Download - Kertas Kerja Parenthon s 2
KERTAS KERJA PARENTHON
SEKOLAH KEBANGSAAN LENDU
1. Pendahuluan
Sekolah Kebangsaan Lendu akan mengadakan satu program ‘Parenthon’ yang bertemakan “Prihatinmu Sejuta Harapan , Budimu sejuta erti” adalah satu program yang dirancang oleh PIBG S.K Lendu untuk mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan beberapa aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah.Pungutan parenthon ini akan dijalankan oleh semua ibu bapa atau penjaga bersama PIBG S.K Lendu. Setiap orang akan diberikan sekeping kad parenthon untuk membuat pungutan dana. Projek ini dirangka bagi menyediakan satu tabungan yang kukuh untuk membiayai pelbagai aktiviti murid dan menaiktaraf prasarana sekolah selaras dengan program sarana sekolah dan sarana ibubapa yang diketengahkan oleh pihak Kementerian. Selama ini PIBG SK Lendu mengisi tabung persatuan dengan menerima sumbangan ibubapa dan penjaga yang kebanyakannya dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Kewangan PIBG ini amat terhad dan tidak mampu menjana pelbagai aktiviti sekolah.Oleh itu peruntukkan dan kestabilan kewangan sangat penting untuk menjalankan sebarang aktiviti sekolah.
2. Objektif
2.1 Menaiktaraf perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah . 2.2 Menambah Tabung Dana Kecemerlangan Akademik UPSR dan Permataku Sayang sekolah
2.3 Menaiktaraf dataran perhimpunan bagi menjalankan aktiviti ‘Membaca Pagi”2.4 Menaiktaraf bilik gerakan, bilik guru ,pejabat dan bilik KISB2.5 Membina wakaf-wakaf ilmu bagi aktiviti membaca dan perbincangan.
3. Kumpulan Sasaran / Penglibatan
3.1 Semua warga ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 hingga tahun 6.3.2 Semua warga AJK PIBG sekolah3.3 Semua guru sekolah3.4 Semua staf sokongan3.5 Agensi swasta dan kerajaan3.6 Organisasi Perseorangan3.7 Alumni S.K Lendu
4. Rasional Menjayakan Program
4.1 Dapat membantu pihak sekolah menambahkan dana bagi mengadakan pelbagai
aktiviti kecemerlangan sekolah. 4.2 Memberi peluang kepada pihak sekolah menyediakan suasana yang ceria ,bersih, kondusif dan harmoni serta selesa untuk sesi pembelajaran. 4.3 Kerjasama yang terjalin melalui program dapat mengeratkan hubungan diantara ibubapa dan guru-guru serta masyarakat setempat.
5.0 Justifikasi
Para ibu bapa, penjaga, masyarakat setempat ,PIBG serta pihak sekolah dapat memberikan kerjasama dan membantu menjayakan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
6.0 Lokasi Cadangan
6.1 Kampung berhampiran6.2 Agensi-agensi swasta dan kerajaan berhampiran6.3 Saudara mara warga sekolah
7.0 Tarikh Perlaksanaan
06 Julai- 06 September 2014
8.0 Stuktur Organisasi
Jawatankuasa Induk/Pelaksana
PenaungYang Berhormat Tn. Hj. Sulaiman bin Said
Adun Lendu
PenasihatEn. Arshad b. Mohamad Som
Guru Besar
PengerusiProf Madya Dr. S. Salahudin b. Suyurno
YDP PIBG
Naib Pengerusi 1En. Abdul Rahman bin Jaafar
NDP PIBG
Naib Pengerusi 2En. Azhar bin Ayob
GPK HEM
SetiausahaPn. Rosilah Wati binti Ahmad
N. SetiausahaPn. Norazliana bt. Mohd. Aziz
BendahariUstazah Maimun bt. Abd. Manap
Ahli jawatankuasa Pelaksana Program
PenyelarasPn. Salbiah binti Hashim (GPK 1)
AJK Rekabentuk kad/ DokumentasiEn. Wahab bin Jantan
Pn. Sariah binti Che Man
AJK PenajaanTn. Hj. Ayob bin WahidPn. Zaini binti Sulaiman
En. Nasaruddin bin Abu Bakar
AJK PerasmianEn. Abu Bakar bin Mat Drom ( GPK KOKU)
Ustaz Hj. Jasmi bin Muhammad
AJK Promosi /SerantaTn. Hj. Mahmud bin IbrahimPn. Norhayati binti Mamat
En. Alias b. DeramanPn. Suzana bitni Zainal Abidin
AJK Cenderamata/hadiahPn. Zashila binti Aziz
Pn. Siti Mastura bt. Meor Suhaimi
9.0 Sasaran Target Parenthon. Mengumpulkan seberapa banyak dana untuk menampung pelbagai program sekolah
dan aktiviti sekolah iaitu sebanyak RM 250 000.00 . Pecahan peruntukan adalah seperti berikut :
Bil Projek Anggaran Kos1 Menaik taraf perkhidmatan PSS sekolah RM 40 000.002 Menaik taraf Dataran Perhimpunan RM 60 000.003 Menaik taraf Bilik Gerakan,Pejabat,Bilik Guru dan
Bilik KSIBRM 50 000.00
4 Membina wakaf-wakaf Ilmu RM 50 000.005 Menambah Dana Kecemerlangan Akademik dan
Permataku SayangRM 50 000.00
10.0 Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Program
10.1 Jumlah Kad Parenthon
A) Ibubapa 345 kpg X RM 50.00 = RM 17250B) Guru/Staf 40 kpg X RM 50.00 = RM 2000C) PIBG 30 kpg X RM 50.00 = RM 1500D) Individu Perseorangan 300 kpg X RM 50.00 = RM 15000
Jumlah = RM 35750
10.2 Perbelanjaan Pelbagai A) Banner RM 80.00
B) Cenderamata RM 50.00C) Pelbagai RM 170.00Jumlah RM 300.00
10.3 Cetakan Kad Parenthon
A) Kad Parenthon 800 kpg X RM 1.00 = RM 800.00
10.5 Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan
Pendapatan - Perbelanjaan ( Perolehan)Rm 35750.00 - RM 1100.00 = RM 34650.00
10.0 Penutup
Program pungutan parenthon ini adalah digalakan Oleh Pihak JPM.Program ini dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak terutamanya pihak ibubapa /penjaga dan PIBG serta pihak sekolah.Semoga program ini dapat membantu menambah dana PIBG sekolah dan segala aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Disediakan oleh,
………………………(ROSILAH WATI BTE AHMAD)SU PIBG SK LENDU
Disemak oleh,
……………………..(PM DR. S.SALAHUDIN BIN SUYURNO)
Disahkan oleh,
…………………