. Ini adalah
kerana, masih tiada pengusaha yang menceburkan diri dalam bidang ini secara besar
besaran khususnya di negeri Terengganu. Antara lima jenis cendawan yang biasa
diusahakan, cendawan tiram kelabu adalah menjadi pilihan saya. Ini adalah
disebabkan cendawan tersebut rasanya sedap berbanding dengan cendawan-cendawan
lain yang seharga dengannya. Selain itu, pengguna juga kurang meminati cendawan
tiram putih kerana mengandungi terlampau banyak air dan terlalu lembik apabila
dimasak. Cendawan telinga kera pula tiada mempunyai rasa dan hanya terasa kenyal
sewaktu dimakan. Di samping itu, saya lebih suka mengusahakan cendawan tiram
kelabu berbanding dengan cendawan tiram putih kerana cendawan tiram kelabu tahan
lebih lama sedikit. Walaupun kadar pengeluaran hasil cendawan telinga kera tinggi
berbanding dengan cendawan tiram putih dan tiram kelabu, tetapi saya kurang
berminat untuk mengusakannya kerana permintaan terhadap cendawan tersebut
adalah terlalu sedikit.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
3/30
1.1 Tujuan Projek
Untuk projek penanaman cendawan ini, ianya mempunyai beberapa tujuan.
Antara tujuan utama projek ini ialah:
a) Menyahut seruan kerajaan untuk memajukan bidang pertanianb) Menjadikan bidang pertanian sebagai sumber utama pendapatanc) Menghasilkan cendawan secara besar- besaran bagi tujuan pemasarand) Mendapatkan cendawan yang segar hasil usaha sendirie) Memastikan cendawan yang dihasilkan bermutu tinggi.
1.2 Lokosi Tanaman
Sebagai permulaan melaksanakan projek ini, saya telah memilih kawasan
sekitar rumah iaitu di Kampung Paloh untuk membina bangsal cendawan. Pemilihan
lokasi ini adalah berdasarkan kepada kos yang terlibat. Pembinaan sesebuah bangsal
memerlukan kos yang tinggi. Justeru itu, saya menggunakan kayu dan tanah yang
sedia ada bagi mengurangkan kos yang terlibat. Ini merupakan faktor utama
pemilihan tapak tersebut.
Pada peringkat permulaan, saya telah memilih kawasan bawah rumah bagi
tanaman projek cendawan ini. Oleh kerana keadaan rumah ini sangat tinggi, maka
ianya sangat sesuai digunakan. Sebagai contoh, seorang pengusaha cendawan
disekitar Kuantan, Pahang telah berjaya dalam bidang ini walaupun menggunakan
rumah tumpangan yang telah lama ditinggalkan. Lokasi bukanlah sesuatu yang
penting dalam bidang pertanian tapi kesungguhan yang akan menjamin kejayaan
seseorang.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
4/30
1.3 Latar Belakang Pengusaha
KETUA PROJEK
Mohd Lutfi Mohd Arshad
24 tahun
820412-11-5319
Ijazah Sarjana Muda Kej. Awam
OPERASI
Mohd Sauti Mohd Arshad
31 tahun
750731-11-5163
SPM
PEMASARAN
Mohd Hilmi Mohd Arshad
34 tahun
720701-11-5501
Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Maklumat
PENYELIDIKAN
Rahimah Aini Mohd Arshad
23 tahun
831109-11-5360
Ijazah Sarjana Muda Sains
(kimia)
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
5/30
2.0 KAJIAN LITERATUR
Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih cendawan dan juga
tanaman cendawan. Biasanya perusahaan tanaman cendawan dan benih cendawan di
negara-negara maju seperti Jepun dan England dijalankan oleh pengusaha yang
berasingan. Perusahaan benih cendawan biasanya diusahakan oleh pihak swasta
ataupun persatuan peladang. Selain terlibat dengan pengeluaran benih, syarikat-
syarikat tersebut juga terlibat dalam program penyelidikan untuk menghasilkan jenis
cendawan yang baru. Syarikat tersebut juga menyediakan program-program latihan
dan memberi khidmat nasihat kepada petani-petani. Di Malaysia, perusahaan benih
cendawan diusahakan oleh pihak swasta.
2.1 Status Perusahaan Cendawan
Cendawan ialah sajenis sayur-sayuran yang mengandungi zat makanan dan
vitamin yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran lain. Menurut ahli perubatan
tradisional cina, cendawan dipercayai dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit
saperti anemia (kekurangan darah), kencing manis dan sengal-sengal sendi.
Cendawan jenis Ganoderma seperti G.applanatum, G.lucidum dan G.japonicum
sering digunakan dalam perubatan cina. Cendawan-cendawan tersebut juga dikenali
sebagai Ling Zhibagi orang cina.
Perusahaan cendawan berdaya maju dan tidak memerlukan kawasan yang
luas, tetapi memerlukan kemahiran teknik yang khusus. Bahan sampingan pertanian
ataupun industri yang terdapat dengan murahnya boleh dijadikan substrat penanaman.
Penggunaan bahan sampingan dapat menjimatkan kos pengeluaran penanaman
cendawan di samping mengurangkan masalah pencemaran. Selepas penanaman
cendawan, substrat tersebut boleh digunakan untuk membaiki struktur tanah dan
boleh dijadikan sebagai makanan haiwan.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
6/30
Kini terdapat tujuh jenis cendawan yang sesuai dengan ikilim di Malaysia iaitu
cendawan abalon (Pleurotus cystidiosus), jerami padi (valvariella), telinga kera
(Auricularia polytricha), tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju), tiram putih (Pleurotus
florida), tiram kemerah-merahan (Pleurotus flabellatus), dan shiitake (Lentinus
edones). Sejak kebelakangan ini, cendawan shiitake telah diusahakan di Cameron
Highlands. Suatu masa dahulu, Penang Development Corporatiaon telah
mengusahakan cendawan butang (Agaricus bisporus) di dalam peti sejuk, tetapi
projek ini dihentikan kerana beberapa sebab.
2.2 Pengeluaran Cendawan Dunia
Pada peringkat dunia, hanya 25 daripada 2000 spesis cendawan telah
dikenalpasti selamat dimakan. Tiga jenis cendawan utama yang diusahakan pada
peringkat dunia ialah cendawan butang, shiitake dan jerami padi. Lebih 50% daripada
cendawan butang dujial dalam betuk segar. Sebahagian besar cendawan shiitake
dikeringkan manakala sebahagian besar cendawan jerami padi ditinkan.
Cendawan butang mula di tanam pada tahun 1600. rekod pertama
menunjukkan cendawan tersebut di tanam di Paris pada tahun 1650 dan merebak ke
England pada pertengahan abad ke-18. Dari England, penanaman cendawan butang
merebak ke Amerika Syarikat pada tahun 1965. Pada tahun 1890, perusahaan
cendawan telah menjadi satu industri di Amerika Syarikat. Kejayaan ahli sains
J.N.Constatin dan L.Matruchot dalam penyediaan benih cendawan yang sterile
(sterile mushroom spawn) pada tahun 1894 merupakan detik-detik yang penting
dalam pembangunan perusahaan cendawan (Van Griensven 1987). Cendawan shiitake
pula buat pertama kalinya ditanam pada tahun 1000-1100 manakala cendawan jerami
padi pada tahun 1700 (Chang dan Miles 1987).
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
7/30
2.3 Khasiat Pemakanan Cendawan (100gram)
Pecahan Zat Makanan Kandungan
Tenaga 37 kcal
Air 89.2 gm
Protin 3.6 gm
Lemak 0.7 gm
Karbohidrat 4.1 gm
Serat 1.8 gm
Kalsium 2 mg
Fosforus 88 mg
Zat Besi 1 mg
Natrium 6 mg
Kalium 195 mg
Vitamin B1 0.03 mg
Vitamin B2 0.45 mg
Niasin 1.9 mg
Vitamin C 9.4 mg
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
8/30
3.0 METHODOLOGI
Perlaksanaan projek ini dijalankan dengan menggunakan tenaga manusia
semaksima yang mungkin bagi mengurangkan kos yang terlibat. Ini adalah kerana
saya mempunyai sumber kewangan yang terhad dan kos untuk membeli mesin juga
adalah sangat tinggi. Untuk peringkat permulaan, saya terpaksa melakukan semua
kerja secara manual tetapi ia hanyalah untuk jangka masa yang pendek sementara
memperolehi kewangan yang cukup untuk membeli mesin.
Kejayaan penanaman cendawan tiram bergantung kepada beberapa faktor
persekitaran yang penting seperti jenis substrat, suhu, kelembapan, cahaya dan
pengudaraan. Berikut merupakan cara kerja bermula dari awal sehinggalah cendawan
dapat dituai:
1. Pembinaan Rumah Cendawan
Pembinaan rumah cendawan yang baru dan spesifik tidakdiperlukan. Adalah lebih ekonomik jika menggunakan ruang-
ruang yang sedia ada dan hanya menambah rak-rak dan dibuat
sedikit pengubahsuaian seperti memasang jaring di dinding
untuk mengelakkan serangan perosak dan memasang paip air
supaya mudah membuat penyiraman.
Bahan-bahan yang baru juga tidak diperlukan, memadai denganmenggunakan bahan-bahan terpakai dan bahan-bahan yang
sedia ada.
Namun demikian, untuk menjamin kelembapan rumahcendawan, daun nipah boleh digunakan untuk atap dan dinding.
Tali digunakan sebagai tempat untuk meletakan beg cendawan.Tali digunakan sebagai menggantikan rak. Penggunaan tali
boleh memaksimumkan beg cendawan untuk setiap bangsal.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
9/30
2. Penyediaan Beg Media Cendawan
Beg media cendawan perlu disediakan sebagai media tempat maisilium
cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu
getah, dedak halus, kapur pertanian (CaCO3) dan air. Peralatan yang
digunakan ialah beg plastik ( saiz 6 inci x 12 inci, tahan panas), leher
dan penutup beg, kapas, dan penyodok kecil. Cara-cara penyediaan beg
cendawan adalah seperti berikut.
Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian digaulk padakadar 100 : 10 : 1 mengikut berat.
Air disiram sehingga habuk kayu tidak berderai apabiladikepal.
Campuran habuk kayu getah dimasukkan ke dalam beg plastikdan hentak dengan tangan sehingga padat.
Leher dan tutup dipasang ( penutup disumbat dengan sedikitkapas)
Teruskan kerja (a), (b), (c) dan (d) sehingga habis habuk kayuyang telah dibancuh.
3. Pengukusan Beg Media Cendawan
Selepas peyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan
untuk membunuh segala organisma yang terdapat di dalam habuk kayu
supaya tidak berlaku pencemaran. Pengukusan dibuat dengan
menggunakan tong dram, set dapur gas, pelapik dan penutup tong
drum ( besen alumunium). Cara-cara untuk pengukusan beg media
cendawan adalah seperti berikut:
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
10/30
Pelapik diletakkan setinggi 12 cm kedalam tong drum
Air diisikan ke dalam tong dram sama paras dengan tinggipelapik
Beg-beg media cendawan disusun secara menegak kedalamtong dram dan tutup rapat dengan besen alluminium.
Kukus selama 6 jam
Beg-beg media cendawan dikeluarkan dari tong dram dandisejukkan selama 1 malam.
4. Penyuntikan benih
Selepas pengukusan beg media cendawan dan pemilihan benih
dilakukan, kerja yang mesti dijalankan ialah penyuntikan benih yng
dijalankan di dalam bilik khas yang bersih supaya tidak berlaku
pencemaran. Bahan / peralatan yang diperlukan ialah benih cendawan,
pencungkil besi, lilin, marker pen dan mancis api. Cara-cara menyuntik
benih adalah seperti berikut.
Benih yang baik dipilih iaitu yang berwarna putih bersih
Pencungkil besi dipanaskan (layur) di atas api untukmembunuh semua organisma yang boleh menyebabkan
pencemaran.
Benih cendawan di hancurkan dengan pencungkil yang telahdilayur.
Mulut beg media cendawan dibuka dan benih cendawandimasukkan anggaran satu sudu besar.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
11/30
Penutup mulut beg media cendawan dilayur dan leher begmedia cendawan dipasang kembali.
Tarikh benih disuntik dicatat pada beg cendawan
Beg media cendawan diperam selama 50 60 hari sehinggamaisilium cendawan memenuhi beg.
5. Penjagaan Beg Cendawan
Beg-beg yang telah disuntik ditempatkan di suatu ruangan khasuntuk proses pemeraman sebelum dialih ke rak tali.
Keadaan suhu antara 28 C 32 C adalah sesuai bagipertumbuhan maisilium semasa pemeraman.
Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhancendawan ialah 30 C 32 C.
Untuk mendapatkan suhu rendah dan kelembapan yangdiperlukan, rumah cendawan disiram 2 kali sehari iaitu pagi
dan petang. Siraman dilakukan ke arah dinding, lantai, beg
media cendawan dan juga bumbung rumah cendawan.
Beg-beg cendawan yang telah tercemar iaitu beg-beg yangberwarna merah jingga, hitam, kuning kehijauan serta beg yang
telah dimasuki oleh serangga dan berulat dimasukkan ke dalam
plastik sampah dibuang atau dimusnahkan.
Beg-beg yang telah tua dan tidak ekonomik dikeluarkan darirumah cendawan. Beg-beg ini boleh dikitar semula sebagai baja
kompos tanaman.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
12/30
Persekitaran rumah cendawan dibersihkan dari rumpai dansampah sarap.
Banyakkan menanam pokok-pokok rendang di sekelilingrumah cendawan untuk mendapatkan suasana redup dan suhu
yang rendah.
Pengudaraan yang baik diperlukan untuk pertumbuhancendawan yang subur.
Rumah cendawan hanya memerlukan cahaya yang lemah danserata. Pancaran cahaya matahari yang terus kedalam rumah
cendawan akan membantutkan pertumbuhan cendawan.
6. Memungut Hasil.
Selepas pemeraman beg media cendawan selama 45 60 hari, kerja
yang selanjutnya ialah memungut hasil. Cara-cara memungut hasil
adalah seperti berikut:
Setelah maisilium memenuhi beg media cendawan, pindahkandan susun beg secara rebah di atas rak tali di dalam rumah
cendawan. Suhu yang sesuai di dalam rumah cendawan ialah
30 C 32 C.
Mulut beg media cendawan dibuka dan hasil pertama akankeluar dalam masa 3 5 hari setelah dibuka.
Iar disembur di dinding, lantai dan badan beg-beg mediacendawan pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan
kelembapan dan merendahkan suhu.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
13/30
Cendawan yang telah berkembang dipungut sebelum bahagiantepi kelilingnya menjadi berombak dan pecah.
Mulut beg media cendawan ditutup kembali dan direhatkanselama 7 10 hari sebelum dibuka semula untuk pengeluaran
hasil berikutnya.
Kutipan hasil pertama cendawan ialah di antara 50 60 hari selepas
menuntik benih. Kutipan berikutnya pula adalah selepas 10 14 hari
beg direhatkan. Sekali kutipan hasil boleh mencapai jumlah sebanyak
60 80 g/beg dan satu beg media cendawan boleh memberikan 5 6
kali kutipan hasil untuk selama 3 4 bulan. Cendawan yang telah
dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5 C 10 C selama
3 4 hari.
7. Pengawalan Perosak dan Penyakit.
Sekiranya beg-beg media cendawan dikukus dengan cukupiaitu sekurang-kurangnya 7 jam dengan menggunakan tong
dram, segala perosak dan penyebab penyakit didalam beg akan
mati dan musnah.
Keadaan rumah cendawan yang sentiasa bersih dan cukup pengudaraan boleh mengurangkan serangan perosak dan
kejadian penyakit.
Penyakit yang disebabkan oleh kulat Neurospora sp. yangberwarna merah jingga biasanya menyerang di peringkat awal.
Jika ini berlaku, beg-beg yang yang diserang dimasukkan ke
dalam plastik dan dimusnahkan. Rak rak kosong dan ruang-
ruang di dalam rumah cendawan disembur dengan larutan
Dettol 10% atau klorok.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
14/30
Sekiranya terdapat serangan kulat lain, beg-beg akan berwarnakehijauan, kekuningan atau kehitaman. Beg-beg tersebut
dimasukkan kedalam plastik dan dibuang atau dimusnahkan.
Serangan bakteria boleh dikenalpasti apabila batang dankelopak cendawan berwarna perang dan berlendir. Untuk
mengelakkan penyakit ini, rumpun cendawan segera dicabut
dan ditutup serta direhatkan. Siraman air akan dikurangkan dan
sistem pengudaraan dalam rumah cendawan dibaiki.
Serangan serangga boleh dielakkan dengan memasang jaring disekeliling dinding rumah cendawan supaya rumah cendawan
kalis serangga. Jika terdapat ulat di dalam beg media
cendawan, beg-beg tersebut dikukus selama 1-2 jam dan
dimusnahkan.
Jika terdapat tanda-tanda serangan tikus, lipas dan semut, racunyang berbentuk umpan atau perangkap digunakan. Dengan ini,
pencemaran racun tidak akan berlaku ke atas cendawan.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
15/30
3.1 Carta Alir Gerak Kerja Projek
PEMBUNGKUSAN
PENYEDIAAN KAWASAN
PENUAIAN
PEMASARAN
PERANCANGAN
PENANAMAN
PENJAGAAN / PENYELENGGARAAN
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
16/30
4.0 PERINGKAT PERLAKSANAAN PROJEK
Sebagai peringkat permulaan, saya telah menanam kira kira 15000 beg
cendawan. Walaupun hasil pertama kami tidak begitu banyak, tetapi permintaan
adalah amat memberangsangkan. Daripada tinjauan yang dibuat, permintaan adalah
melebihi 50kg sehari. Namun demikian, hasil yang kami perolehi hanya sekitar 10 -
15kg sehari.
Justeru itu, saya merancang untuk menambah kira- kira 15 000 beg cendawan
dalam masa yang terdekat dan mensasarkan untuk memenuhi ruang yang ada iaitu
kira-kira 30 000 beg menjelang Mac 2007 bagi memenuhi permintaan pelanggan.
4.1Laporan Projek
Berikut merupakan projek yang telah berjalan setakat ini.
Rumah 1
Keluasan rumah cendawan : 10 kaki x 25 kaki
Tinggi : 10 kaki
Rak : Besi
Kapasiti : 6000 bantal
Kapasiti sekarang : 6000 bantal
Rumah 2
Keluasan rumah cendawan : 20 kaki x 20 kakiTinggi : 10 kaki
Rak : Besi
Kapasiti : 9000 bantal
Kapasiti sekarang : 9000 bantal
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
17/30
Anggaran Perbelanjaan Penanaman Cendawan Tiram ( 15000 beg )
1. Modal Tetap
a) Bangsal Cendawan ruang penyediaan - RM 1840 rak Besi - RM 4350
------------
RM 6190
b) Peralatan 4 dapur - RM 200 4 tong drum - RM 100 2 tong gas dan kepala - RM 220 2 gelung paip getah - RM 60 2 keping papan lapis - RM 30
-------------
RM 610
2. Modal Berubah
Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen - RM 2000 Dedak halus 1000 kg @ 60 sen - RM 600 1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen - RM 20 Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00 - RM 1080 Tutup, leher 15000 set @ 10 sen - RM 1500 Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50 - RM 1350 Penggunaan air 6 bulan - RM 250 Pelbagai - RM 750
-------------
RM 7550
Anggaran Hasil Pulangan
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
18/30
Purata hasil / beg - 150 gram 15000 beg x 150 gram - 2250 kg Harga pasaran - RM 10 2250kg x RM 10.00 - RM 22500 Pendapatan kasar hasil cendawan - RM 22500 Modal berubah - RM 7550
-------------
pendapatan bersih / musim RM 14950
4.2Pemerhatian
Sepanjang projek ini dilakukan, pelbagai pemerhatian dari semua aspek dilakukan
bagi menjamin keberkesanan dan kelancaran kerja serta hasil yang akan diperoleh
pada masa akan datang. Berikut merupakan aspek yang penting sepanjang tempoh
projek ini berjalan:
Penyediaan dan pemeraman Rumah cendawan- Pada peringkat permulaan, keadaan rumah cendawan hendaklah
gelap sedikit sementara pada peringkat penuaian, keaadaan rumah
perlulah cerah tetapi jangan biarkan cahaya matahari terus
mengenai beg cendawan. Ini adalah kerana misilium akan cepat
bergerak dalam keadaan gelap.
- Suhu didalam rumah cendawan hendaklah sentiasa sejuk yangbertujuan untuk mempercepatkan misilium bergerak disamping
hasil yang banyak berbanding dengan suhu biasa. Kandungan
kelembapan yang paling sesuai untuk rumah cendawan ialah 80%.
- Keadaan rumah yang bersih juga akan mempengaruhi hasilcendawan. Untuk kutipan hasil pertama biasanya adalah sama
tetapi untuk pengeluaran seterusnya, keadaan yang bersih akan
menjamin kuantiti cendawan yang banyak.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
19/30
Media- Kandungan air yang banyak biasanya akan melambatkan prosespergerakan misilium manakala air yang sedikit menyebabkan
pergerakan misilium yang cepat tetapi risiko kerosakan adalah
tinggi dan hasilnya juga adalah sedikit.
- Kandungan dedak juga akan mempengaruhi pergerakan misilium.Dedak yang banyak akan mempercepatkan pertumbuhan misilium
tetapi risiko untuk menerima jangkitan kulat lain adalah tinggi.
Antara kulat yang biasa menyerang ialah kulat hitam, merah dan
kuning.
- Kepadatan media cendawan juga mempengaruhi pertumbuhanmisilium. Media yang terlalu padat akan melambatkan
pertumbuhan misilium. Kepadatan yang sederhana adalah yang
paling sesuai.
Benih- Benih memainkan peranan yang paling penting dalamperkembangan misilim dan juga kadar pengeluaran hasil. Benih
yang baik akan menjamin mutu dan hasil pengeluaran setiap beg
cendawan disamping mempengaruhi pertumbuhan misilium. Benih
yang terlalu matang dan terlalu muda tidak sesuia digunakan.
Biasanya tiada pertumbuhan misilium sekiranya benih terlalu
matang. Masa yang paling sesuai untuk benih ialah dalam
lingkungan sebulan selepas waktu matang.
Cuaca- Cuaca sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil cendawan.
Biasanya cendawan akan keluar dalam kuantiti yang banyak
semasa musim hujan. Masalah akan timbul pada musim panas
kerana pertumbuhan cendawan sering terbantut. Lantai rumah
cendawan hendaklah disiram 2-3 sekali bagi mengurangkan
masalah ini.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
20/30
Hasil
Waktu buka- Tempoh yang paling sesuai untuk membuka media cendawan
untuk kali pertama ialah kira-kira 70 hari dari tarikh benih disuntik.
Pada masa ini, misilium adalah benar-benar matang dan biasanya
kertas punutup beg cendawan akan pecah dan cendawan akan
keluar dengan sendirinya. Untuk tuaian hasil kedua dan seterusnya,
beg cendawan boleh dibuka kira-kira 10-14 hari selapas tuaian
hasil sebelumnya.
Tuai- Kebiasaannya, cendawan akan dapat dituai selepas 5-7 hari beg
cendawan dibuka. Tetapi ianya tidak menentu kerana pertumbuhan
cendawan sentiasa bergantung pada keadaan cuaca dan sekeliling.
Pemasaran- Untuk menjamin kualiti, cendawan yang telah dituai seharusnya
dipasarkan dengan segera. Ini adalah kerana cendawan merupakan
sejenis tumbuhan yang tidak tahan lama selepas dipetik. Cendawan
akan biasanya akan dapat bertahan selama 5-7 hari didalam peti
dan hanya 1-2 hari dalam keadaan biasa.
Pasaran Pada masa sekarang, permintaan terhadap cendawan akan sentiasa
meningkat. Daripada pemerhatian yang dibuat, terdapat banyak
kedai-kedai makan baru yang tumbug seperti cendawan selepas
hujan. Kebanyakan kedai-kedai tersebut adalah berasaskan
makanan ala Thai dimana cendawan merupakan antara keperluan
untuk masakan tersebut. Tidak mustahil permintaan terhadap
cendawan segar akan sentiasa meningkat.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
21/30
Potensi Potensi terhadap cendawan adalah begitu besar. Dalam zaman
kemajuan teknologi sekarang, pelbagai makanan mungkin dapat
dihasilkan daripada cendawan. Seperti yang kita lihat sekarang.
Pelbagai makanan yang berasaskan cendawan dapat dihasilkan
seperti nugget cendawan, bebola cendawan, kerepek cendawan dan
lain-lain. Tidak mustahil pada suatu hari nanti kami akan mampu
untuk membuat jus cendawan.
4.3 Pemasaran
Dalam apa jenis perniagaan sekalipun, pemasaran merupakan aspek yang
terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek. Tanpa pemasaran yang
berkesan, sesuatu perniagaan pasti akan mengalami masalah sekaligus akan
memusnahkan impian untuk maju dalam perniagaan. Justeru itu, sebelum
menceburkan diri dalam tanaman cendawan ini, tinjauan terhadap permintaan terlebih
dahulu dilakukan. Cendawan mudah rosak, oleh itu, sistem pemasaran yang cekap
diperlukan. Terdapat dua saluran utama pemasaran cendawan segar yang selalu
digunakan untuk pemasaran cendawan segar tropika iaitu secara terus ataupun melalui
orang tengah. Berikut merupakan hasil tinjauan awal saya terhadap permintaan
cendawan tiram kelabu sekitar Kuala Terengganu untuk satu hari.
Pasaraya : 10kg Kedai makan : 15kg Pemborong : 30kg Pasar : 15kg Terus kepada pengguna : 20kg
Oleh kerana pengeluaran cendawan tiram kelabu adalah tidak menentu dan
sentiasa berubah-rubah mengikut cuaca selain hasil yang agak sedikit, maka kami
terlebih dahulu mensasarkan untuk menjual produk kami terus kepada pengguna.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
22/30
4.4 Masalah masalah Yang Dihadapi
BenihBenih cendawan amat sukar didapati. Tempahan biasanya dibuat melalui
Pejabat Pertanian dan selalunya memakan masa yang lama untuk diperolehi.
Selain itu, benih cendawan tidak tahan lama iaitu kira-kira sebulan sahaja
selepas waktu matang.
KerosakanTerdapat kerosakan pada media cendawan yang disebabkan oleh pelbagai
punca. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan pada media
cendawan adalah disebabkan persekitaran, kerosakan benih, kebocoran plastik
dan kecuaian semasa mengukus dan menyuntik benih.
PersainganKemasukan cendawan dari Thailand yang mengenakan harga yang sangat
murah iaitu antara RM3 RM4 pada harga borong sedangkan harga yang
kami jual adalah sekitar RM10 sekilogram
PenyediaanMasa untuk membungkus dan memadat media cendawan memerlukan masa
yang lama untuk disiapkan dengan menggunakan cara manual
HasilHasil cendawan yang tidak menentu yang sentiasa bergantung kepada cuaca
menyukarkan untuk menghantar hasil secara tetap.
Penerimaan produkOleh kerana cendawan tempatan merupakan satu produk yang baru dikalangan
masyarakat Malaysia, terutamanya bagi orang melayu dan india, maka
penerimaan produk menjadi satu masalah. Ramai antara pengguna tempatan
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
23/30
tidak tahu cara memasak cendawan dan belum mencuba memakan cendawan.
Masih ramai pengguna yang masih ragu-ragu tentang keselamatan cendawan
tempatan untuk dimakan.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
24/30
5.0 PERINGKAT PERANCANGAN
Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dibuat, hasil yang hanya diperolehi
daripada beg cendawan yang ada hanyalah sekitar 10kg sahaja sehari. Oleh yang
demikian, kami dalam proses menambah 15 000 beg cendawan lagi menjelang
September 2006. Kami mensasarkan untuk terus menambah beg cendawan selagi
terdapat permintaan yang tinggi dari pengguna.
Berikut merupakan anggaran kos bagi 15000 beg cendawan menjelang Mac
2007.
1. Modal Tetap
a) Bangsal Cendawan 1 ruang penyediaan 12 kaki x 40 kaki Bangsal besi boleh pindah - RM 5650 Rak Besi - RM 4120
------------
RM 9770
2. Modal Berubah
Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen - RM 2000 Dedak halus 1000 kg @ 60 sen - RM 600 1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen - RM 20 Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00 - RM 1080 Tutup, leher 15000 set @ 10 sen - RM 1500 Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50 - RM 1350 Penggunaan air 6 bulan - RM 250 Pelbagai - RM 750
-------------
RM 7550
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
25/30
Anggaran Hasil Pulangan
Purata hasil / beg - 150 gram 15000 beg x 150 gram - 2250 kg Harga pasaran - RM 10 2250kg x RM 10.00 - RM 22500 Pendapatan kasar hasil cendawan - RM 22500 Modal berubah - RM 7550
-------------
pendapatan bersih / musim RM 14950
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
26/30
Bagi mencapai hasrat ini, beberapa peralatan sangat diperlukan bagi menjamin
kelancaran dan mempercepatkan kerja. Antara barang keperluan yang penting adalah:
1. Rumah cendawan (RM 10000)
2. Mesin pembancuh (RM 8000)
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
27/30
3. Mesin Pengisi / pemadat (RM 35 000) 1 unit
4. Alat pengukus (RM 8000) 1 unit
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
28/30
Dengan terdapatnya keperluan seperti ini, saya yakin dapat menambah beg
cendawan dari 200 beg kepada 1000 beg sehari. Sekiranya ini tercapai, hasrat untuk
memasarkan cendawan melebihi 50kg sehari pasti akan tercapai. Diharapkan projek
ini akan menerima bantuan sewajarnya bagi mencapai sasaran yang untuk memajukan
bidang pertanian.
5.1 Sasaran
Sasaran utama kami pada masa akan datang ialah dapat menguasai pasaran
cendawan tiram kelabu di seluruh Negeri Terengganu dimana rata-rata peniaga runcit
dan pasaraya memperoleh cendawan dari Pahang. Disamping itu, kami akan berusaha
untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai khasiat cendawan tiram
kelabu memandangkan masih ramai yang ragu-ragu untuk memakannya. Dalam pada
itu juga, kami akan sedaya upaya untuk mempromosikan cendawan goreng yang kini
begitu popular di selatan tanah air Malaysia. Kami juga sedang berusaha untuk
mengumpul seberapa banyak resipi yang yang berasaskan cendawan untuk diedarkan
kepada pelanggan kami. Ini kerana ramai yang tidak mengetahui kaedah masakan
yang sesuai bagi cendawan.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
29/30
6.0 KESIMPULAN
Pertanian merupakan satu bidang yang tidak asing bagi kita. Namun demikian,
kita boleh lihat, hanya berapa orang sahaja yang betul-betul berminat untuk
menceburi bidang ini. Ramai golongan muda-mudi sekarang tidak berminat untuk
menceburi diri dalam bidang ini. Sebagai contoh, ramai muda-mudi sekarang tidak
bekerja malah graduan juga ramai yang tidak dapat bekerja. Mereka beranggapan
bahawa bidang pertanian tidak sesuai dengan meraka yang mempunyai kelulusan
dalam jurusan lain.
Disini kami ingin buktikan bahawa graduan seperti kami mampu untuk
menceburkan diri dalam bidang ini sehingga berjaya. Dengan kelulusan yang kami
ada, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu pertanian negara sejajar
dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan pertanian.
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan projek kami telah dianggap berjaya mencapai
matlamat asalnya. Walaupun pada peringkat awal kami mempunyai banyak masalah
dan kesukaran, namun dengan kerjasama dan kesepakatan yang kami ada, segala
masalah dapat diatasi dengan berkesan. Tanpa bantuan pihak Jabatan Pertanian juga,
amat sukar untuk kami berjaya. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan
kami guna sebaik mungkin dan tidak akan mensia-siakan harapan yang telah
diberikan. Diharap juga, projek ini akan menjadi kerjaya utama kami untuik mencari
sumber pendapatan.
-
8/8/2019 kertas kerja / rancangan perniagaan Proposal
30/30
7.0 CADANGAN
Disini saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh membantu dalam
menjayakan projek tanaman cendawan saya.
Jabatan pertanian seharusnya menyediakan kursus atau pendedahanyang lebih mendalam dalam teknik penanaman cendawan.
Penyelidikan yang berterusan hendaklah dilakukan bagi mencariformula terbaru untuk meningkatkan kadar keluaran cendawan untuk
setiap musim.
Pihak yang terlibat seharusnya menyediakan bantuan kepadapengusaha-pengusaha bidang pertanian yang betul-betul bersungguh
dan gigih untuk memajukan industri ini.
Pihak Jabatan Pertanian juga seharusnya memantau setiap perjalananprojek bagi memberi keyakinan dan semangat kepada pengusaha.