Download - inovasi 2011
Pendahuluan
Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
Bidang menggambar teknik lukisan.
Tajuk Inovasi
PENYELESAIAN MASALAH MEMBUAT FORM(BENTUK) DALAM BIDANG MENGGAMBAR BAGI MURID TAHUN 4 MELALUI
KAEDAH DEMONSTRASI.
Nama Guru :
Mohd Hasif Bin A.Samat
Alamat sekolah :
Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas,Jalan Impian Emas 10,Taman
Impian Emas ,81300 Skudai,Johor Bahru.
PERAKUAN PENGKAJI
Saya akui bahawa laporan kajian inovasi ini adalah hasil kerja saya sendiri.
Tandatangan :
Nama : MOHD HASIF BIN A.SAMAT
Tarikh : 18 JULAI 2011
1.0 Pengenalan
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.
Pengkaji merupakan salah seorang daripada guru baru yang telah ditempatkan
di salah sebuah sekolah rendah di daerah Johor Bahru.Pengkaji telah mengikuti
pengajian di sebuah Institut Pendidikan Guru dalam bidang pengkhususan
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah sebelum ini.Selama bertugas di sekolah
tersebut,pengkaji telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni untuk tahun 4.
Sepanjang tempoh ini juga pengkaji telah mengajar dan membuat pelbagai
aktiviti dalam bidang-bidang yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Seni
Visual.
Setelah melalui pelbagai proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid
tahap 2, pengkaji dapati bahawa murid-murid mempunyai masalah dalam
membuat form(bentuk) bagi menghasilkan sesuatu imej atau objek terutamanya
dalam bidang menggambar. Dalam salah satu sesi pengajaran dalam bidang
menggambar, pengkaji telah meminta murid-murid untuk menghasilkan lukisan
buah-buahan tempatan yang mereka ketahui. Sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran itu pengkaji telah mempamerkan beberapa contoh gambar buah-
buahan tempatan yang berwarna sebagai panduan murid bagi menghasilkan
lukisan tersebut.
Setelah tamat sesi pengajaran, pengkaji mengumpul kesemua hasil kerja
murid-murid untuk disemak dan membuat penilaian. Pengkaji berasa tidak
berpuas hati kerana kebanyakkan daripada mereka tidak dapat membuat bentuk
buah-buahan dengan baik.Hasil karya mereka boleh disamakan dengan hasil
kerja murid tahap 1.
Bedasarkan pemerhatian pengkaji terhadap hasil kerja ini,terdapat
segelintir murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membuat atau melukis
bentuk-bentuk mudah seperti bulat,bujur,separa bulat dan lain-lain bentuk
organik bagi menghasilkan bentuk buah-buahan.Terdapat juga murid yang dapat
menghasilkan bentuk namun tidak dapat menghasilkan kesan ton dan arah
pencahayaan yang tepat bagi keseluruhan hasil karya.Walaupun ada murid
yang mencuba untuk menghasilkan ton,tetapi arah contengan atau lorekan
warnanya didapati tidak sekata dan tidak sama arah. Selain itu,terdapat juga
bahagian-bahagian yang kosong diantara lorekan warna bagi sesuatu bentuk.
Hal ini terjadi kerana teknik mewarna dengan tidak betul serta tidak sabar dalam
memenuhi bentuk dengan menggunakan pensel warna. Tambahan pula,
pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan daripada mereka gagal memegang
pensel dengan cara yang betul serta mengawal tekanan bagi menimbulkan ton
yang sesuai dan tepat.
Di dalam subjek Pendidikan Seni Visual terdapat 4 jenis bidang kegiatan
yang wajib dipelajari oleh setiap murid di tahap 1 dan tahap 2. Salah satu bidang
yang terdapat dalam komponen pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual ialah bidang menggambar. Kajian ini bertumpu kepada aktiviti melukis
bagi menghasilkan sesuatu bentuk sama ada bentuk organik mahupun
geometri. Kajian ini dilakukan adalah untuk menyelesaikan masalah murid yang
tidak dapat menguasai kemahiran bagi membuat sesuatu bentuk objek melalui
teknik lukisan. Secara umumnya diketahui bahawa melakar sesuatu bentuk
merupakan salah satu asas utama dalam penghasilan sesebuah karya. Pengkaji
amat tertarik untuk menyelesaikan masalah ini kerana ingin membantu murid
bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka dengan menggunakan kaedah
pengajaran yang bersesuaian.
Menurut Abu Saleh (1988) kaedah ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu
pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah
mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu
satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
1.2 Pernyataan masalah
Kebanyakkan murid tahap 2 terutamanya pada tahun 4 belum sepenuhnya dapat
menguasai kemahiran melukis dan menghasilkan sesuatu bentuk objek dengan
tepat dari segi keseimbangan, pencahayaan, serta menitikberatkan elemen-
elemen asas seni reka yang lain. Keadaan ini terjadi kerana mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual ini sering dianggap tidak penting. Fenomena ini berlaku
kerana subjek ini telah dianggap sekadar sebagai subjek pelengkap dan
kemungkinan masa bagi subjek ini digunakan untuk memulihkan subjek
peperiksaan kerana pihak sekolah inginkan pencapaian UPSRnya cemerlang.
Oleh itu, murid kurang diberi peluang untuk menerima pendedahan oleh guru
Pendidikan Seni Visual bagi meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang
kegiatan Pendidikan Seni Visual terutamanya bidang menggambar. Selain itu,
guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Pendidikan Seni
Visual tidak mahir dalam menguasai kemahiran melukis bagi menghasilkan
sesuatu bentuk objek dengan sempurna disebabkan mereka bukan opsyen.
Setiap kali aktiviti menggambar, guru hanya menyuruh murid untuk membuat
lukisan bebas atau karya berdasarkan contoh-contoh gambar dan hasil karya
yang telah siap sepenuhnya. Oleh itu pengkaji berasa bahawa keadaan ini perlu
diubah. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual seharusnya mempunyai ilmu
dan pandai menggunakan pendekatan pangajaran agar matlamat Falsafah
Pendidikan Negara dalam Pendidikan Seni Visual tercapai terutama
mengaplikasikan kemahiran membuat bentuk dalam subjek Pendidikan Seni
Visual.
Melalui tinjauan awal pengkaji terhadap kesemua 4 bidang kegiatan serta
aktiviti Pendidikan Seni Visual yang telah dijalankan bagi murid tahun 4 Emas 1,
pengkaji mendapati bahawa mereka sememangnya aktif dan ingin melibatkan
diri sepenuhnya di dalam pembelajaran. Namun, pengkaji dapat mengesan
kebanyakkan daripada mereka tidak berminat untuk melukis dan mewarna dalam
bidang menggambar. Apabila ditanya , mereka hanya menjawab tidak tahu untuk
melukis bentuk serta malas untuk mewarna. Namun begitu,masih ada murid lain
yang mampu untuk menghasilkan atau mewujudkan bentuk sesuatu objek
walaupun tidak memuaskan hati. Oleh itu, pengkaji mula berfikir untuk mencari
apakah kaedah pengajaran yang amat sesuai dan berkesan untuk menangani
permasalahan ini.
1.3 Refleksi sorotan literatur
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada
pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat
kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok
Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long
(1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu
ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi,
inkuiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti
pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-
tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.
Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia
merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa
kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa
sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham
kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah,
walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh
Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang
boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar
yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan
pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat
mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk
mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan
teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang berkesan.
Kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah salah satu kaedah yang
paling sesuai membawa pelajar kepada hidup berealiti. Kaedah tunjuk cara ialah
satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan
pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar
akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang
sama ataupun berbeza. ( Tengku Sarina & Yusmini 2006 )
Kaedah ini melihat kepada keupayaan pelajar untuk mengingat adalah
lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang
mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang
kepada untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan pelajar
dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal.
Kuliah memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid
memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara
lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk
memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid
memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat
demonstrasi tulen, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan
penglibatan dari murid-murid. Demonstrasi ialah gerak balas atau aktiviti
sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu. Kaedah ini dijadikan
model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.
Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, olahraga, permainan dan
membuat uji kaji. Kebaikan demonstrasi ialah ia memberi peluang kepada murid
untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat
prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan
murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa
membuat demonstrasi, guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya
murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.
Semasa proses demonstrasi ,perhatian sepenuhnya diperlukan daripada
murid. Selepas membuat sesi praktis, perbincangan tentang perkara-perkara
yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan oleh guru. Guru juga boleh mengarahkan
murid-murid untuk mencatat proses demonstrasi tersebut. Dalam pelaksanaan
demonstrasi,guru hendaklah menentukan topik,objektif dan menyediakan alatan
atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Satu kebaikan
demonstrasi ialah ia memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-
murid melalui deria penglihatan dan pendengaran.
Untuk mengenalpasti masalah, adalah penting bagi pengkaji membuat
tinjauan masalah supaya perkara tersebut dapat dikenalpasti. Pengkaji telah
melakukan tinjauan awal tentang aspek yang berkaitan dengan proses serta
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran membuat bentuk dalam
bidang menggambar berada ditahap yang kurang memuaskan. Terdapat
segelintir murid yang tidak dapat menghasilkan bentuk sesuatu objek seperti
objek sebenar dengan baik. Mereka sememangnya berkemampuan untuk
meniru dan membayangkan bagaimanakah bentuk bagi sesuatu objek,namun
apabila ditransformasikan di dalam bentuk lukisan,terdapat masalah yang mana
mereka tidak dapat menghasilkan bentuk objek tersebut mengikut ciri-ciri yang
sebenar. Bedasarkan kepada perbincangan dan pemerhatian yang telah
dilakukan mendapati penekanan dan penerapan terhadap latihan kemahiran
melukis Bentuk di kalangan murid kurang diberi penekanan. Guru-guru di
sekolah sememangya telah mengajar dan membuat aktiviti dalam bidang
menggambar tetapi penekanan terhadap kemahiran asas iaitu menghasilkan
bentuk-bentuk objek tidak diberikan sepenuhnya sejak dari awal lagi. Ia
bermaksud bahawa guru-guru Pendidikan Seni Visual tidak menitikberatkan
terhadap peningkatan perkembangan murid dalam menguasai kemahiran
melukis dan membuat bentuk. Melalui tinjauan yang pengkaji lakukan, antara
faktor utama yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran melukis bentuk ini ialah
kurang pendedahan dan latihan sewaktu proses pembelajaran berlangsung.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga metadologi untuk mengutip
data iaitu melalui, soal selidik, pemerhatian dan temubual.
1.4 Tujuan Inovasi kajian
Kajian ini dilakukan dengan tujuan dan mempunyai kepentingan yang
tersendiri. Pengkaji merasakan kajian ini amat penting bagi pengkaji untuk
memastikan bahawa kelemahan murid-murid tahun 4 dalam membuat
form(bentuk) dalam bidang menggambar dapat diatasi atau diperbaiki. Selain itu,
kajian ini juga adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah
pengajaran secara demonstrasi dapat membantu murid bagi mempertingkatkan
lagi kemahiran mereka untuk membuat sesuatu bentuk objek dengan
mementingkan elemen-elemen seni lukis yang tertentu.
Kajian ini mencakupi tentang keberkesanan kaedah demonstrasi dalam
meningkatkan keupayaan kemahiran murid membuat form(bentuk) dalam bidang
menggambar. Antara batasan –batasan dalam kajian ini ialah kajian ini terhad
kepada sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas.
Kajian ini juga hanya dibuat terhadap murid-murid tahun 4 Emas 1 seramai 39
orang murid. Namun, murid akan dipilih secara rawak nanti yang terdiri daripada
5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Bidang yang ingin dikaji ialah
menggambar dan hanya tertumpu kepada masalah murid dalam membuat
form(bentuk) melalui teknik melukis dengan menggunakan media kering.
Dalam kajian ini, analisis tinjauan masalah telah dibuat bedasarkan maklumat
yang diperolehi melalui pemerhatian,soal selidik.
(1) Pemerhatian
Pemerhatian telah dibuat sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.Pemerhatian pengkaji akan tertumpu kepada sesi
pengajaran bidang kegiatan menggambar di mana pengkaji telah melihat
sejauh mana tahap kemahiran murid-murid tahun 4 Bijak dalam membuat
Bentuk melalui teknik –teknik mengambar.
(2) Soal selidik
Borang kaji selidik telah diedarkan kepada murid-murid untuk
mendapatkan maklumat berkenaan dengan sejauh mana tahap
pengetahuan murid-murid mengenai bidang kegiatan menggambar yang
menjurus kepada penguasaan kemahiran,teknik dan media lukisan .Selain
itu, soal selidik juga dapat melihat tahap minat dan pendedahan murid
terhadap aktiviti melukis.
2.0 Objektif Kajian /soalan kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan,murid-murid diharap dapar mencapai
objektifnya:
2.1. Objektif Umum
Mempertingkatkan kemahiran asas melukis form(bentuk) sesuatu
objek melalui teknik lukisan dengan menggunakan media kering pensel
warna dalam bidang menggambar.
2.2.2 Objektif Khusus
Dalam kajian ini juga mempunyai beberapa objektif khusus iaitu:
Mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada murid tentang aktiviti
melukis dalam bidang menggambar.
Meningkatkan kemahiran murid menggunakan alat dan bahan bagi
melukis form(bentuk) dengan betul melalui kaedah demonstrasi.
Meningkatkan keupayaan murid untuk menghasilkan ton serta arah
pencahayaan sesuatu bentuk objek melalui teknik lukisan dengan betul.
3. Langkah dan proses Inovasi dijalankan.
Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Sebelum menjalankan tindakan kajian, pengkaji telah membuat
perancangan perlaksanaan yang akan digunakan untuk mendapatkan
data dan maklumat tentang keberkesanan kaedah demonstrasi terhadap
peningkatan keupayaan serta kemahiran murid untuk menghasilkan
sesuatu form(bentuk) dalam lukisan.
Rajah 1. Carta Alir Perancangan Perlaksanaan Tindakan
Dalam sesi pra ujian, pengkaji akan mengenalpasti masalah yang
akan dikesan terhadap murid berdasarkan aspek-aspek pemfokusan
untuk melihat keberkesanan yang dapat dicapai melalui proses tindakan
yang akan dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji membuat
pemerhatian dan memulakan sesi rawatan dan pasca ujian hingga ke
sesi kesimpulan seperti yang terdapat pada rajah untuk mendapatkan
keputusan hasil kajian.
Pra ujian Rawatan 1 Pasca ujian 1
Rawatan 3 Pasca ujian 2 Rawatan 2
Pasca ujian 3 Kumpul data Analisis
Kesimpulan
Pada setiap sesi rawatan, pengkaji telah memberi komen dan
memberi pendapat tentang hasil karya. Ini adalah kerana, selain daripada
pengkaji ingin mencapai fokus tindakan dan ingin melihat tahap
keupayaan murid dalam membuat aktiviti.
Bagi sesi rawatan 1, pengkaji akan menjalani sesi penerangan .
ini bermakna, pengkaji akan memberi penerangan serta memberi komen
terhadap hasil karya yang telah dilakukan murid-murid. Pengkaji akan
memberitahu kelemahan yang ada pada setiap karya untuk diperbaiki
oleh murid tanpa bantuan bahan serta alat bantu mengajar.
Untuk sesi rawatan 2 pula, pengkaji telah memperbaiki kelemahan
murid dengan menggunakan kaedah penerangan dan demonstrasi
pengkaji bersama dengan penggunaan alat bantu mengajar(BBM)
langkah-langkah membuat form(bentuk) teknik lukisan yang dipamerkan
di hadapan kelas.
Manakala bagi sesi rawatan 3 pula, pengkaji telah menggabungkan
ketiga-tiga jenis cara rawatan iaitu melalui penerangan lengkap,membuat
demonstrasi serta guru akan membimbing murid melukis sesuatu bentuk
itu dengan berkesan. Kemudian, pengkaji membuat dokumentasi bagi
setiap kali sesi rawatan bagi melihat peningkatan hasil karya murid
tersebut.
Sesi pasca ujian akan dijalankan pada setiap akhir sesi rawatan
bagi mendapatkan dapatan maklumat yang diperolehi untuk melihat kesan
yang diperolehi oleh murid. Setelah maklumat diperolehi, data akan
dikumpulkan, dianalisa, dan seterusnya kesimpulan berhubung dapatan
kajian akan dapat dihasilkan.
4. Hasil Inovasi dan laporan
Pengenalan
Dalam bab ini akan menerangkan tentang hasil daripada kajian yang dilakukan
terhadap penyelesaian masalah membuat form(bentuk) melalui kaedah
demonstrasi. Segala dapatan kajian akan dilihat dan dianalisis bagi
mendapatkan hasil bagi setiap instrumen yang telah ditetapkan. Di samping itu
juga, bab ini akan memfokuskan dapatan dan dihuraikan bedasarkan sumber
kajian. Hasil kutipan data dan analisis yang telah dibuat adalah menggunakan
beberapa instrumen seperti soal selidik, pemerhatian dan sebagainya.
4.1 Analisis Terhadap Sikap Pengetahuan Ada Tentang Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual.
Satu soal selidik telah diberi kepada responden untuk mengetahui sikap dan
pengetahuan sedia ada terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual serta
bagi bahagian A serta terhadap pengetahuan kemahiran melukis dalam bidang
menggambar dalam bahagian B.
Jadual 4.1 : Tahap Sikap Pengetahuan Sedia Ada Tentang Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual
Bil Item Jumlah peratus
Ya Tidak
Bahagian A
1 Mata pelajaran seni senang untuk lulus. 10 % 90 %
2 Saya mahir menggunakan alatan dan bahan semasa
aktiviti seni dijalankan. 50 % 50 %
3 Saya suka melaksanakan aktiviti seni secara
berkumpulan 90 % 10 %
4 Aktiviti seni sesuai dijalankan di luar bilik darjah 80 % 10 %
5 Guru seni selalu menarik perhatian saya untuk belajar
Pendidikan Seni Visual. 20 % 80 %
Bahagian B
6 Pernahkah anda mempelajari aktiviti melukis? 100
%
0 %
7 Adakah anda tahu perbezaan antara rupa dan bentuk? 10 % 90 %
8 Adakah anda berpuas hati dengan hasil lukisan yang
dibuat?
60 % 40 %
9 Adakah anda menghasilkan bentuk objek dengan
sempurna tanpa merujuk dari mana-mana sumber
atau contoh?
30 % 70 %
10 Pernahkah guru Pendidikan Seni Visual anda membuat
demonstrasi melukis bentuk bagi sesuatu objek
sehingga siap?
0 % 100 %
Soal selidik bahagian A:
Item 1 : Mata pelajaran seni senang untuk lulus.
Analisis ini dibuat untuk melihat apakah pendapat responden mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual untuk mendapat pencapaian yang memuaskan .Melihat
kepada analisis daripada kesemua responden,sebanyak 10 % mengatakan
setuju manakala 90 % lagi tidak bersetuju bahawa mata pelajaran seni senang
untuk lulus.
Item 2 : Saya mahir menggunakan alatan dan bahan semasa aktiviti seni
dijalankan.
Sebanyak 50 % responden dalam item ini telah menyatakan setuju dan 50 %
juga responden menyatakan tidak mahir dalam menggunakan alatan dan bahan-
bahan semasa melakukan aktiviti seni di sekolah. Ini menunjukkan tidak semua
responden tahu untuk mengaplikasikan alat dan bahan seni untuk menghasilkan
sesuatu karya yang menarik.
Item 3 : Saya suka melaksanakan aktiviti seni secara berkumpulan.
Secara majoritinya responden telah menyatakan ya dalam melaksanakan aktiviti
seni secara berkumpulan.Ini kerana sebanyak 90 % responden telah bersetuju
dan hanya 10 % sahaja yang tidak menyukai aktiviti seni dibuat secara
berkumpulan.Ini berkemungkinan responden tidak suka untuk bercampur atau
bergaul dengan rakan-rakan.
Item 4 : Aktiviti seni sesuai dijalankan di luar bilik darjah
Di dalam item ini, sebanyak 80 % responden bersetuju bahawa aktiviti seni
sesuai dijalankan di luar bilik darjah,manakala hanya 20 % sahaja yang
menyatakan tidak sesuai.Hal ini menunjukkan responden sudah bosan
melakukan aktiviti seni di dalam kelas ataupun studio disebabkan suasana
persekitaran yang sama sahaja berbanding di luar bilik darjah.
Item 5 : Guru seni selalu menarik perhatian saya untuk belajar Pendidikan Seni
Visual.
Bedasarkan hasil soal selidik bagi item ini,dapat dilihat bahawa hampir semua
responden menyatakan bahawa guru seni mereka tidak dapat menarik perhatian
mereka untuk lebih mendalami bidang ini. Sebanyak 80 % responden
mengatakan tidak bersetuju manakala hanya 20 % sahaja yang bersetuju.Ini
berkemungkinan guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mengajar adalah bukan
merupakan guru opsyen atau major yang mengakibatkan mereka tidak
berpengalaman dan kurang idea untuk membuat sebarang aktiviti seni yang
dapat menarik perhatian murid-muridnya.
Soal selidik bahagian B :
Item 6 : Pernahkah anda mempelajari aktiviti melukis?
Melalui item ini,dapat dilihat bahawa kesemua responden pernah diajar serta ada
mempelajari aktiviti melukis apabila hasil menunjukkan sebanyak 100 %
menjawab ya.Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai asas-asas
dalam lukisan yang pernah dipelajari oleh guru Pendidikan Seni Visual mereka.
Item 7 : Adakah anda tahu perbezaan antara rupa dan bentuk?
Sebanyak 10 % responden telah bersetuju bahawa mereka tahu perbezaan
antara rupa dan bentuk dalam aktiviti melukis ,manakala sebanyak 90 % yang
tidak membezakanya.
Item 8 : Adakah anda berpuas hati dengan hasil lukisan yang dibuat?
Melalui item ini dapat dilihat bahawa sebanyak 60 % responden telah
menyatakan bahawa mereka berpuas hati dan sebanyak 40 % daripada mereka
menyatakan tidak berpuas hati dengan segala hasil lukisan yang telah
dibuat.Dapat dilihat di sini bahawa walaupun responden berminat untuk
melakukan aktiviti melukis, namun mereka masih lagi tidak berpuas hati dengan
hasil mereka.
Item 9 : Adakah anda dapat menghasilkan bentuk objek dengan sempurna
tanpa merujuk dari mana-mana sumber atau contoh?
Dalam item ini pula,sebanyak 70 % responden telah menyatakan bahawa
mereka tidak dapat membuat lukisan dengan sempurna sekiranya tidak merujuk
dari mana-mana sumber atau contoh gambar.Namun,terdapat 30 % responden
mampu untuk menghasilkan lukisan tanpa mana-mana rujukan. Ini menunjukkan
sebilangan besar responden idak mampu menggunakan daya imaginasi mereka
dengan baik.
Item 10 : Pernahkah guru Pendidikan Seni Visual anda menunjuk cara untuk
melukis
bentuk bagi sesuatu objek sehingga siap?
Dalam item ini telah jelas menunjukkan bahawa keseluruhan responden tidak
pernah didedahkan tentang bagaimana cara-cara untuk melukis bentuk bagi
sesuatu objek dengan sempurna kerana 100 % responden telah menyatakan
tidak.Terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan hal ini berlaku.
4.2 Analisis Pemerhatian Tahap Pencapaian Membuat Bentuk Melalui
Teknik Lukisan Dalam Ujian Pra.
Bedasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap 10 orang responden
yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang telah dipilih
secara rawak, satu ujian pra telah dilakukan terhadap mereka. Ia dilaksanakan
sebelum mereka menjalani rawatan dan bimbingan serta belum menggunakan
kaedah pengajaran demonstrasi bagi penambahbaikkan. Beberapa aspek
pemerhatian telah diambil kira dalam hasil lukisan bentuk yang telah
dilakukan.Antara aspek-aspek penting yang telah ditetapkan ialah seperti:
1. Kreativiti murid menyusun bentuk-bentuk objek yang dilukis
2. Koordinasi mata dan tangan semasa memegang pensel/pensel warna.
3. Penggunaan dan pencahayaan ton dalam setiap bentuk yang dilukis.
4. Kekemasan hasil kerja siap murid.
Kesemua aspek yang diambil kira adalah untuk melihat sejauh mana tahap
kemahiran melukis bentuk bagi setiap responden sebelum mereka diberi rawatan
menggunakan kaedah demonstrasi dan selepas mereka telah diberi rawatan
bagi menguji keberkesanan kaedah demonstrasi menyelesaikan masalah
responden membuat form(bentuk) agar lebih baik.
Jadual 4.2.1
Analisa Pemerhatian Tahap Pencapaian Responden Sebelum dan Selepas
Rawatan
ITEM KUMPULAN KURANG
MENCAPAI
TAHAP
SEDERHANA
BAIK
1) Kreativiti
murid dalam
susunan objek
Sebelum
rawatan
BIL 9 1 0
% 90 10 0
Selepas
rawatan
BIL 0 4 6
% 0 40 60
2)Koordinasi
mata dan
tangan semasa
memegang
pensel.
Sebelum
rawatan
BIL 4 6 0
% 40 60 0
Selepas
rawatan
BIL 0 0 10
% 0 0 100
3)Pencahayaan
dan tona warna
dalam setiap
bentuk.
Sebelum
rawatan
BIL 1 9 0
% 10 90 0
Selepas
rawatan
BIL 0 1 9
% 0 10 90
4)Kemasan
akhir hasil kerja
murid.
Sebelum
rawatan
BIL 8 2 0
% 80 20 0
Selepas
rawatan
BIL 0 0 100
% 0 0 100
Jadual di atas telah menunjukkan jumlah responden dan peratusan tahap
pencapaian mereka mengikut aspek-aspek yang telah ditetapkan oleh pengkaji
bagi melihat keberkesanan kaedah pengajaran secara demonstrasi dapat
menyelesaikan masalah responden untuk membuat form(bentuk) melalui teknik
lukisan.
Jadual 4.2.2
Analisa Pemerhatian Tahap Pencapaian Keseluruhan Responden
Kurang Mencapai Tahap Sederhana Baik Jumlah
Sebelum
rawatan 8 2 0 10
80%
20% 0% 100%
Selepas
rawatan 0 3 7 10
0%
30% 70% 100%
4.2.3 Carta tahap pencapaian keseluruhan sebelum rawatan.
Rajah 1 : Carta peratus bilangan murid mengikut pencapaian sebelum rawatan.
Rajah 2 : Carta peratus bilangan murid mengikut pencapaian selepas rawatan
Tahap Pencapaian (Selepas rawatan)
Kurang Mencapai Tahap
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Bil murid
Kurang Mencapai Tahap
Sederhana
BaikSederhana
Baik
Rajah 3 : Carta perbandingan analisis peratus bilangan murid mengikut
pencapaian keseluruhan sebelum dan selepas rawatan dijalankan..
Rajah 3 diatas telah menunjukkan perbandingan tahap pencapaian yang ketara
murid sebelum diberikan rawatan demonstrasi dan juga selepas rawatan.
Bedasarkan tahap pencapaian sebelum rawatan dijalankan, tiada seorang pun
daripada mereka mendapat tahap pencapaian kategori baik. Namun, selepas
mereka diberikan rawatan menggunakan kaedah demonstrasi, peningkatan
tahap pencapaian murid adalah ketara iaitu sebanyak 70.0 % .
ANALISA PEMERHATIAN MENGIKUT ASPEK DITETAPKAN
RESPONDEN PRA PASCA
Murid 1
-Tahap pencapaian keseluruhan
murid ini adalah
Sederhana.Murid ini dapat
menyusun objek yang dilukis
namun terdapat beberapa
kelemahan seperti salah cara
memegang pensel,bentuk yang
dilukis tidak mempunyai ton
warna yang sepatutnya.
-Tahap pencapaian murid ini
adalah tahap Baik setelah
rawatan diberikan.Susunan
objek yang dilukis oleh
murid ini semakin
teratur.Murid juga dapat
memegang pensel dengan
cara yang betul serta
kedudukan koordinasi mata
yang tepat semasa
melukis.Penggunaan ton
warna serta arah
pencahayaan yang
ditunjukkan amat baik.Murid
dapat mewujudkan bentuk
objek dengan tepat.Hasil
kerja juga kemas.
Murid 2
-Tahap pencapaian keseluruhan
murid ini adalah Sederhana.
Murid ini dapat membuat bentuk
objek dan menyusun mengikut
kreativitinya,namun apa yang
dilukis olehnya adalah rupa
-Tahap murid pada
peringkat ini adalah Baik
daripada pelbagai
aspek.Antaranya ialah
susunan objek yang
dilukis.Kawalan semasa
semata-mata.Murid ini lemah
dalam membuat arah
pencahayaan dan ton
warna.Namun murid ini dapat
memegang pensel dan pensel
warna dengan agak baik.
memegang pensel juga baik
dari segi tekanan untuk
menampakkan arah cahaya
serta ton warna yang
bersesuaian agar
menampakkan bentuk objek
tersebut.
Murid 3
-Tahap pencapaian semasa pra
ujian bagi murid ini adalah berada
pada tahap yang Kurang
Mencapai Tahap.Murid ini
mampu untuk melukis
objek,namun tidak mampu untuk
manghasilkan bentuk dengan
sempurna dan hanya membuat
rupa sahaja.Koordinasi mata dan
tangan juga agak lemah semasa
melukis.Tiada penggunaan ton
warna yang menunjukkan arah
pencahayaan.
-Tahap pencapaian murid ini
adalah Sederhana setelah
rawatan dibuat.Murid ini
telah dapat membuat
form(bentuk) dengan agak
baik beserta dengan
susunan objeknya.Selain
itu,murid ini dapat
memperbaiki kawalan dan
tekanan penselnya semasa
aktiviti melukis dijalankan
setelah melihat demonstrasi
oleh guru.Kelihatan juga
penggunaan ton warna yang
lebih baik.
Murid 4
-Tahap pencapaian keseluruhan
bagi murid ini adalah Kurang
Mencapai Tahap.Murid ini boleh
melukis objek namun beberapa
kelemahan dapat dikenalpasti
iaitu tidak mahir menghasilkan
bentuk agar kelihatan
sesuai.Susunan objek juga tidak
menampakkan kreativiti.Selain
itu,tiada penggunaan tona warna
dan pencahayaan terhadap objek
yang dilukis
-Tahap pencapaian murid ini
adalah Baik setelah
rawatan diberi.Antara aspek
yang dilihat ialah murid ini
dapat menghasilkan bentuk
dengan lebih
baik.Koordinasi mata dan
tangan murid ini juga baik
semasa aktiviti melukis
dijalankan.Terdapat
penggunaan tona warna
yang jelas bagi objek yang
dilukis.
Murid 5
-Tahap pencapaian murid ini
adalah Kurang Mencapai
Tahap.Ini kerana beberapa faktor
seperti susunan objek yang
dilukis tidak menampakkan
kreativitinya.Selain itu,arah
lorekan dan tekanan pada pensel
warna juga kelihatan tidak
sekata.Lukisan juga tidak
menampakkan ton warna dan
kesan pencahayaan yang
-Tahap pencapaian murid ini
adalah Sederhana setelah
diberi tunjuk ajar oleh
guru.Kelihatan murid ini
dapat membuat bentuk
objek lebih baik berbanding
sebelum ini.Namun,arah
lorekan masih boleh
diperbaiki agar kawalan
tangan dan tekanan pensel
warna akan menjadi lebih
jelas.Hasil kerja juga kurang
kemas.
baik.Hasil kerja juga
semakin kelihatan kemas.
Murid 6
-Tahap pencapaian keseluruhan
murid ini adalah Kurang
Mencapai Tahap.Bentuk objek
yang telah dilukis oleh murid ini
tidak mengikut logik dari segi
saiznya dan juga
susunannya.Lukisan juga
langsung tidak menampakkan
kesan-kesan lorekan kerana
murid tidak mewarnakannya.Oleh
itu,objek yang dilukis adalah rupa
semata-mata.Tiada ton
warna,atau kesan pengcahayaan
pada objek
-Tahap pencapaian murid ini
adalah Baik.Terdapat
beberapa faktor antaranya
ialah murid ini telah dapat
menghasilkan bentuk objek
mengikut cara yang betul
berbanding sebelum
ini.Pegangan pensel juga
terkawal.Murid dapat
membuat ton warna pada
objek dengan arah
pencahayaan yang
tepat.Kemasan akhir hasil
kerja murid juga adalah
baik.
-Tahap pencapaian keseluruhan
murid ini adalah Kurang
Mencapai Tahap.Murid ini telah
-Tahap pencapaian murid ini
selepas diberi rawatn
menjadi semakin
Murid 7
membuat pelbagai lukisan bentuk
objek dan menyusun
kedudukannya.Namun,kelemahan
yang dapat dilihat ialah lukisan
hanya menampakkan rupa kerana
tiada lorekan warna yang
menonjolkan ton warna dan arah
pencahayaan yang
tepat.Kemasan hasil kerja juga
kurang memuaskan.
Baik.terdapat beberapa
aspek yang boleh dilihat
seperti susunan objek yang
dilukis semakin
teratur,dapat mengawal
tekanan pensel untuk
membuat garisan dan
bentuk objek juga kelihatan
jelas.Selain itu,murid dapat
membuat ton warna yang
betul mengikut arah
pencahayaan yang tepat.
Murid dapat membuat
kemasan akhir.
Murid 8
-Tahap pencapaian keseluruhan
murid ini berada di tahap Kurang
Mencapai Tahap.Murid telah
cuba untuk menyusun atur obejk
yang dilukis,namun kurang
kreativiti kerana objek yang dilukis
sama jenis bentuknya.Murid juga
hanya melukis rupa bukanlah
bentuk objek kerana tiada ton
warna dan arah pencahayaan
-Tahap pencapaian murid ini
adalah Baik.Ini dapat dilihat
melalui aspek murid dapat
mengawal tekanan pensel
dan koordinasi mata dan
tangan yang baik.Murid ini
juga dapt membuat bentuk
lebih baik daripada sebelum
diberi rawatan.Objek yang
dilukis juga mengandungi
yang sepatutnya.Kemasan hasil
kerja murid juga tidak
memuaskan.
ton warna yang betul
mengikut arah pencahayaan
yang sesuai.Kemasan akhir
juga baik.
Murid 9
-Tahap pencapaian keseluruhan
murid ini adalah Kurang
Mencapai Tahap.Murid ini
mempunyai kelemahan dari segi
menghasilkan bentuk objek
dengan baik.Murid juga kurang
koordinasi mata dan tangan
semasa membuat lakaran
objek.Objek yang dihasilkan juga
tidak mempunyai ton warna bagi
menampakkan ia sebagai bentuk
objek dan bukanlah
rupa.Kemasan akhir hasil kerja
-Tahap pencapaian murid ini
adalah Sederhana.Murid ini
telah berusaha untuk
memperbaiki koordinasi
mata dan tangan semasa
melukis dari segi kawalan
pensel.Hasilnya,murid dapat
menghasilkan bentuk objek
dengan lebih baik
berbanding sebelum
ini.Murid juga dapat
menunjukkan ton warna
bagi setiap objek yang
juga tidak memuaskan. dilukis walaupun lorekan
yang dihasilkan kurang
memuaskan.Kemasan hasil
kerja juga semakin
memuaskan.
Murid 10
-Tahap pencapaian keseluruhan
bagi murid ini adalah Kurang
Mencapai Tahap.Murid ini telah
menghasilkan bentuk objek,tetapi
dari segi susunan kurang
memuaskan.Murid telah
mewarnakan objek yang
dilukis,namun tiada kesan
pencahayaan dan juga ton warna
diaplikasikan bagi menunjukkan ia
merupakan form(bentuk).
-Tahap pencapaian murid
adalah Baik. Murid ini dapat
menghasilkan form(bentuk)
dengan lebih baik kerana
telah dapat mengawal
tekanan pensel dan
memperbaiki koordinasi
mata dan tangan semasa
melukis.Setiap bentuk yang
dilukis juga murid ini dapat
meletakkan ton warna
mengikut arah pencahayaan
dengan baik dan kemas.
Dalam bahagian ini akan diterangkan tentang rumusan dan perbincangan secara
keseluruhan mengenai data-data yang diperolehi daripada hasil kajian yang telah
dijalankan berkaitan dengan Penyelesaian Masalah Membuat Form (bentuk)
Melalui Kaedah Demonstrasi Dalam Bidang Menggambar.
Seramai 10 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4 emas 1.
Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas,Johor Bahru yang mengambil mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual telah digunakan sebagai sampel kajian.
Sampel terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan dan
kesemuanya adalah berbangsa Melayu. Pemilihan sampel ini dipilih sedemikian
oleh kerana pengkaji melihat bahawa tahap pencapaian dan kemahiran mereka
adalah sama di antara kedua-dua jantina. Oleh itu, pengkaji telah memilih secara
rawak tetapi seimbang dari segi bilangan muridnya. Bagi mendapatkan hasil
dapatan dalam kajian ini, beberapa instrumen telah dibuat seperti memberi
responden satu borang soal selidik bagi mengenalpasti tahap pengetahuan sedia
ada mereka dalam aktiviti melukis dalam bidang menggambar. Selain itu, satu
pemerhatian juga dilakukan mengikut aspek-aspek yang telah ditetapkan bagi
melihat tahap keberkesanan kaedah demonstrasi boleh meningkatkan
kefahaman dan kemahiran murid dalam menghasilkan form(bentuk) dengan
teknik lukisan.
Hasil dapatan penyelidik melalui kesemua analisis yang telah dibuat
menunjukkan terdapat keberkesanan penggunaan kaedah demonstrasi dalam
menyelesaikan masalah murid dalam menghasilkan form(bentuk). Segala
dapatan kajian yang diperolehi telah menjawab ketiga-tiga persoalan kajian iaitu:
1. Apakah tahap pengetahuan sedia ada murid tentang aktiviti melukis dalam
bidang menggambar?
2. Sejauh manakah kaedah demonstrasi dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam penggunaan alat dan bahan lukisan bagi menghasilkan sesuatu
form(bentuk)?
3. Sejauh manakah kaedah pengajaran secara demonstrasi dapat
meningkatkan keupayaan dan kemahiran murid dalam menimbulkan kesan-
kesan ton warna bagi setiap bentuk yang dilukis dalam bidang menggambar?
a) Dapatan Melalui Soal Selidik
Bagi melihat tahap pengetahuan sedia ada murid terhadap aktiviti melukis
bentuk dalam bidang menggambar dapat dilihat melalui borang soal selidik yang
diberikan kepada responden.Setelah dianalisis,terdapat beberapa item yang
telah dikenalpasti dapat melihat sejauh mana tahap pengetahuan murid
berkenaan persoalan ini.Antara dapatan yang boleh dilihat ialah kesemua murid
telah mempelajari aktiviti melukis di dalam kelas Pendidikan Seni Visual. Ini telah
menunjukkan satu perkara yang positif di mana murid mempunyai sedikit
sebanyak pengetahuan tentang lukisan.(Rujuk jadual 4.1). Selain itu, sebanyak
90 % bersamaan dengan 9 orang murid tidak dapat membezakan diantara rupa
dan juga bentuk dalam bidang menggambar. Hanya 10 % iaitu seorang sahaja
yang mengetahui perbezaannya. Dapatan ini juga membuktikan bahawa murid
tidak dapat membezakandi antara rupa dan bentuk. Selain itu,dapatan juga telah
menunjukkan bahawa sebilangan murid tidak berpuas hati dengan setiap hasil
karya lukisan yang dibuat. Ini berkemungkinan mereka tidak dapat menguasai
beberapa kemahiran asas melukis. Namun, pengkaji faham di mana pada
peringkat umur murid ini,mereka masih belum mampu untuk menguasainya.Oleh
itu, pengkaji membuat satu tindakan yang wajar bagi mengatasi masalah ini.
Bagi item seterusnya, sebahagian besar daripada mereka tidak mampu untuk
menghasilkan lukisan dengan sempurna sekiranya tanpa sebarang rujukan dari
mana-mana gambar atau sumber lain. Murid tidak mampu melukis dengan baik
berdasarkan imaginasi sendiri.Ini mungkin mereka tidak banyak didedahkan
dengan kaedah ini sebelum ini. Pengkaji telah membuat tafsiran bahawa murid
kurang diberi latihan atau peluang untuk membuat lukisan di dalam kelas
Pendidikan Seni oleh guru mereka. Tafsiran ini telah dapat dibuktikan oleh
penyelidik melalui soal selidik yang telah menyatakan bahawa guru Pendidikan
Seni Visual murid belum pernah dalam membuat sebarang demonstrasi melukis
terutamanya form(bentuk) objek. Segala hasil dapatan ini telah dapat menilai
tahap pengetahuan murid dalam aktiviti lukisan bidang menggambar dan telah
membuatkan pengkaji untuk menjalankan tindakan dengan menggunakan
kaedah pengajaran secara demonstrasi ke atas murid.
b) Dapatan Melalui Pemerhatian
Pengkaji telah menggunakan salah satu kaedah pengajaran iaitu demonstrasi
bagi menguji keberkesanannya menyelesaikan masalah membuat form(bentuk)
menggunakan teknik lukisan. Menurut An-Nashmy (1980) mencadangkan
supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan
sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan
kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan
memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih
cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai
memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula
dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan. Terdapat beberapa
aspek yang telah diambil kira semasa pemerhatian dijalankan ke atas ujian pra,
semasa dan selepas rawatan telah dijalankan menggunakan kaedah
demonstrasi. Dapatan analisis melalui pemerhatian telah membuktikan bahawa
berlaku satu peningkatan tahap pencapaian ke atas segala aspek yang telah
ditetapkan selepas rawatan diberikan(Rujuk jadual 4.2.1).Tujuan pemerhatian ini
dilakukan adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah demonstrasi
yang ditunjukkan oleh guru dapat memberi kefahaman dan mempertingkatkan
lagi kemahiran murid dalam menggunakan alatan dan bahan lukisan bagi
menghasilkan form(bentuk).
Menurut (Abd. Ghafar 2003) dalam membuat demonstrasi, guru akan
memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan
memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara
ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidak
hanya mendengar sebaliknya mereka melalui iatau melihat sendiri apa yang
berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar. Dapatan analisis mendapati
bahawa selepas beberapa kali rawatan dijalankan menggunakan kaedah
demonstrasi, satu ujian pasca dijalankan ke atas murid. Berlaku peningkatan
yang positif dalam aspek menilai koordinasi mata dan tangan semasa
memegang alatan lukisan pensel semasa aktiviti dijalankan. Semua murid telah
mencapai tahap Baik selepas ujian pasca (selepas rawatan) dijalankan. Pengkaji
mendapati bahawa murid dapat mengawal pegangan dan tekanan pada pensel
semasa melukis selepas demonstrasi ditunjukkan oleh guru. Selain itu, salah
satu objektif kajian ini adalah meningkatkan keupayaan murid membuat ton
warna mengikut arah pencahayaan yang betul bagi menghasilkan form(bentuk)
sesuatu objek. Bagi menjawab dan membuktikan persoalan ketiga, pengkaji juga
menggunakan pemerhatian sebagai instrumen untuk melihat peningkatan
keupayaan murid membuat ton warna bagi menghasilkan form(bentuk) sesuatu
objek tersebut. Dapatan menunjukkan sebanyak 90.0 % bersamaan 9 orang
murid telah berjaya menguasai kemahiran membuat ton mengikut pencahayaan
yang betul dalam menghasilkan form(bentuk) sesuatu objek. Berbanding
dengan ujian yang dilakukan ke atas murid sebelum rawatan dijalankan hanya
10.0 % iaitu hanya seorang sahaja daripada mereka dapat membuat ton pada
objek yang dilukis. Selain itu juga,secara keseluruhannya tahap pencapaian
murid dalam setiap lukisan form(bentuk) yang dihasilkan adalah meningkat
selepas rawatan secara demonstrasi dijalankan.Selepas rawatan dijalankan,
tidak ada lagi murid yang berada pada tahap Kurang Mencapai Tahap.
Sebilangan besar murid telah meningkat kepada tahap Sederhana daripada
Kurang Mencapai Tahap dan Baik daripada tahap Sederhana.
Kesemua dapatan analisis ini telah menunjukkan keberkesanan kaedah
pengajaran secara demonstrasi dalam menyelesaikan masalah membuat
form(bentuk) dalam bidang menggambar. Rumusannya, hasil dapatan kajian ini
telah membuktikan bahawa kaedah demonstrasi boleh diaplikasikan di dalam
pengajaran bagi guru untuk mencapai sesuatu objektif yang diinginkan.
Bedasarkan segala dapatan daripada kajian yang telah dijalankan,
pengkaji berhasrat agar dapat memberikan beberapa cadangan khusus kepada
mana-mana pihak yang ingin meneruskan kajian ini pada masa akan datang.
Kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji ini berkemungkinan terbatas dan tidak
menyeluruh.Oleh itu,antara lanjutan yang boleh dilakukan ialah memperluaskan
lagi sampel kajian dengan melibatkan jumlah sampel yang lebih besar yang
melibatkan murid-murid sekolah dikawasan bandar dan luar bandar. Ini termasuk
juga menjalankan kajian ke atas sampel yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Kajian lanjut juga boleh dilakukan ke atas guru-guru Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah bagi meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran guru bukan
opsyen tentang kaedah demonstrasi dalam menyelesaikan masalah murid
membuat form(bentuk) melalui teknik lukisan. Selain itu juga pengkaji
mencadangkan agar menambahkan lagi tempoh masa kajian untuk
mendapatkan kesan yang lebih jelas khususnya untuk melihat keberkesanan
kaedah demonstrasi menyelesaikan masalah membuat form(bentuk) dalam
bidang menggambar dikalangan murid-murid sekolah rendah khususnya bagi
melihat peningkatan pencapaian mereka. Kajian lanjut juga boleh
mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran lain seperti kaedah
imitasi,pembelajaran masteri,kooperatif` dan kaedah lain yang bersesuaian
dalam meyelesaikan masalah murid membuat form(bentuk) dalam bidang
menggambar. Justeru, adalah dicadangkan agar aspek-aspek di atas dapat
diberi pertimbangan untuk dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan. Bagi
menjayakannya, kerjasama semua pihak amat diperlukan termasuk guru,
pentadbir, guru-guru seni dan panitia Pendidikan Seni Visual sekolah untuk
memantapkan lagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan..
LAMPIRAN
Soal Selidik Tahap Pengetahuan Murid Terhadap Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.Nama sekolah__________________________________________________Tahun: _____________________________ Jantina : Lelaki / Perempuan
BAHAGIAN A
Arahan : Jawab semua soalan dengan menandakan ( x ) pada ruang disediakan.
1. Mata pelajaran seni senang untuk lulus.
2. Saya mahir menggunakan alatan dan bahan semasa aktiviti seni dijalankan.
3 . Saya suka melaksanakan aktiviti seni secara berkumpulan. Ya Tidak
Ya Tidak
Ya Tidak
Lampiran B
4. Aktiviti seni sesuai dijalankan di luar bilik darjah.
5. Guru seni selalu menarik perhatian saya untuk belajar Pendidikan seni Visual.
BAHAGIAN BSoal Selidik Tahap Pengetahuan Murid Terhadap Pendidikan Seni Visual
Arahan : Jawab semua soalan dengan menandakan ( x ) pada ruang disediakan.
6. Pernahkah anda mempelajari aktiviti melukis?
7. Adakah anda tahu perbezaan antara rupa dan bentuk?
8. Adakah anda berpuas hati dengan hasil lukisan yang dibuat?
Ya Tidak
Ya Tidak
Ya Tidak
Ya Tidak
Ya Tidak
Lampiran C
9. Adakah anda dapat membuat bentuk objek dengan sempurna tanpa merujuk dari mana-mana sumber atau contoh?
10. Pernahkah guru Pendidikan Seni Visual anda Membuat demmonstrasi melukis bentuk bagi sesuatu objek sehingga siap?
Ya Tidak
Ya Tidak