ISOLASI PROFESIONAL DALAM KALANGAN PENGETUA
Lokman Mohd Tahir
Roslee Ahmad
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, 81310, Skudai, Johor
A. Razak A. Karim
Unit Jaminan Kualiti,
Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Pengenalan
Bagi memastikan sistem pendidikan nasional terus relevan dan bersifat dinamik serta sesuai
dengan persekitaran yang berubah, program transformasi pendidikan untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara membangun pada tahun 2020 dianggap bertepatan dengan matlamat
negara menjadikan pendidikan sebagai asas kepada pembangunan negara. Namun demikian,
kepada pemimpin pendidikan, ia merupakan cabaran yang perlu dipikul dalam mengurus,
memimpin dan memastikan sistem operasi pengurusan sekolah selari dengan matlamat untuk
menjadikan sekolah institusi pembelajaran yang menjurus kepada kecemerlangan dari semua
aspek. Keadaan ini menyebabkan peranan pemimpin menjadi lebih rencam dan mencabar kerana
mencakupi pelbagai bidang seperti pentadbiran pejabat, pengurusan akademik, pengurusan
kewangan, perancangan pembangunan fizikal, pembangunan sumber, jalinan hubungan luar dan
sebagainya (Persidangan Kebangsaan Pengetua Seluruh Malaysia, 2010). Dalam konteks ini,
selaku pemimpin sekolah, mereka perlu mengganggap proses memimpin sekolah sebagai proses
yang abstrak, luwes, tidak stabil dan tidak terbatas (Abdul Shukor, 2005) malah,
kepemimpinan memerlukan kepelbagaian ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan keperluan
sekolah yang perlu dimiliki oleh bakal pemimpin. Ini kerana masyarakat malah stakeholders
sekolah kerap meletakkan harap yang tinggi kepada kapabiliti dan kebolehan pengetua yang
berperanan sebagai key player (Abdul Ghafar, 2011) dalam menjadikan sekolah sebuah institusi
yang cemerlang (Donaldson, 2006) dan perlu melestarikan kecemerlangannya.
Isolasi merupakan suatu situasi apabila pemimpin merasa dirinya terasing ataupun
keseorangan disebabkan kedudukannya sebagai ketua yang memerlukan beliau membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah secara bersendirian tanpa bantuan daripada
kakitangannya (Abrams Jr, 1997; Duke, 1988; McCreight, 2001; Tirozzi & Ferrandino, 2000;
Yerkas & Guaglianone, 1998). Sebagai pemimpin sekolah, pengetua juga berkemungkinan
mengalami keadaan isolasi atau berasa terasing dari warga sekolah disebabkan kedudukan dalam
hirarki organisasinya (Ackerman & Maslin-Ostrowski, 2002). Situasi ini berpunca daripada
kecenderungan dalam kalangan guru untuk mengelak diri dari berhadapan secara langsung
dengan pengetua sekolah kerana mereka mengganggap mereka hanyalah orang bawahan atau
pengikut yang tidak terlibat dengan proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di
peringkat pengurusan sekolah malah tidak akan memberi sokongan kepada pengetua (Forsyth
dan Hoy, 1978; Daresh, 1988; Campbell et al., 2010). Sebenarnya, gejala isoslasi profesional
yang dialami oleh pengetua dalam konteks kepimpinan sekolah bukanlah suatu aspek yang baru
kerana ia telah diselidiki oleh pengkaji di Britain, New Zealand, Kanada malah di Amerika
Syarikat malah kini mereka berpendapat kaedah mentoring dan coaching dalam bidang
kepengetuaan perlu dimantap, diperluas malah dikemaskini untuk tujuan penghasilan pengetua
yang berkapasiti tinggi dan jitu (Earley, Nelson, Higham, Bubb, Porritt & Coates, 2011). Namun
dalam konteks penyelidikan kepengetuaan dan kepimpinan di Malaysia, masih banyak ruang
untuk penyelidikan isolasi profesional pengetua kerana jumlah kajiannya masih amat terhad
malah sukar dijadikan rujukan.
Sehubungan itu, sekiranya pengetua tidak mengamalkan gaya kepimpinan yang
mendorong ke arah amalan penyelesaian masalah dan membuat keputusan secara kolaborasi
dengan melibatkan para guru dalam proses tersebut, sudah tentu mereka akan berasa
keseorangan atau bersendirian dalam mengurus sekolah. Oleh itu, kebanyakkan organisasi yang
berjaya telah mengubah struktur mereka daripada organisai yang bersifat birokrasi, kawalan serta
pengkhususan tugas kepada struktur yang lebih mudah (simple) dan anjal (flexible) dengan
struktur lapisan birokrasi yang semakin kurang dan amalan perkongsian kuasa yang lebih meluas
(Gust-Thomason dan Yantis, 1998; Pounder, 1997).
Latarbelakang Masalah
Isolasi ditakrifkan sebagai gejala atau situasi apabila seseorang itu merasa dirinya
terasing ataupun keseorangan disebabkan oleh pelbagai faktor seperti umur, status perkahwinan,
tahap sosio ekonomi, sikap diri dan kerjaya (Hecht dan Baum, 1984; Noonan, 1988). Kajian
berkaitan isolasi yang berlaku dalam sektor pekerjaan biasanya menggunakan istilah isolasi
profesional (professional isolation) bagi membezakannya dengan isolasi sosial (Campbell et. al.
2000) iaitu isolasi professional berpunca daripada situasi dalam pekerjaan manakala isolasi sosial
merujuk kepada pengasingan kerana faktor dalaman individu seperti umur dan sikap. Walaupun
faktor kerjaya bukan merupakan punca tunggal yang menjadi penyebab kepada keadaan isolasi,
namun banyak penyelidikan isolasi menunjukkan individu yang berada dalam kedudukan hiraki
yang lebih tinggi dalam sebuah organisasi lebih kerap mengalami keadaan isolasi berbanding
rakan mereka yang berada di peringkat bawahan iaitu sebagai pengikut (Revenson dan Johnson,
1984). Hal ini kerana, sebagai pemimpin organisasi, ada kalanya mereka merasa keseorangan
dan ada kalanya seperti menyendiri kerana mereka perlu menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan secara bersendirian tanpa sokongan dan bantuan orang lain (Sinberg and Lipscomb,
2005).
Penyelidikan berasaskan kepada konsep isolasi dalam bidang pekerjaan kebanyakannya
merumuskan bahawa gejala isolasi memberi impak kepada mutu pekerjaan dan produktiviti hasil
daripada berlakunya gejala isolasi (Brook, Sawyer, & Rimm-Kaufman, 2007; Bunnell, 2006;
Conley, Muncey, & You, 2006; Marshall, Michaels, & Mulki, 2007; Mulki et al., 2008; Mills,
Francis, & Bonner, 2007; Penn et al., 2005; Scheib, 2006; Smith, Barry, Dunn, Keefe, &
Weismantel, 2006; Taylor & Lee, 2005; Wong, DeSanctis, & Staudenmayer, 2007). Kajian
isolasi dalam bidang pendidikan pula meneliti hubungan antara gejala isolasi dalam kalangan
guru dan perkaitannya dengan kualiti pengalaman dan kesannya kepada persekitaran serta
pencapaian sesebuah sekolah (Cookson, 2005; Dufour & Eaker, 1998; Fullan, 2001; Garmston,
2007; Hord, 2007; McGrail, 2007; Schlechte, Yssel, & Merbler, 2005)
Penyelidikan yang mengkaji gejala isolasi dalam bidang pendidikan didapati lebih
tertumpu kepada penelitian dan impaknya kepada aspek keguruan dan menepikan impaknya
kepada bidang kepengetuaan. Beberapa sarjana (Beaudoin & Taylor, 2004; Norton, 2001;
Robbins & Alvey, 2003; Rooney, 2000) berpendapat bahawa proses pengurangan isolasi yang
berlaku kepada pengetua atau pemimpin sekolah mampu meningkatkan kualiti kepimpinan
sekolah. Ini kerana, kurangnya berlaku isolasi akan meningkatkan kualiti kerja pengetua malah
mampu meningkatkan pencapaian beliau dalam memimpin sekolah. Banyak kajian yang
dilakukan di luar negara membuktikan bahawa pemimpin organisasi turut mengalami gejala
isolasi dalam proses mereka memimpin sekolah. Ini kerana, kedudukan hiraki pemimpin yang
lebih tinggi dalam sebuah organisasi lebih kerap mengalami keadaan isolasi berbanding rakan
mereka yang berada di peringkat bawahan iaitu sebagai pengikut (Revenson dan Johnson, 1984).
Sebagai pemimpin organisasi, mereka merasa keseorangan dan ada kalanya seperti menyendiri
kerana mereka perlu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara bersendirian tanpa
sokongan dan bantuan orang lain (Sinberg and Lipscomb, 2005).
Seperti juga pemimpin organisasi yang lain, pengetua turut terdedah kepada keadaan
mengalami isolasi kerana kedudukannya sebagai peneraju sekolah. Di samping faktor sistem
sokongan dan perhubungan seperti dinyatakan di atas, keadaan ini juga berlaku disebabkan oleh
beberapa faktor seperti sikap individu yang enggan meminta bantuan rakan sekerja, malu
bertanya, kurang bergaul dengan orang bawahan dan gagal berkomunikasi dengan berkesan.
Faktor-faktor tersebut telah membataskan daya keupayaan pengetua untuk mendapatkan bantuan
dan pertolongan dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Beberapa penyelidikan
(Peppin, 1986; Garber, 1991; Licata and Hack, 1980) mendapati pengetua amat kurang
berhubung dengan orang bawahannya dan hanya mempunyai beberapa sesi perjumpaan dengan
guru-guru mereka sahaja. Bagi Donaldson (2006), isu utama dalam menjadi pemimpin atau
pembuat keputusan di sekolah ialah seseorang individu itu perlu bersedia untuk menghadapi
masalah isolasi kerana tugas seorang pengetua dikategorikan sebagai tugas yang sunyi atau
lonely job.
Tuntutan kepimpinan dan pengurusan telah berubah sejak kewujudan instituai sekolah
dan peranan pengetua selaku pemimpin, pengurus dan pentadbir sekolah. Secara khusus,
pengetua amat bertanggungjawab dan berakauntibiiti dalam aspek instruktional dan pentadbiran
sekolah (Cuban, 1988; Dunklee, 2000). Sebagaimana yang diutarakan sebelum ini, kajian
tentang isolasi pengetua bukan lagi isu yang baru di luar negara namun masih kurang kajian di
Malaysia yang meneliti akan gejala isolasi di Malaysia.Kajian di United Kingdom oleh Mercer et
al (2002) dan Boerema (2011) pernah menyebut bahawa isu isolasi perlu diberikan tumpuan
dalam menyediakan sokongan dan penyelesaian masalah dalam perlantikan pengetua khususnya
pengetua yang baru dilantik. Melalui penerokaan yang mendalam dalam isu isolasi khasnya
dalam bidang kepengetuaan di Malaysia, beberapa langkah yang strategik perlu diambil bagi
membolehkan pengetua melaksanakan tugasnya dengan lebih cemerlang. Dalam hal ini, peranan
penting oleh pelbagai pihak khususnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan
Pelajaran Negeri perlu mengorak langkah untuk memberi perhatian yang lebih serius terhadap
masalah isolasi dalam memimpin organisasinya (Brook et. al., 2007; Bunnell, 2006). Malah
banyak sekolah awam di Amerika telah mengikuti tren ini dengan mengambil pelbagai langkah
perlu bagi mengurangkan kadar pengetua yang mengalami isolasi (Cookson, 2005; Garmston,
2007). Namun, senario isolasi dalam konteks kajian kepengetuaan di Malaysia masih terhad
bilangan penyelidikannya dan memerlukan penelitian yang mendalam sama ada pengetua
sekolah di Malaysia turut mengalami masalah isolasi ketika memimpin dan mengurus sekolah
agar sistem sokongan yang padu dan mantap mampu dijanakan dalam menghasilkan sekolah
yang dapat dikategorikan sebagai efektif.
Tanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan sekolah sepenuhnya diletakan di bahu
kepimpinan dengan sokongan padu staf di bawah mereka, pelajar dan ibu bapa. Dalam situasi ini
wujud suasana iaitu tuntutan daripada pihak atasan yang bertentangan dengan keselesaan
pengikut memberi kesan kepada tindakan pengetua. Ada juga situasi di mana segala perancangan
rapi yang telah dilakukan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah tidak mencapai
sebagaimana yang diharapkan. Pihak sekolah dipersalahkan dan situasi ini sudah tentu memberi
tekanan kepada pengetua. Dalam majlis tertentu di peringkat daerah atau jabatan sekiranya
kebanyakan rakan mereka menerima pengiktirafan, kegagalan menerima sebarang anugerah
juga akan menimbulkan rasa malu dan terpencil dari rakan yang lain. Situasai inilah yang ingin
dikaji dan dikongsikan dalam kajian ini. Oleh itu kajian tinjauan isolasi dalam kalangan
pengetua sekolah menengah ini, adalah relevan dengan isu yang dihadapi oleh pemimpin sekolah
pada masa kini.
Oleh hal yang demikian, terdapat keperluan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
menyebabkan isolasi dalam kalangan pengetua sekolah bagi membolehkan strategi yang
berkesan untuk mengelak keadaan ini berlaku dapat dilaksanakan. Hal ini kerana, tanpa adanya
masalah isolasi, pengetua akan dapat melaksanakan tugasnya dengan lebih berkesan dan
seterusnya dapat memajukan organisasi yang dipimpin. Oleh itu, kajian ini perlu dilakukan bagi
mengenal pasti sama ada keadaan isolasi ini dialami oleh pemimpin organisasi khususnya dalam
kalangan pengetua sekolah menengah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang menyebabkan berlakunya isolasi, langkah-langkah yang diambil oleh pengetua untuk
menghadapi keadaan ini dan impak isolasi terhadap prestasi mereka mengurus sekolah.
Tambahan pula, penyelidikan tentang isu ini di negara kita adalah agak terhad dan belum dikaji
dengan lebih mendalam. Justeru, kajian ini bukan sahaja akan membantu para pengetua tetapi
juga banyak pihak lain yang terlibat untuk membangunkan kapasiti kepimpinan mereka seperti
Institut Aminuddin Baki, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) serta Jabatan-Jabatan
Pelajaran Negeri
Persoalan Kajian
Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan di atas, berikut adalah persoalan kajian yang
perlu dijawab dalam kajian ini:
(i) Apakah tahap isolasi dalam kalangan pengetua sekolah menengah di negeri Johor?
(ii) Apakah faktor utama menyebabkan berlakunya isolasi dalam kalangan pengetua sekolah
menengah negeri Johor?
(iii) Bagaimanakah pengetua sekolah menengah negeri Johor menangani masalah isolasi?
( iv) Apakah kesan (impak) isolasi terhadap prestasi kerja pengetua sekolah?
Metodologi
Kajian ini menggunakan aliran falsafah pragmatik sebagai asas kepada reka bentuk
penyelidikannya iaitu aspek campuran antara kuantitatif dan kualitatif. Secara khusus, kajian ini
menggunakan aspek reka bentuk campuran berurutan atau sequential mix method sebagai asas
kepada pelaksanaan kajian ini. Rasional kepada pemilihan kaedah ini kerana kajian yang
meneliti aspek isolasi bukan sahaja perlu menentukan kewujudan aspek isolasi dalam bidang
kepengetuaan tetapi perlu mendalami sama ada elemen isolasi yang dialami oleh pengetua atau
pemimpin sekolah bercorak berterusan atau sementara. Oleh itu, kajian ini menggabungkan dua
kaedah utama itu iaitu kualitatif dan kuantitatif.
Kajian ini bermula dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui pentadbiran
soalselidik sebagai satu tatacara yang biasa digunakan untuk mendapatkan data tentang status
isolasi dalam kalangan pengetua sekolah menengah dan seterusnya menentukan tahap isolasi
yang mereka alami. Sementara itu, kajian ini juga diperkukuhkan dengan mendapatkan data
dalam bentuk kualitatif melibatkan kaedah temubual terhadap 12 orang pengetua di sekitar
daerah Johor Bahru, Kulaijaya, Batu Pahat dan Muar. Sambungan daripada aspek kuantitatif,
kaedah temubual separa struktur yang itemnya dibina sendiri oleh penyelidik telah digunakan
dalam kajian ini untuk meneroka dengan lebih terperinci aspek isolasi dalam kalangan pengetua
sekolah menengah, strategi yang digunakan untuk menangani masalah isolasi dan kesan (impak)
isolasi terhadap prestasi kerja mereka sewaktu memimpin sekolah.
Persampelan
Populasi data kuantitatif melibatkan 248 orang pengetua sekolah menengah di negeri Johor iaitu
jumlah keseluruhan sekolah menengah di Johor. Untuk tujuan kajian ini, semua 248 orang
pengetua dipilih sebagai populasi kajian menjadikan kajian ini tidak menggunakan sampel
kajian. Manakala, subjek bagi data kualitatif melalui kaedah temu bual pula hanya melibatkan
12 orang pengetua yang dipilih secara bertujuan dari empat buah daerah di negeri Johor.
Pengetua yang dipilih berdasarkan markat skor min soal selidik mereka adalah agak tinggi dalam
tahap isolasinya mereka berbanding pengetua yang lain.
Instrumentasi
Dua instrumen utama yang digunapakai sepanjang kajian ini dijalankan untuk tujuan
pengumpulan data iaitu soal selidik dan item protokol temubual. Pada peringkat awal kajian,
penyelidik menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang pemikiran, perasaan,
perilaku, kepercayaan, nilai, persepsi dan personaliti pengetua. Dalam konteks ini, soal selidik
didapati amat praktikal dan berkesan digunakan untuk mengkaji populasi yang besar.
Keupayaan soal selidik menggunakan sampel yang banyak dapat meningkatkan ketepatan
anggaran statistik sampel di samping kos yang rendah dan efektif untuk mengumpulkan data.
Soal selidik untuk kajian ini diadaptasi daripada soal selidik berdasarkan UCLA
Loneliness Scale yang dibina oleh Russell et. al.(1978; 1980; 1996) sebanyak 20 item dan
seterusnya diperbaiki oleh Dussault dan Thibodeau (1997). Item-item tersebut seterusnya diuji
oleh Dussault et al. (2009) terhadap 1,175 guru bahasa Perancis di Kanada. Item-item isolasi
tersebut telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, diuji ketepatan dan proses adaptasi untuk
menentukan kesesuaian penggunaannya dalam konteks kajian kepengetuaan di Malaysia. Secara
khusus, soalselidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian
A mengandungi empat item soalan demografi melibatkan lokasi sekolah, jantina, pengalaman
sebagai pengetua dan gred jawatan yang disandang. Bahagian B soal selidik tersebut
mengandungi 20 item yang digunakan untuk mengenal pasti sama ada pengetua mengalami
keadaan isolasi. Semua item dibina berdasarkan data interval iaitu persetujuan guru melalui
kaedah skala Likert lima mata bermula daripada 5 - sangat setuju hingga skala 1 – sangat tidak
setuju. Data daripada soalselidik tersebut juga digunakan untuk mengenalpasti perbezaan tahap
isolasi dalam kalangan pengetua berdasarkan demografi mereka iaitu lokasi, jantina, pengalaman
kerja sebagai pengetua dan gred jawatan. Bagi tujuan kajian ini, sebanyak 248 set soal selidik
telah diedarkan kepada pengetua semasa Program Pengarah Turun Padang 2012 yang melibatkan
semua pengetua sekolah menengah pada 2 Mei 2012. Daripada jumlah tersebut, hanya sebanyak
200 soal selidik (90.9%) yang lengkap dijawab telah berjaya dikumpul untuk tujuan
penganalisisan data.
Kebolehpercayaan dan kesahan
Bagi memastikan kebolehpercayaan item soal selidik yang telah diterjemahkan, satu kajian rintis
telah dijalankan melibatkan 20 orang pengetua sekolah menengah yang tidak akan terlibat
dengan kajian ini iaitu lima orang pengetua dari sekolah menengah berasrama penuh (SBP),
sembilan orang pengetua dari sekolah menengah teknik dan vokasional (SMT/ SMV), empat
orang pengetua dari sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), seorang pengetua sekolah
menengah pendidikan khas dan seorang pengetua dari sekolah sukan. Kebolehpercayaan item
soal selidik bagi versi asalnya dalam bahasa Inggeris adalah sangat tinggi berasaskan nilai alpha
0.96 dan beberapa kajian telah dijalankan oleh pembinanya sendiri bagi meningkatkan kesahan
soal selidik yang dibina. Sementara itu, nilai alpha item soal selidik bagi kajian rintis ini juga
adalah sangat tinggi iaitu 0.917. Ini bermakna, kebolehpercayaan item soal selidik versi Bahasa
Melayu adalah sesuai untuk digunakan untuk mengumpul data kajian kuantitatif.
Bagi menentukan sama ada item mempunyai perkaitan dan mengurangkan kehadiran
multicollinearity, ujian korelasi matrik dilaksanakan dan nilai korelasi antara pemboleh ubah
isolasi ialah antara 0.66 hingga 0.80 iaitu nilai korelasi yang diterima serta menunjukkan bahawa
item yang dibina mempunyai perkaitan. Manakala nilai AVE (Average Variance Extracted) pula
dalam julat antara 0.483 hingga 0.521 seperti dalam Jadual 1 di bawah. Walaupun nilai AVE
untuk item dalam isolasi3 didapati tidak mencapai nilai 0.5 ke atas seperti yang disarankan oleh
Hair et al. (2011), namun nilai tersebut boleh diterima kerana menghampiri nilai 0.5. Nilai
keseluruhan AVE pula ialah 0.738 iaitu nilai melebihi 0.50 iaitu nilai yang diterima.
Jadual 1 Nilai Multicollinerity dan Kesahan Diskriminan
Konstruk Skor Min Isolasi1 Isolasi2 Isolasi3
Isolasi1 1.6710 0.518
Isolasi2 1.7479 0.80 0.521
Isolasi3 1.9100 0.66 0.73 0.483
Korelasi signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed): Nilai yang dihitamkan ialah nilai AVE.
Di samping itu, ujian Rasch juga turut dilaksanakan dalam meneliti penentuan skala
kebolehan responden dan item seperti dalam Jadual 1 di bawah Min kaliberasi item dan
kebolehan responden berada pada skala yang menampung skor calon dan skor item yang boleh
dihubungkan secara langsung dengan keupayaan. Menurut Model Rasch (Bond, 2007), ukuran 0
hingga +2 logit untuk orang (person) menunjukkan responden berkebolehan baik dan 0 sehingga
-2 logit menunjukkan orang (person) berkebolehan rendah. Sementara skala kesukaran item 0
hingga +2 logit menunjukkan indeks semakin sukar atau item yang semakin sukar. Dapatan hasil
kajian ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini
adalah tinggi dan dapat menghasilkan ukuran yang konsisten. Ini ditunjukkan dalam Jadual 1 dan
2 di bawah;
Jadual 2 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Rasch
INPUT: 200 PERSONS 20 ITEMS MEASURED: 200 PERSONS 20 ITEMS 88 CATS 3.68.2 --------------------------------------------------------------------------------
SUMMARY OF 200 MEASURED (NON-EXTREME) PERSONS
------------------------------------------------------------------------------- | RAW MODEL INFIT OUTFIT | | SCORE COUNT MEASURE ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD | |-----------------------------------------------------------------------------| | MEAN 35.0 20.0 -1.76 .40 1.13 .1 .97 .0 | | S.D. 11.3 .0 1.00 .17 .85 1.4 .87 1.3 | |-----------------------------------------------------------------------------| | REAL RMSE .43 ADJ.SD 1.18 SEPARATION 2.10 PERSON RELIABILITY .87 | -------------------------------------------------------------------------------
PERSON RAW SCORE-TO-MEASURE CORRELATION = .87 CRONBACH ALPHA (KR-20) PERSON RAW SCORE RELIABILITY = .87
Daripada jadual di atas, data menunjukkan item realibility instrumen ini ialah 0.97. Ini
membuktikan ítem dalam instrumen memiliki kebolehpercayaan yang baik dalam mengukur
isolasi pengetua. Nilai indeks kebolehpercayaan instrumen iaitu 0.97 menunjukkan bahawa
instrumen ini konsisten dan stabil jika ditadbirkan pada sampel lain yang mempunyai ciri-ciri
yang sama dan hampir sama. Kebolehpercayaan person realiability juga pada kadar yang baik
iaitu 0.82. Nilai ini menunjukkan sampel yang digunakan mencukupi untuk digunakan bagi
membina instrumen mengukur isolasi pengetua. Dapatan ini selari dengan saranan Fox dan Jones
(1998). Linacre (2007) menyatakan indeks pengasingan item dan responden > 2.0 adalah indeks
yang diterima baik.
Jadual 3 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Rasch
SUMMARY OF 20 MEASURED (NON-EXTREME) ITEMS
------------------------------------------------------------------------------- | RAW MODEL INFIT OUTFIT | | SCORE COUNT MEASURE ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD | |-----------------------------------------------------------------------------| | MEAN 147.5 197.0 .00 .11 1.01 -.2 1.01 .1 | | S.D. 96.7 .0 .66 .02 .41 2.8 .54 2.8 | |-----------------------------------------------------------------------------| | REAL RMSE .11 ADJ.SD .65 SEPARATION 5.89 ITEM RELIABILITY .97 | -------------------------------------------------------------------------------
UMEAN=.000 USCALE=1.000; ITEM RAW SCORE-TO-MEASURE CORRELATION =.97 6200 DATA POINTS. LOG-LIKELIHOOD CHI-SQUARE: 12478.69 with 5813 d.f. p=.00000.
Melalui Rajah 1, análisis Rasch menunjukkan tidak ada item berada di atas logit 2 (item
ekstrem kesukaran pelaksanaan) dan di bawah logit-2 (ítem yang paling mudah). Bagaimanapun,
20 item didapati berada di atas garis sukar pelaksanaannya oleh pengetua (atas logit 0). Item B8
didapati sebagai item yang paling sukar untuk diberikan maklum balas oleh pengetua manakala
ítem B14 dinilai sebagai ítem yang paling mudah. Walaupun secara keseluruhan ítem didapati
sukar untuk diberikan maklum balas oleh pengetua, namun keupayaan pengetua memberi
maklum balas dikatakan agak selaras dengan tahap kesukaran ítem dibina. INPUT: 200 PERSON 20 ITEM MEASURED: 200 PERSON 20 ITEM 105 CATS WINSTEPS 3.69.1.11 -------------------------------------------------------------------------------- PERSON - MAP - ITEM <more>|<rare> 2 + | item Tahap sukar . | | | |T . | 1 + B8 # | . |S | B19 B3 ### | B11 B16 ## T| B10 B15 B2 B20 B7 | B18 B9 0 # +M B4 B5 .# | B12 ## | .## | B1 .# | B13 ## S|S #### | -1 .## + B6 ####### | B17 .######## |T .##### | ### | .####### M| ####### | B14 item Tahap mudah -2 .##### + .##### | ###### | .## | .##### | .#### S| | -3 .### + | ## | | <less>|<frequ> EACH "#" IS 2. EACH "." IS 1.
Rajah 2 Profil item dan Pengetua
Item isolasi turut dilaksanakan dua ujian utama iaitu analisis faktor eksploratori dan
konfirmatori dalam penentuan struktur faktor semua item dalam instrument memandangkan
semua item telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, maka penentuan struktur faktor item
perlu dilakukan dalam penentuan ketepatan item yang telah diterjemah. Ujian analisis faktor
eksploratori dilaksanakan dengan tujuan untuk menentukan sama ada setiap item mempunyai
persamaan melalui nilai communalities, penentuan item berdasarkan kepada konstruk melalui
nilai loading faktor item (Hair et al. 2011) dengan menggunakan kaedah pusingan varimax
berdasarkan kepada andaian bahawa setiap item berkorelasi antara satu sama lain (Blunch,
2008). Sebelum melaksanakan ujian analsis faktor konfimatori, ujian faktor analisis eksploratori
dilaksanakan berdasarkan nilai daripada ujian Kaiser Meyer Olkin (KMO) pada nilai 0.935 untuk
ketepatan persampelan dan 2 pada nilai 2038.336 melalui ujian Bartlett Test of Sphericity dan
nilai 0.000 dengan nilai varians yang dijelaskan pada 43.780 peratus untuk isolasi pengetua iaitu
menyumbang kepada 43 peratus kepada nilai keseluruhan varians. Hasil daripada ujian faktor
analisis eksploratori membuktikan bahawa item tersebut telah memenuhi syarat untuk
melaksanakan analisis faktor konfirmatori berdasarkan kaedah pembinaan model pengukuran
berdasarkan model persamaan berstruktur (Blunch, 2008; Brown, 2006). Setelah melaksanakan
model pengukuran atau measurement model melalui model persamaan berstruktur menunjukkan
data seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah.
Jadual 5 Keputusan analisis faktor konfimatori
Faktor loading item dan konstruk Loading
Faktor
h2
Fit Indeks
Saya banyak membuat kerja berseorangan .44 .723 NFI=0.9591;
RFI=0.918;
IFI =0.972;
CFI=0.972;
RMSEA=.029
; 2 = 1.166,
4 df, P=0.324
Saya tidak mempunyai sesiapa untuk berbincang
(tentang kerja/ tugas)
.74 .677
Saya berasa keseorangan di tempat kerja .81 .615
Saya kurang mempunyai rakan sekerja yang rapat .74 .654
Saya merasakan bahawa tiada rakan sekerja yang
benar-benar memahami diri saya
.74 .622
Loading faktor = 0.85; R2 =0.72.
Saya berasa teruja menerima surat atau panggilan dari
seseorang semasa bekerja
.41
.439
NFI=0.921;
RFI=0.889;
IFI =0.953;
CFI=
0.952;
RMSEA=.082
; 2 = 2.333,
20 df, P=0.001
Tiada sesiapa yang boleh saya harapkan apabila saya
mengalami masalah tentang kerja
.78 .645
Saya tidak mesra dengan orang-orang di bawah saya .54 .830
Ide dan kehendak saya tidak dikongsi sama oleh
semua warga sekolah
.71 .581
Saya rasa terasing dalam melaksanakan tugas .77 .684
Saya rasa keseorangan berada dalam jawatan sekarang .81 .689
Dalam kedudukan saya sekarang, saya sukar
berhubung dengan orang-orang di bawah saya
Loading faktor = 0.94; R2 =0.88.
.59 .490
Hubungan sosial dengan orang-orang bawahan saya
bukan berdasarkan ikatan sebagai rakan karib
.54
.533
NFI=0.982;
RFI=0.937;
IFI =0.996;
CFI=
0.996;
RMSEA=.037
; 2 = 7.647,
6 df, P=0.25
Saya sangat perlukan teman untuk sama-sama bekerja
dengan saya
.49 .575
Tiada sesiapa yang benar-benar memahami diri saya .71 .611
Saya rasa terasing daripada orang-orang bawahan saya
semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya
.77 .662
Saya berasa kurang seronok tidak bercampur dengan
orang-orang bawahan saya
.42 .634
Dalam kedudukan sekarang, adalah sukar untuk saya
menjadikan orang-orang bawahan sebagai rakan karib
.62 .451
Saya rasa terpinggir daripada kelompok warga
sekolah saya
.76 .588
Walaupun ramai warga sekolah berada disekeliling
saya, namun tidak semuanya bekerja bersama saya
Loading faktor = 0.78; R2 =0.61.
.68 .485
Secara keseluruhan, nilai loading item adalah berdasarkan kepada nilai anggaran 0.442
hingga 0.723 manakala nilai communalities pula antara 0.451 hingga 0.723 menunjukkan nilai
yang agak seragam. Seterusnya, nilai loading faktor item melalui analisis faktor konfirmatori
dilaksanakan dengan menggunakan teknik maximum likelihood (Brown, 2006; Hair et al, 2011).
Ujian mendapati bahawa indeks fit keseluruhan mencatatkan nilai yang diterima berdasarkan
nilai Comparative Fit Index (CFI), Normed Fit Index dan Root Mean Square Error of
Approximation (RMSEA). Hasilnya, ukuran goodness-of-fit berdasarkan kepada kaedah Robust
dan Modification Indices mencatatkan nilai yang diterima iaitu nilai CFI (melebihi nilai 0.90),
NFI (melebihi 0.90) dan RMSEA (di bawah 0.08). Seterusnya, setiap lima item dikonstrukkan
menjadi satu konstruk atau dimensu sehingga menjadi tiga dimensi utama iaitu konstruk Isolasi1
(item 1 hingga item 5); konstruk Isolasi2 (item 6 hingga item 12) dan kontruk Isolasi 3 (item 7
hingga item 20). Secara keseluruhan, kita dapati bahawa setiap kontruk isolasi menyumbang
kepada nilai loading faktor total yang baik iaitu Isolasi1 menyumbang kepada 72 peratus varian
kepada isolasi keseluruhan dan loading faktor sebanyak 0.85; Isolasi2 menyumbang kepada 88
peratus varian dan loading faktor pula ialah 0.94 manakala konstruk Isolasi3 menyumbang
kepada 61 peratus dan loading faktor ialah 0.78 kepada isolasi keseluruhan. Secara keseluruhan,
keputusan ujian pengukuran ini membuktikan bahawa item-item yang digunakan mempunyai
keputusan yang memuaskan dalam kesahan konstruk, ketekalan dalaman, kesahan convergent
melalui loading faktor item dan juga kesahan diskriminan.
Bagi kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual digunakan untuk mengumpul data kualitatif
berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan isolasi pengetua, strategi yang mereka gunakan untuk
menangani masalah tersebut dan kesan (impak) isolasi terhadap prestasi kerja mereka di sekolah.
Seramai 12 orang pengetua yang sedang bertugas di empat daerah iaitu Johor Bahru, Kulaijaya,
Batu Pahat dan Muar terlibat dengan temu bual tersebut. Kaedah temubual multiple site yang
disarankan oleh Morgan dan Spanish (1984) telah digunakan dalam menjamin data yang
mencukupi dan isu-isu permasalahan dapat dikenal pasti dan disokong oleh responden yang
datang dari tempat yang berlainan. Hal ini secara langsung menyumbang kepada
kebolehpercayaan dan kesahan data kajian di samping kaedah temubual multiple site juga
membolehkan triangulasi data kajian dapat dilaksanakan. Triangulasi data merupakan suatu isu
yang penting bagi sesebuah kajian kualitatif dan proses triangulasi untuk kajian ini bercirikan
triangulation within methods iaitu kaedah yang sama diulang untuk peserta yang berlainan lokasi
melibatkan kata demi kata peserta dari lokasi yang berbeza untuk menentukan kewujudan
persamaan tema dan isunya. Kesemua pengetua telah diajukan dengan empat soalan berstruktur
seperti berikut:(i) adakah pengetua merasa terasing daripada guru-guru lain di sekolah anda
setelah anda menjadi pengetua?;(ii) apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunyan
keadaan isolasi dalam kalangan pengetua di sekolah? ;(iii) apakah strategi yang anda gunakan
untuk menangani masalah isolasi di tempat kerja anda?;dan (iv) apakah kesan atau impak isolasi
terhadap prestasi kerja pengetua di sekolah? Item- item untuk protokol temu bual telah dibina
sendiri oleh penyelidik berasaskan kepada empat persoalan di atas dalam meneroka dengan lebih
mendalam aspek isolasi pengetua. Item yang dibina dalam temu bual diteliti ketepatannya oleh
beberapa orang pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang berpengalaman menjadi
pengetua dan guru besar sebelum dilantik ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri.
Penganalisisan data
Segala data berdasarkan maklum balas oleh pengetua melalui instrumen soal selidik (data
kuantitatif) dianalisis melibatkan statistik deskriptif memperihalkan secara menyeluruh tentang
status latar belakang responden dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Analisis ini dapat
memberi gambaran terhadap profil responden seperi lokasi sekolah, jantina, pengalaman menjadi
pengetua dan gred yang mereka sandang. Data mengenai persepsi pengetua sebagai responden
terhadap keadaan isolasi yang mereka alami diperolehi melalui 20 item dalam soal selidik isolasi
yang telah ditadbir kepada 200 orang pengetua sekolah menengah. Nilai skor min digunakan
bagi menentukan tahap isolasi pengetua berdasarkan Jadual Interpretasi Skor Min di bawah iaitu
semakin tinggi isolasi sekiranya min skornya menghampiri nilai maksimum 5 dan begitu
sebaliknya iaitu jika tidak berelaku isolasi maka nilainya menjadi semakin rendah. Jadual 6 di
bawah menunjukkan tahap isolasi tersebut berdasarkan tahap skor min yang diperolehi hasil
maklum balas pengetua.
Jadual 6 Interpretasi Skor Min Bagi Dimensi Isolasi Pengetua
Statistik inferensi melibatkan Ujian-t dan ANOVA satu hala atau Ujian F pula digunakan
dalam kajian ini bagi mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi
responden merentas demografi berdasarkan jantina, lokasi sekolah, pengalaman menjadi
pengetua dan gred jawatan mereka.
Bagi data kualitatif dari temu bual separa struktur pula, data yang diperolehi
ditranskripsikan dan dianalisis secara manual bagi menjawab persoalan kajian melibatkan status
isolasi dalam kalangan pengetua, faktor-faktor utama yang menyebabkan masalah tersebut,
langkah-langkah yang mereka ambil untuk menangani masalah tersebut dan impak isolasi yang
mereka alami terhadap prestasi kerja mereka mengurus sekolah. Data-data yang diperolehi akan
dikelompok, kodkan dan ditentukan berdasarkan kepada tema-tema yang sesuai. Bagi
memastikan kerahsiaan dalam kajian ini, semua pengetua diberikan kod gentian bagi memastikan
identiti pengetua yang telah ditemu bual. Untuk memudahkan analisis temu bual, responden
pertama akan dikodkan sebagai R1, responden kedua sebagai R2 dan begitulah seterusnya
sehingga kepada responden kepada responden ke-12 (R12).
Skor Min Tahap Isolasi
1.00 – 2.40 Rendah
2.41 – 3.80 Sederhana
3.81 – 5.00 Tinggi
Dapatan Kajian
Pemboleh ubah Demografi Pengetua
Jadual 7 Analisis Demogafi Pengetua
Pemboleh ubah Bilangan (n) Peratus (%)
Jantina
Lelaki 85 42.5
Perempuan 115 57.5
Lokasi Sekolah
Bandar 74 37.0
Luar Bandar 126 63.0
Pengalaman Sebagai Pengetua
Kurang 3 tahun 56 28.0
3 hingga 5 tahun 40 20.0
Melebihi 5 tahun 104 52.0
Gred Jawatan
DG 48 76 38.0
DG 52 58 29.0
DG 54 65 32.5
Gred Khas ‘C’ 1 0.5
Jumlah 200 100
Jadual 7 di atas menunjukkan taburan demografi pengetua yang dikaji berdasarkan kepada
aspek jantina, gred jawatan, pengalaman sebagai pengetua dan lokasi sekolah pengetua.
Analisis kekerapan responden mengikut jantina menunjukkan 200 orang pengetua terdiri
daripada 85 orang pengetua lelaki dan 115 orang pengetua perempuan. Bilangan pengetua
perempuan lebih ramai bilangannya berbanding pengetua lelaki. Berdasarkan lokasi sekolah,
lebih banyak pengetua bertugas di sekolah luar bandar iaitu 126 orang manakala 74 orang
pengetua berkhidmat di sekolah bandar. Analisis berdasarkan pengalaman memimpin sekolah,
seramai 56 orang pengetua mempunyai pengalaman memimpin sekolah kurang dari tiga tahun.
Sementara itu, 40 orang pengetua mempunyai pengalaman di antara tiga hingga lima tahun
manakala 104 orang pengetua mempunyai pengalaman melebihi lima tahun. Seramai 76 orang
pengetua berada pada gred DG48 manakala 58 orang pengetua berada pada Gred DG52.
Sementara 65 orang pengetua berada pada gred DG54 dan hanya seorang pengetua yang
menyandang jawatan Gred Khas ‘C’.
Isolasi Dalam Kalangan Pengetua
Secara keseluruhannya, pengetua-pengetua yang dikaji hampir tidak mengalami keadaan isolasi
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya di sekolah. Skor min tahap isolasi yang
dicatatkan hanyalah bernilai 1.74 pada nilai skor min iaitu nilai yang agak rendah untuk keadaan
isolasi. Oleh kerana semakin hampir skor min mencatatkan nilai 1.0, semakin rendah tahap
isolasi yang mereka alami. Ini bermakna bahawa keadaan isolasi yang mereka alami adalah pada
tahap rendah. Jadual 8 di bawah menunjukkan dapatan tentang tahap isolasi pengetua di sekolah
menengah yang memimpin sekolah.
Jadual 8 Skor Min Isolasi Pengetua
Demografi Pengetua N
Skor
Min
Sisihan
Piawai
Tahap
Isolasi
Keseluruhan 200 1.74 0.5704 Rendah
Jantina
Lelaki 85 1.68 0.5107 Rendah
Perempuan 115 1.78 0.6100 Rendah
Lokasi Sekolah
Bandar 74 1.71 0.5778 Rendah
Luar Bandar 126 1.76 0.5676 Rendah
Pengalaman memimpin
Kurang 3 tahun 56 1.74 0.6569 Rendah
3 hingga 5 tahun 40 1.83 0.6888 Rendah
Melebihi 5 tahun 104 1.70 0.4625 Rendah
Gred Jawatan
DG 48 76 1.73 0.4931 Rendah
DG 52 58 1.75 0.7051 Rendah
DG 54 65 1.72 0.4468 Rendah
Gred Khas ‘C’ 1 1.60 0.000 Rendah
Berdasarkan jantina, pengetua-pengetua di negeri Johor juga hampir tidak mengalami
keadaan isolasi dalam pekerjaan mereka di sekolah. Walau bagaimanapun, skor min tahap isolasi
bagi pengetua perempuan didapati lebih tinggi sedikit berbanding rakan pengetua lelaki mereka.
Skor min tahap isolasi pengetua perempuan adalah 1.78, sementara skor min bagi pengetua lelaki
hanyalah 1.68. Namun secara keselurhan tahap isolasi yang mereka alami adalah pada tahap
yang rendah. Jadual 3 juga menunjukkan dapatan analisis data berkaitan isolasi dalam kalangan
pengetua berdasarkan lokasi sekolah tempat mereka bertugas. Kedua-dua responden mengalami
tahap isolasi yang rendah dengan skor min bagi pengetua bandar ( skor min=1.71) dan luar
bandar (skor min=1.76) adalah hampir sama. Dapatan kajian tentang isolasi dalam kalangan
pengetua berdasarkan pengalaman menjadi pengetua juga menunjukkan bahawa tahap isolasi
yang dialami oleh pengetua adalah rendah tanpa mengira jumlah pengalaman mereka telah
berkhidmat menjadi pengetua. Bagaimanapun, kelompok pengetua yang mempunyai pengalaman
menjadi pengetua antara tiga hingga lima tahun mengalami keadaan isolasi paling tinggi dengan
skor min bernilai 1.83. Ini diikuti oleh pengetua yang mempunyai pengalaman kurang dari tiga
tahun (min=1.74) dan pengetua yang mempunyai pengalaman menjadi pengetua melebihi lima
tahun (min=1.70). Kajian ini juga turut mendapati bahawa tahap isolasi dalam kalangan pengetua
berdasarkan gred jawatan juga adalah rendah. Kesemua pengetua tanpa mengira gred jawatan
mereka telah mencatatkan skor min antara 1.60 hingga 1.75. Skor min tertinggi telah dicatatkan
oleh kelompok pengetua dari gred DG52 ( skor min = 1.75), diikuti oleh pengetua gred DG48
(skor min = 1.73), pengetua gred DG54 (skor min = 1.72) dan seterusnya pengetua yang
menyandang Gred Khas ‘C’ (skor min = 1.60).
Elemen Isolasi Dalam Kalangan Pengetua
Bagi mengenal pasti elemen-elemen isolasi yang telah menyebabkan keadaan isolasi dalam
kalangan pengetua, analisis deskriptif yang melibatkan penggunaan skor min bagi setiap item
soalselidik telah dilaksanakan. Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, hampir
kesemua item mencatatkan skor min pada tahap isolasi yang rendah iaitu nilai min kurang
daripada 2.33. Namun, dapatan daripada analisis data menunjukkan bahawa min skor yang
paling rendah dicatatkan oleh item 19 berkaitan perasaan pengetua yang berasa terpinggir
daripada kelompok warga sekolah semasa melaksanakan tugasnya. Oleh kerana nilai skor min
yang dicatatkan adalah rendah iaitu hanya 1.31, dapatlah dirumuskan bahawa pengetua yang
dikaji hampir tidak mengalami perasaan terpinggir daripada kelompok warga sekolah semasa
mereka. Bagaimanapun terdapat tiga elemen isolasi yang mencatatkan nilai min pada tahap
sederhana. Ini bermakna tiga elemen tersebut telah menyumbang kepada keadaan isolasi pada
tahap sederhana dalam kalangan pengetua-pengetua sekolah menengah di negeri Johor.
Pernyataan dalam item beserta skor min yang dicatatkan bagi elemen-elemen tersebut adalah
seperti berikut:
Jadual 9 Item Skor Min Rendah Menyumbang Kepada Keadaan Isolasi
Item Pernyataan
Skor
Min
Tahap
Isolasi
Item 14 Saya sangat perlukan teman untuk sama
sama bekerja dengan saya
3.10
Sederhana
Item 6 Saya be Rasa teruja menerima surat atau panggilan
dari seseorang semasa bekerja
2.54
Sederhana
Item 1 Saya banyak membuat kerja berseorangan
2.46 Sederhana
Ringkasnya, isolasi melibatkan pengetua berasa keseorangan sehingga mencetuskan
perasan untuk mendapatkan teman sekerja merupakan aspek yang mencatatkan skor min
tertinggi (skor min = 3.10), diikuti oleh elemen keperluan untuk mereka berinteraksi dengan
seseorang semasa bekerja (skor min = 2.54) dan elemen membuat kerja secara berseorangan
(skor min = 2.46). Oleh itu elemen-elemen tersebut merupakan penyumbang utama kepada
tahap isolasi dalam kalangan pengetua sekolah menengah.
Analisis Statistik Inferensi
Bagi menentukan tahap signifikan perbezaan isolasi dalam kalangan pengetua berdasarkan
demografi mereka, Ujian-t dan ANOVA sehala/ Ujian F telah digunakan. Ujian-t digunakan
untuk menentukan perbezaan tersebut berdasarkan jantina dan lokasi sekolah sementara ANOVA
digunakan untuk menentukan perbezaan tersebut berdasarkan pengalaman mereka menjadi
pengetua dan gred jawatan mereka. Ujian-t yang digunakan melibatkan aras signifikan alpha
0.05 untuk confidence interval 95%. Jadual 9 menunjukkan keputusan Ujian-F tersebut.
Jadual 10 Ujian F Bagi Analisis Perbezaan Isolasi Pengetua Berdasarkan Demografi
Nilai F untuk menguji sama ada kedua-dua demografi pengetua menunjukkan bahawa
tiada perbezaan yang signifikan di antara dua kumpulan sama ada berdasarkan jantina mahupun
lokasi sekolah kerana kedua-dua nilai F yang diperolehi melebihi nilai signifikan 0.05 seperti
yang ditetapkan. Berdasarkan analisis, nilai signifikan yang dicatatkan adalah jauh lebih besar
daripada aras signifikan 0.05 (two-tailed). Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam kalangan pengetua sekolah menengah negeri Johor berdasarkan jantina mahupun lokasi
sekolah. Sementara itu, ujian statistik menggunakan ANOVA satu hala dilaksanakan bagi
menentukan perbezaan tahap isolasi yang signifikan dalam kalangan pengetua sekolah menengah
negeri Johor berdasarkan pengalaman mereka menjadi pengetua dan gred jawatan mereka.
Analisis varian menunjukkan nilai F di antara kumpulan berdasarkan pengalaman menjadi
pengetua ialah 0.480 dan 0.620 bagi antara kumpulan berdasarkan kepada gred jawatan. Tahap
perbezaan yang signifikan yang dicatatkan sama ada berdasarkan pengalaman mahupun gred
jawatan adalah melampaui tahap perbezaan signifikan pada aras 0.05. Oleh itu, tidak terdapat
perbezaan tahap isolasi yang signifikan dalam kalangan pengetua berdasarkan pengalaman
mereka menjadi pengetua mahupun berdasarkan gred jawatan mereka.
Analisis Kualitatif
Gejala Isolasi Pengetua
Bagi memperkukuhkan dapatan yang diperolehi daripada kuantitatif, kajian ini juga telah
menggunakan pendekatan kualitatif untuk mendapatkan data temubual. Kaedah temubual separa
struktur yang dibina oleh penyelidik telah digunakan untuk mengumpul data kajian bagi
menjawab persoalan kajian melibatkan gejala isolasi dalam kalangan pengetua sekolah
menengah, faktor-faktor yang menyebabkan keadaan tersebut, strategi yang mereka gunakan
untuk menanganinya dan kesan (impak) isolasi terhadap prestasi kerja mereka.
Dapatan melalui kaedah temu bual menunjukkan bahawa sebilangan besar pengetua tidak
mengalami masalah isolasi sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pengetua sekolah. Daripada
temu bual terhadap 12 orang pengetua, lapan orang pengetua mengakui bahawa mereka tidak
pernah langsung merasai keadaan isolasi pada masa kini. Pengetua yang dikodkan sebagai P3
dalam kajian ini sebagai contoh telah menyatakan;
Demografi Nilai F Nilai Sig
Jantina 1.320 0.252
Lokasi 0.317 0.574
Pengalaman 0.736 0.480
Gred Jawatan 0.620
0.980
“Saya memang jenis orang yang suka bergaul dengan sesiapa sahaja sama ada semasa
waktu kerja mahupun pada masa lain. Saya tidak pernah merasai keadaan isolasi sepanjang
hidup saya termasuklah setelah saya menjadi pengetua.” (P3)
Bagaimanapun, sebilangan pengetua turut mengaku bahawa mereka pernah mengalami
keadaan isolasi terutamanya pada peringkat awal semasa mereka ditempatkan di sekolah baru.
Dalam konteks kajian ini, dua orang pengetua telah mengakui bahawa mereka mengalami
keadaan tersebut pada peringkat awal mereka ditempatkan di sekolah baru untuk menjadi
pengetua buat kali pertama. Mereka mengaku mengalami keadaan tersebut untuk beberapa
minggu. Dalam hubungan ini, pengetua 2 telah menyatakan dengan jelas,
Saya berasa agak janggal untuk berinteraksi dengan guru-guru lain pada minggu-minggu
awal saya bertugas di sekolah baru sebagai pengetua. Pada masa itu, saya lebih suka
menyendiri dan melaksanakan tugas-tugas saya di pejabat. Namun, setelah beberapa ketika,
saya dapat menjalin hubungan dengan mereka dan perasaan tersebut mula hilang sedikit
demi sedikit.” (P2)
Sementara itu, dua orang pengetua yang lain telah turut mendedahkan bahawa semenjak
menjadi pengetua, kadangkala mereka merasai keadaan isolasi. Dalam hal ini, responden yang
dikodkan sebagai P7 telah mengatakan bahawa:
“Pada kebiasaannya saya tidak mengalami masalah isolasi semasa berkhidmat
sebagai pengetua. Namun kadangkala saya dapat merasakan bahawa diri saya rasa terasing
dan saya memerlukan seseorang dewasa untuk berinteraksi. Tapi ini hanya berlaku
kadangkala sahaja.” (P7)
Seorang pengetua lain yang ditemu bual turut menyatakan bahawa kadangkala terdapat
keperluan untuk dirinya bersendirian atau isolasi sendiri seperti mengasingkan diri pada waktu-
waktu tertentu bagi membolehkan dia merancang sesuatu atau membuat keputusan yang sukar.
Namun, sekiranya proses isolasi akan berterusan, ia akan membahayakan perkembangan sekolah
kerana beliau harus membuat keputusan secara berseorangan iaitu proses membuat keputusan
yang tidak wajar. Beliau menyatakan;
“Pada waktu petang apabila kebanyakan guru telah balik ke rumah, saya
lebih gemar untuk duduk bersendirian di dalam bilik saya tanpa ada sesiapa yang
menggangu. Masa yang terluang itu banyak saya gunakan untuk menyemak kembali
aktiviti dan program sekolah yang telah dilaksanakan. Biasanya, pada masa itu saya
akan membuat pelbagai keputusan dan perancangan bagi memperbaiki program dan
pendekatan sedia ada.” (P4)
Ringkasnya, secara umum dapat dikatakan bahawa sebilangan besar pengetua tidak
mengalami masalah isolasi sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pengetua sekolah.
Bagaimanapun, terdapat sebilangan pengetua yang pernah mengalami keadaan isolasi. Namun
demikian, keadaan isolasi profesional yang dihadapi adalah agak pelbagai mengikut situasi. Dua
orang pengetua pernah mengalaminya pada peringkat awal perlantikannya sebagai pengetua di
sekolah baru. Sementara itu, ada pengetua yang kadangkala mengalaminya disebabkan oleh
faktor-faktor atau situasi yang tertentu. Manakala, terdapat pengetua yang memerlukan masa
untuk mengasingkan diri untuk merancang dan membuat keputusan yang sukar bagi memastikan
organisasi sekolah dapat diurus dengan lebih keberkesanan.
Punca-Punca Isolasi
Berdasarkan temubual, terdapat beberapa punca mengapa pengetua mengalami keadaan isolasi
dalam melaksanakan tugas mereka di sekolah. Antara faktor utama yang dinyatakan melibatkan
sikap pengetua, keberkesanan pengetua dalam berkomunikasi, gaya kepimpinan yang mereka
amalkan, tahap pengetahuan dan pengalaman mereka, tahap sokongan orang bawahan dan
semangat bekerja dalam satu pasukan.
Faktor yang paling popular dan telah disebut oleh enam orang responden melibatkan
sikap pengetua itu sendiri yang tidak suka berkongsi masalah dengan orang bawahannya. Malah
pengetua P4 dan P9 telah menyatakan bahawa sikap ini telah mendorong pengetua untuk
melaksanakan tugas secara bersendirian. Dalam konteks kepimpinan beliau, beliau lebih gemar
berkongsi masalah dengan guru beliau kerana ia akan menyemai elemen kepercayaan kepada
guru malah dapat mengurangkan tekanan kepada pengetua sendiri. P4 menjelaskan;
“ selaku pengetua, kita tidak boleh simpan masalah tu dan fikirkan sendiri. Saya rasa punca
isolasi berlaku kerana ada pengetua yang tidak mahu kongsi masalah dengan orang
bawahannya. Pada saya, tu macam tak percaya dengan orang bawahan. Kita perlu kongsi
masalah dengan orang bawahan. Guru kita banyak idea yang kadang-kadang kita tak terfikir.
Pada waktu yang lain, ia dapat mengurangkan tekanan kita.” (P4)
Kemahiran komunikasi yang kurang berkesan pula merupakan punca kedua paling
banyak disentuh oleh responden. Seramai lima orang responden telah menyalahkan aspek
kekurangan kompetensi dalam kemahiran komunikasi sebagai punca berlakunya keadaan isolasi
dalam kalangan pengetua di sekolah. Menurut responden yang dikodkan sebagai P5 dan P8,
kelemahan pengetua dalam mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan telah menutup ruang
dan saluran untuk orang bawahannya memberi maklum balas dan pandangan kepada pihak
pengurusan sekolah. Hal ini menyebabkan usaha-usaha untuk melaksanakan penambahbaikan
tidak dapat dilaksanakan. Pengetua P5 menjelaskan dengan terperinci
“ selaku pemimpin, kemahiran komunikasi amat penting iaitu kita perlu membuka ruang
kepada guru-guru untuk memberikan pandangan. Kita jangan ingat kita je yang betul dan
orang lain semua salah. Kalau kita jadi pemimpin nak cari salah orang bawah je.. nanti
orang bawah tidak suka kita. Kita ni perlu ada give and take dalam memimpin. Dalam
konteks ini, ilmu kepimpinan tu penting, tak bermakna dah lama menjadi pengetua mahir
memimpin. Saya pun masih belajar bagaimana nak memimpin guru saya.” (P5).
Gaya kepimpinan pengetua yang terlalu autokratik dan mengikut protokol juga
merupakan faktor yang agak popular disebut oleh pengetua sebagai punca berlakunya isolasi
dalam kalangan pengetua. Gaya ini juga dikaitkan oleh responden yang dikodkan sebagai P7
sebagai gaya yang tidak mesra dan kurang bertolak ansur dengan orang bawahan. Hal ini
menyebabkan terbentuk jurang antara pengetua dan orang bawahannya sehingga menyebabkan
berlakunya isolasi.
“ sebenarnya, isolasi ini berpunca daripada sikap kita selaku pemimpin yang suka melihat
kesalahan orang lain dan tidak meninjau kesalahan kita. Itu kepimpinan autokratik, semua
orang salah dan kita seorang sahaja yang betul. Dalam konteks ini, aspek tidak mahu
menjadi pendengar kepada masalah orang bawahan tu amat tidak baik malah kurang
bertolak ansur, akhirnya nanti guru tidak akan suka dengan kita” (P7).
Ada beberapa faktor lain yang juga disebut oleh pengetua sebagai punca berlakunya
isolasi termasuklah; kurang pengetahuan dan pengalaman, tiada sokongan orang bawahan atau
semangat bekerja dalam satu pasukan, berasa diri lebih tahu dan mahir berbanding orang
bawahan, kurang percaya dengan guru-guru dan mempunyai perbezaan pandangan dengan warga
sekolah turut dikatakan sebagai faktor berlakunya isolasi dalam kalangan pengetua sekolah.
Strategi Menangani Isolasi
Berdasarkan data kualitatif daripada temubual penyelidik dengan pengetua-pengetua yang
menjadi responden dalam kajian ini, pelbagai kaedah telah mereka gunakan untuk menangani
masalah melibatkan isolasi. Malah ramai kalangan mereka telah memberikan lebih daripada satu
pendekatan telah digunakan.
Seramai empat orang pengetua mengakui bahawa mereka mengalami keadaan isolasi
semasa melaksanakan tugas menjadi pemimpin sekolah. Pendekatan mengadakan perbincangan
dan musywarah merupakan kaedah yang kerap digunakan bagi mengatasi keadaan isolasi yang
mereka hadapi. Pengetua yang dikodkan sebagai P2 menyatakan bahawa kaedah perbincangan
dengan guru-guru secara formal dan tidak formal telah membantu beliau mengurangkan keadaan
isolasi yang kadangkala dialami. Sebagai contoh, pengetua P2 menjelaskan;
“Saya sememangnya kerap berbincang dengan guru-guru saya dalam menyelesaikan
masalah di sekolah. Secara tidak langsung, guru akan rasa lebih dihargai oleh pemimpin
mereka. Dalam jangka masa panjang, komitmen mereka akan meningkat dan guru akan lebih
menyayangi sekolah.” (P2).
Sementara itu, pengetua P6 memberi penekanan kepada membuat perbincangan yang
kerap dengan penolong-penolong kanan bagi mengurangkan keadaan isolasi yang dialaminya.
Menurut beliau, dengan melaksanakan pendekatan sebegini, beliau merasa bahawa orang-orang
di bawahnya memberi sokangan terhadap keputusan yang beliau laksanakan. P6 memberikan
penjelasan secara terperinci;
“Setiap masalah, saya akan berbincang dengan pengurus pertengahan saya iaitu semua GPK
dan guru kanan saya. Maknanya, setiap masalah sememangnya saya akan kongsi bersama
dengan mereka supaya kita sama-sama berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Secara tidak langsung, saya memberikan latihan kepada pengurus pertengahan saya untuk
menjadi bakal pemimpin yang cemerlang pada masa akan datang.” (P6).
Bagi pengetua yang tidak mengalami gejala isolasi, beberapa strategi telah mereka ambil bagi
mengelakan berlakunya keadaan isolasi daripada menggangu mereka. Amalan gaya kepimpinan
distributed leadership yang melibatkan elemen pengupayaan dan memberi kepercayaan kepada
orang bawahan, membuat keputusan secara kolaboratif yang melibatkan semua ahli pasukan dan
amalan bekerja sepasukan merupakan kaedah yang banyak digunakan oleh responden tersebut
untuk mengelakan diri dari mengalami keadaan isolasi. Hal ini kerana, banyak proses
penyelesaian masalah dan membuat keputusan tidak dilaksanakan oleh pengetua seorang diri
tetapi melibatkan pasukan jawatankuasa yang telah dilantik. Dalam hubungan ini, responden P3
telah menyatakan
“Saya memang memberi kepercayaan yang penuh kepada penolong kanan saya untuk
membuat keputusan dengan jawatankuasa masing-masing melibatkan bahagian mereka.
Mereka lebih tahu tentang operasi bahagian masing-masing. Saya meminta mereka
memaklumkan kepada saya segala ketetapan yang telah diambil. Guru-guru lebih cepat dan
banyak belajar apabila mereka terlibat sama dalam satu pasukan untuk membuat keputusan
dan pengoperasian.” (P3)
Sementara itu, penggunaan komunikasi secara berkesan juga merupakan satu strategi yang
digunakan oleh kesemua lapan responden yang tidak mengalami keadaan isolasi bagi
mengelakkan diri mereka dari mengalami keadaan isolasi. Antara ciri komunikasi berkesan yang
dinyatakan oleh pengetua melibatkan aspek keterbukaan untuk menerima pandangan dan
maklum balas daripada orang-orang bawahannya, memberi penerangan dan menunjuk contoh,
menggalakkan perbincangan dan musywarah sama ada secara formal atau tidak formal dengan
penolong-penolong kanan dan juga guru-guru di bawah pimpinannya. Sebagai contoh, seorang
pengetua ada menjelaskan ketika ditemu bual;
“ Pengetua juga perlu bersikap positif bagi mendorong hubungan yang baik dan mesra dapat
dijalin. Melalui hubungan yang baik antara pemimpin dan yang dipimpin, keadaan isolasi dalam
pekerjaan dapat dihindarkan. Antara sikap positif yang dimaksudkan ialah tidak berlagak
sombong atau meninggi diri, berbudi bahasa, berhemah dalam memberi nasihat atau teguran dan
menghormati warga organisasi yang dipimpinnya.” (P9)
Pelbagai tindakan pengetua yang boleh mendorong kepada berlakunya jalinan hubungan
yang baik seperti usaha untuk mendekati dan mengambil hati warga sekolah, memberi motivasi
kepada guru, prihatin terhadap kerja dan kebajikan mereka dan melaksanakan program turun
padang merupakan strategi yang diambil oleh para pengetua sebagai usaha untuk mengelakkan
diri mereka daripada terjebak dengan keadaan isolasi. Di samping itu, sistem sokongan yang baik
juga merupakan satu strategi yang digunakan oleh beberapa orang pengetua untuk mengelakkan
daripada mengalami keadaan isolasi. Strategi ini telah disebut dan diulang sebut oleh responden
sebanyak tiga kali. Antara sistem sokongan yang dimaksudkan melibatkan saluran yang
membolehkan pengetua mudah berhubung dengan rakan-rakan pengetua yang lain untuk
mendapatkan sokongan dan bantuan berupa khidmat nasihat serta perkongsian pengalaman.
Hubungan sebegini bukan sahaja membantu mereka untuk tidak berasa keseorangan, tetapi juga
memberi ruang dan kesempatan untuk mereka belajar memimpin sekolah masing-maing dengan
lebih berkesan berasaskan amalan terbaik (best practices) yang diguna pakai di sekolah lain.
Impak Isolasi Terhadap Prestasi Kerja
Berdasarkan data yang diperolehi daripada temu bual, empat orang pengetua yang mengakui
bahawa mereka pernah mengalami keadaan isolasi menyatakan bahawa masalah isolisasi telah
sedikit sebanyak memberi tekanan dan seterusnya menjejaskan prestasi kerja mereka. Tiga
daripada empat orang responden yang mengakui bahawa mereka pernah mengalami keadaan
isolasi pula menyatakan bahawa mereka rasa terasing kerana kurang mendapat sokongan
daripada guru-guru. Hal ini telah menyebabkan emosi mereka agak terganggu dan prestasi kerja
mereka sedikit sebanyak telah terjejas. Pengetua P12 telah menyatakan;
“Saya berasa tertekan apabila didesak oleh sekumpulan guru yang mahukan idea mereka
diterima dan diikuti. Keadaan ini kadangkala menggangu emosi dan menjejaskan tumpuan
utama saya untuk membangunkan organisasi. Kerapkali saya terpaksa mengambil masa
untuk memberikan rasional dan penjelasan agar semua pihak memahami kedudukan perkara
yang sebenar.” (P12) .
Sementara itu, dua orang pengetua daripada yang pernah mengalami keadaan isolasi
mengakui bahawa mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat agihan tugas,
mendapatkan maklumbalas daripada guru-guru untuk membuat usaha-usaha penambahbaikan
serta membuat program untuk membimbing dan membugarkan profesionalisme guru. Hal ini
disebabkan mereka mengambil masa yang lebih panjang untuk membuat keputusan melibatkan
organisasi mereka. Ringkasnya, keadaan isolasi yang pernah dialami oleh pengetua telah sedikit
sebanyak memberi impak terhadap prestasi kerja mereka. Masalah tersebut telah menyebabkan
pengetua mengalami tekanan kerja, gangguan emosi, kekurangan masa untuk melaksanakan
tugas dan membuat program-program pembangunan sehingga boleh menjejaskan prestasi kerja
mereka.
Perbincangan
Keadaan isolasi dalam kalangan pengetua yang dikaji ini dikenal pasti melalui dua pendekatan
iaitu secara kuantitatif melalui soalselidik dan secara kualitatif melalui temubual. Secara
kuantitatif, keadaan isolasi telah diukur berdasarkan soal selidik sementara pengalaman isolasi
turut diteliti dengan mendalam melalui maklum balas yang mereka beri dalam sesi temubual
separa struktur telah digunakan untuk mengenal pasti keadaan isolasi yang mereka sendiri alami.
Hasil kajian daripada data kuantitatif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya,
pengetua-pengetua di negeri Johor hampir tidak mengalami keadaan isolasi dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawabnya di sekolah. Situasi ini dinilai berdasarkan nilai skor min tahap
isolasi yang dicatatkan pada nilai yang agak rendah dalam mengukur tahap isolasi pengetua. Ini
bermakna bahawa keadaan isolasi yang mereka alami adalah pada tahap rendah. Ini selari dengan
dapatan kajian Izgar (2009) yang mendapati bahawa pengetua di Turki turut tidak mengalami
keadaan isolasi yang rendah iaitu lebih tinggi sedikit berbanding dapatan kajian ini. Hal ini
berlaku kerana pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai langkah bagi
menyediakan sistem sokongan yang mantap kepada pengetua terutama pengetua-pengetua yang
baru atu novis. Perbandingan tahap isolasi berdasarkan jantina pula menunjukkan tahap isolasi
bagi pengetua perempuan adalah lebih tinggi sedikit berbanding rakan pengetua lelaki mereka.
Hal ini kerana, umumnya pengetua lelaki lebih cepat bergaul dan dan tidak begitu memilih
dalam membuat hubungan dengan orang lain berbanding dengan pengetua perempuan. Dapatan
ini adalah juga selari dengan kajian Izgar (2009) yang mendapati bahawa kadar isolasi dalam
kalangan pengetua perempuan adalah lebih tinggi berbanding rakan mereka dari kalangan
pengetua lelaki. Walau bagaimanapun, kadar isolasi dalam kalangan pengetua di Turki adalah
lebih tinggi sedikit berbanding rakan mereka di Malaysia. Dapatan kajian ini turut selari dengan
dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh Zachmeier (1969) kerana beliau mendapati bahawa
tidak terdapat perbezaan tahap isolasi yang signifikan berdasarkan jantina.
Sementara itu, perbandingan tahap isolasi berdasarkan lokasi sekolah tempat mereka
bertugas menunjukkan kedua-dua responden mengalami tahap isolasi yang rendah dengan nilai
skor min bagi pengetua bandar dan luar bandar didapati adalah hampir sama. Dapatan kajian
berdasarkan pengalaman menjadi pengetua menunjukkan bahawa tahap isolasi yang dialami oleh
pengetua adalah rendah tanpa mengira berapa lama mereka telah berkhidmat menjadi pengetua.
Namun, kelompok pengetua yang mempunyai pengalaman menjadi pengetua antara tiga hingga
lima tahun mengalami keadaan isolasi paling tinggi diikuti oleh pengetua yang mempunyai
pengalaman kurang dari tiga tahun dan pengetua yang mempunyai pengalaman menjadi
pengetua melebihi lima tahun. Situasi ini berlaku mungkin kerana pengetua yang baru didapati
masih perlu mengenali guru-guru mereka terutama pengetua yang dilantik di sekolah yang lain
apabila mereka memangku jawatan pengetua. Oleh itu, situasi isolasi akan berlaku apabila guru-
guru masih memerlukan masa untuk mengenali pengetua dengan lebih terperinci. Dapatan
dibuktikan melalui dapatan bahawa pengetua yang mempunyai lebih lima tahun tidak
menghadapi masalah dalam isolasi. Kajian ini juga mendapati bahawa tahap isolasi dalam
kalangan pengetua berdasarkan gred jawatan juga adalah rendah dengan tahap tertinggi telah
dicatatkan oleh kelompok pengetua dari gred DG52 diikuti oleh pengetua gred DG48, pengetua
gred DG54 dan seterusnya pengetua yang menyandang Gred Khas ‘C’.
Dapatan kajian secara kualitatif menggunakan temu bual juga menunjukan bahawa
sebilangan besar pengetua tidak mengalami masalah isolasi sepanjang perkhidmatan mereka
sebagai pengetua sekolah. Bagaimanapun, terdapat sebilangan pengetua yang kadangkala
mengalami keadaan isolasi dan ada pula yang pernah mengalami keadaan tersebut terutamanya
pada peringkat awal semasa mereka mula dilantik menjadi pengetua dan ditempatkan di sekolah
baru. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian Stephenson dan Bauer (2010) yang
mengesahkan bahawa pengetua baru yang dikajinya telah mengalami keadaan isolasi semasa
melaksanakan tugasnya. Hal ini kerana pengetua-pengetua baru yang masih kurang pengalaman
sangat-sangat memerlukan sokongan dan bantuan untuk mengurus sekolah mereka. Pelbagai
masalah dan situasi yang dihadapi merupakan cabaran baru dalam perkhidmatan mereka.
Mereka bukan sahaja memerlukan sokongan daripada pihak dalaman seperti penolong kanan dan
guru-guru, malah mereka perlukan sistem sokongan luaran daripada rakan-rakan pengetua dari
sekolah lain, pegawai-pegawai dari jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah
mahupun badan-badan profesional seperti Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Majlis
Guru Sarjana, Majlis Guru Cemerlang dan seumpamanya.
Maklum balas para pengetua menunjukkan bahawa keadaan isolasi yang dialami oleh
pengetua disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor yang paling popular dan banyak disebut
melibatkan sikap pengetua itu sendiri yang tidak suka berkongsi masalah dengan orang
bawahannya sehingga mendorong pengetua untuk melaksanakan tugas secara bersendirian. Ini
selari dengan dapatan kajian Abrams Jr. (1997) yang menyatakan bahawa sikap kendiri individu
yang enggan meminta bantuan rakan sekerja atau orang bawahannya apabila berdepan dengan
masalah atau cabaran di tempat kerja merupakan antara faktor utama yang mengakibatkan isolasi
atau pengasingan diri dalam pekerjaan. Sikap sebegini bukan sahaja akan merugikan diri sendiri
kerana kekurangan sumber maklumat dan pendapat, tetapi ianya juga boleh mengakibatkan
seseorang individu itu terasing. Dapatan juga menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi yang
kurang berkesan merupakan punca kedua paling banyak diutarakan oleh pengetua yang ditemu
bual. Aspek kurangnya kemahiran berkomunikasi merupakan punca berlakunya keadaan isolasi
dalam kalangan pengetua malah kelemahan pengetua dalam mewujudkan sistem komunikasi
yang berkesan dianggap telah menutup ruang dan saluran untuk orang bawahannya memberi
maklum balas dan pandangan kepada pihak pengurusan sekolah. Menurut Cooper and Kurland
(2002), untuk menjayakan sesuatu aktiviti atau program, komunikasi, perhubungan dua hala
adalah kunci kejayaannya. Sebuah komunikasi tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari kedua-
dua pihak. Oleh itu, pengetua perlu menjadi pendengar yang setia, tetapi juga perlu saling
bertukar pendapat dan meluahkan perasaan. Dapatan ini menyokong hasil kajian Hammer dan
Duy (2007) yang mendapati bahawa masalah isolasi adalah disebabkan oleh faktor-faktor
melibatkan tahap kemahiran sosial yang rendah, cara berfikir yang jumud dan pandangan hidup
seseorang yang sempit tentang kehidupannya.
Gaya kepimpinan pengetua yang terlalu autokratik dan mengikut protokol juga
disenaraikan sebagai punca berlakunya isolasi dalam kalangan pengetua. Gaya ini
memperlihatkan tingkah laku yang lebih berorientasikan tugas dan kurang berorientasikan
hubungan manusia (Daft, 1999). Ia juga dikaitkan sebagai gaya yang tidak mesra dan kurang
bertolak ansur dengan orang bawahan kerana komunikasi hanya berlaku satu hala dan pemimpin
berperanan memberitahu pengikut tentang apa, bagaimana, bila dan di mana untuk melakukan
tugas. Situasi ini menyebabkan terbentuk jurang antara pengetua dengan guru sehingga
menyebabkan pengetua merasai keadaan isolasi di tempat kerja. Kajian juga mendapati bahawa
beberapa faktor lain turut menjadi punca berlakunya isolasi termasuklah; kurang pengetahuan
dan pengalaman, tiada sokongan orang bawahan atau semangat bekerja dalam satu pasukan,
berasa diri lebih tahu dan mahir berbanding orang bawahan, kurang percaya dengan guru-guru
dibawahnya dan mempunyai perbezaan pandangan dengan warga sekolahnya. Menurut Ozodasik
(2011), hal ini berlaku kerana orang yang mengalami keadaan isolasi telah terbiasa menjalani
kehidupan seharian nilai yang negatif seperti perasaan serba salah, rasa bersalah (sense of guilt),
pesimis, kurang keyakinan diri dan berasa dirinya tidak sempurna atau mempunyai kekurangan
semasa berinteraksi dan berhubung dengan orang di sekelilingnya. Hal ini menyebabkan mereka
bertindak secara tidak rasional dan berpegang kepada falsafah hidup diri sendiri sahaja.
Melalui kaedah temu bual, pengetua turut mengaku bahawa mereka mengalami keadaan
isolasi semasa melaksanakan tugas menjadi pemimpin sekolah. Pendekatan mengadakan
perbincangan dan musywarah merupakan kaedah yang kerap digunakan bagi mengatasi keadaan
isolasi yang mereka hadapi. Kaedah perbincangan dengan guru-guru secara formal dan tidak
formal telah membantu mengurangkan keadaan isolasi yang mereka alami. Perbincangan yang
kerap dengan penolong-penolong kanan juga dianggap dapat mengurangkan keadaan isolasi
yang dialaminya. Ini kerana, strategi ini telah menyebabkan pengetua berasa bahawa guru-guru
mereka memberi sokongan terhadap keputusan yang diambil secara kolektif. Oleh itu, strategi
mendapatkan sokongan daripada warga sekolah merupakan satu pendekatan yang sangat penting
dalam menangani masalah isolasi dalam kalangan pengetua. Menurut Herlihy (1980), tanpa
sokongan yang kuat daripada pengikutnya, seseorang pengetua berkemungkinan besar akan
menghadapi masalah berasa keseorangan atau mengalami keadaan isolasi professional. Dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa faktor sokongan dan perbincangan dengan rakan pengetua dari
sekolah lain juga dapat mengurangkan keadaan isolasi dalam kalangan pengetua (Colgan, 2003;
Skrla, Erlandson, Reed, and Wilson, 2001). Melalui perbincangan, nasihat dan perkongsian
pengalaman dengan pengetua dari sekolah lain, pengetua yang tadinya mengalami keadaan
isolasi tidak lagi berasa keseorangan dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
yang perlu untuk sekolahnya. Dalam hubungan ini, pandangan Pierce (2001) adealah sangat
berkaitan kerana beliau mengatakan bahawa
“Attachment to a network is critical to the elimination of social isolation. Principals
should learn to create networks both inside their schools and with principal peers outside their
schools to provide the support system necessary to reduce their feelings of isolation.”
Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh ramai
sarjana yang meneroka aspek isolasi yang mendapati bahawa khidmat sokongan kepada
pengetua melalui kaedah mentoring dan coaching telah berjaya mengurangkan masalah isolasi
dalam kalangan pengetua (Early et al, 2011. Campbell et.al., 2010; Boerema, 2011; Luck, 2003;
Swaffield, 2008). Ini kerana, perkhidmatan pusat yang menyediakan perkhidmatan sokongan
kepada pengetua telah juga dapat membantu para pengetua untuk melaksanakan tugasnya dan
seterusnya mengurangkan perasaan rasa terasing dan mengalami keadaan isolasi. Ringkasnya,
kajian Baron and Kenny (1986) yang mendapati bahawa social support (sokongan sosial) dan
inclusion in a formal coaching program (penglibatan dalam program coaching secara formal)
merupakan strategi berkesan untuk mengatasi masalah kerana mengalami keadaan isolasi.
Sementara itu, kajian mendapati bahawa bagi kalangan pengetua yang tidak menghadapi
keadaan isolasi telah menggunakan beberapa strategi untuk mengelakkan berlakunya keadaan
isolasi daripada menggangu mereka. Amalan gaya kepimpinan distributed leadership melibatkan
elemen pengupayaan dan memberi kepercayaan kepada orang bawahan, membuat keputusan
secara kolaboratif melibatkan semua ahli pasukan dan amalan bekerja sepasukan merupakan
kaedah yang banyak digunakan oleh responden tersebut untuk mengelakan diri dari mengalami
keadaan isolasi. Menurut Daft (1999), gaya sebegini merujuk kepada pendekatan supportif yang
memberi fokus kepada sokongan dan dorongan terhadap pertumbuhan dan pemajuan ahli
pasukan dengan menggalakkan suasana persekitaran sosial kerja yang lebih mesra, sistem
komunikasi yang lebih terbuka dan penglibatan ahli pasukan yang lebih meluas. Sementara
pengetua dan pemimpin pasukan bertindak menjadi tempat rujukan dan sumber maklumat tetapi
bukan sebagai pembuat keputusan. Dalam hubungan ini, dapatan kajian ini adalah selari dengan
dapatan kajian Bolman dan Deal (1994) yang membuktikan bahawa kaedah kolaborasi dengan
guru-guru dalam melaksanakan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan di sekolah
telah dapat mengurangkan masalah isolasi dalam kalangan pengetua.
Sementara itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan komunikasi secara
berkesan juga merupakan satu strategi yang digunakan bagi mengelakkan diri dari mengalami
keadaan isolasi dalam kalangan pengetua yang tidak mengalami keadaan isolasi. Antara ciri
komunikasi berkesan yang dinyatakan melibatkan aspek keterbukaan untuk menerima
pandangan dan maklum balas daripada orang-orang bawahannya, memberi penerangan dan
menunjuk contoh, menggalakkan perbincangan dan musyawarah sama ada secara formal atau
tidak formal dengan penolong-penolong kanan dan juga guru-guru di bawah pimpinannya.Sikap
positif bagi mendorong hubungan yang baik dan mesra dengan warga sekolahnya didapati dapat
mengelakkan pengetua dari mengalami keadaan isolasi. Antara sikap positif yang dimaksudkan
ialah tidak berlagak sombong atau meninggi diri, berbudi bahasa, berhemah dalam memberi
nasihat atau teguran dan menghormati warga organisasi yang dipimpinnya. Dalam hal ini,
pelbagai tindakan pengetua yang boleh mendorong kepada berlakunya jalinan hubungan yang
baik seperti usaha untuk mendekati dan mengambil hati warga sekolah, memberi motivasi
kepada guru, prihatin terhadap kerja dan kebajikan mereka dan melaksanakan program turun
padang turut menjadi strategi pengetua untuk mengelakan diri mereka daripada mengalami
keadaan isolasi. Di samping itu, sistem sokongan yang baik juga merupakan satu strategi yang
digunakan oleh pengetua untuk mengelakkan daripada mengalami keadaan isolasi. Strategi
mendapatkan sokongan yang dimaksudkan melibatkan saluran yang membolehkan pengetua
mudah berhubung dengan rakan-rakan pengetua yang lain untuk mendapatkan sokongan dan
bantuan berupa khidmat nasihat serta perkongsian pengalaman. Hubungan sebegini bukan sahaja
membantu mereka untuk tidak berasa keseorangan, tetapi juga memberi ruang dan kesempatan
untuk mereka belajar memimpin sekolah masing-maing dengan lebih berkesan berasaskan
amalan terbaik (best practices) yang diguna pakai di sekolah lain.
Oleh hal yang demikian, dapatan kajian Dussault dan Barnett (1996) adalah selari dengan
dapatan kajian ini kerana perkhidmatan sokongan melalui program peer-assisted leadership telah
dapat mengurangkan kadar isolasi dalam kalangan pengetua yang dikaji. Begitu juga dengan
dapatan kajian Carlen dan Jobring (2006) yang telah mendapati bahawa perkhidmatan sokongan
melalui laman sesawang ”School Leaders Online” telah juga dapat membantu para pengetua
untuk mengurangkan masalah isolasi yang dialaminya. Kajian mereka ini telah mendapati
bahawa inisiatif untuk memperluaskan jaringan dan jalinan pengetua di Sweden bukan sahaja
telah dapat mengatasi masalah isolasi, malah ia telah dapat meningkatkan keberkesanan pengetua
melaksanakan tugasnya di sekolah.Sistem penghargaan yang berkesan juga merupakan satu
strategi yang boleh digunakan untuk mengelakkan diri daripada mengalami keadaan isolasi.
Dengan memberi penghargaan kepada warga sekolah yang komited dan telah memberi
sumbangan, sokongan mereka terhadap pengetua dan program-program sekolah juga turut
meningkat. Dengan adanya sokongan tersebut, pengetua tidak akan berasa keseorangan untuk
menyelesaikan masalah dan membangunkan organisasi sekolah. Sehubungan itu, secara
keseluruhannya kajian ini telah mengesahkan dapatan kajian yang dibuat oleh para sarjana
psikologi yang memfokus kepada isolasi professional (Marshall et. al., 2007; Boerema, 2011;
Ching & Ya, 2011) bahawa isolasi profesional yang dialami oleh seseorang boleh dikurangkan
sekiranya dia berpeluang untuk memperolehi sistem sokongan yang mantap, bimbingan dan
mentoring serta mendapat pengiktirafan daripada pihak pengurusan organisasi.
Dalam kajian ini, data impak keadaan isolasi yang dialami oleh pengetua terhadap
prestasi kerja mereka di sekolah diperolehi daripada maklum balas temu bual daripada pengetua
yang mengalami keadaan isolasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah isolasi telah
sedikit sebanyak memberi tekanan dan seterusnya menjejaskan prestasi kerja pengetua. Isolasi
juga telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada keadaan pengetua berasa terasing kerana
kurang mendapat sokongan daripada guru-guru. Hal ini juga telah menyebabkan emosi mereka
agak terganggu dan prestasi kerja mereka sedikit sebanyak telah terjejas. Dapatan ini
mengesahkan hasil kajian ramai sarjana (Bauer & Stephenson, 2010; Stephenson, 2009) yang
mendapati bahawa apabila seseorang individu itu mengalami masalah isolasi, keadaan emosinya
akan terganggu kerana dia mempunyai tanggapan bahawa dirinya terpinggir dan dia mengalami
perasaan barasa terasing daripada orang lain. Kajian juga mendapati bahawa disebabkan oleh
masalah isolasi yang dialami, pengetua berasa tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
membuat agihan tugas, mendapatkan maklumbalas daripada guru-guru untuk membuat usaha-
usaha penambahbaikan serta membuat program untuk membimbing dan membugarkan
profesionalisme guru. Hal ini disebabkan bahawa mereka mengambil masa yang lebih panjang
untuk membuat keputusan melibatkan organisasi mereka. Ringkasnya, kajian ini mendapati
bahawa masalah isolasi dalam kalangan pengetua telah memberi impak terhadap kedua-dua
pihak organisasi dan pemimpin organisasi. Dari kacamata organisasi, isolasi profesional telah
menjejaskan prestasi kerja pengetua. Ini selari dengan dapatan kajian Kirkman et al., (2002).
Namun dapatan kajian mereka yang juga menunjukkan bahawa isolasi turut memberi impak
terhadap kepuasan kerja dan komitmen pekerja tidak dapat dibuktikan dalam kajian ini.Dalam
hal ini, dapatan kajian Stephenson dan Bauer (2010) adalah berkaitan kerana mereka mendapati
bahawa keadaan isolasi dalam kalangan pengetua telah menyumbang kepada masalah yang lebih
besar iaitu burnout sama ada secara fizikal mahupun emosional. Malah, dapatan kajian Izgar
(2009) pula mendapati bahawa keadaan isolasi dalam kalangan pengetua berhubungkait dengan
elemen kemurungan. Sekiranya masalah isolisasi dapat diatasi, para pengetua akan dapat
meningkatkan keberkesanan mereka melaksanakan tugasnya di sekolah. Hal ini dibuktikan olek
kajian Carlen dan Jobring (2006) yang mendapati bahawa inisiatif untuk memperluaskan
jaringan dan jalinan pengetua di Sweden bukan sahaja telah dapat mengatasi masalah isolasi,
malah telah dapat meningkatkan prestasi pengetua. Kajian Bolman dan Deal (1994) juga telah
mengesahkan bahawa tanpa masalah isolisasi, pengetua dapat meningkatkan prestasi hasil kerja
mereka di sekolah.
Penutup
Kesimpulannya, isolasi merupakan aspek yang sememangnya wujud dalam situasi pekerjaan
kepada pengetua. Ini kerana, selaku pemimpin sekolah, beliau sememangnya akan mengalami
isolasi pada tahap-tahap yang berbeza. Bagaimana pengetua menanganinya dan memastikan agar
ia tidak berterusan merupakan inisiatif pengetua itu sendiri kerana pengurangan aspek isolasi
amat bergantung kepada sikap, inisiatif dan strategi pengetua. Melalui kajian ini, secara
keseluruhannya, pengetua-pengetua dapat dikatakan hampir tidak mengalami keadaan isolasi
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya di sekolah. Namun demikian, dapatan kajian
daripada data kualitatif pula telah menunjukkan bahawa satu pertiga daripada pengetua yang
dikaji pernah mengalami isolasi semasa baru menjadi pengetua atau kadangkala mengalami
keadaan tersebut.
Rujukan
Abdul Ghafar Mahmud (2011). Haluan Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abrams Jr., R. (1997). Professional Isolation and Connection among High School Science
Teachers in Upstate New York. Unpublished PhD Dissertation, Cornell University.
Abdul Shukor Abdullah (1995). Membina Sekolah Berkesan: Aplikasi Dasar. Seminar Sekolah
Efektif anjuran Kementerian Pendidikan pada 13-14 Julai 1995 di Institut Aminudin Baki.
Ackerman, R. H. & Maslin-Ostrowski, P. (2002). The wounded leader: How real leadership emerges
in times of crises. San Francisco, CA: Jossey-Bass Publishers.
Anderson, M. (1989). Training and selecting school leaders. (Contract No. OERI-R-86-
0003).Washington, DC: Office of Educational Research and Improvement.
Baron, R. M., & Kenny, D. A. (1986). The moderator-mediator variable distinction in social
psychological research: Conceptual, strategic, and statistical considerations. Journal of
Personality and Social Psychology, 51, 1173-82.
Bauer, S. C. & Stephenson, L. (2010). The role of isolation in predicting new principals’
burnout. International Journal of Education Policy and Leadership, 5(9), 1 – 17.
Boerema, A. (2011). Challenging and Supporting New Leader Development. Educational
Management, Administration & Leadership, 39(5), 554–567.
Bolman, L. dan Deal, T. (1994), Becoming a Teacher Leader: From Isolation to Collaboration.
Thousand Oaks, CA: Corwin.
Bond, T.G. & Fox, C.M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental Measurement in the
human sciences. Ed. Ke-2. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publishers
London.
Brook, L., Sawyer, E., & Rimm-Kaufman, S. (2007). Teacher collaboration in the context of the
responsive classroom. Teachers and Teaching, 13, 211.
Brown, T. (2006). Confirmatory Factor Analysis for Applied Research. New York: Guilford
Press.
Bunnell, T. (2006). Managing the role stress of public relations practitioners in international
schools. Educational Management Administration & Leadership, 34(3), 385–409.
Campbell, K.T., LaForge, E. Taylor, L.(2010). The effects of Principal Centers on Professional
Isolation of School Principals. The Mid-South Educational Researcher. 32:4. 204-220.
Carlén, U., Jobring, O. (2006). Swedish School Leaders Go Online. Network Learning. 1:3. 272-
295.
Ching-Fu Chen &Ya-Ling Kao. (2011). Investigating the antecedents and consequences of
burnout and isolation among flight attendants. Tourism Management, 33, 868- 874.
Cooper, C. dan Kurland, N. (2002). Telecommuting, Professional Isolation and Employee
Development in Public and Private Organizations. Journal of Organizational Behavior.
23:2, 511–532.
Cookson, P. W. (2005). The Challenge of Isolation: Professional Development: Your First Year.
Teaching Pre K–8. 36:4. 14-32.
Cuban, L. (1988). “The Managerial Imperative and the Practice of Leadership in Schools.”
Albany, New York: State University of New York Press
Colgan, C. (2003). Burned out. American School Board Journal, 190(4), 24-28.
Cooper C., & Kurland, N.B. (2002). Telecommuting, professional isolation and employee
development in public and private organizations. Journal of Organizational Behavior, 23(4),
511-532
Daft, R.L. (1999). Leadership: Theory and Practice. Orlando, FL: Harcourt Brace Collage
Publishers.
Daresh, J. C. (1988). Collegial support: A lifeline for the beginning principal. NASSP Bulletin,
72(511), 84-87.
Daresh, J. (2004). Mentoring School Leaders: Professional Promise or Predictable Problems?
Educational Administration Quarterly. 40:4. 495–517.
Donaldson, G. (2006). Cultivating leadership in schools: Connecting people, purpose, and
practice (2nd Ed.). New York: Teachers College Press.
Dussault, M. & Thibodeau, S. (1997). Professional isolation and performance at work of school
principals. Journal of School Leadership, 7, 521-535.
Dussault M, Fernet C, Austin S, Leroux M. (2009). Revisiting the factorial validity of the
Revised UCLA Loneliness Scale: a test of competing models in a sample of teachers.
Psychological Reports, 105(3 Pt 1):849-56
Duke, D. (1998). Why principals consider quitting. Phi Delta Kappan, 70, 308-312.
Earley, P., Nelson,R., Higham, R., Bubb, S., Porritt, V., & Coates, M. (2011). Experiences of
new headteachers in cities. Nottingham: National College of School Leadership.
Unpublished report.
Forsyth, P. B. & Hoy, W. K. (1978). Isolation and alienation in educational organizations.
Educational Administration Quarterly, 14(1), 80-96.
Fox, C.M & Jones, J.A. (1998). Use of Rasch modeling in counseling psychology research.
Journal of Counseling Psychology 45(1): 30-45
Friedman, I. A. (2002). Burnout in school principals: Role related antecedents. Social
Psychology of Education, 5(3), 229–251.
Fullan, M. (2001). Leading in a Culture of Change. San Francisco: Jossey-Bass.
Garber, D. H. (1991). Networking among principals: A case study ofestablished practices and
relationships. Fargo, ND: Paper presented at the Annual Meeting of the National
Conference of Professors of Educational Administration.
Gust-Thomason, S. dan Yantis, J.T. (1998). Assessment of Team Leader Effectiveness Within
Self-Managed Team. Community College Journal of Research and Practice. 22:2. 159-
168.
Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., Anderson, R. E., & Tatham, R. L. (2011). Multivariate
data analysis (7th Ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Howard, M. P., & Mallory, B. J. (2008). Perceptions of isolation among high school principals.
Journal of Women in Education Leadership, 6, 7–27.
Izgar, H. (2009). An investigation of depression and loneliness among school principals.
Educational Sciences: Theory & Practice. 9:1. 247–258.
Kirkman, Bradley L., Benson Rosen, Paul E. Tesluk, Cristina B. Gibson, and Simon O.
McPherson (2002). “Five challenges to virtual team success: Lessons from Sabre, Inc.”
Academy of Management Executive. 16(3), 67-79.
Licata, J. W., & Hack, W. G. (1980). School administrator grapevine structure. Educational
Administration Quarterly, 16(3), 82-99.
Luck, C. (2003) It’s Good to Talk: An enquiry into the value of mentoring as an aspect of
professional development for new headteachers. Nottingham: National College of School
Leadership.
McCreight, C. (2001). Solutions to securing qualified principals. Laredo, TX: Texas A&M
International University. (ERIC Document Reproduction Service No. ED452 613).
Marshall, G. W., Michaels, C. E., & Mulki, J. P. (2007). Workplace isolation: exploring the
construct and its measurement. Psychology and Marketing, 24, 195e223
Mercer, D. (1996). ‘Can they walk on water?’ Professional isolation and the secondary
headteacher. School Organisation, 16(2), 165–178.
Mulki, J. P., Locander, W. B., Marshall, G. W., Harris, E. G., & Hensel, J. (2008). Workplace
isolation, salesperson commitment, and job performance. Journal of Personal Selling &
Sales Management, 28, 67 - 78
Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (2010). Manual Prosedur Kerja
Sekolah Menengah Malaysia. Melaka: Bintang.
Pépin, R. (1986). Ce que font réellement les directeurs d'école secondaireau travail: Le contexte
de leur travail. Revue de la FOG/OrationQuébOcoise desDirecteurs d'Ecole, 2, 11-18.
Russell, D., Peplau, L., & Ferguson, M. (1978). Developing a measure of loneliness. Journal of
Personality Assessment, 42, 290-294.
Russell, D., Peplau, L & Cutrona, C. (1980). The Revised UCLA Loneliness Scale: Concurrent
and Discriminant Validity Evidence. Journal of Personality and Social Psychology,
39(3), 472-480
Russell, D. (1996). The UCLA Loneliness Scale (Version 3): Reliability, validity, and factor
structure. Journal of Personality Assessment, 66(1), 20–40.
Schlechte, J., Yssel, N., dan Merbler, J. (2005). Pathways to Burnout: Case Studies in Teacher
Isolation and Aalienation. Preventing School Failure, 50:1. 35-40.
Sindberg, L., & Lipscomb, S. D. (2005). Isolation and the public school music teacher. Bulletin
of the Council for Research in Music Education, 166, 43– 56.
Stephenson, L. (2009). Professional Isolation and the School Principal. Unpublished PhD
dissertation, George Mason University.
Skrla, L., Erlandson, D., Reed, E., & Wilson, A. (2001). The emerging principalship. Larchmont,
New York: Eye on Education.
Swaffield, S. (2008). Support for school principals and headteachers. Paper presented at 21st
International Congress for School Effectiveness and Improvement. 6th to 9th January,
Auckland, New Zealand.
Tirozzi, G. & Ferrrandino, V.L. (2000). The shortage of principals continues. Retrieved
September 10, 2001from the National Association of Secondary School Principals.
http://www.naesp.org/news/ views/ Prin_short1000.html.
Tomac, W., & Tomac, E. (2008). Existential fulfillment and burnout among teachers and
principals. Journal of Beliefs and Values, 29, 11–27.
Zachmeier, W.J. (1969). Feelings of Professional Isolation Among Teachers. Unpublished EdD
dissertation. George Peabody College for Teachers.