Download - HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN PENGAKUAN
Saya mengakui bahawa ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”
TANDATANGAN : ……………………………….
NAMA : RANJINI A/P VALAUTHAN
NO. KP : 940202-08-6464
TARIKH : 12 SEPTEMBER 2014
[1]
Profile diri
[2]
PROFIL DIRI
NAMA : RANJINI A/P VALAUTHAN
NO. K/P : 940202-08-6464
UNIT : PENGAJIAN BAHASA MELAYU
SEMESTER : 2
AMBILAN : JANUARI 2014 (PISMP)
ALAMAT RUMAH: NO.787, JLN.DEPU, TMN.BERNAM, TG.MALIM,
PERAK.
NO. HP : 016-9414502
[3]
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini. Keberhasilan tugasan ini adalah
datangnya daripada dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Saya merakamkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus Pergerakan Asas (PJM3023E) saya iaitu,
En.Azhar Bin Ariffin. Beliau telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan
ini. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan sentiasa memberikan maklumat yang
saya perlukan.
Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan dan dorongan
khususnya dalam menberikan sedikit peruntukan yang diperlukan dalam menyempurnakan
tugasan ini. Dorongan serta sokongan moral yang diberikan mereka menyemarakan lagi
semangat saya untuk menghasilkan sebuah tugasan yang berkualiti dan supaya tidak
mudah berputus asa apabila menghadapi kekangan dalam menyelesaikan tugasan ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk mencari maklumat atau
buntu fikiran. Malahan, mereka banyak membantu saya dengan memberikan curahan idea
yang efektif dan bernas yang dapat saya gunakan dalam menyelesaikan tugasan ini.
Ahkir sekali, penghargaan juga ditujukan khasnya kepada IPG Tengku Ampuan
Afzan kerana menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pusat sumber
yang membolehkan saya mencari sumber maklumat di pusat sumber yang serba indah ini
serta menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan mudah. Diharapkan semoga kerja
kursus ini memberi manfaat kepada semua, sama ada secara langsung mahupun tidak.
[5]
Sekian, terima kasih.
Pengen
alan
[6]
PENGENALAN
Konsep Pergerakan Asas
Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu
Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas
Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu
Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan
Alatan.
Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah
rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk
mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.
Pergerakan Lokomotor
Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu
Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor
dibahagikan kepada dua iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma
Tidak Sekata.
[7]
i. Konsep pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor terbahagi kepada beberapa cara iaitu seperti arah, aliran, haluan dan
masa.
ii. Arah
Arah adalah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan
iii. Haluan
Haluan ialah pergerkan melibatkan pelbagai bentuk atau corak gerakan. Contohnya adalah
seperti samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain
Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki )
4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )
5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang seli )
Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :
1. Skip
2. Galop
3. Melongsor
Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan yang statik atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh
badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan
tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-
1. Meregang
[8]
2. Memusing
3. Membongkok
4. Menghayun
5. Menolak
6. Menarik
7. Mengilas
8. Bangkit
9. Rebah
10. Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya
Kemahiran Manipulatif Alatan
Kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran
asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan
mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari
segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi
kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya. Pada tahun
1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek
iaitu :-
i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul,
mengumpan dan merejam
ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul
[9]
[10]
Kertas
Kerja
Pergeraka
n Asas
[11]
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS,PAHANG.
KERTAS KERJA
AMALI PERGERAKAN ASAS
ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
[12]
KERTAS KERJA AMALI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
DENGAN MANIPULASI ALATAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
1.0 TAJUK AKTIVITI
Aktiviti amali pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan
untuk guru pelatih daripada semester dua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan
2.0 PENGENALAN
Pergerakan asas adalah satu sukatan yang diwajibkan kepada pelajar minor pendidikan
jasmani semester 2.Tujuan pengajaran kemahiran ini adalah untuk membolehkan setiap
guru pelatih menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan
pergerakan asas dengan cara yang berkesan.Ia boleh dicapai dengan elemen-elemen
pergerakan seperti ruang , masa dan kuasa.Selain itu, pergerakan ini melatih guru
pelatih untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul dan tepat, dan
meningkatkan lagi daya ketahanan mereka sambil member kesedaran kepada guru
pelatih tentang pergerakan yang dihasilkan.Kemahiran-kemahiran asas boleh
dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran
Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal.Segala pergerakan
asas yang diajar oleh pensyarah akan diaplikasikan dalam ujian amali bagi membuktikan
mereka faham dan dapat membuat pergerakan asas tersebut.Ilmu pengetahuan dan
pengalaman ini akan dapat diaplikasikan semasa guru pelatih berada di sekolah sebagai
guru praktikum mahupun guru tetap pada masa akan datang.
3.0 MATLAMAT
[13]
Bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan aktiviti pergerakan asas seperti
lokomotor dan bukan lokomotor mengikut peringkat ke peringkat.
Guru pelajar dapat menguasai segala pergerakan asas yang ada dalam sukatan dan
dapat diaplikasikandi sekolah sebagai bakal guru.
Guru pelatih dapat mengadaptasi pengetahuan yang maksimum disamping
mempraktikan pergerakan yang betul.
Guru pelatih dapat menimba banyak pengalaman secara langsung dengan
membuat amali pergerakan asas dan mempelajari input yang baru tentang
pergerakan asas.
Dapat melahirkan guru pelatih yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
intelek dan sosial (JERIS).
4.0 OBJEKTIF
Tugasan ini adalah bertujuan untuk :
i. Psikomotor
Melakukan pergerakan manupulasi alatan yang melibatkan aras,
daya, arah dan bahagian tubuh badan.
Dapat menggabungkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor
dan manupulasi alatan secara bebas yang melibatkan penggunaan
manipulasi alatan.
Melakukan kemahiran pergerakan asas dengan cara betul untuk
menjaga postur yang baik.
Melakukan sekurang-kurangnya 10 pergerakan lokomotor dengan
teknik yang betul melibatkan konsep pergerakan asas.
Dapat melakukan pergerakan bukan lokomotor yang melibatkan
aras, ekstensi dan perhubungan dengan 5 manipulasi alatan.
[14]
Melakukan gerak edar menggunakan konsep pergerakan asas.
ii. Kognitif
Dapat menyiapkan satu kertas kerja untuk menyempurnakan satu
rangkaian pergerakan asas.
Dapat memberikan definisi pergerakan asas dengan tepat.
Dapat mencipta satu rangkaian pergerakan asas mengikut kreativiti
masing-masing.
iii. Afektif
Menunjukkan sikap dan nilai kerjasama dengan menyumbang idea dan
berkongsi bahan bersama rakan-rakan yang lain.
Sikap berdisiplin dan mendengar arahan para penguji semasa ujian
amali.
Melahirkan perasaan positif dalam diri murid-murid dengan
menginterprestasi idea secara simbolik melalui pergerakan.
Sentiasa berasa riang, seronok dan yakin semasa melakukan
pergerakan dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah.
5.0 TARIKH
07 OKTOBER 2014
6.0 MASA
8.00 pagi - 10.00 pagi
7.0 TEMPAT
Gimnasium, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, IPGKTAA.
[15]
8.0 KUMPULAN SASARAN
Guru Pelatih PISMP Pengajian Melayu, Semester 2.
9.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi
Dalam amali pergerakan asas ini, para guru pelatih dikehendaki mencipta 20 pergerakan
asas iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor.Hal ini
bermakna para pelajar perlu melakukan 20 pergerakan yang berbeza-beza mengikut
kreativiti masing-masing.Dalam melakukan pergerakan ini, para pelajar perlu bijak
menggunakan ruang dengan memanipulasikan alatan seperti gelung rotan, bola, reben,
dan sebagainya.Selain itu, guru pelatih perlu bijak menyusun pergerakan yang ingin
dilakukan agar ujian amali ini dapat dijalankan dengan teratur.Guru pelatih perlu
mengambil gambar supaya perancangan pergerakan yang akan dilakukan mudah untuk
difahami dan jelas.
a) Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi
Pergerakan Lokomotor = L
Pergerakan Bukan Lokomotor= BL
Manipulasi Alatan = MA
Pergerakan
Asas
Pergerakan
Badan
Huraian Gambar
L1 MerangkakMerangkak
seperti kura-kura dengan
lutut menyentuh lantai
[16]
L2
MA 1 (gelung)
Grapevine Silang,
membuka dan
menutup kaki
sambil
memutarkan
gelung rotan .
L3
MA 2 (gelung)
Lompat
dengan gelung
Melompat
dengan
memasukkan
badan ke dalam
gelung
L4
MA 3 (gelung)
Lompat kucing
Lompat dari
satu ke gelung
ke lain seperti
kucing
L5
MA 4 (bola)
Melantun
sambil berjalan
Melantun bola
ke lantai sambil
berjalan dari
satu tempat ke
sesuatu tempat
L6
MA 5 (bola)
Melantun
melepasi kon
Berjalan sambil
mmbuka kaki,
silang,
[17]
zig zag membuka dan
menutup kaki
sambil
memutarkan
gelung rotan .
L7
MA 6 (bola)
Gulingan
Balak
Mengguling
seperti balak
atas tilam
dengan
meluruskan
kedua-dua
belah kaki
sambil
memegang bola
L8
MA 7 (Tali
‘skipping’)
Skip sambil
berjalan
Berjalan
langkah pendek
dengan
menggunakan
tali ‘skipping’
L9
MA 8 (Bangku,
Pundi kacang)
Berjalan atas
bangku
dengan pundi
kacang
Berjalan di atas
bangku
gimnastik
sambil
membaling dan
menyambutpun
di kacang
[18]
L10
MA 9 (Peti
tompol)
Melompat dari
peti tompol
Melompat aras
tinggi dari peti
tompol ke
bawah
BL 1
Imbangan
membongokkan
badan
Membongkokkan
badan dengan
kedua-dua
kakinya
dirapatkan dan
cuba
menyentuhnya
BL 2 Mengilas
badan
Mengilaskan
badan ke kiri
kanan sambil
berdiri, kaki
kangkang dan
kedua-dua
tangan bercekak
pinggang.
BL 3 Imbangan
Buaya
Imbangan
dilakukan
dengan badan
dibaringkan,
menggunakan
kekuatan
tangan dan kaki.
[19]
BL 4
Imbangan
Dengan Tiga
Tapak
Sokongan
Badan pada
keadaan sisi.
Dua kaki dan
satu tangan
menyentuh
lantai, sebelah
lagi diangkat
lurus.
BL 5
MA 10 (gelung)
Imbangan
Bangau
dengan
memutar
gelung
Memutar gelung
sambil membuat
imbangan
dengan satu
tapak sokongan.
BL 6
MA 11 (bola)
Melantun bola
di satu tempat
Berdiri tegak di
satu tempat dan
melantun bola di
satu tempat
tanpa bergerak
ke mana-mana
BL 7
MA 12 (bola)
Imbangan
dengan
menggunakan
satu tapak kaki
sahaja
Memegang bola
ke hadapan
sambil membuat
imbangan
dengan satu
tapak sokongan
sahaja
[20]
BL 8
MA 13 (bola)
Imbangan Atas
Lutut
Lutut dijadikan
tapak sokongan,
tapak kaki
diangkat ke
belakang sambil
menoleh ke
kanan dan ke
kiri dengan
memegang bola
BL 9
MA 14
(tali ‘skipping’)
‘skipping’
menggunakan
tali skipping di
satu tempat
Lompat
setempat
menggunakan
tali ‘skipping’
BL 10
MA 15 (Riben)
Menegakkan
badan sambil
memutarkan
reben
Menegakkan badan dengan kedua-dua
kaki rapat dan bersilang sambil
menaikkan sebelah tangan ke atas
dengan bola dan sebelah tangan
depa ke sisi dengan reben.
[21]
b) Senarai Peralatan berat
c)
Senarai peralatan ringan
BIL ALATAN GAMBAR
[22]
BIL ALATAN KUANTITI
1
Bangku gimnastik
1
2
Peti lombol
1
3
Kon kecil/skittles
3
4
Tilam kecil
1
1 Bola
2 Gelung Rotan
3 Tali
4 Pundi Kacang
5 Riben
9.0 Rumusan
Kesimpulannya,melalui persiapan kertas kerja ini, saya dapat merancang setiap
pergerakan yang akan saya lakukan ketika ujian amali nanti. Dengan ini,ujian yang akan
dihadapi akan menjadi lebih terancang dan sistematik. Sesungguhnya bukanlah mudah
[23]
untuk
membuat 20 pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
serta manipulasi alatan.Kita perlu menkaji dan memahami terlebih dahulu tentang ilmu yang
berkaitan pergerakan asas.Seterusnya kita hendaklah mencubanya sendiri bagi
mengaplikasikan ilmu tersebut. Setelah percubaan demi percubaan dilakukan,barulah kita
dapat membiasakan diri dan ujian dapat dihadapi dengan jayanya.
[24]
Pelan
Kedudukan
Ujian Amali
Pergerakan
Asas
[25]
[26]
Refleksi
[27]
REFLEKSI
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia!
Saya Ranjini A/P Valauthan, guru pelatih dari Institut Perguruan Kampus Tengku
Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang, unit PISMP Bahasa Melayu, Semester 2 ambilan
Januari 2014 telah diberi kerja kursus bagi mata pelajaran Pergerakan Asas (PJM3023E)
pada 04 Ogos 2014 yang lalu. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya
semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah mempelajari banyak perkara semasa
melaksanakan kerja kursus ini.
Pada saat ini, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala
tugasan mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada saya meskipun pada mulanya
saya berasa amat bimbang dan risau kerana tidak dapat memahami kehendak soalan kerja
kursus ini dengan sebaik yang mungkin kerana ianya merupakan sesuatu perkara yang
amat baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat kerja kursus
seumpama ini yang melibatkan banyak pergerakan fizikal. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa, banyak perkara yang telah saya pelajari melalui pelaksanaan kerja kursus ini.
Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari banyak maklumat daripada
pelbagai sumber bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik dan sempurna.
Saya telah melayari beberapa laman web untuk mencari maklumat tambahan yang
berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini dan saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci tentang tajuk
tugasan ini. Hal ini telah membolehkan saya menjadi seorang yang lebih berkemampuan
untuk menguasai topik tugasan kajian ini dengan lebih mendalam lagi.
Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata
pelajaran bagi kursus ini iaitu En.Azhar Bin Ariffin, kerana membantu saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa panduan dan bantuan beliau, saya tidak sanggup
menyelesaikan tugasan tersebut. Beliau telah memberikan banyak penerangan kepada saya
berkaitan topik tersebut dan cara untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Beliau juga
meluangkan masa bersama saya untuk menerangkan tugasan tersebut.
[28]
Selain itu, saya juga menghadapi pelbagai kekangan semasa pelaksanaan kerja
kursus ini. Antaranya ialah, saya mengalami kesukaran untuk mencari sumber, bahan atau
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana, saya
mendapati bahawa kebanyakan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini
dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Hal ini menjadi salah satu cabaran yang paling utama
bagi saya, kerana saya terpaksa menterjemahkan bahan-bahan tersebut dalam bahasa
Melayu bagi membolehkan saya menghasilkan kerja kursus yang baik dan sempurna.
Di samping itu, saya juga mengalami gangguan dari segi talian internet yang
membantutkan kerja saya terutamanya ketika proses mencari bahan bagi menyiapkan
tugasan ini. Hal ini menyebabkan saya terpaksa meminjam ‘broadband’ atau talian jalur
lebar daripada guru pelatih senior bagi membolehkan saya meneruskan kerja kursus ini.
Saya juga berasa amat bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu
memahami. Hal ini demikian kerana, mereka banyak membantu dengan menyumbangkan
pandangan dan idea-idea yang bernas kepada saya dan ahli kumpulan saya yang lain.
Walaupun saya terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, cabaran dan pancaroba semasa
melaksanakan tugasan ini, namun saya berasa amat gembira kerana hal ini membolehkan
saya mempelajari dan menimba sesuatu ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru.
Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya untuk
mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa
yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. Setelah semua maklumat
dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun
dan sabar. Saya juga saling merujuk antara satu sama lain terutamanya dengan guru pelatih
sebaya saya yang lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini.
Sebenarnya, saya berasa sungguh bersyukur kerana diberi peluang untuk
mempelajari pergerakan asas yang amat menarik ini. Saya jarang mempunyai peluang
untuk mempelajari teknik-teknik ini. Namun sekarang, saya dibekalkan dengan alatan
gimrama serta bimbingan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang ini.Bagi
memikirkan 20 pergerakan yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukanlokomotor
bukan semudah yang di sangka. Pergerakan yang ingin saya gunakan tidak begitu sesuai
[29]
untuk digunakan alatan. Jadi ia agak merumitkan saya untuk memilih mana-manasatu
pergerakan yang telah diberikan.
Setelah semua pergerakan dipilih, saya mengambil langkah seterusnya untuk
menyiapkan tugasan ini. Gambar-gambar pergerakan diambil untuk dimasukkan ke dalam
tugasan. Selain itu, aktiviti ini telah meningkatkan kreativiti saya terutamanya dalam
mencipta pergerakan-pergerakan bagi setiap stesen yang disediakan. Saya mencipta cara
unik untuk memanipulatifkan alatan, tukar alatan serta pergerakan yang cantik. Jadi, saya
rasa ini alah peluang yang baik untuk menguji kreativiti serta menambah nilai estetika saya.
Selain itu, saya juga berlajar untuk berani mencuba. Jika kita berani mencuba,
barulah kita akan mendapat hasil. Pada permulaannya, saya malu membuat pergerakan di
depan orang ramai. Namun atas bimbingan pensyarah, saya berani mencuba setiap
pergerakan dan akhirnya berjaya mengatasi halangan mental dalam diri saya. Pensyarah
juga sabar dan prihatin dalam mengajar, memberi idea serta memperbetulkan setiap
pergerakan saya. Secara keseluruhannya, saya memang telah banyak mempelajari serta
mendapat ilmu pengetahuan tentang pergerakan asas daripada aktiviti ini sama ada dari
buku, bimbingan pensyarah serta ujian amali pergerakan asas. Sekali lagi saya
mengucapkan terima kasih kepada penyarah.
Seterusnya, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam
melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat
soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan
melaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat
melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat mengelakkan untuk melaksanakan
tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-
benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang
sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya
mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk
menyiapkan tugasan ini.
[30]
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran untuk lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah agar saya
dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang
demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan
masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang berfaedah.
Akhir kata, setelah menyiapkan tugasan ini saya mendapati bahawa sikap rajin,
bertanggungjawab dan menepati masa adalah amat penting dalam melakukan kerja kursus.
Sikap seperti ini juga meningkatkan keyakinan diri untuk persiapan mengharungi cabaran
profesion perguruan. Sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya lebih gigih serta tekun
untuk menghadapi masalah. Saya harap pengalaman yang saya perolehi sepanjang
membuat kerja kursus ini akan dapat digunakan ketika saya membuat kerja kursus yang
akan datang. Tuntas kata, kerja kursus sebegini wajar diberikan setiap guru pelatih untuk
menghasilkan sumber tenaga pengajar yang kreatif dan inovatif pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
[31]
Rujukan
[32]
RUJUKAN
Maude, P. (2001). Physical Children, Active Teaching Buckingham:
Open University Press.
Wee E.H (1994), Pengajian Pendidikan Jasmani, Fajar Bakti Sdn. Bhd:
Selangor
Helen Ten. H.B (1992). Pengajian Pendidikan Jasmani Kanak-kanak, Fajar Bakti Sdn Bhd:
Kuala Lumpur.
Abdul Hafidz Hj Omar, Hussian Ayon & Zalawati Sufian (2004). Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Selangor.
www.ipbl.edu.my
http://www.sonoma.edu/kinesiology/ppep/activity_locomotor1.shtml
http://www.ket.org/artstoolkit/dance/lessonplan/156.htm
[33]
Lampiran
[34]