KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2013‘WADAH IMPIAN DAN KEJAYAAN’
33 MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-14 pada tahun 2013 dalam usaha menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran KPM ini mampu memasti-kan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.
Selain itu, KPM juga merupakan penghubung bagi memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan IPTA/S untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA juga menggerakkan tujuh (7) IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian akademik serta pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).
Dijangkakan sejumlah 400 buah institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara akan mengambil bahagian dalam KPM 2013. KPM juga menjadi platform untuk MARA menyampaikan informasi berkaitan kemudahan penajaan atau penganjuran pelajaran, penyemakan baki pinjaman serta program-program terkini MARA melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan.
Lebih menarik lagi, KPM 2013, dengan kerjasama JobsMalaysia, dileng-kapkan dengan Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka di lima (5) buah lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Majikan yang mengambil bahagian juga akan mengadakan sesi temu duga terbuka bagi pengambilan pekerja di samping mengadakan beberapa siri seminar kerjaya meliputi tips atau panduan mencari kerja, etika menghadiri temu duga dan soft skills yang diperlukan untuk menghadapi temu duga.
Lebih 200 ruang pameran bakal disertai oleh majikan dan syarikat yang menawarkan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan dengan NKEA. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.
Dengan kehadiran pengunjung melebihi 200,000 pada setiap tahun, Karnival Pendidikan MARA merupakan antara pameran pendidikan terbesar di negara ini dengan fokus utama membangunkan modal insan kelas pertama yang diperlukan negara. Justeru itu, IPTA/S, majikan dan usahawan terutama dalam perniagaan berkaitan pendidikan perlu merebut peluang ini untuk menyertai jelajah KPM 2013 di 10 lokasi yang terpilih.
TEMUI KAMI DI SINI:
TARIKH LOKASI
16 - 17 Mac 2013 Kuala Lumpur(Sabtu & Ahad) Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC, Kuala Lumpur
23 - 24 Mac 2013 Pahang(Sabtu & Ahad) Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
30 - 31 Mac 2013 Johor(Sabtu & Ahad) Plaza Angsana Johor Bahru, Johor
2 - 3 April 2013 Sabah(Selasa & Rabu) Dewan Masyarakat Tawau, Sabah
5 - 6 April 2013 Sarawak(Jumaat & Sabtu) Dewan Pameran Permata, Kuching, Sarawak
13 - 14 April 2013 Perak (Sabtu & Ahad) Pasaraya Mydin, Jelapang, Ipoh, Perak
17 - 18 April 2013 Kelantan (Rabu & Khamis) Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan
20 - 21 April 2013 Kedah (Sabtu & Ahad) Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Tingkat 7, Menara MBAS, Alor Setar, Kedah
24 - 25 April 2013 Terengganu (Rabu & Khamis) Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu
27 - 28 April 2013 Pulau Pinang(Sabtu & Ahad) Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Nota : Pameran bermula jam 10.00 pagi - 6.00 petang kecuali Sabah & Sarawak bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang
BOOTH PAMERANPenyertaan terbuka kepada IPTA/S, majikan dan perniagaan berkaitan pendidikan. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di
www.mara.gov.my atau www.facebook.com/karnivalpendidikanmara
Faksimilikan borang lengkap tempahan ke alamat:Bahagian Komunikasi Korporat, Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur Tel : 03-26134859/47/54 atau Faks : 03-26927386Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Bagi lepasan sekolahPameran Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pendidikan Teknikal & Vokasional MARA (TVET), IPTA & IPTS tempatan dan luar negara
Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran
Yuran pengajian PERCUMA di IPMa terpilih
Elaun bulanan / pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak
Kaunseling pendidikan dan kerjaya
Permohonan terus dan temu duga terbuka
Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
Ujian Personaliti
Bagi pencari kerjaPameran syarikat dan usahawan
Peluang pekerjaan dan keusahawanan
Peluang bertemu bakal majikan
Temu duga kerja terbuka
Ceramah Kerjaya
Penulisan resume
Tips menghadiri temu duga
Grooming & etiquette
Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA
Pendaftaran JobsMalaysia
Ujian Personaliti
Apa yang menarik di sini
Pameran Kerjaya Ada Di Sini!
Pameran Kerjaya Ada Di Sini!
Pameran Kerjaya Ada Di Sini!
Pameran Kerjaya Ada Di Sini!
Pameran Kerjaya Ada Di Sini!