Hassan ta kg bidang logistikSyarikat miliknya mempunyai lebih 60 lori kontena yang beroperasi di seluruh negara
,/"IT" I "A~..J 01 __ " "_L"
»Oleh NAZARALI SAERIL
naza ra Ii@l1metro,com,my
S IAPAsangka budak
kampung yang zamankanak-kanaknya gemarmemanjat pokok, terjunparit, bermain buah
getah dan hanya mempunyaisebuah basikal usang kini memiliki lebih 60 lori kontena yangberoperasi di seluruh tanah air.
Lebih membanggakan,'penaklukan' perniagaanlogistik itu diperoleh dalammasa kurang 10 tahun danmempunyai jalinan kerjasamapintar dengan sebuah syarikatdari Singapura bagi memberikhidmat kepada pelangganseluruh dunia.
Itulah Mohd Hassan Bosarah, 39, pengasas serta Pengarah Tunas Nasional HoldingSdn Bhd, syarikat logistik yangterbabit menghantar pelbagaibarangan, terutama makanansejuk beku untuk pelanggandalam serta luar negara.
Menceritakan kembali
zaman remajanya, Hassanberkata, dia sebelum ini hanyamengimpikan kerja dalam sektor kerajaan kerana dianggaplebih terjamin selain mendapatgaji tetap.
"Saya bukan datang daripada keluarga senang. Oleh itu,saya hanya impikan kerja dengan kerajaan kerana ia lebihmenjamin masa depan.
"Bagaimanapun, semua ituberubah selepas saya bertugasdi bahagian korporat sebuahsyarikat permotoran tempatan sekitar 1995," katanya.
Di syarikat berkenaan, Hassanberpeluang bertemu ramaipelanggan yang membabitkandiri dalam bidang logistik.Lebih mengujakannya, adadi kalangan mereka bermuladengan hanya dua lori sebelumbertambah kepada 20 dalamtempoh kurang setahun.
Hassan mula memikirkan
perkara itu secara mendalamselepas mendapati pembabitan Bumiputera dalam bidangberkenaan sangat berkurangan.
"Saya menyuarakan pendapat untuk berhenti dan membuka syarikat logistik sendiri,tetapi menctapat bantahan daripada ibu (Jariah Jamian, 70)serta anggota keluarga lain.
"Bagaimanapun, saya meyakinkan mereka bahawa impianitu pasti mampu dicapai jikasaya mendapat kepercayaan,bantuan serta doa mereka,"kata pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan UniversitiPertanian Malaysia (UPM) ataukini Universiti Putra Malaysiaitu,
Ketika mengambil keputusanberhenti kerja dan membu,ka
IIDoa sert~
pul~kekuata!1
gembira mel:ihatkejayafm saya
hidupli>Mohd Hassan BosarahPellgarah Tunas Nasional
Holding Sdll Bnd
perniagaan sendiri, Hassanbaru dua tahun berkahwindengan Ismarani Siran, 35,tetapi dia berbangga keranamendapat sokongan paduisteri tercinta.
Pada 1996, Hassan menubuhkan Lakaran Jitu Sdn Bhdbermula dengan dua lori sajabersama modal permulaanRM15,000.
"perniagaan sungguhmemberangsangkan tetapikegawatan ekonomi yangtiba-tiba melanda menyebabkan saya terpaksa menjualperniagaan itu pada 1998.Saya sungguh sedih danhanya sokongan isteri, keluargaserta rakan mampu mengubatikesedihan.
"Bagaimanapun, saya tidakmenoleh ke belakang danmenggunakan wangjualansyarikat untuk membukasatu lagi perniagaan logistik,Gerimis Baiduri Services SdnBhd bersama beberapa rakankongsi lain," katanya.
Hassan berkata, ada yangpositif ketika kegawatan kerana ramai rakan perniagaan,khasnya bukan Bumiputera,sanggup membantu memberiidea bagaimana mahu terus'bernafas' dalam perniagaanberkenaan.
Pada 2000, selepasmendapati perniagaan Gerimis
Baiduri semakin berkembangdengan lebih 200 lori, Hassanberpendapat apa salahnyamembuka satu lagi perniagaansama tetapi kaliini membabitkan ahli keluarganyasaja.
"Lima adik beradik saya kinimembantu dalam perniagaandan perkembangan TunasNasional. Kami bekerja lebihkepada satu keluarga, denganibu diberikantempat teratasdalam memberi nasihatjikaada sesuatu yang tidak kenasesama kami.
"Kini, saya dalam perancangan meluaskan lagi perniagaan ke beberapa negara sepertiChina, Indonesia, EmiriyahArab Bersatu serta India keranamereka mempunyai pasaranyang sangat besar selain bagusuntuk prospek masa depansyarikat," katanya.
Bagaimanapun, menurutHassan, kejayaan itu semuatidak datang bergolek tetapipenuh dengan keringat dan airmata.
Dia pernah tidak tidur hinggaberhari-hari kerana sibuk men
cari pelanggan, menyiapkanproses dokumentasi selainsering bimbang gagal meraihkontrak.
"Syukur kerana tidak pernahsekalipun saya dipinggir ataudicaci oleh keluarga ataurakan, sebaliknya mereka banyak membantu meringankanbeban selain tekanan memuncak ketika itu," katanya.
Hassan turut bangga keranakini Tunas Nasional mempunyai empat anak syarikat iaituLakaran Jitu Sdn Bhd, GadingSaga Sdn Bhd, Tunas AwanPenaja Sdn Bhd dan MH PrimaCorporation Sdn Bhd.
Tidak lengkap jika tidakmenceritakan berkaitan keluar
ga dan Hassan yang berkahwin14 tahun lalu kini dikurniakanenam cahaya mata, iaituempat lelaki dan dua perempuan.
"Pada saya, anak adalahpermata hidup manakala isteripula permaisuri hati. Sesibukmana sekalipun, saya tetapmeluangkan masa untuk anakserta isteri kerana merekapendorong utama saya mencapai impian.
"Doa serta restu ibu pulamemberi kekuatan kepadasaya untuk menempuh semuadugaan dan arwah ayah,Bosarah Abdullah, pastigembira melihat kejayaan sayajika dia masih hidup," katanyadengan nada sayu.
Hasil kerja keras itu, Hassankini boleh berbangga de-ngan tiga aset dalam bentukbangunan miliknya di Johordan Selangor bernilai kira-kiraRM1.2 juta.
BANGGAmHassan bersama dua lori kontena Tunas Nasional.
FOTO I Mohd Kamil Rahim
.~.KEJAYAANmHassan berhenti kerja untuk kejar impian.
KELUARGA BAHAGIA .•• Hassan dan Ismarani bersama anak iaitu Muhamad Hidayat (kiri sekali), Nur Farisah, Nur Elisah,Muhamad Hafizuddin, Muhamad Hafizi dan Muhamad Haniff ketika bercuti di Sabah.