Download - KERJAYA SAYA[1].pptx
Slide 1
KERJAYA SAYA
DISEDIAKAN OLEH:
PUAN NORAIN @ FAUZANA BT MOHD BOKORI
PENSYARAH KURSUS
SKW 3141 KEMAHIRAN INSANIAH 2
Mengenal diri sendiri
Bagi membuat keputusan dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan diri anda, terdapat beberapa perkara perlu dinilai seperti :
Apa yang anda suka buat?
Apa tahap pendidikan anda?
Kemahiran apa yang anda miliki?
Pengalaman apa yang anda ada?
Latihan apa yang anda telah jalani?
Apa yang anda hendak perolehi dari kerjaya tersebut?
Apa yang perlu anda lakukan?
Apakah perkara yang boleh mendorong anda untuk mencapai kerjaya tersebut?
DEFINISI KERJAYA
Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas ( Rohany & Fatimah (1987).
Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti
( Super (1981).
Merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan/bidang (profesional, kegiatan dan sebagainya).
Aktiviti berterusan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang berkaitan dengan ekonomi seperti pendapatan tetap untuk keperluan seharian.
Persediaan kerjaya perlu dimulakan dari awal
persekolahan lagi kerana kerjaya memainkan
Peranan penting dalam kehidupan seseorang.
Antara aspek yang ditekan dalam persediaan
kerjaya ialah ;
Akademik
Kemahiran
Mental
Emosi
Sosial
Dokumentasi
PERSEDIAAN KERJAYA
SUMBER MAKLUMAT KERJAYA
a)IKLAN DI MEDIA MASA- Pencari kerja perlu peka dan mengikuti maklumat semasa di
media masa- Media popular: akhbar dan buletin serta majalah, radio dan tv
b) AGENSI PEKERJAAN- Membantu majikan mendapatkan pekerja dari IPT dan pusat
latihan kemahiran- Ada yang menggunakan internet untuk dihubungi seperti
www. JenJOBS.com
c) TEMUDUGA TERBUKA - 'Walk-In Interview ini mudah dan cepat bagi majikan - Pencari kerja berbaris untuk temmuduga dengan
membawa segala dokumen perlu
d) JABATAN TENAGA KERJA- Ibu Pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya(www.jtksm.mohr.gov.my)- Cawangan di seluruh negara- Boleh terus daftar dengan mana-mana JTK dan
menunggu jawapan
JobsMalaysia (JMC) Kuching
Sublot 17, Lot 11884,Ground Floor (Corner Lot),KCLD, Jalan Tun Jugah,93532 Kuching,Sarawak
Phone : 082-576497
Mobile Phone Number :
Fax : 082-576492
E-mail : [email protected]
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga, Kuching,
Sarawak 93532
Phone : 082-242261
Fax : 082-244909/237051
E-mail : [email protected]
e) MAKLUMAT RAKAN- Rakan-rakan yang sedang bekerja- Maklumat lebih jelas tentang pekerjaan yang
diminati- Rakan menjadi orang tengah- Banyak laman web berkaitan seperti
www.jobsmalaysia.com ,
http://www.jobdb.com.my/,
http://www.graduan.com.my/ dan jobstreet.com.my- Permohonan terus melalui borang dalam laman
web
f) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)- Boleh mendaftar terus
(http://[email protected] )- Maklumat yang diberi betul dan tepat- Borang pendaftaran pekerjaan di Sektor Awam
SPA8i perlu diisi
g) TEMUDUGA DI KAMPUS- Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej- Temuduga di Universiti atau Kolej- Biasanya di akhir pengajian Majikan buat
temuduga di Universiti atau Kolej
h) PROGRAM LATIHAN INDUSTRI- Disediakan oleh IPT atau Pusat kemahiran- Syarikat atau badan tempat LI akan menerima
bekerja dengannya
i) HARI KERJAYA- Hari Kerjaya anjuran IPT dan sekolah- Melibatkan banyak syarikat dan IPT- Terus mengisi borang di tempat pameran
Dokumen yang penting digunakan oleh majikan bagi menolong memudahkan proses pemilihan untuk ditemuduga.
satu dokumen rasmi yang peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan sesuatu jawatan.
satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur
bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.
APA ITU RESUME?
Sambungan
satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri.
satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan.
suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.
Isi kandungan
Unsur-unsur dalam resume itu mesti standard. Walau bagaimanapun kamu boleh menentukan sama ada anda ingin menceritakan secara terperinci atau tidak, tentang pekerjaan anda yang lepas.
Asas
Ia termasuk nama, nombor telefon, alamat dan e-mail (jika ada). Anda juga harus sertakan dua keping foto saiz berukuran pasport bersama resume tersebut.
CARA MENULIS RESUME YANG BAIK
Objektif
Objektif merujuk kepada matlamat kerjaya dan kemahiran anda. Ia boleh ditulis dalam satu atau dua ayat sahaja. Ia juga boleh diabaikan tetapi ramai penemuduga harap dapat membacanya. Dalam objektif anda, jangan menyalin bulat-bulat penerangan pekerjaan itu daripada iklan sahaja.
Pendidikan
Senaraikan semua kelulusan akademik anda daripada peringkat sekolah menengah hinggalah peringkat tertinggi yang anda miliki. Ia termasuk jurusan yang diambil, gred atau markah purata, anugerah yang diterima.
Kemahiran khusus
Nyatakan kemahiran yang anda miliki termasuklah bahasa, sama ada dari segi penulisan atau pertuturan, penggunaan komputer atau kemahiran lain yang berkaitan dengan kerja yang anda pohon tersebut.
Aktiviti
Senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah anda lakukan seperti hobi, kerja sukarela dan lain-lain yang dapat menunjukkan kewibawaan anda. Selalunya penemuduga akan dapat tahu personaliti anda melalui aktiviti yang anda ikuti itu.
Pengalaman kerja
Ini termasuk kerja praktikal, kerja sambilan, kerja sementara dan kerja sukarela. Jika boleh, susun ia mengikut tahun dan tarikh yang terkini. Masukkan juga jawatan anda, nama syarikat, lokasinya dan tugas-tugas utama yang anda jalankan.
Rujukan
Anda harus menyatakan bahawa anda bersedia untuk memberi penerangan sekiranya pihak penemuduga mempunyai apa-apa pertanyaan.
Keutamaan dalam menyusun dokumen dan sijil untuk dibawa ke pusat temuduga adalah seperti berikut:
Kad pengenalan
Sijil kelahiran
Sijil kewarganegaraan (jika berkaitan)
Sijil berhenti sekolah
Sijil SPM asal
Sijil STPM asal (jika ada)
Diploma asal (jika ada)
Transkrip diploma asal(jika ada)
Ijazah sarjana muda asal(jika ada)
Transkrip sarjana muda asal(jika ada)
Ijazah sarjana asal(jika ada)
Transkrip ijazah sarjana asal(jika ada)
Surat pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah luar negara)
Sijil/Surat keterangan Kokurikulum (mulai tingkatan 4 sehingga universiti)
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
PANDUAN PENYUSUNAN DOKUMEN UNTUK TEMUDUGA
TUJUAN TEMUDUGA
Temuduga kemasukan ke IPTA/ IPTS
Program Kemahiran
Latihan Ilmiah
Memohon biasiswa
Memohon Jawatan di sektor Kerajaan / Swasta
Bagaimana menjual diri
Penampilan Diri yang berkesan
Mempengaruh supaya panel temuduga memilih kita
Panel yakin dengan kebolehan dan kepakaran kira
Panel kita akan memberi sumbangan kepada nilai tambah institusi/ majikan mereka
Panel yakin dan kita dapat memberi sumbangan dan faedah yang besar kepada mereka
KEPENTINGAN TEMUDUGA
4.1 Temuduga Lisan
a) 1 atau 2 orang penemuduga menyoal dan
berinteraksi
b) Perbincangan kumpulan
c) Temuduga bersiri Penemuduga berlainan
4.2 Ujian Bertulis Tujuan menguji kecerdasan minda , personaliti dan pengetahuan am.
BENTUK TEMUDUGA
Buat kajian mengenai syarikat, perniagaan dan pekerjaan yang dipohon
Mengetahui serba sedikit mengenai perkembangan semasa dalam industri perniagaan
Berlatih untuk menjawab dengan jawapan yang sesuai
Menyemak kembali resume anda
Membuat pengesahan tempat, masa dan tarikh
temuduga
Penampilan diri yang sesuai
Yakin dengan diri anda
PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA
Tiba ke tempat temuduga dengan awal
Berpakaian Kemas
Bersopan dalam komunikasi
Pastikan anda menyebut nama panel dengan betul
Jawab soalan dengan tenang dan yakin
Sentiasa senyum dan kawal pergerakan mata
Dengar dengan teliti soalan penemuduga
Jawab soalan dengan jawapan yang ringkas,mudah
tetapi padat
Fokus pada kekuatan/kelebihan anda
Bertanya soalan yang berkaitan
Berterima kasih pada penemuduga
TIPS-TIPS SEMASA TEMUDUGA
Datang lewat ke tempat temuduga
Berpakaian tidak sopan /menjolok mata / selekeh
Terlupa membawa resume dan sijil-sijil
berkaitan
Menjawab dengan jawapan yang meleret
Terlampau yakin
Bertanya terlalu kerap mengenai isu gaji
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA TEMUDUGA
Terlalu memilih pekerjaan
Mengharapkan tangga gaji permulaan tanpa pengalaman yang mencukupi
Tidak memiliki sifat berdaya saing
Mudah putus asa
VIDEO TATACARA TEMUDUGA
ETIKA PAKAIAN BAGI WANITA
ETIKA PAKAIAN BAGI LELAKI
Boleh berkomunikasi dengan baik
Berdikari dan boleh dipercayai
Menepati masa
Belajar untuk mengutamakan perkara yang penting
Menunjukkan inisiatif yang tinggi
Bersemangat dalam melaksanakan tugas
Pemikiran kreatif dan kritis
Terbuka menerima kritikan
HARAPAN MAJIKAN
SEKIAN, TERIMA KASIH