Download - Kata Nama dan Kata Kerja
Kata Nama&
Kata Kerja
Nama Ahli Kumpulan:
~Hanani Amylia Hanapi~Fadilah Zainal~Intan Nur Ain Hj Ramli~Hematarshini~Nabilah Shaiem
KATA NAMA
Definisi Kata Nama
☺Kata nama ialah sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama .
☺Kata nama terbahagi kepada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama .
Kata Nama Khas1.Kata Nama Khas ialah kata nama yang mendukung
makna rujukan khusus kepada sesuatu benda atau orang.
2.Huruf pertama kata nama ini ditulis dengan huruf besar sama ada di awal ayat atau di tengah ayat.
3.Kata nama khas terbahagi kepada i) Kata nama khas hidup ii) Kata nama khas tak hidup.
4.Kata nama khas hidup terbahagi kepada 2 kumpulan i) Kata nama khas hidup manusia ii) Kata nama khas hidup bukan manusia
Pembahagian Kata Nama Khas
KATA NAMA KHAS
Hidup
Manusia
Bukan Manusia
Tak Hidup
Contoh Kata Nama Khas
(a)Kata nama khas hidup manusia – Nik Aziz, Anuwar Ibrahim, Najib Razak
(b)Kata nama khas hidup bukan manusia – Si Capik, Ar-Rahman, Si Jongang
(c)Kata nama khas tak hidup – Himpunan Kebangkitan Rakyat, Bukit Siput, S.M.K. Dato’ Bentara Dalam
☺Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang bersifat umum .
☺ Pembahagian kata nama am diperlihatkan oleh rajah berikut :
Kata Nama Am
Kata Nama Am
Hidup
Manusia Bukan Manusia
Tak Hidup
Institusi Bukan Institusi
Konkrit Abstrak
Berbilang Tak Berbilang
Contoh Kata Nama AmKata nama am hidup manusia
abang, ibu, adikKata nama am hidup bukan manusia
ayam, cicak, kambingKata nama am tak hidup institusi
dewan, farmasi, klinikKata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
daerah, gelandang, lembahKata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
berbilang amalan, galakan, bilangan
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
iklim, keindahan, roh
Kata Ganti Nama☺ Kata yang menggantikan kata nama am atau kata nama khas.☺ Terdiri daripada kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.☺ Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Kata Ganti Nama Tunjuk Umum (Menunjuk Kepada perkara atau benda)
Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat (Menunjuk Kepada Tempat)
☺ Kata ganti nama diri pula terdiri daripada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti diri orang.☺ Kata ganti diri tanya digunakan untuk menanyakan benda, perkara atau manusia.☺ Kata ganti nama diri orang digunakan untuk merujuk kepada manusia dan terbahagi kepada:- ~Kata ganti nama diri orang pertama ~Kata ganti nama diri orang kedua ~Kata ganti nama diri orang ketiga
Pembahagian Kata Ganti Nama
KATA GANTI NAMA
Kata Ganti Nama Tunjuk
Umum
Tempat
Kata Ganti Nama Diri
Tanya
Orang
Pertama
Kedua
Ketiga
☺ Berikut ini ialah contoh kata ganti nama.a) Kata ganti nama tunjuk umum – ini, itu.b) Kata ganti nama tunjuk tempat – sana, sini,
situc) Kata ganti nama diri tanya – apa (untuk
benda atau perkara), siapa (untuk manusia), dan mana(untuk manusia dan benda atau perkara)
d) Kata ganti nama diri orang pertama –aku, beta, patik, saya, kami, kita
e) Kata ganti nama diri orang kedua – anda, awak, engkau, kamu, tuanku,kalian.
f) Kata ganti nama diri orang ketiga – baginda, beliau, dia, ia, mereka, -nya.
KATA KERJA
KATA KERJA1)Kata kerja ialah sejumlah kata
yang menjadi unsur inti dalam binaan binaan frasa kerja.
2)Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu:a) kata kerja transitif.b) kata kerja tak transitif.
KATA KERJA TRANSITIF1) Kata kerja transitif ialah kata kerja yang
memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya.
2) Kata kerja transitif ini terbahagi kepada : a) kata kerja transitif aktif
contoh: Negara itu menghantar bantuan makanan ke Somalia.
b) kata kerja transitif pasif misalnya: Bantuan makanan dihantar oleh negara itu ke Somalia.
3) Kata kerja transitif aktif boleh menggugurkan objeknya seandainya kata kerja tersebut membawa makna adjektif. Contohnya:☺ Tragedi yang menggerunkan kami itu berlaku dengan tiba-tiba. Tragedi yang menggerunkan Itu berlaku dengan tiba-tiba. ☺ Penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Somalia menyedihkan kami. Penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Somalia menyedihkan.
Kata Kerja Tak Transitif
1)Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Oleh itu kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.2)Terbahagi kepada dua :
a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
b) Kata kerja tak transitif berpelengkap.
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa
Pelengkap1)Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikuti oleh pelengkap.Contoh ayat : ☺ Kedua-dua orang pemimpin itu berbincang. ☺ Para peserta maraton itu baru sahaja tiba.
2)Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh ditambah dengan unsur keterangan seperti berikut :
☺ Kedua-dua orang pemimpin itu berbincang tentang isu ekonomi.
☺ Peserta maraton itu baru sahaja tiba di pintu masuk stadium.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
1)Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.2)Unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama. Contoh:a) Pelengkap kata adjektif : Orang tua itu berperangai
aneh .b) Pelengkap frasa sendi nama : Dia tidak kenal akan
anaknya sendiri.c) Pelengkap kata nama : Dia tidur bertemankan radio.
Habis sudah..
Terima Kasih Kerana
Mendengar :D