Download - Guru dan Cabaran Semasa
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
PENGENALAN
1
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
PENGENALAN
Guru dan cabaran merupakan dua aspek yang tidak boleh dipisahkan semenjak
dahulu lagi. Jika dahulu cabaran guru adalah bermula dari membentuk minda anak
bangsa menentang propaganda penjajah di zaman sebelum merdeka. Kemudiannya,
membina pula pemikiran generasi yang merdeka dan bebas dari sebarang isme yang
mencengkam. Selain, guru juga turut berdepan dengan sebarang cabaran seperti
masalah perhubungan, kemudahan asas dan tempat tinggal yang selesa bagi guru-
guru di pedalaman.
Cabaran juga turut menunggu guru-guru di bandar iaitu dengan halangan
birokrasi yang tinggi, cabaran dari ibubapa dan kos hidup yang tinggi. hal ini tidak
termasuk lagi dangan bebanan tugas dan kerja yang kian bertambah dan mencabar
setiap hari. Namun itu adalah lumrah biasa bagi seorang insan bergelar pendidik.
Semua ini akan dapat dihadapi dengan ikhlas, tabah dan redha dengan keazaman
mendidik anak bangsa.
Cabaran terkini pula yang perlu disahut oleh guru ialah cabaran kemajuan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang pantas dan pesat berkembang. Maka,
disini guru perlu mendepani cabaran ini untuk menjadi pemimpin atau agen perubahan
seterusnya menjadikan perubahan ini sebagai satu perubahan yang positif dan
membawa manfaat kepada bidang pendidikan negara.
2
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
BAHAGIAN
A
3
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
1.0 BAHAGIAN A
Pada peringkat kanak-kanak merupakan peringkat paling penting dalam
perkembangan kognitif manusia. Menurut Jean Piaget (1952) pada peringkat umur ini
akan berlaku dua fasa yang penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu
Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) dan peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun). Pada
peringkat ini akan berlaku proses permulaan perkembangan kognitif mereka serta akan
wujud konsep-konsep tertentu dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti konsep
pengekalan dan konsep pengelasan.
Namun tidak semua kanak-kanak akan menempuh alam ini dengan baik dan
sempurna. Akan ada segolongan atau segelintir dari mereka yang mengalami masalah
dalam pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini merupakan kanak-
kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai
mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami
ini pula boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-
kebolehan tertentu. Antara gangguan-gangguan proses pembelajaran yang berlaku ke
atas kanak-kanak ialah lemah daya pemikiran, kurang keyakinan diri, sukar mengawal
emosi dan kesihatan terganggu (Mat Daud bin Yusof, 1990).
Oleh itu bagi mengatasi masalah ini terdapat pelbagai cara dan inisiatif yang
dapat dilaksanakan. Antara langkah tersebut ialah dengan memberi ubat-ubatan,
rawatan berkala, pengajaran pemulihan serta rangsangan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P). sejalan dengan era globalisasi dan teknologi maklumat pada hari
ini. Teknologi juga dilihat memainkan peranan yang besar dalam membantu bidang
Pendidikan negara dalam segenap aspek. Tidak tercicir dari itu, teknologi juga banyak
membantu golongan kanak-kanak atau murid yang bermasalah pembelajaran ini untuk
belajar dan menguasai ilmu pengetahuan seperti kanak-kanak normal yang lain.
Lantas, dilaksanakan pelbagai inovasi menggunakan teknologi terkini bagi
membantu golongan murid bermasalah ini. Inovasi ini turut diperaktikkan dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Penggunaan inovasi ke atas mata pelajaran ini
telah memperlihatkan pelbagai perkembangan dan kemajuan dalam Pengajaran dan
4
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Pembelajaran mata pelajaran ini dan tidak hanya bergantung kepada media bantu
primier semata-mata iaitu buku teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Antara inovasi berikut ialah:
1.1 Pen Al-Quran
Dunia sains dan teknologi hari ini semakin berkembang dengan tercipta pelbagai
jenis alat teknologi yang baru. Teknologi hari ini telah dapat membantu dan
memudahkan kehidupan manusia pada masa kini dala, segenap aspek. Tidak
ketinggalam juga dengan pembelajaran al-Quran telah dipermudahkan dengan
teknologi kini. Pembelajaran al-Quran yang merupakan salah satu bidang dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam iaitu Asuhan Tilawah Al-Quran. Dalam bidang ini terbahagi
kepada 3 bahagian iaitu bahagian tilawah, hafazan, dan tafsir.
Inovasi yang berlaku dalam bidang Asuhan Tilawah Al-Quran ini ialah pen al-
Quran yang banyak diperkenalkan oleh syarikat-syarikat tertentu pada hari ini bahkan
banyak digunapakai oleh umat Islam di negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand
dan Singapura. Dalam negara pula pen telah banyak digunakan oleh pusat-pusat
pengajian al-Quran swasta dan orang persendirian. Penggunaannya juga banyak
digunakan di pejabat-pejabat serta di rumah bagi memudahkan pembelajaran al-Quran.
“sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al-qur’an dan mengajarkannya.”
(Riwayat Bukhari)
Berdasarkasn hadis di atas jelas menunjukkan pembelajaran al-Quran adalah
amat penting bagi umat Islam. Baik dari aspek tilawah, hafazan mahupun tafsir atau
kefahamannya. Ini kerana di dalam al-Quran telah dibicarakan dan diutarakan pelbagai
perkara dan cara hidup Islam yang sempurna bagi menjadi pedoman dan petunjuk
kepada kita semua. Jesteru inovasi ini merupakan satu langkah yang baik bagi
perkembangan al-Quran itu sendiri selain memudahkan kita golongan belajar ini.
5
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Pen Al-Quran ialah pen yang Boleh Membaca al-Quran secara automatik tetapi
ia tidak boleh menulis. Pen Al-Quran ini terdiri dari 2 kompenan iaitu pen al-Quran itu
sendiri dan al-Quran digital. Fungsi Pen Al-Quran ini adalah sama dengan Al-Quran
yang lain, keistimewaannya ialah teknologi Pen Al-Quran yang membaca ayat per ayat
dan surah per surah. Ianya berfungsi apabila mata pen disentuh pada mana mana ayat
atau surah. Kemudian, Pen Al-Quran ini akan mengeluarkan bacaan mengikut qari-qari
pilihan kita yang muktabar. Antara qari-qari tersebut ialah Sheikh Abdul Basit ‘Abdul us-
Samad, Sheikh Maher Bin Hamad Al-Mueaqly, Sheikh Ahmed Al-Ajmy, Sheikh Saad Al-
Ghamdi, Sheikh Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy,
Sheikh Mahmoud Khalil Al-Hussary, Sheikh Ali Abdul Rahman Al Huzaifi dan Sheikh
Abdul Rahman Al-Sudais.
Pen Al-Quran ini merupakan gajet digital islamik yang membantu semua
golongan yang ingin belajar al-Quran dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat yang
kebih tinggi dengan mudah dan cepat melalui inovasi terkini iaitu Pen Al-Quran.
Penggunaannya adalah Pen Al-Quran ini akan berfungsi sebagai scanner atau
pengimbas kepada huruf-huruf yang dicetak pada naskhah al-Quran. Al-Quran itu pula
diperbuat daripada kertas yang mempunyai kod. Bagaimanapun, pada mata kasar kod-
kod berkenaan tidak kelihatan. Ia hanya boleh dilihat sekiranya mengguna kanta
pembesar. (Shafei Zakaria, 2013)
Pengguna boleh nampak dengan jelas grid yang ada di belakang tulisan pada al-
Quran tersebut. Pada grid berkenaan, dimasukkan kod tertentu dan apabila pen
diletakkan, alat pengimbas yang padanya akan mencetuskan bunyi tertentu
berdasarkan kod tertentu. Pen ini mampu menyimpan hampir 480,000 kod tetapi ia
tidak berfungsi pada al-Quran biasa kerana tidak memiliki kod.
Kelebihan Pen Al-Quran ini ialah ia mudah untuk digunakan dan senang untuk
dibawa ke mana-mana. Ianya sesuai untuk semua golongan sama ada golongan
kanak-kanak yang baru hendak bermula belajar dan mengenal huruf-huruf al-Quran
atau golongan dewasa untuk melancarkan bacaan dan membetulkan hokum-hukum
tajwid. Ianya juga sangat sesuai bagi ibu bapa yang ingin mengajar anak mereka
membaca al-Quran sendiri di rumah. Selain, boleh dijadikan latih tubi atau ulangkaji
6
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
bagi murid-murid di luar masa Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk melancarkan
bacaan al-Quran. Ia juga telah membantu kita menyempurnakan ibadah membaca Al
Quran. Selain itu, ia juga dapat menambah keyakinan diri kita apabila membaca Al
Quran dan membantu melancarkan bacaan Al Quran.
Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat
manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin
yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan
serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
Pada zaman sekarang, jika kita tidak pandai atau kurang memahami bacaan
setiap kali membaca al-Quran, ia bukan lagi menjadi alasan untuk kita malas membaca
dan mempelajari al-Quran setiap hari. Ini kerana kita boleh mempelajarinya dari bacaan
yang dibaca oleh qari-qari yang terpilih melalui Pen Al-Quran ini. Kita juga dapat
memahami setiap maksud bacaan dan tafsiran ayat-ayat Al Quran dengan lebih mudah
dan cepat.
Penggunaanya dalam membantu murid bermasalah dalam pembelajaran pula
ialah ia boleh digunakan sebagai median bantu sebagai latihan intensif kepada murid-
murid ini dengan memberi mereka mengulang-ulang sebutan huruf al-Quran contohnya
untuk mereka mengenal dan mengingati huruf tersebut. Selain, Pen Al-Quran ini juga
boleh menjadi latihan peneguhan kepada pembinaan ilmu dalam minda murid-murid
lemah ini. Pen ini boleh digunakan untuk murid-murid ini mengulangkaji bacaan atau
sebutan mereka di luar proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Disamping, tidak
menganggu guru yang sibuk dengan tugas-tugas lain.
Dalam aspek hafazan juga pen ini dapat dijadikan sumber rujukan bagi murid-
murid mentasmik bacaan mereka sebelum tasmik sebenar bersama guru. Selain, boleh
dijadikan sumber media yang membantu mereka ketika menghafal. Bagi aspek ayat-
ayat kefahaman, Pen al-Quran ini dapat digunapakai oleh guru sebagai contoh atau
model bacaan. Kemudian, ianya juga dapat digunakan guru bagi memberi tafsiran ayat
bacaan tersebut. Hal ini kerana, perisian ini bukan sahaja dilengkapi dengan bacaan
7
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
dari qari-qari. Tetapi, turut dilengkapi dengan tafsir al-Quran dari kitab-kitab tafsir yang
masyhur seperti Tafsir Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman.
1.2 Khatboard
Khatboard adalah alat membantu dalam pengajaran tulisan seni Khat
terutamanya bagi kegunaan Guru Pendidikan Islam yang mengajar bidang Jawi di
Tahun 6 sekolah rendah. Semua murid Islam Tahun 6 akan belajar dua jenis tulisan
Khat iaitu Khat Nasakh dan Khat Riq’ah. Alat ini dicipta bagi memudahkan proses
pengajaran tulisan Khat terutamanya bagi sekolah yang tidak mempunyai papan hitam.
Khatboard ini juga digunakan sepenuhnya sepanjang Kursus Penulisan Khat anjuran
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM @ BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia
mulai tahun 2005.
Alat ini menyerupai fungsi OHP atau Visualizer yang akan memaparkan imej
berwarna di skrin LCD Projektor ataupun TV biasa. Ia juga boleh digunakan bagi
memaparkan buku teks, lukisan, objek 3D, ayat-ayat suci al-Quran dan sebagainya.
(Abdul Wahab Khalid, 2013). Alat ini dicipta daripada kamera webcam dan tapak
whiteboard bersaiz A4 sebagai bahan asasnya. Seterusnya diperelokkan dari sudut
rekaan fizikal, kemampuan teknikal, ketahanan alatan dan kesesuaian penggunaannya
dari masa ke semasa sehingga kini. Alat ini direka dan dibangunkan sendiri dengan
teknologi Webcam dan CCTV yang ada dalam pasaran sekarang oleh Ustaz Abdul
Wahab bin Khalid. Beliau adalah seorang guru yang mengajar di S.K. Dato Keramat (1),
Kuala Lumpur. Selain bahan asas webcam dan whiteboard, alat ini juga direka daripada
tiang utama pemegang kamera, perumah kamera (asal dari penutup botol susu), tiang
kedua Goosneck (asal daripada pemegang mikrofon), bolt wing (mengawal kekuatan
siku tiang) dan panel kawalan serta sambungan.
Secara asasnya Khatboard Visualizer ini menggunakan sejenis kamera analog
yang akan memaparkan imej di skrin LCD Projektor atau pun Skrin TV biasa melalui
sambungan Port Video In. Ukuran nilai kualiti gambar bagi kamera analog dipanggil TV
Lines atau ringkasnya TVL. Kamera asas bermula sekurang-kurangnya 380 TVL.
8
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Semakin tinggi nilai TVLnya, maka semakin baiklah kualiti gambarnya. Sekarang nilai
TVLnya telah mencecah pada 800 TVL. Antara kelebihan inovasi ini ialah ia
menjimatkan kos dari membeli LCD yang sebenar, mudah dibawa, menjimatkan masa
apabila masa untuk memasangnya hanya sekejap dan memudahkan guru untuk
mengajar seni khat dalam pelajaran Jawi.
Inovasi ini boleh diterapkan di dalam kelas membantu murid-murid menulis
tulisan khat dengan betul. Guru boleh menggunakan inovasi ini ketika mengajar khat di
hadapan kelas bagi membantu murid-murid bermasalah pembelajaran dengan
menunjuk cara menulis khat yang sebenar pada papan khatboard ini. Alatan ini juga
boleh digunakan oleh guru untuk memaparkan hasil kerja murid serta membaiki
kesalahan murid secara terus di hadapan kelas.
1.3 Mesin Debu Tayammum
Inovasi ini telah diusahakan oleh Mohd Hang Tuah bin Ismail pada tahun 2010.
Beliau merupakan seorang guru pakar di Sekolah Menengah Naim Lil-Banat, Kelantan.
Mesin ini telah dicipta oleh beliau bagi memudahkan pembelajaran tajuk Tayammum
kepada pelajarnya di tingkatan 2. Tajuk ini juga turut terdapat bagi bidang Feqah bagi
murid-murid Tahun 2 di sekolah rendah.
Mesin ini dicipta dengan dapat mengasingkan debu yang telah digunakan secara
automatik. Contohnya murid telah bertayammum pada bahagian muka maka debu
tayammum yang telah digunakan itu akan dibuang dan diganti dengan debu yang baru
untuk tayammum pada bahagian tangan pula. Mesin ini dicipta dalam dua kontena iaitu
kontena untuk menampung debu tayammum yang baru diisi kemudian debu itu akan
dituangkan ke dalam bekas tayammum secara automatik bila mesin ini dibuka. Selepas
murid bertayammum pada anggota muka maka secara automatik juga mesin itu akan
membuang debu yang telah digunakan itu untuk diganti dengan debu yang baru.
Begitulah proses seterusnya. (Mohd Hang Tuan, 2010). Debu yang digunakan itu juga
dijamin status halalnya untuk memenuhi keperluan masyarakat hari ini supaya dapat
9
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
melakukan amal ibadat dengan mudah serta sentiasa mematuhi kehendak hukum
syarak. (Hasliza Hassan, 2010).
Penggunaanya dalam menolong murid-murid bermasalah pembelajaran juga
amat berkesan. Contohnya mesin ini dapat menjadikan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) berlangsung secara langsung dan amalinya dapat dilakukan terus
selepas penerangan dari guru. Mesin ini juga dapat menjamin proses tayammum yang
dilakukan oleh murid itu sah dan berkesan kerana debu yang telah digunakan tidak
akan bercampur dengan debu yang baru. Lantas, amat sesuai buat murid-murid ini
menggunakannya kerana ianya ringkas, senang dan mudah bagi digunakan murid-
murid ini.
1.4 Slaid Interaktif
Powerpoint merupakan salah satu daripada perisian yang berguna dalam
program Microsoft Windows. Secara amnya, Powerpoint digunakan sebagai alat
persembahan. Perisian ini mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu boleh
digunakan untuk membuat slaid persembahan, dapat dimuat denga gambarajah atau
grafik yang menarik, melukis carta atau jadual yang lebih cepat dan kesan animasi
dapat dimasukkan kepada teks dan objek dalam slaid. (Aszoura Salleh, 2007).
Menurut Leong Mei Wei (1998) menyatakan kelebihan kaedah slaid interaktif ini
ialah membantu murid-murid lemah dalam pembelajaran. Melalui kaedah ini murid-
murid dapat memahami konsep-konsep yang diajar tanpa mengganggu perjalanan
murid yang lain yang lebih cerdas. Dengan ini, perbezaan tahap kognitif dan psikologi
murid-murid ini akan dapat dikurangkan jurangnya. Selain itu, ia juga mendapat
maklumbalas yang cepat dari murid. Kesan ini dapat dilihat apabila guru mengadakan
sesi soal jawab atau kuiz melalui slaid interaktif bagi menguji tahap kefahaman murid.
Kelebihan yang lain kaedah ini ialah slaid ini membantu murid memahami fakta
dengan baik dan cepat. Ini kerana penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi
dan dialog yang akan mempercepatkan lagi proses pemahaman maklumat-maklumat
10
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
dan konsep-konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan. Disamping, kombinasi
warna dan muzik yang tepat menggunakan slaid interaktif ini akan memberikan
persembahan yang menarik yang akhirnya menghasilkan pembelajaran berkesan.
Penggunaan slaid interaktif ini dapat diaplikasikan dalam banyak bidang bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam. Antara bidang tersebut ialah bidang akidah yang
bertajuk Nama-Nama Allah. Tajuk ini agak susah untuk diajar secara bercerita atau
penerangan sahaja kerana ianya agak abstrak dan lebih kepada kefahaman bukan
amali atau logik. Lantas, penggunaan slaid ini sedikit sebanyak dapat membantu guru
bagi mengajar tajuk-tajuk ini secara menarik dan berkesan.
Penggunaan slaid interaktif ini bagi membantu murid-murid lemah boleh
diaplikasikan dengan memaparkan fakta-fakta yang ingin disampaikan kepada murid-
murid dalam bentuk warna-warni. Selain, guru juga boleh meletakkan video atau
gambar sebagai media bantu yang memberi rangsangan kepada murid-murid.
Contohnya menambah video keindahan ciptaan Allah seperti pantai, langit, gunung dan
pokok sebagai menunjukkan kebesaran Allah di atas muka bumi ini. Slaid interaktif ini
juga boleh dijadikan sebagai lembaran kerja kepada murid-murid apabila di akhir
pembelajaran. Guru boleh mengadakan slot kuiz pada akhir pembelajaran
menggunakan slaid interaktif ini dan kemudiaanya akan terus memaparkannya selepas
murid memilih jawapan juga menggunakan slaid ini. Oleh itu, inovasi ini harus
digunakan oleh guru dengan efektif dan sebaik-baiknya.
11
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
TUGASAN
B
12
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
2.0 TUGASAN B
Stress dan burnout adalah dua penyakit yang selalu mengganggu manusia
dikala kesibukan dan kesuntukan masa. Masalah ini tidak terlepas turut melanda para
guru di sekolah tambah-tambahan pada masa kini. Maka, dirungkai dahulu maksud
stress dan burnout ini. Stress adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan
kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini. Dari sudut bahasa
stress membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan
(Harunsani, 2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006). Menurut Ahmad Mohd Salleh
(2011) pula mengatakan stress adalah reaksi fizikal dan mental seseorang akibat
sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam kehidupannya.
Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza kepada individu iaitu sama ada
kesan positif atau negatif. Stress pada kadar yang rendah atau sedikit adalah positif
kerana ia boleh bertindak sebagai penggera kepada individu untuk mencapai apa yang
ingin dicapai. Sebaliknya, stress pada kadar tinggi boleh mendatangkan kemudaratan
seperti kemerosotan kesihatan atau perhubungan.
Manakala, Burnout pula didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan
oleh depersonalisasi, keletihan dan menyebabkan pencapaian individu tersebut
semakin menurun. Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental dan
fizikal yang disebabkan dari masalah stress pada awalnya. Namun, telah berlanjutan
menjadi semakin teruk dan berpanjangan. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang
individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta
tugasan dalam kehidupan seharian.
Mayapada, perkembangan teknologi dan perkembangan ilmu pengetahuan yang
bersifat global turut mendatangkan impak bagi dunia pendidikan. Oleh itu, peranan guru
juga sudah berubah dan meningkat dari dahulu. Sistem pendidikan yang pesat berubah
selaras dengan perkembangan teknologi dan proses globalisasi dalam usaha
merealisasikan wawasan 2020 menuju negara maju banyak memberi kesan kepada
guru sebagai pelaksanaannya dalam bidang pendidikan. Kini guru-guru berhadapan
dengan pelbagai anjakan yang kompleks yang serta semakin membebankan guru.
Impaknya, lahir guru-guru yang berat dengan bebanan tugas, stress dan seterusnya ke
13
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
fasa yang paling teruk iaitu burnout. Keadaan ini berlaku kerana kegagalan guru untuk
bertindak balas ke atas perubahan yang berlaku seperti perubahan kurikulum dan
kaedah pengajaran kini. Namun, perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) juga banyak memberi manfaat dalam kehidupan masa kini. Bagi bidang
pendidikan khususnya, pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) mampu memberi satu anjakan dalam pedagogi pengajaran guru. Selain,
perkembangan TMK ini juga sebenarnya boleh meringankan bebanan kerja guru
seterusnya mengatasi masalah stress dan burnout yang dihadapi. Berikut adalah
beberapa aplikasi yang mampu memudahkan kerja guru:
2.1 Aplikasi Pemprosesan Perkataan
Aplikasi tersebut ialah Aplikasi Pemprosesan Perkataan (Microsoft word) adalah
merujuk kepada perisian komputer yang membolehkan pengguna menulis, memadam,
menyelit, menukar dan mengedit ayat. Aplikasi ini adalah aplikasi paling asas yang
terdapat di dalam computer. Menurut Weiss (2003) yang menyatakan Aplikasi
Pemprosesan Perkataan adalah aplikasi komputer yang membolehkan pengguna
memasukkan, menyimpan, memanipulasi dan mencetak teks. Pemprosesan perkataan
adalah aplikasi menulis dalam komputer yang dicipta bagi menggantikan alatan
penulisan tradisional seperti pensel, kertas dan mesin taip. Ini disokong oleh Irons
(2002), yang turut menyatakan bahawa aplikasi pemprosesan perkataan khususnya
Microsoft Word adalah aplikasi yang mudah digunakan, bermanfaat serta merupakan
program yang stabil. Rajah 1 menunjukkan antara muka untuk Aplikasi Pemprosesan
Perkataan.
14
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Rajah 1 : Antara muka perisian Microsoft word 2007
Dengan penggunaan aplikasi ini ia dapat membantu guru menangani masalah
stress dan burnout. Guru boleh menggunakan apliasi ini untuk penyediaan aktiviti rutin
guru seperti rancangan pengajaran harian, slip kebenaran, pembuka cerita, edaran nota
kepada murid dan surat kepada ibu bapa atau penjaga. Sebagai contoh, guru dapat
mengumpul data markah ujian murid-murid dengan menaipnya menggunakan aplikasi
Microsoft word, untuk ujian seterusnya guru boleh menggunakannya semula dengan
mengedit. Dengan ini, guru dapat menjimatkan masa untuk menulis dan dapat
meluangkan masa yang ada agar tidak terlalu stress.
2.2 Aplikasi Persembahan ElektronikSalah satu aplikasi yang amat meluas penggunaannya pada masa kini pula ialah
Aplikasi Persembahan Elektronik atau Microsoft Powerpoint. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005), Powerpoint merupakan perisian aplikasi yang digunakan untuk
membangunkan bahan persembahan yang terdiri daripada teks, imej, animasi, grafik,
video, atau carta. Dalam perisian Microsoft Powerpoint ini terdapat slaid yang dapat
diisi dan dibentuk kemudiannya dipancarkan isi tersebut pada skrin yang terdiri dari imej
grafik seperti gambar, ilustrasi, rajah, simbol dan sebagainya. Penggunaan aplikasi ini
dapat membantu guru dalam penyampaian pengajaran semasa sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P). Dengan ini, guru dapat menjimatkan masa untuk membuat nota
15
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
atau isi pelajaran menggunakan aplikasi Powerpoint ini yang kemudiannya hanya perlu
memaparkan di dalam kelas menggunakan projektor. Sebelum ini, guru banyak
menghabiskan masa dengan menulis isi-isi pelajaran di papan tulis. Tapi kini dengan
aplikasi ini kerja guru ketika mengajar menjadi senang dan mudah. Lantas, dapat
mengurangkan stress kerana penat guru menulis di papan tulis kerana ianya boleh
dipersembahkan menggunakan aplikasi Powerpoint secara terus.
Selain itu, perisian ini juga mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya untuk
tujuan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas kerana ia mampu
meningkatkan pemindahan maklumat dalam kalangan murid. Hal ini kerana aplikasi ini
mempunyai cir i media seperti animasi, visual, audio, dan grafik yang dapat
menarik minat murid memberi tumpuan di dalam kelas. Seterusnya guru
juga dapat menaip dan mempersembahkan isi pelajaran kepada murid
serta dapat dicetak terus isi pelajaran itu sebagai nota bagi slot ulangkaji
murid. Kandungan dalam Persembahan Elektronik ini juga mudah untuk
diubahsuai dan elemen multimedia seperti teks, audio, animasi, gambar
dan video boleh disertakan mengikut kesesuaian penggunaan guru.
Contohnya bagi pengajaran Geografi maka boleh dimasukkan terus
gambar peta untuk pelajaran peta. Pengajaran guru juga menjadi lebih
tersusun kerana guru hanya perlu memil ih maklumat yang perlu sahaja
untuk ditayangkan pada skrin ini disamping membantu serba sedikit
memberikan keyakinan kepada guru semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P).
16
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Rajah 2 : Antara Muka aplikasi Powerpoint 2007
2.3 Aplikasi Hamparan Elektronik
Aplikasi seterusnya ini ialah Aplikasi Hamparan Elektronik yang merupakan
alatan kebiasaan digunakan oleh guru bagi memunggut, menganalisis dan mengurus
data murid contohnya dalam pengurusan markah murid. Perkara ini selaras dengan
keupayaan hamparan elektronik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti corak
berangka dan keupayaanya untuk membina graf, carta dan menjalankan operasi
matematik yang kompleks. Mengikut Walkenbach (2003) Aplikasi Hamparan Elektronik
merujuk pada Microsoft Excel adalah aplikasi mesra pengguna kerana ia
memperkenalkan dengan beberapa ciri-ciri baru dapat memudahkan pengguna baru,
terutamanya golongan pendidik yang perlu merekodkan hasil pencapaian murid
mereka. Ciri-ciri baru tersebut meliputi pembinaan carta, analisis data dan tool bar yang
diperkembangkan mengikut aplikasi Microsoft Word. Rajah dibawah menunjukkan
antara muka untuk aplikasi hamparan elektronik.
17
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Contohnya bagi subjek sains, penggunaan hamparan elektronik digunakan
secara meluas. Sebagai contoh melibatkan aktiviti seperti mengukur dan merekodkan
isi padu air yang disimpan dalam botol yang berlainan dan pada ketinggian yang
berbeza (Niess & Lee, 2009). Data yang diperoleh akan diterjemahkan dalam bentuk
graf menggunakan hamparan elektronik dan murid akan dapat membandingkan garis
lengkung pada graf yang berbeza untuk botol yang berlainan. Dengan ini, guru tidak
perlu lagi bersusah payah untuk membeli kertas mahjung dan melukiskan terjemahan
data yang memakan masa dan kos. Penggunaan hamparan elektronik bukan sahaja
banyak diaplikasikan dalam kurikulum sains dan matematik tetapi boleh juga digunakan
subjek-subjek lain.
Rajah 3 : Antara muka perisian aplikasi Microsoft Excel 2007
Disamping, penggunaan aplikasi ini juga dapat membantu guru dalam
merekodkan, menyusun dan menganalisis data murid seperti markah tadi. Selain itu,
aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menjalankan fungsi pengiraan matematik,
18
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
menyusun data dan menghasilkan carta dan graf visual yang diwakili oleh maklumat
yang dikumpul. Ianya banyak diaplikasikan dalam subjek Matematik.
2.4 Aplikasi Pengkalan Data Aplikasi keempat adalah Aplikasi Pengkalan Data. Aplikasi ini diandaikan hampir
sama dengan Aplikasi Hamparan Elektronik tetapi ia digunakan bagi maklumat dalam
bentuk teks berbanding angka atau digit digunakan dalam Aplikasi Hamparan
Elektronik. Kegunaan Aplikasi Pengkalan Data adalah sebagai medium untuk mengurus
dan menyampaikan maklumat untuk dianalisis. Pangkalan data membenarkan
pengguna untuk mengklasifikasikan sistem bergantung kepada keperluan pengguna itu
sendiri seperti penyimpanan rekod dan penghasilan rekod untuk semua fail atau setiap
individu. Rajah 4 dibawah menunjukkan antara muka untuk Aplikasi Pengkalan Data.
Rajah 4 : Antara Muka aplikasi Microsoft Acces 2007
Mendepani isu terkini seperti pelaksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),
tugasan guru semakin bertambah dan membuatkan guru pula pening dan stress
dengan lambakan tugas. Kekusutan ini juga boleh menyebabkan burnout dalam
19
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
kalangan guru. Melalui kaedah pentaksiran PBS ini memerlukan guru-guru mata
pelajaran secara berterusan mengukur pencapaian murid dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P). Guru juga perlu merekod pencapaian akademik murid secara
atas talian dari semasa ke semasa.
Oleh itu, penggunaan Aplikasi Pengkalan Data dilihat sebagai medium sesuai
bagi membolehkan guru menyimpan dan mengurus maklumat dengan teratur. Aplikasi
ini menyediakan kerangka seperti jadual, borang dan laporan yang membolehkan guru-
guru mengutip data, menyusun data dan melaporkan data tersebut. Penggunaan
aplikasi ini dilihat akan memudahkan guru dalam proses merekod pencapaian
akademik murid secara atas talian sekaligus dapat menangani masalah stress dan
burnout yang dihadapi. Guru seharusnya menguasai aplikasi ini kerana ia dapat
membantu guru-guru khususnya daripada aspek pengurusan rekod dan data murid.
2.5 Internet
Perkembangan arus kemajuan terkini juga tidak dapat dipisahkan dengan satu
sumber maklumat dan ilmu terpantas iaitu internet. Penggunaan Internet semakin
meningkat dan mula menjadi satu keperluan hidup bagi manusia pada hari ini. Begitu
juga dalam bidang pendidikan tidak dapat lari dari arus kemajuan dan maklumat di
hujung jari ini. Internet sebenarnya boleh membantu guru mengurangkan stress kerana
dengan penggunaanya guru akan mudah mencari maklumat dan ilmu yang diperlukan.
Contohnya seorang guru yang ingin menunjukkan keadaan di kutub utara kepada
muridnya, guru tersebut dengan mudah hanya perlu mencarinya menggunakan enjin
pencarian Google sahaja. Enjin Google dimaklumkan boleh mencari sehingga lebih
daripada 500,000 sumber untuk topik berkenaan sahaja.
Internet juga banyak membantu guru-guru untuk mendapatkan media bantu
mengajar dan belajar sama ada berbentuk teks, audio atau visual memandangkan
bahan-bahan ini boleh diperoleh daripada Internet. Internet juga akan dapat membantu
guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dengan mengintegrasikan sumber
maklumat dan pembelajaran koperatif (berkumpulan).
20
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Namun begitu pemilihan laman web yang relevan dengan topik terletak pada
pertimbangan penggunanya dalam aspek pendidikan terletak dibahu guru. Kelebihan
internet ini juga mengikut McKenzie (2003) menyatakan bahawa salah satu keunikan
Internet adalah maklumatnya adalah percuma dan pertukaran maklumat secara
percuma adalah salah satu budaya dalam Internet. Rajah 5 menunjukkan antara muka
untuk aplikasi Internet.
Rajah 5 : Antara Muka enjin pencari Google
21
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
BAHAGIAN
C
22
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
3.0 BAHAGIAN C
Pada hari ini kita melihat guru menghadapi pelbagai kekangan dan cabaran
dalam melaksanakan amanah mereka sebagai seorang pendidik. Cabaran-cabaran ini
datang dari segenap penjuru baik dari cabaran masyarakat, prasarana mahupun sistem
pendidikan dewasa ini sendiri. Menjurus kepada cabaran dari aspek jurang perbezaan
digital. Maka seeloknya kita singkapi dahulu definisi digital itu sendiri. Digital adalah
operasi di dalam komputer dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk
mewakili data. Mengikut definisi lain era digital dimaksudkan sebagai era globalisasi
dan percambahan perkembangan teknologi maklumat. (Kamus Dewan Bahasa &
Pustaka Edisi Keempat, 2005).
Perubahan teknologi dan dasar langit terbuka kini menyaksikan alat-alat
teknologi terkini sebagai perkara penting untuk digunakan dan diaplikasikan oleh guru.
Alat-alat seperti komputer (CD ROM, LCD, TV, Video), projektor dan mesin cetak kini
telah menjadi media bantu asas dalam perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P). Lantas disebalik kepentingan ini menuntut guru-guru menguasai kemahiran
menggunakan alat teknologi terkini seperti pendapat Besag dan Levine (1984)
menyatakan tahap asas komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan
menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat
boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada
komputer dalam kehidupan seharian. Selain, Mc. Keown (1986) menyatakan jika
seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi
juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain.
Perubahan ICT dan digital ini akan mendatangkan cabaran yang besar terhadap
profesion keguruan. Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka bagi menjadikan pendekatan teknologi sebagai media bantu Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan
inovasi teknologi. Oleh itu, Untuk menerajui perubahan ini guru-guru juga harus berani
berdepan cabaran yang menghalangi kemajuan tersebut iaitu jurang perbezaan digital.
23
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Lantas kita akan melihat cabaran-cabaran yang wujud serta kemampuan guru
menghadapinya.
Antara cabaran tersebut ialah kurangnya kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru. Kebanyakan guru masih belum menguasai
kemahiran-kemahiran asas teknologi seperti menggunakan komputer dan projektor. Ini
dibuktikan melalui kajian Chung et.al, (2010) bahawa guru-guru di Malaysia mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan TMK. Lantas,
perkara ini menyebabkan ketempangan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) dan melambatkan sistem pendidikan kita untuk mencapai pendidikan bertaraf
dunia ditunjangi teknologi terkini. Perkara ini juga turut disokong oleh satu kajian yang
dibuat oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) yang menunjukkan tahap penggunaan
ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah UiTM
adalah sekitar 30% sahaja. Ramalan peratusan ini juga akan menunjukkan nilai yang
lebih rendah di tahap yang lebih rendah iaitu di tahap sekolah rendah dan menengah
disebabkan kurangnya kemahiran dalam kalangan guru.
Oleh itu, melihat ke arah kemampuan guru mendepani cabaran ni telah dirangka
beberapa langkah penambahbaikkan baik dari pihak kementerian, sekolah mahupun
individu guru itu sendiri. Guru-guru ini didedahkan kepada idea baharu dan peluang
dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus TMK jangka
pendek. Penekanan ini ditegaskan sendiri oleh Mantan Menteri Pendidikan, Tan Sri
Muhyiddin Yassin (2010) memaklumkan pendedahan melalui kursus berterusan ini
kepada pentadbir sekolah dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer
telah menunjukkan kesan yang ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia. Pihak
sekolah juga tidak terlepas untuk mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan
dalam konteks penggunaan TMK dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di
sekolah tersebut menerima perubahan,kemahiran dan latihan TMK dalam kerjaya
profession keguruan mereka secukupnya. Disamping, tidak mengganggu proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah tersebut Selain itu, kepentingan
penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada guru juga dapat dilihat
daripada kenyataan yang tertulis dalam Dewan Masyarakat (2012) yang menyatakan
24
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
bahawa kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan
mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Maka, guru itu
sendiri pula perlulah mempunyai kesedaran kendiri untuk menerima perubahan ini
dengan hati yang terbuka dengan mempelajari dan menerokai kemahiran-kemahiran
TMK terkini.
Cabaran seterusnya yang dihadapi guru-guru dalam merapatkan jurang
perbezaan digital ialah masalah untuk menghabiskan sukatan pelajaran mengikut masa
yang ditetapkan. Kekangan ini terjadi kerana bagi menggunakan unsur TMK dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) akan mengambil masa. Contohnya masa
dibazirkan bagi pemasangan projektor jika ingin menggunakan alatan ini. Begitu juga
dengan penggunaan internet di dalam kelas bakal memakan masa untuk mengakses
sumber pembelajaran dari internet ditambah pula jika capaian talian internet yang
rendah. Mengikut Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina,
membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun
mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai
kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi
penghalang utama dalam dunia digital. Faktor-faktor sebeginilah yang menyumbang
kepada kegagalan guru mencapai matlamat menghabiskan sukatan pelajaran mengikut
masa yang tepat.
Langkah menangani kesan ini ialah guru-guru telah membuat persediaan awal
sebelum memasuki kelas lagi. Selain, menggunakan ICT secara meluaskan mengikut
dimensi dunia ICT bagi bidang pendidikan yang mencakupi penggunaan internet,
melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di peringkat
sekolah. Dengan ini, ia tidak akan mengganggu masa pembelajaran serta pembelajaran
dapat dijalankan secara serampang dua mata iaitu menekankan sukatan pelajaran
sambil mengaplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Lantas akan
menjadikan TMK ini membantu proses P&P selain turut menjadi nilai tambah kepada
sukatan pelajaran itu sendiri.
Disamping itu, guru juga bakal berdepan dengan halangan kekurangan
kemudahan asas TMK dan bahan sokongan dalam usaha merapatkan jurang digital ini.
25
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Cabaran ini dianggap ancaman utama bagi mencapai hasrat pendidikan maju di negara
kita. Dana yang diperuntukkan untuk sesebuah sekolah membolehkan pihak
pentadbiran sekolah menyediakan kelengkapan yang cukup untuk membantu para
murid dalam meningkatkan minat dan keupayaan dalam penggunaan internet dan
aplikasi teknologi yang lain. Namun begitu, berdasarkan pemantauan dari kumpulan
‘Smart School’ , kebanyakan makmal komputer sekolah tidak mempunyai jumlah
komputer yang mencukupi untuk tujuan pembelajaran. Ditambah pula, dengan masalah
berkaitan rangkaian internet (LAN) menyebabkan murid belum boleh mengaplikasikan
teknologi dalam pendidikan secara menyeluruh lagi. Perkara ini belum lagi termasuk
dengan kes-kes sekolah di pedalaman. Mengikut Laporan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP, 2007) menyatakan masih terdapat sebanyak 2630 buah sekolah
rendah dan 138 buah sekolah menengah di seluruh negara yang masih belum
mempunyai makmal komputer sendiri. Berdasarkan kajian-kajian ini jelas menunjukkan
kemudahan asas TMK ini menjadi antara halangan utama bagi guru menjayakan P&P
bermutu dibantu bahan-bahan dari teknologi terkini.
Jesteru, bagi mendepani cabaran ini pihak sekolah terutamanya perlu
memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer dan
sambungan internet serta makmal komputer yang menyediakan bahan bantu TMK yang
mencukupi. Selain, peranan yang lebih besar juga harus dimainkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memperuntukkan dana yang lebih besar bagi
membina frasarana dan mencukupkan bahan asas TMK ini. Menurut belanjawan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2010 memperuntukkan sebahagian
besar dana bagi pembinaan 6633 makmal komputer di sekolah dan 3029 Pusat Akses
Internet. Selain, Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007) dalam kajiannya yang
menyatakan bahawa pihak kerajaan juga bersetuju untuk membekalkan peralatan ICT
ke sekolah yang merangkumi komputer riba, projektor LCD atau tv, troli dan skrin.
dengan langkahan sebegini juga diyakini guru mampu mendepani cabaran ini jika
segala projek ini terlaksana dengan jayanya. Lantas, membangunkan insan celik
komputer yang lebih berdaya saing di era digital ini.
26
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Cabaran terbesar buat seorang guru dalam menangani jurang digital ini juga
sebenarnya lahir dari sikap guru itu sendiri. Cabaran tersebut ialah sikap guru yang
berfikiran negatif terhadap perubahan arus perdana ke arah pendidikan bertunjangkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Menurut kajian ‘The Conditions and Level
of ICT Integration in Malaysian Smart Schools’ (2009) menyatakan pendapat bahawa
kelengkapan frasarana komputer dan kemudahan teknologi lain di sekolah bukanlah
satu jaminan pasti bagi pihak guru menggunakannya dengan meluas dalam aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Dalam kajian tersebut juga mendapati rekod
penggunaan makmal komputer di sesebuah sekolah di Malaysia oleh guru adalah di
tahap yang rendah. Jika ada pun penggunaan makmal ini hanya dari segolongan guru
sahaja untuk subjek-subjek tertentu seperti subjek Sains, Reka Bentuk, Geografi, Kimia,
Biologi dan subjek Teknologi Maklumat sendiri selainnya guru-guru lebih suka mengajar
menggunakan pendekatan berpusatkan guru semata-mata. Hal ini berlaku disebabkan
kebanyakan guru telah sebati dengan kaedah pengajaran tradisional dan sukar
menyesuaikan diri dengan teknologi intruksional. Yusup Hasyim (1998) membenarkan
kenyataan yang telah dikeutarakan oleh Becker & Watt (1966) iaitu ledakan teknologi
maklumat dan komunikasi memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem
pendidikan. Menurutnya lagi terdapat dalam kalangan guru yang ‘buta teknologi
maklumat dan komunikasi’, menyebabkan timbul sikap negatif dan tidak berminat
mengajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi selain sikap malas
menyediakan bahan atau peralatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk
pengajaran.
Cabaran berkenaan sikap negatif guru ini akan dapat diselesaikan apabila
pemikiran guru bersifat terbuka dan sanggup menerima perubahan-perubahan arus
perdana pada masa kini. Guru-guru ini perlu didedahkan dengan aspek teknologi
secara fleksibel dan menyeronokkan mereka. Selain, mereka juga harus mengetahui
kepentingan teknologi ini yang sebenarnya dapat menyebabkan urusan dan kerja
menjadi senang dan mudah. Menurut Robiah (2003) pula menyatakan bahawa sikap
guru yang positif akan lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah berjalan secara lancar, pantas dan
menyeluruh. Guru sebenarnya perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada
27
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun
2020.
Cabaran yang kelima ialah jurang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
serta digital yang terlalu jauh antara bandar dan luar bandar. Cabaran ini lebih dialami
oleh guru-guru yang berkhidmat di luar bandar atau pedalaman. Mereka menghadapi
kekangan baik dari segi frasarana TMK tidak mencukupi mahupun cabaran mentaliti
masyarakat setempat yang masih belum dapat menerima arus perubahan langit
terbuka masa kini. Mengikut Ting Kung Shiung (2005) menyatakan ketidak seimbangan
yang berlaku dalam masyarakat terutama dari segi ekonomi, pendapatan, pendidikan,
kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap
kemajuan ICT dan digital. Sebagai contoh, liputan jalur lebar atau internet kita dapat
lihat agak lemah ataupun langsung tiada liputan di kawasan pedalaman berbanding
dengan kawasan bandar yang boleh dikatakan perkhidmatan internetnya sangat tinggi
dan baik. Jadi, perkara sebegini menjadi faktor utama yang keatas guru bagi
menyesuaikan penggunaan teknologi bersesuai dengan tempat dan masa. Selain, cuba
meningkatkan kadar penggunaan ICT.
Maka, sebagai langkah menyahut cabaran ini penggunaan komputer perlu
dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar.
Penggunaan ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) akan diperluaskan untuk
memastikan lebih ramai murid mendapat faedah. Menurut Robiah Sidin & Nor Sakinah
Mohamad (2007) menyatakan bahawa dalam Bajet 2008, kerajaan telah meluluskan
peruntukan wang sebanyak RM30 bilion untuk pendidikan tidak termasuk RM15 juta
lagi untuk pendidikan ICT di luar bandar. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan
bersikap serius dalam merealisasikan hasrat ini dengan melaburkan begitu banyak
modal semata-mata untuk membangunkan insan celik komputer yang lebih berdaya
saing di era digital ini. Selain, tugasan guru dan pentadbir sekolah untuk mengawal
selia kemudahan teknologi yang telah disediakan supaya dijaga dengan elok dan
digunapakai dengan baik.
Konklusinya, dalam memacu sistem pendidikan Malaysia setaraf dan sama
seperti negara-negara maju lain dalam bidang pendidikan adalah satu perjalanan yang
28
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
panjang dan penuh ranjau. Aspek pembangunan TMK amat ditekankan bagi mencapai
hasrah ini. Namun, berdepan dengan pelbagai mehnah dan halangan yang perlu dilalui
sebelum mampu mengapai matlamat yang ditetapkan. Oleh itu, di sini kita dapat lihat
betapa besarnya peranan guru dalam menjayakan usaha ini disebalik perancangan dan
pembanguan rapi oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan
Malaysia.
29
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
KESIMPULAN
30
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
KESIMPULAN
Cabaran adalah lumrah dalam apa jua profesion yang diceburi. Begitu juga
dengan bidang pendidikan yang telah mengalami pelbagai evolusi sejajar dengan
pembangunan dan kemampuan negara. Seiring dengan perubahan ini, profesionalisme
keguruan juga perlu dipertingkatkan supaya melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran terkini seterusnya dapat memperkembangakan kemahiran profesional guru
itu sendiri.
Cabaran-cabaran perubahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu
dianggap sebagai perubahan biasa kepada guru dan tidak berfikiran negatif terhadap
kemajuan ini. Tapi, sebaliknya guru harus mengambil halangan ini menjadi sebagai
satu batu loncatan untuk melangkah ke hadapan dengan lebih cemerlang seperti
mencipta inovasi-inovasi terkini dalam pendidikan dengan mengaplikasi kemajuan TMK.
Tuntasnya, semangat dan cita-cita murni guru dalam mendidik anak bangsa
pada masa kini perlu disulami kemahiran-kemahiran terkini. Hasil ramuan ini akhirnya
akan melahirkan generasi masa depan Malaysia yang mampu bersaing dengan
cabaran dunia kini disamping tetap kekal mempertahankan jati diri dan identiti nasional
yang tersendiri.
31
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
BIBLIOGRAFI
32
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
BIBLIOGRAFI
Abdul Wahab Khalid. (2013). Info Khatboard. Dimuat turun daripada
http://khatboard.blogspot.com/p/info-khatboard.html
Abu Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Al-Mughirah Al-Bukhari. (1997). Tafsir Sahih
Bukhari. Jakarta: Darussalam Publications.
Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam
Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Al-Quran Karim. ayat 57 Surah Yunus.
Aszoura Salleh. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer
(Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan
Penguasaan Konsep Sains dalam Tajuk Sel. Tesis Sarjana Muda. Universiti
Terbuka Malaysia.
Besag, F. P. dan Levine, L.P. (1984). Computer Literacy for Teacher. California:
Dage Publication.
Chung, Leong, M.H.C & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu
Terhadap Pengunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT) Dalam
Pengajaran Di Sekolah-Sekolah Rendah Di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan
Malaysia.35 (1), 59-65.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
E. Weiss. (2003). American Journal of Physical Anthropology. Dimuat turun daripada
http://onlinelibrary.wiley.com/journal/10.1002.
Hasliza Hassan. (2010). MIFF Pasar Debu Tayammum Mudahkan Pengguna. Berita
33
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Harian, 23 Oktober 2010, 24.
Irons. (2002). Dlm. Lingard, B., Mills, M., Hayes, D. (2006). Enabling and Aligning
Assessment for Learning: Some Research and Policy Lessons from Queensland.
International Studies in Sociology of Education, 16(2), 83-103.
J. Walkenbach. (2003). Excel 2003 Formulas. Tucson: For Dummies.
Jean Piaget. (1952). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Dlm. Haliza Hamzah,
Perkambangan Kanak-Kanak. Hlm 42-56. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Leong Mei Wei. (1998). P&P Kimia Organik dalam Mata Pelajaran Kimia Melalui
Perisian Laman Web. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Niess, M. L. & Lee, J. K. (2009). 2007 Microsoft Office System: A Resource for
Teachers, New York: John Wiley & Sons.
Mat Daud bin Yusof. (1990). Bagaimana kanak-kanak cacat menguasai bahasa. Jurnal
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jilid
34, 16-157.
McKenzie. (2003). Perform or Else: From Discipline to Performance. Baltimore: The
Johns Hopkins University Press.
Mc Keown, P. G. (1986). Living with Computer. USA: Harcourt Brace Jovanovich
Publishers.
Mohd Hang Tuah. (2010). Mesin Debu Tayammum. Buletin Jakim Sempena Karnival
Inovasi Islam Peingkat Kebangsaan 2010. 5-8 Ogos 2010. Putrajaya: Masjid
34
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Tuanku Mizan Zainal Abidin. 14-16.
Mohd Taib Dora & Hamdan Abd. Kadir. (2006). Mengurus Stres. Selangor: PTS
Professional.
Muhamad Rafiq Abdul Rahman. (2012) Pendidikan Menerusi Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi. Dewan Masyarakat. Mei 2012.
Muhyiddin Yassin. (2010). Penguasaan Guru dalam ICT Diutamakan. Utusan Malaysia.
13 Jan 2010, 14.
Robiah. (2003). Profesionalisme Guru. Dlm. Esah Sulaiman. (2003). Amalan
Profesionalisme Perguruan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Robiah Ridin & Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dan
Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan. 32 (2007).
Rosli Abd. Rahim, Zamalia Mahmud & Shafiee Ahmad. (2001). ICT in Teaching and
Learning Among UiTM Lecturers. International Conference On Challenges and
Prospects in Teachers Education. Shah Alam: MBSA.
Shafei Zakaria. (2013). Al-Quran Digital. Sungai Besi: Salam Cipta Sdn. Bhd.
Smart School Project Team. The Malaysia Smart School: An MSC flagship application.
Conceptual Blueprint.
Ting K. S. & Woo. Y. L. (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional:
Sikap Guru, Peranan ICT, dan Kekangan/Cabaran Penggunaan ICT. Seminar
Pendidikan 2005 Fakulti Pendidikan. 15 Oktober 2005. UTM.
Wan Zah Wan Ali, Hajar Mohd Nor, Azimi Hamzah & Hayati Alwi. (2009). The
Conditions and Level of ICT Integration in Malaysian Smart Schools.
International Journal Of Education And Development Using ICT. Volume 5, no 2
(2009).
Wiburg, K. (1997). The Dance of Change: Integrating Technology in Classroom.
Computers in Schools. 13 (2), 171-184.
35
EDU3093: GURU DAN CABARAN SEMASA
Yusup Hasyim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.
LAMPIRAN
36