(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI / 2011
HBPE2203
UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
NO. MATRIKULASI : 701117135438002
NO. KAD PENGNEALAN : 701117-13-5438
NO. TELEFON : 0138392209
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : IPGM MIRI
HBPE2203
Pengenalan
Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid.
Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri
prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod
anekdotal.Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran.
Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri
tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai
membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.Ujian kecergasan adalah kaedah yang
digunakan untuk menguji tahap kecergasan individu. Bentuk bateri ujian adalah berdasarkan
kepada aspek-aspek yang terdapat dalam komponen kecergasan. Untuk melakukan ujian-
ujian tersebut, ianya mesti dilakukan mengikut protokol dan prosedur yang betul. Prosedur
dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, peralatan yang
digunakan dan lokasi perlaksanaan ujian. Dengan mengambil kira perkara-perkara tersebut,
ujian kecergasan yang diuji baru boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang menunjukkan
tahap kecergasan seseorang.
Proses untuk melaksanakan ujian memerlukan strategi pelaksanaan yang sistematik.
Oleh itu, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan ujian mencapai
objektifnya dan berjalan dengan jayanya.
Pemilihan instrumen kecergasan yang perlu diuji dimulakan dengan mengenalpasti
kriteria ujian yang terbaik. Saya memilih ujian kecergasan berdasarkan :
1. Bersifat realistik dan munasabah
2. Mudah untuk dilakukan
3. Ekonomik
4. Relevan dalam pelbagai aktiviti sukan, permainan dan pertandingan
Ujian yang dipilih berdasarkan kepada kemahiran sukan yang sama dengan situasi
permainan sebenar selain daripada memastikan ianya dapat mengukur kualiti kecergasan.
Saya juga pastikan tidak ada sebarang perkaitan di antara setiap ujian bagi mengelakkan
daripada melakukan pengujian yang mempunyai komponen kecergasan yang sama. Bagi
memastikan perjalanan ujian seimbang untuk semua subjek, korelasi di antara setiap ujian
1
HBPE2203 juga dipastikan tidak rapat. Ini dapat menjimatkan masa dan memberi keadilan kepada semua
subjek di mana subjek yang lemah mampu untuk melaksanakannya.
Bagi melaksanakan tugasan ini saya telah menggunakan Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan (Segak) Sekolah Rendah Dan Menengah sebagai panduan bersesuaian dengan
bidang saya sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani.
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. “SEGAK” mula diilhamkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan
sepenuhnya ke sekolah mulai sessi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan
mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.
Definasi Kecergasan Fizikal
Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi
fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman
penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan
pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan
keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa,
kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.” Falls, 1980
Matlamat
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
Objektif Murid dapat :
1. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal
2. Melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. Menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. Melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal
individu melaluiperancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. Pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
2
HBPE2203
Latihan Fizikal
Dalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui dan
merancang latihan secara saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu dijalankan mengikut
prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna. Maka
adalah penting seseorang itu mengetahui dan mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis
latihan yang sesuai.Latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara
berulang ulang dan beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan
penyesuaian diri. Tujuan utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki
dan meningkatkan komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri
daripada mengalami kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan apabila
atlit memiliki koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan badan
yang stabil dan tidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang
dirancang dan dijalankan secara bersistematik dapat membantu para atlit meningkatkan
prestasi. Semasa menjalani latihan fizikal ini atlit-atlit harus mengetahui secara mendalam
prinsip-prinsip latihan supaya apa yang dilaksanakan nanti berkesan dan memberi manfaat
pada diri sendiri.
Prinsip-Prinsip Latihan
Semasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi
hasil yang maksimun. Prinsip-prinsip ini adalah:-
1. Memanaskan Badan
Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan( warming up) dan
diakhiri dengan sesi melegakan badan(cooling down). Memanaskan badan adalah
penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan
peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan
aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit
bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan
berlakunya kecederaan otot.
3
HBPE2203
2. Ansur Maju
Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepadapeningkatan
kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendakalah berdasarkan
kepada keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan
hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu. Beban kerja hendaklah bertambah.
Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit
yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan
yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik
ialah 6 hingga 8 minggu.
3. Tambah Beban
Mempunyai perkaitan yang rapat dengan ansur maju. Sistem latihan yang direkabentuk
hendaklah mengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supaya dapat
mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan. Oleh itu latihan perlu mengenakan
beban melebihi had biasa untuk meningkatkan prestasi komponen kecergasan fizikal
yang hendak ditingkatkan.
4. Perbezaan Individu
Program latihan mestilah bersifat individu kerana terdapat perbezaan individu dari segi
matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran. Oleh itu program latihan yang
sama tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.
5. Intensiti
Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban
latihan. Intensiti beban latihan diberi dengan mempertingkatkan tempoh latihan supaya
atlit bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata
terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi latihan ke tahap sub
maksimum.(70% higga 80% KNL).
4
HBPE2203
6. Spesifisiti (Pengkhususan)
Program latihan yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak
dicapai. Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat
mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain
aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut
permainan yang diceburi. Contoh bagi atlit lontar peluru perlu banyak latihan di
bahagian tangan, pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan
latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
7. Kekerapan Latihan
Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan
latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk
mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian
dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan
dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.
8. Masa Latihan
Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar
nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan
dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang
signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan
50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini
tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa
minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.
9. Kebolehbalikan
Latihan yang dihjalankan hendaklah konsisten kerana kesan dan hasil latihan tidak
kekal. Penurunan ke atas prestasi akan berlaku sekiranya latihan dijalankan tidak
berterusan dan umumnya penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang diambil
untuk membinanya.
5
HBPE2203
10. Kepelbagaian Latihan
Mempelbagaikan latihan dapat menghilangkan kebosanan dan rasa jemu atlit. Aplikasi
penyilangan latihan adalah salah satu cara dapat mengurangkan kebosanan dari mental
dan fizikal.
11. Penyesuaian Latihan Atau Adaptasi.
Apabila sistem badan didedahkan kepada tekanan dan beban latihan yang berubah-ubah
maka ia akan mengadaptasi secara perlahan-lahan untuk mengatasi keperluan yang
dikenakan ke atas latihan tersebut. Penyesuaian dapat dilakukan dengan
memanipulasikan perkara berikut:-
Kekerapan (frequency)
Intensiti(Intensity)
Masa(time)
Jensi (type)
Latihan perlu dijalankan dengan berterusan. Umumnya latihan bersifat aerobik perlu
dijalankan sebanyak tiga kali seminggu dan dijalankan sekurang-kurangnya 20 minit
bagi setiap sesi latihan. Intensiti latihan boleh ditafsir sebagi kualiti latihan. Intensiti
latihan pada kadar nadi 60% - 90% akan memberi kesan kepada latihan. Jenis aktiviti
yang digunakan akan menentukan kesan latihan sebagai contohnya senamrobik sesuai
untuk meningkatkan keupayaan aerobik. Jangkamasa latihan penting untuk menentukan
kesan latihan yang optimun. Sekiaranya terlalu singkat iaitu kurang dari 20 minit tidak
akan memberi kesan ke atas peningkatan keupayaan aerobik manakala jangkamasa
terlalu lama pula akan mengakibatkan kelesuan.
6
HBPE2203
Beberapa persoalan telah dikemukakan tentang masalah-masalah yang mungkin
dihadapi oleh guru pendidikan jasmani;
Adakah guru pj mempunyai kesediaan dan kebolehan untuk Melaksanakan
ujian kecergasan fizikal yang disarankan oleh ppk?
Adakah bateri-bateri ujian kecergasan fizikal yang disarankan oleh ppk
Bersesuaian untuk mengukur tahap kecergasan murid-murid sekolah
Menengah?
Adakah murid-murid berminat untuk melakukan ujian kecergasan fizikal Yang
dikelolakan oleh guru pj di sekolah menengah?
Adakah guru pj menyimpan rekod-rekod ujian kecergasan fizikal dan
Seterusnya dijadikan panduan untuk memilih murid-murid menyertai Aktiviti
sukan di sekolah?
Berdasarkan dapatan yang diperolehi melalui satu contoh kajian menggunakan kaedah
tinjauan untuk melihat sejauh mana pelaksanaan ujian kecergasan fizikal di 30 buah sekolah
menengah di Sarawak. Seramai 60 orang guru pj dijadikan responden kajian yang dipilih
Secara rawak. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah dibina sendiri oleh
penyelidik. Kajian rintis dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kebolehpercayaan
dan kesahan soal selidik berkenaan. Untuk itu, pengkaji telah menjalankan kajian rintis
terhadap 15 orang guru pj di sekolah sekitar Bandaraya Kuching dan Samarahan. Data soal
selidik yang diperolehi dianalisis secara berdasarkan pandangan guru pj tentang pelaksanaan
ujian kecergasan fizikal (ukp) di sekolah menengah.
Dari segi masa pelaksanaan, dapatan kajian mendapati guru pj lebih bersetuju ukp
Dijalankan pada minggu 1 – 2 sesi persekolahan jika dibandingkan dengan pelaksanaannya
pada minggu kelapan dan penghujung semester sesi persekolahan. Ini ditunjukkan sebanyak
30% sangat setuju, 53.3% bersetuju. Manakala 13.3% kurang bersetuju dan 3.3% tidak
bersetuju. Jumlah pelaksanaan ukp responden lebih ramai bersetuju ukp dijalankan sekali
setiap semester berbanding dua kali setiap semester. Dapatan kajian mendapati sebanyak
16.7% sangat setuju, 66.7% bersetuju sementara 10% kurang bersetuju dan 6.7% sangat tidak
setuju.
7
HBPE2203
Dari segi masa pelaksanaan, ramai responden memilih waktu pj adalah masa yang
sesuai untuk dijalankan ukp berbanding masa gerko dan waktu selepas waktu persekolahan.
Ini ditunjukkan sebanyak 26.7% sangat setuju, 53.3% setuju, 13.3% kurang bersetuju dan
masing-masing 3.3% tidak bersetuju dan sangat tidak setuju. Selain itu, bateri ujian yang
terdapat dalam modul tersebut juga menarik minat guru pj untuk melaksanakannya.
Memandangkan terlalu banyak, guru pj memilih ujian yang sesuai dilakukan mengikut
tingkatan. Tidak terdapat perbezaan yang ketara dari segi pemilihan ujian ini untuk
dijalankan pada waktu pj. Responden memilih 2 – 4 bateri ujian dijalankan pada waktu pj dan
melaksanakan selama dua minggu.
Dari segi peralatan hampir kesemua sekolah mempunyai peralatan yang mencukupi.
Ini ditambah pula dengan kawasan yang sesuai dan persekitaran yang selamat untuk
melaksanakan ukp. Tahap persetujuan sebanyak 56.7% setuju dan 13.3% sangat setuju untuk
peralatan dan 63.3% setuju dan 20% sangat setuju untuk kawasan yang selamat. Disamping
itu, respon dan kerjasama murid-murid juga baik dan menggalakkan. Bagi memastikan ukp
berjalan dengan lancar, guru pj lebih suka memberi penerangan seminggu dan menyediakan
peralatan sehari sebelum ujian dilaksanakan. Murid-murid melakukan ukp juga tidak
menghadapi masalah. Dari dapatan yang diperolehi sebanyak 16.7% sangat setuju, 56.7%
setuju murid-murid melakukan ukp dengan penuh semangat.
Kajian juga menunjukkan, bersetuju 53.3% dan sangat bersetuju 20% rekod ukp
digunakan oleh pihak sekolah untuk memilih murid dalam sukan-sukan tertentu. Responden
juga sangat setuju 33.3%, setuju 23.3%, 30% kurang setuju, 10% tidak setuju dan 3.3%
sangat tidak setuju rekod ukp dihantar ke jabatan pendidikan negeri sebagai rujukan pihak
jabatan.
Secara keseluruhannya ujian kecergasan fizikal yang dijalankan oleh guru-guru di
sekolah menengah benar-benar menguji tahap Kecergasan Fizikal murid-murid di sekolah
menengah dan data-data yang diperolehi akan dikumpulkan oleh guru-guru pj untuk
kegunaan pihak sekolah untuk memilih murid-murid untuk diserapkan dalam pasukan sukan
sekolah khususnya olahraga, bola sepak dan sebagainya.
Disini kita ingin bertanya, adakah guru pj mempunyai kesediaan dan kebolehan untuk
melaksanakan ujian kecergasan fizikal yang disarankan oleh ppk? Dapatan kajian
menunjukkan guru pj mempunyai kesediaan dan kebolehan untuk melaksanakan ujian
kecergasan fizikal yang disarankan oleh ppk.
8
HBPE2203
Kebolehan guru-guru pj dalam melaksanakan ujian tersebut adalah tinggi.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat dengan beberapa guru pj, mereka mempunyai kesediaan
dan kebolehan untuk melaksanakan ujian tersebut. Bateri-bateri dalam modul panduan ujian
kecergasan fizikal senang untuk dilaksanakan.
Berdasarkan dapatan yang diperolehi, pandangan guru berkaitan dengan persoalan
ini jelas menunjukkan bateri-bateri ukf yang disarankan oleh ppk cukup bersesuaian untuk
mengukur tahap kecergasan murid-murid sekolah.
Adakah guru pj menyimpan rekod-rekod ujian kecergasan fizikal seterusnya dijadikan
panduan untuk memilih murid-murid menyertai aktiviti sukan di sekolah?
Berdasarkan dapatan, menyimpan rekod ukp dalam fail pj menunjukkan tahap
peratusan yang menggalakkan. Sebanyak 3.3% tidak bersetuju, 10% tidak bersetuju, 63.3%
setuju dan 23.3% sangat setuju. Item rekod ukp digunakan oleh pihak sekolah untuk memilih
murid-murid dalam sukan-sukan tertentu yang menunjukkan tahap peratusan yang
menggalakkan. Sebanyak 3.3% tidak bersetuju, 23.3% kurang bersetuju, 53.3 bersetuju dan
20% sangat bersetuju. Ini merupakan pandangan guru-guru pj sahaja tentang kesediaan
mereka untuk menyimpan rekod-rekod ukp.
Kesimpulan
Berdasarkan data dan analisis yang dilakukan, ujian kecergasan fizikal di Sekolah Menengah
mendapat sambutan yang menggalakkan dari guru-guru dan murid-murid. Kebolehan dan
kepakaran guru pj dalam melaksanakan ujian tersebut tiada menghadapi masalah yang
banyak. Kursus orientasi semakan semula kurikulum pj & pk kbsm yang dikelolakan oleh
ppk jelas memberi input yang banyak kepada guru-guru dalam melaksanakan ujian tersebut.
Kajian ini lebih efektif seandainya dijalankan kajian memantau ukf di sekolah rendah.
(2,385 Patah Perkataan)
9
HBPE2203 RUJUKAN / REFERENSI
Abang ismail abang julhi. (2001). Tinjauan tentang program latihanmenekankan acara
permainan seperti bola sepak,
Abdul aziz ayub. (2001). Tahap kematangan, personaliti, kebimbangan dan Motivasi dalam
pembelajaran aktiviti fizikal di kalangan pelajar sekolah menengah: satu tinjauan.
Latihan Ilmiah. Ukm, Bangi
Buku sumber kecergasan fizikal tahap i. (1987). Kuala lumpur. Persatuan Pendidikan jasmani
dan kementerian belia dan sukan.
Falls. (1980). Teori and methodology of traning. New york. Humans Kinetick publisher.
Modul garis panduan ujian kecergasan fizikal di sekolah. (2002). Pusat Perkembangan
pendidikan, kementerian pelajaran malaysia.
Mohamad Razali Abdullah, Abu Zarin Abu Bakar, Abd. Majid Mohd. Isa & Wan Salihin
Wong Abdullah. (2004). Prosiding Pendidikan Sukan Dan Rekreasi. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Kajid konting. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan pustaka.
PKG(2005)
10
HBPE2203
11