Download - Jam 1 konsep guru &amalan profesion
EDU3083ASAS KEPIMPINAN DAN
PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
TAJUK:KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU
PROFESION
PENSYARAH:ANAS BIN SURAY
PENSYARAH KANAN DG 54
KONSEP PROFESION KONSEP PROFESION DAN DAN
PROFESIONALISMEPROFESIONALISME
KONSEP PROFESION
Mengikut Lieberman, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah mengandungi ciri-ciri berikut : Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan Orang profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu Ahli sesuatu profesional adalah pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya
Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli Setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu Setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya
Rumusan
Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
KONSEP PROFESION PERGURUAN
DAN KEGURUAN
Konsep Perguruan
Diertikan sebagai pengajaran, misalnya kepada guru pelatih, pelajar dan sebagainya
Konsep Keguruan
Perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya.
Kamus Dewan, 1989
Konsep Profesion Perguruan
Pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas
Konsep Profesion Keguruan
Pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
Kamus Dewan, 1989
CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL
Secara umumnya guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran,
berketerampilan serta berpengetahuan dalam aspek pedagogi
Mohamad Sani (1998), guru yang profesional mempunyai atribut seperti rajah yang disediakan
Sahsiah• Bertaqwa• Berakhlak• Berperibadi mulia• Mempunyai komitmen• Bersopan santun• Bersikap positif• Berkebolehan memimpin• Mengamalkan budaya ilmu
Keterampilan• Merancang P&P• Mengurus P&P• Memilih strategi P&P• Meransang P&P• Kemahiran teknologi• Kemahiran generik• Kemahiran kaunseling• Menilai P&P
Ilmu• Isi kandungan mata pelajaran• Pengetahuan kandungan pedagogi• Bahan• Kaedah• Teknologi
Guru mempunyai sepuluh tret yang amat berkesan ~ McEwan (2002) ~
Dorongan oleh misi dan passionate Didorong oleh misi – panggilan untuk mengajar Passion – semangat membantu pelajar untuk berkembang Rela dan komitmen yang tinggi
1
Positif dan benar Selalu berpandangan positif Menghormati, menyayangi, empati, adil Mudah berhubung Terbuka Mudah menyesuaikan diri
2
Guru sebagai pemimpin Berkeupayaan mempengaruhi ke arah yang baik dan positif Berkeupayaan memimpin murid, rakan dan ibu bapa melalui organisasi tertentu Menjadi model, contoh dan tauladan
3
With-it-ness Peka terhadap masa, penglibatan murid dan bilik darjah Mampu mengawal kelas dengan baik Bijak menyelesaikan masalah Boleh membuat refleksi spontan
4
Gaya Mempunyai gaya tersendiri Unik, bersemangat, berkarisma, humor, kreatif dan sentiasa ada idea baru
5
Motivasi Bermotivasi Keazaman yang tinggi Yakin mampu mengubah kehidupan pelajar
6
Keberkesanan Pengajaran Melaksanakan pelbagai pendekatan, strategi dan teknik pengajaran Cara pengajaran bersesuaian dengan keperluan pelajar Mampu berkomunikasi dengan baik Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai Mahir dalam hubungan interpersonal
7
Kandungan Pelajaran Berpengetahuan tentang isi kandungan pelajaran yang diajar Tahu apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak mengajar
8
Pintar Mempunyai pengetahuan tentang sekolah, pelajar dan komuniti Sentiasa mengumpul maklumat terkini tentang tingkah laku para pelajar Sentiasa merancang strategi pengajaran yang efektif
9
Celik minda Minda sentiasa aktif dan berfokus terhadap tugas Berupaya menerangkan pelbagai idea, isu dan nilai mengenai pengajaran kepada orang lain Proaktif terhadap perubahan dan kehendak profesion
10
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU
YANG PROFESIONAL
Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan
Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan aktif Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti
abis…