Download - HASIL KAJIAN folio anith.doc
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 1/27
HASIL KAJIAN
A. Maklumat asas produk
i) Nama Produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu bahulu.
Pengusaha ini mengeluarkan Bahulu Warisan. Berikut merupakan contoh bahan yang
dihasilkan oleh pengusaha ini.
Rajah 1 : Logo eksklusif “Bahulu Warisan”
ii) Kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah makanan tradisional masyarakat Melayu Malaysia
iaitu kuih bahulu.
Rajah 2: Kuih Bahulu
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 2/27
iii) Nama Pengusaha
Produk makanan tradisinal bahulu ini telah diusahakan oleh Puan Siti Zuelliah bt.
Mohammad. Beliau menubuhkan perusahaan makanan tradisional bahulu pada tahun
1997 dan masih terus beroperasi pesat sehingga kini. Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad
merupakan pemilik tunggal perusahaan makanan tradisional bahulu ini di Melaka pada
ketika itu.
Rajah 3 : Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad
iv) Lokasi
Lokasi kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Lot 3546, Kg Jeram, 78300
Masjid Tanah, Melaka. Ianya terletak kira-kira 30 kilometer daripada bandar Melaka .
Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di luar bandar. Di bawah terdapat ilusi
lakaran peta ke lokasi tempat kajian.
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 3/27
B. Latar Belakang
i) Sejarah Kewujudan
Menurut empunya perusahaan, Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad, Bahulu Warisan
bermula secara tidak sengaja. Tidak pernah terlintas untuk membuka perniagaan ini.
Namun, idea untuk mengangkat kehebatan kuih tradisi ini muncul ketika beliau bermula
belajar membuat bahulu daripada ibu mertuanya, Menah Husin.
Disebabkan keluarga suami membesar dengan membantu ibu mereka membuat bahulu
dan begitu menggemari kuih ini, beliau seolah-olah terpanggil untuk belajarnya daripada
ibu mertuanya itu.
Menurut Puan Siti Zuelliah lagi, pada masa dahulu, resipi yang dipelajari adalah
mengikut kaedah sukatan lama iaitu menggunakan mangkuk dan memukul campuran itu
dengan pemukul telur yang digerakkan oleh tangan.
Semasa zaman ibu mertua dulu, proses pembuatan bahulu masih lagi bergantung kepada
dapur arang dan sabut. Namun ketika pembabatin awal Puan Siti Zuelliah dalam
pembuatan bahulu, ianya telah dilakukan dengan menggunakan sebuah ketuhar kecil di
rumah. Selain itu juga, penggunaan alat pengadun juga kini telah menggantikan pemukul
telur tangan.
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 4/27
Titik tolak pembabitan usahawan wanita ini dalam perniagaan bahulu pula dilakukan
secara tidak sengaja apabila beberapa tetamu majlis perkahwinan adik iparnya terpikat
dengan kuih tradisi yang dihidangkan kepada mereka pada hari itu.
“Tetamu bertanya di manakah keluarga kami memperoleh bahulu ini kerana bagi mereka,
rasanya enak. Apabila mengetahui saya membuatnya, mereka terus menempahnya untuk
majlis perkahwinan dan musim perayaan,’’ujarnya.
Menjelang tahun 1990, Bahulu Warisan dimulakan sebagai sebuah perniagaan kecil-
kecilan yang dilakukan di dapur rumah.
Dengan pesanan yang semakin meningkat melalui promosi mulut ke mulut, perniagaan
Siti Zuelliah berkembang pesat dengan berpindah dari dapur rumah ke sebuah bengkel
kecil di sebelah rumahnya di Kampung Jeram, Masjid Tanah, Melaka.
Kini, bengkel tersebut telah berkembang tiga kali ganda daripada saiz asal untuk
menampung permintaan yang semakin tinggi.
Dari hanya sebuah ketuhar yang muat diletak di atas meja di rumah, kini bengkel tersebut
sudah mempunyai kapasiti tujuh ketuhar kecil..
Apa yang lebih menarik,, perniagaan yang diusahakannya itu telah membuka peluang
pekerjaan kepada ramai anak muda di kampung tersebut.
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 5/27
Pada tahun 2002, perniagaan Siti Zuelliah berkembang lagi apabila berjaya membuka
sebuah kios di pusat beli belah Ue3 yang terletak di Jalan Loke Yew, Cheras, Kuala
Lumpur.
Setelah tujuh bulan meraih rezeki di Cheras dengan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke
Melaka, pengalaman yang ditempuh itu telah membuka hati wanita ini untuk memulakan
perniagaan bahulu secara lebih serius.
Beliau turut terharu dengan bantuan yang dihulurkan olah Jabatan Pertanian yang telah
hebat mengadakan promosi keluaran usahawan tempatan di pasar raya-pasar raya besar.
Semua ini pastinya sukar atau tidak akan menjadi realiti tanpa sokongan daripada pihak-
pikak berkenaan.
Semasa promosi, pihak syarikat bahulu warisan menggunakan strategi istimewa dalam
usaha menarik perhatian para pelanggan. Jurujual memperkenalkan bahulu yang masih
panas untuk menarik minat orang ramai. Sejak itu, Bahulu Warisan mencipta sejarah
kerana menerima tempahan yang tidak pernah berhenti.
Dari Ue3, Bahulu Warisan bertukar angin dan memulakan perniagaan di gedung beli-
belah Jusco di Melaka.
Bertitik tolak dari situ, Bahulu Warisan terus melebarkan sayapnya ke Lembah Klang,
Johor dan Singapura.
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 6/27
Pada masa ini, Bahulu Warisan boleh didapati di 26 lokasi termasuk empat buah di
Singapura. Jumlah para pekerja di semua outlet itu ialah 56 orang.
Rajah 4: Kiosk-kiosk Bahulu Warisan di pasaraya
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 7/27
PERKEMBANGAN PRODUK
Difahamkan Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad gigih menghasilkan lebih 30,000 biji
bahulu setiap hari untuk dipasarkan di pasar raya.
ii) Punca dan Jumlah Modal
Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad mendapat modal daripada Jabatan Pertanian Dan
Industri Asas Tani Negeri Melaka pada tahun 1997. Beliau juga menerima bantuan
barang seperti ketuhar, meja dan juga bangunan untuk menghasilkan produk beliau.
Bantuan yang beliau terima dalam anggaran RM 100,000
iii) Pendaftaran Perniagaan
Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad telah memulakan perniagaan ini pada 11 Julai 1997.
Perusahaan ini dijalankan di alamat Lot 3546, Kg Jeram, 78300 Masjid Tanah, Melaka
dan nombor pendaftaran perniagaan beliau ialah MA0017184-A.
iv) Tujuan / Kepentingan Produk
Bahulu ini dijual oleh Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad di beberapa kawasan di sekitar
Alor Gajah dan juga beberapa pasar raya di bandar Melaka seperti di Tesco dan Maidin.
Pengusaha membekalkan bahulu ini dalam jumlah 150 bungkus seminggu. Satu bungkus
bahulu dijual dengan harga RM 16.00. Selain itu, beliau juga menghantar produk beliau
di kedai-kedai runcit di Pekan Alor Gajah dalam kuantiti yang kecil iaitu antara 60
hingga 70 bungkus. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 8/27
membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia
dijadiakan sebagai cenderamata semasa majlis perkahwinan.
C. Kaedah / Cara Penghasilan
i. Tenaga Pekerja
Pada peringkat awal, Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad menjalankan perniagaan ini
bersama suaminya. Beliau tidak mempunyai tenaga pekerja yang lain. Biasanya mereka
bekerja daripada pukul 9 pagi sehinggalah pukul 6 petang. Mereka juga bekerja tidak
mengikut masa. Mereka juga bekerja mengikut permintaan pelanggan produk mereka.
Namun kini, atas permintaan yang hebat terhadap Bahulu Warisan, Puan Siti Zuelliah bt.
Mohammad telah mengambil pekerja di sekitar kawasan kampung yang berhampiran
dengan bengkel pembuatan bahulu. Selain itu, itu menjalankan operasi perniagaan di
kiosk-kiosk bahulu yang terdapat di seluruh negeri, beliau telah mengupah seramai lebih
kurah 56 orang pekerja.
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 9/27
ii) Senarai Bahan Yang Digunakan
Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut untuk
satu adunan :
Gula - 2 kilo setengah
Tepung - 2 kilo setengah
Ising – 1 camca
Telur – 54 biji
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 10/27
iii) Senarai Peralatan
Bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah
Pemanas tepung
Mesin pemukul telur
Acuan bahulu
Ketuhar
Rajah 5: Peralatan membuat bahulu
iv) Proses Kerja / Peringkat Penghasilan Barang
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 11/27
Bagi menghasilkan kuih bahulu ini, pertama sekali telur perlulah dibasuh sehingga
bersih. Hal ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar raya kadang-kadang masih
terdapat kekotoran pada lapisan luar telur itu terutama najis ayam dan bulunya. Keadaan
ini akan menjejaskan tahap kebersihan bagi proses pembuatan makanan. Selepas itu telur
akan dipecahkan sebiji-sebiji dan telur tersebut perlulah dipukul atau digoncang
menggunakan peralatan tertentu sehingga kembang dan pekat bersama gula. Tepung pula
perlulah diayak dahulu menggunakan mesin khas. Seterusnya, campurkan kesemua bahan
tersebut. Kacau acuan tersebut dalam beberapa minit. Sementara itu, ketuhar hendaklah
dipanaskan terlebih dahulu. Apabila ketuhar telah panas, letakkan sedikit minyak di
dalam pencetak kuih supaya adunan tidak melekat. Kemudian, masukkan acuan tersebut
ke dalam pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.
Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan daripada ketuhar. Bagi
mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya memerlukan sebatang lidi yang
bersih. Lidi ini digunakan kerana ia mamudahkan kerja tersebut dan tidak menyebabkan
bahulu rosak .
D. Perkembangan Produk
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 12/27
i) Kemajuan yang Dicapai
Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad pada awalnya hanya membuat bahulu ini apabila ada
tempahan saja daripada kawan-kawannya. Beliau juga pada awalnya hanya menghantar
produk beliau di kedai runcit di sekitar Melaka sahaja dalam kuantiti yang sedikit.
Selepas itu, sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan daripada
pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Produk beliau juga
dihantar di merata tempat seperti di kawasan Kuala Lumpur, Johor, Singapura serta
negeri-negeri lain dengan kuantiti yang besar dan banyak. Produk beliau juga boleh
didapati di pasaraya besar di seluruh negeri. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah
menyebabkan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah dan mampu
memperbesarkan lagi perusahaan beliau.
ii) Cabaran / Masalah yang Dihadapi
Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang diperlukan seperti
masalah harga telur yang mula meningkat. Dengan telur sebagai bahan utama , pengusaha
tidak boleh mengurangkan jumlah telur bagi mengurangkan kos pembuatan bahulu
tersebut. Jika telur dikurangkan ia akan menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan
menjadi kurang . Contohnya kegebuan dan warna bahulu tersebut.
iii) Potensi Produk
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 13/27
Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad
sangat berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan. Antara faktornya adalah, beliau
sering mendapat permintaan yang memberangsangkan. Lebih-lebih lagi apabila tiba
musim perkahwinan dan perayaan.
iv) Perancangan Masa Hadapan
Puan Siti Zuelliah bt. Mohammad bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di
pasaran luar negara. Selain itu, mereka juga ingin mempelbagaikan produk perusahaan
mereka ini disamping memperhebatkan promosi jenama Bahulu Warisan ini.
PENGHARGAAN
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 14/27
Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan
tugasan Kerja Kursus Sejarah pada kali ini yang bertajuk Produk Makanan Tempatan –
Bahulu Warisan. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan Sharlina binti Md Kassim kerana telah membantu
saya dalam penyediaan kerja kursus ini. Hasil tunjuk ajar beliau sepanjang penyediaan
kerja kursus ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan abang serta kakak saya iaitu
Puan Masrisah binti Md Sari, Mohd Asyraq dan Nursyafika Mohd Yusoff yang memberi
sokongan dan bantuan kepada saya dalam usaha menyudahkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Amirah Balqis,
Nurul Afifah dan Intan Noor Ummaira kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa
kepada saya dalam proses melaksanakan kerja kursus ini. Sekian terima kasih.
OBJEKTIF KAJIAN
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 15/27
Ojektif kajian bagi Kerja Kursus ini adalah untuk mengkaji dan meneliti peranan
pengeluaran produk makanan tempatan negara kita .
Seterusnya , kajian ini dilakukan adalah untuk meneliti cara kajian dijalankan
terutama dari segi prosedur dan langkah .
Selain itu , objektif kajian ini adalah bagi menentukan faedah produk makanan
tempatan dinegara ini daripada segi ekonomi dan sosial .
Akhir sekali , adalah bertujuan menyenaraikan jangkaan masa depan dan
permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita .
RUMUSAN
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 16/27
Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan
pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk
mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang
saya lakukan ini juga menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi.
Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai
rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara
yang aman damai yang pesat membangun.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa
kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilai-nilai murni
yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada pengusaha dan juga para
pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatupadu, bertolak ansur,
bekerjasama, hormat - menghormat dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan
perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri
setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu
antara mereka.
Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga
merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai
pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini
dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 17/27
Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang
pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai
dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.
KAEDAH KAJIAN
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 18/27
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menghasilkan Kerja Kursus ini .
Berikut adalah kaedah yang telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
produk makanan tempatan yang saya kaji .
1. Menemubual orang sumber
Saya telah menemubual pengusaha Bahulu Warisan untuk mendapatkan maklumar yang
saya perlukan . Beberapa maklumat penting telah saya peroleh melalui temubual ini dan
segala pertanyaan yang saya kemukakan telah dijawab oleh beliau sendiri tentang produk
makanan tempatan yang dihasilkan . Kaedah ini amat membantu saya dalam menyiapkan
Kerja Kursus saya .
2. Lawatan dan pemerhatian
Saya telah melawat tempat kajian iaitu di Kg . Jeram , Masjid Tanah , Melaka . Saya
telah melihat sendiri cara penghasilan dan pemprosesan produk tempatan yang
dihasilkannya iaitu kuih bahulu dengan lebih jelas dan terperinci .
3. Melayari internet
Melalui kaedah ini , saya telah melayari internet untuk mendapatkan bahan – bahan yang
saya perlukan berkaitan produk makanan Bahulu Warisan .Banyak bahan yang telah saya
peroleh melalui laman web http://bahuluwarisan2011.blogspot.com/ Saya telah
mencetak dan membaca bahan – bahan yang saya telah peroleh melalui laman web ini .
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 19/27
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA
1 TAJUK KAJIAN
2 SENARAI KANDUNGAN
3 PENGHARGAAN
4 OBJEKTIF KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 HASIL KAJIAN6.1. maklumat asas produk
6.2. latar belakang
6.3.kaedah / cara penghasilan
6.4. perkembangan produk
7 RUMUSAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN
[
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 20/27
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 21/27
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 22/27
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 23/27
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 24/27
Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan
komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan
barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang
tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha
kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas
faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan
ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia
bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan
pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu
bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara .
Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan
elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan
harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak
menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara
ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakatnyaMungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan
barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan
produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin
lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu menjadi
benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama .
Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 25/27
Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan
mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi
rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran
tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan
sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi
cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak
menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia
perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat
“Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan
sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu
membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga
mencapai matlamat yang diharapkan.
Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah
merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah
banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti
sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia
membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian,
pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar
negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.
Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri,
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 26/27
untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita
terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan
produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka
kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.
1. Orang sumber
7/27/2019 HASIL KAJIAN folio anith.doc
http://slidepdf.com/reader/full/hasil-kajian-folio-anithdoc 27/27
Puan Siti Zuelliah Binti Mohammad
640212 -10 -6006
Kg . Seri Jeram , Masjid