Download - KERTAS KERJA
S.M.K LONG LAMA
98300 BARAM, MIRI SARAWAK
KERTAS KERJA
________________________________________________________________
KERTAS KERJA PROGRAM KESEDARAN SEKSUAL
________________________________________________________________
TEMA :
”EMPOWER YOURSELF”
TARIKH :
07 HINGGA 28 FEBRUARI 2011
TEMPAT :
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG LAMA,
JALAN MAWAR, 98300 LONG LAMA, BARAM MIRI, SARAWAK.
ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK LONG LAMA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan bagi menjalankan program
kesedaran seksual kepada pelajar di SMK Long Lama daripada pihak sekolah. Selain itu,
Unit Bimbingan dan Kaunseling juga ingin memohon bantuan kewangan dari pihak
sekolah bagi menjayakan program tersebut.
2.0 PENGENALAN
Peringkat perkembangan remaja merupakan zaman yang sangat penting untuk dijaga dan
di bumbing agar mereka tidak terjerbak ke dalam aktiviti yang tidak sihat tetapi
sebaliknya dapat membentuk identiti diri yang positif. Program kesedaran seksual ini
dijangka dapat membantu untuk memberikan kesedaran serta ketegasan dalam diri pelajar
berkenaan kesedaran seksual. Program ini merupakan lanjutan program kesedaran
seksual pada tahun lepas dan bertujuaan untuk menambahkan pengetahuan tentang
gangguan-gangguan seksual serta penderaan seksual yang sedang berlaku di sekeliling
mereka. Maka, program ini merupakan satu program untuk memberikan maklumat dan
pendedahan kepada pelajar dalam menjaga, mempertahankan diri serta hak mereka dari
di ditindas oleh orang lain.
3.0 OBJEKTIF
1. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang perhubungan yang sihat antara berlainan
jantina.
2. Memberikan maklumat tentang gangguan dan penderaan seksual
3. Meningkatkan ketegasan dalam diri pelajar untuk mempertahankan hak mereka daripada
di dera dan di ganggu secara seksual.
4. Menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab menjaga maruah sendiri
5. Mengenali diri sendiri melalui ujian gaya bercinta.
6. Menjadikan pelajar lebih menghormati hak orang lain dan bersama-sama
bertanggungjawab menjaga kepentingan maruah dan nama baik individu dalam
masyarakat.
4.0 JUSTIFIKASI
Program sebegini amat wajar dijalankan kerana penting untuk memberikan pendedahan
kepada para pelajar berkenaan kesedaran pendidikan seksual. Pendedahan ini menjadikan
para pelajar yang di kawasaan pendalaman faham tentang batas-batas dalam perhubungan
di samping peka kepada maklumat penderaan dan gangguan seksual di sekeliling
kehidupan ini. Pelajar juga dapat mengetahui tindakan yang wajar dilakukan sekiranya
menghadapi masalah gangguan dan penderaan seksual dalam kehidupan mereka. Secara
tidak langsung pelajar akan dapat belajar cara mempertahankan maruah, lebih menjaga
maruah mereka sendiri, menghormati hal orang lain dan mempunyai rasa tanggungjawab
membantu individu teraniaya yang menjadi mangsa kepada pendera seksual. Maka
pelajar secara tidak langsung lebih menyayangi maruah diri sendiri dan menghormati hak
orang lain.
5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh : 07 hingga 28 Februari 2011
Tempat Program : SMK Long Lama
6.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA
Semua pelajar, semua guru serta kakitangan sokongan sekolah SMK Long Lama
7.0 TENTATIF PROGRAM
Tarikh Aktiviti Tindakan
07/02/2011 –
28/02/2011
10/02/2011
21/02-28/02/2011
- Edaran bahan-bahan bacaan dan Laman Pendidikan Seksual
-Bengkel Gaya Bercinta
-Ceramah pagi (7 minit)
21/02/2011 ( Isnin )
- Pengenalan Seksualiti
22/02/2011 ( Selasa )
- Bentuk-bentuk gangguan /
penderaan seksual
23/02/2011(Rabu)
- Bagaimana mengatakan tidak kepada tekanan negatif rakan sebaya
24/02/2011 ( Khamis)
- Ucapan-ucapan yang
terkenal dan jawapan-
jawapan TIDAK yang
hebat.
25/02/2011 ( Jumaat)
- Tips keselamatan ketika
di dalam dan di luar
rumah
28/02/2010 (Isnin)
- Cara membantu mangsa
anda sebagai rakan dan
apa yang patut anda
lakukan jika anda
diperkosa.
- GBK
- GBK
- GBK & guru-guru terpilih
- En. Andy Kedit
- Cik Boon Ai Fang
- Cik Maureen Imang
- Puan Gabriele T’ng Cik
- Cik Liging Uyo
- Cik Nora Anak Ali
8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Penaung : En. Ng Cheng Soo (Pengetua)
Penasihat 1 : Pn. Gabriele T’ng (PK1)
Penasihat 2 : Cik Liging Uyo (PK HEM)
Timb. Penasihat 2 : En. Rammalass Lai (PK GERKO)
Penyelaras Program : En. Nora Anak Ali (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)
Timb. Penyelaras : Andy Kedit Gilbert (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)
Ahli-Ahli Jawatankuasa
AJK Ceramah 7 minit pagi : Cik Maureen Emang
Cik Boon Ai Fang
9.0 ANGGARAN KEWANGAN
Tiada kos kewangan diperlukan. Kos fotostat borang, phamphlet, buletin dan print bahan
adalah dari sumbangan dari pihak sekolah.
10.0 KEPERLUAN PERALATAN
LCD, bilik komputer, PA. Sistem
11.0 PENUTUP
Pelaksanaan program ini diharapkan mampu mendedahkan tentang maklumat kesedaran
seksual dan tips-tips keselamatan kepada para pelajar. Semoga sumbangan dan kerjasama
yang diberikan akan dapat mencapai objektif yang disasarkan dan seterusnya menjayakan
program yang dijalankan. Ucapan jutaan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama
yang diberikan.
Diluluskan oleh,
.....................................
( En. Ng Cheng Soo)
Pengetua,
SMK Long Lama.
Disemak Oleh, Disediakan oleh,
......................................... ..............................................
( En. Andy Kedit) (Cik Nora Anak Ali )
Guru Bimbingan Dan kaunseling, Guru Bimbingan Dan kaunseling,
SMK Long Lama SMK Long Lama